Anda di halaman 1dari 23

KAE3013 - Ekspresi Kreativiti Kanak-kanak

TUGASAN 1
KUMPULAN : Group UPSI-A25(A112PJJ)
DISEDIAKAN OLEH :
NAMA NO. ID NO. TELEFON

NORAISHAH BINTI ISHAK

D20102044258

019-6125031

NAMA TUTOR E-LEARNING: TARIKH SERAH:

Agama Islam merupakan agama fitrah bagi manusia. Oleh sebab itulah setiap ajaran yang telah disyariatkan kepada umatnya sudah semestinya bertepatan dan selari dengan fitrah semulajadi mereka. Jika diperhatikan, setiap manusia biasanya akan cenderung kepada hiburan, khususnya terhadap seni muzik. Muzik adalah suatu tuntutan fitrah manusia. Akan tetapi, untuk memenuhi kehendak naluri manusia ini, tidak semua jenis muzik dibenarkan oleh Islam.Oleh kerana itulah, para ilmuan Islam telah memperkenalkan muzik mengikut acuan Islam agar mereka tidak terpesong. Kesenian Islam telah mencapai tahap yang amat tinggi ketika era kegemilangan empayar Islam ketika dahulu. Malahan sememangnya tidak boleh dinafikan bahawa sebahagian besar cabang kesenian yang ada pada hari ini adalah sumbangan awal para ilmuan Islam. Mereka telah berjaya menghasilkan kerja seni yang luar biasa mutunya, malahan kekal hingga ke hari ini. Samada dari aspek seni muzik, seni khat,seni bina,seni sastera dan lainnya. Dalam pengkajian mengenai seni muzik, bangsa Yunani dikatakan perintis dalam bidang seni ini dan dipelopori oleh orang-orang Islam serta memajukannya. Perkembangan seni muzik berlaku pesat pada zaman kerajaan Abbasiyyah di mana kebolehan menyanyi dan bermain alat muzik dijadikan pra syarat untuk diterima bekerja. Kesannya lahirlah ramai tokoh terkemuka yang arif dalam bidang muzik seperti al-Farabi, al-Kindi, Khalil Ibn Ahmad dan lainnya. Pada umumnya,muzik adalah diakui sebagai satu seni dan juga sains yang menggabungkan bunyi-bunyi vokal atau instrumental termasuk bunyi-bunyi semulajadi atau rekaan dengan satu cara yang dianggap memuaskan mengikut estetika,corak pemikiran dan emosi manusia yang juga boleh memcerminkan ketinggian dan ketamadunan sesuatu budaya bangsa.Seni muzik merupakan satu dari seni hasil luahan manusia yang menggambarkan identiti dan dan kemajuan sesuatu bangsa.Bangsa Malaysia turut mempunyai seni muzik mereka yang tersendiri dan unik berdasarkan keadaan negara Malaysia yang terdiri dari pelbagai bangsa,etnik,kaum,agama dan kepercayaan. Kalimah muzik tidak dapat kita temui di dalam al-Quran dan al-Hadith. Walaupun di dalam al-Quran Allah s.w.t menceritakan kisah Nabi Daud (al-Quran, al-Nisa 4, 163; al-Isra 17, 55; al-Nur 24, 10; alMaidah 5, 78; al-Anam 6, 84; al-Anbiya 21, 78; al-Furqan 25, 15) dan Nabi Sulaiman (al-Quran, alBaqarah 2, 102; al-Nisa 4, 123; al-Anam 6, 84; al-Anbiya 21, 78; al-Naml 27, 15) yang memiliki mukjizat berkaitan dengan seni suara, namun istilah muzik ini gagal ditemui di dalam al-Quran. Di dalam teks (matan) al-Hadith, kalimah muzik sukar ditemui dan hanya beberapa kalimah sahaja yang boleh dikaitkan dengan muzik seperti al-Macazif, al-Ghina dan al-Mughaniyyah (Ishaq Suliaman, 2000, 2). Asal penggunaan istilah muzik dan definisinya dari aspek terminologi adalah dipercayai bahawa kalimah muzik berasal daripada bahasa Greek. Dikatakan telah dipinjam penggunaannya oleh orang-orang Islam pada kurun kelapan hingga kesepuluh Hijrah. Memandangkan asal kalimah muzik ini daripada tamadun Greek, maka definisi yang dirumuskan oleh ahli muzikologi dan ahli etnomuzikologi adalah seni dan sains memadukan bunyi atau nada suara atau bunyi alat bagi membentuk berbagai-bagai penyataan yang memuaskan emosi, estetika dan struktur bagi sistem kepercayaan yang membentuk asas kepercayaan (Lois Lamya, 1993, 31). Daripada definisi tersebut, terdapat tiga ciri utama yang mendasari muzik itu sendiru iaitu : 1)Bunyi suara atau bunyi peralatan.

2)Hasilan yang memuaskan emosi dan estetika. 3)Memenuhi tujuan tertentu seperti sistem kepercayaan dan sebagainya. Oleh itu, sekiranya kita mengambil tiga ciri tersebut dan mengaitkannya dengan beberapa bentuk ibadah di dalam Islam, maka akan ditemukan contoh-contoh ibadah tersebut yang berkaitan dengan muzik. Namun peralatan muzik tidak digunakan terutamanya di dalam ibadah yang berkaitan dengan alQuran, haji, tahmid dan takbir hari raya (Ishak Suliaman, 2000, 4-5). Muzik ialah bunyi yang diterima oleh individu dan berbeza bergantung kepada sejarah, lokasi, budaya dan citarasa seseorang. Definisi sebenar muzik juga berbeza:Bunyi yang dikira sedap oleh pendengarnyaApa apa bunyi yang dihasilkan secara sengaja oleh seseorang atau kumpulanWalaupun muzik adalah sejenis fenomena intuisi, untuk mencipta, memperbaiki dan mempersembahkannya adalah suatu seni. Mendengar muzik pula adalah sejenis hiburan manakala mempelajari dan memahaminya adalah sejenis bidang/disiplin. Muzik adalah antara salah satu media ungkapan kesenian,muzik itu sendiri mencerminkan kehebatan,ketinggian budaya sesuatu masyarakat pendukungnya dimana didalam muzik itu normanorma dan nilai yang menjadi bahagian dari proses enkulturasi budaya baik dalam bentuk formal ataupun informal.Dalam dunia Arab,muzik ditakrifkan sebagai " handasah alsawt " yang bermaksud " kejuruteraan bunyi secara artistik ".Satu lagi definisi muzik yang terlalu mudah ialah " seni bunyi yang tersusun ". Sebenarnya " muzik " ialah perkataan yang telah diwariskan kepada kita daripada ceritacerita dongeng dari zaman purba Yunani.Mengikut cerita dongeng itu,nama " MUSES " adalah merupakan gelaran yang diberikan kepada sembilan-sembilan anak perempuan " Zeus ",iaitu raja dewadewi Yunani.Dalam kamus Besar Bahasa Indonesia (1990:602),muzik adalah seni atau ilmu menyusun nada atau suara diutarakan,kombinasi dan hubungan temporal untuk menghasilkan komposisi (suara) yang mempunyai keseimbangan dan kesatuan,nada atau suara yang disusun sedemikian rupa sehingga mengandungi irama,lagu dan keharmonian (terutama yang dapat menghasilkan bunyian itu). Seni muzik adalah cetusan ekspresi perasaan atau fikiran yang hasil dan dikeluarkan secara teratur dan tersusun dalam bentuk bunyi.Perlu diingatkan bahawa bunyi (suara) adalah unsur atau elemen muzik yang paling asas.Bunyi (suara) yang baik adalah hasil gabungan atau interaksi tiga elemen utama iaitu irama,melodi dan harmoni.Irama adalah susunan atau pengaturan suara dalam jangka suatu masa waktu,panjang,pendek dan temponya,dan akan menghasilkan dan memberikan karektor tersendiri pada setiap muzik.Gabungan dan kombinasi beberapa tinggi nada dan irama akan menghasilkan melodi tertentu.Apabila wujudnya gabungan dan kombinasi yang baik antara irama dan melodi,ini akan menghasilkan bunyi yang harmoni dan menarik.

