Anda di halaman 1dari 8

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SK YAACOB LATIF (1), KUALA LUMPUR

KERTAS KERJA PENDIDIKAN LUAR BILIK DARJAH TERAPI BOWLING UNTUK MURID PENDIDIKAN KHAS

PADA 23 MEI 2012 ( RABU ) 20 JUN 2012 (RABU) 29 OGOS 2012 (RABU) 19 SEPTEMBER 2012 (RABU)

ANJURAN: PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI) SEKOLAH KEBANGSAAN YAACOB LATIF (1)

Program Pend.Khas Integrasi ( PPKI ) SK Yaacob Layif (1)

1.0 PENGENALAN

Program Pendidikan Luar Bilik Darjah (PLBD ) merupakan satu program yang memberi peluang kepada para pelajar khasnya pelajar - pelajar Kelas Pendidikan Khas untuk menambah pengetahuan dan pengalaman mereka tentang kehidupan dan persekitaran di sekeliling mereka. Melalui aktiviti ini

( permainan bowling ), ianya sedikit sebanyak dapat memberi pendedahan kepada pelajar tentang teknik bermain bowling yang betul. Memandangkan para pelajar ini sangat kurang didedahkan kepada persekitaran luar, maka dengan adanya aktiviti Pendidikan Luar Bilik Darjah ini dapat meningkatkan pengetahuan, keyakinan diri dan kemahiran bergaul dengan masyarakat di sekeliling mereka.

2.0 RASIONAL Permainan bowling merupakan satu permainan yang memerlukan

kemahiran yang tinggi untuk dipraktikkan. Memandangkan terdapat pertandingan bagi acara bowling di peringkat daerah dan negeri bagi kelas Pendidikan Khas, maka dengan adanya aktiviti Pembelajaran Luar Bilik Darjah seperti ini sedikit sebanyak dapat memberi pengalaman serta meningkatkan kemahiran para pelajar tentang teknik bermain bowling dengan betul. Ini secara tidak langsung memberi peluang untuk pelajar berlatih secara intensif sebelum pertandingan bowling Pendidikan khas peringkat daerah dijalankan.

Program Pend.Khas Integrasi ( PPKI ) SK Yaacob Latif (1)

3.0 OBJEKTIF Melalui aktiviti Pendidikan Luar Bilik Darjah ini, diharap ianya dapat: a) Melatih para pelajar supaya mampu berdikari dan menerokai keadaan persekitaran mereka b) Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran tentang teknik permainan bowling yang sebenar c) Menjalinkan silaturrahim di antara guru-guru dan para pelajar Pendidikan Khas . d) Mewujudkan suasana riang dan mesra di kalangan pelajar PPKI serta guru-guru di samping membentuk kestabilan diri mereka. 4.0 TARIKH 23 Mei 2012 (Rabu ) 20 Jun 2012 (Rabu) 29 Ogos 2012 (Rabu) 19 September 2012 (Rabu)

5.0 TEMPAT Pusat Bowling Wangsa Bowl, Wangsa Walk, Wangsa Maju Kuala Lumpur

6.0 SASARAN Pelajar Pendidikan Khas 43 orang

Guru Pendidikan Khas Pembantu Pengurusan Murid Jumlah

12 orang 5orang 60 orang

Program Pend.Khas Integrasi ( PPKI ) SK Yaacob Latif (1)

7.0 KOS

Butiran Anggaran Perbelanjaan:

BIL. 1

PERKARA Pengangkutan Bas ( RM 300 ) Makanan (Pagi dan Tengah hari) 60 orang x RM 5.00 Permainan bowling dan sewa kasut RM 2.50 x 60 orang Jumlah Jumlah Keseluruhan 4 Trip

ANGGARAN PERBELANJAAN( RM ) RM 300.00

RM 300.00 RM 150.00

RM 750.00 RM 3,000.00

8.0 SUMBER KEWANGAN

Peruntukan PCG Pendidikan Khas Kutipan Yuran Bulanan PPKI Sumbangan Dari Pihak Luar (Sri Angsana Canopy & Caterer RM 200)

Program Pend.Khas Integrasi ( PPKI ) SK Yaacob Latif (1)

9.0 PELAKSANAAN PROGRAM a) b) c) d) Kertas kerja Mesyuarat Agihan tugas Pelaksanaan program

10.0 JADUAL AKTIVITI

HARI TARIKH

: RABU : 25 MEI / 20 JUN / 29 OGOS / 19 SEPTEMBER 2012

8.00 8.30

pagi

: Berkumpul dan taklimat ringkas di Kelas Bilik Rekreasi

8.30 9.00 pagi 9.00 10.00 pagi

: Sarapan Pagi : Bertolak ke Wangsa Walk : Bermain bowling di tempat permainan bowling Wangsa Bowl, Wangsa Walk.

10.00 1.00 petang

1.00 2.00

petang

: Bertolak pulang ke SK Yaacob Latif (1)

Program Pend.Khas Integrasi ( PPKI ) SK Yaacob Latif (1)

11.0 AHLI JAWATANKUASA

PENASIHAT PENGERUSI

: TN. HJ GHAZALI BIN KATUN : EN. IRWAN BIN MOKTAR

TIMBALAN PENGERUSI : DATIN HJH JAMALIA BINTI MASRI (GPK T&K) PN. YEO GEOK CHOO (GPK HEM) PN. ZAKIAH BINTI OSMAN (GPK KO-KU) SETIAUSAHA BENDAHARI AJK : EN. MOHD SAIDI BIN SHAFIE : PN. NORSAFIZAH BINTI MOHAMED : SEMUA GURU DAN PPM PPKI

11.0 PENUTUP

Sebagai kesimpulannya, Program Lawatan Luar ini sangat penting bagi membolehkan pelajar-pelajar melihat dan mengalami sendiri sesuatu kemahiran dari pengalaman yang sangat berharga ini. Selain daripada itu, ia juga akan mendidik para pelajar untuk berdikari dan mengurus diri dan aktiviti ini juga

secara tidak langsung

memberi terapi psikomotor dan lokomotor kepada

mereka. Kami guru-guru PPKI SK Yaacob Latif (1) amat mengharapkan agar program ini dapat membantu meningkatkan keyakinan kendiri pelajar-pelajar ini apabila berhadapan dengan masyarakat.

Disediakan oleh, ....................................


(MOHD SAIDI SHAFIE )

Disemak oleh,

Disahkan oleh,

............................................ ............................................
(EN. IRWAN B. MOKHTAR) GPK PENDIDIKAN KHAS (TN. HJ GHAZALI B. KATUN) GURU BESAR

SK YAACOB LATIF (1)

SK YAACOB LATIF (1)

Anda mungkin juga menyukai