Anda di halaman 1dari 17

1.

0 PENGENALAN Terdapat pihak yang mengatakan bahawa campur tangan British di negeri-negeri tanah melayu telah bermula sejak pertapakan Francis Light di Pulau Pinang iaitu pada tahun 1786. Walaubagaimanapun, Campur tangan British di negeri melayu utara sebenarnya hanya bermula apabila termeterainya Perjanjian Pangkor pada tahun 1874.1 Kejayaan campur tangan British di Negeri-negeri Melayu melalui penubuhan Negeri-Negeri Selat dan penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu mendorong mereka meluaskan lagi kuasa dan wilayah mereka. Selain daripada itu, kerajaan British sebenarnya semakin terdesak untuk menguasai Negeri-negeri Melayu di utara dan Johor kerana terdapat persaingan daripada kuasa-kuasa Barat lain untuk meluaskan pengaruh di Asia Tenggara. Hal ini kerana bermula pada tahun 1870, negara Eropah termasuk Britain, Perancis dan Jerman telah berlumbalumba mencari tanah jajahan di Afrika dan Asia. Kuasa Eropah ini berlumba untuk mendapatkan tanah jajahan di hawa panas kerana di sinilah didapati banyak bahan mentah.2 Negara Perancis menunjukkan minatnya untuk menguasai Menom Chao Phraya iaitu kawasan penanaman padi yang subur di Siam. Mereka juga dikatakan ingin membina sebuah terusan di Segenting Kra di selatan Siam untuk membolehkan mereka menguasai kawasan tersebut. Rusia juga sedang berusaha untuk mendapatkan pangkalan batu arang di Teluk Siam dan Ujong Salang. Manakala Jerman berminat untuk membina pangkalan perdagangan di selatan Siam terutamanya di Pulau Langkawi dan Amerika Syarikat pula ingin meluaskan pengaruhnya di Terengganu dan pulau-pulau sekitarnya. Perkembangan ini amat membimbangkan pihak British.3 Mereka menyedari bahawa tidak mustahil nanti kuasakuasa Barat yang lain akan menubuhkan petempatan di negeri-negeri Melayu terutamanya di utara dan pantai timur Tanah Melayu. Oleh yang demikian, pihak British berusaha mengekalkan hubungan baik dengan Siam dan mengelakkan berlakunya sebarang konflik demi menjaga kepentingan mereka. Langkah itu dibuat untuk memastikan kepentingan British tidak terjejas. Di samping itu siam juga berfungsi sebagai Negara penampan antara Perancis dan Negeri Melayu Utara. Walaubagaimanapun, demi menjaga kepentingan dan keselamatan british juga telah berusaha melakukan perhubungan yang baik dengan beberapa kuasa barat kerana kelemahan perhubungannya dengan siam. Tetapi british tidak dapat mengekang kemaraan kuasa barat lain disebabkan hanya bersahabat dengan beberapa kuasa barat dan bukan kesemuanya. Akhirnya, British yang masih merasa bimbang dengan persaingan kuasa-kuasa Barat yang lain menjelang akhir abad ke-19 ini

11 2

Joginder singh jessey .Sejarah tanah melayu (1400-1959). 1978.hlm 180 Ibid. hlm 181 3 Ibid.

telah mengambil langkah menaungi negeri melayu tidak bersekutu ini dengan menempatkan penasihat british di setiap negeri. 2. 0 CARA BRITISH MENYEKAT PERLUASAN KUASA EROPAH DI NEGERI-NEGERI MELAYU TIDAK BERSEKUTU. 2.1 MELAKUKAN PERHUBUNGAN DENGAN NEGARA SIAM Pihak british telah melakukan perhubungan yang baik dengan siam untuk menjaga kepentingannya di negeri melayu utara dan kepentingan perdagangannya di kawasan kepulauan. Malahan British sentiasa memihak kepada siam seperti yang ditunjukkan oleh perjanjian 1826.4 Menjelang tahun 1886, british telah mendapat saingan dalam mendapatkan tanah jajahan di asia tenggara apabila Perancis telah menjajah negeri yang dikenali sebagai Indochina. Pada masa itu juga british telah mengetahui minat perancis untuk meluaskan tanah jajahan taklukannya ke siam iaitu untuk menguasai Lembah Menam Chao Praya yang subur dan ini telah menambah kebimbangan British.5 British pada ketika itu telah menimbangkan cadangan untuk menguasai Siam sebelum dikuasai Perancis tetapi akhirnya tidak merealisasikannya kerana bimbang timbul pertelagahan antara kedua negara apabila mereka bersempadanan. Dengan yang demikian, british telah menyokong Siam untuk mengelakkan pencerobohan perancis dan dijadikan negara penampan antara Tanah Melayu dan Indochina yang dikuasai perancis.6 British yang pada ketika itu ingin menjadikan siam sebagai negara penampan kerana risau Perancis akan meluaskan tanah jajahannya ke selatan. Walaupun pada tahun 1896 satu perjanjian antara british dengan perancis telah dibuat namun ia tidaklah membawa ketenangan yang lama kepada british apabila tersebar khabar angin yang mengatakan perancis ingin memotong segenting Kra untuk membina sebuah terusan.7 Sementara itu british juga sedar akan minat negara Jerman terhadap negeri siam dan negeri-negeri melayu utara. Kecemasan pihak british tentang ancaman negara barat ini menyebabkan mereka membuat rundingan secara sulit dengan siam pada bulan april 1897. Pihak british telah berjaya menandatangani perjanjian dengan siam yang mengatakan bahawa british mengakui ketuanan siam terhadap negeri-negeri melayu utara dan berjanji akan membantu siam sekiranya dia diserang. Siam pula berjanji tidak akan menyerahkan wilayah di selatan
4 5

Zainal Abidin Abdul Wahid. Malaysia Warisan dan Perkembangan.Edisi Kedua.1996. hlm186 Ibid. 6 Ibid. 7 Ibid.

