Anda di halaman 1dari 5

Jelaskan 2 sumbangan Tamadun Islam kepada peradaban dunia. 1Agama.

agama Islam telah diterima oleh semua bangsa di dunia. Aqidah dan syariat menjadi asas dalam pembentukan tamadun yang berteraskan ilmu, iman dan amal. maka terbentuklah insan yang sempurna. Kedatangan Islam telah membebaskan masyarakat Eropah daripada terikat dengan kawalan dan sekatan gereja Rom. 2. Astronomi. Tokoh Islam iaitu Nasir Al-Din Al-Tusi telah mencipta jadual pergerakan planet yang tepat. Sistem planetnya adalah yang paling maju dizamannya. Beliau juga telah menyumbang dalam pembinaan dan penggunaan alat astronomi termasuk astrolab. Sumbangan beliau telah banyak membantu dalam pembentukan tamadun dunia.

1. agama islam itu sendiri yang membawa kemajuan dari aspek ilmu, dimana lahirnya para cendekiawan islam dan terciptanya cabang ilmu dari kuasa yang maha pencipta, allah swt melalui kitab suci al-quran nur karim. 2. sebagai satu cara hidup baru manusia yang bermula dari dzaman purba kepada jahiliah yang huru-hara dan bila wujudnya islam maka kehidupan manusia berubah menjadi harmoni, sejahtera dan aman. 1. Aspek agama:

Sumbangan yang paling besar terhadap peradaban dan tamadun manusia ialah dalam aspek agama. Islam dapat diterima oleh semua bangsa di dunia. Akidah menjadi aspirasi dan motif penggerak ke arah tamadun. Peranan syariat itu ialah menunjuk ajar serta memberi kaedah yang jelas kepada asas pembinaan tamadun. Asas itu ialah ilmu, iman dan amal. Kesepaduan ketiga-ketiga aspek membentuk insan yang sempurna. Kekuatan sesebuah negara atau masyarakatnya terletak pada pegangan agama yang kukuh.

2. Aspek keintelektualan Islam


telah ditiru oleh bangsa Eropah sehingga melahirkan satu perubahan besar dalam sejarah tamadun di Eropah. lahirnya tokoh-tokoh keilmuan islam seperti Ar-Razi, Khawarizmi, Al-Jazari, al-Kindi dan ramai lagi yang terkenal di dalam bidang-bidang perubatan, fizik, astronomi, masingmasing telah mencetus perkembangan ilmu melalui penyelidikan, penerbitan buku atau naskah mereka masing-masing...

2 sumbangan tamadun Islam: a) Falsafah Kelahiran ahli falsafah Islam banyak menyumbang kepada pemikiran baru dunia.Antara ahli alsafah Islam yang terkenal adalah Al-Kindi, Al-Farabi, Ibn Sina, Ibn Rusyd dan Muhamad Abduh. Al-Kindi sebagai contoh banyak membahaskan pelbagai cabang ilmu pengetahuan dalam bukunya. Ilmu geometri, aritmatika, astronomi, muzik dan logika banyak dibahaskan dalam buku tulisan Al-Kindi.Malah bukunya telah disalin ke dalam bahasa Latin di Eropah berjudul De Aspectibus iaitu huraian mengenai geometri dan ilmu optik.

b) Botani Banyak karya botani berkaitan perubatan telah dihasilkan oleh para pengkaji di wilayah Islam.Segala kajian itu telah membantu mengenalpasti jenis akar kayu dan tumbuh-tumbuhan yang berkhasiat dan dapat digunakan dalam bidang perubatan.Sumbangan kitab al-jami fi aladwiya al-Mufrada merupakan sebuah kompilasi botani yang terhebat mengenai tumbuhtumbuhan perubatan di Arab Saudi.Kitab ini mengandungi kira-kira 1400 pelbagai perkara yang sebahagian besarnya mengenai tumbuhan perubatan dan sayur-sayuran.Kitab ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dan diterbitkan pada tahun 1758.

1.BIDANG PERUBATAN. -Perubatan Islam adalah hasil sintesis at-Tib an-Nabawi atau perubatan tradisi Nabi Muhammad s.a.w dengan yang berasal dari budaya ilmu Yunani, Parsi, Mesir, Babylon, Cina & India. -Tokoh-tokoh terawal perubatan terdiri dari golongan Arab Nestorian yang beragama Kristian seperti A)Hunayn Ibn Ishaq B)Yahya al-Masawayh C)Jurjis bin Bakhtishu. -Buku Zakaria Al-Razi (865-925M), Al-Hawi, Al-Mansur & Al-Asrar telah dijadikan rujukan di Eropah dalam bidang kimia.Kajian tentang penyakit & pemulihan campak, cacar tulen & campak biasa.Beliau pengasas & pengarah pertama hospital Baghdad. 2.FALSAFAH DAN PEMIKIRAN -Tamadun Islam telah membuka mata dan minda orang Eropah terhadap hubungan manusia dengan alam -Menjelang abad ke-3, para sarjana Islam mulai memberikan perhatian kepada persoalan dan pemikiran yang berkaitan dengan falsafah. -Asas kepada falsafah yang dipelopori oleh para ilmuwan Islam, berpaksikan ajaran Islam dan kalimah syahadah bertujuan untuk meningkatkan keyakinan dan ketakwaan umat Islam. Berbeza dengan falsafah Yunani yang lebih tertumpu kepada pencarian kebenaran berlandaskan pemikiran dan logik semata-mata sehingga menimbulkan kekeliruan serta kecelaruan yang tidak berpanjangan. Kemasyarakatan dan Konsep Keadilan -Hak ke atas individu dalam Islam- hak seorang suami, isteri, pemerintah, anak dan sebagainya. -Penyertaan rakyat dalam memberi pendapat kepada pemerintah. -Layanan baik tawanan perang. -Etika peperangan melindungi kanak-kanak, orang tua dan kaum wanita. *Falsafah dan Pemikiran -Mencelikkan mata orang-orang Eropah terhadap hubungan manusia dengan alam memandangkan Tamadun Islam adalah holistik yang mencakupi keseluruhan kehidupan manusia.

