Anda di halaman 1dari 3

Bangsa berilmu Negara jaya Bismillah.. 24 ogos , detik bersejarah buat Negara kita..

kita berkumpul dengan penuh damai di dewan ini namun tahu kah hadirin apakah peristiwa besar yang melanda negara.pada tarikh ini, 5 abad yang lalu, sesungguhnya pada tarikh inilah jatuhnya Melaka ke tangan portugis. Ingat ingatkanlah. Terima kasih tuan pengerusi majlis.. Assalamualaikum dan salam pertemuan Hari ini pertandingan ini. Saya pelajar akademi kementerian pelajaran Malaysia yang akan menerengkan komponen komponen bangsa berilmu Negara Berjaya. Sidang saksi bermisi, wacana fitrah saya yang pertama Kompenon pertama, bangsa berilmu tonggak Negara jaya. John neaspy dlm Mega Tribe menyatakan gelombang dunia masa depan ditentukan oleh kewujudan masyarakat yang Bukan sekadar masyarakat bermaklumat tetapi masyarakat berilmu. Sudah pastilah ilmu dalam konteks ini, bukan sekadar ilmu aqli, tetapi disepadukan dengan ilmu naqli. Bukan sekadar skil @kemahiran, bahkan, ilmu wahyu. Lantaran itu hadirin, sudah pastilah penyuburan ilmu ini terhasil dari amalan amalan murni seperti budaya membaca, meneroka dan mengkaji disiplin disiplin ilmu. Atas keyakinan itulah dalam rancangan Malaysia ke 9, kerajaan memperuntukkan lebih 45 billion ringgit untuk pendidikan dan latihan. Sebabnya.. Negara bukan hanya memmerlukan seorang najmil fais bahkan ribuan najmil fais dan ribuan adekk genius pintar, adi putra. hadirin,perhatian hadirin, pidato ini tiada selingan iklan. Oleh itu saya teruskan dengan kompenon kedua, bangsa berilmu membentuk jasadiah insan. Malaysia kini mempunyai lebih 25 juta penduduk. Persoalannya disini, mengapa potensi jasad berbeza beza. Ada yang menjadi Khalifah, ada juga yang mejadi sampah , ada yang ke university, ada juga yang ke pusat serenti, ada yang menjadi pejuang. mengapa masih ada insan yang

menjadi pertualan. Tuntasnya hadirin, terbangnya belon bukan disebabkan kuning, hijau, biru warnanya, tetapi kandungan gas didalamnya dgn ilmu pengetahuan dan nilai disiplin seperti ilmu, iman dan amal, maka akan menobatkan insane gemilang , insane terbilang seumpama nicol and david dgn squashnya, Qabil ambak dengan kudanya, Josiah Ng dengan basikalnya.. tanpa ilmu dan disiplin diri yang menjadi teras pembinaan pada jasad mereka.Tidak mungkin juara dunia menjadi milik mereka. Dengan bukti, betapa hebatnya ilmu menjadi tonggak menterjemahkan kehebatan insan. Supaya tidak menjadi nyor condong ,pangkal dipupuk, buah jatuh dihalaman orang. Hadirin hadirat, sidang penonton yang penuh santun. Komponen ke3, bengsa berilmu tonggak pembinaan rohani yang sejahtera. Jasad tanpa roh seumpama gula tanpa manisnya, dan seumpama mati sebelum ajalny. Begitulah sebabnya roh dengan pembinaan bangsa berilmu. Pembajaan roh dengan ilmu , i iman dan amal, bakal menobatkan insane gemilang, insan tauladan. Buktinya, Datin paduka sharifah mazlina yang sanggup berekspedisi dikutub kutub dengan tekad dan bersemangat mahu mengibarkan jalur gemilang di puncak dunia dan dengan ilmu agama, betapa luhurnya hati muhamadd hafizan yang mendermakan sebahagian hatinya demi insan lain. Komponen ke 4, bangsa berilmu tunggak pembinaan emosi ihsan. Sepanjang sebulan yang lalu, 6.2 billion warga dunia melupakan perbezaan ras dan bahasa. Piala dunia menjadi fenomena sejagat, jasad roh dan intelektual terarah kepada perkataan bola dan gol tetapi kita harus pelajari tatkala piala dunia yang satu berada di kemuncak perebutan, tatkala semangat roh berada di klimaksnya dan tatkala keringat jasad banyak dirembes.. bekas pemain terbaik dunia, zinade zidane gagal mengawasi emosi,maka tercemarlah nama baik Negara yang dibina selama ini, kad merahla jawabnya.. Hadirin inilah bukti, betapa bangsa berilmu menjadi tonggak pengukuhan dan kestabilan emosi. Sebab itulah rasullullah s.a.w bersabda, orang yang

kuat bukanlah orang yang mengumpul harta yang banyak tetapi orang yang berjaya menahan marahnya. Hadirin sekalian, Secara konklusinya, dapat kita simpulkan bangsa berilmu tonggak Negara jaya, dan pembinaan intelektual, jasmani, rohani dan emosi insan. Sesungguhnya komponen komponen inilah yang menjadi pakej pengisian kemerdekaan kita dalam pelbagai bidang, namun jauh di sudut kalbu, terbuku satu kebimbangan saya pada Senario masa kini. hadirin, anak anak kita lebih sebati dengan ultraman dan batman berbanding tungku abdul rahman. Anak anak lebih sebati dengan budaya hip hop berbanding dengan gurindam dan syair. Mutakhir ini, anak anak kita terasa bodoh apabila berbahasa melayu. Kemana pergi kebenaran kata kata laksamana hang tuah. takkan melayu hilang di dunia dan dimana pergi bangsa bangsa berilmu yang dibina. Fikir fikir kanlah, saya menyeru para hadirin, marilah bersama sama saya kita melahirkan bangsa berilmu, Negara jaya. Sekian.. wbt

Anda mungkin juga menyukai