Anda di halaman 1dari 30

UNIT PENGAJIAN LUAR KAMPUS PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN ( PACE ) UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

GMGA 2013 PERLEMBAGAAN MALAYSIA

TUGASAN INDIVIDU TAJUK: DEMOKRASI, KONTRAK SOSIAL DAN HUBUNGAN KAUM DI MALAYSIA

DISEDIAKAN UNTUK: PN. ROSELINDA MOHD HANAFIAH

DISEDIAKAN OLEH: NAMA NO. MATRIK PUSAT RAMUNAIDU A/L APALASAMY 203150 UUM KL (IPB)

GMGA 2013 PERLEMBAGAAN MALAYSIA

1.0 Pengenalan

Tugasan individu ini adalah sebagai syarat bagi melengkapkan pengajian kursus GMGA 2013 Perlembagaaan Malaysia, Pengajian Luar Kampus Universiti Utara Malaysia. Para pelajar telah diberikan salah satu tajuk yang berkaitan perlembagaan serta membuat tugasan berdasarkan tajuk tersebut. Tajuk diberi adalah Demokrasi, Kontrak Sosial dan Hubungan kaum di Malaysia. Bagi pemahaman yang lebih berkesan dalam tugasan ini, unsur-unsur penting yang berkaitan dengan tajuk diberi perlulah dikupas, diulas, dibahas dan dibincangkan secara bernas, tersusun dan serta mempunyai kesinambungan antara fakta. Demokrasi, Kontrak Sosial dan Hubungan kaum merupakan antara isu-isu yang boleh dikatakan hangat di negara. Seringkali kita dapat dengar mengenai isuisu yang dikatakan hak-hak rakyat dalam negara demokrasi dicabuli contohnya Pilihanraya yang tidak telus. Isu yang berkaitan Kontrak sosial pula sering menjadi alat kepada ahli politik dalam mencari pengaruh dan menonjolkan diri dalam sesuatu pilihanraya. Apakah isu isu yang berkaitan Demokrasi dan Kontrak Sosial negara ini yang memberikan impak kepada hubungan kaum? Negara kita sebagai sebuah negara yang mempunyai masyarakat Pluralsudah tentu terpaksa berkerja keras bagi memupuk perpaduan dan memastikan

perpaduan yang terbina antara kaum sentiasa kekal. Isu-isu sensitif jika diusik boleh mencetuskan api kemarahan antara kaum dan meruntuhkan tangga perpaduan yang dibina sekian lama. Mampukah Kontrak Sosial yang dibina berlandaskan elemen demokrasi, mengikat tali persaudaraan yang utuh antara berbilang kaum di negara ini serta menjadi releven sepanjang masa?

-1-

NO.MATRIK: 203150

GMGA 2013 PERLEMBAGAAN MALAYSIA

2.0 Demokrasi, Kontrak Sosial dan Hubungan Kaum Demokrasi ialah suatu bentuk kerajaan di mana kuasa menggubal undangundang dan struktur kerajaan adalah ditentukan oleh rakyat. Dalam sistem demokrasi, undang-undang digubal sama ada oleh rakyat atau wakil yang dipilih oleh rakyat. Sebuah negara atau kerajaan yang mengamalkan sistem demokrasi adalah dipanggil negara atau kerajaaan yang demokratik. Perkataan ini berasal dari Yunani yang bermasud "Diperintah oleh Rakyat". Terma ini kadangkala digunakan untuk mengukur sejauh mana pengaruh rakyat diatas kerajaannya (Mavis Puthucheary dan Norani othman,2005).Tetapi dalam konteks Kontrak Sosial dan hubungan kaum, demokrasi mempunyai maksud tersendiri yang memperihalkan kebebasan dan keistimewaan kepada seseorang individu atau sekelompok masyarakat yang diberi dalam kontrak sosial sama antara kerajaan dengan rakyat atau antara kaum yang ada sesebuah negara itu. Ini bermakna demokrasi bukan sahaja dilihat sebagai suatu sistem kerajaan malah menjadi alat penghubung antara kaum dalam sesebuah negara itu (Abdul Manaf Haji Ahmad,2009). kontrak sosial pula menurut pandangan ahli teori demokratik Eropah seperti Thomas Hobbes dan John Locke bahawa manusia mewujudkan negara sebagai satu perjanjian bersama di mana setiap individu itu bersetuju kepadanya. Kontrak ini bererti individu-individu yang bebas bersetuju untuk menyerahkan haknya untuk memerintah diri sendiri itu kepada satu institusi bersama yang berkuasa dan berdaulat. Menurut bahasa, kontrak boleh didefinisikan sebagai perjanjian formal dengan syarat-syarat tertentu antara dua pihak atau lebih. Ia juga boleh bermaksud dokumen yg mengandungi syarat-syarat perjanjian atau cabang undang-undang yag berkaitan dengan kontrak. Sosial pula boleh ditakrifkan sebagai segala yang berkaitan dengan

-2-

NO.MATRIK: 203150

GMGA 2013 PERLEMBAGAAN MALAYSIA

masyarakat, perihal masyarakat dan kemasyarakatan. Oleh itu, kontrak sosial apabila diasimilasikan boleh ditakrifkan sebagai satu bentuk perjanjian atau permuafakatan yang ditulis dan ditetapkan oleh undang-undang (perlembagaan) yang melibatkan semua masyarakat di sesebuah negara. Dalam konteks negara kita, Kontrak Sosial dilihat sebagai permuafakatan antara kaum yang dicapai sebelum merdeka melalui satu persetujuan di kalangan rakyat dan pemimpin yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India. Pemeteraian kontrak sosial ini juga turut disertai dan dipersetujui oleh parti-parti yang mereka wakili iaitu UMNO, MCA dan MIC (Mat Zin Mat Kib dan Salahudin Syuno,2008). Istilah ini sebenarnya tidak wujud dalam Perlembagaan Persekutuan 1957 tetapi dari perspektif lain, kontrak sosial sememangnya wujud dalam sejarah negara dan permuafakatan yang dicapai itulah yang mentakrifkan negara kita dan seterusnya menentukan sifat negara. Kontrak sosial sebenarnya merupakan watikah asas keadilan sosial untuk negara. Keadilan sosial yang terkandung dalam perjanjian ini merangkumi bukan sahaja soal keadilan ekonomi tetapi juga keadilan politik dan keadilan kebudayaan. Oleh itu, kontrak sosial yang dipersetujui perlu dijadikan rujukan asas segala usaha untuk menegakkan keadilan sosial di negara ini. Kamu dewan edisi-4 memberi maksud hubungan kaum atau etnik sebagai pertalian atau perkaitan antara kaum atau etnik. Lian Kwen Fee (2006) menyatakan hubungan etnik adalah hubungan sesama antara etnik-etnik yang terdapat dalam sesebuah negara atau wilayah yang dilihat dalam bentuk perkongsian serta pembahagian segala aspek yang terdapat dalam sesuatu negara atau wilayah itu. Menurut Roucek dan Waren(1979) pula, terdapat tiga konsep asas dalam hubungan etnik iaitu masyarakat, budaya dan perpaduan. Ketiga-tiga konsep ini salin