Muang bao kepada kuasa lain tanpa persetujuan daripada kerajaan british.8 Perundingan dan hubungan British ini sememangnya dapat dilihat sebagai salah satu cara yang diambil british untuk menyekat perluasan kuasa barat lain yang sedang mencari tanah jajahan di kepulauan melayu. Perhubungan british dengan siam ini juga telah berjaya menyekat perluasan kuasa Jerman di Negeri Kedah. Hal ini terbukti apabila pada tahun 1899 dan 1900 firma-firma Jerman memohon untuk memajukan kawasan pajak di luar pantai kedah namun kerajaan Siam terpaksa mengalah kepada tekanan inggeris dan menolak permohonan itu.9 Hal ini menunjukan bahawa perhubungan Siam dengan British telah berjaya mencapai matlamat pada awalnya. Walaubagaimanapun, perjanjian sulit tersebut tidak dapat menyelesaikan kebimbangan pihak british terhadap kemasukan kuasa barat lain di tanah melayu.10 Perjanjian itu juga tidak menimbulkan kesan yang diharapkan oleh pihak british terhadap Negeri Melayu Utara kerana ianya dibuat secara sulit dan tidak diberitahu kepada pihak lain. Negeri-negeri melayu utara juga masih bertindak sebagai sebuah Negeri yang bebas daripada penguasaan mana-mana kuasa. Berikutan perkara ini british telah membuat perjanjian sempadan dengan siam pada tahun 1899. Tujuan perjanjian ini adalah untuk mengukuhkan lagi pengiktirafan British tentang kekuasaan siam terhadap Negeri Melayu Utara.11 Pada tahun 1900, telah wujud satu masalah yang memberi kesan yang sangat besar kepada perhubungan baik yang dibina British dengan negara Siam. Hal ini belaku apabila Sultan Kelantan telah memberikan tanah seluas 3000 batu persegi( separuh negeri Kelantan ) kepada seorang inggeris iaitu R.W Duff. Dan sebagai balasan raja muda menerima $20 000 tunai dan 2000 saham dalam syarikat itu. Pemberian sultan Kelantan ini dianggap oleh siam sebagai tidak sah kerana sultan Kelantan tidak berhubung dengannya tentang perkara ini. Namun sultan Kelantan menegaskan bahawa baginda bebas membuat keputusan. Siam seterusnya telah membuat bantahan kepada kerajaan british dengan alasan Sultan Kelantan telah melanggar dua perjanjian antara inggeris dan siam. Dalam pada itu Duff telah menuntut kemerdekaan negerinya dan meminta kerajaan British campur tangan dalam hal tersebut. Duff turut mengugut pihak British bahawa dia akan mendapatkan bantuan kuasa eropah lain sekirannya british tidak membantunya.12 Masalah yang wujud antara siam dan rakyat british ini telah menyebabkan kegagalan kepada
8 9

Ibid. Barbara Watson Andaya dan Leornard Y. andaya. Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur. 1983. Hlm 225 1010 Zainal Abidin Abdul Wahid.malaysia Warisan dan Perkembangan.Edisi Kedua.1996. hlm187
11

Ibid.

12

Ibid. hlm 188

perhubungan baik antara siam dan british ini. Ianya juga membimbangkan british kerana ugutan Duff yang boleh mengugat kedudukan british di Tanah melayu dengan kemasukan kuasa barat lain. Bagi mengatasi masalah tersebut pihak british telah mencadangkan kepada siam pada awal tahun 1902 supaya melantik pegawai british yang berkhidmat dalam perkhidmatan tadbir awam siam untuk menjadi Penasihat atau Residen di terengganu dan kelantan. Sultan kelantan pula telah meminta frank Swettenham selaku gabenor negerinegeri selat dan pesuruhjaya tinggi negeri melayu bersekutu memberi perlindungan terhadap negeri kelantan dan menghantar seorang Residen british sebagai penasihat baginda.13 Berikutan daripada perkara itu Kerajaan British telah memberi tempoh sehingga bulan september untuk siam mengiktiraf Kelantan dan Terengganu sebagai negeri yang bebas. Hal ini menunjukan kelemahan perhubungan british dan siam. British yang terdesak dengan ugutan daripada Duff akhirnya menyebabkan membawa kepada bermula keruntuhan perhubungan baik siam dan british berkaitan negeri melayu. Perhubungan baik british dengan siam mulai pudar kerana ia dilihat kerajaan british sebagai tidak berkesan dalam usaha mengawal negeri melayu. Pada tahun september 1902, satu perjanjian yang dikenali sebagai peristiharan Siam-british telah ditandatangani. Antara isi kandungan perjanjian tersebut ialah I. II. III. IV. British mengiktiraf pengaruh siam terhadap kelantan dan terengganu siam haruslah melantik penasihat dan penolong penasihat british di kedua negeri berkenaan. siam tidak boleh mencampuri hal ehwal dalam negeri tersebut. manakala, Hal ehwal luar negeri pula dikawal oleh british. Siam akan mendapat pampasan sepuluh peratus jika hasil negeri berkenaan melebihi $100 000 setahun.

Melalui perjanjian ini dapat dilihat syarat ketiga membolehkan british mengawal hal ehwal luar negeri terbabit. Hal ini membolehkan british dapat membendung perhubungan negeri melayu dengan kuasa luar dan mengelakkan ancaman campur tangan kuasa eropah lain di tanah melayu. Di samping itu, syarat kedua turut memberikan impak yang sangat besar dalam usaha membendung campurtangan kuasa barat lain di Negeri Melayu Utara.

