Anda di halaman 1dari 4

Definisi urf

1. Istilah urf mempunyai hubungan yang erat dengan adat. Para sarjana hukum islam

(usuliyyin) hampir tidak membezakan di antara kedua-duanya. Kedua-dua istilah ini merupakan budaya. Dalam penggunaan bahasa melayu istilah urf jarang diguna pakai berbanding dengan perkataan adat. Secara etimologinya perkataan urf berasal dari perkataan arab arafa yang bererti mengetahui. Orang pertama dikatakan menentukan takrif urf ialah Al-Nasafi. Al-jurjani di dalam kamus istilahnya al-Tarifat menjelaskan istilah urf sebagai perbuatan atau kepercayaan dalam mana orang berpegang teguh dengan persetujuan kekuatan mental dan tabiat semulajadi mereka juga mahu menerimanya sebagai benar. Urf dan adat merupakan istilah yang sinonim dan identik dari segi praktiknya walaupun terdapat perbezaan dari segi etimologinya dalam penggunaan bahasa arab dan melayu.selaras dengan pandangan Ibn Abidin (1252H) dalam artikelnya Nasy al-Urf fi Bina Bad al-Ahkam ala al-Urf yang menyamakan kedua-dua instrumen tersebut. Menurut Imam al-Ghazali adat atau urf diertikan sebagai sesuatu yang telah mantap dalam jiwa manusia dari segi akal fikiran serta diterima oleh tabiat yang sejahtera atau sesuatu yang menjadi kebiasaan manusia yang mempunyai tabiat-tabiat yang sejahtera lahir daripada penghuni sebuah negeri islam dengan syarat ia tidak berlawanan dengan nas syarat. (CIK IM- HTTP//ALIIMRANZONE.BLOGSPOT.COM)

2. Secara umum, pengertian urf dan adat adalah sama iaitu kebiasaan. Namun jika dikaji secara etimologi, urf berasal dari kata arafa-yarifu yang bererti sesuatu yang dikenal atau diketahui sedangkan adat berasal dari kata ada-yaudu yang bererti sesuatu yang diulang-ulang (kebiasaan). Di dalam masyarakat, urf disebut juga dengan adat iaitu sesuatu keadaan, ucapan, perbuatan dan ketentuan yang sudah dikenal oleh masyarakat dan telah menjadi tradisi dan hukum bagi masyarakat. Dalam suatu golongan, mereka menganggap bahawa adat dan urf adalah sama. Namun meskipun demikian, urf dan adat memiliki perbezaan

satu sama lain. urf merupakan suatu kebiasaan masyarakat umum yang berbentuk akibat proses alam dan kebudayaan dari masyarakat tersebut, fungsinya adalah sebagai hukum untuk kemaslahatan mereka sendiri. Sedangkan adat merupakan kebiasaan masyarakat yang mencakupi kebiasaan peribadi tanpa mempertimbangkan baik atau buruknya kebiasaan tersebut. Di dalam masyarakat, adat merupakan kebiasaan turun temurun dari nenek moyang mereka dan harus tetap dijaga kelestariannya sampai generasi seterusnya. Menurut Mustafa Ahmad Zarqo (Yordania), urf merupakan sebahagian dari adat kerana adat lebih umum dari urf. Suatu urf harus berlaku pada kebanyakan orang di daerah tertentu bukan pada peribadi atau golongan. Urf bukan kebiasaan semulajadi, tetapi muncul dari praktik majoriti umat yang telah mentradisi. Misalnya, harta bersama, tradisi kampong dan sebagainya. (http://iqbalsmi.wordpress.com/2010/11/05/urf/#more-27)

