Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI KBS

Pertama sekali saya ingin mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah hidayahnya dapat saya menyiapkan tugasan Gerak Kerja Kokurikulum ini tepat pada masanya dan dengan jayanya. Saya juga tidak lupa ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru pembimbing Puan Haslinda Bt Haron, Guru Penolong Kanan Kokurikulum En

Muhaimin Bin Tabrani, Guru Penolong kanan 1 En Mohd Tajuddin Bin Abd, Jabar, dan En Mohd Khair Bin Yusof selaku Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kota Masai. Saya percaya tanpa bantuan nama-nama yang disebutkan di atas adalah sukar dan agak mustahil untuk saya menyiapkan tugasan yang diberikan ini. . Sebagai seorang guru pelatih dalam usaha menyiapkan tugasan Gerak Kerja Kokurikulum ini,pada mulanya tugas ini amat berat untuk dilaksanakan lebih-lebih lagi kurangnya pendedahan terhadap gerak kerja GERKO yang dijalankan disekolah .Namun begitu,saya amat bertuah sepanjang di Sek.Keb. Kota Masai , semua guru amat baik dan sentiasa memberi kerjasama dalam menyiapkan tugasan ini. Sepanjang saya berada di sekolah ini, pelbagai aktiviti kokurikulum telah diadakan untuk menggalakkan minat dan kecenderungan para pelajar terhadap sesuatu bidang sukan atau persatuan. Ini kerana matlamat kokurikulum itu sendiri ialah menyediakan pengalaman dan perkembangan mental, akhlak, minat, bakat, sosial, jasmani, dan rohani murid-murid. Di samping itu juga, sekolah

bertanggungjawab bagi melicinkan murid-murid untuk keperluan masyarakat dan negara melalui aktiviti kokurikulum yang dijalankan di sekolah. Berpandukan pengamatan saya sendiri setiap program yang dijalankan

mesti dirancang terlebih dahulu supaya ia lebih tersusun dan sistematik juga memerlukan komitmen yang bersungguh-sungguh.Contohnya baru-baru ini Sek Keb.Kota Masai telah mengadakan Perkhemahan Unit Asas Beruniform pada 7&8

Julai 2006.Antara kelebihan program ini para peserta didedahkan dengan kesusahan menghadapi situasi kehidupan di hutan dan tinggal di dalam khemah serta memupuk pelajar yang beragama semangat berdikari dan bekerjasama dengan rakan .

Islam diwajibkan mengikuti program kerohanian seperti solat berjemaah dan tazkirah.Ini secara tidak langsung memberi kesedaran kepada peserta.Dalam program ini juga diadakan malam kebudayaan dan persembahan berkumpulan.Ini telah mewujudkan suasana yang harmonis di mana para peserta dan fasilitator bekerjasama untuk menghasilkan persembahan yang terbaik.Namun setiap program tidak boleh lari daripada kekurangan,antara kekurangan atau kelemahan disini kelewatan guru-guru dalam beberapa aktiviti menyebabkan peserta terpaksa menunggu . Antara cadangan penambahbaikan ialah mengadakan aktiviti perkhemahan di luar kawasan sekolah supaya para peserta dapat merasa suasana sebenar di hutan serta mengadakan aktiviti qiamullail kepada pelajar yang beragama Islam.

Kelebihan ketara yang boleh dilihat di sekolah ini ialah sifat suka menolong di kalangan guru amat terserlah sekali. Setiap kali ada program atau aktiviti, semua guru akan turun padang untuk bersama-sama berganding bahu mencurah tenaga untuk menjayakan program tersebut. Namun begitu, dalam setandang buah kelapa tidak semua buahnya baik terdapat juga seorang dua guru yang kurang memberi kerjasama seperti yang diharapkan. Tetapi secara keseluruhannya, apa yang dapat disimpulkan di sini ialah semua guru dan murid-murid Sekolah Kebangsaan Permas Jaya 2 adalah baik dan berpotensi besar di dalam bidang kokurikulum tanpa melupakan kepentingan bidang akademik.