Anda di halaman 1dari 8

SOALAN B Pada pendapat saya sebagai seorang guru dan berdasarkan kepada maklumat di dalam kajian ialah untuk

mendidik kanak-kanak di dalam pendidikan awal matematik kita perlu mengikuti perkembangan dan pemikiran kanak-kanak itu sendiri. Ia juga boleh dikenali sebagai perkembangan kognisi awal kanak-kanak terhadap konsep-konsep di dalam matematik. Dalam mendidik atau mengajar kanak-kanak dalam pendidikan awal matematik terdapat juga perbezaan iaitu dalam bentuk formal dan tidak formal. Contoh pengajaran dalam bentuk formal ialah kita sebagai seorang guru perlu mengajar mengikut panduan daripada buku-buku yang telah ditetapkan oleh kementerian pendidikan. Manakala tidak formal pula ialah kita harus mengajar secara santai seperti mengunakan kaedah bermain, contohnya bermain permainan tradisional ataupun yanyian. Permain pula kita boleh gunakan permainan congkak, guli, batu seremban, jala-jala itik, galah panjang, teng-teng dam ular dan sebagainya lagi. Manakala nyanyian pula kita boleh gunakan lagu-lagu kanak seperti lagu satu- satu saya sayang ibu, satu jari dan sebagainya. Permaian dan lagu yang kita gunakan hendak berkaitan dengan matematik. Dengan cara dan kaedah ini secara tidak langsung pelajar- pelajar dapat membilang, menambah, menolak dan mengenal nombor. Dengan menggunakan kaedah ini pelajar lebih cepat dapat dan cepat ingat secara tidak langsung. Konsep pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan untuk kanak-kanak pra sekolah ialah dikenali sebagai kaedah konstroktif iaitu satu proses dimana kanak- kanak perlu memperkaitkan konsep yang baru dikenali dengan ilmu atau konsep yang sedia ada pada mereka. Antara perkara yang perlu di ambil kira dalam menggunakan konsep konstruktif di dalam penggajaran kanak-kanak ialah konteks pembelajaran, peringkat

perkembangan kognitif dan interaksi sosial yang berlaku semasa pembelajaran. Manakala konsep pembelajaran matematik berdasarkan penghafalan dan penyaluran ilmu dari guru kepada murid semakin tidak popular. Ini menunjukkan bahawa walaupun murid murid mungkin dapat menyelesaikan soalan ujian, tetapi mereka gagal mengaplikasikan kemahiran mereka di luar bilik darjah. Ini kerana kemahiran kemahiran lain seperti di luar kelas muridmurid tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna. Contoh- contoh permainan di luar kelas seperti permainan ukuran, kecil besar, berat dan rengan. Permainan ukuran seperti mengukur lebar meja, lebar kelas dan sebagainya. Kemahiran ini boleh diaplikasikan dengan aktiviti aktiviti seperti permainan teng- teng. Dengan cara ini murid- murid akan dapat mengira jarak dan lebar secara tidak langsung. Manakala besar ke kecil murid murid dapat membezakan dengan melihat atau memerhati contohnya seperti melihat meja guru dan meja murid mana yang lebih besar. Manakala berat dan rengan pula murid dapat membezakan dengan mengangkat benda- benda berat seperti meja, kerusi. Ringan pula murid- murid dapat membezakan dengan mengagkat buku, bekas pengsil dan sebagainya. Manakala nipis dan tebal murid- murid dapat membezakan dengan melihat buku yang tebal dan buku yang nipis. Dengan cara dan kaedah ini dapat membantu pelajar pelajar berfikir. Kita juga tahu pelajaran matematik banyak menggunakan kemahiran berfikir. Dengan cara ini dapat meningkatkan daya fikir kanak- kanak ataupun dikenali sebagai keupayaan kugnitif. Perkembangan awal pemikiran matematik dalam kanak- kanak telah dikaji dari zaman piaget lagi. Kajian- kajian awal telah menunjukkan bahawa perkembangan pemikiran kanak- kanak dalam bidang ini menunjukkan perkembangan yang berperingkat peringkat dimana terdapat limitasi yang jelas tentang kemahiran tertentu pada peringkat- peringkat yang tertentu. Piaget dalam kajian awalnya telah mengaitkan limitasi-limitasi ini kepada tahap-tahap perkembangan kogritif yang telah dicadangkan dalam teorinya. Bagaimanapun