Plato,seorang ahli falsafah Yunani yang terkenal pula berpendapat bahawa sahsiah seseorang individu itu amat dipengaruhi oleh seni halus seperti muzik,sastera,lukisan dan juga ukiran.Dengan itu beliau berpendapat bahawa akhlak seseorang individu itu boleh diperbaiki jika individu itu didedahkan dengan muzik dan seni-seni yang lain.Oleh kerana bunyi-bunyian tidak dapat dipisahkan dari kehidupan

seharian,maka kita patut bersyukur kepada ALLAH SWT kerana dapat menikmati bunyi-bunyian dengan tenang dan tidak melanggar hukum-hakam yang telah ditetapkan. Menurut Campbell 1995, Muzik adalah suatu kesenian yang tertumpu pada aspek pendengaran atau aural. Oleh yang demikian, muzik boleh diperkenalkan kepada bayi dan kanak-kanak pra sekolah dalam bentuk elemen bunyi. Nyanyian dan muzik boleh mengubah sikap ke arah pencapaian peradaban yang bererti di samping mempunyai kekuasaan tersendiri hingga boleh menukar emosi menjadi terharu, sedih, pilu, menangis bahkan gila. Hal Ini menunjukkan bahawa nyanyian dan muzik sangat rapat hubungannya dengan jiwa manusia. Oleh itu, kesenian ini perlu dikawal dan diberi perhatian supaya tidak merosakkan jiwa dan moral manusia. Islam dari segi falsafahnya menyatakan nyanyian dan muzik haruslah bertujuan ke arah pembentukan peribadi dan sebagai tali penghubung ke arah taqwa kepada Allah. Islam tidak mengizinkan nyanyian dan muzik yang melalaikan manusia dari kewajiban terhadap Allah. Seni yang merosakkan adalah seni sesat yang hukumnya haram dan patut dijauhi. Negara Arab selatan merupakan antara negara yang tertua yang mana di dalamnya masih lagi bergema sebahagian daripada kebudayaan-kebudayaan lama. Muzik dan puisi berkembang walaupun tiada penulis-penulis yang menulis tentang perkembangan ini secara khusus dan terperinci. Diceritakan daripada al-Isfahani bahawa raja Tubba yang terakhir iaitu Als ibn Zaid merupakan orang pertama yang menyanyi di Yaman. Lagu-lagu sebelum Islam di Yaman muncul pada abad ke 19 iaitu ketika zaman AlMasudi yang banyak terpengaruh dengan petikan-petikan puisi ibn Khurdadhbih. Rakyat Yaman pada ketika itu diperkenalkan dengan dua jenis muzik iaitu Himyari dan Hanafi. Muzik Himyari merupakan muzik yang berbentuk klasik. Antara alat muzik yang digunakan adalah kebanyakannya berasal dari selatan Arab. Antaranya ialah seperti mizaf dan kus (dram kawah). Sehingga hari ini, orang-orang Arab di Hijaz mengakui bahawa muzik Arab yang terbaik dan sebenar ialah berasal dari Yaman kerana Hadrami Mintrels seorang artis terkenal yang juga berasal dari Yaman. Di Ukaz iaitu salah sebuah negeri di Hijaz, ramai penyajak dan seniman yang mengembara ke seluruh pelusuk semenanjung Arab untuk mencari ilmu pengetahuan dalam bidang kesenian. Di sini juga terdapat bacaan dan nyanyian daripada muallaqat yang terkenal. Pada zaman Bani Amaliq, seniwati-seniwati legenda telah dipanggil semula bagi memeriahkan lagi bidang kesenian pada ketika itu. Ahli muzik dari Al-Hijaz didapati berkebolehan dalam pelbagai bidang. Antara alat muzik yang digunakan adalah seperti mizhar, mizafa (alat muzik bertali), qussaba (seruling), mizmar dan duff (rebana). Ramai yang mendakwa bahawa al-Hijaz merupakan pusat kepada perkembangan muzik. Seorang pengarang iaitu Iqd al-Farid mengatakan bahawa muzik memberi kesan yang banyak kepada rakyat di Madinah, Thaif, Khaibar, Wadi al-Qura dan sebagainya. Al-Hira merupakan salah satu lagi pusat kebudayaan yang terpenting. Walaupun dalam kejatuhan Bandar Babylon, Mesopotamia masih lagi aktif dalam bidang kesenian. Hal ini kerana antara senimannya seperti Chaldaeans, Aramaeans dan Jews yang masih lagi aktif dengan kebudayaan bangsa arab. Di al-Hira juga seorang raja parsi iaitu Bahram Ghur telah dihantar sebagai putera raja untuk dididik dan mendalami tentang kesenian dan kebudayaan. Di sini, dia telah diajar muzik yang terkenal dikalangan orang Arab. Apabila baginda menaiki tahta, perkara

