Anda di halaman 1dari 9

http://ain-sinarilmu.blogspot.com/2009/09/masalah-pembelajaran-slowlearner.

html

MASALAH PEMBELAJARAN (SLOW LEARNER)


CADANGAN INTERVENSI DAN KHIDMAT SOKONGAN 1.Penggunaan kaedah Bahan Bantu Mengajar (BBM) turut boleh membantu mempertingkatkan tahap pendidikan dan pemahaman murid. Bersangkutan itu, penyediaan carta-carta yang digunakan dengan kad huruf yang berwarnawarni, akan turut menarik minat murid-murid seperti Siti Hajjar untuk terus fokus kepada pembelajaran dan pengajaran di dalam bilik darjah. Tambahan lagi, dengan menggunakan bahan rujukan dan ilmiah seperti buku-buku yang mempunyai gambar-gambar yang menarik. 2.Kanak-kanak bermasalah pembelajaran lembam akan diintervensikan melalui rancangan pengajaran yang lebih berpusatkan kepada individu bukan secara berkumpulan kerana setiap murid-murid khas mempunyai tahap pencapaian yang berbeza. Penyediaan perancangan dan jadual yang strategik oleh guru sebelum mengajar turut mempengaruhi isi kandungan pembelajaran murid semasa proses P & P berlangsung. Pemilihan kaedah dan khidmat sokongan yang sesuai membantu kanak-kanak lembam untuk mengikuti pengajaran guru dengan lancar dan berkesan. Khidmat sokongan yang boleh digunapakai adalah seperti berikut; a)Pengunaan Rancangan Pengajaran Individu (RPI) Menurut Meese (2001), kanak-kanak lembam memerlukan Rancangan Pengajaran Individu (RPI). RPI adalah satu perancangan pendidikan individu dibuat secara bertulis yang mengandungi perancangan jangka pendek dan jangka panjang untuk kanak-kanak tersebut. RPI juga turut merangkumi pandangan keluarga dan kanak-kanak tersebut serta para profesional lain yang berkaitan. b)Pengajaran Secara Individu Zakaria Abdul Rahman (1992) mengatakan sekiranya terdapat satu kebenaran tentang pembelajaran, ia adalah satu penyataan bahawa setiap individu itu berbeza dan pembelajaran patutlah bermula daripada tahap pelajar berada ke tahap yang dapat dicapai olehnya. Oleh itu sebagai seorang murid yang lembam pengajaran secara individu akan berlangsung dalam RPI kerana mereka memerlukan pengajaran secara individu khusus untuknya. Justeru itu, terdapat beberapa jenis pengajaran individu yang dijalankan mengikut tujuan dan objektif pengajaran tersebut. Sharifah Alwiah Alsagoff (1986) telah menjeniskan pengajaran individu kepada empat, iaitu Munsyi atau tutoring, kursus melalui pos, Rancangan Berunit Mengikut Kecepatan Sendiri dan Pengajaran Terancang, dan Pengajaran Berbantukan Komputer. Namun, pengajaran melalui pos tidak bersesuaian atas murid lembam kerana tidak bersesuaian dengan tahap murid tersebut.

