Anda di halaman 1dari 25

Pisang FA6.

indd 1

25/11/2008 4:01:14 PM

NO.BK 27/06.08/10R ISBN 978-983-047-142-6 Cetakan Pertama 2008 Hak cipta Jabatan Pertanian, Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani, Malaysia

Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian, artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa jua cara pun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Ketua Pengarah Pertanian, Jabatan Pertanian Malaysia. Manuskrip terbitan ini disediakan oleh Bahagian Hortikultur (Seksyen Buahbuahan). Konsep persembahan, suntingan dan rekabentuk disediakan oleh Seksyen Komunikasi, Jabatan Pertanian.

PISANG
Musa spp.

Manual Tanaman

Perpustakaan Negara Malaysia Manual tanaman pisang Musa spp.

Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

Petunjuk Ke Arah Pengurusan Tanaman Pisang Yang Bermatlamatkan Kepada Peningkatan Hasil, Kualiti Yang Tinggi dan Keuntungan.

ISBN 978-983-047-142-6 1. BananaPlantingHandbooks, manuals, etc. 634.772

Jabatan Pertanian Malaysia 2008

Pisang FA6.indd 2-3

25/11/2008 4:01:15 PM

ISI KANDUNGAN

PENDAHULUAN

M
1. 2. 3. 4. Pendahuluan Pengenalan Kesesuaian Tanah Bagi Tanaman Pisang Penyediaan Kawasan dan Pembangunan Infrastruktur Ladang 5. 6. 7. Penanaman Penjagaan Lampiran 1: Indeks Kematangan Pisang 8. Lampiran 2: Infrastruktur Ladang dan Saliran Bagi Tanaman Pisang 9. Lampiran 3: Perosak dan Penyakit Tanaman Pisang dan Syor Kawalan 38 37 36 12 16 1 2 5 8

anual Tanaman ini mengandungi maklumat ringkas tetapi praktikal mengenai amalan kerja harian dalam pengeluaran komoditi tanaman pisang. Amalan kerja harian ini disediakan dalam bentuk jadual dan perlu dipatuhi dan diikuti sebelum dan selepas menanam sehingga ke peringkat penuaian hasil. Manual ini penting sebagai panduan bagi memastikan prestasi tanaman yang diusahakan mencapai tahap kesuburan dan pengeluaran hasil yang dikehendaki. Prestasi tanaman pula bergantung kepada perancangan dan amalan agronomi yang tersusun. Secara ringkasnya, manual ini menggariskan : Gerak kerja pengeluaran yang perlu dilaksanakan mengikut bulan; Bahan input yang diperlukan (jenis dan kadar); Standard kualiti atau indikator yang perlu dicapai bagi kerja yang bakal dilaksanakan; dan Tindakan atau kaedah perlaksanaan kerja. Manual ini diterbitkan sebagai bahan rujukan dan semakan aktiviti pengeluaran yang mudah digunakan oleh semua pegawai pengembangan dan pegawai penyelia projek-projek utama Jabatan Pertanian. Manual ini juga sesuai digunakan oleh usahawan tani bagi meningkatkan lagi produktiviti ladang mereka. Pengguna manual ini dinasihatkan supaya membaca bersama buku Pakej Teknologi Tanaman Pisang terbitan Jabatan Pertanian bagi mendapatkan maklumat menyeluruh aktiviti pengeluaran Tanaman Pisang berkenaan. Oleh kerana keadaan tanah, iklim, varieti dan corak pengurusan berbeza dari satu tempat dengan tempat yang lain, garis panduan dalam manual ini boleh diubahsuai atau ditingkatkan mengikut pengalaman dan penemuan pegawai/ usahawan tani yang melaksanakan projek.

MANUAL TANAMAN PISANG

MANUAL TANAMAN PISANG

Pisang FA6.indd 4-5

25/11/2008 4:01:15 PM

PENGENALAN

isang, Musa spp. tergolong dalam keluarga Musaceae. Pisang yang boleh dimakan ialah daripada spesis M. accuminata Colla dan M. Balbisiana Colla. Penanaman pisang sebagai sumber makanan tersebar luas di kawasan tropika. Filipina, Thailand, Indonesia, India dan Malaysia merupakan negara pengeluar pisang yang utama di Asia. Di Malaysia, kultivar Berangan, Mas dan Cavendish ditanam secara komersil untuk pasaran eksport dan tempatan manakala kultivar Raja, Rastali dan Nangka ditanam untuk pasaran tempatan. Penanaman pisang boleh dilaksanakan melalui tiga kaedah iaitu dengan menggunakan sulur, teknik belahan (quartering) dan tisu didik. Penanaman yang mudah dan selalu digunakan adalah dengan menggunakan sulur. Penanaman dengan menggunakan anak benih tisu didik menghasilkan pertumbuhan dan pengeluaran hasil yang seragam. Tempoh peringkat tumbesaran bagi kultivar Berangan, Mas, Rastali dan Cavendish adalah seperti Jadual 1. Kultivar yang paling cepat mengeluarkan hasil adalah kultivar Mas manakala kultivar Berangan, Rastali dan Cavendish boleh mencapai peringkat buah matang 12-13 bulan selepas ditanam. Pengutipan hasil pisang boleh dilakukan berdasarkan indeks kematangan dan kaedah pemasaran seperti yang ditunjukkan dalam Lampiran 1. Anggaran hasil tanaman pisang bagi kultivar Berangan, Mas, Rastali, dan Cavendish adalah seperti di Jadual 2. Anggaran hasil ini boleh dicapai sekiranya jarak tanaman dan pengurusan perladangan yang diamalkan adalah seperti yang disyorkan pasaran. Penggredan pisang merupakan aktiviti lepas tuai yang penting bagi menentukan kualiti buah supaya dapat memenuhi permintaan pasaran. Bagi pasaran eksport telah diwujudkan standard kualiti mengikut kehendak pengguna-pengguna negara pengimport. Panduan penggredan bagi kultivar Berangan, Rastali dan Mas adalah seperti di Jadual 3. Selain itu, bilangan sisir setiap kotak, berat sesisir dan bilangan jejari sesisir juga diambil kira. Buah juga hendaklah bebas dari sebarang kecederaan, kecacatan, penyakit dan luntur warna.