pertama yang dilakukannya ialah meningkatkan taraf ahli muzik di mahkamah parsi. Al-Tabari menyatakan bahawa pada akhir zaman pemerintahan raja Lakhmid di al-Hira iaitu al-Numan III, yang mempunyai kelebihan dan minat yang luar biasa dalam bidang muzik. Kebudayaan arab pada umum nya telah banyak mempengaruhi al-Hira. Seperti yang diketahui bahawa al-Hira merupa kan pusat kepada perkembangan puisi. Dinyatakan juga bahawa penyajak-penyajak seperti al-Nabigha, Tarafa, Amr ibn Khulthum dan Adiibn Zaid telah dilayan dengan baik sekali. Di sini dapat dilihat betapa rapatnya hubungan antara muzik dan puisi yang sama -sama hebat dan digemari. Al-Hijaz juga telah meminjam banyak lagu artistik daripada al-Hira daripada menggunakan nasb yang terpakai. Syria juga merupakan salah satu pusat kebudayaan yang terpenting sehingga bencana perang yang berlaku pada 272 AD. Budaya yang khusus dalam kerajaan Nabataeans ialah seni petra, bosra dan palmyra dan ini merupakan sebahagian daripada seni muzik kerajaan Nabataeans. Strabo menyatakan bahawa ahli-ahli muzik dalam kerajaan ini aktif dalam bidang kesenian dan kebudayaan. Sheikhs Ghassanids yang merupakan maharaja Bizantium yang terlama dan banyak dipengaruhi oleh budaya Bizantium. Pada masa ini, budaya Ghassanid merupakan budaya yang paling terkenal di kalangan raja arab di zaman jahiliyyah. AlNabigha dan Hassan ibn Thabit telah memberikan sumbangan dalam kesenian di mah- kamah Ghass anid yang mana mereka berdua bukan sahaja ahli muzik dari Arab tetapi karya mereka diminati dan dinyanyi oleh seniwati-seniwati al-Hira dan Byzantium. Orang-orang Arab Badawi merupakan golongan seperti mizhar, kiran, muwattar (alat muzik bertali), mizmar, duff (rebana), jalajil (loceng) dan naqus (anak loceng). Menurut bangsa Arab yang kuat berpegang kepada salasilah, muzik memberi kesesuaian dan semangat dalam salasilah keluarga. Jubal iaitu anak kepada Cain (Qain) telah mencipta sebuah lagu yang merintih kerana kematian Abel. Bar Hebraeus iaitu salah seorang rakyat Syria yang menyatakan bahawa pencipta alat-alat muzik pada ketika itu merupakan anak perempuan kepada Cain. Anak lelakinya pula iaitu Tubal telah memperkenalkan beberapa alat muzik seperti tabl (dram) dan duff (rebana).Pada zaman jahiliyyah juga muzik memainkan peranan yang penting dalam meramalkan misteri Arab, ahli sihir dan perihal kenabian. Pada zaman ini juga terdapat seniwati-seniwati yang memainkan peranan dalam bidang muzik dan kesusasteraan kehidupan. Dalam perjalanan peperangan Uhud, tentera-tentera dihiburkan oleh seniwati dengan lagu-lagu daripada Hind binti Utba yang menyanyikan lagu perang dan keluhan sambil memainkan rebana. Muzik telah membawa kesan yang besar ke dalam hidup orang ramai melalui lagu and irama. Terdapat pelbagai cara persembahan yang dapat dipersembahkan oleh kaum lelaki ataupun wanita. Muzik telah lama wujud and ia masih sentiasa berubah. Muzik dibahagikan kepada enam peringkat: Medieval,, renaizzance, Baroque, Classical dan Era ke-Dua Puluh. Muzik dicatat dalam simbol yang mewakili setiap bunyi. Sistem ini dikenali sebagai Musical Notation. "Kriteria yang paling asas setaip not ialah, ia dapat disesuaikan dengan music yang mewakilinya (Gerboth). "Bentuk muzik yang paling senang ialah monofonik atau bentuk suara individu. "Semua muzik semenjak seribu tahun dahulu, yang mana kita memperoleh pengetahuan, adalah monofonik (Machlis 295). "Melodinya didengar dengan satu pengiring harmonik atau vokal lain serta perhatian ditumpukan dalam satu baris (Machlis 295). "Sehingga hair ini, muzik Timur - China, japan, India, Java, bali, dan negara-negara Arab - adalah monofonik (Machlis 295)."

Polifonik atau bentuk multi-vokal adalah apabila dua atau lebih garisan melodi digabungkan. Kebanyakan Medieval muzik polifonik adalah tidak dikenali, walaupun sesetengah komposer adalah sangat penting sehingga nama-nama tercatat berlandaskan muzik mereka ("Kesejarahan"). Alunan Polifonik adalah berdasarkan titk pertemuan: gabungan seni dan sains dalam satu alunan atau lebih banyak garisan melodi serentak, dengan setiapnya mempunyai irama tersendiri (Machlis 295-96). Pembangunan titik pertemuan berlaku sewaktu komposer adalah selaras dengan koral agama, iaitu semula jadinya, multi-suara (machlis 296). Polifoni terpaksa dicatat dalam cara yang boleh memastikan irama dengan kenyaringan lagu dengan betul. Ia membawa kecemasan meter biasa yang membolehkan suara berlainan disatukan. Muzik polikoral ialah muzik daripada beberapa koir menyanyi sebagai jawapan kepada satu sama lain melalui gereja yang besar (Frowler 122). Bentuk homofonik bermaksud "sama" atau bunyi yang setara. Bentuknya sebahagian besar berdasarkan harmoni. Bentuk ini mendominasi cara Klassical. Zaman Medieval adalah paling panjang dan paling lama dalam sejarah muzik dan mengandungi berjuta-juta muzik yang bernilai ("Kesejarahan"). Salah satu kesusahan dalam pengajian muzik Medieval alah sistem notasi dibangunkan secara perlahan-lahan ("Kesejarahan"). Satu sistem muzikal notasi telah dimulakan semasa era ke-12 atau ke-13. Notasi dalam muzik, selama beberapa era, hanya menyampaikan apakah kenyaringan (atau not) untuk dinyanyikan. Renaissance (1400- 1600) bermula semasa era ke-14 Itali (Kirshner) dan namanya bermakna hidup semula. satu perubahan budaya dengan tradisi Medieval ialah Renaissance dengan idea kemanusiaan. "Renaissance adalah satu masa pencapaian gemilang dalam sastera, sains dan seni (Frowler 445). "Semasa Renaissance terdapat peningkatan peranan komposer ("Kesejarahan"). Pada Akhirnya Renaissance, muzik instrumental menuju kepada vokal muzik yang berdikari (Ulrich). Kebanyakan lagu popular dimainkan dengan alat muzik berbenang. Renaissance, dalam seni, adalah paling inovatif serta aktif dalam sejarah orang Barat, berdasarkan separa kepada pergerakan pemikiran serta ajaran iaitu kemanusiaan (Ulrich). Zaman Baroque (atau Zaman Pertengahan)(1600-1750) dibahagikan kepada lima puluh tahun setiap tiga peringkat, awal, pertengahan, dan akhir Baroque. Muzik era Baroque mempunyai sifat kebesaran pembahagian, kaya dengan titik pertemuan, kemuliaan dan garisan melodi yang diperhiaskan (Mautz). Muzik Baroque sentiasa diperhiaskan, berwarna dan kaya dengan bentuk apabila dibandingkan dengan pengganti ("Kesejarahan"). Perkataan Baroque berasal daripada perkataan Perancis untuk ketidaksempurnaan atau ketidakserataan mata tiram (Frowler 448-49). "Awal Baroque adalah masa experimentasi, dipelopori oleh kumpulan komposer Itali Claudio Monteverdi ("Kesejarahan"). Banyak aspek seni Baroque ditentukann oleh agama (Sullavin). "Kekuatan dan kepekaan seni Baroque dan individualisme sertamaklumat - diperhatikan dalam perkara sebegitu untuk meyakinkan persembahan kain dan kulit- menjadikan ia satu zaman yang mempersonakan dalam Seni Kebaratan (Sullavin)." Peristiwa yang penting dalam awal era ke-17 berkaitan dengan penghasilan cara baru dalam penggubahan yang dikenali sebagai cara monodic. Cara muzik monodic adalah untuk satu penyanyi dengan sejenis alat muzik pengiring. Ia tercapai oleh sekumpulan penulis, artis dan ahli muzik Florentene yang dikenali sebagai Camerata, satu nama berasal daripada Itali untuk "pertemuan" (Machlis 354). Opera dilahirkan sekitar 1600, iaitu permulaan era Baroque. Opera dianggap oleh orang ramai sebagai individu yang paling penting dalam pencapaian Zaman Baroque (Machlis 354). Penyanyi opera utama yang pertama ialah Orfeo ("Kesejarahan"), oleh Claudio Monterverdi dan dipersembahkan pada 1607. Zaman Klasikal (1750-1825) tertumpu kepada

