Anda di halaman 1dari 26

1

FAKULTI PEMBANGUNAN DAN SUMBER MANUSIA KBC 3013 PINTAR CERDAS DAN BERBAKAT

TUGASAN INDIVIDU

KAJIAN KES

NAMA : N0RFAMILA A/P HARUN NO. MATRIK : D20101037257 PROGRAM : PENDIDIKAN KHAS (AT10) SEMESTER : SEMESTER 2 SESI : 2010/2011

NAMA PENSYARAH : DR. MD. NASIR BIN MASRAN

SENARAI KANDUNGAN Perkara 1.0 Pengenalan 1.1 Definisi Pintar Cerdas 1.2 Definisi Berbakat 2.0 Pintar Cerdas 3.0 Teori Berdasarkan Pintar Cerdas 4.0 Latar belakang Keluarga 5.0 Perkembangan dari segi fizikal, dan emosi Sosial serta kognitif 6.0 Penilaian berdasarkan senarai semak 7.0 Cadangan 8.0 Penutup 19 -21 21 - 22 23 Halaman 3 3 4 5 5-7 12 - 14 15 - 18

1.0 PENGENALAN

Istilah pintar cerdas dan berbakat bukan lagi suatu perkara yang baru kita dengar dalam negar ini, kerana Negara kita sudah menlancarkan program untuk kanak kanak yang pintar cerdas iaitu seperti MENSA dan permata Pintar di UKM Bangi untuk meningkatkan serta menyediakan program yang sesuai bagi kanak kanak ini. Menurut, Persekutuan Amerika Syarikat menyatakan maksud pintar cerdas yang ditujukan kepada kanak kanak atau belia yang mempunyai potensi dan pencapaian yang tinngi dari segi bidang seperti intelektual, kreativiti, artistik, kebolehan kepimpinan dan juga mempunyai bakat dalam bidang seni dan muzik yang mengagumkan serta mereka ini memerlukan aktiviti atau perkhidmatan yang lain daripada lain atau keistimewa yang tidak dapat diperolehi di sekolah biasa demi meningkatkan tahap kebolehan mereka.

Sesetengah pihak beranggapan

bahawa mendapat keputusan yang cemerlang

adalah ciri utama untuk menyatakan bahawa seseorang itu adalah pintar cerdas. Contohnya, mereka mendapat keputusan semua gred A dalam peperiksaan awam seperti UPSR, PMR dan SPM. Pintar cerdas adalah satu anugerah yang tidak ternilai kepada seseorang dari segi memiliki kelebihan kognitif dan juga bakat yang tersendiri contohnya dari segi kesenian, atau muzik.

Berbakat pula bermaksud keadaan seseorang yang mempunyai potensi untuk menjadi cemerlang dalam bidang bidang tertentu sama ada dalam bidang akademik atau bukan akademik. Seseorang itu dianggap berbakat dalam bidang bidang tertentu apabila dia menampakkan potensinya dalam bidang tersebut. Kadang kadang pencapaiannya dalam bidang tersebut belum terbukti cemerlang atau keupayaan menggunakan minda untuk menerokai pelbagai kemungkinan, menghasilkan sesuatu yang baru, asli, luar biasa dan bernilai sama ada bersifat maujud, abstrak atau gagasan.

1.1 DEFINISI PINTAR CERDAS

Menurut Kamus Dewan Edisi ke empat, pintar cerdas bermaksud cekap, pandai, banyak bercakap ,cerdik licin dan mahir dalam membuat sesuatu pekerjaan. Manakala, pandai pula didefinisikan sebagai sempurna akal. Selain itu, Persekutuan memberi maksud kanak kanak pintar cerdas dan berbakat adalah mereka yang dikenalpasti sercara semulajadi kemampuan luar biasa dan berkebolehan yang tinngi dalam melakukan sesuatu. Kanak kanak ini memerlukan program pendidikan yang berbeza . Individu yang dikatakan pintar cerdas ini mempunyai kebolehan yang luar biasa memahami dan mengadaptasi segala cabaran persekitaran kepada hidup dan mindanya. Stanford Binet (1916), orang pertama menjalankan ujian pintar cerdas yang dikenali sebagai The Stanford - Binet Test telah memberikan definisinpintar cerdas sebagai merujuk kepada keupayaan individu memahami, membuat pertimbangan serta penaakulan yang baik.

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1997), berbakat bermaksud mempunyai kebolehan semulajadi. Menurut Renzulli (1986), kepintaran adalah satu tingkah laku yang perlu dikembangkan dan bukan secara semulajadi walaupun individu itu mempunyai skor IQ yang tinggi iaitu dalam model beliau yang dinamakan The Ring Conception of Giftedness atau Triat Model. Pintar cerdas dapat dilihat sebagai satu konsep yang mempunyai dimensi dinamik yang terdiri daripada interaksi tiga kelompok sifat manusia iaitu kebolehan intelek umum yang atas purata, aras yang tinngi dalam tanggungjawab keoada tugas dan aras kreativiti yang tinggi.

