Anda di halaman 1dari 11

1.

PENGENALAN
I. DEFINISI ILMU AKHLAK DAN AKHLAK ISLAM

Ilmu akhlak ialah ilmu yang membahaskan tata nilai, hukum-hukum atau prinsip-prinsip tertentu bagi mengenal pasti sifat-sifat keutamaan untuk dihayati dan diamalkan dan mengenal pasti sifat-sifat tercela untuk dijauhi dengan tujuan membersihkan jiwa berasaskan wahyu Ilahi bagi mencapai keredaanNya. Akhlak Islam pula dapatlah didefinisikan sebagai satu sifat atau sikap keperibadian yang melahirkan perbuatan manusia dalam usaha membentuk kehidupan yang sempurna berdasarkan kepada prinsip-prinsip yang tekah ditetapkan oleh Allah SWT, atau Akhlak itu ialah satu sistem yang menilai perbuatan zahir dan batin manusia baik secara individu, kumpulan dan masyarakat dalam interaksi hidup antara manusia dengan Allah, manusia dengan manusia, manusia dengan alam, malaikat dan jin. Akhlak merupakan satu dari tiga komponen asas Islam iaitu Aqidah, Amaliyyah dan Akhlak. Akidah diibaratkan sebagai akar sebatang pokok manakala ibadah asas sebagai batangnya dan ibadah sunat sebagai ranting-ranting yang melengkapkan ibadah asas yang akhirnya melahirkan akhlak sebagai buahnya. Berbanding dengan dua komponen yang lain, akhlak ini boleh diibaratkan sebagai buah. Pegangan akidah yang betul dan kuat disertai dengan penghayatan amaliyyah yang komited akan menghasilkan buah akhlak yang manis dan harum, dan begitulah sebaliknya. Secara bandingannya adalah ertinya sepohon pokok yang gagal menghasilkan buah. Maka bergitulah juga apalah ertinya iman jika tidak mempunyai akhlak yang baik. RAsulullah SAW ditanya Apakah al-Din itu? Lalu baginda menjawab al-Din ialah akhlak yang baik. Dan sabdanya lagi yang bermaksud Sebaik-baik iman orang mukmin itu ialah yang paling tinggi akhlaknya. Akhlak mulia ibarat bunga. Akhlak berkaitan rapat dengan aspek kejiwaan dan dalaman manusia. Aspek dalaman merupakan asas bagi penilaian manusia di sisi Allah SWT. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud Allah tidak melihat kepada jasad dan harta kamu tetapi Ia melihat kepada amalan dan hati kamu. Aspek mengenai hati dan yang berkaitan dengannya merupakan bidang dalam ilmu akhlak Islam.

II.

CIRI-CIRI AKHLAK ISLAM

1. BERSIFAT MUTLAK DAN MENYELURUH Tidak boleh berubah sewenang-wenangnya, mengikut manusia. Ia digunakan secara saksama kepada semua individu, bangsa, keturunan, dan untuk semua makhluk. 2. LENGKAP DAN SEMPURNA Ditinjau daripada sudut kejadian manusia yang terdiri daripada pelbagai komponen, akhlak Islam merangkumi semua aspek kemanusiaan iaitu:

Rohaniah Jasmaniah Akliah Sesuai dengan tututan naluri manusia dalam menyekat sifat tercela.

3. SEDERHANA DAN SEIMBANG Bersifat Sederhana iaitu tidak Membebankan sehingga menjadi pasif dan tidak pula dibiarkan bebas sehingga menimbulkan bahaya dan kerosakan. 4. MENCAKUPI SURUHAN DAN LARANGAN Perlaksanaan akhlak Islam meliputi suruhan dan larangan dengan tidak boleh mengutamakan atau mengabaikan aspek tersebut. 5. KESEIMBANGAN Keseimbangan bagi tuntutan-tuntutan realiti hidup antara rohaniah, jasmaniah dan . akliyyah Keseimbangan antara kehidupan dunia dan akhirat ang sesuai dengan tabii manusia itu sendiri. Keseimbangan hubungan antara sesama manusia dengan makhluk-makhluk lain.