13

Ibid.

Pada tahun 1909 satu lagi perjanjian yang berlaku antara Siam dan British berkaitan negeri melayu utara berlaku. Perjanjian ini dibuat kerana perhubungan british dan siam tidak berjaya menghalang perhubungan Negeri Melayu dengan kuasa barat lain. Hal ini kerana, mereka menganggap negeri mereka adalah merdeka dan bukannya bernaung di bawah siam.14 Oleh itu, perjanjian ini dibuat agar kerajaan british dapat membuat perjanjian berasingan dengan Negeri Melayu Utara tanpa melalui kerajaan Siam. Antara isi kandungan tersebut ialah i. Kerajaan Siam bersetuju menyerahkan kepada britain kedaulatan,pertahanan, pentadbiran dan segala hak milik ke atas negeri kelantan, terengganu kedah perlis dan pulau yang berdekatan. ii. iii. Kerajaan Negeri Melayu bersekutu akan menanggung semua hutang-piutang keempat-empat negeri melayu tersebut terhadap kerajaan Siam. Britain hendaklah menyerahkan hak ekstrateritorialnya di siam kepada kerajaan siam.15 Melalui perjanjian ini maka siam telah melepaskan kekuasaannya terhadap Negeri Melayu Utara yang dahulunya dianggap sebagai tanah jajahannya. British juga berpeluang campur tangan dalam urusan tadbir Negeri Melayu Utara tanpa melalui kerajaan Siam. Dengan campur tangan secara langsung maka british tidak lagi perlu bimbang terhadap ancaman perluasan kuasa barat lain. 2.2 MELAKUKAN PERHUBUNGAN DENGAN KUASA BARAT Sememangnya british tidaklah terlalu bergantung dengan perhubungannya dengan siam dalam usaha menjaga kepentingannya di Negeri Melayu Utara. Dalam usaha mengekang kemasukan kuasa barat lain di negeri melayu utara dan johor, british telah berusaha melakukan perhubungan yang baik dengan beberapa kuasa barat lain untuk yang berpotensi untuk mengancam kedudukannya di tanah melayu. Dalam Perhubungan ini menjaga kepentingan british di tanah melayu secara khususnya juga merupakan satu agenda british kerana pihak british mempunyai banyak kepentingan terhadap Tanah Melayu ketika itu. Perhubungan ini juga dilihat sebagai langkah awal yang dilakukan british kerana pihak british tidak ingin menimbulkan konflik ketentraan dengan kuasa barat lain akibat bimbang tentang keselamatan dan kedudukan mereka di Tanah Melayu dan keselamatan negara asal mereka tergugat. Langkah british ini sememangnya telah dapat dilihat pada
14 15

Ibid.189 Hari ini Dalam Sejarah.Jilid 1. Arkib Negara Malaysia. 1980. Hlm 207.

awal kedatangan british ke tanah melayu. Pada awal kedatangan british ke tanah melayu pihak british telah membuat perjanjian sempadan dengan belanda yang membolehkan penapakan british di singapura tidak dipersoalkan oleh Belanda. Perjanjian ini dikenali sebagai perjanjian inggeris-belanda pada tahun 1824 dan dalam perjanjian tersebut Belanda mengaku tidak akan membuka tempat di Semenanjung Melaka(semenanjung tanah melayu), atau menandatangani sebarang perjanjian dengan mana-mana raja, penghulu ataupun sebarang negeri di dalamnya, dan memansuhkan segala tuntutan ke atas Semenanjung Tanah Melayu.16 Setelah bertapak di kebanyakan negeri tanah melayu, pihak british cuba mengekang ancaman daripada kuasa barat lain pula dengan melakukan perhubungan dengan negara tersebut. Perancis merupakan salah satu daripadanya, Perancis yang pada awalnya negara yang berminat terhadap negara Siam dan dianggap british sebagai suatu ancaman terhadap kedudukannya di tanah melayu. Oleh itu, british telah berusaha mencari persefahaman dengan perancis. Pada tahun 1896, British dan Perancis telah menandatangani perjanjian yang menjamin kebebasan Lembah Menam Chao Praya. Seterusnya sekali lagi Pada tahun 1904 perancis dan Britain menamatkan persaingan antara mereka terutamanya dari segi meluaskan tanah jajahan dan menandatangani persahabatan british-perancis.17 Pada 1907 terbentuk persahabatan tiga(England-RusiaPerancis). Persahabatan ini adalah bertujuan untuk menjaga kepentingan bersama antara negara ahli dan menamatkan persaingan mencari tanah jajahan antara ahli. Hasil daripada perjanjian ini persahabatan British dengan Siam tidak lagi seperti sebelumnya. Ini telah nyata apabila England mendiamkan diri apabila Perancis merampas beberapa kawasan di sempadan siam-cambodia.18 Walaubagaimanapun, perhubungan british tidaklah menyeluruh kepada semua kuasa barat dan ini menyebabkan british masih bimbang akan perluasan kuasa barat yang lain terhadap negeri melayu. untuk menguasai Negeri Melayu Utara. Masalah yang wujud pada 1900 antara sultan kelantan, siam dan saudagar british telah menyebabkan british semakin terdesak

2.3

PENEMPATAN PENASIHAT BRITISH DI NEGERI MELAYU UTARA Menyedari tentang kelemahan hubungan british dengan siam dan perhubungan

dengan kuasa barat lain dalam usaha untuk menyekat perluasan kuasa barat di negeri melayu utara akhirnya, british mengambil keputusan untuk menguasai negeri melayu ini
16 17

