Anda di halaman 1dari 2

GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN Mengikut Kamus Dewan (DBP,2007), guru bermaksud orang yang mengajar, pendidik atau

pengajar. Manakala dalam Bahasa Inggeris pula teacher, Sensei bahasa Jepun, Lau tse Mandarin dan Mualim bagi Bahasa Arab. Penjana berasal dari perkataan asal JANA yang bermaksud hasil, jadi atau lahir. Oleh itu, guru sebagai penjana bermaksud orang yang menghasilkan, melahirkan atau mengadakan sesuatu perubahan (transform) dalam pendidikan Negara. Tanggungjawab guru untuk melakukan perubahan (transformasi) dalam pendidikan Negara nyata sangatlah besar. Ia bermula daripada cara guru mengaplikasikan dasar pendidikan Negara secara berkesan. Guru bukan sahaja sebagai penyampai ilmu, jurutera social, penyubur perpaduan, pencorak minda, pembangun sahsiah malah sebagai agen perubahan. Guru bertindak sebagai pencetus dan pengerak kepada proses transformasi system pendidikan Negara dalam usaha melahirkan generasi masa depan yang intelek, berdaya saing, berjati diri kukuh serta berpegang teguh kepada ajanran agama dan nilai sejagat. Sebagai penjana transformasi pendidikan Negara, golongan pendidik perlu memikul semua perancangan pendidikan yang direncanakan oleh kerajaan. Program transformasi kerajaan yang merangkumi pelan hala tuju Malaysia menjelang tahun 2020 turut menggariskan beberpa pelan tindakan berkaitan system pendidikan Malaysia. Sasaran utama adalah untuk mempertingkatkan pencapaian pelajar. Bagi memastikan kualiti pendidikan tercapai, Kementerian Pelajaran telah menjadikan empat perkara sebagai focus utama mengisi bidang keberhasilan utama (NKRA) iaitu peluasan Pra sekolah, Literasi dan Numerasi (LINUS), Sekolah Berprestasi Tinggi dan Tawaran Baru Pengetua dan Guru Besar. Sesuai dengan tema Hari Guru tahun ini, Guru Penjana Transfomasi Pendidikan Negara, marilah kita sama-sama untuk memperbaharui ikrar dan janji kita agar memastikan anak-anak didik kita menerima ilmu dan kemahiran yang setaraf dengan sekolah-sekolah cemerlang di seluruh Negara. Pendidkan hari ini bukan seperti pendidikan zaman klonial, di mana pendidikan bertujuan sekadar untuk anak-anak dapat hidup sebagai petani atau sebagai tukang kayu. Pendidikan hari ini juga bukan seperti pendidikan era tahun 70 an atau 80 an. Tetapi pendidikan hari ini adalah pada era untuk transform negara kita menjadi sebuah negara maju seperti Amerika Syarikat, Jepun atau negara jiran kita, Singapura. Zaman kita hari ini adalah zaman untuk menjadikan negara kita sebagai sebuah negara maju. Oleh itu kaedah, cara dan pendekatan kita dalam pendidikananak-anak juga mestilah maju. Sebagai seorang guru, kita hendaklah sentiasa kreatif dan berfikir untuk mencari pelbagai kaedah dan pendekatan yang paling berkesan untuk memastikan anak-anak kita ini menerima pendikan, ilmu dan kemahiran yang bakal menjadikan mereka sebagai seorang warga negara dalam sebuah negara maju. Guru adalah penjana transformasi pendidikan negara. Sebelum kita ubah orang lain kita sendiri perlu ubah diri kita. Kita perlu ubah minda dan pemikiran kita. Kita perlu ubah semangat dan pendirian kita. Kita perlu ubah objektif dan matlamat kita sebagai seorang guru. Pendek kata, kita perlu berubah dan sentiasa peka dengan perubahan di sekeliling kita.

Anda mungkin juga menyukai