1) Astronomi - Pengenalan istilah baru dalam bidang astronomi. - Penciptaan peralatan astronomi. - Pemetaan yang lebih teliti terhadap peta dunia. - Dan tak dilupakan The big bang theory, the black hole.

2) Perubatan - Sumbangan islam dalam ilmu perubatan juga tak ternilai . Tokoh - tokoh islam pada ketika itu seperti ibnu Sina, Al Razi memang tiada tolok bandingannya sumbangan mereka terhadap jantung , anatomi badan manusia begitu hebat sehingga di jadikan rujukan oleh sarjana barat selama berpuluh tahun. Bangga sungguh dengan pencapaian Tamadun Islam ini. Saya harap generasi muda sekarang ini boleh menjadikan pencapaian mereka yang terdahulu ini sebagai rujukan.

Sumbangan Tamadun Islam kepada dunia tidak terbatas dari akidah sahaja malahan meliputi pelbagai perkara. Antaranya; 1. Dalam bidang falsafah dan pemikiran Dengan adanya pengaruh Islam, orang Eropah dapat membebaskan pemikiran mereka yang selama mi dibelenggu oleh pelbagai doktrin Kristian terutama sekali hubungan manusia dengan alam. Manusia tidak lagi dipandang hina berdasarkan jenis darah dan keturunan malahan setiap manusia mempunyai hak untuk mengecap kemajuan dan memperbaiki hidup. Perubahan sikap ini akhirnya melahirkan satu gerakan intelektual yang dikenali sebagai faham humanisme pada abad ke-13M. Tokoh-tokoh falsafah Islam yang dicontohi oleh orang Eropah ialah al-Kindi, alFarabi, Ibn Tufayl dan Ibn Rushd. Ibn Tufayl dengan karyanya Hayy Ibn Yaqzan yang mengungkapkan bahawa manusia boleh mengenal Tuhan tanpa wahyu dan guru, telah mempengaruhi pemikiran orang Eropah. Begitu juga idea falsafah Ibn Rushd telah mempengaruhi ahli falsafah Eropah sejak abad ke-12M lagi. Pada abad ke-16M, falsafah Ibn Rushd telah diamalkan secara rasmi oleh golongan terpelajar di Itali/Rome. 2. Dalam bidang matematik Penuntut Eropah ramai yang datang belajar ke Andalus pada zaman pemerintahan Islam. Kebanyakan mereka telah menjadi pakar dalam bidang tersebut, antaranya Adelard dan Morley dari Britain. Adelard telah berguru dengan orang Islam dan beliau telah menterjemahkan karya al-Khawarizmi yang menulis tentang teori geometri dalam matematik dan statistik. Beliau telah menggunakan nombor Arab dalam terjemahannya. Seorang lagi tokoh matematik Eropah ialah Leonardo Fibonacci of Pisa. Beliau telah mempelajari ilmu Matematik dengan orang Islam di Andalus. Karya-karya beliau antaranya Liberabci telah dijadikan bahan bacaan asas ahli matematik di Eropah. Begitu juga George Purbach, pakar Matematik dari Vienna pada abad ke15M banyak berpandukan kajian yang dilakukan oleh ahli Matematik Islam seperti Ibn alZarqiyali yang mahir dalam matematik rajah segi tiga. Bidang matematik Ramai penuntut Eropah yang datang belajar ke Andalus pada zaman pemerintahan Islam. Kebanyakan mereka telah menjadi pakar dalam bidang tersebut, antaranya Adelard dan Morley dari Britain. Adelard telah berguru dengan orang Islam dan beliau telah menterjemahkan karya al-Khawarizmi yang menulis tentang teori geometri dalam matematik dan statistik. Beliau telah menggunakan nombor Arab dalam terjemahannya. Seorang lagi tokoh matematik Eropah ialah Leonardo Fibonacci of Pisa. Beliau telah mempelajari ilmu matematik dengan orang Islam di Andalus. Karya-karya beliau antaranya Liberabci telah dijadikan bahan bacaan asas ahli matematik di Eropah. Begitu juga George Purbach, pakar matematik dari Vienna pada abad ke15M banyak berpandukan kajian yang dilakukan oleh ahli matematik Islam seperti Ibn alZarqiyali.