Joginder singh jessey.Sejarah tanah melayu (1400-1959). 1978. hlm 102 Zainal Abidin Abdul Wahid.malaysia Warisan dan Perkembangan.Edisi Kedua.1996. hlm189 18 Joginder singh jessey.Sejarah tanah melayu (1400-1959). 1978. hlm 102

dengan berusaha menempatkan penasihatnya di negeri-negeri Melayu utara. Menurut Barbara Watson andaya dan Leornad y. Andaya dalam buku Sejarah Malaysia Kekuasaan Siam yang longgar ke atas negeri-negeri melayu di utara yang telah menarik pemerhatipemerhati british pada kurun ke-19. Oleh itu, dengan penempatan penasihat di negeri ini maka British secara langsung dapat mengawal hal ehwal dalam dan luar negeri tersebut. Ancaman kuasa barat lain juga akan dapat diatasi kerana penasihat akan mengawal perhubungan negeri supaya tidak dikuasai Kuasa asing. Perkara ini disebabkan negeri yang ditempatkan Penasihat British secara langsung menjadi negeri naungan British. Negeri Kelantan merupakan antara negeri yang mudah menerima penasihat british. Negeri ini bersetuju menerima penasihat british yang dilantik siam pada tahun 1902 iaitu selepas termeterainya perjanjian Bangkok pada tahun 1902. Ini menyebabkan kelantan negeri yang mudah sekali diuruskan.19 Kerajaan Negeri Melayu Bersekutu pula telah menghantar pegawainya untuk berkhidmat di Kelantan setelah Kelantan menerima penasihat British. Jika dilihat dari sudut sejarah kerajaan kelantan sebenarnya pernah meminta penasihat british untuk dihantar ke Kelantan iaitu semasa konflik antara sultan kelantan dan kerajaan Bangkok apabila sultan Kelantan menyerahkan pajakan tanah kepada duff iaitu warganagara british. 20 Hal ini kerana, pada tahun 1900 kelantan telah mengalami masalah kewangan yang teruk21. Kedatangan seorang rakyat british ke kelantan untuk mendapatkan kawasan pajakan lombong telah membuka peluang kepada sultan kedah untuk memulihkan semula keadaan kewangan negerinya. Oleh itu, sultan Kelantan telah memberikan tanah seluas 3000 batu persegi( separuh negeri Kelantan ) kepada Seorang Rakyat british iaitu R. W. Duff22 dan sebagai balasannya Raja muda kelantan mendapat wang $20 000 tunai dan 2000 saham dalam syarikat.23 Hal ini telah mengundang kepada ketidakpuashatian Siam terhadap Sultan Kelantan. British yang tidak mahu masalah ini berterusan kerana Duff mengancam akan mendaftarkan syarikatnya kepada ibu negara eropah lain. Pada tahun 1902, perjanjian antara siam dan british telah ditandatangani untuk menyelesaikan konflik tersebut dimana siam harus melantik seorang penasihat kerajaan Siam yang berbangsa Inggeris ke Kelantan. Pada tahun 1903, seorang penasihat, W.A Graham telah dihantar ke kelantan. Hasil daripada itu maka kelantan secara rasminya telah dinaungi British dan pengusaan kuasa barat lain keatas negeri ini tidak lagi menjadi satu kebimbangan kepada British.

19 20

Joginder singh jessey.Sejarah tanah melayu (1400-1959). 1978.hlm 245 Ibid. 21 Barbara Watson Andaya dan Leornard Y. andaya. Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur. 1983. Hlm 227. 22 Joginder singh jessey.Sejarah tanah melayu (1400-1959). 1978.hlm 232 23 Barbara Watson Andaya dan Leornard Y. andaya. Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur. 1983. Hlm 227

Kedah pula adalah antara negeri terawal yang menjalankan hubungan dengan dengan British iaitu semasa Francis Light mengambil Pulau Pinang pada tahun 1786. Walaubagaimanapun pada ketika itu British tidak menguasai Kedah kerana mereka tidak mempunyai kepentingan terhadap Kedah ketika itu.24 Menjelang akhir abad ke 19 barulah British berusaha menguasai kedah akibat risau Kedah dikuasai kuasa eropah lain seperti Jerman. Pada tahun 1902 perjanjian British-Siam telah termeterai dan melalui perjanjian ini pihak British telah meminta Sultan Abdul Hamid untuk menerima seorang Penasihat British namun baginda telah menolaknya.25 Pada tahun 1904, kedah telah menghadapi krisis kewangan yang teruk kerana membiayai lima perkahwianan diraja. Hutang-hutang negeri kedah ditaksirkan empat kali ganda pendapatannya setahun.26 Dalam usaha mengatasi masalah ini Sultan kedah iaitu Sultan Abdul Hamid terpaksa meminta bantuan daripada kerajaan Siam. Siam pada masa itu bersetuju menghulurkan bantuan kewangan kepada kerajaan Kedah dengan syarat Kedah menerima Seorang penasihat kewangan berbangsa Inggeris yang dilantik Siam. Demi menyelamatkan keadaan kewangan Kedah, Baginda telah bersetuju dengan syarat tersebut. Siam meluluskan pinjaman wang sebanyak 2 juta ringgit dan menghantar W.J.F Williamson sebagai penasihat kewangan yang pertama di Kedah.27 Pada tahun 1905, sultan kedah talah menubuhkan Majlis Mesyuarat negeri untuk membantu beliau dalam soal pentadbiran. Pada tahun itu juga Hart menggantikan williamson sebagai penasihat kewangan kerajaan kedah.28Apabila perjanjian bangkok ditandatangani pada 1909, sultan kedah enggan mengiktiraf perjanjian tersebut baginda merasa tersinggung apabila baginda tidak dijemput untuk membincangkan perihal negeri baginda sendiri.29 Baginda juga sedar bahawa Raja di negeri melayu bersekutu telah kehilangan kuasa apabila menerima penasihat british. Walaubagaimanapun, british tidak tunduk dengan sikap sultan yang engan menerima penasihat british dan desakan yang dilakukan british akhirnya berhasil. Tindakan british ini berjaya mencapai tujuannya pada tahun 1923, apabila sultan Abdul Hamid telah bersetuju membuat perjanjian dengan pihak british. Melalui perjanjian tersebut negeri kedah telah secara rasminya menjadi naungan british.30 Keadaan yang dialami perlis juga hampir sama dengan apa yang dialami kedah. Senario kewangan yang berlaku kepada kedah turut berlaku kepada perlis. Hal ini menyebabkan Sultan Perlis terpaksa meminta bantuan kewangan daripada Siam. Kerajaan
24 25

