Anda di halaman 1dari 2

Si Deruma mempunyai seorang anak lelaki bernama Si Tanggang.

Tanggang telah berlayar untuk mencapai cita-citanya untuk menjadi nakhoda kapal. Dia telah berjanji kepada ibunya bahawa dia akan pulang ke kampung sebaik sahaja dia mendapat segala apa yang diimpikannya. Pada suatu hari, kapal Si Tanggang berlabuh di muara sungai kampung asalusulnya. Orang kampung mengetahui nakhoda kapal itu Si Tanggang. Mereka pun memberitahu kepada orang tuanya.

Si Deruma

: Anak aku dah pulang??Aku tak mimpi kan?Aku rindukan dia..Khabarnya dia sudah kaya sekarang. Alhamdulillah, dia telah Berjaya dalam hidupnya. Baiklah, sekarang aku akan bersiap untuk menemuinya. Mak akan sediakan makanan kegemaran kamu tanggang.

Si Deruma pun pergilah berkayuh sampan menuju ke kapal nakhoda Tanggang. Si Deruma turut membawa makanan kegemaran tanggang iaitu pisang salai. Apabila tiba di kapal, seorang anak kapal melarang Deruma untuk naik. Seketika kemudian, Si Tanggang muncul dengan isterinya.
Si Tanggang Si Deruma : Siapa kamu ini? : Ini mak tanggang. Mak rindukan kamu..Kamu balik jugak akhirnya.Tengok ni Tanggang, mak bawakan kamu Pisang Salai. Kamu sukakan nak? Sapa ni Tanggang.. Isteri kamu ye. Si Isteri Si Tanggang : Betulkah perempuan tua ni ibu kanda? Bukankah, ibu kanda dah mati? : Ibu Kanda? Oh, Tidak!!!!!!!! Kanda tidak mempunyai ibu lagi dinda. Perempuan tua ni bukan ibu kanda. Kanda tak kenal pun dia. Pengawal, jangan benarkan dia naik ke kapal! Herdik Si Tanggang. Pergi!

(Pisang Salai yang dibawa ibunya, dibuang ke laut)

Si Deruma terlalu sedih dan kecewa. Sungguh tidak disangka anak kesayangannya berubah. Deruma pun berdayung ke tepi. Apabila tiba didaratan, Si Deruma memandang ke langit. Sambil Mengangkat tangannya Oh Tuhanku! Tunjukkanlah kepada Si Tanggang bahawa akulah ibu kandungnya. Tiba-tiba petir berdentum. Angin bertiup kencang. Kapal yang sedang berlabuh itu terumbangambing. Ketika itulah, Si Tanggang berasa kesal. Dia sedar Tuhan telah memakbulkan doa ibunya. Dia kan menerima balasannya kerana telah menderhaka.

Oh, ibu!!!!! Ampunkan Tanggang bu. Tanggang mengaku, tanggang anak ibu!Teriak si tanggang. Tanggang telah terlambat. Dia dan isterinya telah berubah menjadi batu.