Anda di halaman 1dari 7

FORUM

View Message

Back
Course ID : KAE3013 < Group Name : Group UPSI-A03(A112PJJ) < Full Name : Hendry Jayaker A/L Sanasi Date posted Full Name

Title

Message

Forum 1 (5 markah)

Setiap kanak-kanak dilahirkan mempunyai kreativiti tersendiri. Setiap kreativiti mereka di dorong oleh perasaan ini mencuba dan meneroka benda baharu berdasarkan perasaan ingin mencuba tanpa memikirkan kesannya. Pada tahap ini mereka belum dapat membezakan baik buruk setiap aktviti yang dilakukan kerana bagi mereka ini semua benda baru dan otak mereka yang kecil sentiasa inginkan keseronokkan. Setiap insan perlu membantu dan membimbing kakan-kakak agar aktiviti dan kreativiti yang dilakukan mereka adalah baik dan berfaedah untuk semua. Di rumah tentulah ibu dan bapa perlu memberi galakkan dan kebebasan kepada kanak-kanak ini untuk memcuba sesuatu seperti bermain, membaca, menyanyi melukis dan sebagainya. Ibu bapa perlu mengikut perkembangan dan kehendak serta jangan terlalu memaksa dan menakutkan mereka. Ini akan mempengaruhi alam tumbesaran dan persekolahan mereka pada masa hadapan. Kanak-kanak yang kreatif biasanya lahir dari keluarga yang mengenakan terlalu sedikit peraturan penting tetapi bermakna. Oleh itu, ibu bapa perlu membantu kanak-kanak untuk berjaya dalam kehidupan masa depan. Guru merupakan individu kedua penting dalam memastikan kreativiti kanak-kanak ini berada pada tahap yang terbaik. Pembelajaran di pra-sekolah mereka dibimbing dan diberi peluang untuk menunjukkan kebolehan masing-masing. Tidak hairanlah pada hari ini ramai kanakkanak di peringkat pra sekolah sudah boleh melukis dengan baik, membaca dengan lancar, dan ada yang boleh menghafal ayat-ayat suci Al-Quran. Kesimpulannya, semua individu terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam melihat kreativiti kanakkanak berada pada landasan yang betul. Saya bersetuju dengan pandangan guru. Setiap individu mempunyai tahap kreativiti yang berlainan. Contohnya, guru menyuruh murid menulis sebuah karangan, terdapat murid menulis dengan kreativiti sendiri selain daripada mengikut isi yang diajar oleh guru. Tetapi terdapat juga murid menulis dengan hanya mengikut apa yang diajar oleh guru. Memang betul, kanak-kanak menunjukkan kreativiti mereka dalam pelbagai bentuk seperti muzik, seni, kraf tangan, bahasa, matematik, lakonan dan sebagainya. Guru dan ibu bapa harus mencungkil dan memupuk kreativiti kanak-kanak dari semasa ke semasa. Salam Sejahtera, Saya bersetuju dengan pendapat cikgu. Saya juga sependapat bahawa kreativti merupakan proses yang berterusan merujuk kepada keupayaaan seseorang untuk memproses maklumat yang menghasilkan sesuatu yang baru dan asli. Kreativiti juga boleh dilihat dari penggunaan imaginasi, penerokaan dan hubungan baru. Sementara itu, estetika adalah sesuatu penglibatan individu dalam keadaan merasa, bertindak balas dan kepekaan kepada persekitaran semulajadi serta persekitaran ciptaan manusia. Melibatkan diri dengan aktiviti seni memberi peluang kepada kanak-kanak meneroka dengan pelbagai bahan-bahan melukis, mewarna, bentuk, saiz, bunyi struktur dan fungsi sesuatu bahan. Aktiviti seni juga membantu kanak-kanak menggunakan pengalaman deria mereka terutamanya ketika merasa struktur, menghidu bahan dan mendengar bunyi.