Zainal Abidin Abdul Wahid. Malaysia Warisan dan Perkembangan.Edisi Kedua.1996. hlm191 ibid. 26 Barbara Watson Andaya dan Leornard Y. andaya. Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur. 1983. Hlm 226 27 ibid 28 Joginder Singh Jessey.Sejarah Tanah Melayu (1400-1959). 1978.hlm 239 29 Ibid. 30 Zainal Abidin Abdul Wahid. Malaysia Warisan dan perkembangan.Edisi Kedua.1996. hlm192

Siam mengatakan akan meluluskan bantuan kewangan kepada perlis dengan mensyaratkan bahawa perlis harus menerima penasihat kewangan berbangsa Inggeris sebagai balasan pinjaman kewangan daripada siam. Raja perlis bersetuju dengan syarat tersebut dan Siam telah menghantar penasihat kewangan berbangsa inggeris ke Negeri itu apabila Siam meluluskan pinjaman kewangannya31. Pada masa itu siam telah menghantar H.E Duke sebagai penasihat kewangan di Perlis. Ikatan ini sememangnya sebagai titik permulaan penguasaan kerajaan british terhadap perlis. perjanjian Bangkok yang ditandatangani pada tahun 1909 antara British dan siam telah membawa kepada pengantian penasihat kewangan di perlis iaitu H.E Duke kepada penasihat British iaitu Kapten Meadows Frost.32 Raja Perlis enggan menerima penasihat british dan telah mengemukakan alasan yang sama seperti kerajaan kedah, namun pihak british tidak menghiraukannya. Pada tahun 1930, Perlis telah menyelesaikan hutangnya dengan Siam. Pada tahun itu juga, barulah Raja perlis iaitu raja Syed Alwi bersetuju membuat perjanjian dengan British. Bermula daripada masa tersebut negeri Perlis secara rasminya menjadi negeri naungan british dengan penasihat kewangannya menjadi penasihat british.33 Terengganu merupakan negeri yang agak liat sedikit dalam menerima penguasaan british.34 Para pemerintah terengganu beranggapan bahawa negeri Terengganu merupakan negeri yang bebas dari penguasaaan kuasa lain termasuk Siam. Sultan Terengganu iaitu sultan zainal Abidin III menganggap Siam hanya sebagai Negara sahabat. Pada tahun 1902 Gabenor NegeriNegeri Selat telah membuat lawatan ke Terengganu untuk meluaskan pengaruh kekuasaan british di Terengganu. Kedatangan beliau untuk meminta sultan terengganu menerima penasihat british mengikut syarat perjanjian kerajaan british-siam tahun 1902 telah dinafikan oleh sultan Terengganu.35 Sultan Terengganu memberikan alasan bahawa dia belum bersedia menerima penasihat british dan tidak mengetahui syarat perjanjian tersebut. Pada tahun 1909, pihak british sekali lagi meminta sultan Terengganu menerima penasihat british bagi memenuhi syarat perjanjian Bangkok. Sultan Terengganu akhirnya pergi ke singapura untuk membuat bantahan terhadap tindak tanduk British. Bantahan ini tidak memberikan kesan kepada British malahan mereka terus memaksa baginda menerima penasihat British36. Pada 22 april 1910, perjanjian persahabatan Terengganu dan british ditandatangani dan dua syarat penting di sini ialah terengganu tidak boleh membuat hubungan dengan kuasa asing tanpa kebenaran british dan Terengganu
31 32

Ibid. Ibid. 33 Ibid. hlm 193 34 Ibid. hlm 197 35 Ibid. hlm198 36 Ibid.

