Anda di halaman 1dari 17

TOPIK 10

PENILAIAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL

TOPIK 10 PENILAIAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL


PENGENALAN
Topik ini akan membincangkan tentang penilaian formal dan tidak formal, dari segi jenisjenisnya dan cara pelaksanaannya kepada pelajar. Dalam penilaian formal, anda akan didedahkan dengan cara untuk menggunakan Jadual Penentu Tugasan (JPT) dan Jadual Penentu Ujian (JPU). Setelah itu, topik ini akan menjelaskan pula isu-isu yang terdapat dalam penilaian, kelebihan dan kelemahan penilaian formal dan tidak formal, dan juga masalah dalam penilaian formal dan tidak formal.

PETA MINDA
PENILAIAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL

Penilaian Formal

Penilaian Tidak Formal

Jenis-jenis Penilaian Formal Jadual Penentu Tugasan (JPT) Jadual Penentu Ujian (JPU)

Jenis-jenis Penilaian Tidak Formal Pelaksanaan Penilaian Tidak Formal

Isu-isu dalam Penilaian

Kelebihan Penilaian Formal dan Tidak Formal

Kelemahan Penilaian Formal dan Tidak Formal

Masalah dalam Penilaian Formal dan Tidak Formal

OUM

163

PENILAIAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL

TOPIK 10

OBJEKTIF
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. menghuraikan jenis-jenis dan keberkesanan penilaian dalam mata pelajaran Pendidikan Moral; 2. membincangkan tentang isu-isu dalam penilaian; 3. menjelaskan kelebihan dan kelemahan penilaian formal dan tidak formal; dan 4. mengenalpasti masalah dalam penilaian formal dan tidak formal.

10.1

PENILAIAN FORMAL

10.1.1 Jenis-Jenis Penilaian Formal


Pentaksiran Iltizam Pentaksiran iltizam adalah untuk mentaksir pengalaman, penghayatan dan keterlibatan yang bersungguh-sungguh serta penuh tanggungjawab dalam aktiviti berikut: 1. Tugasan Harian 2. Kerja Amal Hasil kerja atau laporan aktiviti dikumpulkan dan dijadikan satu dokumen yang dijadikan bukti pentaksiran dalam bentuk folio. 1. Tugasan Harian Pelajar dikehendaki membuat tugasan seperti menulis karangan, menulis laporan hasil kerja amal, mendapatkan maklumat daripada pusat sumber, membuat rencana tentang sosial masyarakat dan lain-lain berhubung dengan pembelajaran Pendidikan Moral. Semasa melakukan tugasan harian, beberapa aspek perlu diambil kira, seperti: Penulisan untuk tugasan harian ini boleh dijalankan bila-bila masa. Tugas yang diberikan adalah sebagai bukti dan hendaklah berasaskan nilai yang hendak dikesan dan dikaitkan dengan isu-isu semasa. Tugasan hendaklah mengutamakan pendhayatan, kesedaran dan kefahaman tentang nilai, pemikiran yang rasional dan pertimbangan moral. Guru hendaklah merancangkan 8 hingga 10 tugasan yang berkaitan dengan pembelajaran Pendidikan Moral. Minimum 8 hasil tugasan harian yang didokumentasikan dan dijadikan folio pelajar. terbaik dari pelajar hendaklah

Setiap tugasan mestilah dibuat pada kertas A4 dan mempunyai lebih kurang 250 patah perkataan. 2. Kerja Amal Pelajar dikehendaki melibatkan diri di dalam 4 aktiviti Kerja Amal yang berkaitan dengan tiga bidang pembelajaran Pendidikan Moral, iaitu:

164

OUM

TOPIK 10

PENILAIAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL

(a) Perkembangan diri (b) Kekeluargaan (c) Alam sekitar

: : :