III.

DIMENSI AKHLAK ISLAMIYYAH

1. HUBUNGAN DENGAN ALLAH DAN RASULNYA Dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya jika kamu orang-orang yang beriman B (Surah Al-Anfal, 1) Harus mencintai Allah dan Rasul melebihi apa pun. Sentiasa berselawat kepada Rasulullah. 2. AKHLAK DENGAN DIRI SENDIRI Menuntut manusia memunaikan hak-hak dan tuntutan dirinya sendiri seperti yang ditetapkan oleh ALLAH S.W.T sama ada melalui peraturan syariatNya atau peraturan semulajadi kejadiannya dari segi jasmani, rohani, intelek dan emosi.

dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, v Karena Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.. v (Surah Al-Baqarah, 195) Sabda Rasulullah S.A.W: Sesungguhnya bagi dirimu ada ke atas kamu hak, dan bagi ahli keluargamu ada ke atasmu c maka tunaikanlah hak bagi setiap yang berhak.

3. AKHLAK DENGAN MANUSIA YANG LAIN. Dengan Ibu bapa Tanggungan Kaum Kerabat. Jiran Tetangga Masyarakat 4. AKHLAK DENGAN ALAM Tidak melakukan pencemaran terhadap alam sekitar dan menjaganya dengan baik. Alam juga adalah hamba Allah yang sentiasa betibadat kepada ALLAH. FirmanNya. ..Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah. dan tak ada suatupun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya, tetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka. Sesungguhnya dia adalah Maha Penyantun lagi Maha Pengampun.. (Al-Isra, 44) Dan tiadalah kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam. (Surah Al-Anbiya,107)

IV.

PENGUTUSAN RASULULLAH UNTUK MENYEMPURNAKAN AKHLAK MANUSIA

Pengutusan Rasulullah SAW ke alam ini bertujuan untuk menanamkan kemuliaan akhlak dalam kalangan manusia yang sebelumnya hidup tanpa satu sistem akhlak yang adil, universal dan saksama. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud Sesungguhnya aku diutuskan bertujuan untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak. Pada zaman jahiliah, akhlak masyarakat pada zaman tersebut teramatlah teruk, amalan riba berleluasa dan salah satu pendapatan utama, martabat kaum wanita pada masa itu sangatlah rendah, mereka dijadikan hamba dan diseksa, boleh dikatakan malanglah bagi insan yang dilahirkan sebagai seorang wanita pada masa itu. Berikutan dengan masalah tadi, wujudlah satu masalah iaitu bayi wanita pada masa itu banyak dibunuh. Orang miskin pada masa itu ditindas oleh golongan yang kaya padanya, dan kegiatan rompak dan curi juga turut berleluasa pada zaman itu, Hadirnya Rasulullah S.A.W membawa sinar dan mengubah segala akhlak masyarakat pada zaman itu, martabat wanita turut dinaikan dan amalan riba di haramkan dan yang paling utama amalan menyembah patung bahala yang dianggap tuhan oleh masyarakat pada zaman itu dihapuskan dan dari situlah islam disembarkan dan dapat diilihat perkembangannya sehingga kini dan perbezaan akhlaknya dari akhlak agama lain. Pada hari ini kita dapat lihat pelbagai masalah dalam kalangan umat islam kita sendiri, sedangkan akhlak islam adalah akhlak yang sempurna yang telah ditetapkan prinsipnya oleh Allah S.A.W. Hal ini telah menimbulkan banyak persoalan bukan sahaja dalam kalangan umat islam malah turut kepada orang yang bukan beragama islam seperti , apa, mengapa, kesan hal ini terhadap sesuatu. Oleh itu kita sebagai umat islam haruslah mengetahui keseluruhan tentang masalah ini dan melakukan satu usaha untuk menyelesai atau membanterasnya.