c)Mengubah Yang Abstrak Kepada Konkrit Seorang pendidik perlu mengelakkan murid-murid lembab membayangkan sesuatu yang tidak nampak dalam pembelajaran. Pembelajaran akan menjadi lebih mudah sekiranya subjek diajar boleh dilihat dan didengar. Menurut Shaw (2002) strategik mengajar kanak-kanak lembam hendaklah secara jelas dengan mengubah yang abstrak kepada konkrit. Penggunaan kad berwarna dan alat bantuan fotografik akan memudahkan pengajaran guru kerana kanak-kanak lembam dapat melihat perkara yang diajar. Penggunaan kad yang pelbagai aras memerlukan imaginasi dan persediaan yang rapi tetapi hasilnya amat bernilai serta bermakna (Brian Cooke, 1976). Pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan banyak pancaindera murid-murid lembam akan mempertingkatkan keupayaan mereka. d)Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) seperti penggunaan Power Point dalam komputer dan electronic dictionary dapat menunjukkan demonstrasi dalam konsep yang kompleks. Ini dapat menarik perhatian kanak-kanak lembam untuk mempelajari subjek yang diajar dan mengelakkan mereka daripada berasa bosan terhadap pembelajaran konvensional yang stereotype. Sebagai contoh, Edyburn (1991) telah membuktikan bahawa pelajar-pelajar istimewa lebih berjaya memperoleh maklumat dengan menggunakan ensiklopedia secara elektronik berbanding dengan penggunaan ensiklopedia bercetak. Selain itu, kajian menunjukkan penggunaan komputer dapat meningkatkan kemahiran membaca di kalangan murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran (Jones, Torgeswn dan Sexton, 1987: Torgesen, 1986). e)Terapi Hidro Selain itu, kanak-kanak tersebut juga seharusnya menjalani terapi. Terapi hidro dilihat sesuai untuk perkembangan fizikal kerana kombinasi pergerakan motor kasar dan halus serta mental kanak-kanak dapat dirangsang secara serentak. Pergerakan dalam air didapati lebih mudah dan bebas serta tidak dibebani oleh keperluan alatan sokongan selain daya apungan air sahaja. Rangsangan air yang secara semulajadi dapat membantu kanak-kanak tenang walaupun pada permulaannya sesetengah kanak-kanak akan berasa takut untuk masuk ke dalam air. Perkara ini dapat diatasi dengan membawa kanak-kanak ke kawasan cetek sebelum berpindah ke kawasan yang lebih dalam. Secara tidak langsung telah dapat melatih membina keyakinan diri kanakkanak "water confidence". Melalui terapi seumpama ini, ianya dapat memantapkan perkembangan fizikal dengan aktiviti-aktiviti seperti regangan seterusnya melembutkan sendi dan meningkatkan daya ketahanan jantung dan otot-otot rangka kanak-kanak tersebut. f)Cara Kerja Cara kerja pula boleh membantu murid-murid slow learner, sindrom down, disleksia atau terencat akal menjalankan aktiviti. Guru boleh melatih mereka bagaimanakah cara kerja yang betul agar dapat menyiapkan atau menyelesaikan aktiviti yang dijalankan dengan betul dan cepat. Bagi murid slow learner misalnya mereka boleh menjalankan aktiviti tetapi lambat menyelesaikannya. Sebagai contoh di sini, apabila guru meminta murid mengangkat kotak hadiah yang berwarna biru. Guru memberikan arahan ini berulangkali. Guru tidak harus jemu untuk mengulang-ulang apa sahaja kerana murid-murid ini kurang berupayaan untuk memahami apa yang ingin disampaikan oleh guru terbabit. sahaja. Guru memberikan bimbingan kepada murid yang tidak dapat memilih kotak berwarna biru tersebut.

g)Perkhidmatan Pemulihan Jabatan Kebajikan Masyarakat mempunyai iltizam terhadap khidmat sokongan dalam konsep pemulihan menyeluruh berdasarkan prinsip pendekatan pelbagai disiplin untuk Orang Kurang Upaya(OKU). Perkhidmatan ini meliputi di institusi dan di luar institusi dan termasuk aktivitiaktiviti yang dijalankan oleh Badan Bukan Kerajaan (NGO). Perkhidmatan di luar institusi menyediakan pelbagai program bagi membolehkan OKU diintegrasikan sebagai ahli masyarakat, persekitarannya dan setursnya membolehkan mereka berdikari daripada segi ekonomi dan sosial. Manakala perkhidmatan di institusi pula memberikan kemudahan penjagaan, rawatan dan latihan kepada OKU bagi menjadikan merka sebagai ahli masyarakat yang produktif. Bagi kanak-kanak berkeperluan khas, telah diwujugkan kelas-kelas khas yang mengandungi sukatan pelajaran yang dikhaskan mengikut keperluan meraka. Contohnya seperti Kelas Pendidikan Khas dan juga Kelas Pemulihan Khas. Pendidikan yang mana di sediakan untuk mereka menampilkan para pendidik yang telatih dalam pengurusan kanak-kanak berkeperluan khas ini. Bagi Badan Bukan Kerajaan (NGO) pula, wujud pelbagai pertubuhan yang menyediakan perkhidmatan seperti Pusat Jagaan dan Pemulihan Harian Ramah (PJPHR) di Seksyen 10, Shah Alam, Selangor. PJPHR adalah pusat jagaan harian dan latihan pemulihan untuk kanak-kanak kurang upaya fizikal dan mental. Di antara program yang dijalankan di PJPHR ialah penjagaan harian, terapi multisensori, perkembangan awal kanak-kanak, pendidikan kanak-kanak lembam, pemulihan selepas rawatan hospital untuk kanak-kanak dan latihan pemulihan serta jagaan di rumah. Kanak-kanak yang dihantar ke pusat itu telah disahkan oleh pakar perubatan mempunyai masalah-masalah seperti autisme, spastik, hiperaktif, lembam, serebral palsi, sindrom down dan terencat akal.

