Anda di halaman 1dari 12

BUDAYA HEDONISME: PROPAGANDA KERUNTUHAN AKHLAK DAN JATI DIRI MELAYU- MUSLIM Zakaria Stapa Abdul Hafiz Mat

Tuah
Abstrak : Hedonisme merupakan pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan keseronokkan atau kesenangan. Secara kontekstualnya, budaya hedonisme ini membawa maksud gaya hidup yang hanya mengejar keseronokkan semata-mata. Budaya ini tidak dapat disangkal sama sekali akan penularannya yang sangat subur dan sebati di hati dan minda umat Islam terutamanya golongan remaja masa kini. Propaganda barat yang cenderung dalam menyebarkan wabak yang sukar mendapatkan vaksin untuk mengubati penularaanya bakal mengancam keunggulan umat Muhammad keseluruhannya. Ironinya, generasi hari ini mudah dijangkiti dengan budaya hedonisme ini sehingga merapuhkan tiga tunggak utama kekuatan Islam iaitu iman, islam dan ihsan. Justeru, artikel ini akan merungkaikan permasalahan akhlak yang berpunca daripada agen penghakis budaya hedonisme sekaligus adalah relevan untuk mengupas isu berkaitan hedonisme yang meracuni pemikiran umat Islam dan bertentangan dengan norma-norma Islam yang sebenarnya. Oleh itu, bagi memerangi masalah ini, umat Islam perlulah berganding bahu dan menitiberatkan pelbagai aspek dalam usaha mencegah budaya ini daripada terus mengancam generasi yang akan datang. Kata Kunci: Hedonisme, Keruntuhan Akhlak, Jati diri dan Melayu Muslim

PENDAHULUAN Ideologi pada abad ke-21 yang menjadi barah dalam jiwa umat Islam merupakan kuasa material yang bergerak ke arah peningkatan kesejahteraan manusia dari pelbagai aspek kehidupan termasuklah hiburan, fesyen dan sebagainya secara berlebih-lebihan. Inilah realiti globalisasi sebenar yang membawa kepada kejatuhan umat Islam dalam menyertai perkembangan dan kemajuan keilmuan, kebudayaan, teknologi dan ekonomi seperti yang diperlukan pada abad ini. Konflik yang menyerang minda umat Islam ini membawa pergolakan dalam diri mereka sendiri dan tidak dapat dibendung sehingga meruntuhkan akhlak umat Islam yang tidak lagi ampuh. Isu hidonisme ini menjadi lebih parah apabila disinonimkan dengan umat Islam khususnya yang merupakan sasaran utama propaganda Barat untuk memesongkan akhlak penganut agama Islam. Ternyata di dalam akhbar peningkatan kes-kes masalah sosial dan jenayah seperti merompak, seks bebas, buang bayi, dadah dan sebagainya bukan merupakan suatu isu baru namun ia sudah menjadi satu kebiasaan akibat tamparan hebat kuasa hedonisme. Justeru, kuasa hedonisme yang dicorakkan dalam hati dan jiwa umat Islam perlulah ditangkis dan ditangani secara menyeluruh agar tidak

1084

/ Budaya Hedonisme: Propaganda Keruntuhan Akhlak Dan Jati Diri Melayu- Muslim

membawa kepada implikasi yang lebih parah ke atas khalifah-khalifah Allah yang bakal menerajui tampuk pemerintahan suatu hari nanti. KONSEP HEDONISME Merujuk kepada Kamus Dewan Edisi keempat, hedonisme membawa maksud pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup (2010: 523). Manakala berdasarkan The Columbia Encyclopedia, edisi ke-6 2001, hedonisme bermaksud The doctrine that holds that pleasure is the highest good iaitu Budaya hedonisme adalah satu doktrin yang menekankan keseronokan adalah kemuncak kepada segala kebaikan. (Danial 2009: 139). Menurut al-Adib (2009:23) hedonisme ialah kegilaan untuk hidup bergembira dan berkehendak untuk bersuka ria tanpa batasan. Wadahnya mudah ditelah, iaitu hiburan tanpa henti. Wahananya terdiri daripada bahan elektronik hinggalah kepada bahan percetakan. Hiburan, suka ria, berpesta, konsert, gaya hidup seks bebas dan segalanya. Ikonnya terdiri daripada golongan artis, pelakon, bintang sukan dan selebriti. Jika diteliti, hedonisme merupakan salah satu cabang fahaman sekularisme. Fahaman sekularisme telah menekankan lima prinsip utama sebagai neraca dalam alirannya iaitu prinsip vetalisme menekankan apa-apa yang berbentuk kuat dan menguntungkan dari segi kebenaran akan dianggap baik. Prinsip kreativiti meletakkan sesuatu yang boleh mencetuskan daya kreativiti dan menghasilkan ciptaan baru akan dianggap sebagai yang terbaik dan bermutu. Selain itu, prinsip relatif pula menekankan tidak ada sesuatu konsep pemahaman terhadap sesuatu fakta atau teori yang bersifat mutlak dan kekal. Sebaliknya semua prinsip boleh berubah mengikut peredaran zaman dan perkembangan ilmu pengetahuan. Prinsip hedonisme pula menggariskan menekankan sesuatu yang boleh memuaskan hawa nafsu manusia akan dianggap baik, manakala apa sahaja yang boleh membawa kepada penderitaan nafsu akan dianggap buruk dan prinsip yang terakhir pula menganggap majoriti masyarakat sebagai pemutus (al-Khalidi 2009: 149). Yahudi telah merancang serangan pemikiran dalam protokol mereka adalah untuk merosakkan akhlak, akal dan keperibadian manusia terutamanya umat Islam. Mereka telah mendokong teori Freud yang mentafsirkan semua perlakuan manusia adalah hasil daripada keinginan seks dan bertitik tolak daripada dorongan menikmati kelazatan nafsu. Bukan setakat itu sahaja malah mereka juga mendokong teori karl Marx yang merosakkan akal dan akhlak orang ramai serta menghapuskan agama dan memandang rendah akidah ketuhanan. Yahudi juga merupakan orang yang mendokong teori Nietche yang menyelenyapkan akhlak dan mengharuskan bagi manusia melakukan semua perkara yang boleh membawa kepada kepuasan. Bagi bangsa Yahudi teori Natural merupakan pendokong untuk mereka melenyapkan akidah dan mengharuskan kepada semua manusia melakukan semua perkara yang boleh memberi kepuasan walaupun dengan membunuh, menumpahkan darah atau menceroboh (Abdullah Nasih Ulwan 2003: 86).

