Anda di halaman 1dari 4

THARANI SRI A/P RAMAYA

Laporan Refleksi Pada 5 Mac 2012, saya bersama rakan-rakan semester 5 yang lain telah menghadiri ceramah yang bertajuk Pengurusan Pendidikan. Ceramah ini adalah sebahagian daripada Program Bina Insan Guru Fasa IV dan kami diwajibkan untuk menghadiri ceramah ini. Ceramah ini dimulakan pada 2 petang. Penceramah, Encik Mohammad Nek Ezar B. Ismail telah memberi ceramah yang berfaedah bagi saya. Beliau memulakan ceramahnya dengan menerangkan tentang Jabatan Pendidikan Negeri, Negeri Sembilan (JPNS). JPNS berfungsi dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menguruskan hal-hal pendidikan di Negeri Sembilan. JPNS telah ditubuhkan dengan matlamat berilmu, berketrampilan dan sejahtera. Jabatan ini juga untuk melahirkan bermatlamatkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu,beriman, berakhlak mulia, menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan dan kemajuan negara dan memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warga negara Malaysia. Saya dapat tahu bahawa penempatan guru-guru dan kakitangan sokongan ke sekolah- sekolah setelah menerima bekalan dari Kementerian Pelajaran Malaysia terletak dibawah bidang kuasa JPN secara amnya dan JPNS secara khususnya di Negeri Sembilan. Selama ini saya telah berpendapat bahawa hanya Bahagian Pendidikan Guru yang menguruskan penempatan guru permulaan selepas menamatkan pelajaran seperti saya dalam masa yang akan datang. Selepas menghadiri ceramah ini, saya dapat tahu bahawa guru-guru akan dibekalkan kepada setiap negeri mengikut bilangan keperluan di negeri tersebut oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Guru-guru tersebut akan ditempatkan di sekolah-sekolah oleh Sektor Pengurusan Sekolah JPNS. Maka dengan melalui proses itulah kita akan dapat penempatan di sekolah. * saya tafsir mengikut fungsi sektor-sektor dan JPNS. Saya berasa selama ini saya seperti katak di bawah tempurung yang tidak tahu apa yang berlaku di keliling saya. Mungkin sikap saya yang kurang ambil tahu ini menyebabkan saya ketandusan pengetahuan malah tentang perkara yang amat penting dalam bidang kerjaya saya. Melalui ceramah ini, saya dapat tahu tentang serba sedikit tentang JPNS. Pengetahuan ini akan membantu semasa penempatan

THARANI SRI A/P RAMAYA

sebagai guru permulaan. Saya sekurang-kurangnya dapat tahu tentang sektor yang bertanggungjawab untuk setiap masalah yang timbul seperti sektor yang asing untuk kewangan, penilaian dan peperiksaan, khidmat pengurusan dan pembangunan, jaminan kualiti dan sebagainya. Saya tidak memikirkan bahawa pengetahuan ini hanya berguna jika saya ditempatkan di Negeri Sembilan, malah pengetahuan ini amat berguna kepada tidak kira di mana saya ditempatkan kerana hampir semua Jabatan Pendidikan Negeri memainkan peranan yang sama. Pengetahuan ini dapat membantu saya untuk merujuk sektor yang mana satu untuk yang terlibat dalam menyelesaikan masalah saya mengikut fungsinya. Ini akan memudahkan saya dan juga pegawai yang terlibat untuk mengambil tindakan terbaik dalam usaha menyelesaikan masalah. Selain JPNS, beliau juga menerangkan tentang Pejabat Pendidikan Daerah (PPD). PPD mewakili JPN dalam segala urusan pentadbiran jabatan di peringkat daerah. PPD menguruskan perihal setiap sekolah di daerah masing-masing sebelum menyampaikannya di peringkat seterusnya iaitu JPN. Mengikut hieraki pengurusan pendidikan, sekolah terletak di peringkat bawah, diikuti oleh PPD dan JPN sehingga pada peringkat tingginya ialah Kementerian Pendidikan Malaysia. Tambahan lagi, beliau juga memberi penerangan tentang Pusat Kegiatan Guru (PKG). PKG adalah merupakan sebuah unit yang ditubuhkan di bawah Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN) atau sekarang dikenali sebagai Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) dan di dalam rangkaian Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia yang bertujuan memberi khidmat sokongan dan latihan kepada guru-guru dalam penggunaan Teknologi Pendidikan dalam pengajaran dan Pembelajaran (P&P). PKG juga merupakan pusat peningkatan profesionalisme keguruan menerusi pelbagai aktiviti pendidikan yang mengutamakan perkembangan kurikulum berlandaskan teknologi pendidikan. Ia sentiasa menjalankan program-program bagi mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran serta perkhidmatan dan menggiatkan aktiviti yang memenuhi keperluan guru-guru. PKG berperanan sebagai pusat sumber bagi menyediakan kedudukan dan perkhidmatan bahan-bahan pendidikan, alat dan bahan bantu mengajar serta penghasilan bahan pengajaran-pembelajaran yang pelbagai. Dengan ini perkara