Pisang yang telah sedia untuk dipasarkan biasanya dimasukkan ke dalam kotak yang dibuat daripada Corrugated Fibre Board (CPB). Penyimpanan kotak-kotak tersebut memerlukan pengawalan suhu dan kelembapan supaya buah tidak hilang kesegarannya dalam tempoh penyimpanan. Suhu bilik yang optimum untuk beberapa kultivar ditunjukkan di Jadual 4. Jadual 1: Tempoh peringkat tumbesaran bagi kultivar Berangan, Mas, Rastali dan Cavendish Kultivar Umur Pokok Pisang Selepas Ditanam Keluar Jantung 1. Berangan 2. Mas 3. Rastali 4. Cavendish 9 bulan 6 bulan 9 bulan 9 bulan Pembentukan Sisir Akhir 10 bulan 6 1/2 bulan 10 bulan 10 bulan Peringkat Buah Matang 12 bulan 8 bulan 12 bulan 13 bulan

Jadual 2: Anggaran hasil bagi kultivar Berangan, Mas, Rastali dan Cavendish Kultivar Jarak Tanaman 3.0 m x 3.0 m 2.5 m x 2.5 m 3.0 m x 3.0 m Bil. Hasil/Pokok (kg) Jumlah Hasil Sehektar Pokok Pokok Ratun Ratun (MT) Sehektar Induk 1 2 1,100 1,600 1,100 1,100 22 12 18 40 18 10 15 32 12 8 10 25 52 30 45 97 52 43 45 97

1. Berangan 2. Mas 3. Rastali

4. Cavendish 3.0 m x 3.0 m

MANUAL TANAMAN PISANG

MANUAL TANAMAN PISANG

Pisang FA6.indd 6-7

25/11/2008 4:01:15 PM

Jadual 3: Panduan penggredan pisang Berangan, Rastali dan Mas Gred A B C Mas* 10 - 8.6 sm 8.5 - 9.9 sm 6.5 - 8.4 sm Rastali* 11.0 - 9.6 sm 9.5 - 10.9 sm 8.5 - 9.4 sm Berangan* 12.5 sm ke atas 11.5 - 12.4 sm 10.5 - 11.4 sm

KESESUAIAN TANAH BAGI TANAMAN PISANG


Pada amnya tanaman pisang memerlukan tanah yang subur, berstruktur ringan serta kaya dengan bahan organan untuk tumbesaran dan pengeluaran hasil yang baik. Ia juga memerlukan kelembapan yang mencukupi.

*gred mengikut panjang jejari pisang

Jadual 4: Suhu optima untuk penyimpanan bagi beberapa kultivar pisang Kultivar 1. Mas 2. Cavendish 3. Embun 4. Rastali 5. Berangan 6. Awak Suhu Optima (C) 14 13 14 14 13 13 Jangka Masa (hari) 10 14 - 17 14 - 17 14 - 17 28 20

Akar tanaman pisang memerlukan oksigen yang tinggi. Tanah mesti mempunyai pengudaraan dan saliran yang baik serta tidak berstruktur berat terutamanya pada lingkungan kedalaman 50 sm daripada permukaan tanah. Tanah berstruktur berpasir ringan hingga lom sederhana adalah paling sesuai untuk tanaman pisang. Jenis-jenis tanah yang sesuai ialah tanah yang terbentuk daripada alluvium sungai (yang bersaliran sederhana salir), tanah dari batuan igneus yang dalam (melebihi 100 sm) dan tanah batuan mendapan yang dalam (melebihi 100 sm).

Tanah yang berstruktur berat hendaklah dielakkan kerana ia mudah menakung air yang menyebabkan perkembangan akar pokok terbantut dan juga kemungkinan kematian pokok. Oleh itu, tanah di kawasan yang rendah dan mengalami hujan lebat, sistem saliran yang sempurna hendaklah diadakan bagi menyalirkan air yang berlebihan. Jadual 5 menunjukkan ciri-ciri tanah yang sesuai, sederhana sesuai dan tidak sesuai bagi tanaman pisang.

MANUAL TANAMAN PISANG

MANUAL TANAMAN PISANG

Pisang FA6.indd 8-9

25/11/2008 4:01:15 PM

Jadual 5: Penilaian kesesuaian tanah bagi tanaman pisang Keperluan Tanaman Kriteria Iklim Curahujan Tahunan (mm/tahun) Jangkamasa Bulan Kemarau Kejadian Banjir Topografi Kecerunan ( ) Sifat-sifat Fizikal Tanah Tekstur Tanah Sesuai Penilaian Kesesuaian Sederhana Tidak Sesuai Keperluan Tanaman Kriteria Keberbatuan (Stoniness) Sesuai Sehingga 10% tersebar rata atau terdapat lebih dalam 50 sm Tiada Penilaian Kesesuaian Sederhana 10% - 50% Tidak Sesuai Lebih 50%

1000 - 2000 mm 500 - 1000 mm Tiada Kemarau Tiada Banjir Kurang Sebulan 1 - 3 Hari

Kurang 500 mm Lebih Sebulan > Hari

Ketebalan Lapisan Organik / Gambut Kriteria Kimia Tanah CEC

0 - 25 sm tebal dari permukaan

> 25 sm tebal dari permukaan

0 - 12

12 - 35

> 35

Struktur halus hingga sedang dan sederhana hingga berkembang baik, tekstur lom berpasir atau lebih halus (selain pasir berlom atau tekstur kasar) 75 sm atau lebih

Struktur lemah dan kasar serta berkembang baik (pasir berlom)

Tekstur kasar

CEC lebih 10 meq /100 gm tanah dan selain kandungan nutrien mikro berlebihan

CEC sederhana CEC rendah (> rendah 10 meq/100 gm (10 meq/100 gm tanah) tanah)

Kemasinan

2 mm hos atau 2 mm hos di kurang di dalam dalam 75 sm teratas 50 - 75 sm

2 mm hos di dalam kurang dari 50 sm

Kedalaman ke Lapisan Asid Sulfat Kedalaman ke Lapisan Padat

50 sm - 75 sm

Kurang daripada 50 sm Kurang daripada 50 sm


7

75 sm atau lebih

50 sm - 75 sm

MANUAL TANAMAN PISANG

MANUAL TANAMAN PISANG

Pisang FA6.indd 10-11

25/11/2008 4:01:15 PM

PENYEDIAAN KAWASAN DAN PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR LADANG