International Conference and Exhibition on Research in Islamic and Arabic Language Education 2011 26th 29th September 2011, Langkawi, Kedah, Malaysia

/ 1085

Protokol Yahudi mendedahkan rancangan yang disusun bagi mendirikan sebuah negara Yahudi yang diusahakan sejak berkurun lamanya. Protokol ini disunting sendiri oleh para cendiakawan Zionis dan ia menggariskan metode Yahudi merancang kemusnahan agama, bangsa dan negara-negara sasaran mereka bagi memastikan perancangan keji mereka tercapai matlamatnya. Berdasarkan protokol ini, dapat dibuktikan bahawa protokol ke-10 yang memberikan jawapan kepada persoalan tentang budaya hedonisme. Ia tercatat sebagaimana seperti berikut (Sabaruddin 2010: 155): Pemikiran Liberalisme akan ditanam dalam minda pemimpin negara-negara bukan Yahudi. Akibatnya kestabilan politik menjadi goyah dan pilihanraya dapat diatur. Kemenangan akan disusun agar pemimpin-pemimpin yang cenderung kepada Zionis akan beroleh kemenangan. Maka semua perancangan Yahudi akan dapat dilaksanakan olehnya. Protokol ke-10 telah diterjemahkan pelaksanaannya dan didakwa oleh sesetengah pihak elemen-eleman yang menyokong pergerakan doktrin hedonisme dalam masyarakat. Terdpat lapan perkara yang diterapkan agar menjadi budaya dalam kalangan bangsa Yahudi. Lapan perkara ini diakronimkan dengan 4S dan 4F iaitu Song, seks, smoke dan sport dalam kelompok 4S. Manakala dalam kelompok 4F ialah Fun, female, fashion dan food. Hasil daripada peranan media massa yang dikuasai oleh golongan Zionis maka semua perkara ini seolah-olah menjadi budaya moden di seluruh dunia (al-Khalidi 2009: 152). MANIFESTASI IDEOLOGI HEDONISME Pembudayaan ideologi ini dalam kehidupan umat Islam semakin hari menjadi amalan kebiasaan yang tidak lagi dipandang jijik oleh masyarakat seolah-olah ia sudah menjadi sebati dalam diri dan jiwa mereka. Oleh itu, keruntuhan akhlak dan akidah umat Islam perlulah diberi perhatian yang lebih dan tindakan susulan juga perlu dilaksanakan supaya fahaman ini tidak merebak dengan begitu berluasa. Fenomena gaya hidup yang melanda umat Islam mutakhir ini berdasarkan fahaman hedonisme yang dapat dibuktikan melalui beberapa corak budaya dan aktiviti yang diamalkan. Antaranya ialah: Pengaruh Bebas, Seks Bebas, Lesbian, Homoseksual Dan Pelacuran. Hasil cetusan ideologi ini menyebabkan manusia sering memikirkan kebebasan dalam melakukan pelbagai perkara tanpa mementingkan halal atau haram. Amalan ini menjadi dominan dan sukar dikawal kerana ia telah merebak dalam kehidupan umat Islam khususnya. Yahudi menyatakan dalam protokol mereka untuk merosakkan akhlak manusia di setiap tempat. Teori Freud yang mereka amalkan akan terus membentangkan teori berkaitan dengan seks sejelas-jelasnya. Hasilnya ialah memuaskan kehendak hawa nafsu seks adalah matlamat utama dan mengundang keruntuhan akhlak umat Islam keseluruhannya (Abdullah nasih

