Anda di halaman 1dari 2

Gelagat Organisasi: Strategik

Satu

Pendekatan

Pengarang: Ab. Aziz Yusof Imprin: Sintok, Kedah: Penerbit Universiti Utara Malaysia, 2010 Mukasurat : 479
Lokasi Buku: Pusat Sumber KPKK (Angkasapuri)

Mengurus organisasi pada hari ini jauh berbeza dengan organisasi masa lalu kerana organisasi pada masa ini kaya dengan kepelbagaian, terdedah kepada persaingan dan berhadapan dengan perubahan yang sangat pantas. Kebolehan mengurus organisasi secara strategik sahaja membolehkan seorang pengurus atau pentadbir memperoleh kelebihan daripadanya. Kekuatan sesebuah organisasi adalah gabungan tiga elemen utama yang dimiliki oleh individu, kumpulan dan struktur organisasi. Ketiga-tiga elemen ini saling bergantungan dan natijah daripada gabungan ini akan menghasilkan nilai tambah ke atas produk atau perkhidmatan, meningkatkan kualiti dan kuantiti, mengeratkan hubungan dan seterusnya memastikan kelangsungan dan pembangunan organisasi. Seorang pengurus hendaklah memahami potensi dan kekuatan dimiliki oleh pekerja yang sepatutnya digembeleng secara optimum untuk kebaikan organisasi. Pengurus berperanan sebagai pemudah cara, pemangkin dan juga pendorong dalam mengurus aset utama organisasi iaitu pekerja. Pengurus perlu memastikan sikap, nilai, personaliti dan juga tanggapan dimiliki pekerja mampu memberi impak positif kepada organisasi. Setiap sumbangan pekerja sama ada dari segi kualiti, keberkesanan kos, ketepatan masa dan produktiviti mampu memberi kesan positif kepada setiap aktiviti, proses dan produk yang dikeluarkan oleh organisasi. Pengurus perlu mewujudkan persekitaran kerja saling perlu memerlukan di antara satu sama lain dan dengan ini pekerja akan sedar mereka adalah penting dalam mencapai misi dan visi organisasi. Mereka

tidak lagi dilihat sebagai satu entiti secara tersendiri tetapi sebaliknya dilihat secara lebih menyeluruh dan kolektif. Ini menunjukkan betapa pentingnya kemampuan pengurus bagi mengurus dan membangunkan gelagat pekerja dalam organisasi. Pengurus perlu memastikan individu-individu dalam organisasi terdiri dari kalangan mereka yang kompeten dan berkemampuan untuk berhadapan dengan cabaran. Dengan kata lain, seorang pengurus perlu memastikan organisasi akan terus kekal kompetitif dalam industri yang diceburi walaupun terpaksa berhadapan dengan persaingan yang sengit, perubahan yang pantas dan tuntutan stakeholders yang pelbagai. Buku hasil pena Ab. Aziz Yusof Gelagat Organisasi: Satu Pendekatan Strategik ini adalah penulisan ilmiah yang mampu membantu mempertingkatkan kemahiran dalam mentadbir, memimpin dan mengurus organisasi khususnya kepada pentadbir, pemimpin dan pengurus yang sedang mencari kaedah terbaik dalam pengurusan organisasi. Buku ini juga sesuai untuk rujukan pelajar dalam bidang pengurusan dalam memahami, mendalami dan mempraktikkan amalan pengurusan organisasi terbaik di era globalisasi kini.

Anda mungkin juga menyukai