1 aktiviti 1 aktiviti 2 aktiviti

Pelajar dikehendaki melampirkan bahan bukti seperti sijil penghargaan, surat perakuan yang sah, gambar atau apa-apa bahan yang boleh dijadikan bukti di dalam penglibatan kerja amal yang telah dilakukan. Antara kerja amal yang boleh dijalankan ialah: (a) Gotong-royong membersihkan kawasan. (b) Mengindah atau mencantikkan kawasan. (c) Membimbing pelajar lain terutama yang lemah dalam pelajaran atau permainan. (d) Menyediakan kemudahan sekolah seperti papan tanda dan peti surat. (e) Membaikpulih perabot sekolah. (f) Membersihkan taman rekreasi. (g) Mengumpul bahan-bahan bacaan untuk perpustakaan. (h) Membuat kerja amal di rumah orang tua atau anak yatim. (i) Lain-lain kerja amal yang memberi kebaikan kepada masyarakat. Dalam membuat kerja amal, beberapa aspek perlu diambil kira, seperti: Jangka masa untuk sesuatu kerja amal hendaklah sesuai dengan aktiviti yang dijalankan. Kerja amal yang akan dibuat seharusnya tidak membebankan pelajar dari segi kewangan dan masa. Jenis kerja amal yang dipilih seharusnya sesuai dengan kemampuan dan keupayaan pelajar. Pelajar digalakkan untuk menyertai kerja amal melebihi daripada syarat yang ditetapkan. Penilaian kerja amal seharusnya tertumpu kepada aspek penghayatan dan amalan nilai murni serta kekerapan melakukan kerja tersebut. Folio Satu folio adalah kompilasi dokumen-dokumen berikut: (a) Penulisan (Tugasan Harian); (b) Laporan Aktiviti yang telah disertai; dan (c) Maklumat dan dokumen sebagai bukti aktiviti-aktiviti yang telah disertai seperti gambar, sijil, surat akuan, penghargaan dan lain-lain bahan yang boleh dijadikan bahan bukti.

OUM

165

PENILAIAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL

TOPIK 10

Cara-cara untuk menyediakan pentaksiran folio: Pentaksiran dibuat oleh guru daripada hasil pendokumentasian pelbagai aktiviti yang dijalankan oleh pelajar. Dua aktiviti utama yang mesti ditaksir ialah Tugasan Harian dan Kerja Amal. Sebagai tambahan, guru boleh menggunakan aktiviti lain untuk mengukuhkan pentaksiran. Folio ditaksir berdasarkan bukti dan laporan terbaik daripada aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan. Hasil aktiviti pelajar harus mencapai cakupan kriteria dari setiap aspek yang telah ditetapkan dan kemudian diberi gred numerik 1, 2, 3 dan 4 (rujuk Lampiran 1). Numerik 1, 2, 3 dan 4 dijadikan Gred (n) untuk setiap aspek yang direkodkan di dalam Borang Pencapaian Individu (rujuk Lampiran 3). Gred (n) didarabkan dengan wajaran (w) dan dijadikan [ (n) x (w) ]. Jumlah [ (n) x (w) ] bagi keseluruhan aspek dibahagikan kepada wajaran (w) untuk mendapatkan purata. Perolehan Purata dilaporkan sebagai Gred abjad berpandukan kepada jadual julat pemarkahan (rujuk Lampiran 2).

10.1.2 Jadual Penentu Tugasan (JPT)


Jadual Penentu Tugasan (JPT) boleh disediakan seperti di bawah iaitu berdasarkan kepada kriteria: KRITERIA PENTAKSIRAN FOLIO 1. Aktiviti Kerja Amal (a) Perkembangan diri (b) Kekeluargaan (c) Alam Sekitar
GRED 4 3

: : :

1 aktiviti 1 aktiviti 2 aktiviti


KRITERIA

4 dan lebih aktiviti daripada bidang yang berbeza 3 aktiviti daripada 3 bidang yang berbeza atau 3 aktiviti daripada 2 bidang yang berbeza