ISI KANDUNGAN

BIL

KANDUNGAN

MUKA

Pengenalan :I. II. III. IV. Definisi ilmu akhlak dan akhlak islam Ciri-ciri akhlak islamiah Dimensi akhlak islamiah Pengutusan Rasulullah untuk menyempurnakan akhlak manusia

1.

Masalah akhlak umat islam hari ini :2. Masalah Sosial Masalah dalam Syariah Islam Masalah Umum Punca berlakunya keruntuhan akhlak umat islam hari ini :1) Keluarga yang tidak sempurna

3.

2) Sikap liberal yang tidak bertempat 3) Kebebasan yang tidak ada batasan
4) Tidak mengambil berat soal agama

4. 5. 6. 7. 8.

Kesan keruntuhan akhlak umat islam hari ini Penyelesaiaan masalah akhlak umat islam menerusi inspirasi para sahabat Kepentingan akhlak islamiah terhadap Kesimpulan Rujukan

2.MASALAH-MASALAH AKHLAK UMAT ISLAM PADA HARI INI


MASALAH SOSIAL

MASALAH PERGAULAN BEBAS YANG MELAMPAUI BATAS Pergaulan bebas sekarang ini semakin melampau dalam kalangan umat islam sendiri, buktinya boleh dilihat pada kalangan orang muda sekarang, pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang tidak terbatas tanpa memiliki lagi sebarang perasaan malu sehinga membawa kepada seks bebas atau zina seperti tidak berdosa melakukan perbuatan tersebut. Bukan itu sahaja, sekarang ini dapat dilihat dimana tempat berkelah seperti taman terdapat pasangan haram yang berani berlakuan tidak senonoh di khalayak ramai. MASALAH HUBUNGAN SEJENIS,DAN PERNUKARAN JANTINA Masalah ini amat berleluasa sekarang , hubungan seks sejenis lelaki dengan lelaki ( gay ), dan ubungan seks perempuan dengan perempuan ( lesbian). Masalah ini pernah berlaku pada zaman nabi Lut A.S , Allah amat murka terhadap kaum pada zaman itu kerana lelaki kahwin dengan lelaki danperempuan kahwin dengan perempuan, hal ini tidak mengikut dan salah dari fitrah sebenar manusia yang sepatutnya lelaki berkahwin dengan perempuan, lantas Allah S.W.T menurunkan bencana kepada kaum ini dengan bencana yang dasyat, Allah menyatakan bencana dalam surah Huud:Tatkala datang perintah Kami, maka Kami jadikan yang tinggi menjadi rendah, dan Kami jatuhkan batu dari tanah yang keras di atasnya berturut-turut. (QS. Huud: 82) Selain itu, masalah pertukaran jantina juga begitu berleluasa, terdapat ramai lelaki yang bercitacita untuk menjadi perempuan sehingga sanggup kemaluannya dibedah untuk betul-betul menyamai perempuan. Golongan ini betu-betul bersungguh dalam memperjuangkan kepercayaan dan perasaan mereka sehingga sanggup pergi ke pejabat pendaftaran untuk menukar nama mereka. Bagi golongan wanita yang ingin menjadi lelaki pula, mereka memakai baju seperti lelaki dan berambut seperti lelaki. Masalah ini menjadi semakin teruk apabila terdapat golongan seperti gay dan lesbian melakukan demontrasi untuk membolehkan seks secara di asia ini. MASALAH REMAJA LIAR Pada generasi banyak berita tentang golongan remaja Islam yang melibatkan diri dalam kegiatan sumbang,menyalahi undang-undang, lumba haram, gengstar, perasugut, menjual maruah diri dan banyak lagi yang seiring dengannya. Selain itu mereka juga banyak terlibat dengan kumpulan atau kongsi gelap yang banyak menjalankan aktiviti haram . Terdapat juga kumpulan haram yang memperjuangkan identiti yang terpesong dari ajaran islam dan perwatakan seperti memuja syaitan dan melakukan hubungan yang terlarang secara bebas.

