Anda di halaman 1dari 6

Isu Sampah Di Mana Noktahnya??

POLEMIK ISU

PELUPUSAN SAMPAH
DISEDIAKAN OLEH : SITI NOR HANY BINTI AMIR HUSSIN

NO. MATRIK

: HB100027

DISEDIAKAN UNTUK

: PROF. MADYA MAHMAD AMIR BIN RADZALI

KURSUS

: SARJANA PENDIDIKAN TEKNIK & VOKASIONAL

SEKSYEN

:2

Isu Sampah Di Mana Noktahnya?? Pengenalan

Isu sampah bukanlah satu isu baru dalam negara kita. Perkara ini sudah menjadi duri dalam daging yang semakin melunar dalam kehidupan. Sehinggkan masalah menjadi semakin sukar untuk dibendung. Penghasilan sampah memang tidak dapat dielakkan. Kuantitinya juga hanya akan bertambah dan tidak mungkin akan berkurang. Sampah dianggap sebagai bahan yang tidak berguna dan tidak mendatangkan sebarang faedah, malah boleh mendatangkan mudarat jika disimpan. Dengan itu, selalunya sisa-sisa tersebut dibuang dan dilonggokkan di tempat-tempat pembuangan sampah sama ada menggunakan teknik pembuangan yang betul atau sebaliknya. Sampah boleh dikategorikan kepada dua, iaitu sampah domestik dan sampah bukan domestik (Ridwan Lubis, 1994). Sampah domestik adalah bahan-bahan buangan yang dibuang dari rumah atau dapur. Contohnya seperti botol, kaca, tin aluminium, beg plastik, kertas, pakaian buruk dan juga sisa makanan. Sampah bukan domestik pula adalah bahan-bahan buangan yang terhasil dari industri, tapak pembinaan, pekedai atau pasar dan pejabat. Bahan-bahan buangan ini terdiri daripada pelbagai jenis termasuklah sisa jualan, sisa pembuangan dan sisa daripada proses pengilangan. Pelupusan sampah menjadi satu isu yang bermain di fikiran jika topik sampah dibincangkan. Pelbagai altenatif dan penyelesaikan telah diutarakan oleh pihak berwajib. Namun, masalah ini masih tiada noktahnya. Kita sedia maklum suatu permasalahan yang timbul tidak akan dapat diselesaikan jika tiada kerjasama. Selain itu juga, kita juga tidak seharusnya hanya menuding jari ke satu pihak untuk mengatasi masalah ini. seharusnya kita bersama berganding bahu mencari penyelesaian dan menyokong segala jalan penyelesaian yang telah diutarakan. Atas sebab yang demikian saya berhasrat untuk mengupas dan membincangankan faktor-faktor kepada masalah ini. Seterusnya menghuraikan tanggungjawap individu, organisasi, kerajaan dan pihak berwajib dalam meleraikan kekusutan yang timbul. Disamping itu juga, di dalam penulisan ini saya akan menyenaraikan beberapa solusi yang boleh dilakukan untuk membendung maslah ini daripada terus berleluasa.

Isu Sampah Di Mana Noktahnya??

Faktor-faktor masalah pelupusan sampah

Sebelum kita berbincang dengan lebih mendalam mengenai tanggungjawab pihak-pihak yang terlibat dalam isu ini. Perkara utama yang perlu dibincangkan adalah faktor-faktor yang membawa kepada permasalahan ini. terdapat beberapa faktor yang telah dikenal pasti, antaranya adalah sikap pentingkan diri sendiri, kelemahan pengurusan sampah, ketiadaan kesedaran sivik. Faktor-faktor ini dilihat dari tiga struktur bahagian dalam kehidupan masyarakat. Struktur yang dimaksudkan adalah dari pihak pegawai berwajib, kerajaan dan rakyat (individu). Kita hidup bermasyarakat setiap permasalahan yang berlaku adalah berpunca dari kita sendiri. Oleh itu, faktor-faktor ini akan diketengahkan dan dibincangkan. Faktor yang pertama adalah sikap pentingkan diri sendiri. Hal ini akan dikaitkan dengan pegawai-pegawai yang terlibat secara langsung dalam menguruskan tempat pembuangan sampah. Atas dasar mementingkan diri sendiri dan tidak prihatin dengan keadaan sekeliling. Mereka tiada kesedaran dan tidak melaksanakan tanggungjawab yang telah diberikan. Selain itu juga, aduan rakyat mengenai tempat-tempat pelupusan sampah haram yang wujud di kawasan-kawasan perumahan mereka tidak diendahkan. Bukti-bukti seperti yang sering dipaparkan di muka-muka akhbar membuktikan pihak berwajib seolah-olah tidak melaksanakan tanggungjawab mereka. Sumber industri berkata, kelemahan pengurusan sisa pepejal negara ini dapat dilihat melalui masalah kutipan sampah dan isu pembuangan sampah haram yang sering dilaporkan media tempatan, sehinggakan ia menjadi masalah rutin di beberapa kawasan. Masalah kutipan sampah, misalnya didakwa dikaitkan dengan kegagalan sebilangan pihak berkuasa tempatan membayar kepada syarikat konsesi yang kemudiannya gagal membayar kepada kontraktor diupah mengikut jadual menyebabkan berlaku gangguan dalam rutin kutipan sampah di kawasan perumahan. Ini

