Anda di halaman 1dari 6

1.3 Tabii (Natural) Matematik.

1.3.1 Pengenalan Matematik mendedahkan pola/corak tersembunyi yang membantu kita memahami dunia di sekitar kita. Kini bukan hanya dari segi artmetik dan geometri, bahkan matematik pada masa kini meliputi pelbagai displin berkaitan dengan data, pengukuran dan pengamatan dari ilmu sains, juga infetensi, deduksi, dan bukti, bersama model matematik dari fenomena alam tentang perilaku manusia dan sistem sosial. Matematik adalah ilmu tentang pola/corak dan peraturan. Domainnya ialah nombor, kebarangkalian, bentuk, algoritma dan perubahan. Sebagai ilmu yang abstrak, matematik bergantung pada logik dan bukan hanya pada pengamatan, namun menggunakan pemerhatian, simulasi bahkan eksperimentasi sebagai mencari kebenaran. Peranan matematik dalam pendidikan adalah disebabkan banyak kegunaanya pada umum .

1.3.2 Sifat Penyelesaian Masalah. Kaedah penyelesaian masalah menurut George Polya.

Memahami masalah

menyemak keputusan

Merancang kaedah/pelan untuk selesaikan masalah

melaksanakan kaedah

Strategi-strategi yang dicadangkan adalah seperti berikut :

Menyelesaikan masalah serupa yang lebih mudah Menjadikan masalah lebih konkrit Meneka dan menyemak Memecahkan masalah kepada masalah lebih kecil Mencari pola /corak Melukis gambar / rajah Menyelesaikan cara terbalik Melakonkan Menukar cara pemikiran Menggunakan persamaan

10

Rajah menunjukkan strategi penyelesaian masalah

Penyelesaian masalah adalah tugas yang rumit untuk dikuasai. Walaubagaimana pun, kita seharusnya berusaha melengkapkan diri dengan kemahiran-kemahiran menyelesaikan masalah.

1.3.3 Sifat Penaakulan Logik Penaakulan induktif dan deduktif adalah dua jenis penaakulan yang asas digunakan dalam matematik, sains dan kemanusiaan. Penaakulan induktif bergerak dari khusus kepada umum. Ia berdasarkan kepada pemerhatian. Orang yang menggunakan penaakulan induktif menemukan pola dalam kumpulan pemerhatian khusus dan membuat kesimpulan umum berdasarkan pola itu. Penaakulan induktif digunakan untuk membentuk hujah berdasarkan pengalaman dan boleh menentukan bahawa kesimpulan mungkin benar. Penaakulan deduktif berdasarkan pada peratuaran atau prinsip-prinsip am. Orang yang menggunakan penaakulan deduktif mengamalkan prinsip umum untuk membina sebuag contoh khas. Penaakulan deduktif bergerak dari umum kepada khusus. Penaakulan deduktif digunakan untuk membentuk hujah berdasarkan pada peraturan atau fakta. Sebuah hujah deduktif memberi bukti lengkap tentang kesimpulan, selagi syarat-syarat yang digunakan adalah benar. Contoh penaakulan deduktif : Disebabkan semua segiempat sama adalah merupakan juga segitiga tepat, dan segiempat tepat mempunyai empat sisi, maka semua segiempat sama mempunyai empat sisi.

1.3.4 Sifat nombor-nombor Sistem nombor nyata berubah dari masa ke semasa dengan memperluaskan idea tentang apa yang kita maksudkan dengan nombor. Pada awalnya, sesuatu nombor bererti sesuatu yang kita boleh kira/bilang, seperti berapa banyak biri-biri yang dimiliki oleh seorang penternak. Ini dikenali sebagai nombor asli, atau nombor yang boleh dibilang.

1.3.5 Nombor Asli atau Nombor yang boleh dibilang 1, 2, 3, 4, 5.... Penggunaan tiga titik di akhir senarai di atas menunjukkan bahawa senarai tersebut akan berterusan / tidak berakhir di situ sahaja. Kadang kadang sifir dianggap sebagai nombor. Jika penternak tidak mempunyai seekor pun biri-biri, maka kita katakan bahawa penternak itu mempunyai sebanyak sifir biri-biri. Kita katakan senarai nombor asli beserta sifir sebagai nombor bulat.

1.3.6 Nombor bulat Nombor bulat adalah seperti di bawah : 0, 1, 2, 3, 4, 5. . . . Perkara yang lebih abstrak dari sifar adalah idea nombor negatif. Jika, di samping tidak mempunyai seekor biri-biri, petani berhutang 3 ekor biri-biri kepada seseorang, kita boleh menyatakan bahawa jumlah biri-biri yang petani miliki adalah negatif 3. Kita memerlukan masa yang agak lama untuk menerima idea nombor negatif tetapi akhirnya nombor negatif diterima sebagai nombor. Dengan penambahan nombor negatif, kita mendapat set baru iaitu nombor integer.

1.3.7 Nombor Integer Berikut adalah senarai nombor integer : . . . . -4, -3, -2, -1, 0, 1, 2, 3, 4, . . .

Generalisasi seterusnya yang dapat kita hasilkan ialah idea pecahan. Kita dapat mengatakan penternak mempunyai bilanagan biri-biri dalam bentuk pecahan, tetapi dalam banyak hal yang lain dalam kehidupa kita, kita menggunakan pecahan. Contohnya, untuk mengukur/menyukat, kita gunakan setengah cawan gula, satu perempatsudu teh garam dan sebagainya. Dengan menambah idea pecahan kepada set integer, kita memperolehi set nombor nisbah.

1.3. 8 Nombor Nisbah Nombor nisbah adalah berbentuk, di mana a dan b adalah integer (b sifar). Kadangkala kita memanggil nombor nisbah sebagai pecahan.

1. 3. 9 Nombor Bukan Nisbah Tidak dapat ditulis sebagai nisbah bagi nombor integer. Sebagai nombor perpuluhan, nombor-nombor tersebut tidak berulang atau berakhir. Contohnya : = 0.75 - - - -- - - -- - - - Nombor nisbah (nombor berulang)

= 0.66666 - - - - -- - Nombor nisbah (nombor berulang)

= 0.45454545 - - --- - - Nombor Nisbah (nombor berulang)

1. 3. 10 Nombor Nyata Nombor nisbah + nombor bukan nisbah Semua nombor boleh didapati di atas garis nombor.

Apabila kita mempunyai nombor nisbah dan nombor bukan nisbah, kita mempunyai set nombor nyata yang lengkap. Sebarang nombor yang menunjukkan bilangan atau sukatan, seperti berat isipadu atau jarak antara dua titik, kita akan sentiasa mendapat nombor nyata.

Rajah diatas menunjukkan hubungan antara set membentuk nombor nyata.

Tugasan Jawab semua soalan berikut. 1. Penyelesaian masalah bukan satu topic yang berasingan tetapi merupakan satu kemahiran merentasi kurikulum. Terangkan dua sebab mengapa penyelesaian masalah merupakan fokus utama bagi kurikulum matematik. 2. Jelaskan matematik. 3. Pada pendapat anda, adakah model Polya masih relevan digunakan dalam pendidikan masa kini? Huraikan jawapan anda selengkapnya. tiga matlamat pembelajaran penyelesaian masalah dalam

10