-3-

NO.MATRIK: 203150

GMGA 2013 PERLEMBAGAAN MALAYSIA

berkaitan untuk membentuk satu keadaan masyarakat berbilang agama, budaya, kefahaman dan etnik serta bersatupadu untuk menubuhkan sesebuah wilayah itu. Dalam masyarakat majmuk atau pluraliti hubungan antara etnik menentukan kelangsungan dan pembanguan yang berterusan sebuah wilayah atau negara itu. Menurut J.S. Furnival di dalam bukunya Colonial policy and pratice : A comparetive study of Burma and Netherland India (Ting Chew Peh,1979:71) menyatakan masyarakat majmuk atau pluaraliti adalah masyarakat yang terdiri daripada pelbagai etnik,agama,kepercayaan,adat resam, kebudayaan, dan kefahaman yang berlainan tetapi bergabung dibawah sistem politik yang sama. Walaubagaimanapun kehidupan mereka adalah berasingan dan lazimnya lebih cenderung berinteraksi kumpulan masing-masing. Masyarakat pluraliti yang berbeza dalam segala aspek kehidupan ini haruslah disatukan oleh pemerintahan yang baik dan bertanggungjawab bagi mengelakkan sebarang konflik antara etnik yang seterusnya menentukan hala tuju dan pembangunan sesebuah negara itu( Raymond,B.,2005). Walaupun kontrak sosial telah dipertujui oleh pihak yang terbabit namun kerelevenan mengikut peredarkan masa sering dipersoalkan oleh pihak-pihak dalam

tertentu. Tindakan pihak terbabit bukan sahaja membawa kepada pertelingkahan antara kaum malah membawa kepada isu mempersoalkan undang-undang tertinggi negara iaitu perlembagaan.

-4-

NO.MATRIK: 203150

GMGA 2013 PERLEMBAGAAN MALAYSIA

3.0 Kontrak Sosial dalam sejarah negara ini Malaysia merupakan sebuah negara majmuk yang memperlihatkan

perkembangan politik dalam pelbagai sudut. Ia merupakan sebahagian daripada warisan penjajah yang telah meninggalkan impak yang begitu besar dalam kehidupan masyarakat kita. Dasar kolonialisasi oleh kuasa-kuasa Barat bukan sekadar membawa kepada kewujudan masyarakat pluralisme malah mencorak dan mempengaruhi perkembangan sejarah kita. Ia dilihat sebagai satu bentuk hubungan yang bersifat dominasi dan eksploitatif kerana kolonialisme bukan sekadar melibatkan penguasaan ekonomi dan politik malah ia turut cenderung menguasai minda penduduk. Malaysia mencapai kemerdekaannya pada 31 Ogos 1957 melalui amalan kompromi dan permuafakatan pelbagai kaum. Proses permuafakatan itu bermula sebelum kemerdekaan lagi. Ia begitu jelas selepas Perang Dunia Kedua, di mana semangat nasionalisma dan dasar dekolonialisasi oleh kuasa Barat mendorong

kepada kerjasama parti-parti politik berbilang kaum. Perkembangan itu dilihat sebagai satu titik tolak kepada politik permuafakatan di negara kita dan berjaya merencanakan satu perkembangan politik yang begitu menarik. Penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 telah

mengambil kira pebagai aspek. Perkara yang paling mustahak di sini ialah toleransi dan tolak ansur di antara penduduk berbilang kaum telah berjaya membentuk satu pakatan murni dan menerima satu kontrak sosial dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Hassan Ahmad (2008) menyatakan kontrak sosial terdiri daripada dua elemen iaitu pertama, penerimaan orang Melayu terhadap sebilangan besar penduduk bukan Melayu sebagai rakyat jus soli bagi negara yang baru merdeka.

-5-

NO.MATRIK: 203150

GMGA 2013 PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Kedua, penerimaan penduduk bukan Melayu terhadap pengiktirafan hak istimewa serta kepentingan kaum Melayu dalam negara sebagai aspek yang melibatkan kepentingan kaum yang berbeza. Suruhanjaya Reid telah dipertanggungjawabkan dalam merangka sebuah perlembagaan baru untuk Tanah Melayu menerima

pelbagai pandangan, cadangan serta bantahan dari pelbagai pihak. Ia telah memberi penekanan kepada beberapa aspek yang penting termasuklah soal kewarganegaraan, kedaulatan sultan Melayu, kedudukan agama Islam, Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dan hak keistimewaan orang Melayu. Isu kontrak sosial merupakan satu persoalan yang sering dibahaskan oleh ahli-ahli politik mahupun golongan akademik. Persoalan yang sering timbul ialah sejauh manakah ia masih relevan dan kepentingan perjanjian itu dalam usaha pembentukan sebuah negara bangsa di Malaysia. Idea kontrak sosial bermula di Eropah pada abad ke-17 dan ke-18 dan di pelopori oleh tokoh-tokoh seperti Jaque Rousseau, John Locke and Thomas Hobbes. Pada dasarnya, ia merujuk kepada persetujuan bersama di kalangan rakyat sesebuah negara berkaitan dengan hak dan tanggungjawab mereka. Di mana manusia dikatakan mempunyai nafsu yang tinggi terhadap kekuasaan, kekayaan, kehormatan dan pengetahuan dan ia disifatkan sebagai tidak terbatas. Lantaran itu, perlu wujudnya satu mekanisme bagi mengawal keinginan manusia tersebut dalam usha mewujudkan keselamatan serta kestabilan dalam negara. Menurut John Locke (1632-1704) dalam tulisannya An Eassy Concerning the True Original, Extent and End of Civil Government dalam Sosial Contract ( Oxford University Press, 1960) , beliau menjelaskan bahawa wujudnya tiga pihak dalam proses kontrak sosial iaitu orang yang mencipta kepercayaan (the trustor), orang yang diberi kepercayaan ( the trustee) dan mereka yang memperoleh manfaat

-6-

NO.MATRIK: 203150

GMGA 2013 PERLEMBAGAAN MALAYSIA

daripada pemberian kepercayaan itu ( the beneficiary). Hubungan tersebut bakal mewujudkan satu situasi saling mempercayai antara satu sama lain dan ia amat penting dalam mengekalkan keselamatan sesebuah negara. Ini kerana sekiranya hubungan kepercayaan tersebut terhakis maka pemerintah akan kehilangan kuasa untuk melaksanakan dasar yang ingin dilakukannya. Istilah kontrak sosial mula mewarnai politik negara pada tahun 1986 dan ia digunakan buat kali pertama oleh ahli parlimen UMNO, Abdullah Ahmad yang menegaskan bahawa kemerdekaan negara serta kesinambungan politik Malaysia berdasarkan kepada system politik yang didominasi orang Melayu. Oleh itu kedudukan orang Melayu dalam politik Malaysia perlu dipelihara dan sebarang usaha untuk menghapuskannya mahupun mempertikaikannya bakal mengugat kestabilan negara (Abdul Manaf Haji Ahmad,2009). Sejak diperkenalkan, kontrak sosial dikaitkan dengan konsep dominasi Melayu atau ketuanan Melayu. Di mana ia dilihat sebagai penerus kepada kesinambungan kuasa politik orang Melayu dan turut memberi jaminan terhadap kedudukan serta keistimewaan orang Melayu di Malaysia. Malahan kontrak sosial dilihat semakin rigid dibawah dominasi UMNO yang sering menjadikan isu tersebut sebagai modal untuk kepentingan politik masing-masing. Ia jelas apabila isu kontrak sosial mahupun ketuanan Melayu sering menjadi tumpuan dalam setiap Perhimpunan Agung UMNO di mana para perwakilan mengambil kesempatan untuk menonjolkan diri dengan memanipulasikan isu kontrak sosial mahupun hak-hak orang Melayu. Dalam Perhimpunan UMNO tahun 2006, perwakilan Melaka Hasnoor Sidang Hussein dengan lantang menegaskan bahawa UMNO sanggup berkorban dan bermandi darah untuk pertahankan bangsa dan agama mereka. Perkembangan dalam kontrak sosial itu selaras dengan tanggapan Rousseau (1712-1778) yang berpendapat bahawa manusia pada dasarnya adalah