1.1 DEFINISI BERBAKAT

Menurut Kamus Dewan Edisi ketiga (1997), berbakat bermaksud mempunyai kebolehan semulajadi. Konsep Piirtos melihat bakat sebagai satu keperibadian, proses dan hasil dalam bidang tertentu yang dipengaruhi oleh genetik dan persekitaran iaitu rumah,sekolah, masyarakat, budaya dan jantina serta peluang. Bakat lahir dari naluri asas manusia untuk

menghasilkan sesuatu yang baru.Bakat tidak hanya bertumpu pada kecerdasan minda atau kemahiran seni seseorang, tetapi dalam semua bidang (1999).

Pada tahun 1994, Jabatan Pendidikan Amerika Syarikatm dalam laporannya yang bertajuk Kecemerlangan Kebangsaan: Kes Bakat Rakyat Amerika mendefinisikan kanak kanak cemerlang adalah kanak kanak yang mempamerkan potensi yang tinngi dalam menyelesaikan sesuatu jika dibandingkan dengan umur, pengalaman dan persekitaran mereka. Mereka memperlihatkan keupayaan yang tinggi dari segi intelektual, kreatif dalam bidang seni, keupayaan memimpin atau cemerlang dalam bidang akademik.

1.2 DEFINISI KREATIF

Kreatif berasal dari bahasa latin creare yang bermaksud membuat. Manakala dalam bahasa greek ianya membawa makna memenuhi. Menurut Samson dan Vernon (1996), Kreativiti adalah sesuatu misteri yang fenomena semulajadi, Gowen (1972), pula menyatakan teori teori peribadi dan persekitaran yang relative dengan amalan pengasuhan anak. Ensiklopedia Malaysian (1996), kreativiti adalah kemampuan mencipta atau menghasilkan sesuatu. Mcnerney dan Mcnerney (1994), mendefinisikan kreativiti sebagai yang menarik, menekankan sifat- sifat personaliti, ada juga yang memeberi penekanan kepada pemikiran dan juga menekan kepada hasil usaha kriteria kreativiti.

2.0 PINTAR CERDAS 2.1 MENGENALPASTI PINTAR CERDAS Salah satu untuk mengenalpasti kanak kanak pintar cerdas adalah melalui pelaksaan ujian kecerdasan terhadap mereka.Biasanya tahap skor kanak adalah sebanyak 120 dan keatas.

2.2 CIRI CIRI PINTAR CERDAS 1. Mempunyai pengetahuan tatabahasa yang lebih baik daripada umur kronologinya 2. Mempunyai daya ingatan yang tinggi. 3. Mempunyai banyak kegemaran, hobi dan minat mengumpul sesuatu yang unik. 4. Memiliki keinginan dan minat yang tinggi terhadap sesuatu yang telah lama berlaku 5. Mempunyai motivasi yang tinggi untuk melakukan sesuatu yang diminatikan dan kurang berminat dalam aktiviti lain. 6. Mempunyai keupayaan berfikir aras tinggi dan mampu berfikir tentang abstrak. 7. Menggemari aktiviti yang kompleks dan ada cabaran. 8. Selalu yakin terhadap diri sendiri, berpegang teguh kepada apa yang mereka percayai. 9. Konsep kendiri yang positif, yakin dan optimistik. 10. Melakukan kerja dengan teliti 11. Mereka selalu dikatakan mempunyai ruang simpanan memori yang luas untuk pelbagai topik serta mampu mengingati semula dengan cepat. 12. Kebanyakan mereka dapat membaca sebelum umur 5 tahun. 13. Boleh menyelesaikan masalah yang sukar untuk ditafsirkan serta memiliki kemahiran berfikir yang tinggi. 14. Mereka kurang tidur berbanding dengan rakan sebaya mereka tetapi mereka masih mampu mempunyai tenaga untuk meneruskan kehidupan. 15. Tidak suka melakukan kesilapan dan mudah kecewa apabila sesuatu perkara tidak dapat dilakukan dengan sempurna. 16. Kebolehan untuk mencipta teori baru terhadap sesuatu benda yang berlaku. 17. Mereka mampu untuk membayangkan sesuatu sama ada baik atau buruk dan boleh mencipta cerita yang bagus serta menyatakan segala kebimbangannya.

18. Mereka sangat sensitif dari segi emosi dan tingkah laku. Contohnya, mudah kecewa walaupun dalam hal hal yang kecil tetapi boleh mangalir air mata apabila melihat matahari terbenam atau mendengar lagu serta sanggup untuk berhenti makan daging kerana simpati terhadap haiwan. 19. Bersedia menyesuaikan diri dalam situasi baru, pemikiran dan tindakan fleksibel serta tidak mudah terganggu jika keadaan biasa diubah atau berubah. 20. Memberi kerjasama kepada guru dan rakan sekelas 21. Mudah untuk menyesuaikan diri bersama rakan rakannya dan tidak suka berkelahi.

3.0 TEORI BERDASARKAN PINTAR CERDAS 3.1 TEORI RENZULLI Teori kecerdasan lain yang diperolehi secara meluas adalah Teori Renzulli.

