Anda di halaman 1dari 20

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106

1.0

PENGENALAN Pendidikan adalah satu proses di mana seseorang memperoleh banyak faedah sosial seperti pekerjaan, gaji yang mencukupi dan kemungkinan, kuasa politik. Walau bagaimanapun semasa penjajahan British di negara kita, tidak semua pelajar mempunyai peluang bersekolah kerana pada masa itu sekolah dibahagikan mengikut kumpulan etnik, kelas sosial, kurikulum dan penempatan. Ketidaksamaan dalam pendidikan bermaksud sekatan hak seseorang untuk mengembangkan potensinya.

Menurut Noriati A. Rashid Et. Al. (2011), ketaksamaan peluang pendidikan merupakan salah satu isu yang hangat diperkatakan dan telah banyak merangsang para pengkaji untuk membuat kajian tentang kesan sekolah, implak status sosioekonomi terhadap pencapaian akademik. pencapaian dan ketaksamaan ras serta etnik dalam

Konsep diskriminasi atau ketaksamaan ditakrifkan sebagai pandangan, pemikiran dan kepercayaan negatif oleh seseorang atau sekelompok terhadap anggota atau kelompok etnik lain yang mempengaruhi perilaku pihak yang berpandangan negatif. Diskriminasi ialah perbuatan membanding dan membezakan individu atau kelompok etnik lain berasaskan ciri-ciri etnik semata-mata.

Ketaksamaan telah berlaku sejak dahulu lagi (sistem feudal). Rakyat bawahan atau marhain, golongan pembesar, dan golongan istana menerima sistem pendidikan yang berbeza. Konsep ini diteruskan lagi pada zaman penjajah. Golongan pembesar mewariskan kecerdikan sebaliknya anak petani dan orang kampung terus ketinggalan.

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106

2.0

ISU-ISU BERKAITAN KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN DI MALAYSIA 2.1 Isu Ketaksamaan Peluang Pendidikan Murid Orang Asli Masyarakat orang Asli merupakan komuniti kecil di Malaysia dan merupakan penduduk peribumi negara ini. Orang Asli merupakan masyarakat yang mempunya beberapa suku kaum yang berbeza-beza dan kebanyakan mereka tinggal di dalam atau di pinggir hutan.

Menurut Noriati A. Rashid Et. Al. (2011), pencapaian masyarakat orang Asli dalam pendidikan amatlah rendah berbanding kelompok etnik yang lain di Malaysia. Majoriti orang Asli masih terpinggir dalam arus pendidikan kerana infrastruktur dan prasarana yang kurang lengkap di kawasan tempat tinggal mereka. Kemudahan seperti bekalan elektrik, air bersih dan jalan masih tidak diadakan. Di sekolah pula bekalan elektrik tidak mencukupi, prasarana seperti kipas, bilik darjah yang selesa dan kondusif idak dapat dinikmati sepenuhnya oleh masyarakat ini.

Di samping itu, golongan orang Asli yang berprestasi tinggi amat kurang dalam kalangan mereka kerana tiada sifat persaingan yang sihat dalam aspek kemajuan pendidikan dalam masyarakat orang Asli. Mereka juga agak ketinggalan dalam bidang akademik mereka yang rendah. Menurut JHEOA (1998), minat belajar dalam kalangan orang Asli masih berada pada tahap rendah, di mana kadar keciciran yang dicatatkan pada tahun 1998 adalah tinggi iaitu 45% dan kadar buta huruf 49.2% (kadar nasional 6.4%). Golongan buta huruf juga bertambah.

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106

Ciri-ciri masyarakat orang Asli yang berperwatakan rendah diri, malu, pasif, tidak suka dipaksa untuk melakukan sesuatu, sensitif, suka kebebasan bergerak, suka melakukan aktiviti fizikal, tidak suka bersaing secara individu dan suka bekerja dalam kumpulan merupakan sebab kurangnya minat belajar dalam kalangan masyarakat ini.