-7-

NO.MATRIK: 203150

GMGA 2013 PERLEMBAGAAN MALAYSIA

sama tetapi faktor moral mencipta ketidaksamaan maka timbullah hak-hak istimewa yang dimiliki oleh golongan tertentu dan ia bakal dipergunakan untuk menindas yang lain. Oleh yang demikian, konsep ketuanan Melayu yang dianggap sebagai pelindung orang Melayu dan dikaitkan dengan hak raja-raja Melayu sebagai pemerintah negara sering menimbulkan perasaan kurang senang kaum lain(Mohd Shariza,2010). Di mana ia seolah-olah meletakkan kaum lain di satu kelas yang lebih rendah daripada orang Melayu. Ia jelas bercanggah dengan perlembagaan negara yang menekankan persamaan hak bagi semua warganegara tanpa diskriminasi terhadap mana-mana bangsa mahupun agama. Malahan konsep ketuanan Melayu dilihat sebagai satu elemen yang berunsur negatif yang melemahkan orang Melayu dan ia bersifat perkauman. Di mana menurut Datuk Zaid Ibrahim, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri ia mencerminkan orang Melayu hanya mahu menjadi

tuan tanpa mahu berusaha dan bertanggungjawab kepada diri sendiri ( Utusan Malaysia, 4 November. 2008 ). Ini jelas memberi satu gambaran negatif kepada orang Melayu yang dianggap hanya mahu hak-hak tertentu dan penghormatan serta pengiktirafan tetapi tidak mahu berusaha. Pada masa yang sama mereka tidak mampu membuktikan kemampuan diri serta mengelak daripada persaingan secara global dan terus bergantung kepada kerajaan. Isu kontrak sosial menjadi semakin panas selepas Pilihan Raya Umum ke-12 pada 8 Mac 2008 berikutan perubahan landskap politik negara. Ia menyaksikan kehadiran lebih ramai ahli parlimen bukan Melayu yang dipelopori oleh PKR dan DAP. Pelbagai polemik serta kontroversi yang tercetus dalam membicarakan kontrak sosial jelas menggambarkan ketidakmatangan politik negara yang masih diselubungi oleh politik perkauman yang begitu sempit. Keadaan diperburukkan lagi apabila berlaku perbalahan secara terbuka di kalangan pemimpin-pemimpin dalam Barisan

-8-

NO.MATRIK: 203150

GMGA 2013 PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Nasional yang terkena tempias pilihan raya 2008. Di samping itu, ia turut menyaksikan tindakan segelintir pemimpin yang sengaja mengeluarkan kenyataan yang berbau perkauman yang tindakan tersebut dilihat mencurah minyak ke atas api yang marak. Tindakan sesetengah pihak yang secara berterusan mempertikaikan kontrak sosial mendapat perhatian serius Majlis-Majlis Raja-Raja Melayu yang meminta semua pihak menghormati perlembagaan negara serta tidak menguji mahupun mencabar kontrak sosial yang telah dipersetujui oleh pemimpin terdahulu ( Utusan Malaysia 17 Oktober 2008 ) . Ini kerana ia menimbulkan kegusaran dan keresahan di kalangan rakyat. Walaupun peringatan tersebut disambit baik oleh semua pihak namun begitu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan rakyat berhak persoalkan sosial kontrak jika hak mereka dinafikan kerana Majlis Raja-Raja telah pun memberi jaminan bahawa hak semua kaum akan dilindungi kerana ia mendapat jaminan Perlembagaan Persekutuan. Lantaran itu, beliau menyarankan supaya semua kaum menghormati kebudayaan serta tatasusila antara satu sama lain. Kontrak sosial merupakan satu persetujuan bersama di kalangan pemimpinpemimpin berbilang kaum dalam menentukan hala tuju negara ketika era kemerdekaan. Ia dilihat sebagai satu pakatan murni yang libatkan toleransi antara kaum. Namun begitu kontrak sosial sering dimanipulasi oleh ahli-ahli politik demi kelansungan politik masing-masing. Tindakan sedemikian telah menimbulkan pelbagai permasalahan yang begitu kompleks dan sering mengakibatkan

ketegangan hubungan antara kaum. Lantaran itu kontrak sosial terus diselubungi pelbagai kontroversi akibat daripada corak politik perkauman yang terlalu sempit.

-9-

NO.MATRIK: 203150

GMGA 2013 PERLEMBAGAAN MALAYSIA

4.0 Kontrak Sosial dalam perlembagaan

Hasil daripada persetujuan yang dicapai daripada kalangan kaum Melayu,Cina dan India,Perlembagaan Persekutuan telah ditubuhkan.Perlembagaan Malaysia merupakan dokumen perundangan yang merangkumi aspek kontrak sosial dan juga perjanjian perdamaian. Walaupun kontrak sosial tidak terdapat secara nyata dalam perlembagaan, namun kesan-kesan kontrak sosial dapat dilihat dalam implikasi

pengagihan ekonomi, perundangan dan pertadbiran di negara ini.

Dalam perlembagaan Malaysia,terdapat beberapa peruntukan yang telah digubal namun terdapat juga beberapa elemen penting yang menjadi tradisi sejak zaman sebelum penjajahan british lagi masih dikekalkan.Elemen-elemen tersebut dianggap penting untuk memainkan peranan dalam menjaga kestabilan negara terutamanya dalam konteks negara Malaysia yang berbilang kaum.Peruntukan ini merupakan hasil perbincangan dan tolak ansur antara masyarakat Tanah Melayu dalam pembentukan perlembagaan 1957.