pengkaji-pengkaji selepasnya mempunyai pandangan yang berlainan tentang mengapa kanak-kanak menunjukan limitasi tersebut. Mereka berpendapat bahawa faktor-faktor lain seperti penggunaan bahasa dan keadaan persekitaran memainkan peranan dalam mempengaruhi limitasi kanak-kanak melakukan beberapa kemahiran yang telah dicadangkan oleh piaget. Dari hasil kajian dan pemerhatian mendapati bahawa perkembangan kognitif kanakkanak berbeza dan berubah melalui empat peringkat iaitu deria motor dari usia kanak-kanak kosong hingga dua tahun, peringkat pra operasi bermula pada umur dua hingga tujuh tahun, peringkat operasi konkrit pula bermula pada usia sebelas hingga dewasa. Walaubagaimanapun usia ini tidak tetap kerana ia menggikut kemampuan kanak-kanak. Perkembangan awal dalam bidang matematik telah mula dijalankan di peringkat bayi lagi untuk melihat kebolehan mereka. Perkembangan awal matematik pada peringkat pra sekolah bermula pada kemahiran menggenal angka, membilang dan menggira angka-angka pada jumlah yang kecil dan lebih menekankan kepada konsep beransur-ansur ataupun perlahan-lahan ini bagi tujuan supaya murid-murid lebih faham dan jelas. Terdapat lima konsep beransur-ansur iaitu tahap satu benang/ STRING iaitu nama angka tidak dapat dibezakan. Tahap dua rantai tidak dapat diputuskan iaitu apabila membilang angka-angka perlu mula dari angka yang pertama(satu). Tahap ketiga rantai boleh diputuskan iaitu boleh membilang dari mana-mana angka. Tahap keempat pula rantai yang bernombor iaitu satu set nama angka dapat dikeluarkan dan dibilang di luar set sistem nombor dan yang kelima rantai dua arah iaitu nama angka dapat disebut dengan mudah tidak kira arah( meningkat atau menurun). Walaubagaimanapun kajian awal telah dijalankan mengenai perkembangan awal kanak-kanak dalam kebolehan matematik tetapi masih tidak jelas kalau kemahiran ini merupakan sebahagian daripada kemahiran konseptual atau prosedur. Kita juga harus

mempunyai pengetahuan tentang bagaimana pengetahuan ilmu dalam bentuk konsepsual dan ilmu dalam bentuk prosedur berinteraksi adalah penting dalam pengetahui bagaimana kanak-kanak belajar membilang dan mengira. Bagaimana pun pandangan kedua-dua ilmu ini berinteraksi telah menjadi perbahasan dalam perkembangan pengetahuan matematik awal kanak-kanak. Contohnya ada pengkaji yang menyatakan bahawa kanak-kanak membina prosedur untuk membilang dan mengira berdasarkan prinsip mengira yang mereka tahu. Bagaimana pun prinsip ini termasuk pengetahuan bahawa nama bilangan angka perlu dipasangkan dengan satu objek saja dan mana angka yang disebut adalah penting. Ada juga pengkaji yang menyatakan bahawa kanak-kanak akan menghafal pengetahuan prosedur ini dan kemudian membina pengetahuan tentang aspek konsepsual secara tidak formal. Bagaimana pun masih belum jelas kemahiran prosedur atau konsepsual yang diperolehi tetapi yang jelas adalah kedua-dua kemahiran ini memainkan peranan penting dalam maningkatkan kemahiran kanak-kanak dalam maematik. Bagaimanapun bukti menunjukkan bahawa kedua-dua kemahiran tersebut memainkan peranan dalam kefahaman dan penggunaan makna angka di dalam konteks persekolahan dan diluar bilik darjah. Maka itu adalah penting kita menekankan kedua-dua kemahiran tersebut semasa mengajar mereka. Kemahiran matematik informal dan formal kanak-kanak pula adalah sangat penting kerana ia akan mempengaruhi persepsi dan sikap murid-murid terhadap pembelajaran matematik. Kemahiran informal ialah bermula sejak kanak-kanak lagi kerana kemahiran informal bermula dari rumah lagi iaitu dari ahli keluarga, rakan, tv dan permainan mereka. Ini membantu mereka mempelajari metematik secara formal dan mereka akan mempelajari di peringkat sekolah secara formal. Di sekolah kemahiran formal ialah belajar mengikut sukatan pelajaran yang telah ditetapkan oleh kementerian pelajaran. Contohnya seperti dalam bentuk tulisan, susunan mengikut peraturan yang tertentu dan di organisasikan

