Anda di halaman 1dari 7

ARCHITECTURAL STRUCTURE (DCA 3232) JEJULUR (OVERHANGING) DEFINASI

Sistem struktur yang menyebarkan beban melalui ahli yang diunjurkan kepada sangga terdapat pada pangkal struktur tersebut.

Daya-daya yang terhasil di dalam jejulur ialah lenturan dan ricihan. Contoh: Pokok Boleh dilihat 2 jenis jejulur iaitu jejulur pugak dan jejulur mendatar. Keluasan keratan lintang ahli-ahli struktur semakin membesar pada bahagian sangga. Ini menunjukan bahawa jumlah daya di sini adalah paling besar jika dibandingkan dengan bahagian hujung yang tidak disangga.

SEBARAN BEBAN Jejulur Sebentuk - bahagian atas jejulur mengalami tegangan - bahagian bawah mengalami daya mampatan - daya-daya dalaman yang dihasilkan oleh beban adalah kecil pada bahagian hujung yang tidak disangga dan semakin membesar pada bahagian pangkal. - Tegasan juga adalah kecil pada bahagian hujung yang tidak disangga dan semakin membesar pada bahagian pangkalnya. Jejulur Menirus - Untuk mendapat tegasan yang sekata pada jejulur maka keluasan jejulur adalah bergantung kepada daya dalamannya iaitu f=P/A. - ini akan menghasilkan jejulur menirus - Jejulur lebih ringan dan mengunakan bahan dengan lebih berkesan.

Rajah 4.3 Jejulur Rajah 4.4 Jejulur menirus sebentuk

SEBARAN BEBAN YANG BERLAINAN JENIS DALAM SISTEM JEJULUR

Rajah 4.5 menunjukkan beban ke atas balak di antara sokongan. Beban seragam bertindak ke atas balak di antara tiang ke tiang. Sebaran beban sama dengan balak biasa yang terdapat dalam sistem tiang dan balak. Bahagian jejuluryang menaik tidak mengganggu sebaran beban pada balak. Tiang menyangga beban yang sama dan mempunyai saiz yang sama. Rajah 4.6 menunjukkan beban ke atas jejulur. Balak menaik di bahagian antara sokongan. Sokongan di kanan mengalami tegangan manakala sokongan di kiri mengalami mampatan. Balak akan gagal jika beban berlebihan dikenakan kepada sokongan di kiri.

Rajah 4.6 Beban ke atas jejulur Jenis Jejulur : Jejulur Tunggal - Sistem jejulur yang berkesan untuk menyangga beban seragam. - Jejulur Tunggal berkesan jika unjuran adalah lebih kurang 30% daripada panjang keseluruhan rasuk. - Tiang saiz yang berbeza akan dapat mengurangkan lenturan pada bahagian hujung dan tengah rasuk.(rujuk rajah 4.7) Jejulur Kembar - Sistem jejulur yang lebih berkesan dari jejulur tunggal untuk menyangga beban seragam. - Jejulur Kembar yang berkesan jika unjuran lebih kurang 20% daripada panjang keseluruhan rasuk. - Jejulur kembar memberi keseimbangn kepada daya-daya dalaman yang terhasil di bahagian tengah rintangan. - Membolehkan rentangan rasuk dibesarkan tanpa menambah tegasan dalam rasuk - Tiang saiz yang sama akan menanggung beban yang sama. - Jika beban setumpu bertindak pada bahagian hujung jejulur, unjuran jejulur mesti dikurangkan untuk mendapat rekabentuk yang berkesan.

Rajah 4.7 Beban seragam ke atas jejulur tunggal

Rajah 4.8 Beban seragam ke atas jejulur kembar

PERBEZAAN SAIZ TIANG DAN BALAK DI DALAM DUA SISTEM BINAAN

Rajah 4.9 menunjukkan sebaran beban seragam ke atas tiang dan balak. Sebaran beban seragam ke atas tiang dan balak menghasilkan tegasan dalaman yang besar, maka memerlukan saiz balak yang besar dan dalam. Tiang mempunyai saiz dan bentuk yang sama kerana menanggung beban yang sama. Rajah 4.10 menunjukkan sebaran beban seragam ke atas jejulur kembar. Balak yang digunakan dalam rajah 4.9 dan rajah 4.10 adalah sama panjang. Tetapi penggunaan sistem jejulur kembar membolehkan keluasan keratan lintang balaknya berukuran 1/3 daripada keluasan keratan lintang bagi balak dalam sistem tiang dan balak di atas.

Rajah 4.9 Tiang dan balak mudah

Rajah 4.10 Jejulur kembar

Rajah 4.11 dan 4.12 menunjukkan contoh sistem jejulur yang berkesan untuk menyangga beban seragam. Jejulur tunggal adalah berkesan jika unjurannya adalah lebih kurang 30 % daripada panjang keseluruhan balak. Jejulur kembar adalah berkesan jika setiap unjuran adalah lebih kurang 20 % daripada panjang keseluruhan balak.