2 1

2 aktiviti dengan sepenuhnya 1 aktiviti dengan sepenuhnya

*pelajar yang tidak melibatkan diri akan dilaporkan sebagai tiada penglibatan

2. Penyediaan Folio (a) Nama (b) No. Kad pengenalan

166

OUM

TOPIK 10

PENILAIAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL

(c) Angka giliran (d) Tajuk aktiviti (e) Tajuk tugasan atau no. soalan (f) Pengumpulan tugasan yang bersistem (g) Lampiran bukti (h) Kekemasan (i) Mematuhi ketepatan masa
GRED 4 3 2 1 KRITERIA Mencakupi 8 9 kriteria di atas Mencakupi 6 7 kriteria di atas Mencakupi 4 5 kriteria di atas Mencakupi 1 3 kriteria di atas

3. Penglibatan dan Peranan (daripada pemerhatian dan laporan aktiviti) (a) Menyumbang tenaga (b) Menyumbang idea (c) Meluangkan masa (d) Bertanggungjawab (e) Rajin (f) Kerjasama (g) Kepimpinan (h) Toleransi (i) Prihatin (j) Mengawal keadaan
GRED 4 3 2 1 KRITERIA Mencakupi 10 dan lebih daripada kriteria di atas Mencakupi 7 9 kriteria di atas Mencakupi 4 6 kriteria di atas Mencakupi 1 3 kriteria di atas

4. Kesan (pemerhatian dan laporan aktiviti) (a) Insaf (b) Kesedaran (c) Iktibar

OUM

167

PENILAIAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL

TOPIK 10

(d) Perubahan sikap


GRED 4 3 2 1 KRITERIA Mencakupi 4 dan lebih daripada kriteria di atas Mencakupi 3 kriteria di atas Mencakupi 2 kriteria di atas Mencakupi 1 kriteria di atas

5. Penyediaan Bahan Bukti


GRED 4 KRITERIA Mencakupi 3 4 keping gambar bagi setiap aktiviti berlainan bidang dan 1 sijil penghargaan atau surat pengakuan bagi setiap aktiviti berlainan bidang 3 Mencakupi 1 2 keping gambar bagi setiap aktiviti berlainan bidang dan 1 sijil penghargaan atau surat pengakuan bagi setiap aktiviti berlainan bidang 2 1 1 sijil penghargaan atau surat pengakuan bagi setiap aktiviti berlainan bidang Mencakupi gambar-gambar bagi aktiviti-aktiviti yang dijalankan

JULAT PEMARKAHAN
GRED ABJAD A B C D PURATA 34 2 2.9 1 1.9 Tiada

10.1.3 Jadual Penentu Ujian (JPU)


Jadual Penentu Ujian (JPU) digunakan semasa guru ingin membuat ujian sumatif iaitu ujian yang dijalankan pada setiap semester atau pertengahan tahun dan akhir tahun. Tujuan ujian ini dijalankan untuk mengesan penguasaan pelajar dalam keseluruhan nilainilai murni yang diajarkan. Markah-markah ujian sumatif ini lebih berguna untuk tujuan melaporkan kemajuan pelajar, memperbaiki pengajaran guru dan meningkatkan kualiti

168

OUM

TOPIK 10

PENILAIAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL

pembelajaran murid-murid. Pada kebiasaannya JPU dibuat berdasarkan taksonomi Benjamin Bloom (1956) iaitu berdasarkan kepada domain kognitif yang disusun mengikut hierarki bermula dengan pengetahauan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Sungguhpun demikian, bagi mata pelajaran pendidikan moral JPU dibuat berdasarkan kepada pendekatan-pendekatan pendidikan moral iaitu pemupukan nilai, bertimbang rasa, rasional, tindakan sosial, perkembangan moral kognitif, penjelasan nilai dan analisis nilai. Proses menghasilkan JPU Pendidikan Moral

1. Peringkat ujian

Pertengahan tahun/ akhir tahun/ semester Contoh: Pertengahan tahun Tahun 1 ...../ Tingkatan ........... Contoh: Tahun 2 Contoh: Tahun 2 - Kepercayaan kepada Tuhan - Kebersihan Fizikal dan mental - Harga diri - Kerajinan - Hemah tinggi - Kasih sayang - Kesederhanan - kejujuran

