Anda di halaman 1dari 14

(PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH)

Latihan: Perbincangan: 1) Jelaskan peranan iman dalam kehidupan manusia. Iman bermaksud membenarkan dgn hati, mengikrarkan dgn lisan dan mengamalkan dgn anggota badan. Manusia adalah makhluk dwidimensi yang merangkumi kedua-dua unsur fizikal dan spiritual yang saling lengkap-melengkapi dan memerlukan antara satu sama lain. Akan tetapi unsur kerohanianlah yang merupakan aspek unik dan utama yang melonjakkan martabat manusia kepada sebaik-baik kejadian. Akal dan pemikiran manusia adalah cirri utama yang membezakannya daripada seluruh kejadian yang lain. Ianya merupakan satu manifestasi tanggungjawab dan kepintaran untuk mengurus dan mentadbir kejadian disekelilingnya mengikut acuan dan kemahuannya. Disamping ia memiliki daya untuk berfikir dan menganalisis untuk mendapatkan apa yang difikirkan terbaik dan boleh mendatangkan manfaat kepada diri dan masyarakatnya. Walau bagaimanapun, kemampuan akal amat terhad ia hanya berkisar di atas platform fizikal yang nyata. Di sinilah letak peranan tubuh dan fizikal badan sebagai instrument untuk merealisasikan hasrat dan aspirasi yang dicetuskan oleh akal dan pemikiran. Kuasa akal amatlah terbatas dan tidak dapat mencapai hakikat dan kebenaran yang mutlak, kerana instrument yang digunakan hanyalah pancaindera dan deria yang hanya dapat mengesan perkara-perkara yang zahir dan bersifat fizikal sahaja disamping ia mudah dipengaruhi oleh persekitarannya. Manakala, perkara-perkara yang ghaib dan di luar darinya tidak dapat ditafsirkan atau dimutlakkan kewujudannya oleh akal manusia. Di sinilah letak peranan iman dan takwa sangat diperlukan selaku wahana untuk mendapatkan bimbingan ke arah membuka jalan kebenaran melalui hidayah dan taufik Ilahi. Mengikut panduan agama, peranan keimanan dan ketakwaan kepada Allah dapat difahami dan dihayati dalam dua dimensi yang penting, iaitu: Pertama; iman dan takwa sebagai penggerak membuka minda untuk mencari jalan yang terbaik dalam melaksanakan tugas khalifah umat manusia bagi tujuan memakmur dan membangunkan dunia ini menjadi suatu destinasi yang selesa dan menyenangkan untuk berbakti dan mencari keredhaan Ilahi. Disamping itu, iman dan takwa juga dapat memberikan motivasi dan rangsangan yang kuat terhadap pembentukan peribadi dan jati diri manusia yang unggul. Kekuatan ini bersesuaian dengan fitrah dan naluri semula jadi manusia yang amat dahagakan pengetahuan dan 1

(PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH) kepercayaan terhadap Pencipta dan kuasa agung yang telah menjadikan alam ini dan membawa manusia ke alam kehidupan ini. Kedua; sebagai pemelihara dan penapis. Iman dan takwa memberi kekebalan atau kelalian kepada umat manusia supaya tidak mudah tergoda dan terpengaruh kepada perkara-perkara negatif yang boleh menghalang perlaksanaan tugas khalifah di muka bumi. Kerana kehidupan yang penuh dengan cabaran seperti hari ini, perlu dihadapi dengan persiapan mental, emosi dan ketrampilan diri yang memadai. Iman dan takwa juga memberi kekuatan dalaman kepada manusia untuk terus berjuang dalam kehidupan ini tanpa mudah pasrah dan bergantung kepada kemampuan orang lain. Justeru, dorongan untuk bersaing dan berlumba dalam meraih kemajuan adalah termasuk sebahagian daripada iman yang tersemai dalam diri. Dengan menghayati dua dimensi yang terkandung dalam prinsip keimanan dan ketakwaan ini, jelas memberi kebebasan kepada umat manusia untuk menjalankan aktiviti pembangunan yang akan membawa kepada kemajuan yang berasas kepada keadilan dan kesejahteraan semua warga masyarakat yang dinaungi oleh rahmat Allah s.w.t yang dikenali dalam Islam sebagai konsep negara yang maju, makmur dan mendapat keampunan Ilahi. Ada empat perkara penting yang dihasilkan oleh prinsip keimanan dan ketakwaan kepada Allah s.w.t jika dihayati secara benar, iaitu:. Pertama; menjadikan manusia bebas tidak dikongkong oleh kuasa lain selain daripada Allah Yang Maha Esa. Akal fikirannya pula terbuka luas, bebas daripada belenggu khayalan dan khurafat. Hatinya merasa lapang tidak terikat dengan rasa rendah diri dan hina-dina. Termasuk emosinya akan terkawal kerana ia merasa berserah diri kepada Yang Maha Kuasa setelah melaksanakan segala usaha dan upaya yang ada padanya. Kedua; membentuk sahsiah seimbang yang tercermin dari tingkah laku dan cara berfikirnya. Hasrat kehidupannya menuntut keredhaan Allah s.w.t terserlah ke arah kebaikan dunia dan akhirat. Manhaj kehidupannya diasaskan kepada cinta kasih dan hormat-menghormati kepada sesama manusia dan alam sekitarnya. Ketiga; melahirkan rasa ketenangan dalam hidupnya. Menutup pintu rasa takut dan khuatir, samada pada diri dan keluarganya, begitu juga terhadap rezeki dan kematian. Kerana ianya telah bergantung sepenuhnya kepada rahmat dan hidayah Tuhannya. Aktiviti hidupnya dijalankan dengan penuh keikhlasan dan pengharapan akan redha Tuhannya, kerana semua amal kerja yang dilakukannya telah diniatkan sebagai sebahagian daripada tugas ibadah dan khalifah di muka bumi. Keempat; membangunkan potensi diri dan kekuatan jiwa yang dibina di atas usaha dan yakin kepada Allah s.w.t. Dengan demikian ia menikmati kehidupannya dengan penuh kepuasan kepada Tuhannya. Rasa optimis dengan bimbingan Tuhannya sentiasa membangkitkan semangat untuk 2

(PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH) beramal, beribadah sesuai dengan fungsi dan peranannya hidup di dunia ini. Daripada huraian ringkas di atas, ia menunjukkan bahawa penghayatan nilai keimanan dan ketakwaan akan memberi makna hidup yang sebenar kepada setiap manusia yang memilikinya dan seterusnya membangunkan umat yang bermoral dan berakhlak mulia, membangunkan tamadun yang kukuh dan bernilai. Penghayatan nilai keimanan dan ketakwaan kepada Allah s.w.t akan memberi kekuatan kerohanian dan moral kepada masyarakat. Ia boleh menjadi penunjuk dalam merealisasikan risalah hidup mereka di dunia ini, untuk mengambil bahagian dalam membangunkan tamadun dunia mengikut kepakaran dan kemahiran masing-masing. Allah s.w.t menjanjikan bahawa menghayati nilai keimanan dan ketakwaan akan memberi kemudahan mendapat rahmat yang berlipat ganda dan memperolehi petunjuk dalam kehidupan dunia serta akan menerima ganjaran kelak di kemudian hari. Firman Allah bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah s.w.t dan berimanlah kepada RasulNya, pasti (Allah) memberikan dua kali ganda daripada rahmatNYA dan menjadikan bagi kamu cahaya untuk kamu pakai berjalan (hidup di atas bumi) dan Dia akan mengampuni kamu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang (al-Hadid:28).

........................................................................................................................................................... 2) Bincangkan amalan dan kesan halawatul iman dalam kehidupan seseorang muslim. Halawatul Iman atau kemanisan Iman memberi maksud gembira melakukan ibadat, sanggup menanggung kepayahan demi mendapatkan keredaan Allah dan rasulNya serta mengutamakan keduanya lebih dari harta dunia. Sabda Rasulullah SAW.: "Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan iman (iaitu) Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada selainnya (Allah dan Rasul), dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api". (Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim dan lain-lain)

(PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH) MUKADDIMAH: Iman adalah membenarkan secara putus (jazim) tanpa ragu sedikitpun dengan apa yang datang daripada Rasulullah SAW. yang diikuti dengan ketundukan hati dan ketenteraman jiwa menerima ketentuannya tanpa perasaan degil dan takabbur. Terkadang-kadang terdapat iman yang jazim pada seseorang dan tidak ada keraguan sedikitpun terhadap kebenaran yang datang daripada Rasulullah SAW. tetapi sayangnya terkadang kadang iman tersebut diikuti oleh rasa sombong dan enggan serta tidak mahu melaksanakan apa yang diyakininya itu. Maka dalam keadaan seumpama ini, dia belum digolongkan sebagai orang yang beriman. Juga terdapat orang yang memiliki iman yang jazim tanpa sedikitpun ada perasaan ragu, malahan dia tidak mempunyai sifat degil dan takabbur terhadap apa diyakininya. Tetapi sayangnya kita lihat orang tersebut tenggelam kedalam dunia kelalaian, dia tidak pandai menilai kadar iman sebagaimana semestinya, dia lalai untuk menunaikan kewajiban mensyukuri nikmat tersebut. Manusia seperti inilah yang dikatakan orang yang beriman atau " mukmin " yanq belum mendapatkan " kemanisan iman ". Hadis sahih yang termaktub diatas menjelaskan kepada kita beberapa tanda orang-orang yang akan dapat merasakan kemanisan iman. Marilah kita berusaha menghias diri kita masing-masing untuk memiliki kesemua tanda-tanda tersebut semoga kita boleh hidup bahagia di dunia dan di akhirat.

Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan iman. Hadis ini mengandunqi asas-asas utama bagi semua pintu kebaikan. Kemanisan iman adalah sesuatu yang dapat dirasakan oleh mukmin yang tenteram jiwanya terhadap nikmat yang telah dianugerahkan oleh Allah kepadanya untuk mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat. Dengan kemanisan iman seseorang dapat menghadapi hidup dengan penuh ceria. Keimanannya dapat membimbing dirinya untuk menghadapi kehidupan ini walau bagaimanapun keadaan yang menimpanya. Jika sedang ditimpa kesusahan dia boleh bersabar, dan dia dapat merasakan nikmat kesabaran. Dan jika dia mendapat nikmat kesenangan maka ia pandai bersyukur, dan dia dapat merasakan nikmat kesyukuran. Dia meyakini bahawa segala yang menimpanya apakah baik atau buruk adalah telah ditentukan oleh Allah sejak azali. Oleh itu ia dengan jiwa tenang dapat menghadapi semua keadaan dengan rasa redha. Kalaulah begitu besar nikmat yang dia dapat rasakan ketika di dunia lantaran kemanisan iman 4

(PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH) yang dimilikinya, sudah pasti lebih besar lagi nikmat yang bakal dia terima di sisi Allah kelak di akhirat. 1. Adalah Allah dan Rasul-Nya lebih dia cintai daripada selainnya. Cinta ialah kecenderongan jiwa seseorang kepada sesuatu yang boleh memberinya kelazatan, manfaat ataupun kerana sesuatu itu sesuai dengan fitrah (tabiat) nya. Ada beberapa sebab yang boleh menimbulkan rasa cinta seseorang. Menurut Imam Al Ghazali bahawa ada 5 sebab yang mendorong perasaan cinta seseorang: Cinta manusia kepada dirinya, kewujudannya, keberkekalan dan kesempurnaannya. Cinta manusia kepada orang yang berbuat ihsan kepadanya dan orang yang boleh mendatangkan manfaat kepadanya. Cinta manusia kepada orang yang suka berbuat ihsan semata-mata kerana ihsannya. Walaupun dia sendiri tidak berhajat kepada ihsan orang tersebut. Cinta manusia kepada kecantikan dan keindahan. Keindahan yang memikat ada yang hissy (fisical) seperti keindahan warna warni bunga dan binatang, dan ada pula yang maknawy (abstrak) seperti akhlak yang luhur dan sifat mulia dari seseorang umpamanya: berilmu, cerdik, berani, adil, sabar, cekal dan lain lain. Cinta manusia kepada seseorang disebabkan kerana orang yang dicintainya itu memiliki persamaan sifat dengannya, walaupun semua sebab terdahulu atau sebahagiannya tidak wujud pada orang tersebut. Ini sesuai dengan sabda Nabi SAW.: Roh-roh adalah tentera tentera yang dipersenjatakan, maka apa yang sesuai dengannya dia akan mesra dan apa yang bercanggah dengannya dia akan berbeza.

