Anda di halaman 1dari 7

1.

PENGENALAN

1.1

Utara

Utara mempunyai dua arah atau jenis iaitu Utara Geografi atau Utara Sebenar dan Utara Magnetik. 1.1.1 Utara Sebenar ialah tempat dimana semua garisan longitud bertemu atau

tempat paksi bumi berputar. Utara Sebenar kebiasaannya berbeza dengan utara magnetik. Kutub Utara sebenar dan Kutub Selatan dirujuk kepada titik-titik di mana paksi memotong bumi. Walau bagaimanapun, paksi putaran ini tidak tetap arah. Ia mengalami anjakan dengan tempoh 25.800 tahun.

1.1.2

Utara Magnetik dimana bayangkan bumi sebagai satu magnet yang besar, dan

mempunyai kutub utara dan selatan. Kutub Utara Magnetik ini tidak sama dengan paksi bumi berputar, iaitu berbeza sebanyak 11darjah. Utara Magnetik sentiasa berubah. Kemagnetan bumi terhasil disebabkan oleh aliran elektron dalam bendalir teras logam di dalam bumi.

2.0

CARA UNTUK MENENTUKAN UTARA SEBENAR DAN UTARA MAGNETIK.

2.1

Utara Sebenar dapat dikenal pasti melalui pendekatan bayang-bayang yang terbentuk daripada pancaran matahari, menggunakan bintang dan bulan dan menggunakan peralatan pelayaran.

2.2

Utara Magnetik pula dapat dilihat dengan kaedah penggunaan kompas magnetik.

3.0

UJI KAJI UNTUK MENENTUKAN BANDINGAN ANTARA UTARA SEBENAR DAN UTARA MAGNETIK.

Uji kaji Masalah Hipotesis

: Menentukan bandingan antara utara sebenar dan utara magnetik. : Apakah bandingan antara utara sebenar dan utara magnetik? : Utara sebenar dan utara magnetik berbeza dari sudut anjakan.

Radas dan bahan: Sekeping kertas saiz A4, magnetik kompas, pembaris protector, pembaris panjang, pen dan plastisin. Pembolehubah (a) dimanipulasikan (b) bergerak balas (c) dimalarkan Prosedur : : jangka masa : bayang-bayang pen : pen dan kompas magnetik

1. Kertas bersaiz A4 dilukis seperti Rajah 1.0. 2. Tentukan utara magnetik menggunakan kompas magnetik yang diletakkan di atas permukaan kertas A4, letakkan mengikut arah utara sama seperti tertera di lakaran yang dibuat. 3. Pen dilekatkan plastisin di pangkal pen dan diletakkan di tengah-tengah titik pertemuan antara utara dan selatan yang telah dilakar di atas kertas yang sama. 4. Bayang-bayang pen akan terbentuk di atas permukaan kertas dan x akan ditandakan di hujung bayang-bayang pen seperti Rajah 1.1 dan kemudian dibiarkan selama 10 minit. 5. 10 minit kemudian bayang-bayang pen akan mengalami anjakan dan tandakan xyang kedua pada bayang-bayang pen yang mengalami anjakan tadi seperti Rajah 1.2. 6. Camtumkan kedua-dua tanda x dengan mengariskan satu garisan ke titik pertemuan utara dan selatan. 7. Dapatkan garisan serenjang di antara garisan x yang bersudut 90 darjah dan gariskan seperti di dalam Rajah 1.3.

8. Garisan anak panah itu adalah utara sebenar. 9. Gariskan dari titik 90 darjah sama selari dengan arah utara magnetik seperti Rajah 1.4. 10. Akan dapati bahawa ada perbezaan sudut. 11. Gunakan pembaris protector untuk mengukur sudut perbezaan tersebut. 12. Akan dapati bahawa sudut anjakan ialah 27 darjah antara utara sebenar dan utara magnetik.

Rajah 1.0

Rajah 1.1

Rajah 1.2

Rajah 1.3

Rajah 1.4 Kesimpulan :

Utara sebenar dan utara magnetik berbeza dari sudut anjakan. Hipotesis dibuktikan benar.

Rujukan : Peta topografi (2012). Retrieved 17, April, 2012, from http://www.ukm.my/kamal/asas%20kerjalapangan/kuliah%204%20%20peta%20topografi.pdf

Ibnu Umar. (Performer) (2012). Menentukan Utara Magnetik Dan Utara Sebenar [VHS]. Retrieved 17, April, 2012, from http://youtu.be/jjVbsXaI8xU

Towonsing, A. (2008). Bab 2: Arah Geografi Tingkatan Dua. Retrieved 17, April, 2012, from http://www.malaysian-ghost-research.org/education/files/nota/t2/Bab2-Arah.pdf

Amien Naseem. (2012). Nota Pintas Geografi Tingkatan 3. Nota Geografi Tingkatan 3 (Section A). Retrieved 17, April, 2012, from http://www.scribd.com/doc/47344411/NotaGeografi-Tingkatan-3

Mccoll. W. R. (2005). Encyclopedia Of World Geography. Kuala Lumpur: Facts On File Library Of World History.