menerangkan kenapa mutu perkhidmatan pengurusan sampah berbeza mengikut kawasan pihak berkuasa tempatan kerana tidak diseragamkan. Baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan hutang pihak berkuasa tempatan kepada syarikat konsesi sejak 13 tahun lalu mencecah RM348.6 juta dan pihak terbabit diminta menjelaskan hutang tertunggak itu sebelum kerajaan pusat 3

Isu Sampah Di Mana Noktahnya?? mengambil alih pengurusan sisa pepejal negara. Tunggakan hutang itu bukan saja menjejaskan mutu perkhidmatan kepada pengguna malah menjejaskan usaha syarikat konsesi terbabit menaik taraf secara berperingkat tapak pelupusan sampah sedia ada bagi memanjangkan jangka hayatnya (Berita Harian, 2010). Seterusnya faktor yang kedua adalah kelemahan pengurusan sampah. Terdapat sumber yang melaporkan bahawa penduduk bandar menyumbang sekurang-kurangnya 1.5 kilogram pembuangan sampah setiap hari, manakala 0.8 kilogram bagi penduduk luar bandar. Dipercayai angka ini akan semakin meningkat dari tahun ke tahun. Berikutan kepada penambahan sampah ini masalah pelupusan sampah menjadi isu penting. Pengurusan sampah yang baik amat penting untuk mengelakkan implikasiimplikasi yang tidak diingini. Pihak yang bertanggungjawab ialah kerajaan kerana kerajaanlah yang bertanggungjawab menentukan cara sistem yang terbaik untuk menguruskan sampah. Kerajaan negeri sering menjadikan sampah sebagai isu politik. Yang menjadi mangsa adalah rakyat. Sebagai contoh isu pembuangan sampah yang berlaku di Bachok, Kelantan. Berita Harian melaporkan rakyat menyuarakan perasaan tidak puas hati kerana sikap kerajaan negeri yang menjadikan kawasan perumahan mereka sebagai tempat pembuangan sampah terbuka. Hal ini amat membimbangkan kerana kawasan tersebut berhampiran dengan sungai yang menjadi sumber air penduduk. Hal hal seperti ini bukan sahaja berlaku di Bachok malahan di kawasankawasan lain. Oleh yang demikian, pihak kerajaan perlu lebih perihatin terhadap nasib dan aduan rakyat. Berkemungkinan perkara tersebut akan mendatangkan pelbagai musibah kepada masyarakat kelak. Faktor terakhir yang ingin dikupas adalah sikap individu yang tiada kesedaran sivik. Ini merupakan faktor utama masalah ini. Kita sering melihat sampah terbiar di tepi jalan, tepi longkang, di mana-mana sahaja tetapi apa yang kita lakukan? Hanya memandang dan berlalu pergi. Di sini timbul persoalan adakah kita yang seharusnya mengutip sampah tersebut. Langsung tidak terlintas dalam hati untuk mencapai sampah tersebut dan letakkan di tempat yang sepatutnya. Bukan itu sahaja, malahan terdapat segelintir masyarakat yang tidak bertanggungjawab suka membuang sampah meratarata. Walaupun pihak kerajaan giat menlancarkan kempen kesedaran seperti 3R, hari tiada beg plastik dan pelbagai lagi. Masih juga terdapat segelintir masyarakat yang tidak sedar akan tanggungjawab mereka.