1086

/ Budaya Hedonisme: Propaganda Keruntuhan Akhlak Dan Jati Diri Melayu- Muslim

Ulwan 2003: 117). Implikasinya ialah peningkatan mendadak kes-kes seperti pembuangan bayi yang begitu ketara khususnya di Malaysia, remaja mengandung sebelum bernikah, pemerdagangan manusia dan pelbagai penyakit jangkitan seksual terutamanya daripada chlamydia, gonorrhoea, genital warts dan juga herpes serta HIV-AIDS (Danial 2009: 143). Pengaruh Media Massa Dan Teknologi Maklumat. Globalisasi dunia banyak memberi implikasi yang luas terhadap perubahan nilai dan norma kehidupan umat manusia sekaligus mengakibatkan pola perubahan dalam keperibadian manusia itu sendiri. Corak kebudayaan manusia ditranfomasikan dalam proses penyerapan dan internalisasi sains dan teknologi masa kini. Sains dan teknologi bukan sahaja memberi manfaat kepada manusia, akan tetapi ia juga dapat merosakkan dan menghancurkan sistem kehidupan manusia. Sejarah telah membuktikan bahawa kemajuan sains dan teknologi dianggap sebagai keagungan peradaban manusia masi kini sekaligus menjadikan manusia kehilangan kesedaran nilai-nilai agama dalam diri (Chumaidi 2000: 175176). Pronografi menjadi sebuah industri yang besar pada hari ini. Buktinya ialah antara media yang begitu ghirah memaparkan gambar-gambar dan adegan lucah adalah internet. Mengikut internet Filter Reviews 2006, di bawah tajuk internet Pornography Statistics, terdapat 4.2 juta laman web dengan 372 juta helaian keseluruhannya (pages) yang memaparkan adegan-adegan lucah di seluruh dunia. Dalam masa setahun, jumlah mereka yang menziarahi laman-laman web lucah mencecah 72 juta orang. Kebanyakkan mereka yang melawati laman web ini adalah terdiri daripada golongan remaja dalam lingkungan 12 hingga 17 tahun (Danial 2009: 141). Hiburan Melampau Membiarkan umat islam sibuk dengan hiburan daripada menghayati aqidah Uluhiyyah dan apabila ditanya kepada Karl Marx, Apakah ganti kepada akidah Uluhiyyah? beliau menjawab, Gantinya ialah hiburan dan pementasan. Alihkan pemerhatian mereka daripada menghayati akidah Uluhiyyah dengan hiburan dan pementasan (Abdullah Nasih Ulwan 2003: 118). Berdasarkan pernyataan dalam Utusan Malaysia bertarikh 20 April 2010. Ali Syariati, seorang ulama terkemuka Timur Tengah pernah berkata, tentangan terbesar bagi remaja Muslim masa kini adalah budaya hedonisme (kesenangan adalah hal yang paling penting dalam hidup) yang seolah sudah mengurat nadi. Jelasnya, kebanyakkan generasi kini mudah diresapi gejala-gejala negatif yang ditiru bukan daripada ajaran agama tetapi daripada budaya barat yang diimport. Pada 1 Februari 1989, Pesta Rock Kota Raya sempena Hari Wilayah telah mendapat sambutan hangat sekali. Para pemuja muzik rock yang sekaligus pendokong budaya rock telah mengenepikan beberapa pertunjukan percuma yang lain semata-mata untuk memberi sokongan pemzik-pemuzik rock yang mereka puja (Zakaria Stapa 1994: 81). Ini jelas membuktikan budaya rock telah lama wujud.

International Conference and Exhibition on Research in Islamic and Arabic Language Education 2011 26th 29th September 2011, Langkawi, Kedah, Malaysia