Dan jika kita amat amati sebab sebab cinta diatas dengan cermat nescaya kita dapati kesemua sebab itu mewajibkan orang beriman yang benar-benar mengenali Tuhannya untuk mencintai Allah dengan kadar cinta yang tidak ada tolok bandingannya. Buah atau kesan cinta seseorang kepada Allah akan menimbulkan ketaatannya kepada Allah yakni melaksanakan suruhan Nya dan menjauhi laranqan-Nya. Tetapi perlu diingat bahawa terdapat perbezaan antara taat kerana cinta (mahabbah) dengan taat kerana mengharap dan takut (rakhbah dan Rahbah). Diriwayatkan bahawa Nabi Isa AS. pernah melalui suatu kaum yang sedang beribadah kerana takut kepada Allah atau kerana mengharap syurga, lalu Isa berkata: Sesungguhnya kamu takut kepada 5

(PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH) makhluk dan mengharap kepada makhluk. Kemudian Isa meneruskan perjalanannya dan lalu pada suatu kaum yang sedang beribadah. Mereka berkata: Kami beribadah kepada Allah kerana kami cinta kepada-Nya dan kerana ta'zim (mengagungkan)-Nya. Nabi Isa berkata: Kamu semua adalah wali-wali Allah, dan aku diperintahkan agar duduk bersama kamu. Ini tidak bererti jika kita beribadah lalu kita tidak boleh mengharap syurga dan takut kepada kepada neraka. Itu adalah diantara sifat orang yang beriman. Ini sebagaimana firman Allah: Lambung mereka jauh dari tempat tidur tidurnya (sering beribadah malam) sedang mereka berdoa pada Tuhannya dengan rasa takut dan harap, dan mereka menafkahkan sebahagian dari rezki yang kami berikan kepada mereka. ( Al Sajadah / 32 : 16 ) Ayat di atas menegaskan bahawa di antara sifat orang orang yang beriman ialah mereka selalu mendirikan malam dengan beribadat sambil mengrahap akan keredaan Allah dan shurga Allah dan didorong oleh rasa takut kepada murka Allah dan siksaan neraka-Nya. Hanya saja jika " rasa cinta " yang mendorong kita untuk taat kepada Allah, maka nilai ibadah itu adalah lebih tinggi kalau dibandingkan hanya sekadar kerana takut dan harap. Adapun cinta kepada Rasulullah SAW. adalah sebahagian daripada cinta kepada Allah. Kerana bagi kita tidak ada seorangpun yang lebih kita percayai selain orang telah dipilih oleh Allah sebagai utusan-Nya. Beliau telah diamanahkan oleh Allah untuk menyampaikan hidayah-Nya kepada umat manusia agar kita mendapat rahmat-Nya. Bagindalah orang yang paling berjasa menyelamatkan kita daripada kegelapan (kekufuran dan syirik) kepada cahaya terang benderang (Islam dan hidayah). Bagindalah yang telah membimbing kita untuk menuju kebahagian hakiki di dunia dan di akhirat. Abdullah Bin Al Mubarak berkata: Para ulama lebih utama daripada ibu bapa kamu. Mereka bertanya: Mengapa demikian (wahai tuan) ? Beliau menjawab: Ibu bapa kamu memelihara kamu dari api (kesusahan) dunia, sedangkan para ulama pula memelihara kamu dari api (kesusahan) akhirat. Demikianlah peranan dan jasa para ulama yang ikhlas yang telah membimbing manusia agar memiliki akidah yang betul agar terhindar dari syirik dan khurafat, yang telah mengajar mereka cara ibadat yang betul sehingga terhindar dari perbuatan bidah, yang telah mengajar mereka budi pekerti yang mulia sehingga dengan demikian, mereka bukan saja terhindar daripada kesusahan di dunia tetapi juga akan terhindar daripada azab Allah yang amat pedih di akhirat. Dan kalaulah demikian peranan para ulama, sudah tentu peranan Rasulullah saw jauh lebih besar dari itu kerana semua ajaran para ulama bersumber daripada ajaran Rasulullah saw.

(PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH) Jadi mencintai Allah dan Rasul-Nya melebihi daripada mencintai yang lain, maksudnya ialah kita mestilah mencintai Allah dan Rasul-Nya melebihi daripada kecintaan kita kepada ibu bapa, isteri, anak-anak, saudara mara, hatta terhadap diri kita sendiri. Dan selanjutnya kecintaan kita yang mendalam itulah yang mendorong kita untuk berbakti kepada Allah dan Rasul-Nya. "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)." (At-Taubah: 24)

2. Dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah Cinta jenis ini juga adalah cabang dari kecintaan seseorang terhadap Allah. Seseorang jika benarbenar cinta kepada Allah, maka kesan cintanya itu akan mendorong dia untuk suka jika orang tersebut taat kepada Allah, dan sebaliknya dia akan bersedih dan berusaha menegurnya jika rakannya itu melakukan dosa. Ini tidak bererti jika ia mencintai seseorang kerana tujuan selain itu lalu ia terkeluar daripada iman. Hanya saja sebagai bukti kemanisan iman seseorang ialah jika dia cinta kepada seseorang semata-mata kerana Allah, dan jika ia benci kepada seseorang juga adalah semata-mata kerana Allah. 3. Dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan kedalam api. Mukmin yang hakiki adalah orang yang tidak ragu lagi bahawa sekiranya dia kembali melakukan amal-amal kufur (dosa) setelah ia insaf dan mendapat petunjuk Allah (taufiq) maka tidak mustahil dia akan dilemparkan kedalam api neraka di akhirat nanti. Oleh sebab itu imannya yang mendalam mencegah dia daripada mengulangi lagi dosa-dosa lampau sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api di dunia ini. Dan sebagaimana kebenciannya kalau dirinya akan dihumban ke dalam api yang bernyala-nyala, begitu jugalah darjat kebenciannya jika anaknya, ibu bapanya, isterinya dan saudara maranya akan dilemparkan kedalam api. Adakah manusia yang melihat manusia lain, samada dia kenal atau tidak, walaupun musuhnya, yang akan terjatuh ke dalam api lalu dia biarkan tidak segera ditolongnya? Demi perasaan kemanusiaan, biasanya manusia segera akan menolongnya. Betapa kalau pendorongnya justeru 7

(PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH) keimanan? Jadi mukmin yang hakiki bukan saja benci kalau dirinya mengulangi dosa dosa silam, malahan dia juga merasa benci kalau orang lain melakukan dosa, lebih lebih lagi terhadap mereka yang mempunyai hubungan kerabat dengannya. Wallahualam ---------------------------------------------------------------------------------------------

1)Apakah masalah yang menjadi punca utama perpecahan antara mazhab Muktazilah dan mazhab Ahli Sunnah? Dalam sejarah Islam, berlaku peristiwa menyayat hati umat Islam iaitu pembunuhan Uthman bin Affan. Beliau adalah ketua negara Islam ketiga, menantu Nabi Muhammad dan menurut beberapa laporan, beliau adalah orang yang disegani oleh malaikat. Beliau dibunuh semasa membaca alQuran. Tragedi ini menimbulkan salah faham di kalangan umat Islam sehingga tercetusnya Perang Siffin antara Ali bin Abu Talib dengan Muawiyah bin Abu Sufian dan Perang Jamal yang melibatkan Aisyah binti Abu Bakar, Thalhah dan Zubair menentang Ali bin Abu Talib. Peperangan itu bukan sahaja mengorbankan nyawa para sahabat Nabi Muhammad tetapi menimbulkan salah faham dalam bidang politik sehingga melibatkan isu akidah. Lanjutan daripada peristiwa itu, timbul golongan yang fanatik kepada Ali bin Abu Talib yang dikenali sebagai Syiah dan mereka vang menyokong Muawiyah bin Abu Sufian. Antara dua pertembungan itu, muncul pula golongan yang keluar daripada kumpulan kerana tidak berpuas hati dengan urusan Tahkim yang dikenali sebagai Khawarij. Tahkim adalah peristiwa perlantikan ketua negara Islam antara Ali bin Abu Talib dengan Muawiyah bin Abu Sufian. Semasa peristiwa ini, Ali digugurkan daripada jawatan ketua kerana helah yang dimainkan oleh penyokong Muawiyah. Pada peringkat awal, semua golongan tidak memasukkan hujah akidah dalam pertelingkahan mereka. Situasi masih terkawal kerana ada para sahabat Nabi Muhammad yang masih hidup dan mampu mengawal keadaan walaupun ada anasir-anasir bukan Islam yang cuba mengambil kesempatan. Namun, selepas beberapa peringkat, anasir bukan Islam mula meresap dari dalam umat Islam. Muncul golongan Syiah yang berfahaman sederhana seperti golongan Imamiah dan Zaidiah serta golongan Syiah yang radikal. Golongan ini dianggap radikal kerana fahaman mereka terkeluar daripada akidah yang utama, bukannya masalah cabang akidah seperti isu pemerintahan. Antara mereka adalah Ismailiah, Bayaniah dan lain-lain. Golongan ini lebih radikal apabila mereka 8

(PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH) mendakwa para sahabat Nabi Muhammad terkeluar daripada Islam dan mengangkat Ali bin Abu Talib sebagai Utusan Tuhan. Mereka mendakwa Tuhan dapat menjelma ke dalam diri Ali dan berbagai-bagai lagi. Di kalangan Khawarij, ada golongan yang berfahaman sederhana seperti golongan Ibadhiah dan yang radikal sehingga meminda dan membatalkan hukum syariat dan mendakwa para sahabat Nabi Muhammad bukan Islam. Antaranya seperti Azraqiah, Ajaridah dan lain-lain. Semasa kelahiran falsafah dan terjemahan pada zaman Abbasiah, muncul golongan Muktazilah, Jabariah dan Ahli Sunnah walJamaah. Di kalangan Ahli Sunnah wal Jamaah muncul dua aliran iaitu Salaf dan Khalaf. Di kalangan Khalaf, lahir pula fahaman Asyairah dan Maturidiah. Perkembangan ini juga mempengaruhi golongan Khawarij dan Syiah. Melalui perbincangan ini, pembaca dapat mengenali golongan-golongan yang lahir kerana perselisihan politik. Bermula daripada golongan yang berfahaman sederhana yang tidak merosakkan akidah hingga golongan yang terkeluar daripada masyarakat Islam. Caranya adalah dengan mendedahkan fahaman salah mereka walaupun mereka mendakwa masih beragama Islam.

Oleh: Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang Sejarah Kemunculan Mazhab Akidah Syarah Kitab Lahirnya Beberapa Firqah Di Kalangan Umat Islam Kuliyah Jumaat 06 Oktober 2006 Dari Masjid Rusila, Marang, Terengganu

2)Iktikad yang dipegang oleh mazhab Muktazilah sangat berbeza dengan iktikad yang dipegang oleh mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah. Jelaskan pendapat anda berpandukan hujjah-hujjah yang sesuai bagaimana perbezaan ini boleh berlaku?

Muktazillah mempunyai lima prinsip yang telah disepakati oleh mereka.


1) Tauhid. Golongan ini percaya Tuhan itu esa dan tunggal dan suci dengan sifat yang ada pada manusia. Berdasarkan dalil dari surah an-Anam ayat 103 yang bermaksud :

Dia tidak dapat dicapai oleh penglihatan mata, sedang Dia dapat melihat segala dengan kelihatan dan Dialah yang Maha Halus lagi Maha Mengetahui.

(PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH) Oleh itu, golongan Muktazilah menafikan Allah memiliki sifat pada zat samada Nafi atau Ithbat. Mengetahui dengan zat-Nya, hidup dengan zat-Nya dan lain-lain lagi. 2) Adil. Bagi mereka Allah wajib adil tanpa zalim. Ini berpandukan pada ayat dari surah Fussilat ayat 46 yang bermaksud :