15 Mar 2012 08:42:34 PM

Hendry Jayaker A/L Sanasi

Forum 1 (5 markah)

15 Mar 2012 08:44:48 PM

Hendry Jayaker A/L Sanasi

Forum 1 (5 markah)

16 Mar 2012 02:44:27 PM

Hendry Jayaker A/L Sanasi

Forum 1 (5 markah)

Saya bersetuju dengan pendapat cikgu. Kreativiti ialah keupayaan untuk menghasilkan sesuatu yang baru. Kreativiti kanak-kanak adalah semulajadi. Kanak-kanak mempunyai kecenderungan dan minat secara semulajadi

16 Mar 2012 02:50:36 PM

Hendry Jayaker A/L Sanasi

terhadap aktiviti-aktiviti seni visual dan seni persembahan yang dapat meningkatkan kreativiti mereka. Kreativiti kanak-kanak bermula dengan berimaginasi, mengeluarkan idea, menerokai dan membuat keputusan daripada proses aktiviti seni yang dilaksanakan. Semasa kecil, ibu bapa perlu mencungkil kreativiti anak melalui banyak cara seperti menemani anak bermain, menyanyi dan melukis. Ibu bapa dapat tahu bahawa anak mereka mempunyai kreativiti dalam bidang apa. Selepas itu, ibu bapa perlu membantu anak mereka mengembangkan kreativiti mereka. Semasa berada di sekolah, guru juga bertanggungjawab untuk mencungkil kreativiti murid. Guru dapat mengesan daya kreativiti murid melalui aktiviti p&p yang dirancang. Guru juga perlu mengembangkan daya kreativiti murid secara menyeluruh agar dapat menambah minat murid-murid terhadap pelajaran mereka.
Forum 1 (5 markah) Saya bersetuju dengan pendapat cikgu. Kreativiti perlulah dipupuk kerana kanak-kanak sentiasa mempunyai idea untuk melakukan sesuatu yang menyeronokkan kerana mereka tidak meletakkan had atau limitasi pada sesuatu penyelesaian. Maka, sebagai seorang guru untuk kanak-kanak, kita jangan meletakkan terlalu banyak penhadan kepada sesuatu perkara sehingga menyebabkan anak-anak murid kita menjadi tidak kreatif. Sebagai contoh : Hiasilah kelas kita dengan pertolongan murid-murid kita supaya kelas itu diindahkan mengikut kreativiti murid-murid kita sendiri sepertimana melakukan aktiviti melukis dan mewarna gamabr-gambar mural di kelas. Murid-murid tidak meletakkan limitasi dan sentiasa berfantasi untuk menghasilkan lukisan yang cantik. Jadi janganlah halang murid-murid kita berfantasi sehingga mereka mendapat kepuasan diri. Setiap insan yang dilahirkan mempunyai daya imaginasi yang tinggi yang dipelajari secara semulajadi. Perkara-perkara yang dilihat memberikan kesan yang mendalam terhadap memori dan menyebabkan setiap manusia mula berfikir dan mula menggunakan daya pemikiran ke arah yang lebih maju dan tinggi. Kanak-kanak juga tergolong dalam perkara ini. Kita semua pernah melalui perkara-perkara tersebut yang berkeinginan menjadi 'Power Ranger, Superman, Spiderman dan macam-macam lagi. Kesan Positif 1. 2. Menggalakkan perkembangan minda yang lebih baik. Kanak-kanak perlu berimaginasi supaya berlaku perkembangan minda di dalam memori untuk menjana idea-idea baru. Penghasilan nukilan yang terkini. Kanak-kanak yang berimaginasi dapat menghasilkan nukilan-nukilan yang jauh dari pemikiran otak. 16 Mar 2012 03:02:54 PM Hendry Jayaker A/L Sanasi

Forum 2 (5 markah)

15 Mar 2012 09:16:20 PM

Hendry Jayaker A/L Sanasi

Kesan negatif 1. 2. Kurang penumpuan terhadap dunia sebenar. Kanak-kanak yang sibuk berimaginasi tidak dapat menumpukan perhatian terhadap kehendak dunia sebenar seperti pembelajaran seharian. Bahaya dan perlu penjagaan. Pernah berlaku dimana kanak-kanak tiru untuk menjadi superman dan lompat dari tingkat bangunan.