2.2

Isu Sekatan Budaya Sekatan budaya bermaksud sekatan peluang ke atas segolongan masyarakat disebabkan faktor-faktor seperti kemiskinan, etnik dan lain-lain. Konsep ini amat popular semasa tahun 60-an di Amerika Syarikat di mana kanak-kanak berkulit hitam (African American) atau taraf sosio-ekonomi yang rendah dipinggirkan haknya. Dalam konteks Malaysia, sebelum kemerdekaan, pelajar kawasan terpencil atau luar bandar itu dianggap sebagai tersekat hak mereka untuk mendapatkan kemudahan pendidikan yang asas berbanding dengan pelajar bandar.

Sekatan budaya juga merujuk kepada pelajar yang mempunyai pencapaian yang rendah di sekolah kerana latar belakang keluarga. Isitilah ini juga digunakan untuk bermaksud culturally disadvantage kerana dipercayai bahawa masalah utama ialah kekurangan relatif antara pengalaman rumah dengan corak budaya yang diperlukan untuk pembelajaran di sekolah. Contohnya, di kebanyakan kawasan luar bandar di Malaysia, pendapatan keluarga dan pendidikan ibu bapa adalah rendah. Tambahan pula, tumpuan diberi kepada tugas-tugas mengerjakan kebun.

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106

Selain itu,

loghat bahasa

tempatan digunakan dalam kehidupan

seharian. Suasana persekitaran rumah seumpama ini tidak membantu seseorang kanak-kanak untuk memenuhi kehendak pembelajaran di sekolah yang memerlukannya menulis, membaca dan berkomunikasi dengan menggunakan bahasa formal. Jelaslah bahawa latar belakang seseorang kanak-kanak itu boleh menjadi satu kekangan atau halangan terhadap pencapaiannya di sekolah. Kemahiran yang dikuasai dan nilai yang telah diterapkan semasa di rumah tidak dapat digunakan di sekolah kerana kekurangan relatif.

Jika dibandingkan dengan kanak-kanak kelas menengah di bandar, pendapatan keluarga dan pendididkan formal ibu bapa mereka adalah lebih tinggi dan tumpuan diberi kepada pendidikan di sekolah. Ibu bapa membeli bahan-bahan untuk anak mereka dan menggalakkannya membaca serta menggunakan bahasa yang lebih kompleks untuk berkomunikasi. Latar belakang seumpama ini banyak memberi seorang kanak-kanak kelebihan dari segi peluang untuk lebih berjaya di sekolah. Berbanding dengan golongan kanak-kanak ini, tidak mustahil mengapa kanak-kanak daripada kalangan budaya tersekat mempunyai risiko keciciran sekolah yang tinggi

(Sharifah,1995).

2.3

Isu Ketaksamaan Peluang Pendidikan Murid Peribumi Indegenous merujuk kepada penduduk Peribumi di pedalaman Sabah dan Sarawak. Pelbagai kaum dan etnik yang wujud di kedua-dua negeri ini.

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106

Mereka dapat dibezakan dari segi kawasan tempat tinggal, ekonomi, sosial dan budaya.

Menurut Syed Ismail Bin Syed Mustafa & Ahmad Subki Bin Miskon (2010), indigenous merujuk kepada kelompok masyarakat dan etnik yang tinggal jauh di pedalaman dan masih belum menerima sebarang perubahan dunia luar. Mereka masih taksub kepada kehidupan yang dibina sejak dulu. Walau pelbagai usaha telah dilakukan, ketaksamaan peluang pendidikan tetap berlaku. Mereka masih belum dapat menerima perubahan dalam dunia pendidikan kerana masih berpegang kepada budaya hidup tradisional.

