Anda di halaman 1dari 169

Eliza AB

Prolog
ISYA LYANA SOFEA BINTI AHMAD NORDIN, aku ceraikan kau dengan talak satu, berhambus kau dari rumah ni. Sekarang! tengking Tengku Azizul. Jari telunjuknya dituding ke arah pintu rumah. Matanya pula tajam menikam ke muka Aisya. Tergamam Aisya mendengar kata-kata yang keluar dari mulut suaminya. Semakin deras air mata membasahi pipinya yang gebu dan putih itu. Matanya sembap dek menangis yang tidak henti-henti dari tadi. Tidak menyangka begini kesudahan perhubungannya dengan Tengku Azizul. Kau nak aku heret kau keluar atau kau nak keluar sendiri dari rumah ni? herdik Tengku Azizul lagi. Terhenjut badan Aisya mendengar herdikan Tengku Azizul itu. Air mata yang deras mengalir, diseka dengan belakang tangannya. Dengan langkah yang longlai, Aisya mencapai beg pakaian yang sudah diletakkan oleh Tengku Azizul sedari tadi. Dia cuba mencium tangan Tengku Azizul tetapi dengan pantas Tengku Azizul menepisnya. Benci

Hatimu Milikku

sungguh lelaki itu terhadap Aisya sehinggakan tidak mahu menyambut salam daripada Aisya. Aisya minta maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Halalkan makan minum Aisya selama Aisya menjadi isteri abang. Aisya bahagia di samping abang walaupun bahagia itu cuma sebentar, tutur Aisya dalam nada yang masih berbaki esakan tangisan. Tanpa rela, dia melangkah keluar dari rumah itu dengan perasaan yang sedih dan sebak. Semoga ada sinar bahagia untuknya nanti. Kak Aisya! Jeritan seseorang dari arah belakang mengembalikan Aisya ke alam realiti. Air mata yang bergenang di tubir mata, diseka dengan hujung jarinya. Kemudian, dia menoleh ke belakang dan terlihat Syikin sedang memandangnya dengan sebuah senyuman manis. Ha, Syikin dari mana? Syikin melangkah menghampiri Aisya yang sedang leka memandang ke arah laut ciptaan Allah. Dari rumah. Mak cari akak, katanya ada orang nak jumpa dengan akak, jawab Syikin sambil melabuhkan duduk di sebelah Aisya. Sengaja tidak mahu memberitahu Aisya akan kedatangan bekas abang iparnya, Tengku Azizul ke rumah mereka. Siapa? tanya Aisya lagi. Syikin menjongketkan bahunya. Membiarkan Aisya tertanya-tanya sendiri. Aisya segera menuju ke rumah sambil kotak fikiran ligat memikirkan siapakah gerangan yang ingin berjumpa dengannya itu? Sudah hampir tiga bulan dia berada di kampung selepas kes perceraiannya selesai. Dia ingin mencari ketenangan sebelum dia benar-benar bersedia untuk

Eliza AB

menyambung perjalanan hidupnya semula. Apa yang berlaku ke atas rumah tangganya begitu memeritkan hati. Hanya Allah sahaja yang tahu akan perasaannya itu. Aisya memberi salam setibanya di hadapan rumah. Matanya tertumpu ke arah sebuah kereta Mercedez Benz berwarna hitam yang tersadai di halaman rumah. Dia kenal dengan kereta itu. Tengku Azizul! Buat apa dia datang ke sini? Bukan ke dia dah ceraikan aku, apa lagi yang dia nakkan dari aku? Soal hati Aisya bertubi-tubi. Aisya! Panggilan Tengku Azizul mematikan lamunannya. Dia menoleh ke arah Tengku Azizul yang sedang duduk di sisi Puan Suhaila. Apa lagi mamat perasan ni nak, getus hati Aisya. Mimpi apa Tengku Azizul Iskandar datang ke rumah saya ni? tanya Aisya bernada sinis. Langkahnya dihala ke arah jendela yang terbuka luas sehingga menampakkan isi alam ciptaan Allah. Abang ada perkara nak bincangkan dengan Aisya, jawab Tengku Azizul seraya bangun dari duduknya. Dia melangkah menghampiri Aisya yang sedang berpeluk tubuh sambil membuang pandang ke luar jendela. Mak ke dapur sekejap, celah Puan Suhaila. Sengaja memberi ruang kepada Aisya dan Tengku Azizul untuk berbual dan berbincang. Dia tidak mahu masuk campur dalam urusan anak menantunya. Baginya, Aisya sudah bijak untuk mencari kebahagiaannya sendiri. Tengku Azizul mengangguk faham. Ekor matanya sahaja yang mengekori langkah Puan Suhaila sehinggalah kelibat itu hilang di sebalik pintu dapur. Aisya mengatur langkah ke luar rumah semula. Dia

Hatimu Milikku

tidak mahu Puan Suhaila mendengar setiap inci butir perbincangannya dengan Tengku Azizul. Dia tidak mahu merisaukan hati orang tua itu lagi. Cukuplah dengan apa yang terjadi kepada arwah abahnya dahulu. Dia tidak mahu perkara yang sama turut terjadi kepada Puan Suhaila. Tengku Azizul membuntuti Aisya dari belakang. Dia juga tidak mahu perbualan mereka didengar oleh Puan Suhaila. Rasa malu apabila berhadapan dengan Puan Suhaila selepas apa yang berlaku terhadap rumah tangga mereka. Tengku nak cakap apa cakaplah, ujar Aisya acuh tak acuh. Abang nak minta maaf dengan Aisya. Abang tahu abang dah buat satu keputusan yang salah dengan menceraikan Aisya. Abang nak kita rujuk semula, jelas Tengku Azizul serius. Matanya tepat merenung wajah tenang Aisya. Nak rujuk semula? ulang Aisya sinis. Tengku ingat saya ni apa? Barang mainan? Bila suka ambil, bila tak suka buang macam sampah, luah Aisya geram. Hatinya panas dengan tiba-tiba. Abang tahu, abang bersalah dengan Aisya. Tapi, tolonglah. Kali ini abang benar-benar minta maaf dan abang nak rujuk semula dengan Aisya. Abang sayangkan Aisya, luah Tengku Azizul separuh merayu. Dia memberanikan diri meraih tangan Aisya, tetapi pantas ditepis oleh Aisya. Aisya memejamkan matanya. Cuba mengumpul kekuatan dan semangat buat dirinya sendiri. Baginya semua yang berlaku sudah pun berlaku. Tidak mungkin akan diputar kembali. Hatinya yang terluka masih belum sembuh sepenuhnya. Dan tidak mungkin dia akan menjeratkan dirinya sendiri sekali lagi.

Eliza AB

Tengku Azizul setia menanti. Dia memberanikan diri menghampiri Aisya. Wajah Aisya ditenung sayang. Kasih sayangnya terhadap Aisya tidak pernah luput dari dalam hati. Semenjak mereka berpisah, wajah itu yang amat dirinduinya. Wajah yang memberi ketenangan pada sesiapa yang melihatnya. Maafkan saya Tengku, hati saya dah tertutup buat Tengku. Saya minta Tengku tinggalkan rumah ini sekarang. Putus Aisya dan terus meluru masuk ke dalam rumah tanpa menoleh sedikit pun kepada bekas suaminya itu. Namun jauh di sudut hati kecilnya, dia masih merindui akan dakapan dan belaian Tengku Azizul. Cintanya terhadap Tengku Azizul masih tetap utuh di dalam hatinya. Tengku Azizul segera meninggalkan halaman rumah Aisya dengan hati yang sebak. Setelah apa yang berlaku, mustahil Aisya akan menerimanya semula. Disebabkan ego lelakinya yang terlampau tinggi, disebabkan perbuatan dan hasutan mamanya, Aisya yang tidak bersalah menjadi mangsa keadaan. Dalam masa hatinya mulai terbuka untuk menyintai dan menerima Aisya, dia terpaksa reda akan kehilangan Aisya disebabkan kesalahannya sendiri. Macam mana abang nak teruskan hidup ini tanpa Aisya? Abang minta maaf, Aisya. Abang bersalah pada Aisya. Abang lukakan hati Aisya, abang sakiti hati Aisya dan abang buat Aisya menderita. Maafkan abang Aisya, luahnya di dalam hati.

Hatimu Milikku

Bab 1
AMPIR lima tahun Aisya meninggalkan Malaysia. Selepas perceraiannya dengan Tengku Azizul, dia menyambung pengajiannya yang tertangguh di luar negara di samping membawa hatinya yang terluka dan derita. Walaupun pada mulanya dia tidak dapat menerima hakikat perpisahannya dengan Tengku Azizul, namun dia reda dengan segala ketentuan Allah. Kini dia pulang ke Malaysia dengan berbekalkan semangat yang baru. Matlamat utamanya ialah untuk berjaya dan memajukan dirinya sendiri. Dia ingin membalas kesemua jasa Puan Suhaila yang telah banyak berkorban dan memberi semangat kepadanya. Namun begitu, dengan semangatnya yang membara hakikatnya dia seorang perempuan yang berhati lembut, punya keinginan untuk bahagia. Masih adakah lagi sinar bahagia untuk dirinya? Pengalaman yang lepas benar-benar mengajar dia erti kehidupan yang sebenar. Dia mengimbau semula bagaimana dia boleh

Eliza AB

berkahwin dengan Tengku Azizul. Disebabkan perkahwinan itu jugalah, abahnya meninggal dunia akibat diserang sakit jantung. Dia pernah dibuang oleh Puan Suhaila, namun naluri ibu terlalu halus dan akhirnya Puan Suhaila memaafkan kesalahannya walaupun pada dasarnya ia bukanlah datang dari kesalahannya sendiri. Ah! Benda dah lepas, buat apa aku nak ingatkannya balik, getus hatinya sendiri. Kau dah dapat kerja ke, Aisya? tanya Nadia sambil membawa dua mug berisi Milo panas ke ruang tamu. Kemudian, dia meletakkan mug tersebut di atas meja dan duduk bersebelahan Aisya. Nadia, kawan baik Aisya ketika di universiti dahulu. Segala kisah hidupnya diketahui oleh Nadia dan hanya Nadialah tempat dia mengadu selama ini. Bermula dari kisah dia boleh berkahwin dengan Tengku Azizul jejaka idaman setiap wanita semasa di universiti dahulu, perceraian dan pemergiannya ke United Kingdom menyambung pengajian di sana, hanya Nadia yang tidak putus-putus memberi semangat dan dorongan kepadanya supaya meneruskan kehidupan ini. Dia amat bersyukur dengan adanya Nadia di sisinya selama ini. Kadang-kadang hatinya tertanya-tanya, sama ada Nadia masih lagi rasa bersalah dengan apa yang terjadi lima tahun yang lepas. Woit mak cik, aku tengah bercakap dengan kau ni, kau boleh termenung pulak. Nadia berkata geram sambil mencubit lengan Aisya. Aisya tersentak. Dia meraba-raba lengannya yang terasa perit akibat dicubit oleh Nadia. Kau ni Nadia, kalau tak cubit aku tak boleh ke? Sakit tau, marah Aisya.

Hatimu Milikku

Ha, tau pun sakit. Yang kau termenung jauh tu kenapa? Kau teringatkan Tengku Azizul ya, duga Nadia sambil mengambil mug berisi Milo panas dari atas meja dan dihulurkan kepada Aisya. Aisya menyambut huluran Nadia dan meneguk perlahan Milo panas tersebut. Aku tau... kau masih teringatkan Tengku Azizul, kan? soal Nadia lagi apabila melihatkan perubahan wajah Aisya. Aku dah lama lupakan dia, Nadia. Aku dah buang dia jauh-jauh dari ingatan aku. Kalau boleh aku tak nak jumpa dengan dia lagi, jawab Aisya sambil meletakkan mug di atas meja semula. Baguslah kalau macam tu. Lagipun buat apa kau nak ingatkan dia lagi? Dia pun dah ada kehidupan dia sendiri. Kau dengan kehidupan kau. Jadikanlah pengalaman lepas sebagai kenangan dan pembakar semangat kau untuk meneruskan kehidupan ini. Bernas sungguh nasihat Nadia itu. Amboi amboi pandai betul kawan aku ni menasihati aku ya. Yang kau tu pulak apa cerita, bila nak kahwin? soal Aisya kepada Nadia pula. Hampir tersembur air yang diteguk oleh Nadia apabila Aisya bertanyakan soal kahwin. Dia tersengih. Kepalanya yang tidak gatal digaru. Tidak tahu bagaimana harus menjawab soalan Aisya itu. Aisya menggelengkan kepala melihat gelagat Nadia. Nak mengelaklah tu, desis hati Aisya. Suasana hening seketika. Hanya bunyi kicauan burung yang menemani mereka berdua pada pagi itu. Seusai solat subuh tadi, Aisya meninjau almari pakaiannya. Mencari

Eliza AB

pakaian yang sesuai dipakai untuk menghadiri temu duga nanti. Hatinya berdebar-debar dia bakal menghadiri temu duga di salah sebuah syarikat yang terkenal di Kuala Lumpur. Sudah pastilah dia perlu berpenampilan kemas dan menarik. Aku ada interview pagi ni. Kau boleh tolong hantarkan aku tak? pinta Aisya memecahkan kebisuan di antara mereka berdua. Interview? Kat mana pulak kali ni? soal Nadia. Sebelum ini sudah dua kali Aisya menghadiri temu duga dan satu pun tidak berjaya. Menara Holding. Boleh tak kau tolong hantarkan aku ke sana? soal Aisya pula sambil mengenakan baju ke tubuhnya. Baju kebaya sutera bercorak bunga merah jambu menjadi pilihannya. Menara Holding? ulang Nadia sedikit terkejut. Wow! Company besar tu. Aku pun dulu ada jugak pasang angan nak kerja kat situ. Untung tau sesiapa yang dapat kerja kat situ, sambung Nadia dalam nada yang teruja. Aisya tersengih melihat tingkah Nadia. Betul apa yang dikatakan oleh Nadia itu. Memang beruntung sesiapa yang bekerja di syarikat itu. Selain merupakan salah sebuah syarikat terkenal di Kuala Lumpur, syarikat itu juga menawarkan pelbagai kemudahan kepada pekerja-pekerjanya. Insya-Allah, kalau ada rezeki aku kat situ. Putus Aisya sambil membelek-belek dirinya di hadapan cermin. Emmm cantik dah ni. Aisya, you can do it! Aisya memberi semangat buat dirinya sendiri.