Forum 2 (5 markah)

Salam sejahtera dan Salam 1Malaysia, Saya bersetuju dengan pendapat cikgu. Imaginasi dan kanak-kanak adalah berkait rapat. Perkara ini adalah cara kanak-kanak ini meluahkan perasaan mereka dengan pelbagai cara. Ada yang melukis, ada yang mewarna dan ada juga yang melakukan aktiviti-aktiviti seperti mengukir ataupun membentuk sesuatu. Sebenarnya, imaginasi kanak-kanak perlu dibiarkan berlaku tanpa sebarang gangguan supaya kanak-kanak itu mengalami perkembangan minda yang seimbang. Salah satu cara yang sesuai kita sebagai guru boleh gunakan kertas lukisan dan meminta murid kita melukis mengikut ikut perasaan mereka. Dengan ini, imaginasi kanak-kanak dapat diperkembangkan lagi. Salam sejahtera dan Salam 1Malaysia, Saya bersetuju dengan pendapat cikgu. Imaginasi dan kanak-kanak adalah berkait rapat. Perkara ini adalah cara kanak-kanak ini meluahkan perasaan mereka dengan pelbagai cara. Ada yang melukis, ada yang mewarna dan ada juga yang melakukan aktiviti-aktiviti seperti mengukir ataupun membentuk sesuatu. Sebenarnya, imaginasi kanak-kanak perlu dibiarkan berlaku tanpa sebarang gangguan supaya kanak-kanak itu mengalami perkembangan minda yang seimbang. Salah satu cara yang sesuai kita sebagai guru boleh gunakan kertas lukisan dan meminta murid kita melukis mengikut ikut perasaan mereka. Dengan ini, imaginasi kanak-kanak dapat diperkembangkan lagi. Salam Sejahtera. Saya juga sependapat dengan cikgu. Kanak-kanak perlu digalakkan berimaginasi kerana imaginasi menggalakkan perkembangan kanak-kanak. Pendekatan kooperatif juga sesuai dalam hal-hal sebegini. Pembelajaran membabitkan murid-murid bekerjasama untuk belajar dan bertanggungjawab ke atas setiap ahli kumpulannya. Pendekatan ini bukan sahaja menggalakkan perkembangan imaginasi tetapi akan berlaku perkongsian idea-idea yang mencetuskan penemuan baru. Penemuan ini akan mengembangkan lagi potensi imaginasi kanak-kanak kearah yang lebih baik.

17 Mar 2012 11:08:30 AM

Hendry Jayaker A/L Sanasi

Forum 2 (5 markah)

17 Mar 2012 11:09:10 AM

Hendry Jayaker A/L Sanasi

Forum 2 (5 markah)

17 Mar 2012 01:32:53 PM

Hendry Jayaker A/L Sanasi

Forum 2 (5 markah)

Salam sejahtera cikgu. Imaginasi adalah sesuatu yang bagus untuk kanak-kanak tetapi imaginasi ini perlulah dipantau. Kadang-kala sesuatu imaginasi kanak-kanak lebih menjurus kepada perkara yang boleh mendatangkan bahaya terhadi ap diri mereka. Banyak perkara yang dilihat dan diamati oleh kanak-kanak dari pelbagai sumber media. Sebagai contoh perkara yang dilihat dari televisyen bukan sahaja menggalakkan mereka berimaginasi tetapi juga mereka akan cuba melakukan aksi-aksi tersebut. Jadi, kita perlu mengajar kanak-kanak ini supaya tahu membezakaan yang mana baik dan yang mana buruk untuk mereka. Salam sejahtera dan Salam 1Malaysia Kanak-kanak kreatif adalah kanak-kanak yang mampu menyelesaikan masalah dengan menggunakan daya kreatif yang digabungkan idea-idea yang dipelajari untuk menyelesaikan masalah. Kanak-kanak yang kreatif dapat menggunakan imginasi dan keupayaan berfikir untuk menyelesaikan masalah dengan berkesan jika dibandingkan dengan kanak-kanak yang kurang kreatif. Kanak-kanak kreatif dapat menggunakan idea-idea baru dan melihat sesuatu masalah dengan pelbagai arah untuk diselesaikan. Kanak-

17 Mar 2012 01:42:41 PM

Hendry Jayaker A/L Sanasi

Forum 3 (5 markah)