Sistem

belajar

asli

masyarakat

indigenous

tradisional

yang

berpandukan pengalaman merupakan proses pendidikan yang manusiawi. Hal ini kerana proses pendidikan itu disesuaikan dengan kudrat dan perkembangan manusia. Oleh kerana mereka merasakan sistem belajar masyarakat mereka sangat bernilai, maka mereka tidak dapat menerima sistem pendidikan nasional dan budaya sekolah dengan seadanya.

2.4

Isu Ketaksamaan Peluang Pendidikan Murid di Pedalaman Masyarakat pedalaman terutamanya di kawasan terpencil menghadapi isu ketaksamaan peluang pendidikan kerana masih terdapat sekolah yang tidak mempunyai kemudahan asas.

Menurut Noriati A. Rashid Et. Al. (2011), isu tentang kekurang guru terlatih masih wujud bagi sekolah rendah di kawasan pedalaman dan di luar

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106

bandar. Antaranya, terdapat kekurangan guru dalam bidang kritikal seperti subjek Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris; kurangnya guru berkelayakan untuk Pendidikan Khas; kurangnya guru lelaki yang berkelayakan mengikut opsyen ditempatkan di pedalaman menimbulkan masalah pengendalian aktiviti kokurikulum serta bilangan Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) masih ramai di sekolah pedalaman.

Di sekolah menengah pula, sekolah pedalaman atau luar bandar bergantung sepenuhnya kepada kerajaan untuk kelengkapan sekolah. Hal ini berlaku kerana latar belakang dan sosioekonomi ibu bapa yang kurang mampu untuk membantu sekolah dari segi kelengkapan sekolah berbanding sekolah bandar di mana ibu bapa berpendapatan tinggi.

Sekolah Kurang Murid (SKM) juga merupakan isu di kawasan luar bandar dan pedalaman. Seperti yang kita ketahui, sesebuah sekolah itu diiktiraf sebagai SKM jika mempunyai murid kurang daripada 100 murid. Oleh itu, sekolah tersebut harus jalankan program kelas bercantum. Program ini dijalankan bagi sekolah yang mengamalkan pengajaran secara kelas tanpa mengabaikan kepentingan kepelbagaian murid yang berbeza dari sudut daya tanggapan, imaginasi, minat dan konsentrasi walaupun mereka dalam kumpulan umur yang hampir sebaya. Sebagai contoh, cantuman kelas Tahun 2 dan Tahun 3 yang terbahagi kepada tiga tahap pencapaian iaitu cerdas, sederhana dan lemah. Oleh kerana tidak ramai murid yang akan hadir ke sekolah, maka kadar keciciran akan meningkat di sekolah tersebut. Malahan, jurang pencapaian murid akibat daripada kurangnya motivasi untuk belajar

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106

dan tiada daya saing kerana bilangan murid yang sedikit. Selain itu, ibu bapa juga tidak tekankan kepentingan pendidikan terhadap anak-anak mereka kerana ibu bapa tidak diberikan pendedahan terhadap dunia luar dan kepentingan ilmu kepada anak-anak pada masa hadapan. 2.5 Isu Pelajar Pintar Cerdas Menurut Sharifah Md. Nor (2003) menyatakan bahawa Purcell (1978), mendefinisikan gifted ini sebagai kanak-kanak atau belia (youth) yang telah dikenal pasti pada peringkat prasekolah, sekolah rendah atau menengah sebagai berkebolehan yang tinggi dari beberapa aspek intelektual, kreativiti, akademik, kepimpinan, seni lakonan atau lukisan yang memerlukan khidmat atau aktiviti yang tidak terdapat di sekolah.

Selain itu, Gardner (1983), telah memberi nafas yang baharu kepada konsep kecerdasan (intelligence) yang selama ini berfokus kepada kebolehan logik dan matematik. Konsep multiple intelligence yang diperkenalkan olehnya membuka ruang kepada pengiktirafan pelbagai kebolehan dan bakat sebagai penting dan perlu diasah.