Isu Sampah Di Mana Noktahnya?? Langkah-langkah penyelesaian

Setelah kita kenal pasti faktor-faktor kepada masalah ini. seterusnya kita akan mengupas dan membincangkan apakah langkah-langkah penyelesaiannya. Kerajaan telah melaksanakan pelbagai alternatif bagi mengatasi masalah pelupusan sampah. Antaranya adalah kitar semula dan teknologi hijau. Sebelum ini, negara kita mengamalkan kaedah konventional untuk melupuskan sampah. Tetapi kaedah ini mendatangkan pelbagai kesan sampingan. Walaupunbegitu, kaedah ini masih digunapakai kerana teknologi kita masih baru dan memerlukan tenaga manusia. Pada dasarnya kaedah konvensional merupakan kaedah yang rasional. Ini kerana kerajaan telah menyediakan kemudahan pengangkutan sampah dan tapak pelupusan sampah juga telah disediakan. Tetapi malangnya, pelbagai masalah timbul kerana kemudahan ini tidak disenggarakan dengan sempurna. Akibatnya banyak tempat pelupusan sampah terpaksa ditutup. Selain ini juga, akibat daripada panghasilan sampah yang melampau menyebabkan keluasan tanah tidak dapat menampung

kuantiti sampah tersebut. Seperti yang telah dilaporkan terdapat 145 daripada 290 buah tapak pelupusan sampah terpaksa ditutup kerana tidak dapat menampung jumlah sampah yang terlalu banyak. Atas sebab yang demikian kerajaan telah menguatkuasakan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007: Satu pernyataan telah dibuat oleh pakar pengurusan sisa pepejal Universiti Malaya, Prof Dr P Agumuthu, kerajaan tidak mempunyai pilihan kecuali menguatkuasakan segera Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) yang tertangguh sejak tiga tahun lalu. Katanya, fakta hanya kurang 10 peratus daripada 176 tapak pelupusan sampah adalah tapak pelupusan sanitari yang mesra alam dan selamat, membuktikan keadaan tapak pelupusan sampah negara sebenarnya serius dan tenat untuk jangka panjang. Berikut adalah pernyataan yang dikemukakan: Kita perlu penyelesaian jangka panjang lebih efektif. Akta 672 perlu dikuat kuasa secepat mungkin, penguatkuasaan akta akan membolehkan kerajaan persekutuan mengambil alih pengurusan sisa pepejal negara yang kurang berkesan di bawah selenggaraan pegawai berkuasa tempatan. Negara juga memerlukan sistem

pengurusan sisa pepejal bersepadu seperti diamalkan di negara maju seperti Jepun yang mempunyai lebih 2,000 insinerator dan tapak pelupusan untuk melupuskan sampah dihasilkan. 5

Isu Sampah Di Mana Noktahnya??

Kerajaan telah melancarkan kempen kitar semula (3R) bagi mengurangkan penghasilan sampah. Kempen"3R"(Reduce, Reuse and recycle, meminimumkan iaitu Kurangkan, Gunakan Semula, dan Kitar Semula) merupakan pengurusan sampah sarap dari segi sisa. Contohnya, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah melancarkan hari tiada beg plastik pada setiap Isnin, Selasa dan Rabu di seluruh negeri Pulau Pinang bagi mengurangkan kadar pembuangan sampah jenis plastik malah juga mengurangkan kos pengendalian sampah sarap dan dapat memelihara alam sekitar. Rentetan itu, pendidikan dan kesedaran dalam bidang sisa sampah dan pengurusan sisa sampah semakin penting dalam menangani masalah pembuangan sampah . Pihak sekolah dan ibu-bapa perlu menyalurkan ilmu moral tentang pentingnya menjaga alam sekitar dan menanam tabiat menjaga kebersihan alam sekitar sejak mereka berada di peringkat kanak-kanak lagi. Pelbagai kempen perlu dilaksanakan seperti ceramah "Cintailah Sungai Kita", iklan TV dan radio perlu diadakan dari semasa ke semasa agar dapat meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia supaya tidak membuang sampah di merata-rata tempat. Kesimpulannya, masalah pembuangan sampah sarap telah mengancam kehidupan manusia dan haiwan serta menjejaskan kesejahteraan alam sekitar. Oleh itu, semua pihak harus berganding bahu dalam usaha mengatasi masalah pembuangan sampah sarap. Semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing dan harus melaksanakannya dengan sempurna dalam menjamin kesejahteraan hidup masa kini serta kehidupan generasi akan datang. Langkah-langkah seperti meminimumkan sampah-sarap dan pendidikan serta kempen perlu diteruskan. Kerjasama dari pelbagai pihak amatlah dihargai dalam mengatasi masalah ini hingga ke akar umbi dan semoga kita boleh sentiasa hidup dalam persekitaran yang bersih dan sejahtera.

Rujukan