AISYA masih lagi menunggu di luar bilik. Terdapat beberapa

Hatimu Milikku

orang lagi turut berada di sampingnya. Menunggu giliran untuk ditemu duga, sama seperti dirinya. Sesekali dia mengerling ke arah bilik yang dijadikan tempat untuk menjalankan temu duga. Dia mengira masa bagi seseorang itu ditemu duga. Ada yang sepuluh minit, lima belas minit, dua puluh minit dan juga lima minit. Mungkin orang itu terlalu gabra dan takut menyebabkan tempoh temu duganya hanya lima minit sahaja. Seorang demi seorang dipanggil. Seorang demi seorang juga telah meninggalkan tempat itu. Hatinya berdegup dengan kencang. Tangannya terasa sejuk. Bukan disebabkan penghawa dingin yang sudah semestinya sejuk. Tetapi menanti giliran untuk ditemu duga. Ya Allah, permudahkan urusanku ini, doanya di dalam hati. Aisya melangkah masuk ke dalam bilik dengan penuh yakin selepas namanya dipanggil. Dia memberi salam kepada penemu duga. Dua orang lelaki berpakaian segak dan tampan. Seorang berkaca mata dalam lingkungan empat puluhan manakala seorang lagi bermata sepet dan berkumis, mungkin dalam lingkungan tiga puluhan. Aisya melemparkan senyuman buat penemu duga di hadapannya itu. Silakan duduk, arah Encik Hamdan sambil menyemak butiran di dalam borang permohonan yang diisi oleh Aisya. Aisya melabuhkan punggungnya di atas kerusi yang tersedia berhadapan dengan Encik Hamdan. Dia menghulurkan fail sijilnya apabila diminta berbuat demikian. Everything looks good! Sebelum ini awak pernah bekerja? soal Encik Karim pula. Aisya menjawab dengan lancar dan teratur. Setelah hampir dua puluh minit berbual, Aisya segera keluar dari

10

Eliza AB

bilik temu duga. Dia menarik nafas lega dan bersyukur kepada Allah kerana dipermudahkan urusan temu duganya sebentar tadi. Kali ini dia yakin akan berjaya menjawat jawatan tersebut. Seusai itu, dia segera menuju ke Restoran Seri Melayu yang terletak tidak jauh dari bangunan Menara Holding untuk menemui Nadia. Dengan hati yang gembira, dia melangkah laju ke restoran tersebut.

AISYA masih lagi setia menunggu Nadia. Namun, kelibat kawannya itu tidak juga muncul-muncul. Dia mengerling jam di tangan, hampir pukul satu suku petang. Air yang dipesan sebentar tadi sudah habis diteguknya. Isy! Manalah Nadia ni, kang aku balik baru dia tahu. Dia ingat aku ni tak ada kerja lain ke nak dibuat, marah Aisya di dalam hati. Hatinya sudah panas menunggu. Sebelum anginnya sampai ke otak dan mengamuk di situ, dia bingkas bangun untuk menuju ke kaunter bayaran. Woi buta ke apa kau ni? Mata tu letak kat mana? marah seseorang dengan tiba-tiba sekali gus mengejutkan seluruh pelanggan di dalam restoran itu. Aisya turut sama terkejut. Matanya membulat melihat seseorang di hadapannya yang sedang mengelap bajunya. Maaf, saya tak sengaja. Baju tu biar saya gantikan dengan yang baru. Aisya menghulurkan sehelai sapu tangan kepada lelaki tersebut namun tidak disambut oleh lelaki itu. Hesy! Yang aku pergi offer belikan baju tu apa pasal, Aisya mengutuk dirinya sendiri.

11

Hatimu Milikku

Maaf otak kau. Kau ingat boleh makan ke dengan maaf kau tu? Lagi satu, kau ingat baju aku ni murah ke? Beratus aku beli baju ni, kau tau tak! tempelak lelaki tersebut. Tangannya tidak henti-henti mengelap kekotoran di baju. Hai, ni sudah lebih! Dia ingat aku ni tak ada maruah ke, sesuka hati dia saja nak marah-marah aku depan orang ramai, marah Aisya di dalam hati. Kalau diikutkan hati, mahu saja dia meluahkan kemarahannya itu kepada lelaki tersebut. Oh! Really? Beratus-ratus! Aisya seolah-olah mengejek percakapan lelaki itu. Tengku Hariz Iskandar Bin Tengku Azman mengangkat mukanya. Matanya berlaga dengan mata Aisya. Aisya membalas tenungan tajam Tengku Hariz dengan selamba. Dalam hati, hanya Tuhan saja yang tahu betapa takutnya dia dengan tenungan tajam lelaki itu. Hey pompuan, kau jangan nak kurang ajar dengan aku. Aku tampar karang! Menyinga Tengku Hariz seolaholah maruahnya dipijak-pijak oleh Aisya ditambah pula dengan wajah selamba Aisya. Aku yang kurang ajar atau dia yang kurang ajar? Ngomel Aisya di dalam hati. Dia segera menoleh ke belakang untuk meninggalkan Tengku Hariz. Dia fikir ada baiknya dia pergi daripada terus dihina atau dimaki oleh lelaki perasan bagus itu. Belum sempat dia mengatur langkah, lengannya sudah ditarik oleh Tengku Hariz membuatkan dia terdorong ke belakang. Kau nak pergi mana? sergah Tengku Hariz. Aisya tergamam dengan tindakan Tengku Hariz. Dia cuba menstabilkan badannya yang hampir terjatuh akibat ditarik oleh Tengku Hariz.

12

Eliza AB

Saudara, daripada terus-terusan marah begini, ada baiknya saya pergi. Saudara bagi nombor telefon saudara, saya akan gantikan baju saudara tu dengan harga yang beribu, boleh! nasihat Aisya berbaur sindiran. Dia mengeluarkan telefon bimbit dari dalam beg tangannya. Kurang ajar punya pompuan! marah Tengku Hariz sambil menolak Aisya dengan kasar. Aisya terjelepok jatuh ke lantai. Tidak diduga akan diperlakukan sebegitu di hadapan orang ramai. Semua yang berada di restoran itu kini tertumpu ke arahnya. Sakit hati apabila dimalukan sebegitu. Matanya merenung tajam ke arah Tengku Hariz yang sudah pun berlalu pergi. Jelas kedengaran di telinganya gelak tawa Tengku Hariz. Seakanakan mengejeknya dan amat menjengkelkan! Aisya! jerit Nadia dari jauh. Dia segera menuju ke arah Aisya dan membantu Aisya bangun. Apa kes ni? Sesampainya di muka pintu restoran, Nadia terdengar suara orang bertengkar tetapi dia kurang pasti siapakah gerangan suara tersebut. Apabila dia terlihat Aisya terjelepok jatuh ke lantai, barulah dia sedar suara itu milik Aisya. Nadia memimpin Aisya ke ladies. Usai membersih dan memperkemaskan diri, dia menunggu Aisya yang masih lagi berada di dalam toilet. Dia mengetuk pintu toilet sambil memangil-manggil nama Aisya apabila menyedari Aisya berada agak lama di dalam toilet. Hesy! Apesal Aisya ni? Dari tadi tak buka-buka pintu, risaunya! Lantas dia memanggil cleaner untuk membantunya membuka pintu toilet tersebut. Kau buat aku cuak la Aisya. Apesal kau lama sangat kat dalam ni? soal Nadia setelah pintu dibuka. Dia menarik tangan Aisya supaya keluar dari dalam bilik tersebut.

13

Hatimu Milikku

Kenapa ni Aisya? Apa mamat tu dah buat dengan kau sampai kau jadi macam ni sekali? soal Nadia. Geram melihatkan keadaan Aisya yang masih membisu. Aku aku. Terketar-ketar suara Aisya untuk meluahkan isi hatinya. Badannya menggigil ketakutan. Berkerut-kerut dahi Nadia melihat Aisya seperti orang yang berada dalam ketakutan sahaja. Aisya, janganlah buat macam ni. Aku tahu aku salah. Aku minta maaf okey. Aku sepatutnya inform kau terlebih dahulu. Aku ada meeting tergempar tadi, thats why la aku lambat. Sorry ya, terang Nadia sambil tangannya meramas-ramas tangan Aisya. Aku. Takpelah Aisya, jom aku hantar kau balik. Nadia memimpin Aisya menuju ke tempat parkir. Tanpa membantah, Aisya mengekori Nadia dari belakang. Sebenarnya Aisya seorang yang cepat terkejut apabila disergah, ditengking mahupun dimarahi. Jadi, tidak hairanlah jika dia menggigil ketakutan sebentar tadi.

TAK guna punya pompuan! Suka hati mak bapak dia aje nak langgar aku. Mata letak kat mana ntah, lutut apa, ngomel Tengku Hariz geram sambil tangannya mencapai baju yang tergantung di dalam almari. Dia sentiasa menyediakan baju berlebihan di pejabatnya. Jawatan yang dipegang di Menara Holding memerlukannya sentiasa kelihatan menarik dan segak. Pintu biliknya diketuk oleh seseorang. Daun pintu ditolak setelah diberi arahan masuk. Terlihat Encik Hamdan

14

Eliza AB

selaku Pengurus Sumber Manusia melangkah menuju ke arahnya berserta fail-fail terkepit kemas di dada. Kemudian, dia melabuhkan punggung ke kerusi yang tersedia di hadapan Tengku Hariz. Dia menarik nafas sebelum memulakan perbualan. Tengku, ini fail calon-calon yang memohon jawatan Project Executive syarikat kita. Tengku nak lihat dan pilihnya atau kami saja yang memilihnya? tanya Encik Hamdan seraya menghulurkan fail-fail tersebut kepada Tengku Hariz. Tengku Hariz mencapai fail-fail tersebut dan melihatnya sekali imbas sahaja. Awak dan Encik Karim sajalah yang buat keputusan sebabnya awak berdua yang interview mereka semua. Saya yakin dengan pemilihan awak berdua, putus Tengku Hariz, memberi sepenuh kepercayaan kepada Encik Hamdan dan juga Encik Karim. Kalau begitu, bila calon tersebut boleh mulakan kerja? Hujung bulan ni, senang nak kira gaji. Okeylah Encik Hamdan, saya ada meeting di Berjaya Holding, apa-apa hal bagitau pada secretary saya. Thanks. Jelas Tengku Hariz dan terus beredar dari situ meninggalkan Encik Hamdan. Encik Hamdan terpinga-pinga. Sebenarnya dia mempunyai banyak soalan yang hendak ditanyakan kepada Tengku Hariz berkenaan calon yang telah dipilihnya dan Encik Karim, tetapi terpaksa diketepikan dahulu. Dia yakin akan keputusan yang telah dibuat olehnya dan Encik Karim. Dalam perasaan yang sedikit lega, dia melangkah semula menuju ke pejabatnya.

15

Hatimu Milikku

TENGKU HARIZ melangkah keluar dari bilik mesyuarat dengan wajah yang ceria. Dia berjaya meyakinkan ahli lembaga akan kertas kerjanya untuk membuka sebuah pasar raya di Perak dan dijangka memperolehi keuntungan yang lebih dalam jangka masa lima tahun. Pada mulanya dia tidak begitu yakin, tetapi setelah diberi semangat dan kekuatan oleh Tengku Azman, maka dia yakin untuk membentangkan kertas kerjanya dalam mesyuarat Ahli Lembaga Berjaya Holding. Tahniah Tengku Hariz, I yakin you boleh berjaya. I suka tengok semangat bekerja you, seperti I masa mudamuda dulu, ucap Tan Sri Mohamad seraya berjabat tangan dengan Tengku Hariz. Tengku Hariz menyambut salam Tan Sri Mohamad berserta senyuman yang masih terukir di bibir. Anak siapa kalau bukan anak I, Tan Sri, celah Tengku Azman mematikan perbualan mereka berdua. Tengku Azman menghampiri Tengku Hariz dan bahu anaknya itu dipegang erat dan dipeluk mesra. Tengku Hariz membiarkan sahaja malah dia membalas pelukan papanya dengan sebuah senyuman terukir di wajah kacaknya itu. Yes, I know anak you. Tapi, I betul-betul bangga dengan anak you, Azman. Kalau I ada anak perempuan, dah lama I jodohkan dia dengan anak you ni, balas Tan Sri Mohamad disahut dengan gelak tawanya. Tengku Azman juga turut tertawa dengan gurauan Tan Sri Mohamad itu, manakala Tengku Hariz hanya membatu dan tersenyum kelat. Papa, Tan Sri maaf. Hariz minta diri dulu, ada urusan lain yang perlu dibuat, pinta Tengku Hariz. Tan Sri Mohamad dan Tengku Azman sekadar

16

Eliza AB

menggangguk. Mengizinkan Tengku Hariz untuk beredar dari situ. Tengku Hariz melangkah laju menuju ke keretanya. Dia hampir terlupa akan temu janjinya dengan Sharifah Aleeya. Alamak! Macam mana aku boleh terlupa ni? Merajuklah nanti dia tu, bebelnya di dalam hati sambil memandu ke Mid Valley Megamall. Selepas memarkirkan kereta, dia segera menuju ke restoran yang menjadi tempat temu janjinya itu. Hampir setengah jam dia terlewat dan dia yakin yang Sharifah Aleeya sudah kembali ke pejabatnya semula. Untuk menyedapkan hati sendiri, dia memaksa diri ke Mid Valley Megamall untuk memastikan sama ada Sharifah Aleeya masih berada di situ ataupun sudah pulang ke pejabat. Matanya melilau melihat sekeliling restoran. Setelah memastikan ketiadaan Sharifah Aleeya, dia menyeluk poket seluar dan mengeluarkan telefon bimbit untuk menghubungi Sharifah Aleeya. Hah, kenapa? sergah Sharifah Aleeya sebaik sahaja talian telefon disambung. Tengku Hariz mengurut dadanya. Terkejut dengan sergahan Sharifah Aleeya. You kat mana? soal Tengku Hariz lembut. Dia cuba berlembut dengan Sharifah Aleeya. Berharap agar kemarahan Sharifah Aleeya semakin reda. Eh, Hariz. Kalau you tak jadi datang, you bagitau I awal-awal. Tak adalah I tercongok macam orang bodoh kat situ, marah Sharifah Aleeya. Ternyata kemarahannya terhadap Tengku Hariz masih belum reda. Tengku Hariz melepaskannya perlahan. menarik nafas dalam lalu

Sorry Leeya, I ada mesyuarat kat Berjaya Holding

17

Hatimu Milikku

tadi. I lupa nak bagitau you sebab I kejar masa dan hampir terlewat menghadiri mesyuarat. I janji lepas ni I takkan mungkir janji lagi, jelas Tengku Hariz cuba berdiplomasi dengan Sharifah Aleeya. Dia juga membuat janji jika itu dapat melegakan hati Sharifah Aleeya. Sharifah Aleeya mendengus geram. Janji yang dibuat tidak memberi kesan terhadapnya. Selama ini Tengku Hariz telah banyak membatalkan temu janji mereka. Sudahlah Hariz. Simpan saja maaf you tu. Lelaki seego you ni sanggup minta maaf dengan I. Hampir tak percaya I dibuatnya. Dahlah, malas I nak layan you. I banyak kerja nak buat, tukas Sharifah Aleeya dan bersedia untuk mematikan talian telefon. Aleeya dengar dulu! jerit Tengku Hariz dari hujung talian. Pappp!!! Sharifah Aleeya menghempas gagang telefon pejabatnya. Hatinya sakit kerana temu janji yang dijanjikan tidak menjadi. Dia mengambil fail di hadapan lalu dibacanya sepintas lalu. Oh... banyak kau punya maaf! Bukan sekali kau buat macam ni, dah banyak kali Tengku Hariz, gumamnya kegeraman sambil memintal-mintal rambutnya yang ikal mayang itu. Sharifah Aleeya akui semenjak Tengku Hariz memegang jawatan Pengarah Urusan di Menara Holding, masa untuk mereka bersama amat terbatas. Siang malam Tengku Hariz sibuk dengan kerjanya. Bila ada peluang bersama, Tengku Hariz pula yang buat hal. Selalu lewat datang ke tempat yang dijanjikan dan kadang-kadang dibatal oleh Tengku Hariz gara-gara kerjanya. Dia naik bosan dengan