BLT* Kerja / Aktiviti Bahan Input Jenis -7 Pembersihan kawasan (bagi kawasan baru) Kadar Kerja penolakan pokok hutan dijadualkan supaya pembakaran dapat dibuat pada musim kering. Segala tunggul dan akar perlu dicabut. Jangan tolak ke dalam lembah atau alur/parit. Kebenaran dijangka diperolehi dalam tempoh dua bulan. Kaedah pembakaran mengikut arahan JAS. Pembakaran kali pertama dilakukan setelah daun kering tetapi belum gugur dari dahan. Parit diperlukan untuk tanah pamah (>6). Dimensi dan kepadatan parit yang diperlukan adalah seperti Lampiran 2. Kolam diperlukan di kawasan yang tidak mempunyai sumber air semulajadi. Saiz kolam yang diperlukan berasaskan panduan dalam Lampiran 2. Lebar jalan ladang : 3 m. Panjang jalan ladang : 100 m/ha. Kerja-kerja memerun dan membakar diulangi sekurang-kurangnya 3 kali sehingga habis dibakar. Pokok hutan ditolak dan dikumpul dalam baris untuk pembakaran kemudian. Tiap-tiap 30 meter baris ditinggalkan ruang untuk memudahkan pengaliran air di dalam ladang. Standard / Indikator Huraian Kerja

-7

Permohonan kebenaran pembakaran terbuka daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS). Bakar pokok-pokok yang telah dihimpun.

-5

-4

Pembinaan parit i) Parit utama ii) Parit sekunder

Gali parit menggunakan jengkorek. Tanah dari penggalian diratakan.

-4

Penyediaan sumber air untuk sistem pengairan.

Gali kolam menggunakan jengkorek.

-3

Pembinaan jalan ladang.

Bina jalan ladang dengan meratakan tanah daripada penggalian parit.

* BLT = Bulan Lepas Tanam


MANUAL TANAMAN PISANG

MANUAL TANAMAN PISANG

Pisang FA6.indd 12-13

25/11/2008 4:01:15 PM

BLT*

Kerja / Aktiviti

Bahan Input Jenis Kadar

Standard / Indikator

Huraian Kerja

-2

Pengapuran

Kadar keperluan GML mengikut jenis tanah. Dibajak piring sedalam 20-25 sm. Dibajak putar sedalam 25-30 sm. Paip dipasang 60 sm dari permukaan tanah. Saiz rumah pam, kapasiti dan kuasa kuda enjin mengikut pengesyoran Bahagian Kejuruteraan Pertanian berdasarkan keluasan, jenis tanaman dan keadaan setempat. Jarak tanaman: 2.5 m x 2.5 m - kepadatan tanaman 1600 pokok. 3 m x 3 m - kepadatan tanaman 1100 pokok. 3 m x 3 m (selingan) - kepadatan tanaman 700 - 900 pokok. Dilaksanakan sebaik sahaja pembajakan kedua selesai dilakukan.

GML ditabur di permukaan tanah sebelum dibuat pembajakan pertama.

-2 -1 -1

Pembajakan pertama Pembajakan kedua Memasang paip utama pengairan dan pam air

Gali longkang sedalam 60 sm. Paip utama dipasang dalam longkang. Paip utama ditimbus semula selepas take off dipasang ke ladang.

-1

Membaris

Kayu pancang 2m Pancang buluh 90 sm

1600 batang atau 1100 batang atau 700 - 900 batang

Pancangkan satu baris asas untuk satu kawasan pisang. Baris berikutnya mengikut baris asas tersebut.

Tali Pengukur 0 Penyediaan dan pemasangan sistem pengairan ke lubang tanaman Tiub PE, Penyambung saluran PE, Mata renjis mikro, Grommet, Valves dan lain-lain

Pengairan renjis mikro.

Pasang paip lateral dan tiub PE (termasuk adapter, control valves, mata renjis mikro dari paip utama ke lubang tanaman. Tiub PE hendaklah ditanam sedalam 60 sm. Siapkan sistem pengairan sebelum menanam pokok.

* BLT = Bulan Lepas Tanam


MANUAL TANAMAN PISANG

10

11

MANUAL TANAMAN PISANG

Pisang FA6.indd 14-15

25/11/2008 4:01:15 PM

PENANAMAN
MLT* Kerja / Aktiviti Bahan Input Jenis -2 Menggali lubang penanaman Kadar Saiz lubang disyorkan ialah: 30 sm x 30 sm x 30 sm. CIRP NPK 8:8:8 GML 100 gm/ pokok 60 gm/pokok 60 gm/pokok Gali lubang secara manual. Standard / Indikator Huraian Kerja

-1

Menimbus balik lubang dengan topsoil.

Gaulkan baja CIRP, 8:8:8 dan GML dengan topsoil dari lubang dan tanah sekeliling lubang tanaman. Kemudian timbus lubang penanaman dengan campuran tanah tersebut. Daripada sumber yang bebas penyakit.

-1

Perolehan benih tanaman/anak pokok

Sulur atau tisu didik atau benih daripada teknik belahan (quartering)

Untuk sulaman -1 Merawat anak pokok Air Panas Carbofuran

1600 pokok/ha atau 1100 pokok/ha atau 700-900 pokok/ha 10% Rujuk Lampiran 3

Memastikan sumber benih bebas daripada penyakit.

Celup ke dalam air panas bersuhu (55C) selama 5-10 minit Celupkan sulur-sulur

* MLT = Minggu Lepas Tanaman


MANUAL TANAMAN PISANG

12

13

MANUAL TANAMAN PISANG

Pisang FA6.indd 16-17

25/11/2008 4:01:15 PM

MLT*

Kerja / Aktiviti

Bahan Input Jenis Kadar 1600 pokok/ha atau 1100 pokok/ha atau 700-900 pokok/ha

Standard / Indikator

Huraian Kerja

Menanam

Anak pokok

Anak pokok ditanam tegak dan paras pangkal mestilah kurang daripada 5 sm daripada paras tanah di sekeliling lubang penanaman.

Gali semula lubang lebih besar sedikit daripada polibeg anak pokok. Tanggalkan polibeg anak pokok. Longgarkan di bahagian bawah dengan jari dan biarkan tanah jatuh. Tarik akar yang bersimpul dan bersilang keluar. Masukkan pokok ke dalam lubang dan bentangkan. Timbus, tekan dan mengemaskan tanah di keliling lapisan demi lapisan sehingga semua akar ditimbus.

Menyiram

Siram sekali sehari selama seminggu selepas ditanam kecuali hari hujan.

