Anda di halaman 1dari 12

Kedatangan Barat Abad ke 19 merupakan satu titik tolak perubahan yang besar kepada negara-negara di kawasan Asia Tenggara.

Perkara penting yang perlu diketahui perubahan yang berlaku di Eropah perlu dilihat faktor di Eropah yang mendorong perubahan sosial di Asia Tenggara. Kuasa Barat yang dominan di Asia Tenggara sebenarnya telah melakukan tiga dasar yang penting dalam menuju sasaran bermotifkan untuk mendapatkan kekayaan, menyebarkan agama Kristian dan sebagai lambang keagungan negara. Motif tersebut dibawa dengan gagasan dasar imperialisma, merkantalisma dan kolonialisma. Setiap gagasan tersebut perlu dilihat konsep yang dibawanya berdasarkan keadaan yang berlaku di Eropah seterusnya memberi kesan yang mendalam terhadap negara-negara di Asia Tenggara pada abad ke-19. Terdapat empat kuasa utama yang mempunyai jajahan takluk di Asia Tenggara hingga abad ke20 iaitu British, Belanda, Perancis dan Amerika Syarikat1. Hal ini adalah disebabkan oleh Imperialisme Barat telah menguasai rantau ini dengan menguasai politik dan ekonomi Asia Tenggara.2 Imperialisme boleh didefinisikan sebagai fahaman atau kecenderungan dan kegiatan sesebuah masyarakat atau negara untuk meluaskan wilayah dengan menguasai dan menjajah negara lain3. Kecenderungan ini timbul disebabkan oleh faktor ekonomi, kebanggaan bangsa, agama, dan persaingan dengan kuasa Eropah yang lain. Secara ringkasnya, kegiatan imperialisme dilakukan bagi memenuhi kepentingan tiga aspek utama iaitu ekonomi, politik dan juga sosial pihak penjajah. Menurut Fieldhouse imperialisme bermakna satu kecenderungan sesebuah masyarakat atau negara untuk menguasai sesebuah masyarakat atau negara yang lain, dengan menggunakan apa juga cara dan untuk apa juga tujuan4.

Wan Abdul Rahman Latif et. al, Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2001, Hlm. 293. 2 Kobkua Suwannathat-Pian , Asia Tenggara: Hubungan Tradisional Serantau. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 2003, hlm. 146-147. 3 Wan Abdul RAhman et.al, Sejarah Perkembangan Dunia, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 2001, hlm. 285. 4 Peter Burroughs, A. J. Stockwell , Managing the business of Empire : Essays in honour of David Fieldhouse, London : Frank Cass Publishers, hlm. 28.

Menurut Cheah Boon Keng, merujuk kepada eksploitasi ekonomi dan budaya yang dilaksanakan oleh wakil-wakil negara yang menjajah.5 Nadel dan Curtis mentakrifkan imperialisme sebagai perkembangan kuasa atau kawalan, sama ada secara langsung atau tidak langsung, politik atau ekonomi, oleh sesuatu kerajaan, bangsa atau masyarakat terhadap bangsa atau masyarakat lain.6 Michael Doyle menyatakan bahawa empayar merupakan hubungan secara langsung mahupun tidak langsung apabila sesebuah negara yang menguasai kedaulatan politik bagi sesebuah masyarakat politik yang lain. Tambah beliau lagi, imperialisme pula merupakan proses atau dasar pembentukan atau pengekalan empayar.7 Imperialisme dapat dibahagikan kepada dua bentuk iaitu imperialisme baru dan imperialisme lama. Imperialisme lama bermaksud cita-cita internasionalisme kerana kuasa yang mengembangkan kawalan dan pengaruhnya cuba mewujudkan satu persekutuan dan keperibadian yang sama bagi wilayah yang berada di bawah kekuasaannya. Hal ini dapat dilihat semasa Perancis diperintah oleh Napoleon Bonaparte. Imperialisme baru bermula sejak zaman penjelajahan Barat. Serangan terhadap bangsa yang lemah dan mewujudkan persaingan antara empayar menjadi fenomena yang biasa dalam imperialisme baru. Peranan golongan yang mempunyai kepentingan ekonomi dan agama mendorong kuasa Barat melakukan pencerobohan politik terhadap bangsa lain. Selepas tahun 1870, imperialisme baru berlaku sepenuhnya.8 Tujuan utama imperialisme ini juga dilakukan adalah untuk memperluaskan kepentingan ekonomi, memperbaiki imej mereka sebagai kuasa besar dunia, menyebarkan agama Kristian serta mengukuhkan kepentingan kekuasaan dan pengaruh terutama di Asia Tenggara bagi kuasa Barat. Secara keseluruhannya, imperialism merupakan satu proses yang dilakukan oleh kuasa Barat untuk memperkembangkan kuasa politik, ekonomi dan sosial terhadap sesebuah bangsa. Menurut William Langer, imperialisme merupakan unjuran nasionalisme melewati sempadan Eropah bagi mendapatkan kuasa dan bagi mengimbangi kuasa seperti yang telah wujud selama berabad-abad lamanya di benua Eropah.9 Pada kebiasaannya motif penjajahan adalah kerana

