Anda di halaman 1dari 10

1.

PENGENALAN

Sembilan puluh peratus meteor ditemui di bumi berasal dari meteoroid. Besi yang jatuh dari langit atau bebola api gugur dari angkasa adalah antara tanggapan umum mengenai meteor (tahi bintang). Di angkasa lepas, meteorite dinamakan sebagai meteoroid dan apabila ia masuk ke dalam atmosfera bumi, geseran dengan udara akan menyebabkan meteoroid terbakar dan mengeluarkan cahaya seperti batu berapi dan dinamakan sebagai meteorite. Meteoroid adalah objek semula jadi yang berjaya mengekalkan bentuk dan komposisi bahan asasnya walaupun berlaku impak perlanggaran ketika menembusi atmosfera bumi. Meteoroid juga dijumpai dengan banyaknya di permukaan bulan dan planet marikh. Di permukaan bumi kita pada hari ini, terdapat lebih 31,000 spesimen meteoroid yang didokumentasikan dengan kira-kira 1,050 spesimen meteoroid pernah disaksikan jatuh telah disimpan di dalam koleksi di serata dunia.

Ketika di angkasa, meteor mempunyai jaringan orbitnya yang tersendiri dan lebih dikenali sebagai meteoroid (saiz rentas kurang dari satu kilometer) dan juga asteroid (apabila membabitkan saiz lebih besar (lebih satu kilometer). Ada juga meteor yang pada asalnya berbentuk ketulan besar berubah menjadi debu akibat sesaran udara dan perubahan suhu yang ketara (batu menjadi cair) ketika menembusi atmosfera bumi dan apabila jatuh ke permukaan bumi tidak meninggalkan kesan nyata.

Meteoroid dan Asteroid yang sudah melengkapkan putaran mengelilingi orbit masing-masing (ada yang sudah berputar mengikut orbit berjuta-juta tahun lamanya) berhenti berfungsi dan dipercayai akan ditarik sistem graviti yang paling dekat dengan posisi di mana mereka berhenti berpusing. Sebanyak sembilan puluh peratus daripada meteor yang dijumpai di muka bumi di seluruh dunia berasal daripada meteoroid yang berlegar di antara planet Marikh dan Musytari, manakala selebihnya berasal luar dari lingkaran itu.(Sila rujuk gambar rajah 2)

Apa yang menarik mengenai fenomena kejatuhan meteoroid adalah pada keindahan cahaya yang dipancarkan(sila rujuk gambar rajah 1). Cahaya berkenaan terhasil apabila meteoroid berlanggar dengan molekul udara membuatkan kehilangan elektron pada jumlah yang banyak dan pertemuan antara atom yang tertinggal dengan elektron dari udara membuatkan cahaya terpancar pada warna tertentu.

Meteoroid secara tradisionalnya dibahagi kepada tiga kumpulan besar, meteoroid batu (terhasil daripada batuan dengan mineral silika), meteoroid besi (terhasil daripada besi-nikel metalik), dan meteoroid gabungan besi-batuan. Pengkelasan moden pula membahagikan kumpulan meteoroid mengikut struktur, komposisi kimia dan isotopik, dan mineralogi.

Gambar rajah 1

Gambar rajah 2

Di Malaysia, bagaimanapun, fenomena kejatuhan meteoroid jarang berlaku tetapi di rantau Asia beberapa insiden kejatuhan serta penemuan meteor kerap dilaporkan dan terbaru membabitkan kejatuhan meteoroid di sebidang tanah bendang di Kemboja yang menyebabkan tanah di sekitar tempat jatuhnya batu itu terbakar.

2.0

JENIS-JENIS METEOROID Sebuah meteoroid dapat dibahagi kepada tiga jenis: yang hampir seluruhnya terdiri daripada besi, yang terdiri dari batuan, dan yang terakhir adalah campuran besi-batuan. Meteoroid besi memiliki komposisi yang terdiri oleh besi dan nikel, berwarna coklat dengan kemampatan yang tinggi. Apabila diteliti melalui mikroskop, struktur kristalnya menunjukkan ia telah melalui proses pemanasan dan pendinginan dalam pembentukkannya. Meteoroid campuran besi dan batuan disebut lithosiderit, dan umumnya mengandungi logam-logam seperti besi, alumunium, dan magnesium. Meteorid batuan banyak yang ditemui mengandungi bahan yg disebut chondrule. Meteorit sebegini disebut sebagai chondrite sedangkan yang tidak mengandungi bahan ini disebut meteoroid achondrite.