2. Tahun atau tingkatan 3. Nilai yang dipilih

4. Pendekatan yang dipilih

Pilih beberapa pendekatan yang sesuai atau yang digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Contoh: Tahun 2 Pendekatan yang dipilih - pemupukan nilai - penjelasan nilai - analisis nilai - bertimbang rasa - rasional
Rajah 10.1: Proses menghasilkan JPU

OUM

169

PENILAIAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL

TOPIK 10

Jadual 10.1: Contoh JPU (Tahun 2) No soalan/Nilai 1. Kepercayaan kepada Tuhan 2. Kebersihan dan mental 3. Harga diri 4. Kerajinan 5. Hemah tinggi 6. Kasih sayang 7. Kesederhanan 8. Kejujuran Jumlah Fizikal Pemupukan nilai Penjelasan nilai Analisis nilai Bertimbang rasa Rasional

Proses menghasilkan JPU Peringkat 1 Peringkat 2 Peringkat 3 : : : Guru perlu menentukan peringkat ujian yang hendak dijalankan iaitu sama ada pertengahan tahun, akhir tahun atau ujian semester. Tentukan tahun atau tingkatan pelajar yang akan diuji. Tentukan nilai yang akan dipilih iaitu jumlah nilai yang akan diuji dalam peperiksaan tersebut. Pemilihan ini biasanya merujuk kepada tahap pengetahuan pelajar dan darjah atau tingkatan yang dipilih. Selain itu, guru juga perlu menentukan bentuk ujian yang akan dijalankan sama ada soalan struktur, esei, objektif, memadankan dan sebagainya. Selepas itu, tentukan jumlah soalan yang akan diberi. JPU Pendidikan Moral bagi soalan objetif dan subjektif perlu diasingkan supaya mudah melihat taburan JPU. Ini disebabkan soalan berbentuk objektif biasanya bagi setiap soalan memerlukan satu nilai dan satu pendekatan sebagai jawapan, manakala soalan subjektif memerlukan gabungan beberapa nilai dan pendekatan untuk menghasilkan satu jawapan. Oleh itu, bagi soalan subjektif, setiap soalan boleh digabung dengan beberapa nilai dan beberapa pendekatan untuk menghasilkan sesuatu jawapan. Tentukan pendekatan yang akan dipilih dalam ujian tersebut. Pemilihan ini biasanya berdasarkan kepada darjah atau tingkatan pelajar. Pelajar sekolah rendah biasanya akan diuji berdasarkan kepada pemupukan nilai, penjelasan nilai, analisis nilai rasional dan bertimbang rasa. Pendekatan-pendekatan yang lain boleh digunakan bagi pelajar yang lebih tinggi. Walau bagaimanapun pemilihan pendekatan bergantung kepada kebolehan pelajar dan keperluan semasa. Pastikan bahawa pelajar pembahagian pendekatan yang dipilih tersebut membolehkan pelajar lulus merujuk kepada peratusannya.

Peringkat 4

Peringkat 5

170

OUM

TOPIK 10

PENILAIAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL

Latihan 10.1
Nyatakan cara pelaksanaan beberapa jenis penilaian formal.