Abu Talib Ahmad , Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,1991, hlm. 59. 6 Abu Talib Ahmad, Sejarah Myanmar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2000, hlm. 202. 7 Edward W. Said , Budaya dan Imperialisme. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad, 2009, hlm. 8. 8 Ibid. hlm. 286-287. 9 Ibid. hlm. 318.

kepentingan ekonomi.10 Kepentingan modal dan serta peranan institusi kewangan merupakan pendorong utama untuk memperluaskan empayar. Tanah jajahan dianggap sebagai harta bagi menambah kekayaan negara koloni.11 Imperialisme di Tanah Melayu bermula sejak tahun 1870 akibat dari Revolusi Perindustrian yang berlaku di Eropah pada akhir abad ke-18. Akibat daripada perkembangan Revolusi Perindustrian yang semakin maju dan pesat di Eropah, penjajah British terpaksa mencari kawasan yang dapat membekalkan bahan mentah dengan harga yang murah. Selain daripada itu juga, kuasa Barat juga memerlukan tapak baru untuk menjalankan perdagangan. Perkembangan Revolusi Perusahaan di Eropah telah menyebabkan kuasa-kuasa Eropah ingin mencari kawasan yang mempunyai bahan mentah untuk dibekalkan kepada perusahaan kilang mereka. Mereka memerlukan bijih timah untuk membuat tin bagi menyimpan makanan dan minuman. Hal ini menyebabkan rantau Asia Tenggara telah dijadikan sasaran dalam memajukan aspek ekonomi kuasa Barat. Benua Asia Tenggara yang kaya dengan bahan mentah juga telah menjadi bahan persaingan antara kuasa-kuasa Barat untuk menguasainya seperti Britain, Sepanyol, Amerika Syarikat dan Jerman12. Zaman imperialisme telah memperlihatkan kuasa-kuasa Barat seperti Britain, Perancis, Belanda dan Sepanyol berlumba-lumba untuk menguasai tanah jajahan bagi memperluaskan kuasa masing-masing. Kuasa Barat yang mempunyai tanah jajahan yang luas akan disanjung tinggi oleh kuasa-kuasa lain13. Terdapat cara tersendiri yang telah dilakukan oleh kuasa Barat dalam meluaskan pengaruhnya. Contohnya, British dan Belanda telah menggunakan slogan Beban orang putih dan mendakwa mereka adalah bangsa yang lebih bertamadun dalam memimpin rantau Asia Tenggara14. Faktor lain yang mendorong kepada penjajahan Barat di Asia Tenggara ialah faktor hubungan dan teknologi yang semakin pesat. Perkembangan sistem pengangkutan dan perhubungan telah meningkatkan keinginan kuasa-kuasa Barat untuk mempercepatkan dasar kolonialisasi. Pembukaan Terusan Suez pada tahun 1869 telah menyebabkan jarak antara Barat
10 11