Modelnya, yang juga dikenali sebagai model bakat tiga cincin (Three-Ring Model of Giftedness) yang banyak digunapakai di Amerika Syarikat, Australia dan negara-negara lain. Renzulli menyatakan bahawa manusia terbahagi kepada tiga ciri-ciri; kebolehan yang lebih tinggi daripada purata, komitmen dan kreativiti. Renzulli berpendapat bahawa kanak-kanak pintar cerdas ini mempunyai atau berkebolehan membangunkan ciri-ciri ini dan mengaplikasikan ia ke dalam bidang yang berpotensi. Penguasaan terhadap salah satu ciri-ciri tidak menggambarkan bakat itu.

Sebaliknya, interaksi antara ketiga-tiga ciri-ciri menyediakan ramuan untuk melahirkan insan kreatif dan produktif. Setiap cirri cirri seperti komitmen dan kreativiti akan menyumbang kepada bakat itu yang terbahagi kepada dua bidang iaitu bidang umum seperti matematik, seni visual, sains fizikal, undang undang ,seni bahasa, agama, muzik, sains hayat dan seni pergerakan. Bidang khusus pula yang terdiri daripada astronomi, koleografi, penerbit filem, kimia dan penyajak. Ciri-ciri pertama ialah kebolehan superior. Renzulli mencadangkan bahawa kebolehan superior ini tidak semestinya bermaksud kepintaran yang tinggi. Tetapi, beliau mencadangkan ia harus dipandang daripada perspektif intelligence quotients (IQ).

Seterusnya, komitmen. Komitmen di sini bermaksud bahawa kesungguhan seseorang individu itu melakukan tugasan dalam bidang spesifik secara berterusan. Ciri-ciri seterusnya kreativiti. Ini bermaksud cara berfikir yang berbeza daripada orang lain, baru dan keaslian idea. Walaubagaimanapun, Renzulli menegaskan bahawa keseimbang ketiga-tiga ciri-ciri ini perlu.

3.2 TEORI MODEL KEBERBAKATAN DAN BAKAT (GAGNES MODEL OF GIFTEDNESS AND TALENT) Ahli psikologi Kanada, Francoy Gagne telah mencadangkan model teorikal bakat. Beliau mencadangkan bahawa bakat ialah interaksi antara aplitud dan pemangkin interpersonal dan persekitaran. Beliau telah menggariskan bahawa individu ini lahir dengan bakat semulajadi ataupun bakat yang tidak digarap atau dilatih. Individu boleh mempunyai bakat semulajadi dalam akademik, teknikal, artistic, interpersonal dan bidang sukan. Sebaliknya, beliau menerangkan bahawa bakat ialah aplitud dalam pencapaian mereka dalam bidang ini. Antara domain bakat utama ialah intelektual, kreatif, sosioaffektif, dan psikomotor.

Gagne menegaskan bahawa domain aplitud keberbakatan berkembang melalui proses pembangunan menjadi bakat. Proses ini dirangsang dengan dua jenis pemangkin; pemangkin intrapersonal dan pemangkin persekitaran. Antara domain aplitud ataupun bakat semulajadi ini ialah intelektual. Ciri-ciri intelektual adalah mahir dalam penaakulan induktif dan deduktif, memori, pemerhatian dan andaian. Selain itu, domain yang lain ialah kreatif. Ini digambarkan melalui ciri-ciri keaslian, idea baru, berinovasi dan humor. Domain yang seterusnya ialah sosioaffektif. Antara ciri-cirinya ialah kepimpinan, impati dan mempunyai kesedaran diri. Seterusnya, domain psikomotor yang ditunjukkan dengan ciri-ciri kekuatan, koordinasi,refleks, ketahanan dan kelenturan.

Bakat semulajadi ini berkembang menjadi bakat melalui proses pembangunan yang mengandungi proses pembelajaran, latihan dan pratikal. Proses ini antaranya seperti pembelajaran secara formal ataupun tidak formal. Proses ini boleh dibantu atau dibantutkan oleh pemangkin. Antara jenis pemangkin ialah pemangkin intrapersonal dan pemangkin

persekitaran. sendiri.

Pemangkin intrapersonal ialah pemangkin daripada dalaman individu itu

Pemangkin persekitaran pula daripada faktor luaran individu itu. Pemangkin

intrapersonal ialah pemangkin daripada dalaman individu itu sendiri.

Pemangkin intrapersonal pula terbahagi kepada empat bahagian; fizikal, motivasi, kehendak, pengurusan diri, dan keperibadian. Fizikal bermaksud bentuk tubuh badan, kecacatan ataupun kesihatan. Seterusnya ialah motivasi seperti keperluan, nilai ataupun minat. Manakala kehendak pula seperti daya tumpuan dan ketekunan. Personaliti pula

seperti tingkahlaku, sifat-sifat dan kekurangan upaya. Pemangkin intrapersonal ini memainkan peranan penting dalam mengasah bakat ini. Sebaliknya, pemangkin ini juga boleh membantutkan lagi proses mengasah bakat.