dikehendaki menerima wakil kerajaan british untuk berpejabat di kuala terengganu.37 Peristiwa ini merupakan bermulanya perluasan kuasa British di Terengganu. Walaubagaimanapun sultan Terengganu masih menganggap negeri Terengganu sebagai negeri yang merdeka. Baginda telah mengarahkan agar satu perlembagaan Terengganu digubal untuk dijadikan dasar dalam pemerintahan dan pentadbiran yang dipanggil undangundang tubuh kerajaan Terengganu. Pada tahun 1918, sultan Zainal Abidin III telah mangkat dan digantikan Sultan Muhammad II. Pihak british mengambil kesempatan ini untuk memaksa terengganu menandatangani perjanjian dengan british dan siam pada tahun 1919. Daripada perjanjian tersebut Terengganu diminta menerima penasihat british yang sama tugasnya dengan Residen British di negeri-negeri melayu bersekutu. J.L Humphreys yang semenjak tahun 1915 menjadi wakil british di terengganu dilantik menjadi penasihat british di terengganu yang pertama. Dengan itu maka british telah menguasai Terengganu melalui sistem penasihatnya.38 3.0 BRITISH MENYEKAT PERLUASAN KUASA BARAT DI JOHOR Perluasan kuasa British di Johor berlaku pada masa yang hampir sama dengan Negeri Melayu Utara. Pada akhir kurun ke 19, Sultan Johor iaitu Sultan Abu Bakar telah berulang kali menghindar perbuatan hendak mengubah corak hubungan antara Johor dan Singapura. Menyedari tentang tindak tanduk British, baginda telah memperkenalkan sebuah perlembagaan negeri pada tahun 1895 iaitu dua bulan sebelum baginda mangkat.39 Takhta sultan Johor kemudiannya diganti anak baginda iaitu Temenggung Ibrahim yang baru berusia 22 tahun.40 Semasa pentadbiran Sultan Abu Bakar, pihak British tidak dapat mencari alasan untuk campurtangan dalam pentadbiran kerajaan Johor. Kerisauan British bermula apabila Johor dituduh menggalakan ahli kewangan jerman dan belanda ke johor dan lebih berat lagi perbuatan sultan yang tidak mengambil peduli kepada arahan kuasa kolonial kerana menganggap negerinya merdeka. Dengan demikian ia telah menolak andaian British bahawa Johor sepatutnya berjalan dengan berkesan sebagai sebahagian daripada Negeri Melayu Bersekutu.41 Isu yang sangat dipertikaikan british ialah tentang pembinaan landasan kereta api dari singapura ke negeri melayu bersekutu sehingga Frank Swettneham mengecam sultan ibrahim kerana tidak menunjukan sifat melayu yang baik. Hasil daripada

37 38

Ibid. hlm 199 Ibid. hlm 200 39 ibid. hlm181 40 Barbara Watson Andaya dan Leornard Y. andaya. Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur. 1983. Hlm 227 41 ibid

10

kebimbangan kerajaan british terhadap tindak tanduk kerajaan johor ini akhirnya british telah berusaha untuk menakluki Negeri Johor. Pada tahun 1905, Sultan ibrahim telah hilang sebahagian besar keistimewaan yang pernah diusahakan ayahandanya dengan kerajaan british.42 Penentangan oleh pejabat Tanah Jajahan terhadap perusahaan swasta telah menghalang usaha baginda hendak menubuhkan Perbadanan Negeri Johor yang bebas bagi meningkatkan pembangunan ekonomi negeri. Ahli lembaga penasihat Johor juga telah bersahabat dengan british dan langkah sultan johor ini telah juga dihalang oleh mereka. Dengan ancaman berulang kali daripada british untuk campurtangan di Johor akhirnya sultan Ibrahim setuju untuk berunding dengan british.43 Sesunguhnya pada masa tersebut kedudukan ekonomi Johor sangat teruk dengan hutang yang sangat banyak. Pada tahun 1909, siam telah menyerahkan negeri melayu utara kepada british dan Johor mengambil iktibar dari perkara tersebut, sehingga sultan ibrahim sendiri telah mencadangkan seorang penasihat kewangan ditempatkan di Johor. Dengan kemasukan penasihat kewangan ini maka kuasa british di johor segera berkembang. Hal ini dapat dilihat apabila Jawatan penting dalam kerajaan johor banyak yang diisi oleh pegawai british. Keborosan sultan johor dan keadaan penjara di johor akhirnya memberi alasan yang kuat untuk british campurtangan secara langsung dengan pentadbiran di johor. Pada bulan Mac 1914, seorang penasihat am British dipertanggungjawabkan secara undang-undang kepada Pesuruhjaya tinggi British(Gabenor Singapura) apabila sultan johor mempersetujuinya. Pentadbiran Johor ini sememangnya telah diawasi oleh Penasihat British44. Sebagai balasannya sultan johor meminta supaya sesetengah keistimewaan baginda di johor dikekalkan.45 Bermula dari tarikh tersebut maka pentadbiran kerajaan johor telah dikuasai british. British bukan sahaja berjaya menghalang kemasukan kuasa barat lain di Johor tetapi british juga berjaya menguasai Johor untuk kepentingannya. 4.0 PERANAN PENASIHAT BRITISH DI NEGERI MELAYU UTARA KEDAH Penasihat British yang pertama di Kedah ialah W.J.F williamson. Beliau merupakan seorang yang berbangsa inggeris yang dilantik kerajaan siam sebagai seorang penasihat kewangan negeri kedah.46 Perlantikan beliau berikutan masalah kewangan yang dihadapi

42 43

ibid Ibid.Hlm 232 44 Abdul rahman. Malaysia : sejarah kenegaraan dan Politik. Hlm 260 45 Barbara Watson Andaya dan Leornad Y. Andaya. Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur 1983. Hlm 232 46 ZainalAbidin Abdul Wahid . Malaysia Warisan dan Perkembangan. Edisi Kedua.1996. hlm181