18

Eliza AB

sikap serta layanan Tengku Hariz terhadapnya. Jika bukan kerana papanya menyuruh dia berkawan rapat dengan Tengku Hariz, mati hidup semula pun dia tidak akan berkawan dengan lelaki seego Tengku Hariz itu. Ah! Perempuan semuanya sama saja. Mengada-ada aje yang lebih. Acting aje lebih, padahal tak ada apa-apa pun, getus Tengku Hariz. Semakin lama dia berasa bosan dengan sikap Sharifah Aleeya yang mengada-ada minta dipujuk. Banyak benda lagi yang perlu difikirkan selain daripada sikap Sharifah Aleeya yang mengada-ada itu. Jika bukan disebabkan Tengku Azman meminta dia berkawan dengan Sharifah Aleeya, tidak ingin dia menjerumuskan diri kepada perkara yang tidak menguntungkan padanya tetapi menguntungkan Tengku Azman. Tengku Azman mempunyai agenda untuk menjodohkan dia dengan Sharifah Aleeya Binti Syed Mukriz. Jika agenda itu berjaya, Berjaya Holding dan Mukriz Holding akan digabungkan menjadi satu. Segala keuntungan syarikat akan dikongsi bersama dan kesemua projek akan diberikan kepada Berjaya Holding di samping Menara Holding juga akan turut sama mendapat habuannya. Namun Tengku Azman tidak memahami kehendak dan juga isi hatinya. Dia inginkan seorang perempuan yang boleh dijadikan isteri dan bukannya dijadikan bini. Dia tidak mahu kisah hidup abangnya turut terkena tempias dalam hidupnya. Abangnya menderita disebabkan mengahwini seorang bini dan bukannya isteri. Bininya curang, mata duitan dan mempunyai skandal dengan lelaki lain. Akibatnya, abangnya itu membawa diri dengan menyambung pelajaran dan bekerja di luar negara. Sehingga sekarang, abangnya masih tidak mahu pulang ke Malaysia

19

Hatimu Milikku

walaupun puas dipujuk oleh papa dan mamanya. Adakah aku akan jadi seperti dia atau aku akan mendapat apa yang aku cari selama ini, keluhnya di dalam hati. Namun dia memanjatkan doa kesyukuran kepada Allah di atas apa yang diperolehinya sekarang dan juga kehidupan abangnya yang sudah semakin pulih dari merana selepas bertemu dengan Tengku Hanis Suraya Binti Tengku Razlan tiga tahun yang lalu. Semoga abang bahagia. Riz sentiasa doakan kebahagiaan abang, doanya di dalam hati. Tengku Hariz menghumbankan dirinya ke atas katil. Selepas temu janji dengan Sharifah Aleeya dibatalkan, dia segera pulang ke rumah dari Mid Valley Megamall. Badannya yang terasa penat, minta direhatkan. Otaknya yang asyik berfikir minta dihentikan. Entah mengapa kotak fikirannya mengingati peristiwa di restoran tadi. Peristiwa yang tidak mungkin dilupakan. Bagaimana seorang perempuan mempertikaikan harga baju kemeja yang dipakainya? Bagaimana seorang perempuan boleh mengejek dan menjatuhkan maruahnya di hadapan orang ramai? Ah, tak guna punya pompuan! Kalau aku jumpa dengannya lagi, nahas aku kerjakan, dengus Tengku Hariz. Tangannya dikepalkan seperti penumbuk. Tengku Hariz mendengus keras. Matanya tertancap ke arah siling berwarna putih di dalam bilik. Sesekali dia mengerling ke arah jam di dinding. Masih terlalu awal untuk dia tidur. Lantas dia mencapai tuala dan menuju ke bilik air. Dia hampir terlupa untuk menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang Muslim. Sesibuk mana pun, tanggungjawabnya sebagai umat Islam tidak akan dilupakan. Baginya cukuplah sekadar menunaikan lima waktu sehari semalam asalkan dia tidak lupa akan tanggungjawabnya itu. Semoga pintu hatinya terbuka untuk berubah.

20

Eliza AB

NAH! Nadia menghulurkan mug berisi Milo panas kepada Aisya. Aisya mencapainya dan meneguk perlahan Milo panas itu. Kau okey ke? soal Nadia dan duduk bersebelahan Aisya. Aisya sekadar mengangguk. Kurang ajar betul mamat tu. Sanggup dia tolak kau semata-mata kerana kau pertikaikan harga baju kemeja dia, kutuk Nadia. Tidak berpuas hati dengan apa yang telah dilakukan terhadap Aisya. Dah la Nadia. Aku tak nak ingatnya lagi, putus Aisya. Hatinya sakit apabila mengingati peristiwa tengah hari tadi. Semata-mata kerana harga baju, dia ditolak dan dikasari di hadapan orang ramai. Nadia mendengus geram. Aisya terlalu berlembut dalam memutuskan sesuatu perkara. Jika melibatkan maruah, kenapa Aisya perlu beralah dan menerimanya dengan hati yang terbuka? Mana Aisya yang dikenalinya dahulu? Seorang yang degil, lincah, ceria dan keras kepala. Dan Aisya kini yang berada di hadapannya, hanyalah Aisya yang menyerah segala-galanya pada takdir. Kau terlalu berlembut, Aisya. Kau tak boleh macam tu. Kau kena lawan balik dengan apa yang orang dah buat kat kau, nasihat Nadia lembut. Aisya di hadapan dipandang kasih. Aisya menghela nafas panjang. Kalau boleh dia malas mengungkit peristiwa yang sudah berlaku. Tiada guna untuk mengingatinya jika ianya akan menyakitkan hati dan membuatkan dia jadi tidak tenteram.

21

Hatimu Milikku

Aku masuk dululah. Pinta Aisya seraya bangun dari duduknya dan melangkah ke biliknya. Jika berlama di situ, lebih panas telinganya mendengar bebelan Nadia. Ada baiknya dia masuk ke dalam bilik dan berehat. Nadia sekadar memerhati. Ekor matanya sahaja mengekori langkah Aisya sehingga masuk ke dalam bilik. Sampai bila Aisya? Sampai bila kau nak terima semua itu sebagai takdir kau? Bisik hati kecil Nadia. Kemudian, dia mengatur langkah menuju ke biliknya pula. Aisya membuang pandang ke luar jendela. Entah mengapa fikirannya asyik memikirkan peristiwa tengah hari tadi. Wajah lelaki itu bermain-main di ruangan mata. Dia benci dengan keadaan itu. Dia benci dengan perasaannya kini. Kenapa hatinya berdegup kencang tatkala mengingati wajah lelaki itu? Kenapa perasaannya berlainan dari sebelum ini? Ah! Apa semua ini? Hatinya menjerit. Aisya berbaring di atas katil. Cuba untuk melelapkan mata. Berharap dapat mengusir resah dan gelisah di dalam hati. Dia tidak mahu memikirkan tentang itu lagi. Dia tidak mahu mengingati wajah itu lagi. Wajah yang mengingatkan dia kepada masa lampaunya. Wajah yang mengingatkan dia kepada seseorang. Tengku Azizul! Ya, Tengku Azizul. Wajah itu mirip dengan Tengku Azizul. Disebabkan wajah itulah, hatinya menjadi tidak keruan. Masih jelas terbayang akan wajah itu. Tidak! Aku perlu usir wajah itu dari hidupku! Bentak hatinya. Dia memaksa dirinya untuk tidur. Semoga tidurnya akan lena seperti malam-malam sebelum ini.

22

Eliza AB

Bab 2
ARI ini merupakan hari pertama Aisya bekerja. Semangat bekerjanya meluapluap sehinggakan dia tersadung di pintu bilik. Nadia yang mengetahui Aisya sudah memperolehi pekerjaan turut tumpang gembira dan menghadiahkan Aisya sehelai baju kurung moden. Aisya amat terharu dengan pemberian Nadia dan berjanji akan bekerja sebaik mungkin. Dia mengenakan baju kurung moden yang dihadiahi oleh Nadia. Sambil dia membelek-belek dirinya di hadapan cermin, Nadia menerjah masuk ke dalam bilik dengan tiba-tiba. Kau ni, buat terkejut aku ajelah. Dah tak ada kerja lain apa nak main sergah-sergah aku pagi-pagi buta ni, bebel Aisya sambil mengusap-usap dada yang berdegup kencang dengan tiba-tiba. Mukanya berubah pucat. Nadia hanya tersengih. Semenjak dia mengetahui akan kelemahan Aisya, semakin ligat dia menakut-nakutkan Aisya. Kau pergi naik apa?

23

Hatimu Milikku

Ada driver datang amik aku. Kenapa? Hah? Terlopong mulut Nadia mendengarnya. Serius? Aisya ketawa melihat reaksi Nadia. Dia hanya bergurau tetapi Nadia menganggapnya benar. Dia melangkah keluar dari bilik tanpa menghiraukan Nadia yang masih terlopong.

SETIBANYA Aisya di Menara Holding, dia diminta untuk melaporkan diri di Bahagian Sumber Manusia yang diketuai oleh Encik Hamdan. Setelah diperkenalkan dengan semua staf yang ada, Aisya diminta untuk mengkaji pelan rancangan pasar raya yang akan dibuka di Perak. Hari permulaan yang baik buat dirinya. Aisya, jom kita lunch, ajak Nurul pada tengah hari itu. Aisya mendongak memandang Nurul. Segaris senyuman terukir di bibir Nurul. Aisya ada kerja sikit nak buat kak, tolak Aisya lembut tidak mahu menyakitkan hati Nurul. Walaupun baru hari pertama dia bekerja di Menara Holding, dia bersyukur dengan layanan dan penerimaan kakitangan lain terhadapnya. Di dalam hati dia mengucap syukur kepada Allah. Jomlah! Kerja, kerja juga tapi, time makan kena makan jugak, balas Nurul tidak mahu mengalah. Dia sudah pun menarik tangan Aisya tanpa sempat Aisya bersuara. Aisya akur dengan tindakan Nurul.

24

Eliza AB

Eh, Tengku Hariz. Tengku dah makan? tegur Nurul apabila berselisih dengan Tengku Hariz di muka pintu utama. Tengku Hariz hanya mengangguk dan tersenyum. Saya pergi lunch dulu Tengku, sambung Nurul dan segera beredar dari situ. Aisya yang terkedek-kedek berjalan segera mempercepatkan langkahnya kerana dikhuatiri Nurul akan menunggu terlalu lama. Dengan tidak semena-mena, dia terlanggar Tengku Hariz. Maaf tak sengaja, ujarnya perlahan. Mukanya ditundukkan. Tidak berani untuk melihat muka lelaki itu. Dikhuatiri akan dimarahi nanti. Tak mengapalah. Saya pun salah juga, balas Tengku Hariz dan melangkah masuk ke dalam pejabatnya. Entah mengapa moodnya hari ini kurang baik. Semenjak dua menjak ini, fikirannya asyik memikirkan seseorang. Dia yakin, orang itu bukanlah Sharifah Aleeya, tetapi seseorang yang tidak dikenalinya. Seseorang yang membuatkan jantungnya berdegup dengan kencang. Seseorang yang selalu mengganggu tidur malamnya. Aisya mengangkat mukanya. Matanya mengekori langkah lelaki itu. Melihatkan susuk tubuh itu, hatinya berdegup kencang. Dadanya diusap perlahan. Entah mengapa dia dapat merasakan debaran di hati. Seperti ada sesuatu yang telah mengusik tangkai hatinya itu. Aisya! laung Nurul dari arah pintu utama. Aisya terkejut. Pantas dia mengatur langkah menuju ke pintu utama dan mendapatkan Nurul di situ. Mereka berdua berjalan beriringan menuju ke

25

Hatimu Milikku

restoran berhampiran. Aisya hanya membisu. Fikirannya asyik memikirkan seseorang. Siapa? Dia tidak pasti. Dia juga ingin bertanyakan Nurul tentang gerangan lelaki yang ditegur oleh Nurul tadi. Adakah lelaki itu sekadar pekerja sama sepertinya ataupun berjawatan tinggi darinya? Siapa tadi tu kak? tanya Aisya. Dia menceduk lauk ke dalam pinggan sambil menunggu jawapan Nurul. Siapa? Yang akak tegur tadi tu ke? ulang Nurul ingankan kepastian. Dikhuatiri akan tersalah memberi info kepada Aisya. Aisya mengangguk. Dia mengekori Nurul ke kaunter bayaran dan membayar harga makanan dan minuman yang telah diambil. Setia menunggu jawapan Nurul. Nurul melabuhkan punggung di kerusi. Soalan Aisya tadi dibiarkan begitu sahaja. Sengaja membuat Aisya tertunggu-tunggu. Aisya duduk berhadapan dengan Nurul. Setelah membasuh tangan, dia menyuap nasi ke dalam mulut. Matanya masih lagi memandang wajah Nurul. Menunggu jawapan kepada soalannya tadi. Itulah bos kita. Tengku Hariz Iskandar Bin Tengku Azman. Aisya jangan main-main dengan dia, dia tu ikut mood sikit. Kalau mood dia baik, baiklah dia kalau mood dia tak baik, mahu dihamun satu ofis sampai pecah barang tau, cerita Nurul dengan muka yang sengaja diseriuskan. Aisya menelan liur. Gerun pula dia mendengar katakata Nurul itu. Bulat matanya memandang Nurul. Kenapa? Tak percaya? tanya Nurul apabila menyedari pandangan Aisya itu. Lagaknya seperti iklan di televisyen sahaja.

26

Eliza AB

Aisya hanya tersenyum. Apa yang menjadi persoalan dia sekarang sama ada dia perlu percaya dengan kata-kata Nurul ataupun tidak. Selagi dia tidak berjumpa sendiri dengan bosnya itu, dia tidak boleh membuat kesimpulan mengenai bosnya berdasarkan cerita Nurul. Takpelah, lambat-laun aku akan jumpa juga dengan dia. Aku kan pekerja bawahannya, bisik hati kecilnya sambil meneruskan suapan nasi ke dalam mulut.