10.2
10.2.1

PENILAIAN TIDAK FORMAL


Jenis-Jenis Penilaian Tidak Formal

Laporan Sahsiah Penilaian dalam bentuk laporan sahsiah dijalankan secara tidak formal untuk melaporkan tentang sahsiah pelajar terhadap pemupukan dan penghayatan amalan nilai murni yang berterusan dan keharmonian hidup mengikut norma masyarakat Malaysia. Ini adalah seiring dengan hasrat Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral iaitu untuk meningkatkan persefahaman dan kerjasama bagi mengekalkan keamanan dan keharmonian hidup dalam negara Malaysia yang demokratik. 1. Pentaksiran secara Pemerhatian Pemerhatian merupakan satu proses penilaian pelbagai aspek pembelajaran dan tingkahlaku pelajar. Pemerhatian sahsiah pelajar lebih menumpukan kepada bidang: Perkembangan diri pelajar mestilah mengamalkan kemahiran berkomunikasi dalam konteks penghayatan Pendidikan Moral, di samping mengamalkan sikap kerjasama di dalam kerja kumpulan dan pergaulan. Demokrasi pelajar mestilah sentiasa mengamalkan dan menghayati nilai moral dalam membuat keputusan. Pelajar juga hendaklah sentiasa mengamalkan pemuafakatan di dalam menentukan sesuatu keputusan. Keamanan dan keharmonian pelajar mestilah menunjukkan kemahiran menyelesaikan masalah berasaskan penghayatan nilai moral. Pelajar juga hendaklah mengutamakan aspek keamanan dan keharmonian di dalam membuat penyelesaian tentang sesuatu isu. Pertimbangan yang perlu diambil kira semasa pentaksiran secara pemerhatian: Pemerhatian dijalankan secara tidak formal. Pemerhatian tidak perlu dilakukan secara serentak untuk semua pelajar. Guru tidak perlu memerhatikan kesemua perlakuan setiap kali pemerhatian dilakukan. Kekerapan pemerhatian adalah bergantung kepada keperluan pelajar. Tumpuan yang lebih diberikan kepada pelajar yang masih belum dapat dikesan pemahaman, penghayatan dan amalannya terhadap sesuatu nilai.

OUM

171

PENILAIAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL

TOPIK 10

10.2.2 Pelaksanaan Penilaian Tidak Formal


Laporan Sahsiah (a) Penilaian dilakukan oleh guru Pendidikan Moral dan sekiranya perlu, boleh dibantu oleh guru kelas dan guru disiplin untuk melakukan pemerhatian. (b) Guru dikehendaki mengisi Borang Pencapaian Individu (sila rujuk Lampiran 3) yang menyatakan pencapaian pelajar sebagai pelaporan akhir. (c) Elemen sahsiah yang terdapat dalam Borang Laporan Sahsiah (rujuk Lampiran 4) adalah sebagai panduan untuk guru menjalankan pemerhatian. (d) Gred (n) bagi setiap aspek yang dinilai adalah berpandukan kepada bilangan Ya bagi setiap kriteria dan hendaklah ditanda (/) ke dalam Borang Laporan Sahsiah. (e) Gred (n) adalah berpandukan kepada julat kriteria dalam Lampiran 5. (f) Penilaian dilakukan ke atas semua pelajar. (g) Pemerhatian dan pentaksiran dijalankan secara berterusan tetapi hasil daripada pemerhatian hendaklah direkodkan empat kali setahun iaitu pada bulan Februari, April, Jun dan Ogos. (h) Laporan Sahsiah adalah sebagai bukti terhadap sahsiah tingkahlaku pelajar bagi mencapai hasrat untuk meningkatkan persefahaman dan kerjasama bagi mengekalkan keamanan dan keharmonian hidup dalam negara Malaysia yang demokratik. (i) Pemerhatian dijalankan ke atas manifestasi perlakuan pelajar sama ada di dalam atau di luar bilik darjah termasuk aktiviti kerja amal. (j) Laporan akhir pada bulan Ogos akan dijadikan pelaporan bagi penskoran sahsiah.

172

OUM

TOPIK 10

PENILAIAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL

Lampiran 1: Borang Pencapaian Individu


Nama Pelajar:__________________________________ Elemen 1 Bil. 1. 2. 3. Sahsiah (perlakuan) Gred (n) Wajaran (w) 2 1 1 Jumlah: (n) x (w) Kelas:____________

Aspek Berkomunikasi Membuat Keputusan Menyelesaikan Masalah

Jumlah (n) x (w) = Purata ______ Jumlah (w)

Gred

Elemen 2 Bil. 1. 2. 3. 4. 5.