Bidang astronomi Beberapa karya karangan Abu Masyar dan al-Khawarizmi telah diterjemahkan ke bahasa Latin oleh Adelard of Bath dan John of Siville. Karya al-Battani juga telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin oleh Alfonso X. Ahli astronomi Eropah bernama Romond telah menulis karya astronominya berdasarkan karya Ibn al-Zarqiyali (Azarchel). Ibn al-Zarqiyali mahir dalam menentukan gerhana matahari dan telah mencipta sebuah kompas untuk menentukan jarak antara bulan dan bumi dan di antara bintang-bintang dan matahari. Dalam bahasa Eropah terdapat beberapa istilah astronomi yang dipinjam daripada bahasa Arab. Antaranya ialah alsumut dan nadir (nazir). Umat Islam juga telah berjaya mencipta kompas yang digunakan dalam pelayaran di laut. Dengan itu pelayaran di laut dan kegiatan perdagangan telah berkembang dengan lebih pesat. Muhammad bin Musa telah mencipta astrolab (jam matahari). Beliau juga mencipta sebuah alat yang dapat mengukur bulatan dunia. Pada abad ke-12M, Abu Solet telah mencipta sebuah alat yang dapat menimbulkan semula kapal yang sudah tenggelam. http://tayibah.com/eIslam/Tamadun/tamadun2.htm--end--> Dalam bidang matematik, ramai penuntut Eropah yang datang belajar ke Andalus pada zaman pemerintahan Islam. Kebanyakan mereka telah menjadi pakar dalam bidang tersebut, antaranya Adelard dan Morley dari Britain. Adelard telah berguru dengan orang Islam dan beliau telah menterjemahkan karya al-Khawarizmi yang menulis tentang teori geometri dalam matematik dan statistik. Beliau telah menggunakan nombor Arab dalam terjemahannya. Seorang lagi tokoh matematik Eropah ialah Leonardo Fibonacci of Pisa. Beliau telah mempelajari ilmu matematik dengan orang Islam di Andalus. Karya-karya beliau antaranya Liberabci telah dijadikan bahan bacaan asas ahli matematik di Eropah. Begitu juga George Purbach, pakar matematik dari Vienna pada abad ke-15M banyak berpandukan kajian yang dilakukan oleh ahli matematik Islam seperti Ibn al-Zarqiyali. Beliau mahir dalam matematik rajah segi tiga. Dalam bidang astronomi terdapat beberapa karya karangan Abu Masyar dan al-Khawarizmi. Karya mereka telah diterjemahkan ke bahasa Latin oleh Adelard of Bath dan John of Siville. Karya al-Battani juga telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin oleh Alfonso X. Ahli astronomi Eropah bernama Romond telah menulis karya astronominya berdasarkan karya Ibn al-Zarqiyali (Azarchel). Ibn al-Zarqiyali mahir dalam menentukan gerhana matahari dan telah mencipta sebuah kompas untuk menentukan jarak antara bulan dan bumi dan di antara bintang-bintang dan matahari. Dalam bahasa Eropah terdapat beberapa istilah astronomi yang dipinjam daripada bahasa Arab. Antaranya ialah alsumut dan nadir (nazir). Umat Islam juga telah berjaya mencipta kompas yang digunakan dalam pelayaran di laut. Dengan itu pelayaran di laut dan kegiatan perdagangan telah berkembang dengan lebih pesat. Muhammad bin Musa telah mencipta astrolab (jam matahari). Beliau juga mencipta sebuah alat yang dapat mengukur bulatan dunia. Pada abad ke-12M, Abu Solet telah mencipta sebuah alat yang dapat menimbulkan semula kapal yang sudah tenggelam. 1.Aspek agama

diterima oleh semua bangsa di dunia akidah menjadi aspirasi bagi manusia untuk bekerja secara ikhlas dan jujur serta menjadi motif kepada pemangkin pergerakan tamadun. Ilmu , iman dan akal merupakan aspek penting untuk membentuk insan yang sempurna. memberi cahaya kepada bangsa Eropah untuk keluar dari zaman kegelapan .

2. aspek keintelektualan Islam

lahirnya tokoh-tokoh islam yang cerdik pandai seperti Ibnu Sina memberi kesan yang

amat mendalam terutama pada eropah. ramai bangsa eropah mempelajari ilmu dari tokoh2 terkenal ini. banyak karya2 sastera , bahasa dan buku2 hasil penemuan tokoh terkemuka telah diterjemahkan ke bahasa eropah.Secara tidak langsung ,hasil penemuan ini telah ditiru atau dimurnikan oleh bangsa eropah tersebut. Terdapat beberapa istilah bahasa arab telah dipinjam ketika proses penterjemahan dijalankan.Diantaranye.. sukkar - sugar, kimia - alchemy , arsyek - cheque