Anda di halaman 1dari 2

1.

Sejarah Perkembangan Tulisan Jawi di Nusantara


Pengenalan Tulisan Melayu huruf Arab atau sekarang dikenali dengan nama tulisan Jawi, telah digunakan sejak kedatangan Islam Nama Jawi itu berasal daripada kata nama bahasa Arab Jawah. Apabila dijadikan kata adjektif Jawah menjadi Jawi. Perkataan Jawah atau Jawi, itu besar berkemungkinan berasal daripada perkataan Javadwipa, iaitu nama bagi daerah Asia Tenggara pada zaman purba. Buktinya Ibnu Battutah dalam bukunya al-Rihlah menggelar Sumatera sebagai al-Jawah. Bagi orang Arab bahagian kata Java sahaja yang diambil, sedangkan dwipanya ditinggalkan. Kata Jawa ini digunakan untuk merujuk ke seluruh daerah Asia Tenggara. Penduduknya juga dinamakan dengan menggunkan kata itu juga, atau dalam bentuk kata adejktifnya menjadi Jawi. Oleh itu, kata Jawah atau Jawi merujuk kepada semua bangsa dan kaum peribumi di Asia Tenggara, bukan hanya kepada orang Jawa iaitu penduduk yang berasal dari Pulau Jawa. Jawah atau Jawi merujuk kepada seluruh rumpun bangsa Melayu, Campa, Patani, Acheh, Jawa, Minangkabau, Mandailing, Sunda, Bugis, Banjar, Lombok, Filipina mahupun yang lain. Oleh Sebab inilah, maka para ulama dari Asia Tenggara sering membubuh nama al.-Jawi sebagai laqab, pada hujung nama mereka sekalipun mereka terdiri daripada suku bangsa berlainan seperti syeikh Abdul Rauf alFansuri al-Jawi, Syeikh Abdul Samad al- Falimbani al-Jawi, Syeikh Daud al-Fatani al-Jawi dan alin-lain.Selain itu, kata Jawi digunakan juga untuk ungkapan-ungkapan seperti bahasa Jawi, masuk Jawi dan bangsa Jawi. Sampai kini orang-orang Vietnam menamakan orang di Kepulauan Nusantara sebagai orang Jawa (Amat Juhari Moin 1996). Kini, istilah tulisan Jawi dikenali di Malaysia, Singapura, Selatan Thai dan Brunei Darussalam, manakala di Indonesia ini dikenali sebagai tulisan Melayu huruf Arab atau tulisan Melayu Arab. Penggunaan jawi ( atau apa sahaja istilah yang semakna dengannya) digunakan di banyak tempat di Asia Tenggara. Tulisan Jawi bukan hanya digunakan oleh orang Melayu untuk bahasa Melayu tetapi juga oleh suku-suku bangsa Melayu yang lain. Antara suku bangsa Melayu yang menggunakannya ialah Campa di Indo-China, Patani di Selatan Thailand, Jawa, Banjar, Bugis, Acheh ,Minangkabau, Bengkulu dan juga lain-lain. Bagi Tulisan jawa yang menggunakan huruf Arab dikenal dengan nama atau tulisan Pegon, yang sekarang ini masih dipakai atau digunakan untuk menulis kitab-kitab terutama yang digunakan di pesantren-pesantren di Jawa. Contohnya ialah Kitab Tafsir al-Ibriz dan alMunjiyat bahasa Jawa (Amat Juhari Moain 1996).

Sejarah Tulisan Jawi

Hubungan antara bangsa Arab dengan orang Melayu telah bermula sebelum kedatangan islam lagi menerusi aktiviti perdagangan. Setelah Islam menjadi agama pegangan orang Melayu, hubungan itu menjadi semakin erat. Orang Arab yang datang berdagang di alam Melayu semakin ramai. Sesetengahnya datang untuk berdagang manakala ada yang datang untuk berdakwah Datangnya islam dalam kalangan masyarakat Melayu dan bertukarnya berbagai agama dari pelbagai kerajaan Melayu menjadi islam, menjadikan abjad dan bahasa Arab dijadikan sebagai milik masyarakatnya.Berdasarkan kajian para sejarawan dikatakan agama islam telah bertapak di Kepulauan Melayu sejak abad ke-7 Masehi.

Zainal Abidin Abdul Wahid, Malaysia Warisan dan Perkembangan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1996, hlm 70 11 Harun Daud, Sejarah Melayu: Satu Kajian Daripada Aspek Pensejarahan Budaya, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur 1989, hlm 189