SIAPA yang pandai-pandai sangat ni? Saya tak minta diubah mahupun ditokok tambah dalam laporan ni. Awak tak faham dengan arahan saya ke Nurul? Berapa lama awak dah bekerja dengan saya? Takkan itu pun awak masih tak faham-faham! marah Tengku Hariz sambil melemparkan fail di hadapan Nurul. Kecut perut Nurul melihat kemarahan Tengku Hariz. Belum pernah dia dimarahi seteruk hari ini. Jika ada pun hanya sekadar teguran kecil sahaja. Nurul teringatkan Aisya. Aisya ada bertanya jika dia boleh mengubah atau menokok tambah maklumat di dalam laporan tersebut. Dia tidak tahu untuk menjawab persoalan Aisya dan hanya mengiakannya sahaja. Silap dia juga kerana memandai-mandai memberi arahan kepada Aisya yang baru beberapa jam bekerja di syarikat ini. Sepatutnya dia lebih arif akan kesilapan itu memandangkan dia sudah lima tahun bekerja di Menara Holding. Hesy! Aku pulak yang dipersalahkan. Bukan aku yang ubahnya. Aisya! Marahnya di dalam hati. Maafkan saya Tengku. Saya terlupa nak bagitau

27

Hatimu Milikku

pada staf baru kita supaya jangan diubah mahupun ditokok tambah dalam laporan ini, jelas Nurul perlahan seperti meletakkan kesemua kesalahan itu kepada Aisya. Staf baru? ulang Tengku Hariz berserta kerutan di dahi. Nurul mengangguk. Tengku Hariz termenung seketika. Dia agak terkejut dengan kehadiran pekerja baru di pejabatnya. Lantas dia menghubungi Encik Hamdan untuk mengesahkan perkara itu. Setelah Encik Hamdan mengesahkannya, dia meminta Nurul memanggil staf baru itu sambil mencari fail peribadi pekerja tersebut. Ah! Mana pulak aku letak fail tu? Tengku Hariz memberi arahan masuk apabila terdengar pintu biliknya diketuk. Dia masih lagi mencari-cari fail peribadi staf baru itu. Habis mejanya bersepah dek kerana pencariannya itu. Diselongkarnya juga kabinet fail dan di dalam laci, namun tidak ditemuinya juga. Awak staf baru di sini? tanya Tengku Hariz sambil membongkok mencari fail apabila menyedari kehadiran seseorang di dalam biliknya. Ya, Tengku. Saya pekerja baru di sini, jawab Aisya ringkas. Dia kehairanan melihat bosnya terbongkok-bongkok seolah-olah sedang mencari sesuatu. Apehal dengan dia tu? Aku pantang betul bila bercakap tak pandang muka. Kurang ajar namanya tu, marah Aisya di dalam hati apabila terlihat reaksi Tengku Hariz terhadap kehadirannya di dalam bilik itu. Awak sebagai pekerja baru di sini, siapa yang beri awak hak untuk ubah atau tokok tambah laporan yang telah diluluskan dalam mesyuarat lembaga? Awak sepatutnya tahu polisi syarikat dan juga tugas awak. Encik Hamdan tak

28

Eliza AB

briefing awak sebelum awak mulakan kerja? soal Tengku Hariz yang masih lagi menunduk. Ada, Tengku. Maafkan saya jika saya berbuat salah. Saya rasa laporan itu kekurangan maklumat, maka disebabkan itulah saya mengubah dan menambah maklumat dalam laporan itu, bela Aisya dengan nada yang tegas. Dia yakin bahawa dia di pihak yang benar. Ada baiknya dia berterus terang daripada berpura-pura. Dia pelik kenapa laporan sebegitu boleh diluluskan di dalam mesyuarat lembaga sedangkan isi kandungan berterabur dan tidak mengikut format yang betul. Apa hak awak untuk mempersoalkan laporan saya tu! tengking Tengku Hariz seraya mendongakkan kepala untuk memandang Aisya. Aisya terkejut. Tengku Hariz tersentak. Masingmasing terdiam seketika. Lama mereka berpandangan. Aisya mulai berasa tidak selesa dan gelabah apabila ditenung tajam oleh Tengku Hariz. Alamak!!! Mamat nilah yang aku langgar kat restoran hari tu. Macam mana aku boleh terjebak kerja kat syarikat dia ni, hatinya berbisik. Tengku Hariz bingkas bangun dan melangkah perlahan ke arah Aisya. Macam aku kenal aje minah ni. Tapi, di mana ya? Desis hatinya. Tengku Hariz memandang tajam Aisya. Berkerut-kerut dahi Tengku Hariz memikirkannya. Saya minta maaf sekali lagi Tengku. Jika perbuatan saya itu menyalahi polisi syarikat, saya akan ubah laporan itu ke asal semula. Jika tiada apa-apa lagi, saya minta diri dulu, suara Aisya cemas apabila menyedari dirinya direnung begitu tajam oleh Tengku Hariz. Dia tidak selesa dengan renungan itu. Baik aku cabut dulu, detik hati Aisya. Tengku Hariz sekadar mengangguk. Ekor matanya

29

Hatimu Milikku

sahaja yang menghantar langkah Aisya keluar dari bilik. Namun, dia masih lagi cuba untuk mengingati Aisya. Di mana ya? Oh Aisya Lyana Sofea Binti Ahmad Nordin. Bisik Tengku Hariz dan tersenyum sinis. Fail peribadi Aisya yang berada di genggaman dibelek dan dibaca isi kandungannya. Dia benar-benar kagum dengan pencapaian serta taraf pendidikan yang dimiliki oleh Aisya. Gambar Aisya diamati betul-betul dan terlintas sesuatu di fikiran. Hah! Minah sengal ni la yang langgar aku kat restoran hari tu. Aku ingat lagi, dia ni yang sengaja buat aku hangin hari tu sampai aku terlewat hadir ke mesyuarat, marah hati Tengku Hariz. Matanya tidak berkelip memandang gambar Aisya. Takpe, aku nak tengok berapa lama kau boleh bertahan kerja kat sini. Tengku Hariz meletak fail peribadi Aisya di atas meja semula. Badan disandarkan ke belakang. Kedua-dua belah tangan diletakkan di atas dahi. Matanya tertancap ke siling pejabat. Aisya Lyana Sofea. Nama itu meniti di benak hati. Terasa debaran di dada. Terasa jantung berdegup kencang. Ada sesuatu yang mengusik tangkai hati. Wajah Aisya terbayang di tubir mata. Hesy kenapa pulak aku ingatkan pompuan tu? Dia dah jatuhkan maruah aku. Dia dah malukan aku dengan pertikaikan harga baju aku. Tengku Hariz menggumam geram. Aku perlu usir dia dari syarikat aku. Aku akan pastikan dia dipecat secepat mungkin. Dia belum kenal siapa Tengku Hariz Iskandar lagi! Tengku Hariz memasang azam. Senyuman sinis terukir di bibirnya.

30

Eliza AB

ADUH!!! Macam mana ni? rungut Aisya sambil mundarmandir di hadapan cermin. Wajahnya pucat serta-merta. Tidak menjangka akan berjumpa dengan lelaki yang telah memalukannya dahulu. Kalau aku tahu dia bos syarikat ni, tak ingin aku kerja kat sini, sambung Aisya. Dia mengamati wajahnya di hadapan cermin. Terpancar kerisauan di wajah itu. Ah! Pedulikanlah dia. Aku kerja kat sini sebab nak cari rezeki yang halal. Buat tak tahu aje sudahlah, kata Aisya cuba menyedapkan hatinya sendiri. Dia mengemaskan penampilan dan segera keluar dari ladies itu. Dia bertekad untuk tidak memikirkan tentang bosnya lagi. Aisya kembali semula ke tempatnya. Dia duduk dan melemparkan sebuah senyuman kepada Nurul. Nurul yang memandang Aisya berkerut seribu dahinya. Lantas dia bangun dan menghampiri Aisya. Kenapa? Kenapa apa kak? ulang Aisya berdebar-debar. Dia dapat merasakan ada sesuatu yang ingin disampaikan oleh Nurul. Aisya ada buat salah ke? tanya Nurul serius. Hah buat salah? Mana ada kak? Siapa yang cakap? soal Aisya bertubi-tubi lantas berdiri. Dadanya semakin kencang. Tidak pernah dia merasakan dadanya berombak sekencang itu. Risau di hati apabila diberitahu telah melakukan kesalahan. Baru hari pertama dia bekerja. Mana mungkin dia akan melakukan kesalahan. Tengku Hariz... jawab Nurul selamba. Dia kembali semula ke tempatnya. Sengaja membiarkan Aisya bermain dengan perasaan.

31

Hatimu Milikku

Tengku Hariz? ulang Aisya berserta kerutan di dahi. Hesy apa hal pulak ni? Hatinya risau. Tengku Hariz minta Aisya hantarkan dokumen atas meja tu ke alamat yang tertera. Dokumen tu penting dan hari ini tarikh tutupnya, beritahu Nurul setelah puas membuatkan Aisya tertanya-tanya. Hatinya tercuit melihat kerisauan yang jelas terlukis di wajah Aisya. Aisya mengusap dadanya. Hatinya kembali tenang. Jika itu yang dipinta, dia akan melakukannya. Tetapi kenapa dia yang perlu menghantarnya? Kenapa tidak budak pejabat sahaja yang menghantarnya? Cepat Aisya! Tengku nak Aisya hantarkan dokumen tu sebelum pukul lima petang ni. Kalau tak, Aisya akan dipecat! arah Nurul keras. Dia khuatir akan dimarahi oleh Tengku Hariz sekali lagi. Dan dia tidak mahu dimarahi lagi. Aisya mengerling jam di tangan, tepat pukul tiga suku petang. Dia berkira-kira di dalam hati. Mana mungkin dia sempat tiba di alamat yang tertera sebelum masa yang ditetapkan. Masa perjalanan ke tempat itu sudah memakan hampir sejam. Untuk mencari pejabat tersebut, satu masalah pula. Bagaimana jika dia tidak sampai pada masa yang ditetapkan? Mungkinkah dia akan dipecat? Berkerut-kerut dahinya memikirkan persoalan itu. Aisya pergi dulu kak, putus Aisya selepas lama berfikir. Dia mencapai beg tangan serta dokumen tersebut dan berlalu pergi dari situ. Hmmm. Balas Nurul tanpa sedikit pun menoleh ke arah Aisya. Senyuman terukir di bibir. Dia pasti Aisya tidak akan sempat tiba di pejabat tersebut. Jika betul tekaannya, sudah pastilah Aisya akan dimarahi oleh Tengku Hariz dan dia mahukan itu berlaku. Kemarahan Tengku

32

Eliza AB

Hariz tadi masih lagi bersisa di hatinya. Betapa sakitnya hati apabila dimarahi sebegitu tanpa memikirkan perasaannya.

AISYA menunggu di perhentian teksi. Matanya membelingas ke kiri dan ke kanan mencari-cari kelibat teksi. Sudah hampir lima belas minit dia menunggu, namun kelibat teksi tidak juga kelihatan. Peluh sudah pun merenik di dahi. Lantas, dia mengambil tisu di dalam beg tangan lalu mengelap peluh tersebut. Hatinya menyumpah seranah Tengku Hariz. Sepertinya Tengku Hariz sengaja hendak mensabotaj dan menyusahkannya. Setelah hampir setengah jam menunggu, barulah kelibat teksi kelihatan. Dia segera memboloskan diri ke dalam perut teksi dan mengarahkan pemandu teksi menghantar ke alamat yang diberikan. Dia juga meminta pemandu itu mempercepatkan perjalanan. Masa masih lagi berbaki sejam untuk sampai ke pejabat tersebut. Dia tidak mahu dipecat dan dia juga tidak mahu dianggap lemah oleh Tengku Hariz. Dia yakin Tengku Hariz sengaja menguji dan mencabarnya. Dan dia menyahut cabaran itu. Dia perlu melaksanakannya. Dia perlu membuktikan bahawa dia seorang yang bertanggungjawab. Tengku Hariz mengekori teksi yang dinaiki oleh Aisya. Dia sengaja berbuat begitu kerana ingin menguji Aisya. Dia yakin Aisya akan berputus asa. Dia yakin Aisya tidak akan sempat tiba di pejabat itu memandangkan masa sudah menginjak ke empat dua puluh minit petang. Mengikut perkiraan, dari tempat Aisya berada hingga ke pejabat itu, memakan masa setengah jam dan dia yakin Aisya akan gagal dalam tugasan itu. Dan dia akan meraikan kemenangan.

33

Hatimu Milikku

Aisya akan dipecat memikirkannya.

dan

dia

tersenyum

apabila

Pak cik berapa lama lagi nak sampai ni? rungut Aisya bernada cemas. Dia mengerling jam di dashbox, hampir empat tiga puluh lima petang. Jam teruk, nak. Pak cik rasa anak tak sempat sampai sebelum pukul lima ni, jawab pemandu teksi itu serba salah. Dia mengerling wajah Aisya dari cermin pandang belakang. Ada kerisauan pada wajah itu. Kalau dari sini, berapa jauh lagi pak cik? tanya Aisya lagi. Jika jaraknya tidak jauh, dia terpaksa mengambil alternatif lain untuk ke pejabat itu. Emmm masuk simpang depan tu, sampailah nak, jawab pemandu itu sambil jari telunjuk menunjuk ke arah jalan yang dimaksudkannya tadi. Aisya melihat ke arah jalan yang ditunjukkan. Jika dilihat dari mata kasar, tidaklah terlalu jauh. Dia perlu membuat satu keputusan. Keputusan yang mungkin akan menyusahkan dirinya sendiri. Jika tiada pilihan lain, dia terpaksa melakukannya juga, asalkan dia dapat menghantar dokumen itu pada masa yang ditetapkan. Kalau macam tu, saya turun di sini sajalah pak cik. Berapa tambangnya? ujar Aisya sambil mencari dompet dari dalam beg tangan. Eh nak jauh tu. Penat kalau anak nak berjalan ke sana, beritahu pemandu teksi itu. Biar betul budak ni, desis hatinya. Takpe pak cik. Dah tak sempat ni, tegas Aisya sambil mengeluarkan sekeping not RM50 dari dompetnya. Dihulurkan kepada pemandu tersebut dan hulurannya disambut.

34

Eliza AB

Bakinya pak cik simpan ajelah. Terima kasih, sambung Aisya dan segera keluar dari perut teksi dan melangkah menuju ke simpang yang diberitahu oleh pemandu teksi itu tadi. Dia perlu cepat memandangkan masa hanya berbaki sepuluh minit sahaja. Tengku Hariz tersentak. Sungguh tidak menyangka yang Aisya akan bertindak seperti itu. Bertindak dengan berjalan kaki hingga ke pejabat tersebut. Rasa bersalah menyerbu sukmanya. Namun disebabkan ego, dia menafikan tindakan Aisya itu. Bodoh! Sanggup berjalan kaki sematamata nak hantar dokumen tu. Perempuan jenis apa dia tu? Kutuk Tengku Hariz di dalam hati. Matanya masih lagi melihat kelibat Aisya yang sedang berlari anak menuju ke simpang hadapan. Mesti kau takut aku pecat kau, kan? Dia tersenyum sinis apabila memikirkannya. Assalamualaikum, tegur Aisya sebaik sahaja tiba di kaunter hadapan pejabat tersebut. Dia mengawal pernafasannya buat seketika. Berjalan sejauh itu amat memenatkan. Sudah lama dia tidak berjoging dan kepenatan amat dirasai. Waalaikumussalam. Ya cik, boleh saya bantu? balas gadis penyambut tetamu itu. Sebuah senyuman manis dihadiahkan kepada Aisya. Saya nak hantar dokumen ni. Maaflah terlewat seminit, beritahu Aisya sambil menghulurkan sampul surat putih kepada gadis tersebut. Berkerut dahi gadis itu menerimanya. Dokumen apa yang dimaksudkan oleh Aisya itu? Dia membuka sampul surat tersebut. Kemudian, dia menepuk dahinya sendiri dan tertawa apabila melihatkan isi kandungan dokumen tersebut. Kenapa cik? tanya Aisya kehairanan. Hairan

35

Hatimu Milikku

mendengar gadis itu ketawa. Seakan-akan mengejeknya. Sambil menunggu, dia mengelap peluh yang sudah pun membasahi dahi. Cik dokumen ni untuk Encik Mazlan. Tidak ada yang pentingnya pada dokumen ni. Hanya surat rasmi dan beberapa borang daripada Tengku Hariz untuk Encik Mazlan saja, jelas gadis itu berserta tawanya yang masih bersisa. Kepalanya digelengkan. Kesian! Berderau darah Aisya mendengarnya. Terasa amarahnya menerjah ke dalam diri. Terasa Tengku Hariz sengaja mempermain-mainkannya. Terasa Tengku Hariz sengaja memperbodoh-bodohkannya. Jika diikutkan hati yang panas, mahu sahaja dia merampas dan mengoyak dokumen tersebut. Melepaskan rasa marah dan geramnya terhadap Tengku Hariz. Tak mengapalah cik. Saya dipertanggungjawabkan untuk menghantar dokumen ini dan telah pun saya laksanakannya. Saya minta diri dulu. Terima kasih, ujar Aisya lembut. Cuba menyembunyikan perasaan sebenar. Baiklah! Sama-sama, balas gadis itu dengan senyuman yang tidak lekang di bibirnya. Aisya segera meninggalkan pejabat tersebut. Hatinya benar-benar panas dengan apa yang berlaku. Matimati dia telah ditipu oleh Tengku Hariz. Terasa mahu menampar dan menendang Tengku Hariz. Begitu mudah dia dipermain-mainkan. Begitu mudah dia diperbodoh-bodohkan. Apa motif Tengku Hariz sebenarnya? Patutlah nalurinya kuat menyatakan yang Tengku Hariz sengaja menguji dan mencabarnya. Tengku Hariz sengaja menyusahkannya. Dan betullah tekaannya itu. Tengku Hariz memang sengaja! Geram hatinya.