Antara sebab keperluan khas pelajar ini kurang diberi perhatian ialah para guru kurang mahir mengenal pasti pelajar pintar cerdas. Seterusnya, jika boleh dikesan sekalipun, sistem pendidikan yang ada kini tidak ada ruang untuk memenuhi keperluan mereka. Kurikulum yang telah ditetapkan terlalu berorientasikan akademik dan peperiksaan, bilik darjah yang besar, peraturan

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106

mengenai had umur ke sekolah, ke universiti dan sebagainya tidak memberi peluang bagi pelajar golongan ini mendapatkan pendidikan sewajarnya.

Tambahan pula, konsep pintar cerdas tidak digunakan secara meluas, terlalu tertumpu kepada kebolehan akademik pelajar. Sebagai contoh pelajar yang cemerlang dari segi akademik diberi peluang menduduki ujian Penilaian Tahap Satu (PTS) semasa di Tahun 3 dan jika berjaya akan melompat kelas ke Tahun 5. Kelas ekspress ini memberi peluang kepada mereka mempercepatkan pembelajaran mereka. Namun kurikulum yang diikuti tetap sama.

3.0

CARA TANGANI ISU-ISU DI DALAM BILIK DARJAH Menurut Sharifah Md. Nor (2003), dalam bilik darjah yang terdiri daripada pelbagai kaum serta budaya, beberapa strategi boleh digunakan oleh guru untuk memastikan tiada pelajar yang berasa terpinggir lantaran ras atau etnik dan budaya mereka. Terdapat empat cara atau tradisi yang dicadangkan oleh Sharifah Md. Nor iaitu integrasi isi, mengurangkan prasangka dan stereotaip, memupuk budaya sekolah yang positif dan menggunakan bahan-bahan serta kaedah yang boleh meningkatkan pencapaian akademik semua pelajar.

3.1

Integrasi Kandungan (content) Guru menggunakan bahan-bahan dan contoh daripada pelbagai budaya untuk menerangkan konsep yang diajar. Pelajar akan berasa bangga dan yakin diri apabila perkara-perkara yang positif daripada budaya mereka

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106

diketengahkan dan dibincang. Hal ini akan menarik minat pelajar dan mereka akan memberi tumpuan kepada pembelajaran dalam bilik darjah. 3.2 Mengurangkan prasangka dan stereotaip Guru membantu pelajar supaya mempunyai sikap yang positif terhadap kepelbagaian budaya yang terdapat di kalangan rakan-rakan mereka dengan memberi ganjaran kepada pelajar jika mereka berpandangan positif terhadap ras atau kelompok yang lain. Selain itu, menambahkan kontak pelbagai latar belakang dengan aktiviti-aktiviti terancang dan dengan mengamalkan pembelajaran koperatif. Dalam kaedah ini, murid akan bekerjasama antara satu sama lain serta belajar dalam kelompok kecil yang dianggotai oleh pelajar berbilang kaum, kebolehan dan keistimewaan masing-masing. 3.3 Memupuk budaya sekolah yang positif Amalan-amalan pengelompokan yang membezakan pelajar seperti

pengaliran perlu dihentikan. Iklim bekerjasama, sikap guru yang lebih terbuka, staf lain yang tidak mengamalkan perasaan prejudis terhadap pelajar yang berbeza latar belakang akan mewujudkan budaya kesefahaman dan perpaduan. 3.4 Menggunakan bahan-bahan dan kaedah yang boleh meningkatkan

pencapaian akademik semua pelajar Jika seseorang guru itu mengendalikan kelas mereka supaya lebih selaras dengan budaya, keperluan dan stail pembelajaran murid maka penerimaan murid terhadap pengajarannya akan lebih mudah. Sebagai contoh, guru boleh menggunakan bahan-bahan bantu mengajar ketika menjalankan sesi