Furnival, J.S.. Colonial Policy and Practice. New York: New York University Press. 1956, Hlm.3-4. Abu Talib Ahmad ,Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara,1991, hlm. 60. 12 Dr Budi, Transformasi Masyarakat, www.btpnkl.edu.my/cerdiknet/bahan/sejarah/download/a-3.pdf, hlm 2. 13 D.J. M. Tate, Sejarah Pembentukan Asia Tenggara Jilid Kedua Perubahan Ekonomi dan Sosial, Petaling Jaya : Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd, 1980, hlm 4. 14 Ibid, hlm. 3.

dan Timur dapat dipendekkan dan masa perjalanan dapat dikurangkan. Hal ini menyebabkan kos perdagangan dapat dijimatkan dan urusan perdagangan dapat dipercepatkan. Perkembangan perhubungan laut juga dapat membantu dalam proses penjajahan Barat di Asia Tenggara. Contohnya, penciptaan kapal berkuasa wap mempercepatkan dasar kolonialisme di Asia Tenggara. Kapal laut tersebut boleh membawa muatan yang banyak, lebih selamat dan dapat mempercepatkan perjalanan. Ciptaan telegraf juga telah mempercepatkan urusan perniagaan kerana peniaga-peniaga Eropah dapat menghubungi ejen-ejen mereka di kawasan lain dengan cepat. 15 Kawasan pengaruh Belanda tertumpu di kawasan Kepulauan Indonesia khususnya Jawa. Pada asalnya Melaka dan kawasan pantai barat Semenanjung Tanah Melayu turut berada di bawah kekuasaan Belanda. Namun demikian, pengaruh Belanda di kedua-dua kawasan tersebut berakhir secara rasmi selepas termeterainya Perjanjian London 1824 antara Belanda dan British16. Pihak British mengambil Melaka pada tahun 1795 setelah Raja Belanda yang mengizinkan Britain mengambil dan melindungi kepentingan Belanda di luar Eropah buat sementara dan British akan melindungi Belanda dari serangan Perancis. Setelah tamat perang Napoleon, tanah jajahan Belanda yang dijaga oleh British telah dipulangkan semula kepada Belanda. Namun demikian, melalui Perjanjian London, penetapan semula sempadan kawasan pengaruh telah dibuat dan Belanda telah menyerahkan Melaka secara rasminya kepada British. Selepas tahun 1870, imperialism di Tanah Melayu telah berlaku sepenuhnya. British merupakan pihak yang bertanggungjawab dalam menjalankan dasar imperialisme di Tanah Melayu. Faktor utama British menjalankan dasar Imperialisme di Tanah Melayu adalah disebabkan oleh ingin mendapatkan bahan mentah seperti rempah yang banyak terdapat di Tanah Melayu. Selain daripada itu, faktor dalaman yang berlaku di Tanah Melayu seperti pergolakan politik antara pembesar-pembesar Tanah Melayu turut menyebabkan British campur tangan. Alasan pihak British menguasai negeri-negeri Melayu ialah untuk mewujudkan keamanan akibat berlakunya huru-hara yang ditimbulkan oleh orang cina yang merebut monopoli kawasan perlombongan. Selain itu berlaku juga perebutan kuasa dalam kalangan pebesar dan raja-raja17
15

Dr Budi, Transformasi Masyarakat, www.btpnkl.edu.my/cerdiknet/bahan/sejarah/download/a-3.pdf hlm. 4 Wan Abdul Rahman Latif et. al, Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2001, hlm. 294. 17 Ibid, Hlm. 296.
16