Pemangkin seterusnya ialah persekitaran. Pemangkin persekitaran ialah seperti pesekitaran sekeliling, individu, inisiatif dan peristiwa. Persekitaran sekeliling ialah seperti fizikal, budaya, sosial dan kekeluargaan. Individu juga memainkan peranan seperti ibu

bapa, guru-guru, rakan sebaya dan mentor. Inisiatif pula seperti mengikuti aktiviti tertentu, kursus dan program. Peristiwa pula merujuk kepada pertemuan, anugerah dan kemalangan. Setelah melalui proses pembangunan ataupun mengasah bakat, barulah bakat semulajadi ini menjadi kemahiran yang telah dikembangkan. Antara kemahiran-kemahiran ini dalam akademik, permainan strategi, teknologi, seni, sosial, perniagaan, dan sukan.

10

PIRAMID PEMBENTUKAN BAKAT PIIRTO (PIIRTO PYRAMID OF TALENT DEVELOPMENT)

11

Firto menerangkan bahawa pembangunan bakat bermula dengan aspek genetik. Plomin (1997) menunjukkan bahawa apabila kita menjadi dewasa, genetik yang diturunkan akan menjadi lebih dominan. Menurut teori ini juga, persekitaran awal kanak-kanak lebih penting semasa kita kanak-kanak berbanding apabila kita dewasa. Aspek kedua yang ditekankan oleh Piirto adalah aspek emosi. Aspek seperti personaliti adalah perlu dan penting untuk pembangunan pembesaran. Piirto menyedari daripada kajiannya bahawa setiap individu berjaya mempunyai persamaan dalam atribut personaliti.

Aspek afektif atau emosi diperlukan untuk sesorang individu itu untuk berjaya dan sesetengah trait atau kesabaran dan lain-lain boleh dibangunkan dalam individu itu. Wiggins (1996) menyatakan bahawa bidang psikologi personaliti dalam domain psikologi telah menemui kebolehan personaliti yang dipanggil big five. Ini diterangkan sebagai perbezaan individu sebagai terma extraversion, keramahan, sifat berhati-hati, kestabilan emosi dan keterbukaan pengalaman. Personaliti ini penting dalam membantu pembentukan bakat. Individu dewasa yang mencapai kejayaan mempunyai banyak ciri-ciri yang tersenarai. Atribut personaliti ini merupakan aspek penting dalam pembangunan bakat. Antara atribut personaliti ialah kreativiti, imaginasi, intuisi, keterbukaan, kesempurnaan, kegigihan, ketahanan mental, berani mengambil risiko, disiplin, dan lain-lain.

Aspek yang seterusnya ialah aspek kognitif. Di dalam aspek ini ialah aspek-aspek seperti IQ. Individu yang mendapat markah yang tinggi dalam ujian IQ dianggap berbeza kerana kebolehannya menyelesaikan masalah yang jarang diketengahkan. Aspek seterusnya ialah aspek bakat itu sendiri. Kebanyakan bakat itu diramal daripada tingkahlaku ramalan. (predictive behaviours). Bakat ini ditunjukkan secara domain dan dianggap bernilai oleh masyarakat. Terdapat bakat domain yang spesifik seperti seni visual, music, kesusasteraan, lakonan, tarian, sukan, rekaan, matematik, sains, dan sebagainya. Aspek yang seterusnya ialah aspek persekitaran yang digambarkan dengan matahari. Terdapat lima matahari pertama sekali ialah rumah (home).

Rumah penting dalam menyediakan suasana yang positif dan mengasuh kanakkanak itu. Seterusnya ialah komuniti dan budaya (cummunity and culture) yang memainkan peranan dalam menyediakan institusi pendidikan yang bersesuaian dan menyediakan sokongan kepada rumah dan sekolah. Seterusnya ialah sekolah. Sekolah ialah faktor penting khususnya mengesan bakat dan menyediakan situasi dan pengalaman kepada

12

kanak-kanak. Matahari seterusnya ialah jantina dan peluang. Kehadiran ataupun ketiadaan matahari boleh melakukan perbezaan sama ada bakat dapat dibentuk ataupun tidak.

4.0 LATAR BELAKANG RESPONDEN 4.1. PROFIL RESPONDEN

Nama Umur Alamat

: Zuriana A/P Law Wau Kong : 17 Tahun : N0 57, Blok A Kampung RPS Runchang, 26700 Muadzam Shah, Pahang Darul Makmur

Hobi

: Menonton televisyen dan membaca buku

Cita cita : Doktor Sekolah : Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan, Pekan, Pahang ( Tingkatan 1 3) dan Sekolah Sains Seri Puteri, Kuala Lumpur,( Tingkatan 4 sehingga sekarang) Aliran : Sains Tulen

Bil Adik Beradik: Anak ke 3 daripada 6 Pencapaian Akademik: UPSR - 4A1B, PMR -7A Kelebihan : Menguasai mata pelajaran matematik dan sains dengan baik dan cemerlang.