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106

10

pengajaran. Selain itu, guru juga harus menitikberatkan sensitiviti sesuatu budaya. Selain bahan-bahan bantu mengajar, guru juga boleh menggunakan kemahiran humor iaitu menyelitkan unsur kecindan dalam pengajaran. Oleh itu, para guru diminta untuk berhati-hati ketika melawak kerana takut menyentuh sensitiviti kaum yang kita tidak ketahui sebelum ini. 4.0 AMALAN-AMALAN YANG DAPAT HAPUSKAN KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN DI MALAYSIA Menurut Sharifah Md. Nor (2003), para guru dan sekolah perlu peka kepada perbezaan antara budaya ini supaya tiada pelajar daripada golongan yang tertentu berasa tersisih disebabkan kurang pekanya pihak sekolah dan guru terhadap keperluan pelajar mereka dan kurang fahamnya guru terhadap budaya yang dibawa oleh pelajar yang mempengaruhi cara mereka berkomunikasi dan memahami dunia di sekeliling mereka.

Pendidikan berbilang budaya ialah satu pendekatan pendidikan yang diusahakan untuk mencapai kesaksamaan peluang dalam pendidikan dengan mengambil kira keperluan pelajar yang berbeza dari segi individu dan budaya. Pendekatan ini memberi perhatian kepada perubahan untuk mencapai potensi mereka sepenuhnya tidak kira latar belakang mereka. Perubahan dari segi sikap dan jangkaan guru, strategi pengelompokan pelajar, strategi pengajaran dan

pembelajaran, iklim bilik darjah dan hubungan sekolah dan komuniti diberi perhatian oleh pendekatan ini.

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106

11

4.1

Pendidikan Inklusif Pendidikan berbilang budaya peka terhadap keperluan pelbagai jenis pelajar. Lazimnya guru kurang beri perhatian kepada pelajar yang berkeperluan khas ini dan lebih cenderung mengajar semua pelajar menggunakan kaedah yang sama.

Pendidikan khas disediakan untuk pelajar kurang berupaya di sekolah atau bilik darjah khas, manakala pelajar pintar cerdas dan berisiko mendapat pelajaran di sekolah dan bilik darjah yang biasa. Namun begitu, kedua-dua golongan pelajar ini juga berleperluan khas dan pihak sekolah perlu peka kepada hakikat ini.

Golongan pelajar istimewa ini secara tradisinya mendapat pendidikan di sekolah atau kelas khas yang khusus disediakan untuk memenuhi keperluan khas mereka. Namun begitu, pengasingan ini dirasakan tidak wajar terutamanya sekali untuk pelajar yang tahap kecacatannya hanya sederhana (mild). Mereka perlu diberi peluang mengalami suasana pembelajaran yang normal. Konsep pendidikan inklusif menjadi popular sebagai strategi mengintegrasi pelajar khas ke dalam pendidikan mainstream. Dalam tahun 1998, jumlah pelajar dan sekolah yang menawarkan pendidikan inklusif bertambah, namun masih ramai pelajar khas mendapat pendidikan di sekolah khas. Pendidikan inklusif merupakan satu program pendidikan bagi pelajar istimewa supaya mereka dapat mengikuti pelajaran bersama-sama dengan

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106

12

pelajar normal. Pendidikan inklusif bertujuan untuk mengurangkan beban perbelanjaan (yang diperlukan oleh sekolah/kelas khas), meningkatkan pencapaian akademik dan memberi peluang kepada pelajar kurang upaya menyesuaikan diri dengan persekitaran dan rakan-rakan yang normal. Selain itu, pendidikan inklusif bertujuan meningkatkan kebolehan individu istimewa berdikari, berinteraksi dan menikmati kehidupan yang normal dan mempunyai harga diri yang tinggi. Pendidikan yang berkualiti bagi kanak-kanak istimewa sememangnya merupakan satu agenda kesamarataan dan keadilan sosial yang dituntun oleh masyarakat. Pendidikan inklusif bukan sahaja berfaedah kepada pelajar-pelajar istimewa tetapi juga memperkaya pengalaman semua warga sekolah yang diberi peluang mewujudkan budaya prihatin,

bekerjasama dan saling membantu antara satu sama lain.