Gunakan sistem pengairan atau secara manual. Periksa setiap pokok untuk memastikan sistem pengairan berfungsi dengan baik supaya setiap pokok menerima air yang mencukupi. Buat alur sedalam 20-30 sm dengan cangkul atau furrower yang dipasang pada interbed cultivator. Pindahkan tiub PE ke alur. Timbus semula alur tersebut. Dedahkan tiub PE sepanjang 30-60 sm di tepi pangkal pokok. Pasang semula mata titis/renjis.

2-3

Menimbus tiub PE

Tiub PE ditimbus 20-30 sm dari paras tanah, pada atau tepi barisan tanaman. Tiub PE terdedah pada bahagian akar pokok.

* MLT = Minggu Lepas Tanaman


MANUAL TANAMAN PISANG

14

15

MANUAL TANAMAN PISANG

Pisang FA6.indd 18-19

25/11/2008 4:01:15 PM

PENJAGAAN
BLT* Kerja / Aktiviti Bahan Input Jenis 1 hingga 24 Membuat bancian perosak dan penyakit. Ambil tindakan sewajarnya sekiranya terdapat tanda-tanda serangan perosak dan penyakit. Pengairan Renjis mikro 8-12 litre/ hari Kadar Bancian berjadual dibuat setiap bulan. Tindakan sebagaimana panduan di dalam Lampiran 3. Standard / Indikator Huraian Kerja

1 hingga 24 1 hingga 24

Dijalankan apabila didapati perlu sahaja. Elakkan daripada pengairan berlebihan. Pelepah yang telah tua dan yang terdapat tanda-tanda berpenyakit seperti dalam Lampiran 3.

Siram pokok sehingga basah secara manual atau dengan menggunakan sistem pengairan. Buang pelepah tua dan berpenyakit dengan menggunakan pisau tajam dan dikumpulkan di suatu lokasi di antara barisan tanaman pisang atau dimusnahkan. Tabur baja di bawah kanopi pokok dan elakkan daripada terkena pada bahagian pangkal pokok. Gali parit sedalam 5 sm di sekeliling pokok pisang. Masukkan baja dan timbus semula parit tersebut. Gali lubang sedalam 15 sm di bawah kanopi pokok. Masukkan baja dan timbus semula lubang tersebut.

Cantasan pelepah

Pembajaan

NPK Hijau 15:15:15 atau setaraf

100 gm/ pokok

Baja ditabur di sekeliling pokok atau dimasukkan ke dalam parit yang digali sedalam 5 sm dengan jarak 30 sm dari pangkal pokok pisang atau menggunakan sistem poket atau lubang yang digali sedalam 15 sm dengan jarak 30 sm dari pangkal pokok pisang. Dijalankan secara manual.

Mengawal pokok

rumpai

di

sekeliling

Bersih semua rumpai yang terdapat di bawah kanopi pokok dengan menggunakan cangkul tajak atau potong menggunakan mesin sandang.

* BLT = Bulan Lepas Tanam


MANUAL TANAMAN PISANG

16

17

MANUAL TANAMAN PISANG

Pisang FA6.indd 20-21

25/11/2008 4:01:15 PM

BLT*

Kerja / Aktiviti

Bahan Input Jenis Kadar 132 ml/ 18 L air

Standard / Indikator

Huraian Kerja

Mengawal rumpai di dalam barisan tanaman

Glufosinate ammonium

Gunakan nozel kipas. Tekanan semburan pada tahap 1 bar (15 psi). Sembur selebar 1 meter sahaja. Gunakan nozel no 2. Baja ditabur di sekeliling pokok atau dimasukkan ke dalam parit yang digali sedalam 5 sm dengan jarak 30 sm dari pangkal pokok pisang atau menggunakan sistem poket atau lubang yang digali sedalam 15 sm dengan jarak 30 sm dari pangkal pokok pisang. Baja ditabur di sekeliling pokok atau dimasukkan ke dalam parit yang digali sedalam 5 sm atau menggunakan sistem poket atau lubang yang digali sedalam 15 sm dengan jarak 1 m dari pangkal pokok pisang. Dijalankan secara manual.

Sembur semua rumpai di barisan pokok pisang. Buang rumpai yang tinggi dan rumpai yang tidak dapat dikawal dengan menggunakan racun secara manual. Tabur baja di bawah kanopi pokok dan elakkan daripada terkena pada bahagian pangkal pokok. Gali parit sedalam 5 sm di sekeliling pokok pisang. Masukkan baja dan timbus semula parit tersebut. Gali lubang sedalam 15 sm di bawah kanopi pokok. Masukkan baja dan timbus semula lubang tersebut.

Pembajaan

NPK Hijau 15:15:15 atau setaraf

150 gm/ pokok

Pembajaan

NPK Hijau 15:15:15 atau setaraf

150 gm/ pokok

Tabur baja di bawah kanopi pokok dan elakkan daripada terkena pada bahagian pangkal pokok. Gali parit sedalam 5 sm di sepanjang barisan pokok pisang. Masukkan baja dan timbus semula parit tersebut. Gali lubang sedalam 15 sm di bawah kanopi pokok. Masukkan baja dan timbus semula lubang tersebut. Bersih semua rumpai yang terdapat di bawah kanopi pokok dengan menggunakan cangkul, tajak atau potong menggunakan mesin sandang.

Mengawal pokok

rumpai

di

sekeliling

* BLT = Bulan Lepas Tanam


MANUAL TANAMAN PISANG

18

19

MANUAL TANAMAN PISANG

Pisang FA6.indd 22-23

25/11/2008 4:01:15 PM

BLT*

Kerja / Aktiviti

Bahan Input Jenis Kadar

Standard / Indikator

Huraian Kerja

Pemangkasan sulur

Pilih dan biarkan satu sulur (Ratun 1)

Pilih satu sulur yang sihat dan tidak mempunyai kecacatan sebagai Ratun 1 dan pangkas semua sulur lain dengan menggunakan alat pemotong yang tajam pada aras tanah.

Ratun 1

Pandangan rumpun tanaman pisang selepas satu sulur (Ratun 1) dipilih dan pemangkasan sulur dilakukan 4 Pembajaan NPK Hijau 15:15:15 atau setaraf 150 gm/ pokok Baja ditabur di sekeliling pokok atau dimasukkan ke dalam parit yang digali sedalam 5 sm atau menggunakan sistem poket atau lubang yang digali sedalam 15 sm dengan jarak 1 m dari pangkal pokok pisang. Tabur baja di bawah kanopi pokok dan elakkan daripada terkena pada bahagian pangkal pokok. Gali parit sedalam 5 sm di sepanjang barisan pokok pisang. Masukkan baja dan timbus semula parit tersebut. Gali lubang sedalam 15 sm di bawah kanopi pokok. Masukkan baja dan timbus semula lubang tersebut.