Iltizam (pengamalan dan penghayatan) Aspek Gred (n) Wajaran (w) 2 1 2 1 1 Jumlah (n) x (w)

Aktiviti Penyediaan Tugasan Penglibatan dan Peranan Kesan Penyediaan Bahan Bukti

Jumlah (n) x (w) = Purata ______ Jumlah (w) Pengesahan

Gred

Dengan ini disahkan bahawa Gred ini berdasarkan kerja pelajar yang sebenar.

Tandatangan Pengetua: ............................................ Cop Sekolah

Tarikh: .....................

OUM

173

PENILAIAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL

TOPIK 10

Lampiran 2: Laporan Sahsiah

Nama pelajar Kelas


Aspek Perkembangan diri

: :

___________________________________ ___________________________________
Kemahiran Kemahiran Komunikasi Nilai Harga diri Kriteria Keyakinan diri Menjaga maruah diri Hemah tinggi Bercakap sopan Berbudi mulia Toleransi Tolak ansur Sabar Kawal diri Kesederhanaan Dalam pertuturan Dalam perlakuan Kebebasan bersuara Kebebasan berucap Kebebasan mengeluarkan fikiran Memberi menerima pandangan dan pekerti Ya Tidak

Sikap keterbukaan

Memberi dan menerima kritikan Hidup bersama secara aman Saling bantumembantu dan bekerjasama Hidup berbaik-baik Usaha bersama

JUMLAH SKOR Demokrasi Kemahiran Membuat Keputusan Bertanggungjawab Toleransi Memikul tugas Melaksana tugas Tolak ansur Sabar Kawal diri

174

OUM

TOPIK 10

PENILAIAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL

Mematuhi peraturan dan undang-undang Sikap keterbukaan

Menerima peraturan Mematuhi peraturan Memberi pandangan/ pembaharuan/ kritikan Menerima pandangan/ pembaharuan/ kritikan

Hidup bersama secara aman

Hidup berbaik-baik JUMLAH SKOR

Keamanan dan Keharmonian

Kemahiran Menyelesaikan masalah

Toleransi

Tolak ansur Sabar Kawal diri

Kebebasan bersuara Sikap keterbukaan

Keluarkan fikiran Memberi pandangan/ pembaharuan/ kritikan Menerima pandangan/ pembaharuan/ kritikan

Hidup bersama secara aman Saling membantu dan bekerjasama

Hidup berbaik-baik Usaha bersama

JUMLAH SKOR

OUM

175

PENILAIAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL

TOPIK 10

Lampiran 3 JULAT KRITERIA SAHSIAH Kemahiran berkomunikasi


GRED 4 3 2 1 KRITERIA Mencapai 10 15 kriteria Mencapai 6 9 kriteria Mencapai 3 5 kriteria Mencapai 1 4 kriteria

Kemahiran membuat keputusan


GRED 4 3 2 1 KRITERIA Mencapai 8 10 kriteria Mencapai 6 7 kriteria Mencapai 3 5 kriteria Mencapai 1 2 kriteria

Kemahiran menyelesaikan masalah


GRED 4 3 2 1 KRITERIA Mencapai 7 8 kriteria Mencapai 5 6 kriteria Mencapai 3 4 kriteria Mencapai 1 2 kriteria

Latihan 10.2
Nyatakan cara pelaksanaan penilaian tidak formal.