empat pencapaian jurumuzik di sekolah Viennse - haydn, Mozart, Beethoven, dan Schubert (Machlis 228). Vienna ialah pusat paling penting dalam zaman Klasikal. Pertumbuhan konsert awam adalah salah satu daripada yang paling penting dalam pembangunan dalam Zaman Klasikal ("Kesejarahan"). Punggubahan muzik adalah lebih senang berbanding dengan Zaman Baroque ("Kesejarahan"). Komposer dapat menyara diri tanpa bergantung kepada seseorang ataupun keluarga dan konsert bukan sahaja dihadkan dalam bilik yang terkongkong. Komposers juga memulakan anjuran konsert yang memaparkan ciri-ciri muzik mereka yang tersendiri. Ini dapat menarik perhatian khalayak ramai. Saiz Orkestra dibesarkan perlahan-lahan, oleh komposers, untuk memenuhi keperluan ruang apabila alat muzik yang digunakan bertambah. "Walaupun muzik chamber dan persembahan solo dilaukan di rumah atau latar berintimasi, konsert orkestra nampaknya dirangka secara semula jadi untuk ruangan awam yang cukup luas ("Kesejarahan"). Tahap popular konsert awam mempunyai impak yang besrar terhadap pertumbuhan okestra. Semasa Zaman Romantic (1825-1900) simfoni biasa dipanjangkan daripada tiga puluh minit menjadi satu jam (Ulrich). Penyampai persembahan yang bermutu - terutamanya pemain piano, violin dan penyanyi - menjadi popular tidak terhingga. Sebagai tambahan untuk visual dan bunyi di tempat berlainan, komposers bermula mencari muzik yang menunjukkan keunikan negara masingmasing. Apabila nasionalisme menjadi pendorong pada Zaman akhir Romantic, komposers menginginkan muzik mereka untuk menyampaikan budaya dan identiti ("Kesejarahan"). Muzik mempunyai kesan ke atas emosi, intelek dan rohani manusia. Ianya digunakan dalam pelbagai bidang di mana kawalan mana-mana aspek tersebut diperlukan. Muzik telah memainkan peranan penting dalam pembangunan gerakan Nasionalisme di benua Eropah pada pertengahan abad ke-19. Muzik Malaysia yang mencerminkan masyarakat berbilang bangsa yang bersatupadu belum pernah didefinisikan walaupun muzik setiap kaum ada membawa kesannya yang tersendiri kepada muzik kaum yang lain. Muzik boleh digunakan dalam setiap aspek hidup kita untuk membangunkan semangat serta membina bangsa Malaysia. Bahawa muzik mengakibatkan reaksi di kalangan manusia tidak boleh dinafikan. Walau bagaimanapun, pakar psikologi belum dapat memastikan setakat manakah reaksi tersebut disebabkan oleh sifat intrinsik muzik itu sendiri dan setakat manakah ianya disebabkan oleh faktor lain yang mungkin mempengaruhi persepsi individu terhadap muzik [3].

Sungguhpun kaitan sebenar di antara muzik dan manusia belum difahami dengan sepenuhnya, pihak komersial sanggup melabur berjuta-juta ringgit untuk menggunakan muzik dalam mempromosikan barangan atau servis yang ditawarkan. Wang ringgit yang dilaburkan ini merupakan suatu kenyataan kepercayaan orang ramai terhadap pengaruh muzik ke atas manusia. Industri muzik merupakan suatu industri yang sungguh besar yang melibatkan bukan sahaja pemuzik dan komposer tetapi juga syarikat rakaman, pengurus artis, penerbit, pakar pemasaran, media massa, peniaga, peguam, pakar elektronik dan orang dari pelbagai jenis bidang lain. [4].

Bidang terapi muzik pula merupakan suatu disiplin muzik yang khusus yang muncul di kedua-dua benua Amerika dan Eropah lebih kurang pada masa yang sama di awal abad ke-20 [5]. Sejak awal abad ini, muzik dimainkan di hospital dengan tujuan membantu proses pemulihan serta meninggikan semangat pesakit [6]. Muzik dipercayai mempercepatkan fungsi metabolisme serta melegakan tekanan jiwa [7]. Bidang terapi muzik diiktiraf sebagai suatu disiplin akademik yang tersendiri serta mustahak dengan penubuhan program peringkat universiti oleh Kansas University di Amerika Syarikat dalam tahun 1946 [5]. Di United Kingdom pula, pakar terapi muzik diiktiraf sama taraf dengan profesional para-perubatan yang lain apabila Jabatan Kesihatan dan Sekuriti Sosial menganugerahkan mereka dengan struktur gaji dan pekerjaan yang sah [8]. Semua ini menunjukkan bahawa muzik boleh membawa faedah yang penting kepada manusia sekiranya ianya digunakan dengan betul.

Kajian mendalam terhadap perhubungan muzik dengan perkembangan kanak-kanak menunjukkan bahawa muzik dapat memainkan peranan penting dalam memperkembangkan kemahiran kognitif, fizikal dan sosial kanak-kanak [9, 10]. Kerajinan yang diperlukan dalam pembelajaran kemahiran bermain sesuatu alat muzik dapat membina disiplin. Kanak-kanak yang aktif bermain muzik secara berkumpulan pula dapat memperkembangkan kemahiran berinteraksi secara sosial. Keyakinan diri pula diperkembangkan apabila seseorang kanak-kanak itu berjaya bermain sebuah lagu. Daya kreatif dibina apabila kanak-kanak digalakkan mencipta lagu sendiri. [11]. Muzik telah lama dimasukkan dalam kurikulum peringkat sekolah rendah dan menengah di negara Barat, dan baru-baru ini ianya mula diperkenalkan di sekolah di Malaysia [12]. Ini menandakan bahawa muzik diiktiraf sebagai suatu mata pelajaran yang patut dipelajari sebab ianya dapat membawa faedah.