Pembajaan

NPK Hijau 15:15:15 atau setaraf

150 gm/ pokok

Baja ditabur di sekeliling pokok atau dimasukkan ke dalam parit yang digali sedalam 5 sm atau menggunakan sistem poket atau lubang yang digali sedalam 15 sm dengan jarak 1 m dari pangkal pokok pisang.

Tabur baja di bawah kanopi pokok dan elakkan daripada terkena pada bahagian pangkal pokok. Gali parit sedalam 5 sm di sepanjang barisan pokok pisang. Masukkan baja dan timbus semula parit tersebut. Gali lubang sedalam 15 sm di bawah kanopi pokok. Masukkan baja dan timbus semula lubang tersebut.

* BLT = Bulan Lepas Tanam


MANUAL TANAMAN PISANG

20

21

MANUAL TANAMAN PISANG

Pisang FA6.indd 24-25

25/11/2008 4:01:15 PM

BLT*

Kerja / Aktiviti

Bahan Input Jenis Kadar

Standard / Indikator

Huraian Kerja

Mengawal pokok

rumpai

di

sekeliling

Dijalankan secara manual.

Bersih semua rumpai yang terdapat di bawah kanopi pokok dengan menggunakan cangkul tajak atau potong menggunakan mesin sandang. Pangkas semua sulur yang baru tumbuh dengan mengunakan alat pemotong yang tajam pada aras tanah. Tabur baja di bawah kanopi pokok dan elakkan daripada terkena pada bahagian pangkal pokok. Gali parit sedalam 5 sm di sepanjang barisan pokok pisang. Masukkan baja dan timbus semula parit tersebut. Gali lubang sedalam 15 sm di bawah kanopi pokok. Masukkan baja dan timbus semula lubang tersebut.

Pemangkasan sulur

Pangkas semua sulur baru.

Pembajaan

NPK Biru 12:12:17:2 atau setaraf MOP

75 gm/ pokok

Baja ditabur di sekeliling pokok atau dimasukkan ke dalam parit yang digali sedalam 5 sm atau menggunakan sistem poket atau lubang yang digali sedalam 15 sm dengan jarak 1 m dari pangkal pokok pisang.

Mengawal pokok

rumpai

di

sekeliling

Dijalankan secara manual.

Bersih semua rumpai yang terdapat di bawah kanopi pokok dengan menggunakan cangkul tajak atau potong menggunakan mesin sandang. Pangkas semua sulur yang baru tumbuh dengan mengunakan pisau yang tajam pada aras tanah. Sembur semua rumpai di barisan pokok pisang. Buang rumpai yang tinggi dan rumpai yang tidak dapat dikawal dengan menggunakan racun secara manual.

Pemangkasan sulur

Pangkas semua sulur baru.

Mengawal rumpai di dalam barisan tanaman

Glufosinate ammonium

132 ml/ 18 L air

Gunakan nozel kipas. Tekanan semburan pada tahap 1 bar (15 psi). Sembur selebar 1 meter sahaja. Gunakan nozel no 2.

* BLT = Bulan Lepas Tanam


MANUAL TANAMAN PISANG

22

23

MANUAL TANAMAN PISANG

Pisang FA6.indd 26-27

25/11/2008 4:01:16 PM

BLT*

Kerja / Aktiviti

Bahan Input Jenis Kadar

Standard / Indikator

Huraian Kerja

Pemangkasan sulur

Pilih dan biarkan satu sulur (Ratun 2)

Pilih satu sulur yang sihat dan tidak mempunyai kecacatan daripada sulur yang baru tumbuh sebagai Ratun 2 dan pangkas semua sulur baru yang lain dengan menggunakan alat pemotong yang tajam pada aras tanah.

Ratun 1

Ratun 2

Pandangan rumpun tanaman pisang selepas satu sulur (Ratun 2) dipilih dan pemangkasan sulur dilakukan 9 Pembajaan NPK Biru 12:12:17:2 atau setaraf 250 gm/ pokok Baja ditabur di sekeliling pokok atau dimasukkan ke dalam parit yang digali sedalam 5 sm atau menggunakan sistem poket atau lubang yang digali sedalam 15 sm dengan jarak 1 m dari pangkal pokok pisang. Dijalankan secara manual. Tabur baja di bawah kanopi pokok dan elakkan daripada terkena pada bahagian pangkal pokok. Gali parit sedalam 5 sm di sepanjang barisan pokok pisang. Masukkan baja dan timbus semula parit tersebut. Gali lubang sedalam 15 sm di bawah kanopi pokok. Masukkan baja dan timbus semula lubang tersebut. Bersih semua rumpai yang terdapat di bawah kanopi pokok dengan menggunakan cangkul tajak atau potong menggunakan mesin sandang. Pembungkusan dilakukan diperingkat akhir pembentukan sisir akhir tandan buah.

10

Mengawal pokok

rumpai

di

sekeliling

10

Pembungkusan tandan pisang

Sarung plastik polietilena berwarna biru atau kertas perang.

75 sm X 120 sm

Dijalankan secara manual

* BLT = Bulan Lepas Tanam


MANUAL TANAMAN PISANG

24

25

MANUAL TANAMAN PISANG

Pisang FA6.indd 28-29

25/11/2008 4:01:16 PM

BLT*

Kerja / Aktiviti

Bahan Input Jenis Kadar

Standard / Indikator

Huraian Kerja

11

Pemangkasan sulur

Pangkas semua sulur baru.

Pangkas semua sulur yang baru tumbuh dengan mengunakan alat pemotong yang tajam pada aras tanah. Tuai pada waktu pagi atau petang. Separuh cantasan batang dilakukan pada pokok yang mempunyai buah yang telah mencapai indeks kematangan seperti di Lampiran 1. Lenturkan batang pisang dan potong tangkai tandan pisang tersebut. Tandan pisang diletakkan di tempat yang beralas dengan bahan lembut seperti daun-daun pisang atau span. Elakkan tandan daripada terhempap ke tanah. Bersih semua rumpai yang terdapat di bawah kanopi pokok dengan menggunakan cangkul tajak atau potong menggunakan mesin sandang. Tabur baja di bawah kanopi pokok dan elakkan daripada terkena pada bahagian pangkal pokok. Gali parit sedalam 5 sm di sepanjang barisan pokok pisang. Masukkan baja dan timbus semula parit tersebut. Gali lubang sedalam 15 sm di bawah kanopi pokok. Masukkan baja dan timbus semula lubang tersebut.