Seperti yang diterangkan oleh Mohamed Suffian(2009): Sebagai balasan kerana mengendurkan syarat kerana memberi kewarganegaraan kepada orang-orang Melayu, hak-hak dan keistimewaan orang Melayu sebagai peribumi negara ini hendaklah ditulis di dalam perlembagaan dan terdapat juga peruntukan lain yang juga dipersetujui oleh pemimpin-pemimpin bukan Melayu Merujuk kepada perkara diatas,hal ini merupakan asas yang menjadi perjanjian sosial di antara masyarakat majmuk di Malaysia dengan memberi pengorbanan dalam sebahagian hak mereka dan menghormati hak sebahagian komuniti yang lain demi untuk keseimbangan dalam masyarakat bernegara. Sebahagian besar ciri-ciri utama yang wujud dalam Perlembagaan Persekutuan adalah unsur kontrak sosial

-10-

NO.MATRIK: 203150

GMGA 2013 PERLEMBAGAAN MALAYSIA

yang dipersetujui oleh semua pihak.Perlembagaan yang wujud bagi setiap negara merupakan unsur yang terhasil daripada perkembangan sejarah sesebuah negara tersebut.Unsur-unsur yang terdapat dalam perlembagaan juga merangkumi

nilai,tradisi,politik dan kebudayaan sesebuah negara dan elemen-elemen inilah yang menjadikan bangsa Melayu selaku bangsa asal yang mendiami Tanah Melayu dikekalkan hak keistimewaan mereka dalam Perlembagaan. Menurut Abdul Aziz Bari(2008) 4 perkara tersebut adalah:

4.1 Kedudukan raja melayu dalam perlembagaan persekutuan Sejak dahulu lagi,orang Melayu mengamalkan dasar pemerintahan beraja dimana mereka memberi sepenuh taat setia kepada sultan.Sultan merupakan elemen penting dalam masyarakat melayu dimana sultan dianggap sebagai simbol survival orang-orang Melayu.Semasa pemerintahan British sekalipun,masyarakat melayu masih menganggap raja-raja sebagai raja berdaulat dan mempunyai kuasa terhadap beberapa hal tertentu bagi negeri masing-masing walaupun mereka dipaksa untuk menerima penasihat British.

Sebaik sahaja Semenanjung Tanah Melayu mencapai kemerdekaan,institusi beraja masih diteruskan dengan membuat beberapa pindaan yang disesuaikan dengan konsep demokrasi berparlimen dan kemerdekaa .Raja-raja Melayu ini dikekalkan bagi menggambarkan ciri-ciri asal negara Malaysia dan ini merupakan satu identiti yang berbeza dan unik terdapat di Malaysia.

Hasil penerimaan sistem raja berperlembagaan, Yang Dipertuan Agong diberi kuasa memerintah Persekutuan tetapi sebagai raja berperlembagaan baginda dikehendaki mengikut nasihat jemaah menteri atau menteri yang diberi kuasa oleh jemaah menteri.Baginda juga adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera -11NO.MATRIK: 203150

GMGA 2013 PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Persekutuan dan merupakan salah satu unsur utama daripada tiga unsur utama badan perundangan persekutuan iaitu parlimen.

Perkara 71 Perlembagaan Persekutuan membuat peruntukan bagi menjamin hak seseorang raja untuk mewarisi, memegang, menikmati dan menjalankan hak-hak keistimewaan di sisi Perlembagaan bagi seseorang raja dalam negeri itu. Institusi kesultanan dilindungi oleh Perlembagaan dengan cara bahawa tiada pindaan boleh dibuat terhadap peruntukan berhubung dengan Majlis Raja-Raja, susunan

keutamaan dan hak-hak mereka untuk warisan sebagai raja negeri masing-masing tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja. Malah tiada undang-undang yang secara langsung menyentuh keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran mereka boleh diluluskan tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja.

Raja-raja Melayu bagi negeri-negeri Melayu hendaklah orang Melayu dan orang Islam. Yang Di pertuan Agong (yang dipilih daripada kalangan Raja-Raja Melayu) yang mempunyai kuasa pemerintah bagi persekutuan juga adalah seorang Melayu dan Muslim. Pada masa ini Perkara 3(2) merujuk kepada tiap-tiap negeri dalam persekutuan, Raja atau Sultan adalah ketua agama Islam kecuali Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.

4.2 Hak keistimewaan orang melayu Perlembagaan Malaysia mempunyai satu peruntukan khas di bawah Perkara 153 bertujuan memelihara orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak. Peruntukan-peruntukan berkaitan juga terdapat di bawah Perkara 161(A) dan dalam beberapa perlembagaan negeri.

-12-

NO.MATRIK: 203150

GMGA 2013 PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Di sisi undang-undang perlembagaan, erti Melayu ialah seseorang yang memenuhi tiga syarat asas; (i) menganuti agama Islam, (ii) secara lazim bercakap Melayu, dan (iii) menurut adat istiadat Melayu (Perkara 160). Dengan hanya mempunyai sifat-sifat (i) hingga (iii) belum sempurna lagi ke Melayuan seseorang itu di sisi Perlembagaan. Seseorang yang mendakwa dirinya Melayu hendaklah membuktikan juga bahawa dia lahir sama ada di Persekutuan atau di Singapura sebelum hari Merdeka atau dapat membuktikan bahawa dia adalah anak kepada ibu atau bapanya yang lahir di Persekutuan atau di Singapura sebelum Merdeka.

Perkara 153 yang menjamin kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera yang termaktub di bawah klausa (2) Perkara 153. Perkara 153 menggariskan bahawa Yang di-Pertuan Agong, atas nasihat Perdana Menteri atau Kabinet berkuasa menyelamatkan kedudukan istimewa orang Melayu dan

bumiputera di Sabah dan Sarawak dengan menentukan bagi mereka kedudukan dalam perkhidmatan awam, agihan biasiswa atau pendidikan atau latihan atau lainlain kemudahan yang diberikan oleh kerajaan termasuk permit atau lesen perniagaan. Peruntukan Perkara 153 adalah seperti berikut;

Perkara 153 (I): Perbezaan quota mengenai perkhidmatan, permit dan sebagainya untuk orang Melayu.

(1) Adalah menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera mana-mana Negeri Borneo dan kepentingankepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan perkara ini.

(2) Walau apapun yang terkandung dalam Perlembagaan ini, tetapi tertakluk kepada peruntukan Perkara 40 dan peruntukan Perkara ini, Yang di-Pertuan Agong

-13-

NO.MATRIK: 203150

GMGA 2013 PERLEMBAGAAN MALAYSIA

hendaklah menjalankan tugas-tugasnya di bawah Perlembagaan ini dan di bawah undang-undang Persekutuan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang perlu untuk memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera mana-mana Negeri Borneo dan juga untuk menentukan perezapan bagi orang Melayu dan bumiputera mana-mana negeri-negeri Sabah dan Sarawak suatu kadar yang difikirkan patut oleh Yang di-Pertuan Agong mengenai jawatan dalam perkhidmatan awam (lain daripada perkhidmatan awam sesuatu negeri) dan mengenai biasiswa, bantuan dan lain-lain keistimewaan pelajaran atau latihan yang seumpamanya atau lain-lain kemudahan khas yang diberi atau diadakan oleh Kerajaan Persekutuan dan suatu kadar yang difikirkan patut oleh Yang di-Pertuan Agong mengenai permit atau lesen bagi menjalankan apa-apa trade atau perniagaan, dan perezapan permit dan lesen itu adalah tertakluk kepada peruntukan undang-undang itu dan Perkara ini.

Kedudukan istimewa orang Melayu yang lain termasuklah peruntukan Perkara 89 dan 90 yang memberi kuat kuasa undang-undang perlembagaan kepada undangundang yang sedia ada yang melindungi tanah rizab orang Melayu daripada diselenggarakan oleh orang bukan Melayu.Selain itu, kemasukan orang Melayu dalam Rejimen Askar Melayu dengan pengecualian orang bukan Melayu sebagaimana dikuatkuasakan oleh Perkara 8(5)(f) juga dianggap sebagai

sebahagian daripada kedudukan istimewa orang Melayu.