secara jelas. Kajian juga menyatakan tidak kira bagaimana kemahiran , simbol atau konsep matematik diajar di sekolah seseorang kanak-kanak akan mentafsirkan dan cuba menggunakan kemahiran yang formal ini berdasarkan pengetahuan matematik informal yang sedia ada pada mereka. Kajian antara budaya menunjukkan bahawa terdapat banyak persamaan antara bagaimana kanak-kanak dari budaya yang berbeza belajar membilang dan mengira. Manakala kajian secara am dari berbagai budaya dan negara, termasuk mereka yang berpenmdidikan, tidak berpendidikan , kaya dan miskin menunjukkan persamaan dari segi perkembangan permikiran informal tentang matematik. Ini termasuk mencampurkan dua nombor secara informal, sistem menyebut nombor dan membilang angka. Secara ringkasnya kajian- kajian menunjukkan bahawa perkembangan kebolehan informal dalam matematik mempunyai persamaan tidak kira budaya, bangsa dan kelas sosial. Semua kanakkanak dapat mengembangkan kebolehan asas dalam pemikiran tentang matematik. Walau bagaimana pun tidak bermakna pemikiran dan perkembangan kanak-kanak adalah seiras tetapi ia menunjukkan corak pekembangan pemikiran yang sama. Kesimpulanya yang boleh kita buat adalah kanak-kanak daripada beberapa latarbelakang yang berbeza memperolehi pemikiran melalui proses yang sama. Pengetahuan matematik formal ialah kanak-kanak yang telah mempunyai permikiran yang berfungsi tentang matematik pada peringkat umur antara lima hingga tujuh tahun. Sekolah salah satu institusi yang dibangunkan untuk mengajar dan menilai kanak-kanak ke atas kearifan sosial. Salah satu bentuk kearifan sosial ini adalah dalam bentuk pendidikan formal matematik. Bentuk formal matematik yang diajar dalam sekolah adalah dalam bentuk tulisan, disusun mengikut peraturan yang tertentu, mengandungi bahan-bahanyang didefinisikan secara konvensional dan di persetujui serta diorganisasikan secara jelas. Matematik formal adalah apa yang dimaksudkan dengan sistem sainstifik. Pengetahuan informal kanak-kanak pula adalah sistem yang spontan. Ia

