Anda di halaman 1dari 3

KELAS BM CIKGU TAN TATABAHASA

PERIBAHASA TINGKATAN 1

NO SOALAN 1. Kedua-dua orang sahabat itu sentiasa bersama walau ke mana sahaja mereka pergi. Hubungan mereka ini bertepatan dengan perumpamaan A B C D 2. bagai duri dalam daging bagai dakwat dengan kertas bagai dihiris dengan sembilu bagai aur dengan tebing

MAKNA PERIBAHASA

Hati Hartina __________ apabila mendengar tunangnya curang. A B C D seperti ikan kena tuba seperti hujan jatuh ke pasir seperti emas baru disepuh seperti kaca terhempas ke batu

3.

Robert betul-betul kecewa kerana dia dipersalahkan dalam kecurian itu. Padahal dia langsung tidak berada di tempat berkenaan. Keadaan ini diibaratkan A rambut sama hitam, hati masing-masing berlainan B sekali jalan terkena, dua kali jalan tahu C orang lain yang makan nangka, orang lain yang terkena getahnya D sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga

4.

Cikgu Alimin sentiasa merungut tulisan Syamimi yang tidak dapat dibaca. Keadaan ini bertepatan dengan A B C D halus seperti kuman jernih seperti cermin kurus seperi lidi lambat seperti kura-kura

KELAS BM CIKGU TAN TATABAHASA

PERIBAHASA TINGKATAN 1

5.

Sebelum kapal terbang itu terhempas, penduduk kampung telah terdengar beberapa bunyi letupan yang ________. A B C D tajam seperti sembilu keras seperti batu gagah seperti gergasi kuat seperti guruh

6.

Akibat tidak mendengar pengajaran guru, Ravi terpaksa ______ untuk menjawab semua soalan dalam peperiksaan akhir tahun. A B C D memasang telinga memerah otak bulat kata buka mulut

7.

Bertahun-tahun Wong berusaha untuk membesarkan bengkelnya. Walau bagaimanapun, perniagaannya jatuh dalam sekelip mata kerana hasad dengki orang lain. Keadaan perniagaan Wong ini bertepatan dengan peribahasa A Sekali air bah, sekali tepian berganjak B sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna C naik seperti semut, turun seperti ribut D pahit dulu, manis kemudian

8.

Pilih jawaban yang betul. A Serkap jarang menuduh orang lain melalui bukti-bukti yang sahih B Telinga nipis orang yang penyabar C Paku belanda harga yang tidak boleh diubah-ubah D Makan angkat orang yang tidak suka akan pujian

KELAS BM CIKGU TAN TATABAHASA

PERIBAHASA TINGKATAN 1

9.

Apakah maksud peribahasa mengikut telunjuk? A B C D berkata benar mendengar arahan suka mengarah tidak berani membantah

10. Sambil menangis, Zaleha mencurahkan _____nya kepada kakak. A B C D iri hati jiwa raga ambil hati isi hati

Anda mungkin juga menyukai