3. Adat berasal daripada perkataan al-aud atau al-muawadah yang bererti ulangan perbuatan hingga menjadi mudah dan menjadi tabiat atau kebiasaan bagi orang ramai atau segolongan mereka secara berulang-ulang. Konsep adat dalam masyarakat melayu selain membawa maksud istiadat atau upacara juga membawa maksud system sosial, kepercayaan dan perundangan. Daripada konsep nilai ini terciptalah sesuatu peraturan seperti adat dalam masyarakat melayu yang bertujuan mengawal perlakuan anggota masyrakat demi mewujudkan keharmonian dan menjamin kesejahteraan anggotanya. Dalam terminologi Arab, adat dikenali dengan urf yang berasal dari kalimah Arab iaitu arafa (mengetahui) dan urf (diketahui). Kata jamaknya adalah araf atau uraf. Menurut Ibn Manzur, urf, arifah dan maruf mempunyai pengertian yang sama yakni membawa maksud sesuatu yang diketahui oleh seseorang tentang sesuatu, yang menjadikannya amat selesa. Oleh itu, yang diketahui akan menjadi kebiasaan dan baik, seperti mana perkataan urf dan maruf yang terdapat di beberapa tempat dalam alQuran. Luis Maluf pula membuat sedikit pembahagian. Menurutnya urf ialah perkara yang wujud secara tetap dalam diri manusia yang berpandukan akal fikiran dan diterima oleh tabiat yang sejahtera. Adat pula, diertikan sebagai perkara yang selalu berulang atau berlaku tanpa dikaitkan dengan fikiran.

Jumhur fuqaha menyamakan pengertian urf dan adat, namun ada mazhab yang membezakannya; adat lebih umum sementara urf lebih khusus. Tiap-tiap urf adalah adat tetapi tidak semua adat adalah urf. Sekiranya urf tidak bertentangan dngan dalil syarak, maka ia boleh diterima. Sekiranya bertentangan maka ulama mempunya pendapat yang berlainan. (http://pancapersada.blogspot.com/2011/12/hubungan-nilai-nilai-adat-melayudengan.html)

4. Adapun kajian adat dalam Islam iaitu urf. Dalam hal ini para ahli Usul Fiqh

mendefinisikan bahawa urf dan adat itu sama. Hanya ada sedikit perbezaan di antaranya iaitu urf sebagai tindakan atau ucapan dan dianggap baik serta diterima oleh akal. Dilihat dari segi pemahaman tersebut dapat dikatakan bahawa adat adalah urf dan pemahaman hukum adat dari kalangan yang memakainya hanya terbatas pada satu kominiti atau masyarakat tertentu sahaaja. Sedangkan urf dalam bahasa Arabnya juga lebih luas diterima dan lebih banyak diketahui oleh masyarakat. (http://zanikhan.multiply.com/journal/item/176?&show %2Fitem)
5. urf berasal dari kata arafa yang berarti diketahui atau urfu Yang artinya sesuatu yang

interstitial=1&u=%2Fjournal

baik. Secara etimologi, urf berarti sesuatu yang dipandang baik dan dpat diterima oleh akal yang sehat. Ada pula yang mendefinisikan urf sebagai kebiasaan yang berlaku dalam perkataan , perbuatan dan dipandang baik serta diterima oleh akal .
6.

Ada beberapa ulama yang menyamakan antar urf dan adat yang merupakan kebiasaan dari masyarakat, akan tetapi ada juga yang mengatakan bahwa urf berbeda dengan adat karena adat didefinisikan sebagai kegiartan yang dilakukan secara berulang-ulang tanpa adanya upaya perasionalan kegiatan tersebut , cakupannya pun lebih luas daripada urf. Karena adat dapat menyangkut pada hal-hal atau permasalahan pribadi , permasalahan orang banyak, dapat disebabkan oleh factor alam atau hawa nafsu. Hal ini berbeda dengan definisi urf yang didalamnya ada upaya perasionalan yang cakupannya terbatas pada permasalahan

yang menyangkut hajat hidup orang banyak pada suatu adaerah tertentu dan hanya muncul dari suatu pemikiran dan pengalaman manusia. Dari pertimbangan di atas, maka yang digunakan sebagai hujjah oleh para ulama ushul ialah urf bukan adat.