Contoh-contoh penggunaan muzik yang dibincangkan di atas menunjukkan bahawa sebahagian besar daripada masyarakat umum kenal bahawa muzik boleh mempengaruhi manusia. Pengaruh muzik ini tidak berhenti setakat individu sahaja, tetapi dapat juga mempengaruhi masyarakat secara lebih umum, khususnya dalam membina semangat nasionalisme di kalangan rakyat sesuatu negara. Ini dilihat dalam pembangunan gerakan Nasionalisme di benua Eropah pada pertengahan abad ke-19 dan awal abad ke20.

Sejarah Nasionalisme Muzik

Semangat nasionalisme mula dibangunkan di benua Eropah semasa Revolusi Perancis dan Perang Napolean pada awal abad ke-19. Semangat ini mempengaruhi ramai komposer pada pertengahan abad yang sengaja mencipta lagu yang mempunyai identiti kebangsaannya yang tersendiri. Lagu dan tarian rakyat serta melodi baru yang menggunakan elemen lagu rakyat sengaja disertakan dalam karya komposer nasionalis ini. Komposer nasionalis sering mencipta lagu dan opera yang mempersembahkan

sejarah, legenda atau landskap masing-masing. Ritma, corak nada, tekstur dan melodi yang berpunca dari muzik tradisional dipaparkan dalam membina gaya komposisi kebangsaan yang tersendiri. [13].

Di setiap negara muncul komposer yang mewujudkan muzik kebangsaan dengan identiti masing-masing yang tersendiri. Di negara Rusia, kumpulan The Russian Five yang terdiri daripada Mily Balakirev, Cesar Cui, Alexander Borodin, Nikolai Rimsky-Korsakov dan Modest Mussorgsky berpakat dengan tujuan mewujudkan muzik Rusia yang bebas dari pengaruh muzik Jerman, Itali dan Perancis yang menguasai muzik di Eropah pada masa itu. Walaupun mereka berjaya mencipta beberapa karya yang penting, Peter Tchaikovsky (1840-1893), yang bukannya anggota kumpulan tersebut, merupakan komposer Rusia yang paling terkenal yang berjaya membangkitkan identiti muzik Rusia bukan sahaja di negara Rusia tetapi di seluruh dunia. [13, 14].

Komposer lain mewujudkan muzik kebangsaan di negara yang lain. Bedrich Smetana (1824-1884) dan Anton Dvorak (1841-1904) di Czech, Bela Bartok (1881-1945) di Hungary, Jean Sibelius (1865-1957) di Finland, Edvard Greig (1843-1907) di Norway, Edward Elgar (1857-1934) di England, dan Isaac Albeniz (1860-1909) dan Manuel de Falla (1876-1946) di Sepanyol merupakan sebahagian daripada komposer begini. Giuseppe Verdi (1813-1901) sengaja melambangkan semangat nasionalis Itali dalam segala karyanya (khususnya opera), seperti juga Richard Wagner (1813-1883) di negara Jerman. Komposer di Amerika Syarikat tidak pula ketinggalan dalam mewujudkan identiti unik mereka. Aaron Copland (19001990) dan George Gershwin (1898-1937) adalah di antara komposer yang berjaya menimbulkan muzik Amerika yang mempunyai cirinya yang tersendiri. [13,14].

Bagi setiap komposer di atas, bangsa dan negara masing-masing dicerminkan dalam karya komposisi mereka. Muzik digunakan untuk menimbulkan semangat kekitaan serta untuk melambangkan identiti unik negara. Muzik juga membayangkan kebudayaan dalam mana ianya wujud. Bahawa ini berjaya dilakukan paling nyata dicerminkan dalam pengaruh muzik Wagner dalam pembangunan semangat nasionalisme Jerman di bawah pimpinan Adolf Hitler. [15].

Peranan Muzik Popular pada Zaman Terkini

Muzik popular masa kini mempunyai pengaruh yang luas, khususnya di kalangan belia. Pengaruh ini harus dikenali, diiktiraf serta difahami sekiranya sesuatu identiti muzik kebangsaan ingin diwujudkan. Ini disebabkan pengaruh muzik pop memang akan wujud akibat peranan media massa. Jika daya tarikan muzik ini dapat difahami barulah kesan insan buruk kebudayaan popular dapat diatasi dan digantikan dengan kesan insan yang murni.

Para artis dunia muzik pop diminati ramai oleh sebab kebolehan mereka untuk berkomunikasi dengan para pendengar mereka. [16]. Artis popular selalunya menyanyi tentang isu-isu yang mustahak kepada kalangan belia seperti perhubungan lelaki-wanita, perhubungan ibubapa dengan anak, dan sebagainya. Rentak dan irama lagu yang moden dapat menawan hati remaja yang gemarkan perasaan yang dialami ketika mendengar atau bermain muzik begitu.

Dalam membentukkan identiti muzik kebangsaan, pelbagai elemen positif dalam muzik kegemaran ramai perlu diambil kira supaya muzik bercorak nasionalis tidak dipersepsikan sebagai membosankan atau tiada kena-mengena dengan hidup seharian. Elemen-elemen buruk pula harus diketepikan dan digantikan dengan elemen-elemen muzik tradisional yang terdapat di negara ini supaya suatu jenis muzik yang betul-betul melambangkan identiti rakyat Malaysia secara keseluruhannya dapat diwujudkan

Muzik Malaysia

Muzik Malaysia yang mencerminkan masyarakat berbilang bangsa yang bersatupadu belum pernah didefinisikan walaupun muzik setiap kaum ada membawa kesannya yang tersendiri kepada muzik kaum yang lain. Dalam proses membina Bangsa Malaysia, sifat keunikan negara kita di mana pelbagai jenis kaum hidup aman sentosa harus dititikberatkan.

Mengikut perangkaan yang diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia [17], populasi negara kita terdiri daripada kaum Melayu (54.5%), China (29%), India (8%), orang asli (8%, kebanyakannya kaum Iban dari Sarawak dan kaum Kadazan dari Sabah dengan kaum Orang Asli semenanjung hanya membentukkan 0.5% daripada jumlah populasi Malaysia) dan lain-lain (0.5%, kebanyakannya Arab, Sinhalese, Eurasians dan Eropah). Untuk mendefinisikan sesuatu budaya Malaysia yang bersepadu bukannya mudah. Masyarakat majmuk Malaysia mengekalkan tradisi kebudayaan yang kepelbagaian yang walaupun saling berinteraksi masih mengekalkan tangen identiti masing-masing [18]. Information Malaysia 1994 YearBook [19] menghuraikan Malaysia sebagai sebuah negara yang mengandungi 5 jenis budaya berasingan - Islam, China, India, Barat dan Asli - dan menghujah bahawa wujudnya bersama 5 budaya ini melalui zaman membawa maksud mereka pasti telahpun menyerap ciri-ciri satu sama lain untuk membentukkan suatu budaya Malaysia yang unik.