Barangsiapa yang mengerjakan amal yang soleh, maka ( pahalanya ) untuk dirinya dan barangsiapa yang mengerjakan perbuatan jahat, maka ( dosanya ) untuk dirinya sendiri dan sekalikali tidaklah Rabb-mu menganiaya hamba-hamba-Nya.
Dalam erti kata lain, adil Allah itu merangkumi apa yang Dia taklifkan terhadap hamba-nya. Yang mana manusia itulah yang mencipta segala perbuatan dan perkara yang dipertanggungjawabkan terhadap diri mereka samada baik ataupun buruk. Untuk itu, berkaitan dengan usaha serta perbuatan manusia, tiada sebarang campurtangan Allah sedikitpun. Pada dasarnya, pegangan Mutazillah ini adalah berlawanan atau bertentangan dengan fahaman akidah Jabariah yang mengatakan Allah yang menjadikan segala perbuatan dan tindakan manusia. Iaitu manusia itu dikira terpaksa dan tidak ada pilihan sedikitpun. 3 ) Janji baik dan ancaman. Bagi mereka, janji baik mendapat faedah serta manfaat manakala ancaman dan janji buruk mendapat mudarat dan bahaya. Sebagaimana rumusannnya, Allah akan melaksanakan apa sahaja yang Dia janjikan dengan janji baik serta azab pada apa yang diancamkan. Iaitu memberi ganjaran baik dan pahala kepada orang yang taat sebaliknya pula azab pada orang yang melakukan maksiat. 4 ) Posisi tengah. Pendapat ini tercetus ketika Wasil ibn Ata yang membuatnya terpisah dari gurunya Hasan al-Basri bahawa mukmin yang berdosa besar dan tidak bertaubat dia bukan mukmin ( beriman ) tetapi bukan juga kafir ( tidak beriman ). Ia boleh dipanggil fasiq. Mereka seperti ini menjalani kehidupan sebagai muslim bahkan apabila mati turut dikebumikan sebagai Muslim. Hanya Tuhan yang akan menentukan di mana akan mereka ditempatkan. Di dalam konteks ini juga golongan Muktazilah juga menyatakan sesiapa yang biarpun sepanjang hayatnya melakukan ketaatan, tetapi akhirnya melakukan dosa besar, maka segala amalan akan terputus dan ia kekal di dalam neraka jika tidak bertaubat. Firman Allah di dalam surah al-Baqarah ayat 81 yang bermaksud :

( bukan demikian ) yang benar, barangsiapa berbuat dosa dan ia telah diliputi oleh dosanya, mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya.
10

(PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH) 5 ) Amar Makruf dan Nahi Munkar. Bermaksud menyeru kebaikan terdapat dua jenis iaitu wajib seperti tanggungjawab agama ( faraid ) apabila seseorang meninggalkannya ( dayyaaha ) dan yang sunat ( al-nafila ) apabila seseorang meninggalkannya ( tarakaha ). Dan bagi melarang kemungkaran, ia wajib kerana kemungkaran itu adalah satu ( qabih ). Jika boleh, menghalang kemungkaran itu mestilah jalan yang tidak menyusahkan atau menjadikan kemungkaran itu tidak begitu teruk dengan matlamat supaya kemungkaran itu tidak berlaku langsung.

Muktazillah berpendapat bahawa menyuruh kea rah perkara yang makruf dan mencegah perkara
yang berbentuk kemungkaran mestilah dengan hati terlebih dahulu, kemudian dengan lidah kemudian dengan tangan dan sekiranya tidak mencukupi dengan lidah dan tangan maka dengan menggunakan pedang. Mereka tidak membezakan antara yang berkuasa dengan tidak berkuasa. Daripada prinsip yang kelima ini mereka mengatakan perlu ada mejahadah atau penuh kesungguhan untuk membasmikan apa sahaja yang bercanggah dengan hukum Allah dan menyuruh apa yang selaras dengan perintah-Nya. Pandangan Muktazillah mengenai isu akidah berkaitan dengan ilahiyyat. Perbahasan dan perbincangan yang meluas tentang perkara yang berkaitan dengan akidah adalah tidak digalakkan di dalam Islam bahkan ditegah. Perbahasan persoalan isu akidah menyebabkan kaum muslimin berpecah belah kepada pelbagai puak. Hakikatnya, sebahagian daripada punca perselisihan tersebut ekoran daripada sumber akidah itu sendiri. Di mana sesetengah ulama berpendapat untuk menjadikan pegangan di dalam akidah mestilah daripada sumber yang bersifat qatI sahaja bukannya zann seperti Hadith Ahad. Terdapat beberapa isu dalam akidah yang dibincangkan serta diperselisihkan daripada kaum muslimin. .blablabala.

Latihan 1.Apakah yang dikatakan mazhab Ahli Sunnah dan siapakah pengasasnya? Ahli Sunnah : bermaksud mereka menerima dan beramal dengan sunnah Rasulullah. Al-Jamaah : bermaksud mereka berkumpul di atas kebenaran dan bersatu untuk berjihad , melaksanakan amar maruf dan nahi mungkar. Menghidupkan sunnah dan menentang bidaah.