176

OUM

TOPIK 10

PENILAIAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL

10.3
10.3.1

ISU-ISU DALAM PENILAIAN


Kelebihan Penilaian Formal dan Tidak Formal

Penilaian formal merupakan tugasan harian, laporan kerja amal, menghasilkan folio dan ujian bulanan, pertengahan tahun, akhir tahun atau peperiksaan semester. Tujuan ujian ini dijalankan untuk mendapat markat atau skor yang mana ia boleh dicatat dalam laporan kemajuan pelajar. Oleh itu, setiap pelajar boleh diukur pencapaiannya melalui markat dan gred yang diterima. Pelajar yang memperoleh markat dan gred yang tinggi bermakna dari segi kognitif pelajar ini berjaya dengan subjek Pendidikan Moral. Walau bagaimanapun, penilain formal ini amat berguna untuk menentukan kelompok atau kelas pengajaran Pendidikan Moral. Pendidikan tidak formal ialah laporan sahsiah yang dicatat berdasarkan kepada pemerhatian yang dijalankan bagi sesuatu aktiviti yang yang dijalankan umpamannya aktiviti gotong royong di sekolah, melawat rumah anak yatim dan sebagainya. Selain iitu, pemerhatian juga boleh dijalankan di dalam kelas semasa guru menjalankan sesuatu aktiviti dalam bilik darjah seperti sesi lakonan, main peranan, bercerita dan sebagainya atau apa-apa reaksi pelajar tentang sesuatu isu atau situasi yang secara kebetulan berlaku dalam bilik darjah yang mana semua aktiviti ini tidak dirancangkan terlebih dahulu. Menggunakan penilaian tidak formal memberi peluang menilai tingkahlaku moral pelajar yang mana amalan-amalan murid yang realiti dapat dinilai dan dilaporkan.

10.3.2 Kelemahan Penilaian Formal dan Tidak Formal


Penilaian formal memberi markat dan gred kepada pelajar yang mana markat atau gred yang baik yang diperolehi oleh pelajar tidak semesti mengamalkan tingkahlaku yang bermoral. Ini disebabkan, ujian formal merupakan ujian tentang kognitif setiap pelajar yang mana sahsiah sebenarnya tidak dapat diukur. Bagi ujian tidak formal pula, walaupun pelaporan sahsiah yang diperolehi menunjukkan sahsiah seseorang pelajar itu adalah baik tetapi tanpa markah atau gred ia tidak mempunyai sebarang nilai dari segi pencapaian seseorang dikaitkan dengan sesuatu peperiksaan. Kesahan dan kebolehpercayaan sesuatu ujian selalunya dikaitkan dengan markat atau gred yang diperolehi. Ini disebabkan ujian tidak formal berbentuk terlalu subjektif dan sukar untuk menggunakan piawai tertentu untuk mengukur tingkahlaku manusia. Kenyataan-kenyataan dalam bentuk pelaporan tidak dapat digunapakai dalam mengukur tahap pencapaian seseorang pelajar.

10.3.3 Masalah dalam Penilaian Formal dan Tidak Formal


Penilaian formal merupakan tugasan harian, laporan kerja amal, menghasilkan folio dan ujian bulanan, pertengahan tahun, akhir tahun atau peperiksaan semester. Berikut adalah masalah-masalah dalam penilaian formal: 1. Bentuk bertulis Pelajar-pelajar yang mempunyai kemahiran membaca dan menulis yang rendah tidak dapat menjawab soalan dengan baik atau gagal dalam peperiksaan tersebut. Oleh itu, markat atau gred yang diperolehi adalah rendah tetapi dari segi kognitifnya masih baik, sedangkan kegagalan dalam ujian disebabkan kemahiran membaca dan menulis yang rendah. Disebabkan Pendidikan Moral merupakan menghasilkan insan yang berakhlak mulia melalui pemikiran moral, perasaan moral dan tindakan moral, ukuran tepat insan