Meteoroid boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan besar : Meteoroid batu (terhasil daripada batuan dengan mineral silika). Meteoroid jenis batu terbahagi kepada dua:

Chondrites beku. Chondrites cair. o Meteoroid besi(terhasil daripada besi-nikel metalik). o Meteoroid gabungan besi-batuan(terhasil daripada campuran besi-nikel dan mineral silika).

Meteoroid Chondrites karbon

2.1

Meteoroid batu Chondrites Chondrites dipercayai terbentuk pada satu masa yang sama dan dari bahan sama seperti planet berbatu di bahagian tengah sistem suria. Pengkajian chondrites boleh menjelaskan mengenai bagaimana planet tercipta dan bahan asal yang membentuk planet dalam sistem suria. Secara saintifik, chondrites adalah campur-aduk daripada pelbagai bahan; kebanyakan mengandungi bintik campuran logam besi dan tembaga putih yang berkilat, serta tompok berwarna pucat CALs (Calcium and Aluminium-rich Inclusions) yang mengandungi sedikit kalsium dan aluminium. Gambar rajah di bawah menunjukkan serpihan meteoroid batu yang ditemui di Silverton, Texas.

2.2

Meteoroid besi Meteoroid besi dengan aloi besi-nikel yang terbentuk di bahagian dalam meteoroid ini mewakili 5% dari jumlah keseluruhan meteoroid yang jatuh ke bumi. Kebanyakan meteoroid besi seperti kamacite dan taenite berasal dari teras sejumlah asteroid yang pernah mencair. Ketika di bumi, logam yang lebih tumpat terpisah daripada material silika dan tenggelam ke bahagian tengah asteroid lalu membentuk teras. Namun demikian, ia akan hancur akibat daripada perlanggaran dengan asteroid lain. Gambar rajah di bawah menunjukkan serpihan meteoroid besi yang ditemui di Henbury, Australia.

2.3

Meteoroid besi-batuan

Meteoroid besi-batuan hanya mewakili 1% daripada jumlah keseluruhan meteoroid yang jatuh ke bumi. Meteoroid ini terhasil daripada campuran besinikel dan mineral silika. Satu jenis yang dipanggil pallasite, dikatakan berasal daripada zon sempadan di atas teras dimana meteoroid besi berasal. Satu lagi jenis meteoroid besi-batuan ialah mesosiderite.

Serpihan meteoroid besi-batuan yang ditemui di Kansas, United Stated.

Serpihan meteoroid besi-batuan yang ditemui di Dalgaranga, barat Australia.

2.4

Meteoroid Chondrites karbon Diantara semua chondrite, yang paling menarik perhatian

adalah chondrite karbon yang banyak mengandung air, karbon, dan bahanbahan seperti silikat dan logam. Perkara yang membuatkannya sangat menarik adalah adanya bahan-bahan organik seperti asam amino, hidrokarbon, dan lipida. Zat-zat organik ini terbentuk di dalam awan gas yang membentuk Matahari dan diduga merupakan bahan-bahan yang memungkinkan terjadinya suatu bentuk kehidupan. Meteoroid jenis achondrite berasal dari kerak bahagian luar asteroid.

Serpihan meteoroid Chondrites karbon yang ditemui di Perancis.

Serpihan meteoroid Chondrites karbon yang ditemui di Allende, Mexico.

Sumber Rujukan

Nusantara Heritage Enterprise. (2012). Citing Websites. Meteorite. Retrieved April 16, 2012, from http://www.nusantaraheritage.com.my/permata/meteorite/index.html

Mrbelia. (2011). Citing Websites. Meteoroid - Kehebatan Besi Dari Langit. Retrieved April 16, 2012, from http://mrbelia.pun.bz/meteoroid-kehebatan-besi-dari-langit.xhtml

Enchanted Learning. (2010). Citing Websites. Asteroids. Retrieved April 16, 2012, from http://www.enchantedlearning.com/subjects/astronomy/asteroids/

Glister, P. (2008). Citing Websites. New Precursors of Life Identified in Meteorite. Retrieved April 16, 2012, from http://www.centauri-dreams.org/?p=1928(gambar

Washington Education. Citing Websites. Meteorites: Stones from the Sky. Retrieved April 16, 2012, from http://www.astro.washington.edu/courses/labs/clearinghouse/labs/Meteors/meteors.html

Claybourne, A. (2010). Sistem Suria. Kuala Lumpur : Siri Fokus Sains-Institut Terjemahan Negara Malaysia.

Rau, D. M. (2003). Comets, Asteroids, and Meteoroids (Our Solar System). Kuala Lumpur: Compass Point Books.

Beri Nilai