27 Mar 2012 10:40:51 AM

Hendry Jayaker A/L Sanasi

kanak kreatif akan mencadangkan penyelesaian pada suatu isu yang wujud. Kemampuan kanak-kanak kreatif dalam menjana idea-idea baru adalah sesuatu yang lebih daripada keupayaan kanak-kanak yang biasa. Kanakkanak yang kreatif adalah individu yang boleh menggunakan potensi diri dalam pelbagai aspek perkembangan minda. Kanak-kanak ini boleh mencapai pertimbangan yang baik dan mampu membuat penaakulan. Kemampuan dan pencapaian yang tinggi dalam bidang intelektual, kreativiti, artistik dan mempunyai bakat dalam bidang muzik dan kesenian merupakan perkembangan potensi yang tinggi. Di samping itu, kemahiran kanak-kanak mereka menguasai bidang ini dapat menghasilkan sesuatu yang unik dan baru. Walaupun begitu kemahiran dan kekreatifan kanak-kanak ini tidaklah menunjukkan kanak-kanak ini pandai selama-lamanya. Kemahiran dan kekreatifan ini perlu disemai dan perlu dipertingkatkan lagi dengan pelbagai rangsangan dan proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di dalam kelas dan juga secara tidak langsung. Segala kemahiran-kemahiran perlu diperbaiki dari masa ke semasa supaya kekreatifan sentiasa berada di puncak yang terbaik. Pengenalan strategi-strategi yang berkesan seperti teknik penyoalan serta kaedah pembelajaran yang berkesan supaya kanakkanak dapat menjana idea-idea yang baru dan kreatif. Forum 3 (5 markah) Salam sejahtera dan Salam 1Malaysia Saya besetuju dengan pendapat cikgu. Kanak-kanak kreatif adalah kanakkanak yang boleh menyelesaikan masalah dengan idea-idea baru yang mereka pelajari. Kanak-kanak ini dapat menggabungkan pelbagai sumber yang ada untuk dimuatnaikkan di minda mereka semasa mereka cuba menyelesaikan sesuatu isu yang dihadapi. Jika dibandingkan dengan muridmurid yang kurang kreatif, kanak-kanak ini akan cuba melepaskan diri dari masalah daripada cuba menyelesaikannya. Oleh sebab itu, kebanyakan kanak-kanak kreatif merupakan kanak-kanak yang digemari oleh rakanrakan mereka. Jadi, saya juga bersetuju dengan pendapat cikgu mengenai isu yang diketengahkan oleh cikgu. Salam sejahtera dan Salam 1Malaysia. Saya bersetuju dengan pendapat cikgu mengenai kenyataan yang diberikan bahawa kanak-kanak kreatif tidak semestinya kanak-kanak yang mampu menyelesaikan masalah. Ini adalah kerana melalui Teori yang diketengahkan oleh cikgu, Teori Loris Mallaguzzi, yang menyatakan bahawa kanak-kanak meneyelesaikan sesuatu isu melalui pengetahuan sedia yang dibina menerusi penagalaman yang didapati. Pengalaman ini merupakan alat abantuan untuk mereka untuk melibatkan diri secara langsung dalam isu penyelesaian masalah yang dihadapi nanti. Jika kanak-kanak ini tidak ada sebarang pengetahuan sedia ada dari sudah pasti kanak-kanak ini tidak dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi olehnya. Dengan ini, saya bersetuju dengan pendapat cikgu bahawa kanak-kanak kreatif tidak semestinya kanak-kanak yang pandai menyelesaikan masalah. Salam sejahtera dan Salam 1Malaysia Saya bersetuju dengan pendapat cikgu bahawa kanak-kanak kreatif adalah kanak-kanak yang boleh menyelesaikan masalah. Kanak-kanak yang berkebolehan untuk menunjukkan prestasi yang tinggi ini adalah kanakkanak yang berkebolehan untuk menunjukkan prestasi yang tinggi ini. Ini termasuklah mereka yang menunjukkan pencapaian dalam mana-mana bidang sama ada satu atau dalam gabungan bidang-bidang seperti kebolehan intelektual umum, kebolehan bidang akademik tertentu, pemikiran kreatif, kebolehan kepimpinan, seni tampak dan persembahan serta kebolehan psikomotor. Kebolehan dan keupayaan kanak-kanak ini dalam menyelesaikan masalah merupakan satu kejayaan 27 Mar 2012 01:21:42 PM Hendry Jayaker A/L Sanasi

Forum 3 (5 markah)

27 Mar 2012 02:00:33 PM

Hendry Jayaker A/L Sanasi

Forum 3 (5 markah)