OUM

177

PENILAIAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL

TOPIK 10

menyeluruh ini tidak dicapai. Selain itu, pelajar yang memperoleh gred yang baik tidak semestinya menggambarkan dirinya insan yang berakhlak mulia secara menyeluruh kerana markat yang dipeerolehi hanya mengukur kognitif sahaja. 2. Menentukan amalan dan nilai murni Jawapan yang diterima daripada pelajar mempunyai pemikiran dan cara menyelesai masalah yang berlainan. Ada kalangan pelajar yang menjawab dimensi lain yang mana tidak menjadi skema jawapan bagi peperiksaan tersebut. Sebagai contoh: Isu gotong royong, jika melibatkan diri dengan gotong-royong, bermakna nilai yang diamalkan adalah saling membantu dan bekerjasama, tetapi ada pelajar yang tidak mahu melibatkan diri dengan gotong-royong kerana bagi mereka membuang masa. Alasan yang diberi mereka tidak ada kemahiran untuk melaksana kerja gotong-royong di sekolah, oleh itu mengambil masa yang agak lama untuk menyiapkan sesuatu tugas tersebut, manakala kualiti atau hasil kerja adalah rendah. Mereka berpendapat, dengan memberi alternatif yang lain iaitu memberi bantuan dalam bentuk menderma wang ringgit lebih praktikal dalam situasi ini yang mana nilai yang diamalkan masih sama. Implikasinya, pelbagai jawapan yang diperolehi daripada pelajar dan ini menyulitkan guru membina skema jawapan yang sewajarnya diberi markah yang lebih tinggi, walaupun tahap perkembangan pemikiran seperti Lowrence Kohlberg atau mana-mana teori perkembangan yang lain boleh dijadikan ukuran atau standard jawapan tetapi menjadikannya lebih tepat berlaku perbezaan pendapat di kalangan guru. Masalah penilaian tidak formal Penilaian tidak formal merupakan pelaporan sahsiah pelajar berdasarkan pemerhatian guru di dalam bilik darjah dan luar bilik darjah. 1. Keperluan kepada masa Penilaian dilakukan oleh guru darjah dan guru pendidikan moral yang mana akhirnya guru darjah bertanggungjawab untuk menghasilkan laporan sahsiah ini. Dari segi teorinya, keperluan penilaian tidak formal ini penting dan dapat melihat perkembangan dan potensi pelajar dari aspek sahsiah tetapi guru memerlukan masa untuk mencatat sedangkan beban tugas lain yang banyak perlu dibuat dalam sesuatu masa. Oleh itu, penilaian ini merupakan satu masalah kepada guru kelas dan guru pendidikan moral. 2. Ketepatan pelaporan Oleh sebab kebanyakan pemerhatian dijalankan tidak dirancang khususnya di luar bilik darjah, laporan sahsiah ini juga ada kemungkinan berunsur bias dan tidak ada bukti yang relevan. Pada kebiasaannya guru akan membuat pemerhatian terhadap pelajar yang dianggap bermasalah dan selalu melanggar disiplin sahaja. Manakala pelajar yang tidak bermasalah amat kurang mendapat perhatian disebabkan bilangan pelajar yang terlalu ramai. Oleh itu, laporan sahsiah ini secara perbandingan antara seorang pelajar dengan pelajar yang lain boleh dipertikai, walaupun selalunya pemerhatian di dalam bilik darjah yang paling utama dijadikan pelaporan sahsiah.

Latihan 10.3
Terangkan bagaimana anda sebagai seorang guru Pendidikan Moral menjalankan penilaian formal dan penilaian tidak formal di sekolah nanti?

178

OUM

TOPIK 10

PENILAIAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL

RUMUSAN
Topik ini telah membincangkan tentang dua jenis penilaian, iaitu penilaian formal dan tidak formal. Dengan berbekalkan perbincangan ini, diharapkan anda dapat menggunakan dan mengaplikasikan penilaian formal dan tidak formal dengan cara yang betul supaya dapat melaksanakan proses pembelajaran dan pengajaran yang berkesan.

UJIAN 1
1. Bina satu Jadual Penentu Ujian (JPU), bagi peperiksaan pertengahan tahun pelajar tahun 5 di sebuah sekolah rendah.

UJIAN 2
1. Anda sebagai guru Pendidikan Moral yang mengajar di salah sebuah sekolah rendah ingin menjalankan projek gotong-royong yang melibatkan pelajar sekolah anda. Bincangkan bagaimana anda membuat perancangan untuk mengadakan projek gotong-royong tersebut.

OUM

179

Anda mungkin juga menyukai