Ia merupakan mazhab atau satu aliran kefahaman terhadap al-Quran dan al-Sunnah yang 11

(PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH) diiktiraf sebagai benar oleh Nabi Muhammad s.a.w. Iaitu kumpulan yang berpegang teguh dengan al-Quran , Sunnah Rasulullah dan perkara yang dibawa oleh para sahabat serta menentang perkara bidaah.

Aliran ini juga dinamakan sebagai Ahlul Haqq, Ahl al-Hadith, al-Salaf al-Salih, al-Taifah alMansurah, dan seumpamanya.Pada zaman Nabi Muhammad SAW dan seluruh masyarakat Islam kecuali orang munafik ialah penganut Ahli Sunnah Wal Jamaah.

2.Bagaimana mazhab ini mula muncul dan bilakah masanya? Mazhab Ahli Sunnah adalah jalan yang mengikut jejak langkah Rasulullah dan para sahabat baginda.Nama tersebut muncul setelah berlaku perpecahan di kalangan umat Islam dan dimasyhurkan oleh : 1. 2. Imam Abu Hasan al-Asyari Abu Mansur al-Maturidi

Setelah kewafatan Nabi Muhammad SAW pada zaman Abu Bakar telah wujud golongan yang ingkar kepada ajaran Islam maka Sayyiduna Abu Bakar telah memerangi mereka semata-mata kerana mereka enggan membayar zakat kepada kerajaan Islam. Diikuti pula, zaman pemerintahan Sayyiduna Umar yang merupakan amat terkenal dengan sikap al-Faruqnya yakni sebagai pembeza antara benar dan salah. Diikuti lagi oleh pemimpin Ahli Sunnah iaitu Sayyiduna Uthman bin Affan yang dibunuh oleh seorang munafik. Pada zaman beliau telah timbul perpecahan seperti ramalan Rasulullah s.a.w. 3.Apakah asas pokok pegangan mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah? Berpegang teguh dengan al-Quran. Berpegang dengan prinsip-prinsip Salafus Soleh Apabila terdapat pertelingkahan pandangan , mereka merujuk al-Quran dan Hadith. Mereka tidak mencela dan mengkafirkan orang yang tidak sealiran dengan mereka. Mereka tidak menghukum kecuali terdapat bukti dan dalil yang sahih dan jelas.

4.Kenapakah mazhab Ahli Sunnah dikatakan sebagai mazhab yang paling rasional dan dapat diterima oleh majoriti umat Islam? 12

(PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH)

Dimanakah letaknya kelebihan dan kekuatan Ahli Sunnah Wal Jamaah? Apakah prinsip-prinsip utama Ahli Sunnah Wal Jamaah? Cuba anda fikirkan... Perbincangan: 1)Apakah jenis-jenis syirik? MAKSUD : menyekutukan Allah dengan sesuatu pada zat, sifat dan af'alnya JENIS-JENIS SYIRIK : 1. Syirik Jali Maksud : perlakuan syirik secara terang-terangan Contoh : - menyembah patung dan berhala - menyembah bulan atau matahari - mengaku nabi Isa sebagai anak tuhan 2. Syirik Khafi Maksud : tidak meletakkan Allah sebagai yang mutlak dalam niat terutama dalam ibadat Contoh : - riak (menunjuk-nunjuk kehebatan diri) - ujub (mengagumi diri sendiri) - takbur (membangga diri) 2)Nyatakan kesan dan kerosakan syirik?
Akibat : - rosak akidah -berdosa besar -mendapat azab di akhirat -dibenci masyarakat - hilang kawan dan sahabat - sukar menerima pandangan orang lain - Ia membatalkan iman seseorang - Orang yang mengamalkan perbuatan itu dengan sendirinya menafikan kekuasaan Allah

13

(PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH) - Masyarakat menjadi bimbang dan seterusnya terikut-ikut terhadap pantang larang kesan dari kepercayaan syirik - Mencemarkan kesucian agama Islam.

3)Islam menutup jalan-jalan syirik, bincangkan?

1.Bincangkan secara ringkas manusia sesat dalam beragama? 2.Nyatakan perbezaan di antara kufur dengan nifaq? 3.Senaraikan ajaran sesat yang anda tahu?

14