/ 1087

Budaya Sukan Isu bersukan dan menyertai pertandiangan sukan memang tidak menjadi masalah malah aktiviti ini amat digalakkan oleh semua agama. Namun yang menjadi masalah ialah apabila aktiviti ini menyebabkan pemain dan peminat sukan lupa akan tanggungjawab kepada PenciptaNya. Perlawanan sukan berlanjutan sehingga melepasi waktu sembahyang fardhu. Ini menjadikan peminat-peminat dan pemain itu sendiri tidak mendirikan solat yang menjadi kewajipan kepada setiap individu Muslim. Isu berkenaan sukan ini juga dapat dilihat berdasarkan fenomena yang wujud dalam hubungan pakaian ahli sukan semasa penglibatan mereka dalam aktiviti kesukanan. Pakaian yang menjolok mata sehingga mendedahkan aurat diri di khalayak ramai yang turut menjadi ikutan ganerasi hari ini (Zakaria Stapa 1994: 78). Judi, Arak, Dan Rokok Islam mengharamkan segala yang boleh memabukkan dan boleh mendatangkan kemudaratan kepada umatnya. Amalan ini merupakan salah satu corak budaya yang dibawa oleh fahaman hedonisme. Aktiviti ini juga meresap masuk dalam kehidupan umat Islam di Malaysia. Berdasarkan Berita Harian bertarikh 24 Februari 2005, sejak dari tahun 1988 hingga Januari 2005 sebanyak 274,923 penagih dadah dikesan di Malaysia. Daripada jumlah itu, 28.052 adalah anak muda yang berusia antara 19 hingga 39 tahun. Berkata seorang pemimpin tertinggi imperialis (Nik Azran & Mohd Mahadi 2005: 48): Arak dan nyanyian merupakan dua unsur yang mampu menghancurkan umat Muhammad dengan berkesan berbanding seribu laras meriam, maka untuk itu tenggelamlah mereka ke dalam kancah maksiat dan materialistik. Manakala judi boleh mendatangkan kemudaratan kepada umat Islam. Keharmonian hidup dalam masyarakat akan terancam kerana pada kebiasaannya mereka akan melakukan sebarang tindakan sekalipun membunuh nyawa-nyawa yang tidak berdosa semata-mata untuk mendapatkan wang bagi menanggung kekalahan judi. Ini jelas membuktikan bahawa pegangan masyarakat Muslim terhadap akidah Islam begitu rapuh sekali. Tanpa benteng akidah yang konkrit dan akhlak sebagai dinding, nescaya umat Islam tidak mampu menghadapi serangan musuh dari pelbagai sudut (Ahmad Redzuwan 2003: 57). Fesyen Pakaian Aspek pemakaian pada hari ini turut mendatangkan masalah kepada umat Islam hasil daripada fahaman hedonisme. Umat Islam di Malaysia umpamanya, tidak lagi mementingkan budaya ketimuran dan Islam yang sepatutnya ditonjolkan. Malah mereka lebih berbangga dengan mengenakan fesyen yang mendedahkan aurat dan menjauhi etika berpakaian Islam sebenarnya. Pengaruh budaya ini dicedok seratus peratus tanpa memikirkan kesan negatifnya. Dalam konteks peradaban barat moden, ia adalah peradaban yang mengenepikan Tuhan dan

1088

/ Budaya Hedonisme: Propaganda Keruntuhan Akhlak Dan Jati Diri Melayu- Muslim

memberikan penghormatan tinggi kepada kebendaan. (Engku Ahmad Zaki 2007: 121). Berkata seorang pemimpin tertinggi Freemasonary Kita hendaklah menguasai golongan wanita. Apabila kita berjaya menguasai mereka, maka kita sogokkan mereka dengan perkara-perkara yang haram (Nik Azran & Mohd Mahadi 2005: 48). Materialistik Penyakit cintakan dunia yang disuburi dengan siraman slogan-slogan pemodenan seperti globalisasi dan new order semakin mengaktifkan lagi perasaan kecintaan kepada dunia. Penyakit ini merupakan senjata terbaik untuk mengheret umat manusia terutamanya umat Islam kepada kebinasaan, apabila mereka tidak lagi meletakkan pengabdian diri mereka kepada Allah s.w.t dan meminta pertolongan daripada pihak musih ((Nik Azran & Mohd Mahadi 2005: 12). Mementingkan kebendaan merupakan salah satu daripada pengaruh hedonisme yang menyerang umat Islam hari ini. Amalan ini telah membawa kepada perasaan dengki dan iri hati serta mengundang sifat egoistik (bongkak) dalam diri mereka. Pada masa yang sama, kepentingan jenama dapat melahirkan lagi perasaan riak dan takbur dalam kalangan mereka (Mahmud Shaltut 1984: 264). FENOMENA HEDONISME DAN JATI DIRI MELAYU MUSLIM Paderi Zeumer telah berkata pada satu muktamar pendakwah Kristian yang diadakan di Baitul Maqdis Kamu telah mewujudkan di negara Islam satu generasi yang tidak mempunyai hubungan dengan Allah s.w.t. Dengan itu lahirlah generasi yang mengikut segala yang dikehendaki oleh penjajah. Mereka tidak menghiraukan agama, cintakan kerehatan dan menjadi malas. Seluruh keinginan di dunia dicari semata-mata untuk memenuhi kehendak hawa nafsu. Apabila mereka belajar, mereka belajar kerana nafsu. Mereka menghimpunkan harta kekayaan adalah kerana nafsu dan apabila mereka menduduki pangkat yang tinggi adalah untuk mencapai tuntutan hawa nafsu (Abdullah Nasih ULwan 2003: 118). Menurut Yusuf Qardhawi, hedonisme moden dipelopori oleh golongan Happies. Golongan ini mengamalkan ideologi kehidupan bebas tanpa bebanan dan batasan. Akibat dari ideologi ini, banyak masyarakat Islam telah terpesong dalam gejalagejala yang bertentangan dengan norma kehidupan seperti arak, seks bebas dan sehingga ke peringkat menolak agama. Inilah implikasi dan kesan daripada budaya yang meresap dalam kehidupan manusia hari ini. Hasilnya masyarakat akan jauh daripada Allah s.w.t serta akidah mereka mudah terpesong dengan keseronokan yang hanya sementara. Bahkan amalan ini turut mengundang kemudaratan dari aspek akhlak, kesihatan, masyarakat dan ekonomi (Muhammad Yusuf 2005: 73). Masalah pembuangan bayi kini begitu berbeza senarionya memandangkan pembuangan bayi ini dilakukan atas desakan hawa nafsu manusia itu sendiri yang terlibat dengan aktiviti penzinaan hasil daripada pergaulan bebas masyarakat