Melayu. Faktor-faktor inilah yang membawa kepada tersebarnya pengaruh British yang menyebabkan perubahan dalam politik dan sosioekonomi di Tanah Melayu. Perjanjian Pangkor yang ditandatangani pada tahun 1874 mengukuhkan lagi kedudukan kuasa Barat di Tanah Melayu apabila bermulanya sistem residen18. Perubahan dalam Agama Kedatangan kuasa Barat yang lebih ke arah bersifat ingin menyebarkan agama kristian di kawasan Asia Tenggara khususnya di Tanah Melayu telah memberi kesan yang mendalam terhadap keadaan sosial masyarakat setempat terutamanya dalam aspek keagamaan. Sebelum kedatangan Barat, negara-negara Asia Tenggara telah terlebih dahulu menganuti agama Islam, Buddha, Hindu, Hindu-Buddha, animism dan ajaran Konfucius19. Kedatangan kuasa Barat seperti Perancis, Sepanyol, Belanda, dan British yang membawa agama Kristian dari Barat dengan membawa ideologi untuk mentamadunkan masyarakat di Asia Tenggara yang dikatakan mundur oleh mereka. Kekukuhan kuasa Barat di Filifina oleh Sepanyol, Vietnam yang dikuasai oleh Perancis, Indonesia yang dikuasai oleh Belanda serta Tanah Melayu, Borneo dan Thailand yang masing-masing tunduk di bawah pengaruh British telah meninggalkan kesan terhadap penyebaran agama Kristian yang semakin meluas ke atas negara-negara terbabit. Agama Kristian mempunyai aliran-aliran yang tersendiri disamping mempunyai badan dakwah mereka sendiri. Dua aliran besar yang dibawa oleh kuasa Barat dalam agama Kristian ialah aliran Roman Khatolik dan Protestan. Di Malaysia, boleh dikatakan bahawa hampir kesemua aliran ini berjaya bertapak dengan kukuh. Walau bagaimanapun tidak semua aliran ini berjaya berjaya menjalankan aktiviti penyebaran agama mereka dengan baik di Malaysia terutamanya dalam kalangan masyarakat Melayu sebelum dan sesudah merdeka 20. Hal ini adalah disebabkan oleh penyebaran agama mereka ni bergantung kepada dasar pihak pemerintah ketika itu, terutamanya pada zaman kolonial Portugis, Belanda, dan Inggeris biarpun kesemua kuasa ini beragama Kristian.

18 19

.S. Barlow, swettenham, Kuala Lumpur: Southdene Sdn.Bhd, 1995, hlm. 47. Wan Abdul Rahman Latif et. al, Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2001,Hlm.146. 20 Azmah Abdul Manaf, Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia, kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. 2005, Hlm,132.

Kedatangan kuasa Barat telah membawa bersama agama Kristian, dan ini bersesuaian dengan tujuan utama penjajajahan mereka ke atas bumi nusantara amnya dan Malaysia khasnya iaitu God, Gold dan Glory. Biarpun tujuan utama mereka adalah disebabkan faktor ekonomi (Gold) namun matlamat untuk menyebarkan agama Kristian (God) tetap dilaksanakan. Buktinya, Alfonso de Albuquerque yang menakluk Melaka pada 1511, turut disertai oleh lapan orang paderi Kristian daripada beberapa aliran Roman Khatolik21. Alfonso juga telah membina sebuah gereja di Melaka untuk menyebarkan agama Kristian. Aliran Protestan pula telah disebarkan ketika Belanda menakluk Melaka pada tahun 1641. Aliran protestan bertambah mantap setelah penjajah Inggeris meneruskan kesinambungan era penjajahan di negeri Melayu dan sejak itulah agama Kristian mula disebarkan secara meluas.22 Penyebaran agama Kristian yang berlaku di Malaysia (Tanah Melayu dan Borneo) telah berkembang semasa penjajahan British. Secara umumnya, agama merupakan unsur penting dalam penjelajahan dan penjajahan Portugal. Sikap berjuang untuk agama yang menonjol ini timbul kerana negara mereka pernah dijajah oleh empayar Islam23. Oleh hal yang demikian, tidak hairanlah sekiranya matlamat menyebarkan agama Kristian menjadi agenda utama penjajahan negara-negara Islam seperti Tanah Melau selain daripada faktor ekonomi dan politik. Pada asalnya, Portugis cuba menyebarkan agama Kristian selepas kejatuhan kerajaan Melaka. Namun demikian, proses penyebaran agama Kristian yang cuba dilakukan oleh pihak Portugis ini tidak berjaya kerana tidak mendapat sambutan daripada orang Melayu sendiri. Kedinginan sambutan daripada orang Melayu ini berlarutan sehingga ke zaman penjajahan kerajaan Inggeris. Usaha menarik orang Melayu ke agama Kristian telah menemui jalan buntu apabila Perjanjian Pangkor dan seumpanya yang ditandatangani oleh Raja-raja Melayu dengan pihak Inggeris telah mensyaratkan agar orang Inggeris tidak mencampuri urusan adat dan agama Islam masyarakat Melayu dan ia diletakkan di bawah jagaan raja-raja Melayu. Namun demikian, bukan hanya sekatan pemerintah sahaja yang menyebabkan peneyebaran agama Kristian terbatas di Tanah Melayu tetapi sikap orang Melayu sendiri yang menjauhkan diri daripada agama berkenaan. Hal ini jelas terbukti apabila ibu bapa Melayu tidak mahu menghantar anak-anak mereka belajar bukan sahaja di sekolah-sekolah yang dikendalikan oleh badan missionary agama
21 22