Tan [20] mengenalpasti pengaruh opera China, lagu Hindustani dan vaudeville Barat dalam huraiannya tentang perkembangan bangsawan, atau teater popular Melayu, yang dilahirkan oleh bentuk teater Melayu tradisional. Orkestra Melayu yang mengiringi persembahan bangsawan dihuraikan sebegai kumpulan alat muzik yang berasal dari budaya India, Barat, Amerika Latin dan Melayu [20]. Matusky [21] menjelaskan bahawa dondang sayang dipercayai berasal dari kalangan bersama kaum Melayu dan kaum China Baba dan Nyonya di Melaka. Shafiee Ahmad and Sulaiman Zakaria [22] memerhatikan bahawa kaum China Baba dan Nyonya selalunya menyanyi semata-matanya dalam Bahasa Melayu serta menggunakan gong dan gendang Melayu sebagai alat muzik utama mereka. Malm [23] pula menyenaraikan dengan terperinci pengaruh muzik merentasi budaya yang wujud dalam pelbagai jenis muzik di Malaysia: zapin yang dibawa masuk oleh kaum Arab, bangsawan yang di bawa masuk dari India pada zaman medieval, opera China, manora dengan pengaruh penganut Buddha kaum Thai and pengaruh Hindu, bersilat yang Malm menghuraikan sebagai tarian perang yang mempunyai kaitan dengan tarian perang dari Indonesia, gamelan yang dibawa masuk dari Jawa, nobat yang berasal dari lapangan diraja Islam di India, joget yang menggunakan alat muzik Barat, Arab dan Asli, serta hadrah yang berasal dari Timur Tengah.

Di kalangan artis popular pula, Allahyarham Tan Sri P.Ramlee (1929-1973) merupakan pejuang seni yang paling banyak memberi sumbangan terhadap perkembangan muzik di Malaysia dan pembentukan muzik Malaysia yang tersendiri. [24]. Beliau berhasrat untuk membentukkan gaya muzik tanahair yang unik dengan ciri-cirinya yang tersendiri yang menggabungkan elemen muzik dari pelbagai budaya yang wujud di Malaysia. Beliau mencipta lebih daripada 250 buah lagu yang kebanyakannya masih popular pada masa kini. Karya beliau menggabungkan elemen muzik Melayu tradisional, muzik Barat, muzik Hindustani dan muzik Timur Tengah [24]. Terdapat ramai artis terkini yang juga berusaha untuk menggabungkan pelbagai elemen muzik tradisional dari pelbagai kaum di Malaysia dalam lagu ciptaan dan persembahan mereka. Artis begini, seperti Zainal Abidin, M. Nasir, Sheila Majid, Jenny Chin, Mac Chew, Michael Veerapan dan Zahid Ahmad semuanya boleh dianggap sebagai memainkan peranan dalam pembentukan identiti budaya muzik Malaysia yang bersepadu. Walaupun demikian, harus dititikberatkan bahawa Muzik Malaysia yang mencerminkan masyarakat berbilang bangsa yang bersatupadu belum pernah didefinisikan secara formal.

Media masa boleh memainkan peranan yang penting dalam membentukkan identiti muzik Malaysia yang boleh digunakan dalam membina Bangsa Malaysia. Sebagaimana yang telah dilihat, muzik memang boleh digunakan untuk tujuan yang murni, dan ianya amat sesuai dalam membangunkan semangat nasionalisme serta membina identiti kebangsaan di kalangan rakyat sesuatu negara. Media masa seperti television, radio, dan muzik yang dimainkan di bas mini, kompleks beli-belah dan sebagainya semuanya mempunyai pengaruh yang mendalam dan berkesan ke atas masyarakat umum disebabkan sifat sentiasa adanya media ini di semua tempat. Sekadar muzik masih dimainkan melalui saluran tersebut, pengaruh muzik ke atas orang ramai tidak dapat dielakkan. Muzik yang melambangkan ciri-ciri yang

menyumbang terhadap pembentukan masyarakat yang sihat harus dipromosikan melalui saluran tersebut.

Sistem pendidikan memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya dari media masa. Melalui sistem pendidikan, orang ramai boleh dididik untuk mengenal dan mengapresiasi muzik yang elok dan baik pengaruhnya. Muzik di sekolah dapat membentukkan generasi muda yang matang fikirannya. Pelajar harus diperkenalkan kepada segala jenis muzik dengan keyakinan bahawa pendedahan kepada muzik yang baik akan membentukkan kegemaran terhadap muzik yang baik dan pendedahan terhadap muzik yang kurang baik akan menimbulkan kesedaran pelajar terhadap elemen buruk yang wujud dalam muzik begitu.

Multimedia Information Superhighway atau Internet pula boleh juga memainkan peranan yang penting dalam membina Bangsa Malaysia. Imej budaya Malaysia boleh dipaparkan ke seluruh dunia. Disebabkan sifat muzik dan sifat multimedia, media ini merupakan pentas yang amat sesuai untuk mempersembahkan bangsa Malaysia yang bersatupadu yang dicerminkan oleh muzik Malaysia yang bersepadu.

Kesimpulan

Muzik memang sanggup memainkan peranan yang besar dalam membina Bangsa Malaysia. Tertinggallah kepada diri kita semua untuk menggunakan media komunikasi yang berkuasa ini dengan cara yang berkesan. Mendengar dan bermain alat muzik adalah sama (hukumnya) dengan merasa makanan yang lazat, menghidu bau yang harum, melihat pemandangan yang cantik atau mencapai pengetahuan yang tidak diketahui adalah semuanya keseronokan naluri yang dianugrahkan Tuhan kepada manusia. Semuanya memberi kesan menenangkan fikiranapabila kepenatan jasmani dan memberi kesan dalam memulihkan semula tenaga . (Syaikh Syaltut menggunakan hujah Imam alGhazali dalam Ihya Ulumiddin, Jld 2, pg 208.) Pengenalan: Pendidikan muzik bagi kanak-kanak melibatkan perkembangan kreatif dan dayaestetika. Program yang terdapat dalam pendidikan muzik mengandungi programnyanyian, pergerakan, pendengaran, penciptaan, permainan alat dan responkepada visual dan verbal bunyi-bunyian. Disamping itu muzik turut dapatmenyumbangkan kepada perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh yangmeliputi perkembangan intelek, emosi, social dan fizikal.

Swanwick K and Talor D.(1982), menyatakan muzik boleh dijadikan satu perantaraan untuk bersosialdan merenggangkan emosi yang tegang.Muzik juga telah menjadi sebahagian daripada budaya dalam masyarakatMalaysia. Kanak-kanak secara semulajadinya cukup cepat terangsang kepadabunyi muzik yang mereka dengari. Lazimnya juga kanak-kanak akan merasaselesa melahirkan ekpresi melalui muzik, irama dan ton yang merupakan asas-asas dalam pendidikan muzik. Kenapa pendidikan muzik Kanak-kanak pada umumnya sangat kreatif. Sepanjang mereka berada disekolah mereka bukan sahaja hanya berkebolehan melahirkan fikiran danperasaan melalui bahasa yang berkesan tetapi berkemampuan melahirkan