Walaupun dari satu sudut peruntukan khas ini seolah-olah bercanggah dengan kesamarataan layanan perlembagaan ke atas semua warganegara persekutuan, namun ia satu pertimbangan untuk menyamakan taraf kaum bumiputera dengan kaum-kaum yang lain khususnya Cina di tanah air bagi menjamin mewujudkan keseimbangan, khususnya dalam bidang ekonomi, pendidikan dan

-14-

NO.MATRIK: 203150

GMGA 2013 PERLEMBAGAAN MALAYSIA

agihan kekayaan khususnya kepada kaum yang masih lemah dan ketinggalan menjelang kemerdekaan.

Kedudukan istimewa orang Melayu ini tidak mutlak.Ia diseimbangkan dengan kepentingan sah kaum lain yang secara amnya termasuklah hak mendapat kewarganegaraan Malaysia menurut peruntukan kewarganegaraan dalam

perlembagaan, hak menganut dan mengamalkan agama masing-masing, hak untuk menggunakan bahasa ibunda dan yang paling penting hak untuk mendapat layanan yang sama rata. Seperti juga kedudukan istimewa orang Melayu, hak-hak ini juga dibatasi oleh beberapa peruntukan dalam Perlembagaan.

4.3 Kedudukan Islam sebagai agama rasmi Kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan adalah satu isu yang penting kerana ianya berkait rapat dengan kepercayaan dan iktikad majoroti penduduk (orang Melayu) di Malaysia.

Dalam Perlembagaan Persekutuan dinyatakan: Agama Islam ialah agama rasmi bagi seluruh persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan Menurut Tun Salleh Abbas, Melayu dan Islam adalah dua unsur yang bercantum dan tidak boleh dipisahkan untuk tujuan undang-undang dan perlembagaan. Maka adalah menjadi tanggungjawab Yang Dipertuan Agong untuk melindungi orang Melayu seperti yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Oleh kerana Islam dan Melayu merupakan dua entiti yang tidak boleh dipisahkan, maka tugas menjaga orang Melayu termasuk juga melindungi dan menjaga agama Islam.

-15-

NO.MATRIK: 203150

GMGA 2013 PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Maka dengan ini, peruntukan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan yang mengisytiharkan bahawa Islam adalah agama bagi persekutuan membayangkan apa yang telah dipertahankan oleh orang Melayu sepanjang masa, malah sebelum kuasa British masuk ke Malaysia lagi. Semasa penjajahan British, mereka membawa masuk agama Kristian sementara kaum lain membawa masuk agama lain seperti Hindu dan Buddha. Oleh yang demikian, menjadikan agama Islam sebagai agama bagi Persekutuan mestilah juga memberikan pertimbangan kepada kepercayaan kaum lain. Oleh itu, Perkara 3 memperuntukan satu fasal imbangan yang menyebut tetapi agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. Malah setiap kumpulan agama juga mempunyai hak untuk:

a) Menguruskan hal ehwal agamanya sendiri b) Menubuh dan menyelenggara institusi-institusi bagi maksud-maksud agama atau khairat, dan c) Memperoleh dan memiliki harta benda serta memegang dan mentadbirkannya mengikut undang-undang Berikutan dengan Islam diterima sebagai agama bagi persekutuan, maka kerajaan Persekutuan dan negeri mempunyai kebebasan, kuasa dan keistimewaan untuk menubuhkan atau menyelenggara Islam atau atau membantu atau penubuhan membantu atau dalam

penyelenggaraan

institusi

mengadakan

mengadakan ajaran dalam agama Islam dan untuk mengeluarkan perbelanjaan yang diperlukan untuk tujuan itu.Oleh itu, kerajaan persekutuan dan negeri melalui akta dan enakmen perbekalan tahunan, diberi kuasa untuk membelanjakan wang untuk

-16-

NO.MATRIK: 203150

GMGA 2013 PERLEMBAGAAN MALAYSIA

pentadbiran agama Islam dan undang-undangnya. Peruntukan seumpama itu jelas disahkan oleh Perkara 12(2).

4.4 Bahasa Melayu Dalam sesebuah negara,bahasa merupakan faktor penting dalam menentukan jati diri.Bahasa kebangsaan digunakan untuk pertuturan umum dan bahasa rasmi yang juga merupakan aspek penting dalam menyatupadukan rakyat pelbagai asal keturunan yang mempunyai bahasa ibunda tersendiri.Isu bahasa merupakan perkara yang banyak dibincangkan semasa perundingan dan proses pembentukan

Perlembagaan Malaysia. Namun isu ini dapat diselesaikan dengan permuafakatan antara kaum. Tan Siew Sin telah menerangkan bagaimana isu bahasa telah dapat diselesaikan: Masyarakat bukan Melayu menaruh harapan besar kebudayaan dan bahasa mereka. Biar saya nyatakan sebagai contoh, perlembaagaan Reid sebagaimana rangka awalnya tidak menyebut apa-apa tentang mengekal dan mengembangkan bahasa Cina dan Tamil atau bahasa-bahasa lain.Apabila dicadangkan kepada pemimpin Melayu bahawa perlembagaan sepatutnya dengan eksplisit menyatakan pengekalan dan perkembangan kedua-dua bahasa Cina dan Tamil hendaklah digalak dan dipelihara, mereka bersetuju Maka bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan dengan tidak

mengenepikan bahasa lain. Ini seperti yang termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaaan Persekutuan yang menyebut: (1) Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah dalam tulisan yang diperuntukkan melalui undang-undang oleh Parlimen: Dengan syarat bahawa-

-17-

NO.MATRIK: 203150

GMGA 2013 PERLEMBAGAAN MALAYSIA

(a) tiada seorang pun boleh dilarang atau dihalang daripada menggunakan (selain bagi maksud rasmi), atau daripada mengajarkan atau belajar, apa-apa bahasa lain; dan (b) tiada apa-apa jua dalam Fasal ini boleh menjejaskan hak Kerajaan Persekutuan atau hak mana-mana Kerajaan Negeri untuk memelihara dan meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa mana-mana kaum lain di dalam Persekutuan. Matlamat utama disebalik meluluskan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan adalah bertujuan untuk memenuhi keperluan dan menyatupadukan pelbagai kaum ke arah menjadi sebuah negara yang bersatu melalui satu bahasa yang sama iaitu bahasa Melayu yang telah menjadi bahasa pengantar negara ini sejak dahulu lagi.

-18-

NO.MATRIK: 203150

GMGA 2013 PERLEMBAGAAN MALAYSIA

5.0 Konsep kontrak sosial dalam sistem demokrasi Konsep kontrak sosial dalam pemerintahan barat adalah berlainan dengan konsep sosial dalam demokrasi negara ini. Dalam konteks negara barat Kontrak sosial melibatkan dan berkaitan hubungan antara pemerintah dan rakyat. Dalam kontrak ini rakyat bersetuju untuk mematuhi segala peraturan, undang-undang, bersatu padu dan berusaha memajukan negara. Pemerintah atau kerajaan pula berperanan dalam melindungi serta menjaga kebajikan(Hassan Ahmad,2008).