MASALAH DALAM SYARIAH ISLAM

MASALAH DALAM MENUTUP AURAT


Menutup aurat berpandukan syarak adalah wajib bagi orang islam, boleh diktakan pemakaian seseorang dapat menunjukkan keperibadian dirinya sendiri. Allah S.W.T memberikan azab yang pedih kepada siapa yang tidak menutup aurat dengan sempurna. Allah S.W.T menegaskan dalam surah An-Nur ayat 31 tentang kewajiban dalam menutup aurat : Dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orangorang Yang beriman, supaya kamu Berjaya. ((Surah An Nur Ayat 31)

Pada zaman sekarang ini kita dapat melihat ramai Kaum wanita Islam yang bertudung tetapi berpakaian singkat dan mendedahkan bahagian tubuh badan dengan megah dan bangga tanpa segan silu dan ramai juga kaum wanita islam yang tidak bertudung dan berpakaian sedemikian. Rasulullah S.A.W bersabda : -

Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian. (Riwayat Muslim) Begitu juga dengan kaum lelaki islam sekarang ini, kita dapat lihat ramai diantara mereka yang suka berseluar pendek tidak melepasi paras lutut mereka. Ini juga amat di tegah oleh syarak kerana kita dapat lihat sekarang ini ramai lelaki yang ambil ringan atau pandang mudah terhadap perkara ini.

MASALAH MUDAH TERDEDAH DENGAN AJARAN SESAT Selepas kewafatan Rasulullah S.A.W pelbagai ajaran yang jauh daripada islam mula aktif sehingga kini. Sebenarnya sebelum kewafatan baginda juga telah wujud ajaran sesat , hal ini belaku apabila terdapat beberapa orang telah masuk islam kemudian membuat dan merangka ajaran sendiri, mereka ini telah menjadi golongan yang murtad daripada islam. Sekarang ini di Malaysia sendiri dan dalam sekitar asia ini kita dapat lihat pelbagai ajaran sesat wujud antara yang popular adalah ayah pin, Al- Arqam dan ajaran kahar yang mengaku dirinya sebagai rasul melayu. Bagaimana hal ini boleh terjadi, dan mengapa pemimpin ajaran sesat ini jadi begini. Boleh dikatakan semua penganut ajaran sesat ini adalah dari orang islam kerana ajaran sesat ini adalah ajaran yang telah dipesongkan daripada agama islam. MASALAH BUDAYA MEMINUM ALKOHOL ATAU ARAK DAN KETAGIHAN DADAH Minum minuman yang memabukkan adalah diharamkan oleh syarak kepada seluruh umat islam, minuman ini dilarang minum kerana ada hikmahnya dan mendatangkan keburukan jika meminumnya. Budaya meminum alkohol atau arak sudah menjadi cara hidup sebahagian orang Islam yang tertentu di masa ini. Tidak ada perasaan takut malah merasa megah kerana berani minum apabila orang Islam lain melihatnya. Kita dapat lihat hari ini kebanayakan urusan perniagaan untuk jumpa pelanggan atau pembekal selalunya di lakukan pub atau kedai yang ada menyediakan arak. Situasi ini telah mewujudkan satu penyataan adat dapat mengalahkan adab. Dadah juga telah menyebabkan akhlak islam tercemar, kita dapat lihat sekarang ini budaya ketagihan dadah dikalangan lelaki dan wanita Islam hari ini yang telah menjadikan dadah sebagai dunia baru mereka. Hukum penyalahgunaan dadah adalah haram kerana penyalahgunaan ini dapat memudaratkan diri dan orang lain.

MASALAH MASALAH UMUM Ketagihan kepada muzik yang mengkhayalkan secara berlebihan dan sanggup terkinja-kinja menari-nari sehingga hampir lupa kepada dunia nyata. Anak-anak yang sudah tidak menghormati lagi kepada ibu-bapa, guru-guru, orang tua dan masyarakat Golongan yang sudah tidak menghormati lagi terhadap budaya Melayu dan tradisi Islam yang diamalkan sejak dahulu. Terlalu sedikit umat Islam hari ini yang boleh membaca Al-Quran dan menghayati Islam sebaliknya sebahagian besar kita samada dewasa atau remaja atau kanak-kanak sudah tidak mengerti bacaan AlQuran dan melaksanakan perintah Allah.