perasaan-perasaan yang mereka alami seperti bahagia, marah, sedih, takut,kecewa dan lain-lain lagi melalui media seni halus dan kraf serta muzik. Jikadiberi satu bimbingan yang betul oleh guru, kanakkanak akan terangsang untukmenunjukkan daya imaginative dan kreativiti dengan pelbagai cara mengunakanpelbagai alatan dan bahan. Menyedari hakikat ini maka menjadi tanggungjawabguru prasekolah untuk menyediakan ruang dan peluang untuk kanak-kanakprasekolah agar mereka dapat meluahkan emosi mereka dengan cara yang lebihterkawal iaitu melalui pengalaman mendengar, bermain, menyanyi dan bergerakmengikut rentak dan alunan muzik1.Muzik dapat membantu kesan yang positif kepada perkembangan kanak-kanak.-Perkembangan kemahiran kognitif seperti peningkatan minda danboleh memberi sebab.-Boleh memperkayakan persekitaran rangsangan seperti penggunaanderia motor kanak-kanak-Kajian menyatakan kanak-kanak yang aktif/ terlibata secara langsungdalam muzik akan dapat: o Membaca dan mathematik dengan baik apabila mula memasukialam persekolahan. o Menumpukan perhatian dan boleh mengawal pergerakan motor. o Bermain dengan baik dan mempunyai keyakinan diri yangtinggi.2.Kanak-kanak dapat menikmati kepuasan diri dengan rakan-Dengan menikmati muzik bersama rakan kanak-kanak akanmempunyai sifat kepunyaan terhadap kumpulannya.-Kanak-kanak akan hilang sifat malu apabila bersama dalam kumpulan.3.Muzik membuatkan kanak-kanak berasa seronok.-Kanak-kanak dapat meningkatkan pengalaman dan dapat merasaseronok apabila belajar muzik Definisi Muzik

Hampir semua orang pernah mendengar perkataan muzik dan mungkin ramai juga yangmengatakan yang ia tahu maksud perkataan muzik. Tetapi untuk mendapatkanpersetujuan tentang definisi muzik mungkin tidak begitu mudah. Pada amnya muzik adalah diakui sebagai satu cabang seni dan juga sains yang menggabungkanbunyibunyi vokal dan atau instrumental termasuk bunyi-bunyi semula jadi dari persekitaran atau rekaan dengan satu cara yang dianggap memuaskan mengikut estetika, corak pemikiran, dan emosi manusia yang juga boleh mencerminkansesuatu budaya tertentu. Bunyi burung, semboyan keretapi, azan dari masjid, bacaan quran, bunyi kipas danbunyi-bunyi lain yang didengar dipersekitaran boleh didefinisikan sebagai muzik juga.

Bahasa Arab, pengertian muzik dalah sebagai handasah alsawt yang bermaksudkejuruteraan bunyi secara artistik . Sebenarnya muzik ialah satu perkataan yang telahdiwarisi daripada cerita-cerita dongeng zaman puba Yunani diberi nama sebagaiMuses yang bemaksud semua bentuk seni halus termasuk muzik. Tetaoi pada hari iniperkataan muzik ini digunakan secara universal dan bermaksud seni bunyi-bunyian . Matlamat dan objektif Matlamat Pendidikan muzik adalah bertujuan untuk memperkembangakan potensi dan kualiti diriindividu dari segi nilai estetika muzik dan etika melalui pelbagai pengalaman muzik kearah meningkatkan kesejahteraan hidup dalam konteks budaya dan aspirasi negara Objektif Dengan memahami muzik kanak-kanak akan dapat;1.menikmati pelbagai pengalaman muzik2.memperkembangkan nilai estetika, kreativiti, dan ekspresi diri;3.merasai dan mengenal konsep muzik4.meningkatkan kemahiran mendengar muzik secara aktif;5.mengenal dan memahami sistem notasi muzik yang asas6.memperkembangkan kemahiran asas dalam kegiatan nyanyian, muzikdengan gerakan dan permainan alat;7.memupuk semangat berusaha, disiplin diri dan yakin diri;8.mengamalkan semangat toleransi dan kerjasama;9.mengenal dan menghargai pelbagai jenis muzik tanah air, tradisional dansemasa yang sesuai;10.mengenal muzik yang sesuai dari beberapa negara lain; dan11.menjadi pengguna muzik yang berpengetahuan dan berdiskriminasi. Untuk menyediakan persekitaran pembelajaran muzik yang kondusif ia perlumerangkumi,

play..main permainan komunikasi gambaran imiginasi bercerita bekongsi refleksi dalam kehiduoan seharian penglibatan kumpulan dan individu dalam kehidupanbermasyarakat. Sentiasa menggunakan latih tubi Kanak-kanak sentiasa mematuhi dan mengikut model. Keupayaan muzik semula jadi kanak-kanak menjadi stabil apabila merekaberumur sembilan tahun. Pada peringkat awal kanak-kanak, ia merupakantempoh kritikal untuk memahami dan menghasilkan muzik (Andress, B,1980). Jadual dibawah menerangkan kemahiran muzikal yang dikuasai olehkanak-kanak mengikut peringkat-peringkat perkembangan tertentu

AKTIVITI MUZIK:Bidang Nyanyian Bidang nyanyian memberi penumpuan dan penegasan kepada aspek postur,pendengaran, sebutan, pernafasan da eknik pengeluaran suara. Kegiatan ensemblevokal diadakan bagi memastikan penglibatan semua pelajar secara harmonis danseimbang. Amalan nilai-nilai murni yang berkaitan dengan disiplin diri dan kerjasamadiutamakan dalam kegiatan ensembel. Penerapan nilai-nilai murni juga dipupuk melaluilirik lagu terutama melalui lagu yang berunsur budaya tanah air masyarakat Malaysia.Konsep muzik yang ditegaskan dalam bidang nyanyian ialah melodi dan irama.Antara kegiatan yang diadakan adalah seperti berikut;a.Mari menyanyi Menyanyi lagu yang digemari-lagu beraksi-lagu berentak tradisional-lagu pusingan dan-lagu suara berlapis

Menyanyi secara spontan dan hafalan Menyanyi dengan menggunakan skor muzik

b.Menyanyi secara muzikal Menyanyi lagu dalam pelbagai meter dengan memberi penegasankepada tekanan dan latihan sebutan berirama Menyanyi pelbagai jenis lagu dengan memberi tumpuan kepada:-pic, tempo,corak irama, melodi; danekspresi mengikut mud dan dinamik.c.Teknik dan cara menyanyi Membuat latihan vokal dengan memberi tumpuan kepada latihan skeldan warna ton Membuat latihan teknik menyanyi untuk mengenal bentuk kontur, urutandan rangkai lagu dengan tumpuan kepada;-pernafasan-pengeluaran suara-artikulasi-sebutan, dan-postur.d.Meneroka dan mengenal muzik nyanyian Mendengar dan menyanyi dalam beberapa jenis jalinan suara sepertimonofoni dan polifoni. Membuat pelbagai improvisasi dengan mengolah konsep muzik sepertipic, irama dan lirik seperti cara nyanyiannya. Mendengar dan menilai pelbagai jenis lagu dan nyanyian dari aspek;-lirik-melodi-cara menyanyi, dancara persembahan

