Anda di halaman 1dari 2

SEMASA PBS Strategi pelaksanaan Pemerhatian Saya telah menjalankan pemerhatian selama 5 hari di sekolah kebangsaan Convent Green

Lane. Sepanjang di sekolah tersebut, saya telah memerhati keadaan kemudahan infrastruktur di sekolah. Saya juga telah diberi kebenaran untuk mengantikan kelas yang tidak mempunyai cikgu dan saya juga berpeluang masuk ke kelas sewaktu saya membantu cikgu yang mengajar dalam kelas tersebut serta pada masa yang sama dapat memahami cara untuk mengendalikan muridmurid semasa proses Pembelajaran dan Pengajaran dijalankan. Sewaktu saya berada didlam kelas tersebut, saya juga dapat melihat alat bantu mengajar (ABM) digunakan. Selain itu, saya juga telah memerhati penglibatan murid-murid dalam kelas tersebut. Sebagai bukti hasil pemerhatian saya, saya telah memgambil beberapa gambar sebagai bukti rujukan menyiapkan laporan PBS saya Temubual Sepanjang PBS ini dijalanka saya telah menemubual Guru Besar sekolah, Guru sekolah , Pembantu Takbir sekolah dan murid di sekolah tersebut. Sebelum saya menjalankan sesi temubual tersebut saya telah menyediakan beberapa soalan agar saya tidak kelam kabut semasa saya menjalankan temubual tersebut Senarai semak Semasa tugasan ini dijalankan saya juga telah menjalankan strategi senarai semak iaitu saya melihat keadaan sekolah tersebut dari segala sudut pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum, senarai pelajaran, buku rekod pengajaran guru, sumber Pengajaran dan Pembelajaran, kokurikulum, program pemulihan, pendidikan khas atau inklusif, prasekolah, program dan aktiviti, aktiviti kurikulum, aktiviti kokurikulum dan sebagainya. Setelah menjalankan strategi ini saya mendapati semua senarai ini terdapat di sekolah ini tetapi cuma program pemulihan, pendidikan khas atau inklusif serta sekolah ini tidak mempunyai prasekolah. Saya telah mengambil beberapa gambar berkaitan senarai semak yang telah saya tinjau di sekolah ini sebagai bukti tinjauan saya. Saya juga telah menyediakan sebanyak 10 borang selidik bagi mengetahui perkembangan murid-murid di sekolah tersebut. Melalui boring soal selidik tersebut sekolah tersebut mempunyai murid-murid yang mempunyai pelbagai latar belakang yang berbeza-beza.

Intrument penilaian Untuk melaksanakan penilaian semasa PBS ini, saya telah menyediakan beberapa soalan yang akan dikemukan di dalam temubual yang saya jalankan. Saya juga telah menyediakan boring kolaborasi untuk mencatat maklumat yang saya perolehi semasa temubual tersebut. Ini penting supaya saya dapat melakukan temubual tersebut dengan lancer dan mudah. Di samping itu, saya juga telah menyediakan sebuah kamera untuk menangkap gambar berkaitan dengan sekolah tersebut sama gambar berkaitan dengan infrastruktur, aktiviti-akitiviti yang dijalankan serta banyak lagi di sekolah tersebut