International Conference and Exhibition on Research in Islamic and Arabic Language Education 2011 26th 29th September 2011, Langkawi, Kedah, Malaysia

/ 1089

pada hari ini. Malu, sedih dan buntu setelah melakukan seks bebas dan mengandung anak di laur nikah, maka pengguguran serta pembuangan bayi menjadi langkah terbaik dalam menutup segala keaiban yang telah dilakukan oleh manusia itu sendiri. Kini gelaja pembuangan bayi diperkatakan semula berikutan semakin ramai bayi yang ditemui sama ada dalam keadaan hidup atau mati di merata tempat (Rosmani 1998: 54). Isu terkini yang berlaku di Malaysia berkaitan dengan pembuangan bayi, ada segelintir masyarakat kita sanggup membuang bayi mereka di longkang, tempat pembuangan sampah dan paling memalukan mencampak bayi tersebut dari tempat yang tinggi. Ini menunjukkan masyarakat Islam pada masa kini khususnya golongan remaja telah hilang jati diri dan akhlak mereka sebagai seorang Muslim (Berita Mingguan Jun: 2011) GEJALA KERUNTUHAN AKHLAK DAN PUNCA-PUNCANYA Secara konseptual, gejala keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja pada hari ini dapat digambarkan sebagai kehilangan nilai-nilai kemanusiaan yang murni pada diri seseorang manusia. menurut Muhammad Iqbal dalam kitab al-Nadwi 1987, menggambarkan gejala kemerosotan akhlak ini sebagai gejala kehilangan perimbangan potensi diri manusia, timbul jurang yang amat luas di antara aspek lahir dan batin, akal dan hati, ilmu dan akhlak, hilang jati diri, lemah keyakinan dan tiada harapan, tercabut keyakinan agama dan hidup di selubungi oleh ketakutan dan kepincangan (Azhar 2010: 70). Sebagaimana ungkapan Mantan Perdana Menteri Malaysia ke-5 Tun Abdullah Ahmad Badawi: .saya mahu rakyat Malaysia mempunyai modal insan iaitu personaliti yang tinggi hemahnya, tinggi budinya, tinggi pengajiannya, tinggi kejayaannya dalam apa jua bidang yang diceburi sehingga menjadi seorang yang gemilang. Ini kerana, anak kunci kecermelangan ialah disiplin dan jati diri seseorang individu. Ini akan mendorong kecermelangan diri, keluarga, masyarakat dan negara Sumber: Ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, 2005. Begitulah tingginya harapan dan hasrat yang digagaskan oleh Mantan Perdana Menteri Malaysia melalui ucapannya. Namun begitu setelah negara kita merdeka 50 tahun yang lalu, adakah jati diri, minda dan tingkah laku rakyat Malaysia benar-benar merdeka? Gejala hedonisme merupakan perkara yang paling membimbangkan dan meruntuhkan kecermelangan negara Malaysia. Keruntuhan akhlak yang menjadi ancaman rakyat Malaysia bermula dari individu itu sendiri. Mereka ini berjiwa kerdil dan tidak menghargai diri serta tidak berwawasan. Selain itu, mereka juga tidak mempunyai identiti diri dan mudah terpengaruh dengan gejala kuning dari barat. Sepatutnya rakyat Malaysia harus berasa bangga dengan adat ketimuran yang terkenal dengan budi bahasanya (Buku Dasar kerajaan 2006: 61). Antara punca gejala keruntuhan akhlak adalah seperti berikut:

1090

/ Budaya Hedonisme: Propaganda Keruntuhan Akhlak Dan Jati Diri Melayu- Muslim

Pendidikan Antara punca gejala kemerosotan akhlak generasi hari ini juga dikaitkan dengan beberapa faktor persekitaran kehidupan seperti pengaruh pendidikan serta gaya hidup di dalam keluarga dan masyarakat. Ironinya, pendidikan yang diharapkan sebagai agen utama pembentukan nilai akhlak sesebuah generasi mungkin berubah menjadi racun yang boleh membinasakan umat Islam secara tidak disedari. Dalam hal ini, ramai dari kalangan sarjana Islam melihat faktor pendidikan yang bersifat sekular yang diterima oleh masyarakat Islam sebagai punca asas yang membawa kepada kerosakan akhlak di kalangan generasi muda umat Islam kini. Ia menjadi suatu ancaman besar terhadap proses pembentukan generasi yang memiliki akhlak yang mulia (Hassan langgulung 2002: 54). Bencana yang dibawa oleh nilai pendidikan sekular ini semakin bahaya kerana ia menerap kedalam segenap liang dan sendi kehidupan masyarakat tanpa dapat dibendung melalui perkembangan pesat teknologi maklumat dan telekomunikasi masa kini (Zakaria Stapa 1999: 132). Cabaran utama yang dikenal pasti di dalam pelaksanaan Pendidikan Islam adalah berkaitan kurangnya minat pelajar terhadap mata pelajaran tersebut yang juga berkait rapat dengan beberapa masalah asas seperti keupayaan guru, kandungan kurikulum, jadual waktu, tidak tahu membaca dan menulis tulisan jawi serta penggunaan teknologi di dalam pengajaran dan pembelajaran. (Azhar 2010: 73). Perasaan Ingin Tahu Dan Ingin Mencuba Remaja ialah mereka yang berumur 18 tahun ke bawah. Pada peringkat usia ini, mereka mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi. Justeru itu, apa-apa sahaja perkara yang baru terjadi di sekeliling mereka akan mengundang perasaan ingin tahu dalam kalangan remaja. Secara tidak langsung membuatkan mereka terdorong untuk mencuba dan melakukan perkara- perkara yang boleh merosakkan akhlak mereka. Persaan tersebut baik untuk remaja, namun perlu ada guide line dari orang-orang yang sepatutnya, umpamanya para ibu bapa, jiran dan sebagainya. Jadi perasaan ingin tahu remaja kini akan mendorong mereka melakukan apa ingin dilakukan tanpa memikirkan baik atau buruk perkara tersebut. Pengaruh Rakan Sebaya Rakan-rakan menjadi orang yang paling rapat dengan mereka. Rakan yang baik, boleh membimbing mereka kepada kebaikan. Namun jika silap memilih rakan, akan mempengaruhi mereka kepada perkara-perkara yang buruk. Selain itu sikap remaja turut menyumbang kepada gejala sosial. Kadangkala mereka ini terlalu mudah mempercayai kawan lain. Umpamanya, jika mereka merasakan rakanrakan mereka lebih rapat dan lebih memahami, dengan mudah mereka akan mudah terpengaruh apa yang dilakukan oleh rakan-rakan. Mereka lupa bahawa kawan juga kadangkala boleh makan kawan dalam situasi begini ramai golongan remaja terjerumus ke dalam gejala sosial.

International Conference and Exhibition on Research in Islamic and Arabic Language Education 2011 26th 29th September 2011, Langkawi, Kedah, Malaysia

/ 1091

Sikap Keluarga Dalam institusi kekeluarga penting untuk membantu para remaja dari terjebak dengan gejala sosial dengan menitikberatkan soal agama. Adanya asas agama yang teguh, remaja tidak akan sewenang-wenangnya terjerumus kepada perkara yang tidak baik. Dalam hal ini ibu bapa peranan ibu bapa sangat penting terutamanya sebagai modal kepada anak-anak. Kesibukan bukan alas an sebagai penghalang ibu bapa mengambil berat hal anak-anak mereka. Paling penting mereka tahu membahagikan masa untuk berkomunikasi dan menagambil tahu perihal anak-anak. Dengan ini anak-anak akan lebih mempercayai ibu bapa dan menjadikan mereka sebagai rujukan jika berdepan dengan masalah (Azhar 2010: 72). KESAN TERHADAP FENOMENA KERUNTUHAN AKHLAK Keruntuhan akhlak di kalangan remaja pada hari ini akan memberi kesan dan impak yang begitu besar dalam masyarakat Muslim. Remaja merupakan aset utama negara pada masa akan datang dalam membina pembangunan negara. Akhlak merupakan cermin dan peribadi bagi seseorang individu. Sekiranya individu itu mempunyai akhlak yang buruk maka secara automatiknya peribadi individu itu juga akan menjadi buruk dan memberi kesan kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara (Mohammad Saidy Ismail 2005: 64). Kesan Ke Atas Individu Akhlak sangat penting dalam kehidupan seharian masyarakat Islam kerana ia dapat meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah Taala. Namun begitu kebanyakan remaja pada hari ini terutamanya remaja Muslim mempunyai akhlak yang begitu memalukan keatas agama, bangsa dan negara. Banyak kejadian seperti pembuangan bayi, zina, budaya homoseksual dan sebagainya dilakukan oleh remaja Muslim. Kebanyakan mereka berpaksikan nafsu yang dipengaruhi oleh budaya Barat. Tidak dapat dinafikan juga kesan keruntuhan akhlak akan memberikan kesan yang mendalam dalam jiwa mereka. Kesan Ke atas Masyarakat Keruntuhan akhlak akan memberi impak yang sangat besar dalam masyarakat. Jatuh bangunya sesebuah negara, agama dan bangsa dapat dilihat dari segi akhlak dalam masyarakat itu sendiri. Namun begitu kesan yang paling ketara dalam remaja masa kini ialah masyarakat di negara ini akan menjadi porak-peranda , berpecah belah dan tidak bersatu padu. Selain itu, akan wujud perasaan buruk dan prasangka dalam masyarakat. Kadar jenayah dalam masyarakat juga akan meningkat dan akhir sekali akan wujudnya isu-isu perkauman seandainya pergaduhan ini melibatkan antara dua kaum.