Mendengar secara bebas dan berpandu dengan memberi perhatiankepada konsep muzik dan jenis muzik vokal Berbual mengenai sesuatu lagu dari segi cara hidup, alam sekitar,lagenda dan tokoh. Memberi respon mengikut lagu dari segi perasaan dan pengalaman diri. Mendengar dan mengenali pelbagai jenis lagu yang berunsur tradisionaldan lagu dari negara lain. Muzik dengan gerakan Muzik dengan pegerakan memberi peluang kepada pelajar menggunakan tubuh badansebagi respon kepada muzik. Kegiatan dalam bidang ini mementingkan kesedaranpenggunaan semua anggota badan untuk melahirkan ekspresi diri melalui rangsanganmuzik yang didengar sambil memahami konsep muzik khususnya irama dan ekspresi.Terdapat lima jenis kegiatan pergerakan dengan muzik yang disusun mengikutperkembangan dari yang mudah kepada yang kompleks. Kegiatannya adalah sepertiberikut:

Contoh-contoh Lagu untuk Nyanyian :Malaysia tanah airku Malaysia tanah airkuTanah tumpahnya darahkuNegara yang amat kucintaHidup kekal bahagiaMalaysia tanah yang subur Sentosa aman dan makmur Megahnya lagu negarakuKan ku sanjungnya selalu. Deria saya lihat dengan mata saya dengar dengan telinga,macam-macam warnamacam-macam bunyimerah, kuning, hijau, birutik-tok (2x) bum-bam (2x)jingga dan ungguriuh bunyinyasaya sentuh dengan jari,saya rasa dengan lidah,macam-macam benda,macam-macam benda,keras, lembut, kasar, halus,masam, manis, pahit, masinlain rasanya. Itu rasanya.Saya hidu dengan hidungKalung bunga tanjungBau sedapnya harum wangiSenangnya hati Sayang kepada keluargaWaktu malam Saya sayang pada bapasungguh indah diwaktu malamPada ibu dan saudarasunyi sepi amannya alamSaya sayang pada kakakribuan bintang kelip-kelipanPada abang dan semua.Inilah ciptaatuhannMerekalah berusahacuba lihat bulan mengambangJaga saya sampai besarwaktu malam terang benderangMerekalah bantu sayaoh sungguh cantik seluruh alamBersekolah untuk jaya.Inilah kuasa tuhan

Lagu Haiwan: TUPAI ADA SEKO ANOK TUPA, ATAS JULAI MOKTE,KUDUNG EKOR, PEROT LAPAR,JALE CARI MAKE, JALE CARI MAKEKEJADIAN TUHE, DIPANGGIL NAMA TUPA,

ASALNYA DALE HUTE, SEJENIS MAMALIAKALAU PASAI JAKEH KOT DEHE, DIALAH YANG PALING PANDAIJATUH JARE- JARE, KERANO DIA TOK SOBARPANDAI-PANDAI TUPA MELOPAK, JATUH TANAH JUGANAK WI KOBA ORANG JAHAT, JANGE TELAJAK MANGOTJANGE TELAJAK MANGOTORANG ZAME ITU, PAKAT HAMBAK TUPAIBIMBANG KAWOH KAYU, TAKOT TOK DEE BESARNYIOR DURIAN DUKU, KALAU DEE NYA KERIT TUPAPENDEK TAHUN TU, NYIOR DURIAN TAK DE NAK JUALORANG KAMPONG TUPAI SEKO, HAMBAK HARI-HARINYA PAKAT LENGKONG, NYA PAKAT PEKONGTUPA TAK LEH LARI, TUPA TAK LEH LARITAKAT BEDIL ADO, TUPA HABIH MATIHOK NILAH SAYA RASO, KITA SANGAT RUGIKITA MANUSIO, TINGGI MANO PON KITA NGAJINAK WAT TUPA SEKO, TENTU SEKALI DAH TAK JADILA NI KAMPONG, ATAS PAGARJARE BOLEH TENGUK, BAPA TUPA, IBU TUPAJALE BAWAK ANOK, JALE BAWAK ANOKRASA KESIAN SUNGGOH, TENGOK SEKO ANOK TUPAKERANA TELAJAK KURUH, SAMPAI TOK LEHNAK MENITI PAGABULU-BULUH PUN HABIH LUROH, AIR MATA BERAI-BERAIMARI DALE BAROH, BERKALI KENA RACUN TEBAKAADA SEKO ANOK TUPA, ATAS JULAI MOKTE,KUDUNG EKOR, PEROT LAPAR,JALE CARI MAKE, JALE CARI MAKE Gembira Jumpa Ibu. Hatiku gembira, bilaku bejumpa,Dengan ibu tercinta yang rajin bekerjaIbuku seorang ibu yang penyayang,Mendidik mengasuhku tanpa rasa jemuOh ibuBila keluar kemana-manaIbu sentiasa menjaga anaknya,Memakai tudung cantik sekali

Wajahnya pula sopan tak berseriRiang rasa hatiu dapat ibu misali,Mendidik mengasuhku, jadi insan berilmu,Oh ibu. Tugas Guru Dari pagi sehingga ke petangTugas dijalankan penuh sabar Tawa tangis rentak anak-anakJadi lagu riang dihatikuIbu bapa dan juga majikanAmalan yang telah ku terimaWalau apa rtintangan yang datangAkan ku hadapi dengan tenang.Kasih sayang bahagi sama rata,Tugas membentuk akhlak yang muliaKalau ada jangan sampai menderaKu berjaya Dengan rasa tabah.Hajat kamipengasuh yang cemerlangHajat kamii pengasuh yang gemilangHajat kami Khidmat yang dipatuhiHajat kami semoga diberkati.

Latihan tangan

Source: http://ms.shvoong.com/humanities/669624-sejarah-muzik/#ixzz1tgDvMwjC smpmz1108ipgmktar.blogspot.com/.../definisi-mu

gamelanmaher.blogspot.com/.../pengenalan-padapsikomotor48.blogspot.com/.../definisi-muzik.htm duniamuzzikku.blogspot.com/p/sejarah-muzik.html ms.shvoong.com Seni & Kemanusiaan www.musicmall-asia.com/minni/.../bangsa.htm www.scribd.com/.../Pendidikan-Muzik-Prasekolah Kreativiti merupakan eleman yang dinamik yang tersirat di dalam jiwa kanak-kanak. Pergerakan menjadi printis bagi membolehkan kanak-kanak untuk memulakan proses kreativiti mereka dan dalam ruang batas pendidikan tertentu mereka didorong untuk mencurahkan tenaga kreatif mereka. Kanak-kanak merupakan individu yang unik dan kreatif. Potensi kreativiti mereka berbeza antara satu sama lain dari segi perkembangan fizikal dan kecenderungan terhadap pembelajaran terhadap pembelajaran. Kreativiti merupakan proses yang boleh digunakan untuk menyelessaikan masalah mengikut pendekatan baru yang menggunakan pengetahuan dan pemahaman yang bersifat unik dan individualisti, dapat memberi pengalaman yang lebih bermakna kepada kanak-kanak.

Anda mungkin juga menyukai