27 Mar 2012 02:24:04 PM

Hendry Jayaker A/L Sanasi

dan perkembangan diri mereka sendiri. Jika kanak-kanak tidak memahami isu yang diberikan, pembinaan pengalaman tidak akan terjadi. Forum 3 (5 markah) Salam sejahtera dan Salam 1Malaysia Saya bersetuju dengan pendapat cikgu mengenai kenyataan cikgu yang mengatakan bahawa dengan bantuan orang dewasa, kanak-kanak mampu membina pengalaman bersama-sama dengan idea-idea baru untuk dijana semasa mereka menyelesaikan masalah. Bantuan orang dewasa seperti ibubapa dan juga guru merupakan salah satu faktor penting untuk membantu murid-murid kita dalam menyelesaikan masalah. Proses pengajaran dan pembelajaran yang disediakan yang lebih berkesan dapat menyediakan murid-murid kita untuk bersedia dalam jika mereka menghadapi masalah nanti. Bantuan dan dorongan dari orang dewasa dapat memotivasikan murid-murid kita untuk lebih yakin dan menampakkan kesungguhan dalam dirinya. Perkembangan seperti ini sedikit sebanyak dapat membidik minda mereka ke arah yang lebih baik. Penyediaan proses pengajaran dan pembelajaran yang kreatif dapat menghasilkan bakal muridmurid yang berkreativiti dan berinovasi. Murid-murid kreatif dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan baik jika dibantu oleh orang dewasa seperti kita. 27 Mar 2012 04:28:09 PM Hendry Jayaker A/L Sanasi

Forum 4 (5 markah)

Salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia. Kreativiti kanak-kanak boleh dinilai untuk mengenalpasti perkembangannya. Guru berperanan sebagai pemerhati,perekod dan penilai semasa menilai semua hasil kerja murid. Rekod anekdot,senarai semak,skala kadar dan carta penyertaan boleh diigunakan untuk merekod penyertaan dan kemajuan murid dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan dan disertai. Penilaian juga haruslah berterusan dan didokumentasikan.Sesungguhnya penilaian ini penting bagi mengenal pasti kelemahan dan kekuatan murid. Guru juga boleh menggunakan rekod yang ada bagi membantu mempertingkatkan potensi murid. Rekod anekdot merupakan rekod ringkas yang boleh digunakan untuk merekod peristiwa dan tingkah laku murid. Rekod ini akan merekodkan catatan tentang sesuatu peristiwa,masa dan tempat sesuatu pemerhatian itu dilakukan. Senarai semak pula merupakan items yang disediakan untuk mengenal pasti perkembangan kemahiran, sikap dan nilai kanak-kanak. Skala kadar digunakan untuk mengenal pasti darjah pencapaian kanakkanak dalam satu aktiviti. Ia digunakan untuk merekod tingkah laku. Carta penyertaan pula digunakan untuk merekod penyertaan kanak-kanak dalam suatu aktiviti. Sesungguhnya penilaian ini boleh dijadikan sebagai ukuran kemajuan setiap murid dalam menghasilkan kerja kreatif.

23 Mar 2012 09:34:55 PM

Hendry Jayaker A/L Sanasi

Forum 4 (5 markah)

Salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia,

Saya setuju dengan pandangan cikgu. Pada pandangan dan pengalman saya, sebagai guru kita harus menilai kreativiti kanak-kanak dengan cara berterusan. Penilaian secara berterusan ini membolehkan murid menggabungkan kefahaman mereka

23 Mar 2012 09:40:20 PM

Hendry Jayaker A/L Sanasi

kepada aspek kogitif, psikomotor dan afektif. Lebih menitikberatkan fokus kepada perbuatan murid yang mencungkil kemahiran berfikir serta melahirkan murid yang mampu membuat keputusan. Terdapat 4 unsur penilaian dalam kreativiti kanak-kanak iaitu : 1. Penilaian berasaskan sekolah. 2. Penilaian yang fleksibel. 3. Penilaian yang mempunyai akuantabiliti. 4. Penilaian yang adil. Kaedah penilaian kreativiti kanak-kanak biasanya melalui kaedah tertentu iaitu : a. Kaedah pemerhatian b. Lisan dan interaksi
c. Penulisan atau amali. Forum 4 (5 markah) Salam sejahtera dan Salam 1Malaysia 27 Mar 2012 04:32:33 PM Hendry Jayaker A/L Sanasi

