Anda di halaman 1dari 2

HASIL KAJIAN Latar BelakangWau merupakan salah satu permainan tradisional yang telah lama wujud iaitusejak 500

tahun yang lalu. Perkataan wau dikatakan berasal daripada perkataanThailand memandangkan negeri seperti Kelantan, Terengganu, Kedah, dan Perlismenggunakan istilah tersebut. Wau terkenal di negeri- negeri yang tersebut di ataskerana selalu dimainkan setelah selesainya musim menuai padi. Penggunaan perkataan layang- layang pula digunakan di negerinegeri lain dan hal ini dapatdibuktikan melalui catatan Tun Sri Lanang.Nama wau juga terwujud apabila dikatkan dengan bunyi yang terhasildaripada busur yang diikat pada wau yang berbunyi wau secara berirama. Selainitu, wau sering dipertandingkan dalam pertandingan sama ada dari segi kecantikanrupa bentuknya, kemerduan dan kelunakan bunyi dan tingginya serta keindahannaiknya di udara yang luas terbentang.Permainan wau yang dahulunya hanya popular di kawasan pedalaman kinisemakin berkembang luas sehingga dipertandingkan di peringkat antarabangsa. Halini membuktikan bahawa permainan tradisional wau ini tidak hilang dan masih berterusan walaupun dimamah usia dan arus kemodenan yang semakin meningkattinggi. Asal- Usul Di Malaysia, kesahihan tarikh kedatangan permainan tradisional wau tidak dapat dipastikan dan sukar untuk diketahui ketetapan masa wujudnya. Walau bagaimanapun, menurut sejarawan, Clive Hart, layang- layang / wau di Malaysia berasal dari negeri China. Perkara ini dapat diketahui melalui reka bentuk layang-layang / wau di Malaysia yang seakanakan mirip dengan layang- layang / wau diChina.Diketahui juga bahawa layang- layang pada masa dahulu menggunakan daunlebar. Unsur- unsur kebudayaan layang- layang / wau China diterapkan ke dalamlayang- layang / wau yang terdapat di Malaysia.

Negeri Yang Mempopularkan Permainan Ini Negeri- negeri yang dikatakan mempopularkan dan mengembangkan pengaruhnya terletak di pantai timur semenanjung. Antara negeri- negerinya ialahKelantan, Terengganu, Kedah, dan Perlis. Negeri- negeri tersebut sering menjadikan permainan tradisional wau ini sebagai permainan utama mereka untuk pelbagaitujuan. Kaum / Etnik Yang TerlibatOrang Melayu. Inilah satu- satunya kaum / etnik yang terlibat dalammenjadikan permainan tradisional wau ini pada zaman dahulu. Namun, permainanwau ini semakin meluas dan semakin ramai yang mengetahui tentang permainanini. Kaum dari negeri luar juga diberi pendedahan tentang permainan tradisionalwau ini melalui sumber- sumber tertentu seperti melalui pertandinganpertandinganwau yang diadakan di peringkat antarabangsa. Tujuan Dimainkan Antara tujuan awal permainan tradisional wau dimainkan adalah sebagailambang kebesaran sesebuah negara. Wau juga digunakan sebagai panduanmenentukan arah. Tambahan pula, wau juga dikaitkan sebagai lambangkemenangan bagi setiap serangan yang dilakukan oleh sebuah negara keatas negaralain pada zaman silam. Namun begitu, pada zaman moden ini, permainan tradisional ini dimainkan hanyalah untuk mengisi masa lapang sahaja.

Alat- Alat Yang Digunakan Alat yang menjadi tunggak utama dalam sesebuah wau adalah buluh. Iniadalah kekuatan wau bergantung kepada buluh yang menjadi rangka asasnya.Buluh yang sering digunakan dalam membuat wau adalah buluh betung dan buluhminyak kerana cirri- cirinya yang mempunyai ruas yang panjang dan tahan lebihlama. Selain itu, plastik nipis ataupun sagu muda juga digunakan dalam pembuatanwau untuk mendapatkan bunyi yang berdengung ketika wau diterbangkan. Plastik ini diletakkan di bahagian kepala wau.

Bertitik tolak dari situ, kertas menjadi keseluruhan badab wau. Kertas akandicorakkan dengan pelbagai corak yang menarik, cantik, dan berwarna- warni.Kertas ini ditampalkan pada rangka wau dengan menggunakan gam. Kertas hendaklah nipis dan tahan lama supaya wau tidak mudah rosak dan tidak mengganggu kelancaran wau untuk diterbangkan.Wau kemudiannya diikat pada tali tanggi dan benang kasar untuk diterbangkan. Kerja- kerja ini harus diikat dengan berhati- hati supayakeseimbangan wau tersebut untuk terbang di udara dapat dihasilkan. Cara Dimainkan Selalunya, wau akan dimainkan oleh dua orang, iaitu seorang akanmemegang wau dan seorang lagi yang dipanggil juru anjung akan memegang tali.Apabila angin bertiup, maka tali akan ditarik melawan arus aliran dengan caramenghulur dan menarik talinya sehinggalah wau tersebut terbang tinggi di udaradalam keadaan yang baik. Antara kawasan yang sesuai dimainkan adalah di tepisungai dan di kawasan sawah padi. Terdapat tiga unsur yang mempengaruhikenaikan wau iaitu Tekanan Angin, Daya Tarikan Graviti dan Daya Seretan

Anda mungkin juga menyukai