http://kplijulai08intake.blogspot.com/2009/02/ciri-ciri-kanak-kanaklembam_20.html Jumaat, 20 Februari 2009

Ciri-ciri Kanak-kanak Lembam


DEFINISI: Kanak - kanak yang tidak boleh mengikuti pelajaran di kelas / kurikulum / di sekolah biasa, terlalu lambat untuk mencapai satu - satu objektif pengajaran yang mudah / objektif jangka pendek dan juga mempunyai daya rangsangan serta daya pengamatan yang lemah / rendah. Ciri - ciri: - Pencapaian pelajaran / akedemik berbeza. - Pendiam / tidak aktif / tidak banyak cakap. - Sukar menerima arahan. - Tidak dapat berkomunikasi seperti kanak - kanak biasa. - Menyebut huruf-huruf yang tidak tepat/salah, bertukar-tukar. - Meninggalkan huruf,sukukata @ perkataan ketika membaca dan menulis. - Tulisan yang terlalu buruk/Sukar dibaca. - Kekerapan kesalahan dalam ejaan, tanda bacaan. - Tanpa ketetapan /Menaik dan menurun - Huruf terbalik /Urutan dan arah yang salah - Tanpa ketetapan dan ketentuan - jarak huruf dan perkataan. - Saiz yang tidak seragam / Mencampuradukkan saiz - besar dan kecil. - Idea yang tidak berkembangan dan penyusunan idea yang tidak teratur. - Perbendaharaan kata yang terhad dan tatabahasa yang tidak tepat. Punca: -Baka - Tersekat pengalaman - Intelek yang rendah - Masalah emosi - Kekecewaan - Rasa rendah diri - Kemantangan yang lambat - Lemah daya ingatan

- Mudah terganggu tumpuan - Kurang rangsangan - Faktor-faktor kesihatan - Persekitaran - Amalan makanan - Kesan semasa mengandung - Penyakit semasa pembesaran selepas lahir - Ubat semasa mengandung - Kemalangan - Sosio - ekonomi. Strategi Pengajaran dan Pembelajaran: - Temubual - Merujuk kepada pegawai / pakar perubatan - Mewujudkan suasana pembelajaran yang sesuai& menyeronokkan - Senang ke susah - Konkrit ke abstrak - Melibatkan seberapa banyak pancaindera - Banyakan pengukuhan dan latihtubi - Jauhkan dendaan yang negatif