Tokoh-tokoh teori kontrak sosial seperti Thomas Hobbes (1651), John Locke (1689), and Jean-Jacques Rousseau (1762) telah banyak memberikan sumbangan dalam pemikiran kontrak sosial di negara barat. Konsep kontrak sosial yang terdapat dalam negara kita adalah mengikut acuan dan keadaan negara ini berlandaskan peralihan pola politik dan sejarah.

Ahmad Ibrahim (2009) dalam bukunya Ke arah perpaduan menegaskan walaupun konsep kontrak sosial di negara ini boleh dianggap tidak adil dalam sistem

demokrasi dimana setiap warganegara hendaklah diberi hak yang sama rata, namun intipati konsep kontrak sosial ini perlu diteliti berdasarkan fakta sejarah dan keadilan pemerintahan sesebuah negara. Beliau juga menyatakan demokrasi dalam negara bukan sahaja bermaksud diberi hak yang sama tetapi pada masa yang sama faktorfaktor lain yang perlu diambil kira. Hak yang sama rata juga perluah adil mengikut keperluan,keadaaan, dan kelayakkan sesuatu masyarakat.

-19-

NO.MATRIK: 203150

GMGA 2013 PERLEMBAGAAN MALAYSIA

6.0 Impak kontrak sosial ke atas hubungan kaum Kontrak sosial sememangnya memberikan impak yang sangat besar dalam

hubungan di negara ini. Kontrak sosial atau juga disebut sebagai pakatan murni pada mulanya dipersetujui oleh pemimpin kaum-kaum utama di negara ini dan seterusnya disertai Sabah dan Sarawak. Walaupun pada awalnya kontrak sosial tidak menjadi isu kepada kaum-kaum negara semasa merdeka, namun sikap kebencian dan hasad dengki antara kaum semakin terjadi dan kemuncaknya adalah Peristiwa 13 mei. Walaupun terdapat faktor lain seperti dasar pecah dan perintah yang turut

menyumbangkan kepada peristiwa ini namun, kontrak sosial terutamanya isu mempersoalkan hak keistimewaan orang melayu menjadi faktor yang utama kepada peristiwa berdarah ini (Lian Kwen Fee,2006). Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu tragedi pahit yang banyak meninggalkan kesan terhadap politik , ekonomi dan sosial masyarakat Malaysia. Peristiwa 13 Mei sememangnya bukan suatu peristiwa yang berlaku secara tiba - tiba atau kerana sebab-sebab yang spontan tetapi ianya merupakan suatu rentetan kepada sebab-sebab atau peristiwa yang telah berlaku sebelumnya. Kesan pendudukan Jepun dan peninggalan penjajah Inggeris menjadi salah satu sebab kepada peristiwa ini. Amalan diskriminasi oleh Inggeris contohnya telah banyak merenggangkan lagi hubungan antara kaum di Tanah Melayu. Dari sudut ekonomi peristiwa 13 Mei, banyak meninggalkan kesan yang negatif terrhadap masyarakat Melayu khasnya dan golongan bumiputera amnya.

Pengenalan ekonomi mengikut ras umpamanya adalah bukti yang jelas kepada persoalan ini.Keadaan ini merupakan suatu kesan yang nyata selepas penjajahan British. Dasar ekonomi baru yang dirancangkan oleh kerajaan pada 1971 merupakan satu usaha bertujuan untuk mengimbangi kembali kedudukan ekonomi dan hubungan antara kaum di Malaysia.

-20-

NO.MATRIK: 203150

GMGA 2013 PERLEMBAGAAN MALAYSIA

7.0 Selepas Peritiwa 13 Mei Selepas peristiwa 13 Mei 1969, kunci keamanan, keteguhan, kestabilan, dan kemajuan pembangunan negara banyak bergantung kepada perpaduan dan kerjasama masyarakat Malaysia itu sendiri untuk mencapai perpaduan dan bukanlah satu perkara yang mudah. Ini adalah kerana memandangkan penduduknya yang terdiri daripada pelbagai kaum, berbeza dari segi agama, budaya, aktiviti, ekonomi, lokasi tempat tinggal, dan sebagainya. Usaha-usaha untuk menerapkan semangat perpaduan atau kekitaan di kalangan masyarakat sering menghadapi cabaran serta masalahnya. Menurut Swee Hock Saw dan K.Kesavapany(2006), aspek sosial ini dapat lihat melalui empat paradigma yang berlainan iaitu dari sudut pemisahan fizikal, sistem pendidikan yang berasingan, polarisasi dalam kalangan pelajar dan kontrak sosial. Konsep kontrak sosial iaitu pakatan 4+1 diliha telah menjadi salah satu

cabaran dalam memupuk perpaduan antara kaum selepas peristiwa 13 mei. Cabaran ini dapat dilihat dalam pelbagai sudut antaranya sistem pendidikan yang terasing. Setiap golongan etnik mempunyai sistem pendidikan yang tersendiri. Maksudnya di sini adalah, pelajar Melayu menuntut di sekolah Melayu dan menggunakan bahasa perantaraan bahasa Melayu, pelajar Cina menuntut di sekolah Cina dan juga menggunakan bahasa Mandarin sebagai bahasa perantaraan, manakala, pelajar India menuntut di sekolah Tamil dan menggunakan bahasa Tamil. Sistem persekolahan yang memisahkan pelajar mengikut bahasa ibunda dan perbezaan etnik kurang memainkan peranan yang berkesan bagi memupuk integrasi dan persefahaman dalam kalangan pelajar. Situasi hanya akan menyebabkan interaksi mereka hanya terhad di antara etnik yang sama sahaja. Implikasi bagi hubungan etnik ini hanya memberikan kesan yang negatif kepada negara Malaysia.

-21-

NO.MATRIK: 203150

GMGA 2013 PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Cabaran yang kedua adalah cabaran kepentingan etnik dari aspek ekonomi. Melalui aspek ekonomi terdapat dua perkara yang perlu ditekankan adalah penguasaan ekonomi dan perbezaan pekerjaan berdasarkan sektor ekonomi. Pertama, penguasaan ekonomi memperlihatkan jurang yang luas bagi setiap etnik. Majoriti kaum Melayu menguasai sektor pertanian yang memerlukan banyak tenaga sumber manusia dan berteknologi rendah. Bagi kaum Cina, yang umumnya menguasai sektor yang lebih maju seperti perniagaan, perdagagan dan

menggunakan teknologi moden. Manakala, kaum India pula banyak terlibat dengan perladangan di estet getah dan kelapa sawit. Kenyataan di sini sudah membolehkan kita membuat satu kesimpulan iaitu terdapatnya jurang pendapatan yang begitu ketara dan tidak seimbang dalam ekonomi negara Malaysia. Semua golongan etnik sentiasa mencuba untuk bersaing dalam ekonomi ini untuk berusaha mendapatkan hak dan keuntungan yang lebih besar. Penguasaan ekonomi yang berbeza serta jurang pendapatan yang tidak seimbang mengakibatkan ketidakstabilan dalam masyarakat majmuk. Justeru itu, implikasinya mengakibatkan ketidakpuasan hati bagi semua golongan etnik. Bagi kaum Melayu yang terlibat dalam sektor pertanian mendapat pendapatan yang sedikit dan berkemungkinan akan menghadapi dengan kemiskinan. Situasi yang sama juga akan berlaku terhadap kaum India yang di mana harga getah dan kelapa sawit adalah berlandaskan kepada keadaan ekonomi di dunia. Jika harga meningkat, maka, pulangannya tentu baik dan sebaliknya juga akan berlaku.

