Anda di halaman 1dari 4

LARI JARAK SEDERHANA

Lari jarak sederhana merupakan satu cabang acara balapan dalam sukan olahraga. Acara lari jarak sederhana ini sering dikategorikan sebagai lari jarak jauh malah banyak buku tentang sukan olahraga yang ditulis dan diterbitkan di Barat mengkategorikan acara ini sebagai acara jarak jauh. Namun hakikatnya lari jarak sederhana dan lari jarak jauh berbeza dar segi taktik larian walaupun kedua duanya mempunyai persamaan dari segi I. II. III. IV. permulaan, bentuk larian, teknik larian kaedah latihan

Terdapat 2 kategori lari jarak sederhana iaitu, a) b) 800 meter; dan 1500 meter

Kedua dua acara kategori lari jarak sederhana ini disertai oleh lelaki dan perempuan senior serta murid lelaki dan perempuan di peringkat sekolah. Acara 800 meter perlu berlari dua pusingan balapan. Acara 1500 meter perlu berlari 3 pusingan balapan. Dalam lari sederhana (800 meter dan 1500 meter) pelari harus bijak membahagikan corak larian. Di samping kelajuan, pelari jarak sederhana khususnya untuk acara 800 meter harus bijak mengatur langkah dengan mengekalkan ketahanan dan konsentrasinya, supaya tidak mudah digugat oleh pelari lain. Para pelari dalam acara jarak sederhana perlu berusaha mengekalkan ketahanan larian pada hampir sepanjang jarak acara itu. Peningkatan kepantasan dan mengekalkannya sehingga ke garisan penamat merupakan aset utama jika kemampuan. Malah ada yang perlu ditentukan dengan acara photo- finish.

Lari Jarak 800 meter


1. Permulaan Setiap perserta akan ditentukan lorong masing masing mengikut undian . Apabila melepasi 100 meter pertama, Pelari boleh memotong masuk ke lorong pertama dari lorong paling luar mengikut satu garisan lurus. 2. Pakaian Pelari boleh bertanding sama ada memakai kasut (spikes) untuk memberi cengkaman yang kuat pada trek atau tidak memakai kasut. Baju dan seluar yang dipakai mestilah ringan dan tidak serap air bagi tidak wujud halangan ketika berlari. Pistol digunakan untuk melepaskan pelari dan alat perakam masa untuk mencatat masa. Blok permulaan tidak diperlukan kerana pelari dilepaskan dalm keadaan berdiri. Pakaian mesti bersih dan tidak lutsinar serta tidak menjolok mata apabila pakaian perserta basah. Setiap pelari, nombor mesti dilekatkan pada baju dan seluar supaya pengadil senang dikenal pasti pemenang. Kasut yang dipakai mestilah mengikut spesifikasi antarabangsa yang telah ditentukan. Setiap kasut dibenarkan menggunakan sejumlah 6 paku dengan panjangnya tidak melebihi 25mm (1inci) dengan diameter paku tidak boleh melebihi 4mm (0.16 inci).

3. Arahan dari pelepas Semua peserta akan dimulakan dengan arahan ke garisan(bersedia) kemudian pistol akan ditembak. Ketika pelari dilepaskan, mereka perlu mengimbangkan diri di antara turning force dengan linear force. Begitu juga dengan horizontal force dan

vertical force. Ini kerana adanya keseimbangan diri, peserta dapat berada di dalam trek apabila ditolak. Pelari juga dilarang tolak menolak ketika larian berlangsung.Jika ada di antara peserta mnolak maka penyertaan mereka akan dibatalkan.

4. Cara membuat larian Cara berdiri semasa permulaan amat sesuai sekali. Ia digunakan kerana kaki dapat diletak paling dekat dengan garis permulaan dan tangan dapat bergerak bebas serentak dengan pergerakan kaki.

5. Ke garisan penamat Setiap perserta perlu menghabiskan dua pusingan dalam sebuah trek 400 meter. Jika peserta menerima bantuan luar atau tidak berlari atas trek maka mereka dibatalkan keputusan walaupun mereka tiba dahulu. Apabila tiba di garisan penamat, pelari masing-masing berusaha melepasi badan dan kaki mereka.Torso harus kena pada garisan penamat. Masa diambil apabila api kelihatan dari pistol hingga peserta tiba ke garisan penamat.

6. Aplikasi Bagi 200 meter pertama, pelari mesti berlari agak laju tetapi langkah kaki jangan terlalu lebar. Dengan berada di hadapan maka seseorang itu dapat berlari di lorong paling dalam terutama larian di lengkung trek yang dapat menjimatkan banyak masa dan tenaga.

Lari Jarak 1500 Meter


Latihan yang intensif dan konsisten amat penting untuk mencapai satu tahap kecergasan yang tinggi. Kaedah latihan dari cara progresif, iaitu dari senang kepada yang susah bertambah penting untuk mencapai kejayaan. Larian ini memerlukan daya ketahanan yang tinggi kerana masa yang diperlukan untuk menghabiskannya kurang daripada 2 minit. Untuk mencapai peringkat ini, seorang pelari harus melalui latihan yang lama. Peralatan yang diperlukan boleh dikatakan hamper sama dengan peralatan untuk acara 800 meter seperti kasut(spikes), pistol, alat perakam masa dan pakaian yang bersesuian.

Anda mungkin juga menyukai