http://www.teachersrock.net/Pemulihan_Siapa_Mengapa.htm

'SIAPA' & 'MENGAPA' DALAM PENGAJARAN PEMULIHAN

oleh Dr. Koh Boh Boon (1980) Monograf Pendidikan Bahasa, Jabatan Pendidikan Bahasa, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya. Keluhan mengenai pencapaian rendah setengah murid kita dalam bahasa memang sering dilahirkan oleh para pendidik dan ibu bapa. Mereka bimbang kerana memang terdapat sebilangan murid sekolah rendah yang tidak dapat. membaca dan memahami soalan-soalan dalam peperiksaan dan,oleh itu, pakai teka saja bila menjawab soalan. Malahan ada sesetengah murid sekolah menengah yang sama buruk kebolehan bahasanya. Tidak dapat dinafikan bahawa antara murid-murid tersebut di atas terdapat mereka yang memang tidak boleh bercakap dan menulis disebabkan kerencatan mental atau kecacatan fisikal. Tetapi mereka ini hanya terdiri dari bilangan yang amat kecil dan yang lain yang merupakan majoriti besar adalah kanak-kanak normal yang tiada sebarang kerencatan mental atau kecacatan fisikal. Bahawa mereka adalah kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan normal tercermin oleh pencapaian mereka yang memuaskan dalam matapelajaran lain seperti Ilmu Hisab atau Sejarah. Mereka ini kerapkali dinamakan murid lembam yang didefinisikan oleh Brennan (1974) sebagai 'murid-murid yang gagal menghadapi kerja normal sekolah unntuk kumpulan sebaya mereka tetapi kegagalan mereka tidak dapat dianggap sebagai disebabkan oleh kecacatan...' Mereka ini kadangkala juga diberi label pencapai rendah yang membawa erti bahawa murid-murid ini memperlihat taraf pencapaian yang tidak memuaskan berbanding dengan taraf pencapaian purata rakan-rakan sebayanya atau taraf pencapaian yang diharapkan bagi murid-murid pada peringkat persekolahan itu. Tetapi penakrifan di atas adalah tidak mencukupi dan mestilah dilengkapi dengan keterangan tentang beberapa ciri yang lazim dapat diperhacikan pada murid lembam atau pencapai-rendah ini. Seringkali ciri-ciri ini sedikit banyak berhubung dengan persekitaran rumah dan bidang bahasa, misalnya Bahasa Malaysia, mereka sentiasa mengalami kesulitan pembelajaran kerana kemiskinan perbendaharaan kata yang kemungkinan besar disebabkan diskriminasi penglihatan dan pendengarannya yang kurang memuaskan. Akibat dari berbagai kesulitan pembelajaran yang dialaminya, murid lembam ini selalu gagal dalam ujian, dan ini seterusnya menyebabkannya mempunyai yakin diri dan konsep diri yang rendah. Kita tidak berasa hairan apabila kita dapati murid lembam ini kurang aktif dan kurang minat untuk menyertai kegiatan pelajaran dalam bilik darjah. Aktiviti-aktiviti khas perlu dirancangkan dan dijalankan untuk menolong murid-murid lembam mengatasi kesulitan pembelajaran dau meningkatkan pencapai mereka ke taraf normal. Dengan kata-kata lain pengajaran pemulihan adalah bertujuan untuk memulihkan masalah pembelajaran murid lembam supaya mereka tidak terus ketinggalan dalam perlakuan sesuatu matapelajaran dan dapat mengejar rakan sebaya mereka. Jadi dua prinsip asas pengajaran pemulihan ialah (1) bahawa murid-murid lembam boleh mencapai perlakuan normal jika diberi pertolongan yang sesuai dan (2) bahawa pengajaran pemulihan dapat mencegah kesan buruk yang mungkin dibawa oleh kegagalan pembelajaran. Prinsip-prinsip di atas adalah berkait rapat dengan soalan mengapa dalam pengajaran pemulihan. Apakah pentingnya tindakan pemulihan diambil dalam bidang bahasa? Kebolehan berkomunikasi dan belajar melalui bahasa adalah satu ciri unik manusia yang hidup bermasyarakat. Oleh yang demikian, perkembangan bahasa seorang kanak-kanak akan secara langsung mempengaruhi pertumbuhan intelektual dan seterusnya menentukan kejayaan.

Creber (1974) telah menekankan perhubungan erat antara kegagalan pendidikan murid sekolah khususnya kanak-kanak kurang beruntung dengan ketaklengkapan bahasa mereka. Beliau telah menggambarkan kesan-kesan atas pendidikan mereka akibat dari kekurangan bahasa seperti kemiskinan perbendaharaan kata. Pendapat ini di.sokong oleh Gulliford (1972) yang menegaskan pertalian. rapat antara perkembangan bahasa seorang murid dengan pertumbuhan pemikirannya kerana bahasa merupakan alat pendidikan yang terpenting sekali dan inilah sebab utama kita mestilah berusaha sedaya upaya untuk memulihkan ketaklengkapan bahasa murid-murid lembam. Tambahnya lagi, kerencatan dalam bahasa dan kesulitan menguasainya merupakan satu punca kegagalan pembelajaran murid-murid. Dilihat dari perspektif yang lebih luas dan jangka masa yang lebih panjang, pengajaran pemulihan dalam bidang bahasa mempunyai matlamat: untuk mencegah pembaziran dalam pendidikan memandangkan berapa rapatnya perhubungan kegagalan dalam bahasa dengan kegagalan dalam pendidikan seorang murid. Sekiranya kita membiarkan saja seorang murid Darjah Tiga dengan ketakbolehannya untuk membaca atau menulis perkataan-perkataan mudah seperti 'buku', 'berjalan', 'besar' dan sebagainya, ketaklengkapan bahasanya akan meruncing dari setahun ke setahun, dan membawa kepada kegagalannya dalam Peperiksaan Sijil Sekolah Rendah dan seterusnya tercicir dari sekolah. Ini. merupakan satu kerugian. kepada negara kerana potensi-potensinya telah tidak dikembangkan dan sebaliknya telah terbenam disebabkan bantuan tidak diberi untuk menolongnya mengatasi. kesulitan pembelajaran dalam bidang bahasa. Kita sampai satu prinsip lagi dalam pengajaran pemulihan iaitu ianya mestilah dijalankan seawal mungkin dan secara berterusan. Ini bermakna eloklah masalah pembelajaran murid dikesan dan ditentukan dengan awal-awal dan tindakan pemulihan yang munasabah dijalankan dengan segera. Memang para pendidik telah menegaskan peri pentingnya pemulihan dimulakan pada peringkat awal sekolah rendah, malahan pada peringkat pra-sekolah, tetapi ini tidak bermakna bahawa pemulihan pada peringkat sekolah menengah adalah tidak berguna langsung. Sebenarnya tindakan pemulihan mestilah diambil bila saja ditentukan ada murid yang memerlukannya tidak kira pada mana peringkat persekolahan. Pengajaran pemulihan dalam bidang bahasa patutlah dianggap sebagai sebahagian dari tanggungjawab seorang guru bahasa, dan setiap guru bahasa mestilah melengkapkan diri dengan kecekapan yang perlu untuk menjalankan tugas penting ini.