12 hingga 13

Memungut hasil

Tuai buah yang telah mencapai indeks kematangan 2 atau 3 seperti di Lampiran 1.

12

Mengawal pokok

rumpai

di

sekeliling

Dijalankan secara manual.

12

Pembajaan

NPK Hijau 15:15:15 atau setaraf

250 gm/ pokok

Baja ditabur di sekeliling pokok atau dimasukkan ke dalam parit yang digali sedalam 5 sm atau menggunakan sistem poket atau lubang yang digali sedalam 15 sm dengan jarak 1 m dari pangkal pokok pisang.

* BLT = Bulan Lepas Tanam


MANUAL TANAMAN PISANG

26

27

MANUAL TANAMAN PISANG

Pisang FA6.indd 30-31

25/11/2008 4:01:16 PM

BLT*

Kerja / Aktiviti

Bahan Input Jenis Kadar

Standard / Indikator

Huraian Kerja

13

Pemangkasan sulur

Pangkas semua sulur baru.

Pangkas semua sulur yang baru tumbuh dengan mengunakan alat pemotong yang tajam pada aras tanah. Tabur di bawah kanopi pokok 0.5 m dari pangkal pokok.

13 14

Pengapuran Mengawal pokok rumpai di sekeliling

GML

1000 gm/ pokok Dijalankan secara manual.

Bersih semua rumpai yang terdapat di bawah kanopi pokok dengan menggunakan cangkul tajak atau potong menggunakan mesin sandang. Sembur semua rumpai di barisan pokok pisang. Buang rumpai yang tinggi dan rumpai yang tidak dapat dikawal dengan menggunakan racun secara manual. Pembungkusan dilakukan diperingkat akhir pembentukan sisir akhir tandan buah. Pangkas semua sulur yang baru tumbuh dengan mengunakan alat pemotong yang tajam pada aras tanah. Tabur baja di bawah kanopi pokok dan elakkan daripada terkena pada bahagian pangkal pokok. Gali parit sedalam 5 sm di sepanjang barisan pokok pisang. Masukkan baja dan timbus semula parit tersebut. Gali lubang sedalam 15 sm di bawah kanopi pokok. Masukkan baja dan timbus semula lubang tersebut.

14

Mengawal rumpai di dalam barisan tanaman

Glufosinate ammonium

132 ml/ 18 L air

Gunakan nozel kipas. Tekanan semburan pada tahap 1 bar (15 psi). Sembur selebar 1 meter sahaja. Gunakan nozel no 2. Dijalankan secara manual

14

Pembungkusan tandan pisang

Sarung plastik polietilena berwarna biru atau kertas perang

75 sm X 120 sm

15

Pemangkasan sulur

Pangkas semua sulur baru.

15

Pembajaan

NPK Hijau 15:15:15 atau setaraf

200 gm/ pokok

Baja ditabur di sekeliling pokok atau dimasukkan ke dalam parit yang digali sedalam 5 sm atau menggunakan sistem poket atau lubang yang digali sedalam 15 sm dengan jarak 1 m dari pangkal pokok pisang.

* BLT = Bulan Lepas Tanam


MANUAL TANAMAN PISANG

28

29

MANUAL TANAMAN PISANG

Pisang FA6.indd 32-33

25/11/2008 4:01:16 PM

BLT*

Kerja / Aktiviti

Bahan Input Jenis Kadar

Standard / Indikator

Huraian Kerja

16 hingga 17

Memungut hasil

Tuai buah yang telah mecapai indeks kematangan Seperti di Lampiran 1.

Tuai pada waktu pagi atau petang. Separuh cantasan batang dilakukan pada pokok yang mempunyai buah yang telah mencapai indeks kematangan seperti di Lampiran 3. Lenturkan batang pisang dan potong tangkai tandan pisang tersebut. Tandan pisang diletakkan di tempat yang beralas dengan bahan lembut seperti daun-daun pisang atau span. Elakkan tandan daripada terhempap ke tanah. Bersih semua rumpai yang terdapat di bawah kanopi pokok dengan menggunakan cangkul, tajak atau potong menggunakan mesin sandang. Pangkas semua sulur yang baru tumbuh dengan mengunakan alat pemotong yang tajam pada aras tanah. Bersih semua rumpai yang terdapat di bawah kanopi pokok dengan menggunakan cangkul, tajak atau potong menggunakan mesin sandang. Tabur baja di bawah kanopi pokok dan elakkan daripada terkena pada bahagian pangkal pokok. Gali parit sedalam 5 sm di sepanjang barisan pokok pisang. Masukkan baja dan timbus semula parit tersebut. Gali lubang sedalam 15 sm di bawah kanopi pokok. Masukkan baja dan timbus semula lubang tersebut.

16

Mengawal rumpai di sekeliling pokok

Dijalankan secara manual.

17

Pemangkasan sulur

Pangkas semua sulur baru.

18

Mengawal rumpai di sekeliling pokok

Dijalankan secara manual.

18

Pembajaan

NPK Hijau 15:15:15 atau setaraf

250 gm/ pokok

Baja ditabur di sekeliling pokok atau dimasukkan ke dalam parit yang digali sedalam 5 sm atau menggunakan sistem poket atau lubang yang digali sedalam 15 sm dengan jarak 1 m dari pangkal pokok pisang.