Saya amat bersetuju pendapat cikgu bahawa kreativiti kanakkanak boleh dinilai melalui pemerhatian. Pemerhatian ke atas kanak-kanak hendaklah dilakukan dalam semua domain iaitu domain kognitif, domain afektif dan domaim psikomotor. Cara kaedah pemerhatian ialah dengan memberi satu tajuk atau masalah kepada kanak-kanak. Selepas itu ,kita haruslah memberi perhatian terhadap kanak-kanak bagaimanakah mereka menyelesaikan masalah tersebut. Seterusnya, kita perlu rekodkan tindakan yang telah diambil, atau rekodkan masa yang diperlukan sehingga kanak-kanak dapat menyelesaikan masalah tersebut. Kanak-kanak yang kreativiti akan dapat menyelesaikan masalah tersebut lebih awal berbanding kanak-kanak yang kurang atau tidak kreatif. Kreativiti boleh direkodkan melalui pemerhatian. Ini merupakan penilaian paling mudah yang boleh dilakukan terhadap murid. Ia lebih cepat dan pantas. Murid yang kreatif selalunya lebih menyerlah dan bijak secara luaran.Mereka akan membuat sesuatu yang berlainan dan mempunyai pelbagai idea yang bernas. Mereka juga lebih berani dan berkeyakinan diri untuk membuat sesuatu. Guru boleh membezakan potensi murid melalui pemerhatian yang dilakukan.Murid yang berbakat dan kreatif akan sentiasa menghasilkan sesuatu yang terbaik.

Forum 4 (5 markah)

Salam sejahtera dan Salam 1Malaysia Saya bersetuju dengan pandangan cikgu. Disini saya ingin menambah sedikit fakta mengenai kaedah pengukuran yang boleh dilaksanakan. Dari segi pengujian, terdapat tiga kaedah untuk menguji kreativiti kanak-kanak .Pertama, Kaedah Psikometrik. Kaedah pengujian ini dijalankan menggunakan instrumen pengukuran seperti banci, borang soal selidik dan statik untuk mengukur kreativiti secara saintifik. Kaedah ini biasanya dilakukan dengan mengaitkan tiga aspek kreativiti manusia iaitu perlakuan, personaliti dan kognitif. Kedua, Kaedah Historiometrik yang menggunakan maklumat dari dokumen-dokumen lama yang mengandungi ciri-ciri yang dimiliki oleh individu tokoh sejarah yang memiliki daya kreativiti yang tinggi dalam pelbagai bidang seperti Mozart, Newton, Monet dan sebagainya. Maklumat ini digunakan sebagai criteria pengukuran kreativiti. Ketiga, Kaedah Biografi. Kaedah biografi lebih kurang sama dengan kaedah historiometrik di manakajian dijalankan terhadap ciri-ciri kreativiti yang dimiliki oleh pencipta terkenal. Perbezaan adalah dari segi kaedah pengukuran di mana historiometrik menggunakan kaedah saintifik dan secara empirikal. Manakala kaedah biografi menggunakan kajian kes yang lebih berbentuk naratif.

27 Mar 2012 04:43:04 PM

Hendry Jayaker A/L Sanasi

Forum 4 (5 markah)

Salam sejahtera dan Salam 1Malaysia Pada pandangan saya, kreativiti kanak-kanak boleh dinilai dan digredkan. Guru-guru boleh menilai anak murid melalui pemerhatian hasil kerja yang dihantar. Sebagai contoh, dalam kelas Pendidikan Seni, guru boleh mengarahkan murid supaya menghasilkan lukisan bebas.Seterusnya, guru boleh membandingkan hasil lukisan anak murid. Kebiasaanya, murid-murid yang kreatif dapat menghasilkan lukisan dengan cantik dan menarik. Ada kemungkinan besar, penghasilan hasil kerjanya di luar jangkaan guru. Selain itu, guru juga boleh menyediakan satu sesi lakonan. Guru memberi skrip kepada murid dan hafalkannya. Seseorang kanak yang kreatif akan menunjukkan memek muka berdasarkan situasi dalam skrip. Kadangkala, perubahan inotasi kanak-kanak juga berlaku dalam lakonan. Kreativiti kanak-kanak boleh dinilai dan digredkan melalui cara pemerhatian. Sebagai contoh, jika guru ingin mengenal pasti perkembangan artistik kanak-kanak, waktu yang sesuai untuk membuat pemerhatian ialah ketika mereka sedang menjalankan aktiviti melukis manakala jika guru ingin mengenal pasti ekspresi kreatif kanak-kanak, waktu yang sesuai untuk membuat pemerhatian ialah semasa mereka menjalankan aktiviti bentuk binaan dengan menggunakan plastesin.

27 Mar 2012 04:57:41 PM

Hendry Jayaker A/L Sanasi

Anda mungkin juga menyukai