1092

/ Budaya Hedonisme: Propaganda Keruntuhan Akhlak Dan Jati Diri Melayu- Muslim

Kesan ke atas Keluarga Keruntuhan isntitusi kekeluargaan akan menyebabkan hilangnya kebahagiaan dan keharmonian sesuatu masyarakat. Akhlak yang baik lahir daripada sebuah institusi kekeluargaan yang harmoni. Oleh sebab itu, keruntuhan akhlak akan memberi kesan yang buruk terhadap kekelaurgaan antaranya ialah masa depan anak-anak akan terbiar dan tidak terpelihara dan mereka akan hilang tempat bergantung dan manja. Selain itu akan wujudnya penceraian dan beberapa masalah sosial yang lain seperti budaya lepak, pelacuran, hubungan sejenis dan lain-lain lagi. Kesan Ke atas Negara Tidak dinafikan bahawa akhlak remaja pada waktu ini pada tahap yang membimbangkan. Semua pihak terutamanya kerajaan, badan NGO dan masyarakat itu sendiri harus berganding bahu untuk menangani gejala keruntuhan akhlak dikalangan remaja. Antara kesan yang akan berlaku ialah Negara akan kehilangan generasi dan kepimpinan pada masa hadapan. Selain itu, kerancakan pembangunan negara akan terbantut dan keadaan ekonomi negara juga sukar untuk berkembang kerana wujudnya gejala sosial dan keruntuhan akhlak yang tinggi dikalangan masyarakat (Shamsudin A. Rahim 1994: 58). USAHA MENANGANI BUDAYA HEDONISME Pelbagai usaha telah dilaksanakan agar umat Islam khususnya dapat menangani cabaran dan ideologi serangan Yahudi yang melampui lunas-lunas agama Islam sebenarnya. Ideologi hedonisme yang meresap masuk dalam jiwa dan kehidupan umat Islam hari ini seolah-olah menjadi suatu barah dan bakal mengundang keruntuhan akidah umat Islam jika tidak dibendung dan dibiarkan mengusai jiwa manusia. hati diibaratkan seketul daging dalam diri manusia, apabila baik maka baiklah seluruh anggota badan danapabila rosak maka rosaklah seluruh anggota badan. Demikianlah makna hadis Nabi s.a.w. Menurut hadis ini, kesihatan hati lebih baik daripada kecerdasan akal kerana ramai yang memiliki akal yang cerdas tetapi hatinya sakit dan kotor (Muhammad Yusuf 2005: 89). Antara usaha ke arah penyelesaian tersebut ialah mengembalikan umat Islam kepada ajaran al-Quran dan as-Sunnah. Kerana ia merupakan perlembagaan utama bagi umat Islam dan menjadi sumber inspirasi dalam menyelesaikan masalah sejagat. Kegemilangan tamadun Islam yang pernah diterokai oleh umat terdahulu tidak mustahil akan berulang sekiranya umat Islam hari ini berpegang dengan teguh dengan ajaran Islam berpandukan al-Quran dan as-sunnah. Segala permasalahan yang dihadapi oleh manusia sama ada untuk keperluan hidup di dunia mahupun di akhirat telah diperjelaskan di dalam sumber tersebut (Fadzullah 2007: 144). Gerakan tajdid ke arah menterjemahkan Islam secara terperinci perlulah dilaksanakan dengan segera agar masyarakat memperolehi pengertian Islam yang

International Conference and Exhibition on Research in Islamic and Arabic Language Education 2011 26th 29th September 2011, Langkawi, Kedah, Malaysia

/ 1093

sebenarnya dan bukan dalam bentuk yang sempit. Dalam hal ini pihak pemerintah memainkan peranan yang utama dalam memberi model terbaik berhubung dengan Islam. Menurut Fadzullah (2007: 145), pihak media juga tidak ketinggalan untuk memberi kerjasama dalam hal ini. Selain itu, kegiatan keagamaan perlu diperbanyakkan agar masyarakat mendapat maklumat yang jelas tentang hukum yang telah ditetapkan oleh Allah. Tiada agama yang pada asasnya menyeru ke arah kejahatan kecualilah dia dipesongkan oleh pihak yang tertentu (Ahmad Redzuwan 2003: 50). Ideologi hedonisme ini juga dapat ditangani dengan pembudayan ilmu pengetahuan yang mantap dalam diri individu Muslim seluruhnya. Keseimbangan ilmu duniawi dan ukhrawi adalah perlu agar sesuatu perkara itu dapat diterima akal sama ada baik atau buruk sekaligus mengelak dari fahaman hedonisme daripada menjadi amalan seharian umat Islam. Pegangan ilmu tersebut merupakan kesedaran agama dan iman yang akan sentiasa menjadi pengawal kepada individu sama ada berdepan dan menangani pelbagai bentuk cabaran yang datang melanda (Siti Fatimah 1994: 173). Selain itu, umat Islam juga harus memagari diri dengan lima sifat asasi sebagaimana yang dinyatakan oleh al-Imam Hasan al-Banna supaya berada di atas landasan yang benar. Antaranya ialah keimanan yang teguh dan tidak goyang dan tidak rapuh, keikhlasan yang benar yang tidak mengenal kepura-puraan dan tidak menunjuk-nunjuk, keazaman yang kuat yang tidak mengenal takut, amal yang berterusan dan tidak mengenal susah dan penat serta pengorbanan yang tinggi dan tidak mengenal melainkan mati syahid. Oleh itu, cara penyelesaian untuk menghadapi budaya hedonisme dan rancangan jahat Yahudi ialah dengan membentengkan diri dengan pengetahuan yang lengkap serta meneguhkan keimanan dan bergabung di bawah kepimpinan Islam yang sebenar (Abdullah Nasih Ulwan 2003: 102). KESIMPULAN Hedonisme adalah suatu bentuk teori pemahaman yang berorientasikan kepada kesenangan dan keseronokkan semata-mata. Oleh itu, apabila kebenarannya adalah kesenangan, maka secara automatik para hedonis akan menjauhi segala bentuk tindakan yang akan menghalang usaha mereka untuk melemahkan umat Islam. Musuh Islam dari kalangan Yahudi dan Kristian sememangnya menunggu peluang keemasan untuk menarik golongan remaja khususnya ke lembah kesesatan. Amalan hedonisme ini lebih cenderung membawa manusia kepada mementingkan duniawi tanpa memikirkan ukhrawi. Budaya ini juga telah menguasai dan bermaharajalela di dunia Islam masa kini termasuklah Malaysia. Pada umumnya masyarakat Islam kini lebih cenderung mengagungkan budaya hedonisme yang turut menular secara sennyap dan masyarakat menjadi lalai dengan kehadiran budaya ini. Sama ada sedar atau tidak, budaya hedonisme sedang merebak dan berada di tahap yang kritikal sudah pun menyerang berjutajuta golongan manusia. Hedonisme bukan hanya dikenali sebagai gaya hidup serba bebas, bahkan ia juga merupakan pemikkiran dan kepercayaan yang