Ibid, hlm 133. Ibid. 23 Mohamad Kamal Kamaruddin, Sejarah Eropah, Kuala Lumpur: Pearson, 2008, hlm. 153.

kristian, tetapi juga ke sekolah-sekolah yang dikendalikan oleh pihak Inggeris. Alasan mereka ialah mereka tidak mahu anak mereka terpengaruh dan seterusnya memeluk agama Islam.24 Hal ini juga membuktikan bahawa agama Islam merupakan penghalang utama kepada usaha penyebaran agama Kristian di Tanah Melayu. Namun demikian, hal ini bukanlah sesuatu perkara yang pelik kerana bagi masyrakat Melayu yang telah lama dengan Islam, dan Islam telah dianuti secara turun-temurun. Selain itu juga, masyarakat Melayu juga menganggap menukar agama kepada agama lain bererti meninggalkan kaum dan adatnya kerana bangsa Melayu begitu sinonim dengan Islam. Hal ini terbukti sehingga kini apabila dicatatkan dalam perlembagaan antara ciri-ciri mereka yang dikategorikan sebagai bangsa Melayu ialah yang beragama Islam 25. Walau bagaimanapun keadaan ini tidak berlaku di Kepulauan Borneo iaitu Sabah dan Sarawak yang telah menerima pengaruh agama Kristian yang sebelum ini terdiri daripada masyarakat yang mengamalkan ajaran Islam dan animisme. Penyebaran agama Kristian dikeduadua buah negeri ini telah berlaku dengan pesat setelah dikuasai oleh Syarikat Hindia Timur dan juga keluarga Brooke. Di Sabah, penduduk daripada kaum kadazan atau Dusun merupakan kaum yang paling ramai menganut agama Kristian berbanding kaum lain. Hal ini jelas apabila agama ini menduduki tempat kedua dari segi peratusan jumlah penganutnya selepas Islam pada tahun 197026. Namun demikian, di Sarawak pula kejayaannya tidak begitu memberangsangkan seperti yang berlaku di Sabah. Walaupun jumlahnya ramai, tetapi peratusannya hanya mencapai ke angka 19 peratus pada tahun 1979 dan hanya meningkat menjadi 10 peratus pada tahun 1980. Di Sarawak, gerakan missionari giat berlaku kerana diundang sendiri oleh oleh keluarga Brooke ke Sarawak dari England. Selain itu, aktiviti Missionari juga semakin berkembang di Sarawak berikutan galakan dan sokongan yang diberikan oleh Brooke kepada misi-misi tersebut. Gerakan pertama yang sampai ialah gerakan Society for the Propagation of The Gospel (SPG) yang dinaungi oleh Francis T. Macdougall pada tahun 1851. Gerakan ini telah menyebarkan