* BLT = Bulan Lepas Tanam


MANUAL TANAMAN PISANG

30

31

MANUAL TANAMAN PISANG

Pisang FA6.indd 34-35

25/11/2008 4:01:16 PM

BLT*

Kerja / Aktiviti

Bahan Input Jenis Kadar 75 sm X 120 sm

Standard / Indikator

Huraian Kerja

18

Pembungkusan tandan pisang

Sarung plastik polietilena berwarna biru atau kertas perang

Dijalankan secara manual

Pembungkusan dilakukan diperingkat akhir pembentukan sisir akhir tandan buah. Pangkas semua sulur yang baru tumbuh dengan mengunakan alat pemotong yang tajam pada aras tanah. Tuai pada waktu pagi atau petang. Separuh cantasan batang dilakukan pada pokok yang mempunyai buah yang telah mencapai indeks kematangan seperti di Lampiran 1. Lenturkan batang pisang dan potong tangkai tandan pisang tersebut. Tandan pisang diletakkan di tempat yang beralas dengan bahan lembut seperti daun-daun pisang atau span. Elakkan tandan daripada terhempap ke tanah. Bersih semua rumpai yang terdapat di bawah kanopi pokok dengan menggunakan cangkul tajak atau potong menggunakan mesin sandang. Sembur semua rumpai di barisan pokok pisang. Buang rumpai yang tinggi dan rumpai yang tidak dapat dikawal dengan menggunakan racun secara manual. Pangkas semua sulur yang baru tumbuh dengan mengunakan alat pemotong yang tajam pada aras tanah.

19

Pemangkasan sulur

Pangkas semua sulur baru.

20 hingga 21

Memungut hasil

Tuai buah yang telah mecapai indeks kematangan seperti di Lampiran 1.

20

Mengawal rumpai di sekeliling pokok

Dijalankan secara manual.

20

Mengawal rumpai di dalam barisan tanaman

Glufosinate ammonium

132 ml/ 18 L air

Gunakan nozel kipas. Tekanan semburan pada tahap 1 bar (15 psi). Sembur selebar 1 meter sahaja. Gunakan nozel no 2. Pangkas semua sulur baru.

21

Pemangkasan sulur

* BLT = Bulan Lepas Tanam


MANUAL TANAMAN PISANG

32

33

MANUAL TANAMAN PISANG

Pisang FA6.indd 36-37

25/11/2008 4:01:16 PM

BLT*

Kerja / Aktiviti

Bahan Input Jenis Kadar 250 gm/ pokok

Standard / Indikator

Huraian Kerja

21

Pembajaan

NPK Hijau 15:15:15 atau setaraf

Baja ditabur di sekeliling pokok atau dimasukkan ke dalam parit yang digali sedalam 5 sm atau menggunakan sistem poket atau lubang yang digali sedalam 15 sm dengan jarak 1 m dari pangkal pokok pisang.

Tabur baja di bawah kanopi pokok dan elakkan daripada terkena pada bahagian pangkal pokok. Gali parit sedalam 5 sm di sepanjang barisan pokok pisang. Masukkan baja dan timbus semula parit tersebut. Gali lubang sedalam 15 sm di bawah kanopi pokok. Masukkan baja dan timbus semula lubang tersebut.

22

Mengawal rumpai di sekeliling pokok

Dijalankan secara manual.

Bersih semua rumpai yang terdapat di bawah kanopi pokok dengan menggunakan cangkul tajak atau potong menggunakan mesin sandang. Pangkas semua sulur yang baru tumbuh dengan mengunakan alat pemotong yang tajam pada aras tanah. Buang semua rumpai yang terdapat di bawah kanopi pokok dengan menggunakan cangkul tajak atau potong menggunakan mesin sandang. Tabur baja di bawah kanopi pokok dan elakkan daripada terkena pada bahagian pangkal pokok. Gali parit sedalam 5 sm di sepanjang barisan pokok pisang. Masukkan baja dan timbus semula parit tersebut. Gali lubang sedalam 15 sm di bawah kanopi pokok. Masukkan baja dan timbus semula lubang tersebut.

23

Pemangkasan sulur

Pangkas semua sulur baru.

24

Mengawal rumpai di sekeliling pokok

Dijalankan secara manual.

24

Pembajaan

NPK Hijau 15:15:15 atau setaraf

400 gm/ pokok

Baja ditabur di sekeliling pokok atau dimasukkan ke dalam parit yang digali sedalam 5 sm atau menggunakan sistem poket atau lubang yang digali sedalam 15 sm dengan jarak 1 m dari pangkal pokok pisang.

* BLT = Bulan Lepas Tanam


MANUAL TANAMAN PISANG

34

35

MANUAL TANAMAN PISANG

Pisang FA6.indd 38-39

25/11/2008 4:01:16 PM

Lampiran 1

Lampiran 2

INDEKS KEMATANGAN PISANG


INDEKS 1 Hijau tua keseluruhan. Buah belum matang untuk dituai. INDEKS 2 Hijau dengan sedikit kuning. Buah matang. Sudah sesuai dituai untuk penghantaran jauh menggunakan kapal laut. INDEKS 3 Lebih hijau daripada kuning. Buah matang. Tidak sesuai untuk penghantaran jauh menggunakan kapal laut. INDEKS 4 Lebih kuning daripada hijau. Buah hampir masak. Hanya sesuai untuk pasaran tempatan. INDEKS 5 Kuning dengan sedikit hijau pada hujung buah. Buah masak. Hanya sesuai untuk pasaran tempatan. INDEKS 6 Kuning keseluruhan. Buah masak. Hanya sesuai untuk pasaran tempatan. Peringkat terbaik untuk dimakan segar. INDEKS 7 Kuning jingga. Buah terlalu masak. Hanya sesuai untuk pasaran tempatan dan jangka hayat yang amat singkat.
36

INFRASTRUKTUR LADANG DAN SALIRAN BAGI TANAMAN PISANG


1.0 Infrastruktur Ladang 1.1 Jalan Ladang Jalan Ladang 3 m lebar = 100 m/hektar 1.2 Parit a) Parit Sekunder
Jenis Tanah Lempung (mineral) Gambut Masam Pasir Dimensi Parit 2,000 mm x 910 mm x 1,520 mm 2,440 mm x 910 mm x 1,520 mm 1,980 mm x 610 mm x 1,520 mm 2,440 mm x 610 mm x 1,520 mm

b)

Parit Ladang
Jenis Tanah Lempung (mineral) Gambut Masam Pasir Dimensi Parit 1,220 mm x 610 mm x 762 mm 1,220 mm x 910 mm x 910 mm 1,060 mm x 460 mm x 762 mm 1,220 mm x 460 mm x 762 mm Kepadatan Parit (m/hek) 220 - 270 164 - 180 200 - 220 164

MANUAL TANAMAN PISANG

37

MANUAL TANAMAN PISANG

Pisang FA6.indd 40-41

25/11/2008 4:01:16 PM

Lampiran 3

PEROSAK DAN PENYAKIT TANAMAN PISANG DAN SYOR KAWALAN


A. SERANGGA PEROSAK
Pengorek umbisi pisang (Cosmopoites sordidus Germ)

A. SERANGGA PEROSAK
Pengorek batang pisang (Odaiporus longicollis Oliv)

TANDA-TANDA

SYOR KAWALAN

TANDA-TANDA

SYOR KAWALAN

Larva mengorek di bahagian umbisi dan pangkal batang yang berhampiran dengan tanah. Tisu-tisu di sekeliling lubang yang dikorek akan menjadi perang dan busuk. Akar baru tidak akan tumbuh. Serangan teruk menyebabkan daun-daun menjadi kuning dan pokok mudah tumbang. Sulur bahagian tengah terbantut. Anak pokok yang diserang akan mati jika serangan merebak hingga ke bahagian pucuk. Pokok yang diserang akan mengeluarkan tandan buah yang lebih kecil dari saiz biasa.