THARANI SRI A/P RAMAYA

yang merunsingkan minda saya tentang bagaimana dan di mana hendak mencari sumber P&P pada masa akan datang telah selesai. Saya dapat tahu bahawa guruguru boleh mendapatkan alat dan bahan bantu mengajar(BBM) daripada PKG. Ini akan membantu saya untuk membuat dan menggunakan BBM yang pelbagai dan menarik semasa P&P. Saya juga mendapati bahawa PKG menjadi medan untuk guru-guru memberi fikiran, mengkaji semula amalan-amalannya, mentaksir keperluan-keperluan pelajar dan menilai semula prestasi dalam profesion perguruan. Dengan ini, saya berharap dapat mengesan serta menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran yang dihadapi dengan usahasama guru-guru lain dari sekolah yang lain. Selain menyelesaikan masalah, ini juga memberi peluang kepada saya untuk bertukar pandangan tentang ilmu yang diperolehi bersama guru-guru yang lain. Saya juga boleh menggunakan pendekatan yang mereka gunakan di sekolah mereka jika ia bersesuaian dengan pelajar saya. Selepas berbincang tentang JPN dan bahagian pengurusan yang terlibat, penceramah telah beralih ke Akta Pendidikan 1996 (Akta 550). Memandangkan penceramah yang sepatutnya hadir untuk memberi penerangan tentang akta tidak dapat hadir sebab hal penting, terpaksa Encik Mohammad Nek Ezar menyambung ceramah. Saya difahamkan bahawa akta ini merupakan suatu akta untuk mengadakan peruntukan bagi pendidikan dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Ia digubal bagi tujuan menjadikannya sebagai panduan dan rujukan tentang sesuatu bahagian atau bidang. Selain itu, akta juga memudahkan pihak-pihak tertentu membuat rujukan semasa kes mahkamah. Akta Pendidikan 1996 ini mengandungi 16 bahagian termasuk Penilaian Dan Peperiksaan, Pendidikan Tinggi, Kewangan, Jemaah Nazir Sekolah, Peraturan-Peraturan, Kesalahan dan Penalti dan sebagainya. Saya mendapati terdapat juga peraturan tentang Institut Pendidikan Guru (yang dahulunya dikenali sebagai Maktab Perguruan) dan pendaftaran guru selepas habis belajar juga amat ditekankan dalam akta ini. Disamping akta, Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) juga di fokuskan dalam ceramah ini. SPI adalah surat yang dikeluarkan dari semasa ke semasa untuk mengatasi masalah yang ditimbul. Pada pandangan saya SPI ini amat penting walaupun terdapat Akta Pendidikan 1996 kerana SPI ini memberi panduan yang

THARANI SRI A/P RAMAYA

jelas tentang apa yang perlu buat dan tidak perlu buat. Ini membantu pemahaman penyelesaian tentang sesuatu masalah secara mendalam dan jelas. Jika SPI yang dikeluarkan tidak dapat memberi penyelesaian secara menyeluruh, maka SPI yang baru dengan tindakan yang lain akan dikeluarkan. SPI yang lama akan terbatal dan dimansuhkan secara automatik dan hanya SPI yang akan diguna pakai. Sebagai contohnya terdapat SPI bil 11/2005 yang berkaitan larangan membawa dan menggunakan telefon bimbit oleh pelajar di sekolah.Pelaksanaannya agak tidak berkesan maka ia di maksuhkan dengan wujudnya SPI 2/2009. Dalam bahagian penerangan tentang akta ini, ada beberapa maklumat yang saya tidak dapat memahami kerana banyak perkara yang berkaitan dengan perundangan dan bahasanya agak susah untuk faham. Walaubagaimanapun, saya membuat bacaan tentangnya dari pelbagai sumber untuk mendapat penjelasan.