24

Azmah Abdul Manaf, Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia, kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd, 2005,hlm. 149. 25 Ibid hlm. 152. 26 Ibid.

fahaman Kristian Anglikan di sekitar Kuching dan kawasan sekitarnya. Menurut Craig Allan Lockard pada tahun 1887, seramai 3,480 orang telah berjaya dikristiankan. Perkembangan ini membuktikan bahawa Brooke telah menggalakkan usaha penyebaran agama Kristian dan para missionari diberikan laluan mudah untuk bergerak mengkristiankan orang Iban dan Bidayuh di sekitar Kuching, Sri Aman dan lain-lain tempat di Sarawak. Namun demikian, misi pertama dalam penyebaran agama Kristian ini kurang berjaya di kawasan Sibu dan Utara Sarawak. Oleh hal yang demikian, Father Edmund Dunn yang merupakan seorang paderi Roman Katholik telah bertindak menubuhkan pusat penyebaran agama Kristian iaitu sekolah dan gereja di Lembah Rejang, seperti di Sarikei, Kapit, Kanowit, Pulau Nudong, Sungai Poi, Sungai Bawan dan Tuah Jee. Kesannya, ramai masyarakat peribumi yang menganuti agama Kristian setelah penyebarannya oleh British di Sarawak. Dasar Penghapusan Sistem Perhambaan Kedatangan kuasa Barat juga telah mengubah sistem sosial di Tanah Melayu yang masih mengamalkan sistem perhambaan. Dasar penghapusan sistem perhambaan ini merupakan salah satu usaha kuasa Barat untuk menguasai sistem sosial masyarakat Melayu tradisional yang sememangnya terkenal dengan amalan perhambaan sejak zaman pemerintahan tradisional lagi. Di Tanah Melayu, terdapat beberapa golongan hamba seperti hamba raja, hamba abdi, hamba perang, hamba berhutang, dan hamba27. Sistem perhambaan yang diamalkan oleh masyarakat tradisional terutamanya golongan atasan seperti raja dan pembesar-pembesar tidak disenangi oleh orang-orang Barat. Hal ini adalah disebabkan oleh mereka menganggap perbuatan tersebut adalah tidak bertamadun dan semua manusia mempunyai hak sendiri dan juga kebebasan untuk menjalankan kehidupan seharian mereka. Melaka merupakan salah satu contoh negeri di Tanah Melayu yang mengamalkan sistem perhambaan. Kemunculan institusi perhambaan di Melaka sering dikaitkan dengan tradisi perhambaan dalam masyarakat Arab atau Islam dan wujudnya sistem kasta dalam masyarakat hindu28. Hamba berfungsi untuk menyediakan tenaga manusia bagi menjalankan berbagai-bagai
27

Patrick Sullivan, Social Relations Of Dependence In Malay State: Nineteenth Century Perak. Kuala Lumpur: Art Printing Works Sdn.Bhd. 1982, hlm. 50. 28 Muhammad Yusuff Hashim.(1989) Kesultanan Melayu Melaka:Kajian Beberapa Aspek Tentang Melaka pada Abad ke-15-16 dalam Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm 296.

kerja dalam masyarakat. selain daripada itu juga, hamba turut memainkan peranan dalam meninggikan taraf seseorang yang menjadi pemilik mereka. Semakin ramai hamba yang dimilik, semakin tinggi taraf sosial dan kedudukan seseorang dalam masyarakat. Sebagai contoh,

Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir merupakan salah seorang pembesar Melaka merupakan orang yang terkaya pada zamannya.29 Selain itu juga dengan adanya hamba, maka usaha menggerakkan tenaga manusia untuk semua keperluan sosial dan ekonomi tidak menjadi masalah lagi. Hamba terdiri daripada hamba lelaki dan perempuan. Hamba lelaki mengambil tugas untuk membuat segala pekerjaan yang memerlukan tenaga seperti memanjat kelapa dan segala kerja-kerja berat seperti pekerjaan mengayuh jong yang besar. Hamba perempuan yang disebut beti-beti pula bertugas untuk membuat kerja rumah, membuat kerja di ladang sehinggalah kadang kala dipakai oleh tuannya.30 Di Melaka, Hukum Kanun Melaka yang khas untuk menyatakan tugas dan taraf seorang hamba telah disediakan. Terdapat tiga golongan hamba yang besar iaitu hamba biasa, hamba berhutang, dan hamba raja. Hamba biasa dikenali sebagai biduanda, abdi dan hamba. Biduanda dikatakan mempunyai kedudukan dan taraf yang lebih tinggi berbanding hamba-hamba yang lain. Hamba berhutang pula ialah orang yang menjadi hamba kerana gagal membayar hutang kepada pemiutang. Biasanya hamba berhutang turut melibatkan ahli kelurganya yang lain. Sekiranya seseorang itu menjadi hamba berhutang, maka seluruh keluarganya menanggung beban hutang dan secara tidak langsung turut menjadi hamba kepada pemiutang tersebut31. Hamba raja pula merupakan seseorang yang menjadi hamba kepada raja setelah mendapat keampunan raja setelah melakukan sesuatu kesalahan jenayah. Hamba raja mendapat hak yang istimewa dalam masyarakat sehingga diperundangkan dalam Hukum Kanun Melaka bahawa sesiapa yang membunuh hamba raja akan menerima hukuman yang berat.32 Selain itu juga terdapat hamba yang menjadi hamba hulur kerana dengan rela hati ingin menjadi hamba kepada raja atau orang-orang besar walaupun sudah diampunkan kesalahannya
29 30

Ibid. Ibid. 31 Patrick Sullivan, Social Relations Of Dependence In Malay State: Nineteenth Century Perak. Kuala Lumpur: Art Printing Works Sdn.Bhd. 1982, hlm. 51. 32 Muhammad Yusuff Hashim.(1989) Kesultanan Melayu Melaka:Kajian Beberapa Aspek Tentang Melaka pada Abad ke-15-16 dalam Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka . hlm.297.

dan diberikan kebebasan. Mereka akan menjadi hamba raja dan menjadi pengikut orang-orang besar. Hamba raja ini akan diberi keistimewaan dan bertugas untuk membantu raja mencari perempuan untuk dijadikan dayang-dayang dan pengasuh kepada orang-orang besar. Sekiranya wanita-wanita itu telah bersuami maka secara tidak langsung suaminya turut akan menjadi hamba dan dibawa ke istana dan mereka akan menjadi hamba untuk seumur hidup mereka33. Selain itu juga, telah menjadi kebiasaan apabila sultan memerintahkan pengikut-pengikutnya untuk mengambil ramai wanita-wanita yang disukai ke istana untuk dijadikan dayang-dayang secara paksaan seperti yang dilakukan oleh Sultan Abdullah. Hal ini ditulis oleh Birch dalam jurnalnya: I was very much surprised at the number of women this man Abdullah carries about with him. Every one of his attendants appears to be female They are all young women and seem to be excellent servants Selain itu juga, terdapat hamba yang menjadi hamba turun-temurun seperti hamba, abdi dan biduanda. Namun begitu, terdapat juga hamba yang yang menjadi hamba untuk sementara waktu sahaja seperti hamba berhutang dan hamba raja. Hamba raja akan dilepaskan oleh raja dengan relanya atau hamba berhutang akan dibebaskan setelah membayar hutang berdasarkan jangka waktu yang tertentu yang dijanjikan untuk berkhidmat dengan si pemiutang tadi 34. Hamba perempuan yang berkhidmat di istana raja yang turut digelar dayang-dayang juga mempunyai hak yang istimewa dalam masyarakat. kedudukan dayang-dayang ini akan lebih kukuh dan istimewa jika dia dijadikan gundik oleh raja kerana anak yang dilahirkannya akan menduduki kelas kerabat dengan memakai gelaran raja.35 Namun demikian, selepas kedatangan kuasa Barat, sistem perhambaan telah dihapuskan supaya semua hamba-hamba dapat hidup seperti masyarakat yang lain. Di Tanah Melayu pihak British telah menghapuskan aktiviti perhambaan dalam sistem sosial tradisional masyarakat Melayu. Hal ini secara tidak langsung telah mengubah sistem sosial tradisional yang mengutamakan kelas sosial dan lebih mementingkan golongan pemerintah yang terdiri daripada
33