36

Eliza AB

Aisya terduduk seketika. Melepaskan lelah di situ. Melepaskan keluhan yang berat di situ. Entah mengapa hatinya tiba-tiba menjadi sayu dan sedih. Begitu mudah dia ditipu. Begitu mudah dia membenarkan dirinya tertipu. Jika dahulu dia ditipu oleh Tengku Azizul, dan hari ini dia ditipu sekali lagi tetapi dengan cara yang berbeza. Dia mengetukngetuk dahinya. Memarahi dirinya sendiri. Tidak semenamena air matanya menitis perlahan di pipi. Pantas dia menyeka air matanya itu. Dia bingkas bangun dan mencari sebuah teksi untuk pulang ke rumah. Dia sudah penat untuk berfikir. Baru hari pertama dia bekerja di Menara Holding, dia sudah diuji dengan ujian yang sengaja direka untuk mempermain-mainkan serta memperbodoh-bodohkannya. Bodoh betul aku ni, getus hatinya lagi. Tengku Hariz ketawa besar melihat kelibat Aisya keluar dari pejabat itu. Dia meraikan kemenangannya. Gembira apabila melihat musuhnya kecundang. Padan muka kau! Baru kau kenal siapa aku yang sebenarnya. Kau jangan ingat aku akan lupakan peristiwa itu. Aku akan pastikan kau dipecat dan berhenti dari syarikat aku. Tengku Hariz memasang azam. Entah mengapa ketawanya itu mati dengan tibatiba tatkala melihat riak muka Aisya yang sedih dan terlihat Aisya sedang menyeka air matanya. Buat seketika, hatinya rasa bersalah terhadap gadis itu. Hatinya tercuit melihatkan wajah sedih itu. Pedih hatinya melihatkan air mata yang mengalir perlahan di pipi gadis itu. Kenapa dengan aku ni? Kenapa aku rasa sedih melihatkan air mata dia? Argh!!! Apa semua ni? Jerit hatinya sambil mengusap dadanya yang tibatiba terasa sebu. Tanpa membuang masa, dia segera beredar dari situ. Tidak sanggup berlama di situ. Jika berlama, entah apa

37

Hatimu Milikku

lagi yang akan difikirkan tentang gadis itu. Ada baiknya dia berehat di rumah sahaja. Lantas dia menghalakan kereta pulang ke rumah.

SO, amacam first day kerja? Okey tak? soal Nadia sambil menghulurkan secawan Milo panas kepada Aisya dan duduk bersebelahan Aisya. Aisya menoleh sekilas dan huluran Nadia disambut dengan sebaris senyuman. Milo panas dihirup perlahanlahan. Okeylah, not bad jawab Aisya ringkas sambil meletakkan cawan di atas meja bersebelahan sofa yang mereka berdua duduki. Matanya masih tertancap ke arah televisyen yang sedang menayangkan drama lakonan pujaannya Azhar Sulaiman. Okey aje? Bos kau macam mana pulak? Handsome tak? Dah kahwin ke belum? tanya Nadia bertubi-tubi. Aisya mencebik. Meluat! Nadia di sebelah dipandang sekilas. Emmm bolehlah dikategorikan Jejaka Idaman Malaya masa kini, jawab Aisya acuh tak acuh. Jejaka Idaman Malaya? Uwek!!! Loya tekak aku menyebutnya, kutuk Aisya di dalam hati. Entah mengapa dia jadi hangin bila nama Tengku Hariz diutarakan. Mungkin insiden di restoran tempoh hati masih segar di ingatan dan tidak mungkin akan dilupakan begitu sahaja. Mungkin juga disebabkan peristiwa petang tadi menambahkan lagi kebencian terhadap Tengku Hariz. Jika Nadia tahu apa yang berlaku pada petang tadi,

38

Eliza AB

sudah pastilah Nadia akan turut sama mengutuk Tengku Hariz. Nadia menegakkan badannya. Terjegil matanya mendengar kata-kata Aisya. Jejaka Idaman Malaya? Kalau aku jumpa, aku ngurat habis-habis, desis hati Nadia. Kau tak terpikat ke? Aisya tergelak dengan tiba-tiba. Terpikat? Apa kes aku nak terpikat dengan dia pulak? Mengarut betullah kau ni Nadia, sangkal Aisya dalam tawanya yang masih bersisa. Berkerut dahi Nadia mendengar jawapan Aisya. Bukan niat dia untuk bertanyakan soalan itu, tetapi jawapan Aisya itu yang penting. Dia mahu Aisya bahagia dan tidak dibayangi dengan kenangan silam lagi. Terpikat? ulang Aisya ketika berada di dalam bilik. Dia tertawa kecil. Dia tahu apa yang Nadia cuba sampaikan. Selama ini bukan sahaja Nadia malah mak dan adiknya tidak putus-putus berharap agar dia mencari pasangan hidup secepat mungkin. Kata-kata Nadia sebentar tadi menerjah ke dalam kotak fikiran. Aisya, kau jangan seksa hidup kau. Berilah peluang pada diri kau sendiri untuk mencari kebahagiaan yang kau impikan selama ini. Yang lepas biarlah lepas. Jangan jadikan kenangan lepas sebagai penghalang untuk kau mencari kebahagiaan sendiri. Aku yakin kau akan bahagia suatu hari nanti. Bahagia? bisik Aisya perlahan. Dia melelapkan matanya sambil melepaskan keluhan yang berat. Masih adakah sinar bahagia untukku Nadia? Soal Aisya sendirian.

39

Hatimu Milikku

Jika Nadia berada di hadapannya, mahu sahaja dia bertanya tentang kebahagiaan apa yang Nadia inginkan darinya. Hati sering tertanya-tanya. Adakah kebahagiaan itu akan mewarnai kehidupannya semula? Adakah kebahagiaan itu akan membuatkan dirinya tersenyum semula? Adakah kebahagiaan itu nanti akan merobek semula hatinya? Dia terlena dengan persoalan yang diciptakannya tadi. Semoga hari esok menjanjikan yang lebih baik daripada hari ini.

40

Eliza AB

Bab 3
Waalaikumussalam, mak sihat alhamdulillah. Aisya macam mana? Kerja okey? jawab Puan Suhaila dengan suara yang agak keletihan. Aisya menyedari akan perubahan suara Puan Suhaila. Untuk tidak mengesyaki dan membimbangkan Puan Suhaila dengan pertanyaannya nanti, dia hanya menjawab sepintas lalu sahaja dan diselang-selikan dengan gelak tawanya. Sengaja membuatkan Puan Suhaila gembira dan tidak terlalu risaukan akan keadaannya di Kuala Lumpur. Insya-Allah mak, hujung bulan nanti Aisya balik. Ada perkara apa yang mak nak bincangkan dengan Aisya? suara Aisya sambil mencapai segelas air di pantry. Mak bagitau lepas Aisya balik sini nanti, ujar Puan Suhaila bersungguh. Yelah. Mak, Aisya ada kerja nak buat ni, nanti Aisya telefon mak lagi ya. Aisya mematikan talian telefon.

SSALAMUALAIKUM mak mak sihat? tanya Aisya dari hujung talian telefon.

41

Hatimu Milikku

Dia segera menuju ke mejanya semula. Dilihatnya sepintas lalu ruang pejabat, kosong kerana masing-masing sudah keluar makan tengah hari di restoran-restoran yang berhampiran. Dia terpaksa menolak pelawaan Nurul dan Hisham untuk keluar makan bersama kerana dia terpaksa mencatu nafsu makannya gara-gara keinginan untuk memiliki sebuah lap-top. Dia harus membelinya kerana kerjakerja di pejabat semakin menimbun dan memerlukan dia menyudahkannya di rumah. Walaupun baru seminggu dia bekerja di Menara Holding, pekerja-pekerja di situ melayannya dengan peramah dan sama rata. Tiada perbezaan di antara mereka di pejabat itu. Apa yang menjadi masalahnya ialah layanan Tengku Hariz terhadapnya. Mungkin Tengku Hariz ingin membalas dendam atas kejadian yang berlaku di restoran dahulu ataupun Tengku Hariz sengaja ingin menyusahkan dia. Ah! Tak masuk dek akal kalau dia sengaja nak cari pasal dengan aku. Pasal kejadian di restoran tu, bukannya dia yang malu, aku yang malu sebab dia yang tolak aku sampai jatuh. Lepas tu boleh pulak dia blah macam tu saja. Sakit betul hati aku masa tu, desis hati Aisya. Peristiwa dia diperbodohkan pada hari pertama dia bekerja menggamit ingatannya semula. Begitu mudah dia dipermain-mainkan dan diperbodoh-bodohkan. Begitu mudah dia ditipu, hanya kerana dendam Tengku Hariz terhadapnya. Ya, dendam dan mungkin juga benci. Tengku Hariz membencinya disebabkan insiden pelanggaran di restoran dahulu. Dan disebabkan itu, Tengku Hariz tidak putus-putus menyuruhnya melakukan kerja walaupun kerja itu di luar skop tugasnya. Mahu tak mahu, dia terpaksa akur kerana dia hanyalah pekerja bawahan manakala Tengku Hariz adalah majikan. Namun dia tetap akan sabar dalam mencari

42

Eliza AB

rezeki yang halal. Biarlah dia menelan semuanya jika itu dapat memuaskan hati Tengku Hariz. Selagi dia terdaya, selagi itulah dia akan cuba bertahan. Saya nak awak siapkannya hari ini juga. Awak tak dibenarkan balik selagi fail ini tak berada di atas meja saya. Saya akan minta Encik Hamdan pantau awak hari ini, faham! arah Tengku Hariz dengan suara yang agak tinggi sambil melemparkan fail di hadapan Aisya. Kemudian, kelibat Tengku Hariz hilang dari ruangan pejabat itu. Aisya terpinga-pinga. Terpinga-pinga dengan arahan Tengku Hariz. Terpinga-pinga dengan fail tersebut yang dia sendiri tidak tahu akan isi kandungannya dan terpinga-pinga bagaimana dia hendak menyiapkannya. Dia ingat aku ni apa? Sesuka hati aje nak suruh aku siapkannya cepat. Apa dia ingat aku ni robot ke, semuanya nak cepat. Kalau aku robot boleh la aku siapkan cepat. Tapi aku ni manusia, marahnya di dalam hati sambil membaca isi kandungan fail tersebut. Tapi kalau robot mana ada hati, kan? Mana boleh marah-marah, kan? Guraunya sendirian sambil tergelak kecil. Nurul yang terdengar ketawa kecil Aisya sewaktu melintasi meja Aisya memberhentikan langkahnya. Dahinya berkerut melihatkan mulut Aisya terkumat-kamit seperti sedang menyumpah seseorang. Kenapa ni? Aisya tersentak dan mengangkat memandang Nurul. Bila akak masuk? Makin pelik Nurul melihat tingkah Aisya. Tu ha yang terkumat-kamit mulut tu kenapa? Marahkan siapa? Menyumpahkan siapa? Nurul memandang tepat wajah Aisya. Oh, tadi ada orang gila kacau Aisya... tu yang mukanya

43

Hatimu Milikku

mulut ni tak henti-henti nak marah. Hesy! Mulut ni berpadapadalah sikit. Selamba Aisya menuturkannya diikuti riak wajah yang selamba. Orang gila? Siapa Aisya? Jangan nak main-main. Kena panggil doktor sakit jiwa ni, suruh tangkap cepat. Gelabah Nurul tidak senang mendengar cerita Aisya. Aisya tersenyum nipis. Sepertinya Nurul terlalu mudah untuk ditipu atau dibohongi. Boslah siapa lagi? Kak Nurul jangan lupa panggil doktor sakit jiwa suruh tangkap bos ya. Usik Aisya dan berlalu ke bilik fail untuk mencari beberapa fail. Nurul yang mendengar penjelasan selamba Aisya mengerutkan dahinya. Barulah dia menyedari yang Aisya sedang mempermain-mainkannya. Dengan hati yang geram, dia menuju ke tempatnya untuk menyambung kerja yang tertangguh sebelum rehat tadi.

AISYA tidak menyedari jam sudah pun menghampiri ke angka tujuh malam. Kebanyakan staf sudah ramai yang beransur pulang. Hanya tinggal dia dan Encik Hamdan sahaja di pejabat. Dia masih lagi tekun menyiapkan tugasannya sambil mengurut-urut perlahan leher yang terasa sakit akibat terlalu lama menunduk. Aisya, awak tak balik lagi? tegur Encik Hamdan apabila melalui hadapan mejanya. Belum, Encik Hamdan. Saya nak siapkan laporan ni sekejap, jawab Aisya sambil jari-jemarinya menekan papan kekunci komputer. Aisya, dah pukul berapa ni? Awak boleh sambung

44

Eliza AB

esok, kan? Lagipun laporan tu bukannya penting sangat. Encik Hamdan risau apabila menyedari Aisya masih lagi tidak berganjak dari tempat duduknya. Dia agak khuatir untuk meninggalkan Aisya keseorangan di pejabat itu memandangkan hari sudah semakin gelap. Tak mengapalah Encik Hamdan. Tengku dah arahkan saya supaya siapkan laporan ini sebelum saya balik. Sudah menjadi tanggungjawab saya untuk mematuhi arahannya, tegas Aisya sambil meneruskan tugasannya. Kalau dah macam tu, baiklah. Saya nak ingatkan awak agar berhati-hati apabila balik nanti. Saya balik dulu, nasihat Encik Hamdan dan kemudian kelibatnya hilang di sebalik pintu utama. Dalam masa Aisya khusyuk membuat kerja, telefon bimbitnya berbunyi dengan tiba-tiba sekali gus memecahkan kesunyian di dalam pejabat itu. Lantas Aisya mencapai telefon lalu menjawab panggilan tersebut. Selepas lima minit, dia kembali semula kepada kerjanya yang masih lagi berbaki. Jika diikutkan hati selepas mendengar kenyataan Encik Hamdan sebentar tadi, mahu sahaja dia terus pulang dan meninggalkan kerja tersebut untuk disambung esok. Tetapi, siapalah dia untuk melawan mahupun membantah kata-kata Tengku Hariz kerana di syarikat itulah dia mencari rezeki yang halal untuk menampung segala perbelanjaan harian dan juga Puan Suhaila di kampung. Alhamdulillah, siap juga akhirnya. Dia mengucapkan syukur di dalam hati. Dia melihat jam di tangan. Ya Allah! Sudah hampir pukul satu pagi, suaranya sambil tangannya sibuk mengemas meja yang berselerak dengan fail-fail syarikat.