13

4.2 LATAR BELAKANG KELUARGA

Nama Ayah Umur Pekerjaan Pendapatan

: Law Wau Kong : 62 Tahun : Sendiri : 500 sebulan

Nama Ibu Umur Pekerjaan

: Ramlah A/P Song Heng : 45 Tahun : Suri rumah

4.3 LATAR BELAKANG PENDIDIKAN RESPONDEN

Latar belakang pendidikan respondan dapat dilihat di sekolah rendah lagi apabila dia mula bersekolah di sekelah rendah Kebangsaan Runchang ( SKRU) dari darjah 1 sampai darjah 6. Kemudian dia bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan sehingga tingkatan 3 dan dia telah mendapat tawaran untuk menyambungkan pelajarannya ke sekolah Sains Seri Puteri di Kuala Lumpur. Dia mempunyai ciri ciri kepimpinan berbanding rakan perempuannya yang lain semasa berada di sekolah rendah. . Responden pernah

memegang jawatan ketua kelas semasa di darjah 6 dan responden juga pernah menjadi penolong ketua pegawas sekolah. Kelebihan yang ketara dalam diri respondan adalah dia lebih kepada memilki kecerdasan logik matematik.

4.4 Sejarah kelahiran respondan Menurut ibunya, respondan adalah sama seperti kanak kanak lain juga .Dari segi fixikal pula, dia juga normal dan tidak mempunyai sebarang kecacatan sejak lahir. Menurut ibunya, responden juga mengalami tahap tahap perkembangan kanak kanak yang normal seperti kanak- kanak lain.

14

4. 5 Ciri ciri responden

Ciri responden Seorang yang pendiam

Penerangan Responden seorang yang pendiam ketika berada dalam kelas dan komunikasi yang kurang semasa berda di sekolah.

Tumpuan yang tinggi

Tumpuan yang diberikan semasa guru mengajar amat tinggi dan mudah cepat memahami apa yang guru sampaikan.

Ciri pemimpin

Ciri ini dapat dlihat apabila responden pernah menjadi ketua kelas semasa di tahun 6 dan menjadi pengawas pusat sumber sekolah semasa di tingkatan 3 dan 4.

Sangat sensitif

Responden akan menangis apabila sesuatu barang atau permainan yang diingini tidak dapat sewaktu dia masih kecil.

Seorang yang berkeyakinan tinggi

Responden percaya bahawa sesorang itu perlu berusaha dahulu untuk mendapat kejayaan dalam hidup .Sebagai contohnya, usaha yang responden lakukan untuk mendapat 7A dalam PMR menjadi kenyataan.

Bertanggungjawab

Tanggungjawab responden tunjukan apabila dia sentiasa menjalankan tugas sebagai pengawas pusat sumber berdasarkan jadual yang ditetapkan dan sentiasa menyiapkan tugasan yang telah diberiakn oleh gurunya. Sekiranya, ada sebarang kesulitan dalam pelajaran responden akan bertanya kepada guru atau merujuk buku rujukan sahaja.

Kematangan

Kematangan dapat dilihat daripada fizikalnya yang menampakan responden seorang yang berpikiran matang dan cara responden bercakap dengan saya mengenai untuk dia mengejar cita cita yang tinggi dan masa depan dengan penuh dedikasi seolah olah saya bercakap dengan orang yang dewasa.

15

5.0 Faktor - faktor pemilihan responden 5.1 Perkembangan kognitif

Teori kognitif didasarkan pada asumsi bahawa kemampuan kognitif merupakan sesuatu yang fundamental dan yang membimbing tingkah laku anak. Dengan kemampuan kognitif ini, maka anak dipandang sebagai individu yang secara aktif membangun sendiri pengetahuan mereka tentang dunia. Kesediaan kognitif berkaitan dengan kefahaman, pemikiran, dan penaakulan yang dibawa oleh seseorang bersamanya ke dalam situasi

pembelajaran yang baru. Pada peringkat rendah, kesediaan kognitif termasuk kebolehan mengamati dan menyedari akan idea-idea, memahami, mengekalkan, dan mengingati kembali dengan mudah dan berkesan.

Salah satu faktor saya memilih pelajar ini sebagai responden kerana saya mendapati bahawa responden mempunyai kebolehan intelek yang khusus. Kebolehan intelek khusus juga berkaitan rapat dengan ciri kedua untuk mengenalpasti kanak-kanak pintar cerdas iaitu mereka mempunyai kecenderungan akademik yang khusus walaupun pada umum fizikal baru setahun jagung. Lazimnya, kanak-kanak belum membuat pengkhususan minat mereka pada peringkat pra-formal.

Kanak-kanak yang mempunyai kebolehan intelek khusus ini biasanya akan menumpukan ke arah sesuatu bidang sahaja. Sebagai contohnya, responden saya hanya berminat dalam subjek matematik sahaja. Responden juga responden lebih suka berkaitan angka dn mudah untuk memahami subjek berbanding subjek subjek lain. Respondan juga menyatakan bahawa dia tidak berkebolahan dalam seni lukisan.

