Anda di halaman 1dari 1

Adakah model anda berkesan? Mengapa? Model bekas simpanan kami berfungsi dengan sangat baik dan berkesan.

Hai ini kerana model bekas kami berjaya mengekalkan suhu panas bagi makanan yang panas dan mengekalkan kesejukan makanan sejuk dengan lebih baik. Hanya penurunan suhu yang yang kecil antara makanan panas dan sejuk tersebut. Kejayaan model bekas makanan kami dipengaruhi oleh beberapa faktor. Pertama, kami meletakkan kepingan polistrene pada tepi setiap bahagian bekas model makanan kami. Ia membantu mengekang daripada udara dapat keluar dan masuk secara bebas. Kemudian, kami meletakkan kapas yang telah dipadatkan dan digam diatas setiap kepingan polistrene tersebut. Kapas diletakkan kerana keupayaannya menyerap lembapan dengan baik maka menyebabkan penurunan suhu adalah lebih lambat. Wap air yang terkondisasi dari minuman sejuk akan mempercepat kadar peningkatan suhu pada makanan sejuk. Oleh itu kapas adalah bahan yang baik untuk mengekalkan kadar kelembapan udara sekeliling sekaligus membuatkan kadar peningkatan suhu makanan sejuk adalah lebih lambat.selain itu, kapas membantu mengelakkan udara luar dari masuk sebagai lapisan kedua selepas polistrene untuk mengelakkan faktor udara luar dari mempengaruhi keberkesanan model kami. Seterusnya, kami menabur serbuk kelapa diatas kapas yang telah diratakan dengan gam.

Anda mungkin juga menyukai