45

Hatimu Milikku

Dia terlalu khusyuk sehinggakan dia tidak menyedari masa begitu pantas berlalu. Seingatnya tadi, selepas menunaikan solat maghrib, dia terus menyambung tugasnya tanpa menghiraukan keadaan sekeliling dan juga waktu. Matlamatnya ketika itu ialah menyiapkan tugasnya secepat mungkin. Setelah meletakkan laporan tersebut di atas meja Tengku Hariz, dia segera mencapai beg tangan lalu mengunci pintu utama. Lif yang dinaiki pantas menjalankan tugas menuruni bangunan itu setingkat demi setingkat. Setibanya di tingkat bawah, dia terlihat Mr. Raja, guard yang bertugas pada malam itu. Dihampirinya orang tua itu lalu menegurnya. Eh, Cik Aisya. Apa Cik Aisya buat kat sini pagi-pagi buta ni? soalnya yang pelik melihat Aisya masih belum pulang ke rumah. Aisya hanya melemparkan senyuman yang manis kepada lelaki itu. Saya ada kerja yang perlu disiapkan uncle. Emmm uncle sorang aje ke bertugas malam ni? Mana Pak Mat? soal Aisya sambil matanya meliar mencari kelibat Pak Mat. Walaupun baru seminggu mengenali Mr. Raja dan Pak Mat, jelas terpancar akan kemesraan di antara mereka bertiga. Pak Mat hari ni kurang sihat, jadi uncle sorang saja bertugas malam ni. Cik Aisya balik dengan siapa ni? tanya Mr. Raja sambil matanya memerhati tingkah laku Aisya. Entahlah uncle kalau tak ada teksi, alamatnya saya tidur di sini ajelah, gurau Aisya sambil mendail nombor telefon Nadia.

46

Eliza AB

Mr. Raja mengerutkan kehairanan dengan jawapan Aisya.

dahinya,

pelik

dan

Melihat riak kehairanan di wajah Mr. Raja, Aisya dengan segera memberitahu Mr. Raja yang dia meminta tolang rakan serumah untuk menjemputnya sebentar lagi. Mr. Raja mengangguk faham. Hairan jika Aisya benar-benar memaksudkan kata-katanya tadi untuk tidur di pejabat. Namun dia berasa kagum dengan keberanian dan kesungguhan Aisya terhadap kerja yang diberikan oleh bos Aisya itu. Mana mungkin gadis sepertinya begitu berani menyiapkan kerja sehingga larut malam begini. Mungkin dia ada tali pinggang hitam tae kwan do ni. Sebab itulah dia tak takut untuk pulang lewat begini, agaknya di dalam hati.

KAU ni pun satulah Aisya mana ada orang siapkan kerja sampai pagi-pagi buta begini, bebel Nadia sambil membaringkan badannya di atas katil Aisya. Adalah! jawab Aisya spontan. Nadia terbangun dengan jawapan Aisya. Matanya dikecilkan. Akulah. Siapa lagi? sambung Aisya sambil ketawa mengejek Nadia. Kurang asam kau Aisya, kenakan aku ya, marah Nadia sambil melemparkan sebiji bantal ke arah Aisya. Aisya menyambutnya berserta tawa yang lagi kuat. Selepas itu, dia masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan badannya yang dari pagi tadi tidak dibelai dan disirami dengan bau-bauan yang semerbak. Nadia segera beredar ke biliknya akibat keletihan

47

Hatimu Milikku

dan mengantuk. Kalau diikutkan hati, mahu saja dia menyerang Tengku Hariz di atas tindakan serta arahan yang diberikan ke atas Aisya. Sudahlah kes langgar di restoran hari itu masih belum selesai lagi, ditambah pula dengan kes Aisya menyiapkan kerja hingga ke pagi buta. Kedua-dua kes ini membuatkan hatinya terbakar dengan insan yang bernama Tengku Hariz itu. Dan berita yang diterima baru-baru ini menambahkan kebenciannya terhadap Tengku Hariz. Kes di mana Aisya diperbodoh-bodohkan dan dipermain-mainkan oleh Tengku Hariz pada hari pertama Aisya bekerja. Jika diikutkan hati, mahu sahaja dia menampar lelaki itu. Mahu sahaja dia menyuruh lelaki itu meminta maaf dan berlutut di hadapan Aisya. Menyesali akan perbuatannya terhadap Aisya. Namun, apa yang menjadi hairan baginya, kenapa Aisya boleh berubah menjadi seorang yang penakut? Dia teringat semula kisahnya di universiti tidak lama dahulu, di mana Aisya pernah bergaduh dan bertumbuk dengan seorang senior gara-gara senior itu mengejek dan memalukan dia di hadapan orang ramai hanya disebabkan salah faham senior tersebut yang mengandaikan dia memberi surat cinta kepada senior tersebut. Masih terngiang-ngiang ayat yang Aisya semburkan kepada senior tersebut. Kau ingat muka kau tu handsome sangat ke? Kucing kat rumah aku lagi handsome dan cutelah dari kau. Daripada aku suka kat kau, ada baiknya aku suka kat kucingkucing tu, dapat jugak pahala daripada kau buat tambah dosa saja. Kata Aisya dengan tegas dan meninggalkan senior itu terpinga-pinga dan malu keseorangan. Nadia tersenyum bangga dengan tindakan Aisya terhadap senior itu. Terlalu sombong dan berlagak bagus membuatkan ramai di antara pelajar-pelajar junior meluat

48

Eliza AB

dengannya. Bukan sahaja budak-budak junior, malah ada juga budak-budak senior yang tidak menyenangi akan perangai senior tersebut. Namun tidak dinafikan juga yang senior itu mempunyai ramai peminat perempuan di universiti itu. Bermula dari peristiwa itu, Aisya mengalami pelbagai rintangan dan dugaan hidup yang dia sendiri tidak menduga akan berlaku ke atas perjalanan hidup kawan baiknya itu. Bermula dari peristiwa itu jugalah, Aisya yang dikenalinya dahulu merupakan seorang yang nakal, periang dan berani bertukar menjadi seorang yang pendiam dan penakut. Perubahan itu amat menyeksakan perasaannya ketika itu. Dia cuba sedaya upaya untuk mengembalikan Aisya yang asal, namun usahanya tidak berjaya. Titik-titik hitam yang tercalit di dalam diari hidup Aisya benar-benar membuatkan dia amat bersimpati ke atas Aisya dan dia tidak mahu melihat Aisya menitiskan air mata lagi disebabkan seorang insan yang bernama LELAKI.

49

Hatimu Milikku

Bab 4
bilik.

ISYA LYANA SOFEA BINTI AHMAD NORDIN!!! jerit Tengku Hariz dari dalam

Semua yang berada di luar terkejut dengan jeritan Tengku Hariz. Masing-masing berpandangan sesama sendiri. Belum pernah mereka melihat Tengku Hariz semarah itu. Setahu mereka, Tengku Hariz merupakan seorang yang tegas dan bukan pemarah, tetapi hanya beberapa perkara sahaja yang boleh membuatkan Tengku Hariz menjadi marah dan tegas. Pertama, jika pekerja bawahan tidak mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh syarikat. Kedua, jika pekerja bawahan melawan serta membantah arahan yang telah dikeluarkan, maka surat cinta dari Bahagian Sumber Manusia akan diberikan kepada pekerja tersebut. Ketiga, jika pekerja bawahan menyentuh barang peribadinya di dalam pejabat melainkan cleaner yang telah diarahkan untuk mengemas pejabat. Keempat, jika pekerja bawahan mencampuri urusan peribadinya dan yang terakhir jika

50

Eliza AB

pekerja bawahan mencampuradukkan urusan peribadi dengan kerja. Dia amat pantang jika pekerja bawahan bermain cinta di syarikatnya. Bagi Tengku Hariz urusan cinta harus dipisahkan dari syarikat. Nurul, wheres Aisya? tanya Tengku Hariz dengan tiba-tiba mematikan lamunan Nurul terhadap Tengku Hariz. Nurul, Im talking to you! sambung Tengku Hariz sedikit meninggi apabila tiada tindak balas daripada setiausahanya itu. Maaf Tengku, Cik Aisya belum masuk lagi, jawabnya ikhlas sedikit gugup. What do you mean with Cik Aisya belum masuk lagi? ulang Tengku Hariz dengan nada yang masih keras. Matanya mencerlung ke arah Nurul. Nurul tidak tahu bagaimana hendak menjawab soalan Tengku Hariz. Apa yang pasti, Aisya masih belum menampakkan batang hidungnya lagi. Jam di dinding sudah menunjukkan hampir ke angka sembilan pagi. Waktu bekerja di Menara Holding bermula dari pukul lapan setengah pagi hingga ke lima setengah petang. Aisya sepatutnya prihatin dengan waktu bekerja memandangkan dia masih lagi dalam tempoh percubaan. Tengku Hariz mendengus kasar apabila Nurul terkebil-kebil memandangnya. Dia masuk semula ke dalam biliknya. Maaf kak, saya terlewat. Suara Aisya tiba-tiba mematikan lamunan Nurul. Nurul agak terkejut dengan kehadiran Aisya. Sekilas dia memandang ke arah jam di dinding. Kak, saya terlewat bangun dan maaf sebab tak

51

Hatimu Milikku

beritahu akak terlebih dulu, bicara Aisya lembut apabila menyedari Nurul mengerling ke arah jam di dinding. Nurul bangun dan menghampiri Aisya yang sedang sibuk mencapai fail dan menghidupkan komputer. Aisya, akak bukannya apa... bos pantang kalau stafnya masuk lambat tanpa memberitahunya terlebih dulu. Aisya kena ingat semua ni, nasihat Nurul sebelum memberitahu Aisya bahawa Tengku Hariz ingin berjumpa dengannya. Aisya menganggukkan kepalanya. Dia kemudiannya melangkah ke bilik Tengku Hariz. Dia sudah dapat menduga apa yang bakal dihadapi selepas dia menjejakkan kaki ke dalam bilik itu. Dia tahu dia telah melanggar peraturan syarikat kerana lewat menghadirkan diri ke pejabat. Bukan sengaja dia berbuat begitu. Disebabkan keletihan yang terlampau gara-gara lewat pulang semalam, membuatkan dia terlewat bangun dan juga lewat hadir ke tempat kerja. Apa yang menjadi tanda tanya, kenapa Nadia tidak mengejutkannya? Ah! Mungkin aku yang tidur mati sampai tak sedar Nadia kejutkan aku. Agaknya dia pun akan terlewat kalau terus kejutkan aku, simpulnya di dalam hati. Masuk! arah Tengku Hariz tegas dan keras. Menahan kemarahan di hati. Aisya mengatur langkah menghampiri meja Tengku Hariz setelah tombol pintu dipulas. Maafkan saya Tengku di atas kelewatan saya hari ini. Jujur Aisya memberitahu dengan nada yang terketarketar. Dia menundukkan muka memandang lantai. Maaf? Awak ingat ini company bapa awak yang punya ke, sesuka hati awak nak datang dan balik? marah Tengku Hariz sambil membaling fail ke muka Aisya.

52

Eliza AB

Tersentak Aisya dengan tindakan Tengku Hariz itu. Tidak menyangka Tengku Hariz sanggup berbuat begitu disebabkan kesalahan kecil yang dilakukannya hari ini. Air mata sudah mulai bertakung di kelopak mata, hanya menunggu masa untuk gugur sahaja. Hatinya tersentuh tatkala Tengku Hariz menyebut perkataan bapa. Lagi satu, laporan yang awak buat ni, langsung tidak menepati kehendak syarikat. Rubbish! sambung Tengku Hariz dan kali ini dia melemparkan fail yang telah disediakan oleh Aisya semalam ke atas meja sehingga fail itu jatuh betul-betul di kaki Aisya. Aisya menyeka air mata di pipinya. Hatinya benarbenar sakit apabila diperlakukan sebegitu oleh Tengku Hariz. Memang benar, Tengku Hariz punya hak untuk mengkritik walau seteruk mana pun hasil kerjanya, tetapi Tengku Hariz tidak punya hak untuk menghinanya apatah lagi menjatuhkan maruahnya. Jika tiada apa-apa lagi, saya minta diri dulu, pohon Aisya lemah. Dia tidak mahu maruahnya terus dipijakpijak, lantas dia memohon untuk beredar dari ruangan yang menyesakkan nafas itu. Hey, aku belum habis cakap lagi, tegur Tengku Hariz keras mematikan langkah Aisya. Matanya tajam merenung Aisya. Tengku nak kata apa lagi pada saya? Semua yang saya buat menjadi kesalahan bagi Tengku. Jadi ada baiknya saya keluar. Moga hati Tengku lebih mengingati Allah dan tidak mudah dihasut oleh syaitan. Luah Aisya seakan menyindir. Dia nekad untuk keluar dari bilik itu. Dia tidak hiraukan tindakan yang bakal diterima akibat melawan cakap bos, asalkan dia tidak diperlakukan sebegitu lagi.

53

Hatimu Milikku

Tengku Hariz terkejut dengan tindakan Aisya yang keluar tanpa arahannya. Belum pernah pekerja bawahan melawan arahannya melainkan Aisya. Dia benar-benar rasa tercabar dengan kedudukannya sebagai Pengarah Urusan di Menara Holding.

AISYA... panggil Nurul perlahan kerana dikhuatiri akan mengganggu kerja Aisya. Semasa menuju ke bilik Tengku Hariz untuk menghantar dokumen tadi, dia terdengar akan amukan dan amarah Tengku Hariz terhadap Aisya. Niatnya untuk masuk ke dalam bilik menghantar dokumen mati begitu sahaja kerana dikhuatiri akan dimarahi oleh Tengku Hariz pula. Emmm... balas Aisya pendek. Aisya masih lagi khusyuk dengan tugas membetulkan laporan yang dibuatnya semalam. Kalau diikutkan hati, mahu sahaja dia membuang laporan tersebut ke dalam tong sampah. Dia kecewa kerana usahanya tidak dihargai oleh Tengku Hariz. Pulang lewat hampir ke satu pagi, semata-mata untuk menyiapkan laporan tersebut hanya sia-sia sahaja. Nurul melangkah menghampiri Aisya yang masih tekun membuat kerja. Ada apa kak? tanya Aisya apabila menyedari kehadiran Nurul di sisinya. Nurul masih berperang dengan dirinya sendiri untuk bersuara. Kak, kalau tak ada apa-apa... boleh tak akak jangan kacau saya. Saya tengah banyak kerja ni, sambung Aisya.