Pendidikan inklusif perlu diperluaskan dan melibatkan banyak lagi sekolah, supaya kanak-kanak istimewa dapat peluang belajar seperti juga kanak-kanak normal yang lain. Walaupun pendidikan inklusif membebankan pihak sekolah dan guru, perancangan yang teliti, iltizam yang tinggi serta bantuan yang disediakan oleh pihak kementerian dan pihak lain seperti Kementerian Kebajikan Masyarakat, pihak swasta dan ibu bapa boleh menjayakan program ini.

4.2

Pendidikan Pelajar Pintar Cerdas Pelajar pintar cerdas (gifted) merupakan pelajar berkeperluan khas yang kurang diberi perhatian di sekolah. Menyamaratakan peluang pendidikan bermakna memberi peluang kepada golongan pelajar ini merealisasikan

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106

13

potensi mereka sepenuhnya. Negara akan kerugian jika pelajar pintar cerdas tidak digilap bakat mereka.

Golongan pelajar pintar cerdas di Malaysia mula diberi perhatian dalam sistem pendidikan dengan terlaksananya Sistem Kelas Ekspress pada tahun 1962. Dalam sistem ini, kanak-kanak yang memiliki potensi dan memperolehi pencapaian yang mengatasi rakan-rakan sebaya telah diberi peluang untuk memendekkan tempoh sekolah rendah mereka daripada 6 tahun kepada 5 tahun sahaja. Perlaksanaan sistem ini telah diberhentikan pada awal tahun 1970-an.

Namun demikian, pada awal tahun 1980-an, satu Simposium Kebangsaan Mengenai Kanak-kanak Bergeliga telah diadakan. Ekoran daripada Simposium tersebut, isu kanak-kanak pintar cerdas ini kembali diperkatakan. Persatuan MENSA Malaysia telah ditubuhkan pada tahun 1983, bertujuan untuk mengenal pasti individu pintar cerdas. Pada tahun 1985, pihak Universiti Malaya pula telah mengorak langkah memulakan Program BAKA khusus untuk pelajar pintar cerdas. Manakala Persatuan Kanak-kanak Bergeliga Malaysia telah ditubuhkan pada tahun 1987. Menyedari tentang kepentingan untuk memberi perhatian terhadap program pendidikan khusus untuk pelajar pintar cerdas di negara ini, Seminar Pendidikan Pelajar Pintar Cerdas telah diadakan pada tahun 1990, di Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya. Hasil 33 daripada seminar tersebut, didapati bahawa perancangan dan pelaksaan program yang sistematik perlu diadakan bagi memenuhi keperluan pelajar yang pintar cerdas serta berbakat. Ekoran dengan itu, pada

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106

14

tahun 1996, satu bentuk penilaian bagi kenal pasti pelajar pintar cerdas telah dilaksanakan. Penilaian tersebut dikenali sebagai Penilaian Tahap Satu (PTS). Penilaian ini dilaksanakan ke atas pelajar-pelajar Tahun Tiga sekolah rendah. Pelajar yang berjaya memperolehi tahap maksimum dibenar meneruskan persekolahan ke Tahun 5, tanpa perlu mengikuti persekolahan Tahun 4. Walau bagaimanapun, penilaian ini hanya dilaksanakan dalam tempoh lima tahun sahaja.