http://mrz10325.blogspot.com/2009/12/sarjana-pendidikan-matematik.html

Masalah Pembelajaran
Assalamualaikum... Pembelajaran dan pengajaran adalah amat penting untuk memastikan semua murid yang menerima ilmu dapat manfaat sepenuhnya. Justeru itu kita sebagai pendidik perlu untuk bertanggungjawab sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan. Bagi merealisasikan tujuan yang murni, maka adalah perlu kita sebagai pendidik menghasilkan muridmurid yang berjaya dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Sehubungan dengan itu kita haruslah mendidik murid-murid walaupun tidak semua murid itu bijak. Pertama sekali kita haruslah berusaha untuk mengetahui kelemahan dan kelebihan murid kita. Kemudian barulah kita berusaha untuk mengetahui lebih lanjut mengenai stail pembelajaran yang sesuai mengikut gaya pembelajaran murid. Jika murid itu lemah, maka kita sebagai pendidik perlu untuk sedaya upaya membantu agar murid kita berjaya bukannya menyalahkan orang lain...ayuh bangkitlah rakan-rakan guru bagi memastikan kerjaya guru terus dihormati. Masalah pembelajaran ini timbul bersama-sama dengan koordinasi yang lemah, pergerakkan yang berulang-ulang, ingatan yang lemah dan lambat dalam pembelajaran. Lembam atau 'slow learner' merupakan antara masalah pembelajaran yang biasa berlaku kepada kanak-kanak. Perkembangan kanak-kanak lembam ini agak lambat sejak peringkat bayi, di mana bayi ini lambat senyum,lambat bertindak balas terhadap bunyi atau suara ataupun tindak balas menggenggam masih belum hilang walaupun usia bayi lebih 3 bulan. kanak-kanak yang lembam ini biasanya tidak dapat mengikuti pelajaran yang diajar oleh guru yang menggunakan kaedah biasa. Ini kerana mereka kurang memberi tumpuan dan minat terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Implikasi kepada pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. 1- Guru perlu gunakan bahasa mudah. Arahan mesti dinyatakan dengan jelas dan perlu diulang. Ia boleh digambarkan atau dipaparkan pada papan putih atau papan kenyataan kelas. 2-bahan pengajaran dan pembelajaran perlu dinyatakan didalam langkah-langkah yang pendek dan logik. 3- Strategi pengajaran dan pembelajaran diubahsuai untuk membina keyakinan dan memberi perasaan kejayaan misalnya meminta seorang kanak-kanak disklesia untuk memberi laporan secara lisan manakala rakan-rakannya memberi laporan bertulis (Woolfolk & margetts, 2007) 4- Tugasan dan penilaian harus sesuai dengan tahap kanak-kanak tersebut. ia boleh diberi dalam bentuk tugasan-tugasan kecil yang mampu mereka lakukan. Tempoh masa yang lebih boleh diberikan untuk kanak-kanak ini meyiapkan tugasan mereka. 5- Tugasan atau kerja rumah yang diberikan setiap minggu boleh ditampal pada papan notis kelas sebagai peringatan. satu slainan boleh juga diserahkan kepada ibu bapa.

Anda mungkin juga menyukai