54

Eliza AB

Maaflah kalau akak ganggu Aisya, ujar Nurul perlahan dan kembali semula ke tempat duduknya. Mukanya berubah muram selepas ditegur oleh Aisya. Melihatkan perubahan di wajah Nurul, lantas Aisya meminta maaf akan keterlanjuran kata-katanya tadi. Dia tidak berniat untuk berkata begitu. Nurul memahami situasi Aisya. Namun dia tidak ambil hati dengan kata-kata Aisya. Dia juga bersalah kerana membabitkan Aisya dalam hal tersebut. Nah! Saya nak awak siapkannya hari ini juga tanpa sebarang kesilapan. Laporan semalam sekali. Faham! arah Tengku Hariz sambil mencampakkan sebuah fail betul-betul di hadapan Aisya dan hampir mengenai mata Aisya. Aisya tersentak. Jari-jemari yang dari tadi laju menekan papan kekunci termati dengan tiba-tiba. Astaghfirullahalazim! Aisya mengucap di dalam hati, terkejut dengan perbuatan Tengku Hariz itu. Tak guna punya bos! Sesuka hati kau aje nak campak benda depan aku. Kau ingat aku ni patung ke? Aisya menyumpah di dalam hati. Betullah kata Kak Nurul, dia tu ikut suka hati dia aje nak marah atau tak. Aku tersalah anggap tentang dia. Tapi, takkanlah disebabkan insiden kat restoran hari tu sampai kau nak dera aku. Benda kecil pun nak dibesar-besarkan ke? Tak profesional langsung, gerutu hati Aisya lagi. Namun, dia tidak menyedari bahawa tingkah lakunya sedang diperhatikan oleh Tengku Hariz. Awak menyumpah saya ke Aisya? sergah Tengku Hariz. Aisya mengetap bibirnya. Sudah menjadi kebiasaan bagi mulutnya terkumat-kamit apabila memarahi seseorang di dalam hati.

55

Hatimu Milikku

Ya! Memang aku tengah menyumpah kau. Ingin sahaja Aisya melontarkan kata-kata tersebut tetapi hanya setakat di kerongkongnya sahaja. Do it now! arah Tengku Hariz nyaring dan memecah suasana sunyi di pejabat itu. Nurul yang berada berhampiran dengan meja Aisya hanya tunduk membisu. Tengku Hariz menghempas pintu biliknya. Bengang dan marah terhadap Aisya tidak pernah surut. Walaupun dia tidak berapa jelas dengan kata-kata Aisya tadi, dia dapat merasakan yang Aisya sedang menyumpah seranah dirinya. Huh! Dengus Tengku Hariz melepaskan kemarahan sambil tersandar lesu. Dia menggenggam erat tangannya. Kau cabar aku, Aisya. Kau tunggu apa yang aku akan buat pada kau nanti. Kau jangan ingat kau boleh senang bekerja kat sini. Aku akan pastikan kau berhenti kerja dan merayu-rayu aku supaya mengambil kau semula. Kita tunggu dan lihat saja Aisya, azam Tengku Hariz sambil ketawa sinis. Insiden yang berlaku di restoran tidak lama dulu membuatkan dirinya membenci dan berdendam dengan Aisya. Mana mungkin dia tidak membenci dan berdendam dengan Aisya kerana Aisya telah memalukan dirinya di khalayak ramai. Aisya telah mempertikaikan harga kemejanya. Jika diikutkan hati ketika itu, mahu sahaja dia menampar Aisya. Tetapi, dia hanya untuk menolak Aisya jatuh ke lantai. Walaupun begitu, hatinya tetap puas tatkala melihat Aisya jatuh tersungkur di hadapan orang ramai. Ah! Buat apa aku fikirkannya lagi? Aku perlu fikirkan cara untuk menyingkirkan dia dari syarikat aku, bisik hati Tengku Hariz.

56

Eliza AB

MAK KIAH! laung Tengku Hariz dari dalam biliknya. Terkocoh-kocoh Mak Kiah berlari meniti anak tangga menuju ke bilik Tengku Hariz yang terletak di tingkat atas. Mana baju saya? tanya Tengku Hariz sebaik sahaja Mak Kiah berada di hadapannya. Baju yang mana satu Tengku? tanya Mak Kiah tersekat-sekat. Alamak! Tertanya la pulak, bisik Mak Kiah di dalam hati. Tengku Hariz amat pantang jika sesiapa bersoal jawab dengannya semula. Tengku Hariz mengangkat keningnya. Mak Kiah tertunduk takut. Baju yang saya suruh Mak Kiah basuhkan pagi tadi. Mana dia baju tu? jawab Tengku Hariz seraya menghulurkan tangannya. Mak Kiah terkial-kial cuba mengingati arahan Tengku Hariz pagi tadi. Dia menepuk dahinya apabila mengingatinya semula. Maafkan Mak Kiah, Tengku Hariz. Mak Kiah betul-betul terlupa nak basuh baju tu pagi tadi. Apa? Terlupa? ulang Tengku Hariz sedikit meninggi. Mak Kiah, kan saya dah pesan pagi tadi, basuh baju tu sebab saya nak pakai malam ni, sambung Tengku Hariz geram. Mak Kiah tunduk membisu. Menyedari akan kesilapannya. Masuk kali ini, sudah tiga kali dia terlupa membuat kerja yang telah diarahkan. Semenjak dia menjejakkan kaki ke dalam keluarga ini, tidak pernah sekali pun dia berbuat salah. Kesemua arahan yang diberikan

57

Hatimu Milikku

disempurnakan dengan penuh amanah dan dedikasi, kerana di sinilah tempat dia mencari rezeki yang halal walaupun kadangkala sikap keluarga Tengku Azman amat menyakitkan hati terutamanya Tengku Hariz. Mungkin aku dah tua dan ada baiknya aku berhenti kerja, luahnya di dalam hati hiba dan sedih. Eh eh orang tua ni, mengelamun pulak. Jangan nak buat drama kat sini. Dah, keluar! arah Tengku Hariz sambil mencapai sehelai T-shirt berwarna biru laut dari dalam almari. Mak Kiah akur dan segera beredar dari bilik itu. Hatinya benar-benar terasa dengan kata-kata Tengku Hariz sebentar tadi. Ditahan air mata agar tidak tumpah membasahi pipi tuanya itu. Mak Kiah mengeluh berat. Dia kecewa dengan sikap dan perangai Tengku Hariz. Tidakkah Tengku Hariz ingat siapa yang menjaganya selama ini, dari kecil hinggalah dia sedewasa itu? Tidakkah dia tahu, tangan yang membelai dan mengusap rambutnya adalah tangan orang tua yang ditengking-tengking dan dihina-hina selama ini? Sejak kelahiran Tengku Hariz, Mak Kiahlah yang bertungkuslumus menjaga Tengku Hariz serba-serbi sepertimana dia menjaga abangnya dahulu. Sharifah Rohana Binti Syed Aziz terlalu sibuk dengan urusannya. Sehabis saja berpantang, Puan Sharifah Rohana kembali ligat dan aktif berpersatuan dan sentiasa menghadiri jamuan-jamuan di luar. Tengku Azman Bin Tengku Imran! Boleh dikira berapa jam dia duduk dan berada di rumah. Sentiasa ada urusan di luar negara, mungkin panas punggungnya jika berada di rumah. Cuma sejak akhir-akhir ini, Tengku Azman

58

Eliza AB

sentiasa berada di rumah. Mungkin disebabkan usianya yang sudah lewat ataupun sudah ada pengganti yang boleh menggantikannya menguruskan syarikat. Apa yang bising-bising tadi tu Mak Kiah? sapa seseorang mematikan lamunan Mak Kiah. Eh, bila Puan Sharifah balik? Mak Kiah sengaja menukar topik. Tidak mahu membesarkan perkara yang kecil dan boleh diselesaikan tanpa bertelagah. Mak Kiah lupa nak basuh baju Riz ma, Riz marah dia tadi, sampuk Tengku Hariz jujur sambil menuruni anak tangga dengan pantas. Mak Kiah tertunduk dan terkedu untuk berkatakata. Puan Sharifah Rohana menghampiri Mak Kiah yang masih lagi tertunduk memandang lantai. Maafkan saya Puan Sharifah, saya benar-benar terlupa tadi. Belum sempat Puan Sharifah Rohana berkatakata, Mak Kiah sudah pun mengakui akan kesalahannya. Tengku Hariz hanya tersenyum sinis dan melangkah keluar dari rumah. Lain kali jangan buat macam ni lagi. Mak Kiah bukannya tak kenal dengan perangai Hariz. Dia memang pantang kalau orang lupa dengan arahannya. Nasihat Puan Sharifah Rohana sambil menepuk lembut bahu Mak Kiah. Kemudian dia meninggalkan Mak Kiah yang masih lagi dirundung rasa bersalah. Mak Kiah menyambung semula kerjanya yang tertangguh tadi dengan kesalan dan pilu di hati.

59

Hatimu Milikku

TENGKU HARIZ segera keluar setelah memarkirkan kereta di hadapan bangunan Menara Holding. Dia terlupa untuk membawa sekali briefcase pulang ke rumah kerana kesemua dokumen yang diperlukan berada di dalam briefcase tersebut. Malam ini dia terpaksa akur dengan arahan Tengku Azman yang memintanya menghadiri sebuah perjumpaan bersama rakan-rakan perniagaan Tengku Azman di sebuah restoran ternama di Kuala Lumpur. Kalau diikutkan hati, ingin sahaja dia menolak arahan Tengku Azman itu kerana dia sudah pun berjanji untuk makan malam bersama Sharifah Aleeya. Namun siapalah dia untuk membantah arahan Tengku Azman. Mahu ataupun tidak, Hariz kena pergi juga. Kata-kata Tengku Azman yang tegas masih terngiang-ngiang di telinga. Walaupun hati membantah, arahan Tengku Azman terpaksa diikutkan juga. Ya, aku tahu Nadia. Kau janganlah marah aku. Aku tengah usaha siapkannya dengan cepat, jelas Aisya berharap Nadia akan faham situasinya ketika itu. Dia tidak ada masa untuk melayan kerenah Nadia yang memarahinya apabila pulang lewat untuk kali yang kedua semata-mata menyiapkan laporan untuk bos yang dianggap gila itu. Aisya mematikan talian telefon ketika Nadia masih lagi membebel di hujung talian. Jika dia tidak berbuat begitu, sudah pastilah Nadia akan terus memarahinya. Aisya mengalihkan tumpuan semula ke skrin komputer sambil jarijemarinya ligat menekan papan kekunci. Isy! Bunyi apa tu? keluh Aisya dengan tiba-tiba dan mematikan segala perbuatannya. Bingkas dia bangun dan mengamati bunyi tersebut yang datangnya dari pintu utama. Jika dia tidak silap, dia telah berpesan kepada Hisham agar mengunci pintu utama kerana dia akan pulang

60

Eliza AB

lewat semata-mata menyiapkan laporan yang diminta oleh Tengku Hariz. Takkan pencuri kut? soalnya sambil mencapai penyapu dari bilik pantry. Dia melangkah perlahan-lahan menghampiri pintu utama dan menyorok di belakang pintu. Sekurang-kurangnya bila dia di sini, dia boleh memukul pencuri tu dari arah belakang dan segera membatukan diri menunggu kemunculan pencuri tersebut. Sebaik sahaja melihat sesusuk tubuh masuk ke dalam pejabat, dengan pantas dia memukul belakang susuk tersebut. Aduh! rengek Tengku Hariz seraya jatuh tersungkur menyembah lantai. Dia cuba bangun tetapi dirasakan bahunya kesakitan amat sangat, begitu juga lengannya. Ya Allah, Tengku Hariz! jerit Aisya yang terkejut dengan kehadiran lelaki itu di pejabat. Perasaan bersalah yang amat sangat menghantui dirinya ketika ini. Maafkan saya Tengku, saya tak sengaja. Saya ingatkan pencuri tadi, rupa-rupanya Tengku. Maafkan saya, jelas Aisya dengan riak bersalah. Dia cuba membantu Tengku Hariz berdiri namun ditepis keras oleh Tengku Hariz. Tengku Hariz merasakan bahunya bagai nak tercabut dari badan. Terasa sakit di lengan kerana dia menghimpit lengannya sendiri ketika jatuh tadi. Awak ni bodoh ke? Takkan saya nak curi masuk ofis saya sendiri! tengking Tengku Hariz sambil memicitmicit bahunya yang kesakitan itu. Maafkan saya, saya memang tak sengaja pukul Tengku. Saya ingatkan pencuri yang nak masuk dalam ofis ni tadi, jelas Aisya lagi. Dia berasa tidak selesa apabila direnung tajam oleh

61

Hatimu Milikku

Tengku Hariz. Dia tunduk membisu seketika seusai menjelaskan perkara sebenar kepada Tengku Hariz. Maaf? Maaf otak kau! Kau ingat dengan perkataan maaf boleh selesaikan semua masalah! tengking Tengku Hariz dan melangkah masuk ke dalam biliknya. Dia mencari briefcase berwarna hitam miliknya di dalam pejabat itu. Tengku! panggil Aisya. Langkah Tengku Hariz terhenti dengan panggilan itu. Saya tahu saya bersalah, tapi itu tak bermakna Tengku ada hak untuk menengking saya. Saya tidak diajar untuk menjawab kerana saya diajar untuk menghormati orang, bukan seperti Tengku yang berlagak bagus seolah-olah Tengku berkuasa untuk menghukum orang. Hanya Allah sahaja yang berhak menghukum umat-Nya, khutbah Aisya panjang lebar. Dia menundukkan muka. Malas untuk bertentangan mata dengan Tengku Hariz. Tengku Hariz mengangkat keningnya dan memandang tajam ke arah Aisya, seperti singa yang sedang lapar, menunggu masa untuk membaham mangsanya. Mak ayah awak tak ajar awak bagaimana untuk menggoda lelaki kaya sekali ke? sindir Tengku Hariz diikuti dengan ketawa sinisnya yang sengaja dan cukup menjengkelkan Aisya. Aisya terkejut dengan lontaran kata-kata Tengku Hariz itu. Dia mengangkat muka dan merenung tajam wajah Tengku Hariz. Kenapa perlu libatkan mak ayah? suara Aisya perlahan menahan kesabaran namun masih didengari oleh Tengku Hariz.