Patrick Sullivan, Social Relations Of Dependence In Malay State: Nineteenth Century Perak. Kuala Lumpur: Art Printing Works Sdn.Bhd. 1982, hlm. 52. 34 Muhammad Yusuff Hashim, Kesultanan Melayu Melaka:Kajian Beberapa Aspek Tentang Melaka pada Abad ke15-16 dalam Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1989. hlm 298. 35 Ibid.

raja, pembesar, dan golongan bangsawan. Permintaan tin yang meningkat di negara Eropah menyebabkan kuasa-kuasa Barat datang mencari tapak dan sumber bahan mentah di Tanah Melayu. Ekonomi sultan juga bertambah baik melalui perdagangan hasil laut dan hasil hutan juga telah menyebabkan permintaan terhadap tenaga kerja bertambah. Hal ini telah menyebabkan sultan memerlukan lebih ramai tenaga kerja kerana hamba yang ada tidak mencukupi dan tenaga kerja dari pedagang asing diperlukan. Namun demikian, negara Holand dan Britain telah menyekat pemerdagangan hamba36. Selain itu, peristiwa pembunuhan J.W.W Birch turut menjadi sebab kepada pemansuhan sistem hamba37. Sebab utama perselisihan itu berbangkit adalah disebabkan krisis yang berlaku akibat daripada institusi hamba berhutang. Residensi yang terdapat di Bandar baharu menjadi tempat perlindungan hamba yang lepas lari. Hal ini telah membangkitkan kemarahan tuan-tuan hamba. Mereka telah menganggap Birch sebagai pencuri harta mereka. Keadaan ini telah menjadi semakin buruk kerana kebanyakan hamba-hamba ini terdiri daripada golongan perempuan38. Ketika Birch berada di Singapura, Sultan Abdullah telah menuntut kembali tiga hamba perempuannya dan seorang hamba lelaki yang ditahan oleh inspektor Melayu kerana telah menembak orang suruhan Birch. Selain daripada itu juga, beliau juga telah meminta Birch supaya mengembalikan seorang perempuan yang pergi ke residensi untuk berkahwin dengan seorang budak suruhan Birch. Hal ini adalah disebabkan oleh perkahwinan yang berlaku tanpa kebenarannya adalah bertentangan dengan adat Melayu. Birch juga mempunyai standart moral zamannya yang berbeza sama sekali tentang pengabdian. Hal ini jelas dalam isi surat yang diberikan Sir Andrew Clarke: bersabarlah dengan mereka (orang Melayu). Hamba hutang memang tidak baik, tetapi selagi kita tidak bersedia untuk membayar ganti rugi dengan sepenuhnya dan menunjukkan sisitem yang lebih baik untuk mendapatkan wang, biarkanlah dahulu.

36

Patrick Sullivan, Social Relations Of Dependence In Malay State: Nineteenth Century Perak. Kuala Lumpur: Art Printing Works Sdn.Bhd, 1982,hlm. 65. 37 H.S. Barlow, swettenham, Kuala Lumpur: Southdene Sdn.Bhd, 1995, hlm.142. 38 C.D Cowan, Tanah Melayu Kurun Ke-19, Asal-usul Penguasaan Politik British, 1970, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Selain itu, selepas kedatangan kuasa Barat, undang-undang baru telah dibentuk agar seseorang yang mempunyai hamba perlulah memiliki lesen yang dibenarkan untuk memiliki hamba39.

39

Patrick Sullivan, Social Relations Of Dependence In Malay State: Nineteenth Century Perak. Kuala Lumpur: Art Printing Works Sdn.Bhd. 1982,hlm.66.