Menurut, teori kepelbagaian iaitu kecerdasan logik matematik . Matematik adalah ilmu berkaitan kira-kira yang berkait dengan angka. Kecerdasan matematik melibatkan individu yang pintar dalam penguasaan ilmu ini. Sebenarnya kajian perkembangan kanakkanak oleh Piaget dan Inhelder (1969), tahap perkembangan terawal sekarang yang kita panggil kecerdasan logika matematik ialah manipulasi dan permainan pelbagai jenis objek konkrit dalam persekitaran fizikal dan keupayaan untuk mengenal pasti objek lazim dalam gambar dan memilih objek tersebut keluar daripada gambar-gambar yang banyak mengandungi objek lain yang tidak dikenali.

16

Individu yang memiliki kecerdasan ini adalah seseorang individu yang cemerlang dalam bidang matematik boleh bermain dengan angka dan tidak mudah keliru dengan masalah yang timbul dalam pengiraan matematik. Mereka juga sering memberi nilai, menghitung dan mencari penyelesaian secara tepat mengenai sesuatu perkara. Selain itu, respondan juga meminati subjek sains , menurutnya, dia lebih suka untuk meneroka alam semester dan mengkaji sesuatu yang bakal terjadi.

Selain itu, repsondan juga mengatakan bahawa dia sememangnya tidak lari gari sifat cepat bosan dan kurang meminati bidang penghafalan dan pembacaan bahan lisan contohnya mata pelajaran sejarah yang memerlukan penghafalan. Sebaliknya, mereka

lebih meminati eksperimen, dan mencipta kaedah baru dalam sebarang tugasan tambahan lagi selaras dengan cita- citanya datang. yang ingin menjadi seorang doktor pada masa akan

5.2 Perkembangan fizikal Dari segi perkembangan fizikal, kanak kanak pintar cerdas tidak begitu ketara jika dibanding dengan kanak- kanak biasa. Stanley Hall (1904) berpendapat perkembanagan seseorang individu ditentukan oleh naluri iaitu tenaga-tenaga biologi dan faktor genetik dan bukannya persekitaran. Beliau mengatakan zaman remaja sebagai zaman 'storm and stress' yang bersifat biologikal yang terhasil daripada perubahan-perubahan yang berlaku semasa baligh yang tidak dapat dielakkan. Mencapai akil baligh merupakan satu masa apabila emosi menjadi tidak stabil dan tergugat.

Hall percaya bahawa hasil daripada tekanan-tekanan dan perubahan tersebut, remaja akhirnya akan menjadi individu yang matang dan bermoral.mMereka mempunyai perkembangan tubuh badan yang sama dan normal seperti kanak kanak

biasa.Responden mempunyai ketinggian 154 cm dan mempunyai berat badan 50 kg. Respondan menyatakan bahawa dia boleh berkawan dengan sesiapa sahaja, namun, dia

17

hanya akan rapat dengan rakannya yang memahami dia dan mereka boleh berkongsi minat bersama. Responden tidak mengalami sebarang kecacatan dari segi fizikal.

5.3 Perkembangan sosial

Perkembangan

sosial

kanak-kanak

merupakan

satu

proses

perkembangan

yang

membolehkan kanak-kanak berinteraksi dengan orang lain mengikut cara yang boleh diterima oleh sesuatu masyarakat serta budaya. Pendek kata perkembangan social melibatkan proses sosialisasi yang membolehkan kanak-kanak mempelajari tingkah laku social atau melakukan penyesuaian social dalam sesuatu persekitaran atau lingkungan sosial. Perkembangan sosial kanak-kanak dapat dikaji melalui beberapa aspek sosialisasi yang penting seperti proses peniruan dan identifikasi,aktiviti bermain,perkembangan kongnisi sosial,persahabatan,dan perhubungan dengan rakan sebaya.

Menurut Sullivan, kanak-kanak juga akan mempunyai kawan rapat (chumship ) yang mana perhubungan ini membantu kanak-kanak daripada perasaan egosentrik. Sullivan berpandangan, mempunyai kawan rapat membolehkan kanak-kanak belajar untuk melihat sesuatu perkara daripada pandangan yang lain untuk memberikan kesan kepada kanakkanak tersebut di mana kanak-kanak akan menanamkan sikap menitiberatkan perasaan orang lain. Dari segi sosial pula, responden juga kurang suka aktiviti yang melibatkan

bersosial kerana dia seorang yang pendiam. Ketika berada dalam kelas pula, responden jarang bertanya kepada guru, dia hanya menumpukan perhatian sepenuhnya semasa guru mengajar dan jika terdapat maklumat dalam buku rujukan. keraguan tenetang pengajaran tersebut, dia akan mencari

5.4 Perkembangan emosi Emosi berasal daripada perkataan Greek iaitu emovere yang membawa maksud untuk keluar atau satu perasaan afektif yang dialami oleh seseorang individu dalam sesuatu keadaan yang memberi makna kepada dirinya . Ditakrifkan sebagai tindak balas atau kebangkitan yang ditonjol keluar sebagai rangsangan kepada perasaan emosi.