Golongan etnik Cina pula akan terus mencari peluang-peluang keemasan dalam perniagaan dan mereka dapat hidup dalam hidup yang cukup mewah. Akan tetapi, mereka pasti berasa tidak puas hati yang di mana kebanyakan lubang perniagaan banyak diutamakan kepada kaum Bumiputera atau Melayu. Sudah tentu timbulnya

-22-

NO.MATRIK: 203150

GMGA 2013 PERLEMBAGAAN MALAYSIA

persoalan di lubuk pemikiran mereka di mana hak mereka sedangkan selama ini mereka banyak menyumbang kepada ekonomi negara. Isu-isu sebegini merupakan perkara yang boleh menyebabkan negara kita bergolak (Lian Kwen Fee,2006). Cabaran yang ketiga adalah cabaran kepentingan etnik dari aspek politik iaitu di mana politik perkauman boleh menimbulkan perasaan kurang senang hati dan mengukuhkan semangat perkauman jika sesuatu tindakan diambil tanpa mendapat kata sepakat oleh semua pihak. Isu-isu perkauman seperti bahasa, kebudayaan, pendidikan, agama, kerakyatan, dan ekonomi jika dipergunakan untuk tujuan berpolitik, pastinya, ia tidak akan menyumbang ke arah masyarakat yang bersatu padu. Implikasinya mengakibatkan semua etnik akan saling berusaha untuk mengekalkan identiti kaumnya sendiri tidak kira dari aspek bahasa dan budaya, mereka akan cuba untuk mempertahankan agar mereka juga mendapatkan hak yang sama rata.

-23-

NO.MATRIK: 203150

GMGA 2013 PERLEMBAGAAN MALAYSIA

8.0 Langkah-langkah dalam menyatupadukan rakyat negara ini Kerajaan merancang dan menyediakan pelbagai dasar dan pelan tindakan untuk mencapai perpaduan dari pelbagai aspek. Kerajaan telah merangka Dasar Pendidikan Kebangsaan sebagai landasan mewujudkan masyarakat yang bersatu padu. Penyata Razak dan Ordinan Pelajaran yang telah termaktub sebelum merdeka telah disemak semula menghasilkan Laporan Rahman Talib dan seterusnya dimaktubkan dalam Akta Pelajaran, 1961 merupakan antara usaha awal kerajaan dalam sektor Pendidikan. Matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan diharapkan

dapat memenuhi keperluan tenaga rakyat negara ini dalam jangka pendek dan panjang demi melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan terlatih. Mansor Mohd Noor dan Mohamed Ainuddin Iskandar Lee (2006),menyatakan antara strategi yang dirancang untuk mencapai matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan ialah menjadikan Bahasa Kebangsaan bahasa pengantar yang utama, mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia bagi semua jenis sekolah, mewujudkan sistem peperiksaan yang sama dan sebagainya. Kerajaan berusaha dengan lebih keras lagi dalam mencapai perpaduan berikutan berlakunya peristiwa 13 Mei 1969 yang melibatkan rusuhan kaum yang amat dahsyat. Rentetan peristiwa tersebut telah terbentuknya MAGERAN pada 17 Mei 1969 yang berfungsi sebagai pengembali keamanan dan undang-undang negara; penentu pentadbiran yang licin dan sempurna; dan pengembali keharmonian dan kepercayaan antara kaum. MAGERAN didapati berjaya mengembalikan keamanan kepada negara selepas dua tahun ditubuhkan. Seterusnya, pada tahun 1969 juga, Jabatan Perpaduan Negara(JPN) dan Majlis Muhibah Negara(MMN) telah dibentuk. JPN yang diketuai Tan Sri Mohd Ghazali Shafie telah ditubuhkan untuk membantu kerajaan menggerakkan dan membimbing rakyat ke arah perpaduan negara.

-24-

NO.MATRIK: 203150

GMGA 2013 PERLEMBAGAAN MALAYSIA

MMN pula ditubuhkan pada 18 Julai 1969 bertujuan memulihkan kepercayaan dan keyakinan antara kaum, mengkaji dan mengatasi masalah untuk menghapuskan perselisihan faham, membantu dan menyusun kerja-kerja sukarela. MMN dan JPN telah digabungkan pada 1Januari 1972 menjadi Kementerian Perpaduan Negara yang ditugaskan untuk mengendalikan aktiviti-aktiviti bercorak muhibah untuk masyarakat yang berbilang kaum. Selain itu, pada 29 Januari 1970 juga telah tertubuhnya Majlis Perundingan Negara(MAPEN) yang bertanggungjawab untuk mengadakan garis panduan bagi kerjasama antara kaum dan integrasi nasional untuk memupuk identiti kebangsaan di kalangan rakyat Malaysia serta

bertanggungjawab dalam pembentukan ideologi negara, iaitu Rukun Negara dan perubahan perlembagaan. Majlis ini dianggotai oleh pelbagai lapisan masyarakat seperti wakil-wakil dari MAGERAN, wakil dari kerajaan negeri, wakil dari parti politik, wakil dari Sabah dan Sarawak, wakil dari kumpulan agama, wakil dari badanprofesional, wakil dari perkhidmatan awam, wakil dari kesatuan sekerja dan persatuan majikan, wakil dari akhbar, wakil guru-guru dan wakil dari kelompok minoriti bagi membolehkan mereka membuat perbincangan secara berterus-terang. Kemuncak usaha kerajaan ekoran peristiwa 13 Mei ialah terciptanya satu ideologi negara iaitu Rukun Negara yang dihasilkan berasaskan kepercayaan, keyakinan dan iltizam untuk membentuk satu jati diri rakyat Malaysia yang unggul serta bertujuan menyemai dan memupuk integrasi nasional serta semangat perpaduan antara kaum. Rukun Negara dengan prinsip-prinsip berdasarkan semangat Perlembagaan diharapkan dapat membentuk jati diri rakyat negara ini sebagai satu bangsa Malaysia dan dijadikan sebagai pedoman dan hala tuju dalam merancang program pembangunan negara. Secara khususnya, ia merupakan ikrar yang menjadi acuan bagi integrasi nasional, pembentukan Bangsa Malaysia dan ideologi negara.