11

negeri kedah pada tahun 1904. Namun, pada tahun 1914, penasihat kewangan ini telah digantikan dengan penasihat am. Kerajaan british telah melantik George Maxwell sebagai penasihat pertama yang dilantiknya di kedah. Penasihat British di Kedah bertanggungjawab dalam pentadbiran negeri kedah dan telah bertanggungjawab melantik beberapa orang pegawai eropah untuk menjaga berbagai jabatan di kedah.47 Penasihat juga bertanggungjawab terhadap urusan pembangunan negeri dan urusan perundangan negeri kedah. Hal ini dibuktikan dengan pembangunan yang dibuat selepas penasihat british tiba di kedah dan undang-undang tanah yang diluluskan british di kedah pada 1914.48 PERLIS Perkembangan tugas penasihat di perlis juga hampir sama dengan perkembangan tugas penasihat di kedah. Pada awalnya penasihat siam yang dilanitk di perlis ialah H. E Duke dan Beliau adalah seorang yang berbangsa inggeris. H.E duke dilantik oleh siam sebagai penasihat kewangan negeri Perlis berikutan pinjaman wang daripada siam. Pada tahun 1909, british telah menggantikan H.E Duke dengan seorang penasihat british yang akan menasihati sultan dalam semua perkra kecuali adat istiadat orang melayu dan agama islam. Panasihat yang dimaksudkan ialah Kapten Meadows Frost. Panasihat baru british ini dikatakan bertanggungjawab penuh dalam pentadbiran negeri perlis. KELANTAN Penasihat yang dipertanggungjawabkan di kelantan ialah W. A Graham yang dilantik secara rasmi sebagai penasihat kelantan pada tahun 1903. Walaupun wakil yang dihantar ke kelantan adalah seorang penasihat dan bukannya Residen namun sebenarnya bidang kuasa adalah hampir sama. Menurut Barbara Watson Andaya dan Leornad Y. Andaya. Dalam buku Sejarah Malaysia Garham menganggap dirinya sebagai seorang pegawai siam tetapi tugas dan tanggungjawabnya digariskan sama seperti Residen NMB, dan Birokrasi kecil yang dibentuknya adalah dicontohi dari perak dan Selangor.
49

sekiranya seperti yang dikatakan

mereka ini maka bidang kuasa penasihat di Kelantan adalah merangkumi semua bidang kecuali agama islam dan adat istiadat. Kedua bidang yang dikecualikan ini diletakkan di bawah kuasa sultan.

47

Joginder Singh Jessey.Sejarah Tanah Melayu (1400-1959). Dewan bahasa dan pustaka kementerian pelajaran Malaysia kuala lumpur. 1978.hlm 239 48 Ibid. hlm 240 49 Barbara Watson Andaya dan Leornad Y. Andaya. Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur 1983. Hlm 232

12

TERENGGANU Walaupun pendudukan british di terengganu agak lambat sedikit berbanding negeri lain namun akhirnya negeri ini terpaksa juga menerima penasihat british. Wakil british di terengganu pada awalnya ialah W.L conlay.50 Wakil british yang dilantik mengikut perjanjian British-terengganu pada 1910 berperanan sebagai konsul dan berhak mewakili kepentingan rakyat british di terengganu dan bertindak sebagai pengantara British dan kepentingan ekonomi tempatan.51 Pada tahun 1919 Penasihat british di terengganu ini diberikan bidang kuasa yang sama seperti Residen di negeri melayu bersekutu iaitu menjadi penasihat dalam semua bidang pentadbiran kerajaan melainkan perkara yang berkaitan adat istiadat orang melayu dan agama islam.52 Penasihat J.L Humphery merupakan orang yang bertanggungjawab dalam mengurangkan gaji sultan daripada $9,500 kepada $3,500 sebulan. Penasihat ini juga telah memaksa Sultan Mohammad turun takhta dan digantikan adindanya Tengku Sulaiman.53 Di samping itu, penasihat british di terengganu telah membuat banyak perubahan dalam pentadbirn negeri dengan membuat peraturan baru. Malahan penasihat british juga membuat peraturan untuk dipatuhi rakyat dan mengenakan tindakan tegas sekiranya rakyat tidak mematuhinya. Contohnya, menangkap rakyat yang tidak membuat laporan kelahiran atau kematian lebih daripada 24 jam.54

50 51

Joginder Singh Jessey.Sejarah Tanah Melayu (1400-1959). 1978.hlm 242. Abdul rahman. Malaysia : sejarah kenegaraan dan Politik. Hlm 260 52 ZainalAbidin Abdul Wahid. Malaysia Warisan dan Perkembangan. Edisi Kedua.1996. hlm181 53 Mohd Isa Othman. 1999. Gerakan Protes Dalam Perspektif Sejarah Malaysia pada awal abad 19 dan awal abad ke 20. Kuala Lumpur: Utusan Publication dan Distributors sdn bhd. hlm 153 54 Ibid. hlm 155

13

5.0 PENILAIAN Berdasarkan penilaian saya mengenai tajuk tentang cara british menyekat perluasan kuasa barat lain di tanah melayu saya berpendapat bahawa british sememangnya berusaha untuk mendapat hak monopoli terhadap keseluruhan tanah melayu. Setelah british berjaya menguasai negeri-negeri selat dan negeri-negeri melayu bersekutu tujuan british sememangnya telah tercapai dari segi ekonomi. Negeri melayu utara yang kurang sumber galian seperti negeri melayu bersekutu telah menyebabkan minat british untuk menjajah negeri tersebut adalah agak lambat berbanding negeri lain. Walaubagaimanapun, british akhirnya British menaungi negeri ini untuk mengelakkan kemasukkan kuasa barat lain yang mungkin akan mengancam kuasa british di tanah melayu. Begitu juga halnya dengan Johor. Setelah setelah sekian lama johor dikelilingi negeri yang telah dikuasai british akhirnya british mengambil keputusan untuk menguasainya. Hal ini kerana terdapat ancaman daripada perluasan kuasa eropah lain. Perkara ini menjelaskan bahawa british sebenarnya terdesak untuk menguasai negeri di Tanah Melayu berikutan kuasa barat lain yang sedang bersaing untuk mendapatkan tanah jajahan di asia. Perlantikan penasihat british di negeri Melayu utara dan johor menandakan penguasaan keseluruhan tanah melayu oleh british. Hasil daripada penguasaan british maka kuasa barat lain tidak lagi mempunyai alasan untuk menguasai tanah melayu kerana ianya telah terletak di bawah pentadbiran british. Kemasukan penasihat british ke negeri melayu tidak bersekutu ini sememangnya telah memberikan kesan yang sangat besar terhadap pemerintahan di negeri negeri melayu tidak bersekutu tersebut. Walaubagaimanapun, masyarakat tempatan menerima kesan buruk yang lebih banyak daripada kesan yang baik dan dibuktikan dengan kewujudan penentangan rakyat di setiap negeri tersebut setelah kemasukan penasihat. Sebagai contohnya banyak cukai baru yang membebankan rakyat telah diwujudkan penasihat kerana dasar penasihat yang ingin mendapatkan keuntungan dan hanya mementingkan