18

Secara amnya, emosi adalah perasaan atau kompenen efek dalam tingkah laku seseorang manusia (Lefrancois,2001) Menurut Santock ( 1998 ), mendefinasikan emosi sebagai perasaan atau efek yang melibatkan satu gabungan rangsangan fisiologi ( physiological arousal ) seperti degupan jantung yang laju dengan tingkah laku yang nyata seperti senyum.

Teori Perkembangan Psikososial Erikson menerangkan perkembangan sosial manusia sebagai satu siri perkembangan yang terdiri daripada lapan peringkat dan setiap peringkat mengandungi kecenderungan atau keinginan yang berkonflik individu dikatakan perlu menguasai kecekapan tertentu dalam menghadapi setiap peringkat perkembangan ini.

Dari segi emosi, responden adalah seorang yang sukar

untuk memarahi seseorang,

namun, apabila dia berasa marah, dia akan marah dengan penuh perasaan. Responden juga seorang yang mudah bersimpati, contonhnya, dia pernah berasa kasihan apabila melihat seorang tua yang buta berjalan di pekan.

6.0

Penilaian berdasarkan senarai semak

SENARAI SEMAK Tandakan Ya atau Tidak sekiranya anak/murid-murid anda mempunyai ciri-ciri yang disenaraikan di bawah.

Bil. 1 2

Ciri-ciri Mudah mengingati sesuatu nama tempat ,orang dan juga nombor. Gemar bertanya pelbagai soalan mengenai bagaimana sesuatu itu berfungsi. Mempunyai kumpulan seperti kumpulan belajar dan sebagainya sendiri Mempunyai keyakinan diri yang tinggi ya Tidak

Ya

Ya

19

Tidak senang duduk ,gemar melakukan gerakan seperti menggoyangkan kaki apabila duduk lama di satu satu tempat Mampu mengaitkan sesuatu sebab dan akibat bagi perkara tertentu . Tumpuan yang lama dalam satu bidang yang diminati. Suka mengetahui sesuatu perkara dengan lebih mendalam. Memberi perhatian yang teliti tentang sesuatu perkara . Pencapaian akademik sentiasa meningkat Sukar menerima pendapat orang lain Kreatif dan inovatif Mempunyai daya kepimpinan yang tinggi

Tidak

Ya

7 8

Ya Ya

Ya

10

Ya

11 12 13

Tidak Tidak Ya

14 15 16 17 18 19

Boleh bergaul dengan orang yang Ya lebih tua denganya dengan lebih baik Mempunyai perbendaharaan kata yang Tidak baik . Menerima informasi dengan pantas Ya Keupayaan imaginasi yang tinggi Minat dalam falsafah dan isu-isu sosial Sangat sensitif dari segi emosi dan emosi tingkah laku Kebolehan menyelesaikan masalah Sangat teliti dan mementingkan kesempurnaan. Sangat menitikberatkan hal-hal keadilan Memberi arahan dengan jelas dan berkesan Bertanya soalan provokasi, mencabar ibu bapa , guru dan orang lain. Tidak Tidak Tidak

20 21

Ya Ya

22

Ya

23

Tidak

24

Tidak

20

25

Bertindak dengan spontan secara intuisi Belajar dengan cepat, mudah memahami dan kurang pengulangan sesuatu subjek. Suka dalam bidang pengetahuan Mampu belajar melebihi orang lain dalam bidang tertentu Berupaya menunjukkan perspektif yang luas dalam sesuatu subjek. Fasih dalam mengeluarkan dan menghuraikan idea-idea

Tidak

Ya

26

Ya Ya Ya Ya

27 28 29 30

Berdasarkan kepada senarai semak diatas dapat kita lihat bahawa responden ini lebih mendalami bahagian pengiraan atau subjek matematik. Responden kurang untuk

berinteraksi dengan guru semasa berada di dalam kelas kerana responden sudah memberi tumpuan yang tinggi. Selain itu, dari segi pergaulan pula, responden boleh mengingati sesuatu nama,tempat, orang dan dan juga nombor, sebagai contohnya subjek sejarah dan matematik.

Seterusnya, responden juga akan memberikan tumpuan yang lama dalam matapelajaran yang disukai seperti matematik dan sains. Hal ini menyebabkan pencapaian akademik responden mengalami peningkatan. Walaupun begitu, responden tetap seorang individu yang memerlukan didikan disiplin yang betul sungguhpun beliau sangat bijak dalam bidang yang diminati. Oleh itu, dapt dikelaskan bahawa responden saya adalah seorang yang memiliki kecerdasn logik dalam subjek matematik.

Matematik adalah ilmu berkaitan kira-kira yang berkait dengan angka. Kecerdasan matematik melibatkan individu yang pintar dalam penguasaan ilmu ini. Sebenarnya kajian perkembangan kanak-kanak oleh Piaget dan Inhelder (1969), tahap perkembangan terawal

21

sekarang yang kita panggil kecerdasan logika matematik ialah manipulasi dan permainan pelbagai jenis objek konkrit dalam persekitaran fizikal dan keupayaan untuk mengenal pasti objek lazim dalam gambar dan memilih objek tersebut keluar daripada gambar-gambar yang banyak mengandungi objek lain yang tidak dikenali.