-25-

NO.MATRIK: 203150

GMGA 2013 PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Usaha kerajaan diteruskan lagi dengan Dasar-Dasar Pembangunan Negara yang dirancang selaras dengan nilai-nilai sosioekonomi, politik, sumber kekayaan, aspirasi masyarakat serta persekitaran global. Dalam konsep hubungan etnik, dasar-dasar pembangunan negara merujuk kepada usaha kerajaan bersama rakyat untuk melakukan perubahan dalam aspek sosial, kebudayaan, politik dan ekonomi secara seimbang dan adil bagi semua kaum. Terdapat tiga pelan pembangunan negara yang utama iaitu Era Dasar Ekonomi Baru (1971-1990), Era Dasar Pembangunan Nasional (1991-2000) dan Era Dasar Pembangunan Negara. Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan salah satu usaha dasar ekonomi untuk mengubah masyarakat dan negara daripada keadaan mundur kepada maju dalam pelbagai aspek kehidupan (kebendaan dan bukan kebendaan). DEB dilancarkan oleh kerajaan Malaysia melalui Rangka Rancangan Jangka Panjang(RRJP) yang bermatlamatkan untuk mengurangkan dan seterusnya membasmi kemiskinan dengan menambah pendapatan dan memperbanyakkan peluang pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum dan menyusun semula masyarakat untuk mengurang dan menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi. Antara usaha yang dijalankan untuk membasmi kemiskinan melalui DEB ialah mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan, menambahkan daya pengeluaran dan pendapatan, memberi peluang kepada orang yang bekerja di sektor yang rendah daya pengeluarannya berpindah ke sektor yag lebih lumayan, mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kaum dan antara kawasan (bandar dan luar bandar), memodenkan kehidupan di luar bandar danmemperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran, latihan, kesihatan, kemudahan infrastruktur dan lain-lain.

-26-

NO.MATRIK: 203150

GMGA 2013 PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Seterusnya, Dasar Pembangunan Nasional(DPN) telah dilancarkan pada tahun 1991 yang bermatlamat untuk mencapai pembangunan seimbang bagi mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dan adil. DPN merupakan pemangkin negara ke arah menjadikan Malaysia sebagai negara maju dan digerakkan di atas landasan yang kukuh ke arah membentuk pembangunan seimbang yang meliputi aspek keadilan sosial, nilai, etika dan moral mengikut acuan tempatan. Strategi DPN masih lagi berlandaskan strategi yang telah dibina oleh DEB iaitu serampang dua mata dan diperkasakan pendekatannya dengan memasukkan beberapa dimensi baharu dalam pelan tindakan, iaitu penegasan terhadap pembasmian kemiskinan dengan dua tumpuan utama, iaitu menghapuskan kemiskinan tegar dan mengurangkan kemiskinan relatif; menumpukan perhatian kepada pembangunan sebuah Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) sebagai satu strategi ke arah meningkatkan dan seterusnya mengekalkan penyertaan Bumiputera dalam kegiatan ekonomi; meningkatkan penglibatan sektor swasta dalam proses penyusunan semula masyarakat dan memebri lebih tumpuan kepada pembangunan sumber manusia termasuk sistem nilai dan etika bagi mencapai matlamat pertumbuhan ekonomi dan pengagihan yang saksama. Usaha kerajaan diteruskan

lagi dengan Dasar Wawasan Negara (2001-2010) atau dikenali sebagai Wawasan 2020. ia merupakan respons kepada perkembangan ekonomi, sosial dan politik yang berlaku pada peringkat nasional dan antarabangsa serta menitikberatkan

pembangunan menyeluruh dan bukan sahaja pembangunan ekonomi tetapi dari segi politik, ekonomi, sosial, kerohanian, kejiwaan dan kebudayaan. Menjelang tahun 2020, Malaysia dijangka mampu menjadi sebuah negara yang bersatu padu dengan masyarakat Malaysia mempunyai nilai moral dan etika yang utuh, penyayang, adil dan saksama, berkeyakinan serta mampu bersaing.

-27-

NO.MATRIK: 203150

GMGA 2013 PERLEMBAGAAN MALAYSIA

9.0 Kesimpulan Demokrasi dan kontrak sosial dalam negara ini memainkan peranan yang sangat penting dalam hubungan kaum negara. Ini adalah kerana, kesemua penduduk sama ada bumiputera atau bukan, saling menerima kebaikan daripada kontrak sosial ini. Kewarganegaraan diiktiraf, dan hak keistimewaan dihormati. Meskipun kaum bumiputera telah diberi sedikit keistimewaan, namun kaum lain turut sama dapat hidup dengan aman damai di Malaysia tanpa berasa tertindas. Perkara ini dipandang negatif apabila sesetengah pihak meyalahtafsirkan kepentingan perjanjian ini. Hak keistimewaan dan juga pengiktirafan kewarganegaraan perlu dihormati kerana kita sama-sama lahir, membesar dan mencintai negara yang memiliki sejarah yang sama. Sebenarnya sejarah perjanjian inilah yang telah memelihara keharmonian negara kita secara terus menerus melalui perpaduan antara kaum. Buktinya, selepas mencapai kemerdekaan, penduduk pelbagai etnik, bangsa dan agama di negara kita hidup dalam aman selesa tanpa merasa terancam antara satu sama lain. Berlandaskan demokrasi dan perlembagaan, kontrak sosial ini seharusnya dipelihara sepanjang zaman tanpa disalah ertikan. Perbezaan budaya dan agama bukanlah alasan untuk kita bertikam lidah sesama sendiri, bahkan kita perlu merasa bangga dengan keunikan etnik dan bangsa negara kita. Peristiwa 13 Mei perli diambil iktibar dan pastinya kita tidak mahu ia berulang kembali. Keraguan kita terhadap pemimpin terdahulu serta hilangnya sikap hormat-menghormati antara satu sama lain hanya membalikkan kesan negatif kepada masyarakat kita sendiri yang masih menjadi tunjang kegemilangan negara di masa hadapan.

-28-

NO.MATRIK: 203150

GMGA 2013 PERLEMBAGAAN MALAYSIA

10.0 Bibliografi Abdul Aziz bari.(2008). Perlembagaan Malaysia Teori dan Praktis. Kuala Lumpur: Arah Publications. Abdul Manaf Haji Ahmad.(2009). Kontrak Sosial. Selangor: Utusan Publications & Distributors. Ahmad Ibrahim.(2009).Ke arah Perpaduan. Shah Alam. Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd. Hassan Ahmad.(2008).Kelahiran melayu Glokal. Shah Alam: Alaf 21 S.B Theatre. Lian Kwen Fee.(2006). Race, Ethnicity, and the State in Malaysia and Singapore . Bostom. Brill Academic Publishers.

Mohd. Shariza Abdullah.(2010, November 26). Pertahan kontrak sosial.Retrieved from http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp Mansor Mohd. Noor dan Mohamad Ainuddin Iskandar Lee.(2006).Hubungan etnik di Malaysia.Petang Jaya:Pearson Prentice Hall Mat Zin Mat Kib dan Salahudin Suyurno.(2008).Hubungan etnik di Malaysia: sejarah, iltizam & cabaran baru. Shah Alam: Universiti Teknologi MARA. Mavis Puthucheary dan Norani Othman.(2005).Elections and democracy in Malaysia.Bangi:Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Raymond,B.(2005). Ethnic Relations in Canada.Montreal. McGill Queen's University Swee Hock Saw dan K. Kesavapany.(2006). Malaysia: recent trends and challenges. Kuala Lumpur: Institute of Southeast Asian Studies Unversiti Malaya. T Chee Beng. (1987). Kajian Malaysia. Universiti Sains Malaysia .Journal of Malaysian.

-29-

NO.MATRIK: 203150