14

kewangannya. Dalam pada itu, institusi raja yang wujud tidak lagi dapat berfungsi dengan baik kerana raja mempunyai kuasa yang terhad iaitu hanya dalam soal adat istiadat dan agama islam. Walaupun kesan buruk lebih ditumpukan oleh sejarahwan apabila mengkaji sejarah negeri melayu tidak bersekutu namun ini tidak bermaksud tidak terdapat kesan baik daripada penempatan penasihat ini. Antara kesan baik yang ketara adalah pembangunan dari segi ekonomi negeri tersebut. Sebagai contohnya, kerajaan kedah yang berhutang dengan siam telah berjaya membayar hutang tersebut setelah kemasukan penasihat di kedah. 6.0 KESIMPULAN Sememangnya pelbagai cara yang dilakukan british dalam mengatasi ancaman penguasaan kuasa barat lain di Tanah Melayu. Cara yang dilakukan british ini sememangnya bukanlah berunsurkan kekerasan seperti peperangan namun ianya lebih kepada desakan, ancaman dan tipu muslihat. Pada peringkat awal British telah melakukan perhubungan yang rapat dengan Siam kerana menyedari pengaruh Siam terhadap Negeri Melayu utara melalui penghantaran bunga emas kepada Siam. Menyedari perhubungannya dengan Siam tidak memberi jaminan seperti yang dikehendaki maka British telah melakukan perhubungan baik dengan kuasa barat lain demi menjaga kepentingannya agar perebutan tanah jajahan antara dua negara eropah dapat dielakkan di samping agenda untuk menjaga keselamatan negara asalnya. walaubagaimanapun dasar persahabatan british tidaklah menyeluruh dan hanya terhadap beberapa buah negara eropah sahaja manakala negara eropah yang lain masih menjadi suatu ancaman kepada british. Kebimbangan british semakin memuncak apabila terdapat ugutan rakyatnya untuk mendaftarkan syarikat terhadap kuasa barat lain setelah terdapat konflik antara rakyatnya dan kerajaan Siam. Akibat daripada masalah yang timbul akhirnya dasar persahabatan dengan Siam dan pengiktirafan penguasaan Siam terhadap negeri melayu tidak bersekutu ini berubah bentuk kepada dasar untuk menaungi Negeri Melayu tidak bersekutu kerana British menyedari bahawa negeri Melayu Utara tidaklah mengakui ketuannya terhadap Negara Siam. Setelah berjaya menguasai Negeri Melayu Utara dengan menempatkan penasihat maka perhubungan Siam dengan British menjadi kendur kerana British tidak lagi mempunyai kepentingan terhadap Siam untuk mengawal kemasukan Kuasa Barat ke Negeri Melayu Utara. Bagi kerajaan Negeri Johor pula, perhubungan Negeri Johor dengan Jerman dan Belanda telah menimbulkan ketidaksenangan British terhadap Kerajaan Johor. Oleh itu, British telah berusaha meluaskan pengaruhnya dengan menakluki Negeri Johor. Hasil daripada ini negeri-negeri tidak

15

bersekutu telah terpaksa menerima seorang penasihat British yang bertanggungjawab menasihati Sultan dalam hal pentadbiran kecuali yang berkaitan adat istiadat dan agama islam. Bidang kuasa penasihat ini sememangnya tidak terhad kepada pentadbiran dalam negeri sahaja tetapi merangkumi kesemua hal negeri. Walaupun, sultan masih merupakan Ketua Negeri yang sah dan menjalankan pentadbiran negeri tetapi itu hanyalah secara teorinya kerana sultan harus menerima nasihat daripada penasihat yang dilantik British. Sultan dikatakan tidak mempunyai hak untuk membantah apa yang dinasihatkan oleh penasihat british kecuali berhubung adat istidat melayu dan agama islam. 7.0 RUJUKAN

Mohd. Isa Othman, 2002, Sejarah Malaysia (1800-1063), Selangor Darul Ehsan: Utusan Publications &Distributors Sdn Bhd Mohd. Isa Othman, 1999, Gerakan Protes dalam perspektif sejarah malaysia pada awal abad ke 19 dan awal abad ke 20. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributor Sdn Bhd Zainal Abidin Abdul Wahid et al.1996. Malaysia: warisan dan perkembangan. Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur.

Malaysia Kita,Sejarah Pentadbiran dan dasar pembangunan,2000, International Law Book


Services Barbara Watson Andaya dan Leornad Y. Andaya. Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur 1983. Joginder singh jessey.Sejarah tanah melayu (1400-1959). 1978. Modul TH10203. Sejarah malaysia. Universiti malaysia Sabah. 2012. Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur 1800-1963. Kursus Komprehensif Fajar Bakti. Edisi Kedua. 2003 Hari ini Dalam Sejarah.Jilid 1. Arkib Negara Malaysia. 1980

16

17