4.3

Pendidikan Imbuhan Satu lagi faktor berkaitan dengan ketidaksamaan pendidikan yang

disebabkan oleh ketidaksamaan status sosio-ekonomi. Tidak dapat dinafikan bahawa orang miskin di kawasan luar bandar dan orang kaya di bandar mempunyai peluang pendidikan yang berbeza. Atas sebab ini, maka pendidikan imbuhan diperkenalkan untuk seimbang itu. mengatasi keadaan yang tidak

Pendidikan imbuhan sebenarnya adalah satu konsep baru dalam pendidikan yang wujud selepas Perang Dunia Kedua di beberapa negara Barat. Keadaan ini timbul akibat kesedaran rakyat terhadap kepentingan pendidikan. Hasil daripada itu, satu pergerakan dimulakan untuk menuntut hak peluang pendidikan yang sama, khasnya untuk kalangan rakyat kelas bawahan (Chazen, 1973). Sebelum pendidikan wajib diperkenalkan, peluang pendidikan melanjutkan pelajaran mereka ke sekolah menegah, kolej dan universiti amatlah terhad untuk kanak-kanak kelas sosio-ekonomi yang rendah berbanding dengan mereka daripada golongan menengah dan

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106

15

atasan. Hal ini menunjukkan bahawa status sosio-ekonomi ibu bapa yang rendah mengurangkan atau menghalang anak mereka daripada menerima pendidikan. Kesulitan peluang pendidikan sedemikian kemudian mengakibatkan masalah keciciran yang serius dan pengangguran yang boleh menjejaskan kestabilan dan keamanan sesebuah negara. Akibat kesedaran tentang kesan buruk masalah tersebut dan desakan rakyat, maka beberapa negara Barat telah mengambil tindakan tegas untuk memperbaharui sistem pendidikan mereka. Salah satu negara Barat tersebut ialah Amerika Syarikat. Apabila berlakunya masalah ketidakstabilan sosial yang serius, akibat ketidaksamaan pendidikan, satu program baru yang dipanggil Head Start telah

diperkenalkan untuk membantu perkembangan pendidikan di kalangan golongan rendah masyarakat. Di Malaysia pula, lanjutan daripada Laporan Keciciran (1973),

Kementerian Pendidikan talah melaksanakan dan melancarkan Projek Pendidikan Wajib pada tahun 1975. Di bawah projek ini, pelajar-pelajar luar bandar dibekalkan dengan bahan-bahan pembelajaran khas serta guru-guru berkelayakan yang telah melalui latihan khas untuk mengajar. 4.4 Pelaksanaan Sekolah Wawasan Kementerian Pendidikan kini giat merancang dan melaksanakan program Sekolah Wawasan. Namun, pelaksanaan program ini telah mendapat reaksi daripada pihak terutamanya reaksi negatif daripada pihak pembangkang. Dalam hal ini, kerajaan mempunyai sebarang agenda untuk menghapuskan ciri-ciri sekolah vernakular dalam pelaksaan Sekolah Wawasan melainkan

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106

16

mahu mengelakkan prejudis kaum di kalangan golongan muda negara pada masa depan.

Sekolah integrasi ini berpegang kepada konsep belajar bersama-sama di bawah satu bumbung atau satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum dan agama. Konsep ini bermaksud dua atau tiga buah sekolah yang berlainan aliran dan pentadbiran dibina dalam kawasan yang sama dan berkongsi kemudahan-kemudahan asas seperti padang permainan, dewan, pusat sumber, bilik komputer, kantin dan sebagainya. Perkongsian kawasan dan kemudahan sekolah ini memungkinkan usaha-usaha penerapan nilai-nilai masyarakat majmuk serta memupuk semangat persefahaman dan toleransi antara kaum, khususnya di kalangan murid-murid sekolah sejak di peringkat rendah lagi.

Matlamatnya adalah untuk mewujudkan perpaduan di kalangan muridmurid yang berbagai-bagai bangsa, latar belakang dan fahaman agama. Seterusnya ialah memupuk semangat integrasi antara pelajar dari pelbagai aliran. Selain itu, melahirkan generasi yang mempunyai sifat toleransi dan persefahaman yang tinggi demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu dan menggalakkan interaksi yang maksimum antara semua warga sekolah melalui perkongsian kemudahan sekolah dan pelaksanaan aktivitiaktiviti lain di sekolah juga merupakan matlamat pelaksanaan sekolah wawasan.