> Cara Kultura Guna sulur yang bebas penyakit. Jalankan rawatan dengan memotong di sekeliling umbisi dan celup ke dalam air panas bersuhu (55C) selama 5-10 minit. > Memasang Perangkap Potong batang pisang tua sepanjang 2-3 kaki, dibelah dan ditelungkupkan. Pungut kumbang yang bersembunyi di bawah batang pisang tersebut dan musnahkannya. > Cara Kimia Gunakan racun perosak yang sesuai seperti carbofuran mengikut kadar yang disyorkan pada label.

Larva menyerang dengan memakan tisu-tisu batang dan bahagian tengah batang dengan membentuk alur-alur panjang. Bahagian yang diserang akan berubah warna coklat dengan cepat. Daun menjadi kuning dan batang pisang mudah patah apabila ditiup angin kencang. Peringkat dewasa juga boleh melakukan kerosakan. Serangga ini bertelur sebijisebiji pada daun muda. Apabila menetas larvanya akan bersembunyi dengan cara menggulungkan daun ke arah tulang daun. Larvanya cergas pada waktu malam, keluar dari gulungan daun untuk makan daun pisang. Ia mengulungkan daun dan melekatkan dengan menggunakan bebenang putih. Sekiranya gulungan daun terbuka, larva dan kepompong akan terdedah. Daun yang bergulung akan menjadi kering dan tidak berfungsi.

> Buang dan musnahkan batang-batang pisang dan sulur yang diserang. > Tanam sulur-sulur yang bebas dari perosak ini. > Sembur racun serangga yang sesuai mengikut kadar yang disyorkan pada pangkal batang pisang yang diserang.

Ulat gulung daun (Erionata thrax)

> Pungut daun dan musnahkan larva. > Serangga pemangsa semulajadi atau perasit dapat memusnahkan larva ini contohnya Ooencyrtus sp., Agiommatus sp. dan Anastatus sp.

MANUAL TANAMAN PISANG

38

39

MANUAL TANAMAN PISANG

Pisang FA6.indd 42-43

25/11/2008 4:01:16 PM

A. SERANGGA PEROSAK
Trips

TANDA-TANDA

SYOR KAWALAN

A. SERANGGA PEROSAK
Nematod (Radpholus similis)

TANDA-TANDA

SYOR KAWALAN

Kutu trips boleh menyebabkan kerosakan pada bahagian kulit pisang. Kulit pisang akan berkeruping dan proses kematangan pisang terganggu.

Semburan racun serangga yang sesuai mengikut kadar yang disyorkan pada jantung pisang.

Lalat buah (Bactrocera musae)

Apabila buah telah masak atau berwarna kuning terdapat bintik-bintik hitam bekas tusukan ovipositor semasa lalat buah dewasa bertelur.

Buah pisang hendaklah dibungkus pada peringkat muda. Masa yang sesuai untuk pembungkusan ialah setelah sisir terakhir terbentuk dianggarkan 10-14 hari selepas berjantung.

Akar yang diserang kelihatan tompok-tompok hitam, berbintil-bintil dan pecah serta menjadi reput terutama di bahagian umbisi. Kelihatan lubang-lubang kecil pada rizom dan sulur. Apabila rizom dikerat melintang kelihatan tompok-tompok hitam di tengah bulatan. Serangan dan kerosakan pada akar boleh membawa kesan yang serupa dengan kekurangan air. Pada pokok muda, tepi daun akan kelihatan kering. Pada pokok yang berbuah, buah menjadi kecil, kering dan hitam semasa muda lagi. Pokok juga mudah diserang oleh kulat Rhizoctonia solani dan Fusarium oxysporium.

> Gunakan sulur yang sihat. Bersihkan akar-akar dan umbisi dan lakukan rawatan dengan merendam dalam air bersuhu 55C selama 10 minit. > Musnahkan batang-batang pisang yang lama dan pokok-pokok pisang yang diserang oleh nematod. > Tabur dengan racun carbofuran bagi kawalan nematod mengikut kadar yang disyorkan pada label.

MANUAL TANAMAN PISANG

40

41

MANUAL TANAMAN PISANG

Pisang FA6.indd 44-45

25/11/2008 4:01:16 PM

B. PENYAKIT
Bintik Daun Sigatoka

TANDA-TANDA
Bintik-bintik kecil berwarna hitam dan jalur-jalur berwarna kuning. Bintikbintik membesar menjadi bujur seperti mata dengan bahagian tengah berwarna perang gelap. Keseluruhan pokok kelihatan seperti terbakar. Pucuk yang masih bergulung kelihatan layu dan mati. Bagi pokok tua, pucuk kelihatan kekuningan dan daun-daun kelihatan patah terkulai.

SYOR KAWALAN
Jaga kebersihan ladang dan pastikan saliran sempurna serta pembajaan yang diberikan mestilah mencukupi. Guna racun kulat seperti mancozeb, chlorothalonil, propiconazole atau thiophanate-methyl.

Layu Panama

Guna sulur bebas penyakit dan pastikan saliran dalam keadaan yang baik. Tebang dan musnahkan pokok yang diserang.

MANUAL TANAMAN PISANG

42

Pisang FA6.indd 46-47

25/11/2008 4:01:16 PM

Wisma Tani, Aras 17, No. 30, Persiaran Perdana, Presint 4, 62624 Putrajaya. No. Tel: 03-8870 3000 No. Faks: 03-8888 5069 Laman Web: http://www.doa.gov.my
ISBN 978-983-047-142-6

Jabatan Pertanian Malaysia

Pisang FA6.indd 48

25/11/2008 4:01:17 PM