6.PENYELESAIAN MASALAH AKHLAK UMAT ISLAM HARI INI DARI INSPIRASI PARA SAHABAT
WUJUDKAN SISTEM PENTARBIYAHAN Dengan adanya sistem ini manusia mudah memahami dan menghayati keindahan islam Usrah merupakan salah satu dalam sistem tarbiyah, usrah merupakan sistem yang unik yang tidak dapat dilakukan dalan sistem-sistem tarbiyah lain, kerana dalam sistem usrah terdapat hikmah, ketelitian, terbiayah secara lansung dibawah perhatian syikh atau mu`allim iaitu naqib. Dalam sistem usrah juga terdapat program-program yang diimbas dari al-Quraan dan al-Sunnah. Program ini terikat dengan jadual dan masa yang telah dikaji dan diteliti. Dengan wujudnya usrah ini di sekolah atau IPTA atau IPTS, pelajar atau remaja dan staf-staf intitusi belajar tersebut dapat merasa begitu manisnya islam. Walaupun bentuk usrah dalam yang kecil tapi kesannya amatlah besar. InsyaALLAH dengan mewajibkan program ini diseluruh sekolah dan intitusi belajar masalah keruntuhan umat islam sekarang ini dapat dibendung dan akhlak tersebut dapat dipertingkatkan. selain itu insan yang mengurus usrah atau murobbi dan murobbiyah haruslah jadikan usrah tersebut seronok dan santai bukanya menyebabkan orang yang mengikuti menjadi semakin tertekan. Sebagai seorang yang ditarbiyah contohilah akhlak para sahabat seperti bekerjasama ,mengikuti majlis majlis ilmu dan melakukan perkara baik bersama atau bejemaah.

USAHA INDIVIDU Sebagai seorang individu muslim, kita sendiri perlulah ada usaha untuk mengubah diri dan ada perasaan yang kuat untuk mengubah akhlak orang lain ke akhlak yang sempurna iaitu akhlak islamiah. Hal ini kerana tanpa kesedaran diri sendiri sudah tentu diri kita masih di jalan sama, orang lain hanya memberi dorongan atau jalan dan yang pilih jalan tersebut adalah diri kita. Oleh sebab itu gunakanlah akal dengan baik untuk menentukan sesuatu yang hendak dilakukan adalah baik atau buruk. Oleh itu untuk menjadi seorang muslim yang mempunyai akhlak yang sempurna contohilah akhlak para sahabat seperti bersungguh menuntut ilmu, membantu orang yang susah, melakukan sesuatu yang baik semuanya kerana Allah S.W.T dan bersungguh memperjuangkan islam. Salah satu sifat mulia yang lain para sahabat Rasulullah S.A.W adalah tidak sewenang wenangnya menghukum orang lain, sebagai contoh ada sahabatnya melakukan kesilapan, beliau tidak terus menyatakan hukum kesilapan tersebut dihadapan sahabatnya itu melainkan jika kesilapan itu benar salah mengikut hukum syarak. Kerana mereka yakin akhlaknya bila- bila masa sahaja akan jadi lebih baik dari diri beliau dengan keizinan Allah S.W.T.