1094

/ Budaya Hedonisme: Propaganda Keruntuhan Akhlak Dan Jati Diri Melayu- Muslim

tentunya berakhir dengan kehancuran nilai-nilai agama. Kesenangan yang ditawarkan dalam budaya ini tidak lain hanya bersifat penipuan semata-mata malah lebih dahsyat lagi apabila ia berupaya menyesatkan akidah umat Islam yang sebenarnya. Budaya hedonisme telah menggariskan keseronokkan sebagai tunjang utama kehidupan dan ia diputuskan sendiri oleh akal manusia. justeru itu, pelbagai langkah yang efektif dan berterusan harus diambil segera oleh semua pihak agar gejala ini dapat ditangani dikalangan umat Islam dan generasi millennium yang akan datang kerana hasil dan kesan yang bakal diperolehi amat membimbangkan dan mengundang pelbagai masalah. RUJUKAN Abdullah Nasih Ulwan. 2003. Generasi Muda Islam & Cabaran Globalisasi. Kuala Lumpur. Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia. Ahmad Redzuwan Mohd Yunus. 2003. Gejala Sosial Dalam Masyarakat Islam: Punca dan Penyelesaian. Kuala Lumpur. Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd. Al-Adib. 2009. Solusi. Kuala Lumpur. Telaga Biru Sdn. Bhd. Azhar Haji Ahmad. 2010. Strategi Pembelajaran Pendidikan Islam dan Penghayatan Akhlak. Kuching Sarawak. Lee Miing Press Sdn. Bhd. Buku dasar Kerajaan. 2006. Dasar-dasar Kerajaan. Kuala Lumpur. Jabatan Penerangan Malaysia. Chumaidi Syarif Romas. 2000. Wacana Teologi Islam Kontemporer. Indonesia: Tiara Wacana Yogya. Fadzullah Shuib. 2007. Pemikiran Dan Tamadun Islam. Kuala Lumpur: AlHidayah Pubpication Sdn. Bhd. Danial Zainal Abidin. 2009. Al-Quran Saintifik Meneroka Kecemerlangan AlQuran Daripada Teropong Sains. Kuala Lumpur: PTS Millennia Sdn. Bhd. Hassan Langgulung. 2002. Pendidikan Islam Di Negara-negara Asean. Kertas kerja yang dibentang dalam acara Malay Speaking Asean Youth Camp RISEAP dan DDI, Jakarta, 29 September 2002. Mahmud Shaltut. 1984. Akidah dan Syariah Islam. Indonesia: Bina Ankasa. Muhammad Yusuf Khalid. 2005. Membangun Masyarakat Moden Yang Berilmu Dan Berakhlak. Kuala Lumpur. Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM). Mohammad Saidy Ismail. 2005. Kerosakan Generasi Remaja: adakah kerajaan benar-benar menyemak dasar awamnya. Perspektif Tahun 4. Siti Fatimah Abdul Rahman. 1994. Islam: Penyelesaian Permasalahan Zaman Moden. Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Samsudin A. Rahim. 1994. Tingkah Laku Lepak di Kalangan Remaja (Kajian di semenanjung malaysia). Kementerian Belia dan Sukan Negara. Solah al-Khalidi. 2009. Pengaruh Yahudi dalam Kehidupan Umat Islam masa Kini. Kelantan. Makin Aman Consultant. Zakaria Stapa. 1994. Masyarakat Islam dan Isu Semasa. Kuala Lumpur: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia. Utusan Malaysia bertarikh 20 April 2010. Mingguan Malaysia bertarikh 12 Jun 2011.

Anda mungkin juga menyukai