Individu yang memiliki kecerdasan ini adalah seseorang individu yang cemerlang dalam bidang matematik boleh bermain dengan angka dan tidak mudah keliru dengan masalah yang timbul dalam pengiraan matematik. Mereka juga sering memberi nilai, menghitung dan mencari penyelesaian secara tepat mengenai sesuatu perkara.

7.0 Cadangan

Pertandingan kuiz Matematik di sekolah Guru mestilah mencari inisiatif atau langkah yang sesuai dengan kebolehan dan keupayaan mereka dengan menganjurkan pertandingan kuiz matematik diantara murid murid yang dikenalpasti dan meningkatkan lagi potensi dalam bidang tersebut. Hal ini demikian dapat membantu pelajar ini mengetahui secara mendalam tentang bidang matematik.

Pertandingan ini juga boleh dilakukan dengan membuka peluang pertandingan kepada pelajar yang bijak dalam matematik sahaja supaya mereka tidak berasa bosan untuk bertanding. Pertandingan seperti ini boleh dilaksanakan sekurang kurangnya dua kali setahun di sekolah.

22

Program Mentor atau Role Model Kaedah in paling sesuai dilakukan terhadap kanak kanak atau pelajar pintar yang selalu memerlukan sokongan serta dorongan daripada orang yang mereka sukai. Hal ini demikian kerana mereka boleh berkongsi masalah dan berkongsi pendapat berkaitan apa sahaja dengan mentor atau role model mereka untuk memudahkan mereka menjalani kehidupan dengan lebih baik. Guru matematik atau pensyarah matematik boleh dijadikan mentor kepada responden saya supaya responden boleh membaiki kesilapan dalam ilmu matematik.

Aktiviti perkemahan di sekolah Aktiviti ini sesuai dilaksanakan kepada kanak kanak ini supaya dapat mengatasi maslah kekurangan kawan dalam kalangan kanak- kanak yang pintar cerdas . Menurut Sullivan, kanak-kanak juga akan mempunyai kawan rapat (chumship ) yang mana perhubungan ini membantu kanak-kanak daripada perasaan egosentrik. Sullivan berpandangan, mempunyai kawan rapat membolehkan kanak-kanak belajar untuk melihat sesuatu perkara daripada pandangan yang lain untuk memberikan kesan kepada kanak-kanak tersebut di mana kanak-kanak akan menanamkan sikap menitiberatkan perasaan orang lain. Aktivit ini memerlukan mereka bekerja secara berkumpulan dalam melakukan pelbagai aktiviti seperti semasa aktiviti memasang khemah, memasak, kawad kaki, ice breaking dan sebagainya. Aktiviti aktiviti sepeprti ini sedikit sebanyak dapat meningkatkan kemahiran sosial dan iktana persahabtan diantara pelajar ini sama ada dengan kawan yang mempunyai minata yang sama ataupun berlainan minat.

23

8.0 Penutup

Kesimpulannya, pintar cerdas adalah salah satu golongan atau kelompok yang mempunyai kelebihan yang tidak ternilai di dunia. Mereka mempunyai bakat dan kelebihan dalam bidang bidang tertentu sama ada muzik, tarian mahupun, matapelajaran yang khusus. Mereka mempunyai sifat yang boleh dikatakan berlainan iaitu seperti mempunyai penumpuan yang lama dalan sesuatu perkara, mempunyai ciri kepimpinan, mempunyai matlamat yang tinggi serta boleh mengingati nama, tempat dan nombor dengan baik.

Walaubagaimanapun, kecerdasan yang dimiliki meraka haruslah dikekalkan atau ditambah lagi supaya mereka boleh berjaya pada masa akan datang. Sekiranya, meraka mengalami kegagalan, maka kelebihan mereka adalah sia- sia sahaja. Oleh itu, sebagai guru kita haruslah berusaha dan berganding bahu untuk membaiki

kesilapan dan membantu meningkatkan kelebihan yang dimilki mereka supaya mereka boleh menerajui masa depan negara dengan cemerlang.

24

Bibliografi

Education the intelligent child by sere brikoff of MENSA (1990)

Designing services and programs for high ability learners ( 2006) Jeanne H. Purcell dan Rebecca D. Eckert

Mendidik anak genius , (2006), Hamidah Sulaiman dan Farrah Dina Yusof

Pengenalan Pendidikan khas, Open Universiti Malaysia (2006) , Prof. Dr. Ansary Ahmed, Prof. Dr. Mansor Fadzil .

Www. Freenels.com, frusental

WWW.personal .ashland ,Piirto pyramid, The piirto Pyramid of Talent Development

http://www.wicked.org.nz/r/gifted/reading/theory/renzulli_e.php

25

26

Anda mungkin juga menyukai