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106

17

4.5

Pelaksanaan Sekolah Satu Aliran Sistem Sekolah satu aliran merupakan satu lagi alternatif bagi memupuk integrasi di antara etnik di sekolah. Sistem sekolah satu aliran ialah sistem yang menggunakan satu bahasa penghantar saja di sekolah-sekolah. Dalam konteks Malaysia, bahasa penghantar adalah bahasa Melayu. Pada waktu ini, di negara kita terdapat tiga aliran sistem persekolahan iaitu sekolah kebangsaan iaitu berbahasa penghantar bahasa Melayu, sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan sekolah Jenis Kebangsaan Tamil. Masalah yang timbul di sini ialah kurangnya interaksi diantara pelbagai etnik yang menggunakan pelbagai sistem ini. Ini menyebabkan proses integrasi antara etnik di peringkat sekolah berjalan agak perlahan dan lambat.

Menerusi sistem sekolah satu aliran, tidak akan menimbulkan masalah penghapusan bahasa ibunda lain-lain etnik.Alternatifnya ialah bahasa Cina dan Tamil perlu dijadikan subjek wajib bagi pelajar berkenaan dan subjek pilihan kepada pelajar Melayu atau sesiapa saja dari lain-lain etnik yang berminat. Melalui cara ini, disamping boleh bergaul secara meluas antara mereka, mereka juga boleh memahami budaya etnik atau kaum lain. Jika ini dapat dipraktikkan masalah hubungan antara etnik yang lambat dapat diatasi dengan sendirinya melalui pergaulan antara pelajar dan saling fahammemahami. Kita dapat menyaksikan, keterasingan sekolah rendah ini telah menanam semangat perkauman atau etnik pelajar sekolah rendah dari awal lagi. Fenomena ini akan menular pula di peringkat sekolah menengah dan Institut Pengajian Tinggi.

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106

18

Menerusi sistem sekolah satu aliran ini, semangat perkauman atau etnik akan dapat dihapuskan sejak peringkat sekolah rendah lagi. Pergaulan antara pelbagai etnik yang berlainan membuatkan mereka lebih mengenali antara satu sama lain dan dapat bertolak ansur jika timbul sesuatu masalah. Hal ini perlu diberi perhatian segera demi mewujudkan proses integrasi yang jitu antara pelbagai etnik demi masa depan negara yang makmur dan harmoni.

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106

19

RUJUKAN BUKU Noraini Idris & Shuki Osman. 2009. Pengajaran dan Pembelajaran : Teori dan Praktis. Kuala Lumpur : Mc Graw Hill (Malaysia) Sdn. Bhd. Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakriah Syed Ahmad & Zuraidah A. Majid. 2011. Siri Pendidikan Guru : Budaya dan Pembelajaran. Selangor Darul Ehsan : Oxford Fajar Sdn. Bhd. Sharifah Md. Nor. 2003. Keberkesanan Sekolah Satu Perspektif Sosiologi. Selangor Darul Ehsan : Penerbit Universiti Putra Malaysia. Syed Ismail bin Syed Mustafa & Ahmad Subki bin Miskon. 2010. Budaya dan Pembelajaran. Selangor Darul Ehsan : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

INTERNET http://ms.wikipedia.org/wiki/Rancangan_Malaysia_Kedua http://kplijulai08intake.blogspot.com/2009/02/pintar-cerdas.html http://kheru2006.i8.com/EDU3106/3_Implikasi_Kepelbagaian_Sosiobudaya.htm http://kheru2006.i8.com/EDU3106/4_Ketaksamaan_Peluang_Pendidikan.htm

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106

20

Anda mungkin juga menyukai