Anda di halaman 1dari 8

ARCHITECTURAL STRUCTURE (DCA 3232) GERBANG (ARCH)

Gateway Arch

The Arc de Triomphe

Roman Bridge, Spain

DEFINASI Sistem struktur yang sebarkan beban kepada penyangga melalui bentuk lengkung pada satu satah tunggal. Di bawah tindakan beban, ia mengalami daya mampatan. Mesti direkabentuk untuk atasi daya-daya ini dengan mengalami lenturan yang minimum. SEBARAN BEBAN Rajah 6.4 menunjukkan bahagian-bahagian yang terdapat dalam gerbang dan sebaran beban.

Garisan tegasan yang berterusan diperlukan di dalam gerbang untuk menghasilkan struktur gerbang yang berkesan.

Unsur kecil disusun untuk membentuk lengkungan yang hasilkan tegasan mampatan.

Bentuk gerbang yang paling berkesan ialah : 1. Lengkung parabola

Terbentuk jika pemberat yang mendatar dan selanjar digantung pada titik-titik yang sama jaraknya secara mendatar daripada suatu kabel yang tergantung bebas. (rujukrajah 6.5)

Rajah 6.5

Lengkung parabola

2. Lengkung katenari Terbentuk jika pemberat digantung pada jarak yang sama di sepanjang kabel tersebut. (rujuk rajah 6.6)

Rajah 6.6

Lengkung katenari

GARISAN TEGASAN DI KEDUA-DUA LENGKUNGAN BERADA DALAM SATAH GERBANG. Rajah 6.7 menunjukkan lengkungan katenari yang disongsangkan untuk membentuk gerbang. Garisan tegasan yang dihasilkan oleh beban sekata terletak di dalam gerbang dan merupakan tegasan mampatan.

Gerbang katenari songsang merupakan bentuk geometri yang paling berkesan untuk menyangga beban seragam yang bertindak ke atas gerbang.

Rajah 6.7

Gerbang katenari yang

Rajah 6.8

Gerbang separuh bulat

disongsangkan Rajah 6.8 menunjukkan gerbang traditional separuh bulat. Garisan putus di dalam gerbang adalah lengkungan katenari dan mewakili garisan tegasan yang dihasilkan oleh berat gerbang. Jika gerbang tidak berpemberat, ia akan runtuh. Daya lenturan pada bahagian rusuk akan memaksa bahagian gerbang ini keluar dan seterusnya bahagian atas akan runtuh.(rujuk rajah 6.9) Gerbang akan stabil jika daya-daya dalaman gerbang dapat mengatasi daya-daya luaran yang bertindak.(rujuk rajah 6.10)

Rajah 6.9

Gerbang tidak berpemberat

Rajah 6.10

Gerbang berpemberat

TINDAKAN GERBANG Daya-daya yang dihasilkan dalam bentuk gerbang bertindak untuk menolak keluar gerbang pada dasarnya. Daya-daya ini mesti ditentang oleh daya-daya lawan.(rujuk rajah 6.13) Daya-daya pepenjuru di dasar boleh dihuraikan kepada komponen pugak (berat) dan mendatar (tujahan).(rujuk rajah 6.14)

Rajah 6.13 Rajah 6.14 gerbang pugak dan mendatar Tindakan Reaksi Saiz daya-daya tersebut bergantung kepada daya-daya yang dikenakan dan juga bentuk gerbang. BENTUK GERBANG YANG BIASA DIGUNAKAN 1. Horseshoe 2. Lancet 3. Parabolic 4. Three-centered 5. Segmental KESTABILAN SISI Gerbang dalam satah tunggal adalah lebih stabil daripada struktur tiang dan balak kerana geometri gerbang. Rajah 6.23 menunjukkan bentuk segitiga gerbang berengsel tiga yang membuatkannya stabil. Tiang dan balak memerlukan ikatan atau cara lain untuk mendapatkan kestabilan.

Rajah 6.23

Geometri gerbang & tiang dan balak

Dalam susunan gerbang bersiri kestabilan sisi diperolehi dengan cara :

1. Ikatan pepenjuru (rujuk rajah 6.24)

2. Sistem lamela

BENTUK GERBANG MODEN 1. Gerbang Monolit

Terdiri daripada satu unsur yang berterusan.

Mempunyai sambungan tegar ke penyokong. Mengatasi daya lenturan di seluruh bahagian gerbang dan penyokong.

2. Gerbang Berengsel Dua

Mempunyai pin/engsel di kedua-dua hujung untuk membolehkannya berpusing. Beban mungkin menyebabkan puncak gerbang naik atau turun, tetapi tiada lenturan terhasil di bahagian dasar gerbang.

Ketebalan di puncak gerbang membolehkan garisan tegasan berada dalam bentuk gerbangnya.

3. Gerbang Berengsel Tiga

Terdiri daripada 2 unsur yang diengselkan di bahagian puncak dan dasar gerbang.

10.9 Rajah 10.8

Berpusing secara bebas pada setiap pin di bawah tindakan beban yang berbeza. Tiada daya lenturan terhasil pada ketiga-tiga engsel. Binaan adalah daripada kayu berlapis-mudah dibuat dan diangkut.

Ikatan pepenjuru Sangga keliling ANALISA REKABENTUK 1) Pont Du Gard, Nimes

Terdiri daripada 3 tingkat gerbang batu separuh bulat. Dibina daripada batu yang tahan dalam mampatan dan tanpa mortar. Kestabilan didapati daripada interaksi tujahan antara gerbang yang bersebelahan dan kedua tambaknya.

Tahan daripada berubah bentuk kerana : Berat batu di rusuk dan berat gerbang di atas. Garisan tegasan berada dalam gerbang.

Tiada lenturan.

2) Rheim Cathedral, Rheims

Tupang lengkung memindahkan tujahan dari siling kekubah kepada sagang (flying buttress).

Kestabilan didapati melalui berat sagang yang cukup untuk menahan tujahan daripada flying buttress.

Batu hiasan bertindak sebagai hiasan dan menambahkan jisim bagi kestabilan sagang.

3) Jefferson Memorial Arch, Saarinen

Menyerupai katenari pemberat . Daya-daya yang terhasil adalah dalam bentuk gerbang. Daya bertindakbalas ke atas dan ke dalam struktur. Keratan lintang 3 segi semakin membesar di bahagian dasar : Jisim bertambah dan atasi daya tujahan. Hasilkan kestabilan Sebar berat gerbang ke kawasan lebih besar

KESIMPULAN Gerbang mengalami daya-daya mampatan di bawah tindakan beban. Tujahan di dasar gerbang mesti diatasi untuk kestabilan bentuk. Bentuk gerbang yang paling berkesan ialah yang menyerupai lengkung katenari atau parabola. Merupakan elemen yang direkabentuk pada satu satah dan mempunyai banyak bentuk. Digunakan secara berkesan sebagai pembukaan dalam dinding tanggung beban. Boleh merentang kawasan yang luas tanpa sangga.