melibatkan kebolehan mengetahui sesuatu tampa berfikir, melibatkan emosi, tidak ternyata secara jelas dan sangat berkait rapat dengan kejadian dalam kehidupan mereka. Kanakkanak perlu membina atau mengkonstruk pengetahuan mereka sendiri. Cara ini akan menolong kanak-kanak memahami dan menggunakan kemahiran matematik dalam konteks bilik darjah dan di luar bilik darjah. Konstruktivisme ialah merupakan satu teori menggenai penggetahuan dan pembelajaran yang menarik minat, memotivasikan serta memudahkan pemahaman muridmurid. Pengetahuan matematik formal tidak boleh dipaksa ke atas kanak- kanak tetapi perlu dipersembahkan kepada murid- murid. Ia juga menyarankan agar murid- murid dapat menjalankan pembelajaran yang boleh dilakukan secara berkumpulan dengan cara ini murid dapat berkerja sama dalam mengeluarkan pandangan dan pendapat masing- masing. Pelajar tidak diangap sebagai tin kosong yang perlu diisi dengan pengetahuan yandisalurkan dari guru-guru di sekolah. Pelajar mempunyai kebolehan dari segi kognisi dalam mengadaptasikan diri dan mengubahsuaikan pengetahuan yang diperolehi dalam membina sesuatu pengetahuan yang baru. Guru- guru juga harus menekankan atau membawa konsep konstrutivism dalam bilik darjah di sekolah-sekolah. Pembelajaran juga boleh dilakukan secara berkumpulan dengan cara ini mpelajar- pelajar dapat berkerjasama dalam mengeluarkan pandangan dan pendapat masing- masing. Konstrukivisme juga bermaksud kita mengalami sesuatu yang baru melalui proses dalaman atau internal yang berdasarkan kepada pengalaman lalu. Konstruktivisme boleh juga dinyatakan sebagai sesuatu proses di mana proses di mana seseorang membina kefahamannya sendiri terhadap sesuatu ilmu yang telah dipersembahkan kepadanya dengan menggunakan pengalaman dan pengetahuan lepas yang adaptasikan olehnya. Impikasi kepada pendidikan matematik pada peringkat awal kanak- kanak dari kajian jelas menunjukkan bahawa pengalaman lepas dalam pengetahuan

informal memainkan peranan yang penting dalam menentukan bagaimana kanak-kanak belajar disekolah. Dalam memperbaiki keberkesanan pendidikan matematik pada peringkat awal guru- guru perlu membina jambatan antara pengetahuan yang dibawa oleh kanakkanak dengan yang diajar di dalam bilik darjah. Walaupun seorang guru jarang membincangkan pandangan belia tentang konsep pembelajarannya. Tetapi pandangan beliau akan mempengaruhi cara gaya pembelajaran beliau. Antara faktor- faktor penting yang perlu diambilkira dalam persekitaran kontruktivisme adalah yang pertama output iaitu pembelajaran tidak sahaja bergantung kepada persekitaran pembelajaran tetapi pengalaman, sikap dan matlamat pelajar yang terlibat. Yang kedua pula ialah pembelajaran yang melibatkan pembinaanilmu melalui pengalaman dengan persekitaran fizikal melalui interaksi sosial. Yang ketiga pula ialah proses konstruktif melibatkan hubungan antara ilmu atau pengalaman lepas dengan proses membentuk, memereksa dan membina semula idea dan hipotetis. Yang ke empat pula ialah ia juga melibatkan pengorganisasaian semula ideaidea. Yang kelima ialah makna yang telah dibentuk tidak semestinya membawa kepercayaan dan yang keenam ialah proses pembelajaran bukan sesuatu yang pasif. Pelajar mempunyai matlamat dan boleh mengawal pembelajaran mereka sendiri. Antara penyesuaian yang digunakanadalah dalam mengadatasikan konsepkontruktivisme dalam bilik darjah mereka adalah dengan membina konteks dalam menerangkan sesuatu konsep atau sembol di dalam bilik darjah. Mengaitkan pengalaman dan pengetahuan yang ada pada kanak- kanak dengan konsep yang diperkenalakan kepada mereka. Ia juga menekankan penggunaaan konsep itu dalam kehidupan seharian. Guru juga menggunakan peralatan seperti objek yang dapat dimanipulasikan oleh kanak-kanak dalam membina kefahaman mereka. Kesimpulan yang saya dapat dalam kajian ini ialah untuk mendidik murid- murid pra sekolah kita sebagai seorang guru perlulah mempunyai pengetahuan asas yang kuat dalam

bidang matematik. Kerana ilmu matematik yang kuat penting dalam masyarakat kita yang menuju ke arah sebuah negara maju yang berteraskan sains dan teknologi. Manakala pelajar- pelajar kita perlu mempunyai kefaaahaman yang kuat terhadap konsep- konsep matematik asas yang membolehkan mereka melanjutkan pelajaran ke perengkat yang lebih tinggi. manakala bagi menjamin masa depan negara kita perlu mengkaji semula dan menggunakan pendekatan yang lebih berkesan dalam mengajar kanak- kankak asas pemikiran tentang matematik dari peringkat awal persekolahan.

Anda mungkin juga menyukai