PERBANDINGAN DI ANTARA SISTEM TIANG DAN BALAK SERTA SISTEM TIANG DAN BALAK BERJEJULUR Rajah 4.11 Jejulur tunggal yang berkesan Rajah 4.12 Jejulur kembar yang berkesan

Rajah 4.13 menunjukkan sistem tiang dan balak biasa yang mempunyai 3 saiz tiang. Lorekan pada rajah untuk menentukan luas kawasan yang disangga oleh ketiga-tiga saiz tiang tersebut. Tiang di bahagian tengah menyangga 4 kawasan dan merupakan tiang yang paling besar.

Rajah 4.13 Sistem tiang dan balak Rajah 4.13 Sistem tiang dan balak

Rajah 4.14 menunjukkan sistem tiang dan balak berjejulur pada 2 sisi yang mempunyai 2 saiz tiang.

Rajah 4.14 Berjejulur pada 2 sisi

Rajah 4.15 menunjukkan sistem tiang dan balak berjejulur pada 4 sisi yang mempunyai 1 saiz tiang sahaja. Setiap tiang menyangga 4 kawasan.

Rajah 4.15 Berjejulur pada 4 sisi Kebaikan penggunaan jejulur pada sesuatu bangunan:

Penggunaan jejulur membolehkan lebihan kawasan ditutupi tanpa membesarkan saiz balak/rasuk walaupun saiz tiang bertambah. Sistem jejulur merupakan perkembangan daripada sistem tiang dan rasuk. Menggunakan bahan secara lebih berkesan berbanding dengan sistem tiang dan rasuk. Penggunaan bahan yang kurang menghasilkan struktur rasuk yang lebih ringan secara fizikal walaupun kawasan yang ditutupi bertambah.

KESTABILAN SISI

Lenturan yang berlebihan pada jejulur akan menyebabkan kegagalan pada struktur tersebut. Geometri jejulur mesti disesuaikan untuk mengatasi pergerakan yang berlebihan pada hujung jejulur.

Cara-cara untuk mendapat kestabilan sisi bagi jejulur pugak/ tegak. ( rujuk pada rajah 4.16- 4.20)

Sistem jejulur pugak yang tidak stabil (rujuk rajah 4.16)

Rajah 4.16 Jejulur pugak yang tidak stabil

Rajah 4.17 Jejulur pugak yang stabil

Cara memperbaiki sistem jejulur pugak yang tidak stabil adalah dengan membesarkan tiang jejulur dan dapat mengatasi lenturan serta memperolehi kestabilan sisi.(rujuk rajah 4.17) Dapat dilihat bila dua atau lebih jejulur disusun secara bersiri, kestabilan terhasil daripada penigasegian sebaran beban. Oleh itu bahagian dasarnya tidak perlu dibesarkan.(rujuk rajah 4.18)

Rajah 4.18 Jejulur bersiri : penigasegian

Struktur bangunan yang mempunyai sistem jejulur pugak yang tidak mempunyai asas yang kukuh untuk mengatasi daya sisi luaran.(rujuk rajah 4.19)

Rajah 4.19 Jejulur pugak yang tidak stabil

Rajah 4.20 Jejulur pugak yang stabil

Bagi mengatasi masalah ini asas yang besar dan dalam digunakan. Ini menunjukkan bahawa cara untuk mendapat kestabilan adalah sama dengan pokok di mana tanpa asas ianya akan tumbang. (rujuk rajah 4.20)

ANALISA REKABENTUK

1. Falling Water (rujuk rajah 4.21)


Penggunaan jejulur dalam rumah kediaman Teras batu-batan yang besar memberi kestabilan struktur kepada jejulur di bahagian bumbung dan beranda. Jejulur ini memberi definasi kepada ruang dan juga secara fizikal menutupi ruang tersebut. Jejulur ini diperbuat daripada konkrit tetulang yang boleh mengatasi lenturan. Ini membolehkan penambahan dalam

rentangan jejulur.

Rajah 4.21 Falling Water

Rajah 4.22 Johsons Wax Laboratory Tower

2. Johsons Wax Laboratory Tower (rujuk rajah 4.22) 6

Penggunaan jejulur pugak dan mendatar. Bahan yang digunakan ialah konkrit bertetulang yang boleh dibuat dalam pelbagai bentuk. Ketebalan lantainya membesar pada bahagian sangga dan mengecil pada bahagian hujungnya. Struktur teras di bahagian tengah menepatkan alatan jentera dan bergaris pusat 15 kaki. Distabilkan dengan asas yang dalam untuk mengatasi overturning.

KESIMPULAN Jejulur mesti mampu mengatasi daya lenturan dan ricihan. Jejulur merupakan satu sistem dari perkembangan sistem struktur tiang dan rasuk. Boleh menampung ruang yang lebih besar tanpa perlu membesarkan saiz kotak. Menyediakan teduhan tanpa gangguan.