USAHA IBU BAPA Pada zaman para sahabat, para sahabat yang menjadi ibu dan bapa pada masa itu, mereka memainkan peranan yang penting dalam membentuk akhlak dan akidah keluarga mereka, oleh itu mereka mewujudkan pelbagai program atau aktiviti keluarga yang berfaedah yang dapat meningkatkan kualiti akhlak keluarga mereka, sebagai contoh mereka melakukan aktiviti halaqah keluarga, aktiviti ini sangat bagus ia seperti usrah, dimana salah seorang daripada ahli keluarga akan membaca hadis dan penerangan atau membaca kitab untuk dibincang dalam keluarga. Hasilnya banyaklah ilmu agama yang di perolehi yang boleh membaiki akhlak ahli keluarga itu dan seseorang itu dapat memahami islam dengan lebih mendalam. Kita lihat pada zaman sekarang ini berapa banyak keluarga yang melakukan aktiviti ini, mereka hanya fikir pemantauan sudah cukup untuk mengubah akhlak anak anak mereka.pemantauan itu bagus tetapi haruslah ada usaha untuk mendekatkan ilmu agama islam terhadap anak-anak. Jika aktiviti yang dilaksanakan oleh para sahabat tersebut dilakukan di masa kini sudah tentu boleh lihat perbezaannya. Pepatah melayu ada sebut melontar buluh biarlah dari rebungnya, yang boleh membawa maksud didiklah anak daripada kecil kerana pada masa inilah mereka senang di ajar, oleh itu ibu bapa memainkan peranan penting dalam memberikan pendidikan agama semasa anak mereka kecil seperti ajar menutup aurat, membaca al-quran dan kalau boleh dodoikan anak tidur dengan kisah para sahabat Rasulullah bukannya dengan cerita dogeng dan cerita hantu, supaya anak tersebut dapat gambaran untuk mencontohi akhlak para sahabat pada masa kecil lagi dan dapat jadikan para sahabat sebagai Rolmodel.

PERANAN SEKOLAH DAN INTITUSI PENGAJAIAN TINGGI Sekolah merupakan tempat kedua untuk membentuk akidah selepas ibu bapa. Pengajian sirah di sekolah seharusnya bukan hanya sekadar di ceritakan kisah para sahabat tetapi harus dilakukan dengan lebih menarik supaya dapat memberi semangat kepada pelajar dan secara tidak langsung pelajar tersebut dapat mencontohi akhlak dan juga sifat para sahabat Rasulullah S.A.W. Untuk mewujudkan suasana yang menarik semasa mengajar sirah, guru yang mengajar perlulah melakukan beberapa aktiviti seperti pelajar perlu melakukan perbentangan berkumpulan tentang tokoh-tokoh islam atau sahabat-sahabat Rasulullah S.A.W. Melalui aktiviti ini pelajar itu sendiri akan belajar dan menghayati serta mencari maklumat tentang para sahabat Rasulullah S.A.W, hasil daripada itu berkemungkinan pelajar akan mula meminati tokoh-tokoh islam. Remaja remaja yang belajar di IPT kebanyakannya pada umur ini mereka inginkan semangat dan suka mendengar sesuatu yang semangat. Jadi inilah peluang IPT untuk membentuk akhlak remaja remaja ini untuk menjadi lebih baik dengan melakukan program yang menceritakan perjuangan-perjuangan para sahabat dan juga tokoh peperangan islam seperti kuliah sirah. Program ini dapat menaikan semangat remaja ke arah kebaikan. Selain itu, pihak IPT atau kolej juga boleh mengadakan usrah dimana remaja wajib pergi ke usrah tersebut. Usrah begitu banyak kelebihannya antaranya dapat mengubati rohani seseorang.

PERANAN KERAJAAN ATAU NEGARA Pihak kerajaan haruslah melabur pada program berkaitan dengan agama islam daripada melabur pada aktiviti yang tidak berfaedah. Pihak pentadbiran merupakan pihak yang mempunyai kuasa tangan untuk mencegah atau melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar. Jadi eloklah gunakan kuasa tersebut untuk menutup tempat-tempat haram seperti kelab malam, pub dan menaiktarafkan pencengah maksiat untuk sentiasa beroperasi ditempat selalunya anak anak muda lepak dan bersama pasangan mereka. Selain itu pihak pentadbiran juga boleh meningkat hukuman kepada pesalah seperti meningkat denda, menambahterukan hukuman seperti penjara 1 tahun. Pihak kerajaan atau pentadbir negara haruslah mempunyai cita- cita tinggi untuk menjadi negara islam seperti pada zaman pentadbiran saidina Umar AlKhatab, dimana pada masa itu merupakan zaman kegemilangan islam.