62

Eliza AB

Tengku Hariz meneruskan tawanya. Sebab mak ayah kau tu bodoh, dah tu ajar anak yang bodoh macam kau bertambah bodoh la, sambung Hariz dan segera melangkah ke pintu utama. Masih kedengaran sisa tawanya itu. Menyirap darah Aisya mendengar setiap perkataan Tengku Hariz. Dia terasa dihina dan dikutuk oleh Tengku Hariz. Jika dia seorang sahaja yang dihina dan dikutuk, dia masih boleh menerimanya, tetapi apabila melibatkan orang tuanya, dia tidak boleh bersabar lagi. Pangggg!!!! Satu tamparan hangat mengenai pipi Tengku Hariz. Tersentak Tengku Hariz dengan tindakan Aisya itu. Di luar jangkaannya. Woi cari nahas betul minah ni! marah Tengku Hariz sambil meraba-raba pipinya yang terasa sakit dan kebas. Matanya tajam merenung Aisya. Sakit? soal Aisya mengejek. Begitu jugalah sakitnya hati saya bila awak menghina dan mengutuk keluarga saya. Ya, memang saya tidak diajar dengan baik oleh arwah abah saya, tapi saya masih berpegang dengan ajarannya walaupun arwah sudah lama pergi meninggalkan saya. Jangan sesekali awak menghina orang lain. Mana tau suatu hari nanti, orang yang awak hina itu akan membantu awak ketika awak dalam kesusahan. Saya minta maaf sekali lagi. Mulai esok saya berhenti bekerja dari syarikat awak. Terima kasih di atas tunjuk ajar yang awak berikan walaupun tunjuk ajar awak itu hanyalah penghinaan, tengkingan dan kemarahan awak terhadap saya. Maaf juga jika saya telah memalukan awak di khalayak ramai atas insiden yang berlaku di restoran dulu.

63

Hatimu Milikku

Saya minta diri dulu! hambur Aisya dan terus mencapai beg tangan dari dalam laci dan segera beredar dari situ. Ketika itu dia benar-benar memerlukan seseorang untuk merembeskan air mata yang sudah lama ditahan agar tidak gugur di hadapan Tengku Hariz. Kau perlu kuat Aisya. Ini baru sikit. Kau pernah terima yang lagi dahsyat dari hari ini, bisik hatinya memberi semangat buat dirinya sendiri. Masih jelas di ingatan bagaimana dia dihina dan diherdik setiap hari oleh Tengku Azizul, bekas suaminya dahulu. Tidak pernah terlintas dan terdetik di fikiran mahupun berangan-angan untuk menjadi isteri kepada seorang Tengku, kaya dan terkenal seperti Tengku Azizul kerana dia sedar akan status dan kedudukannya di mata Tengku Azizul. Tengku Azizul yang terlalu egois dan bongkak. Benarlah kata orang tua-tua, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Begitulah yang terjadi kepadanya lima tahun yang lepas. Kenangan yang tidak mudah untuk dilupakan sehingga ke akhir hayatnya. Disebabkan itu jugalah, dia terlalu sukar untuk mempercayai dan menerima insan yang bernama lelaki di dalam hidupnya. Cik Aisya, tegur mematikan lamunan Aisya. seseorang dari belakang

Aisya menoleh dan terlihat Mr. Raja sedang tersenyum memandangnya. Cik overtime lagi ke? tanya Mr. Raja. Aisya hanya menganggukkan kepalanya sahaja. Nak saya tolong panggilkan teksi? pelawa Mr. Raja apabila melihat Aisya hanya tunduk membisu.

64

Eliza AB

Eh, tak apalah uncle. Kawan saya datang ambil, tolak Aisya. Ketika ini dia tiada mood untuk berbual panjang dengan Mr. Raja. Kemudian, dia menuruni anak tangga dengan cermat untuk menuju ke perhentian teksi yang terletak tidak jauh dari bangunan Menara Holding. Belum sempat dia melangkah menuruni anak tangga, lengannya sudah ditarik oleh seseorang. Aduh! Nak apa lagi dia ni dengan aku? Tak puas hati lagi ke? Marah Aisya di dalam hati. Aisya memandang tepat ke anak mata Tengku Hariz yang sedang merah menyala seolah-olah sedang menahan kemarahan. Aku ada hadiah nak beri pada kau. Belum sempat Aisya membalas kata-kata Tengku Hariz, Tengku Hariz sudah pun membenamkan bibirnya ke bibir Aisya. Ya Allah! Hanya nama itu saja yang terbit dalam hati Aisya. Dia cuba melepaskan diri tetapi Tengku Hariz kuat memegangnya. Baru puas hati aku! sorak Tengku Hariz meraikan kemenangan seraya menolak Aisya ke belakang. Aisya jatuh tersungkur. Kemudian, Tengku Hariz segera menghidupkan enjin kereta dan memecut laju meninggalkan bangunan Menara Holding. Aisya tergamam dengan tindakan Tengku Hariz. Mr. Raja yang sedari tadi menjadi pemerhati, segera menuju ke pondok pengawal sambil mulutnya terkumatkamit menuturkan sesuatu. Ayoyo karawaley! Suara Mr. Raja mengejutkan Pak Mat yang sedari tadi ralit menonton televisyen. Dia memandang sekilas ke

65

Hatimu Milikku

arah rakan sekerjanya itu. Kamu ni kenapa Raja? Dari tadi aku tengok mulut kamu tu macam menyumpah seranah seseorang saja, kenapa? Ayoyo Mat, itu budak sedang sedang. Agak sukar Mr. Raja memberitahu. Berkerut dahi Pak Mat menunggu ayat yang masih tidak keluar dari mulut Mr. Raja. Sedang apa Raja oiii! ulang Pak Mat dengan nada yang ditekankan sedikit. Ala itu orang muda zaman sekarang la Mat itu sedang jawab Mr. Raja sambil menunjuk isyarat tangan seperti orang bercium kepada Pak Mat. Bulat mata Pak Mat melihat isyarat Mr. Raja itu. Ala, apa yang nak dikisahkan sangat Raja. Zaman sekarang ni, mana-mana tempat pun boleh jadi. Dahlah, aku nak ke tandas kejap, kamu tunggu ya, bidas Pak Mat dan segera meninggalkan pondok pengawal. Belum sempat Pak Mat melangkah jauh, dia menoleh semula ke arah Mr. Raja dan bersuara. Rugi pulak aku tak menengoknya ya Raja. Mr. Raja terkejut dengan kata-kata Pak Mat. Dia memandang ke arah Pak Mat yang berjalan longlai menuju ke tandas. Jelas kedengaran tawa Pak Mat selepas melontarkan kata-kata itu tadi. Namun dalam hati Mr. Raja, dia masih tertanya-tanya akan tindakan berani Tengku Hariz mencium Aisya. Seolah-olah Aisya tidak merelakan perbuatan Tengku Hariz itu. Aduh amma, macam mana ini? Ane banyak kesian sama itu Cik Aisya, bisik Mr. Raja sendirian. Aisya! panggil Nadia sambil menurunkan cermin kereta.

66

Eliza AB

Aisya menoleh sambil menyeka air mata yang hampir gugur. Dia masuk ke dalam kereta sambil melemparkan senyuman hambar kepada Nadia. Sebolehbolehnya dia tidak mahu Nadia menyedari akan perubahan di mata serta di wajahnya. Kau tertidur kat lantai tu ke tadi? tanya Nadia dengan tiba-tiba memecahkan kesunyian di dalam kereta. Kalau ya pun aku lambat, janganlah sampai tidur kat situ, macam pengemis pulak aku tengok, sambung Nadia lagi diikuti dengan gelak tawanya yang nakal. Aisya hanya tersenyum pahit. Tidak mahu membalas kata-kata Nadia. Apa yang dia mahukan ketika ini ialah pulang ke rumah dan membersihkan diri daripada kesan noda yang ditinggalkan oleh Tengku Hariz sebentar tadi. Kau ada apa-apa nak bagitau aku, Aisya? soal Nadia lagi apabila menyedari tiada tindak balas yang dipamerkan oleh Aisya ke atas gurauannya sebentar tadi. Aisya hanya membisu dan menggelengkan kepala. Nadia menoleh sekilas ke arah Aisya yang sedang duduk di kerusi sebelah pemandu. Terpancar ketakutan dan kesedihan di wajah Aisya ketika itu. Huh! Satu keluhan dilepaskan oleh Nadia. Sampai bila kau nak jadi macam ni Aisya? Dulu kau tak macam ni. Kalau orang mengutuk dan menghina kau, kau akan lawan balik. Kenapa kau membisu dan mendiamkan diri bila orang mengambil kesempatan ke atas diri kau? Mana Aisya Lyana Sofea yang aku kenal dulu? Seorang yang tegas, periang, nakal, bijak dan manja. Aku merindui kau Aisya! Ingin saja Nadia melontarkan luahan itu kepada Aisya, namun ianya tersekat di kerongkongnya sahaja.

67

Hatimu Milikku

HA HA HA baru padan muka kau Aisya! Kau nak mainmain dengan aku. Ini Tengku Harizlah. Jangan kau ingat senang nak kenakan aku! sorak Tengku Hariz sebaik sahaja keretanya melepasi bangunan Menara Holding. Hatinya gembira. Senyuman puas terukir di bibir. Dia memutar stereng menuju ke rumah. Niatnya untuk mewakilkan Tengku Azman menghadiri perjumpaan dibatalkan begitu saja. Dia tidak peduli dengan kemarahan Tengku Azman. Apa yang penting, dia sudah membalas dendam terhadap Aisya dan kemenangan berpihak kepadanya. Tengku Hariz menyeluk poket seluar apabila menyedari telefon bimbitnya bergetar. Lantas dia menekan butang hijau dan menunggu butir bicara dari pihak sebelah. Riz kat mana ni? tanya Tengku Azman sebaik sahaja Tengku Hariz melekapkan telefon bimbit ke telinga. Keluhan berat terlepas jua. Kenapa tak pergi perjumpaan tu? Mereka dah lama tunggu Riz! sambung Tengku Azman sedikit meninggi. Riz tak sihat la papa. Tiba-tiba aje rasa pening kepala dan sakit-sakit badan. Riz on the way ke klinik ni, bohong Tengku Hariz. Mungkin dengan cara ini, dia dapat melepaskan diri daripada menghadiri perjumpaan tersebut. Mungkin juga disebabkan tamparan Aisya tadi memberi hikmah padanya. Dan dia punya alasan yang kukuh untuk mengelak. Bukan niatnya untuk membohongi Tengku Azman. Tetapi disebabkan sikap kawan-kawan Tengku Azman membuatkan dia terasa berat hati untuk berjumpa. Dia khuatir dia tidak cukup iman untuk melawan nafsunya nanti. Pada kebiasaannya jika dia menghadiri perjumpaan sebegitu, sudah pastilah perempuan-perempuan cantik akan melayani

68

Eliza AB

mereka. Mereka juga akan dijamukan dengan minuman keras dan berkaraoke. Walaupun imannya tidak sekuat mana, tetapi dia masih boleh membezakan yang mana halal dan haram. Bercium tu halal ke? Dahinya berkerut tiba-tiba. Riz jangan nak susahkan papa. Riz tahu tak betapa pentingnya perjumpaan tu, ujar Tengku Azman geram. Sakit hati apabila Tengku Hariz mengendahkan arahannya. Papa Riz minta maaf. Kepala Riz betul-betul sakit. Okeylah papa, Riz nak jumpa doktor. Nanti Riz telefon papa balik, beritahu Tengku Hariz dan segera mematikan talian telefon. Dia menarik nafas lega. Terlepas dari paksaan Tengku Azman. Tengku Hariz memberhentikan kereta di bahu jalan. Nafasnya dihela panjang. Wajah Aisya yang tenang meniti di mata. Entah mengapa wajah itu selalu mengganggu tidurnya setiap malam. Hatinya sentiasa berdebar tatkala wajah itu terlintas di fikiran. Apakah dia sudah jatuh cinta pada wajah itu? Apakah dia sudah angau pada wajah itu? Apakah hatinya sudah terpaut pada wajah itu? Apakah wajah itu pemilik kunci hatinya? Ah!!! Kenapa aku berfikiran seperti ini? Aku benci dia! Aku benci dengan wajah itu! Aku benci! Bentak hatinya. Tengku Hariz membetulkan duduknya. Tindakannya mencium Aisya tadi, sedikit sebanyak mengganggu fikirannya. Kenapa dia tergamak bertindak seperti itu? Seolah-olah Aisya tidak punya maruah dan harga diri. Apakah syaitan telah merasuknya ketika itu? Adakah dia berniat untuk melakukannya? Adakah hatinya gembira ketika melakukannya? Walau apa pun, kemenangan sudah berpihak padanya. Dia tersenyum lebar. Jika Aisya nekad untuk

69

Hatimu Milikku

meletakkan jawatan, sudah pastilah dia orang pertama yang akan meraikan kemenangan itu. Terimalah nasib kau pompuan! Kutuk Tengku Hariz dan tertawa sinis. Kemudian, dia menghidupkan enjin kereta dan memandu pulang ke rumah. Rumah adalah tempat yang terbaik untuk merehatkan fikiran yang sedang kusut ketika ini.

70

Eliza AB

Bab 5
ISYA... panggil Puan Suhaila mematikan lamunan Aisya tentang kejadian dua minggu yang lepas. Sekilas Aisya menoleh. Puan Suhaila sudah punggungnya di sisi Aisya. pun menghenyakkan

Macam mana dengan keputusan Aisya? Mak tak paksa Aisya untuk terimanya. Tapi, kalau Aisya dah ada pilihan lain, Aisya berhak untuk menolak lamaran keluarga pak long, sambung Puan Suhaila bersungguh-sungguh. Dalam hati, dia berharap agar Aisya menerima lamaran Aidil Ahmad Bin Zakuan, anak abangnya itu. Mak, Aisya perlukan masa untuk memikirkannya. Aisya harap mak hormati keputusan Aisya ini, balas Aisya dan segera bangun lalu menuju ke biliknya. Puan Suhaila hanya memerhatikan langkah Aisya hingga hilang dari pandangan mata. Bingkas dia bangun menuju ke dapur untuk mengemas saki-baki kerja yang tertinggal.

71

Hatimu Milikku

Mak, Kak Aisya mana? tanya Syikin tiba-tiba membuatkan Puan Suhaila hampir melepaskan pinggan dari tangannya. Isy budak ni, bukannya tau nak bagi salam ke apa, nasib baik tak jatuh pinggan ni dibuatnya, bebel Puan Suhaila sambil mengurut dadanya. Syikin sekadar tersengih. Kemudian dia meninggalkan Puan Suhaila yang masih lagi membebel dengan perangainya sebentar tadi. Syikin menuju ke bilik Aisya. Pintu bilik diketuk dan dikuak perlahan-lahan apabila mendapat kebenaran daripada Aisya. Kemudian dia duduk di birai katil sambil tersengih-sengih. Yang tersengih-sengih macam kerang tak cukup rebus ni kenapa? tanya Aisya bernada usikan. Hairan melihat Syikin tersengih-sengih di birai katil. Tak ada apa. Saja aje nak berbual dengan akak, tak boleh ke? balas Syikin sambil bangun dan menghampiri Aisya yang sedang berdiri di tepi tingkap. Kak, Aidil tukan handsome, macho, pandai, bijak dan lain-lain. Kenapa akak tak nak terima lamaran keluarga pak long? Syikin meletakkan tangannya di bahu Aisya. Kalau akak tak nak, biar Syikin sajalah yang kahwin dengan Aidil tu, boleh? Aisya tergelak besar mendengar pengakuan Syikin. Seakan tidak percaya dengan apa yang didengarnya sebentar tadi. Eh, orang betul-betul akak gelak pulak, rajuk Syikin sambil melepaskan bahu Aisya. Betul ke ni? Sejak bila? soal Aisya inginkan kepastian.

72

Eliza AB

Syikin kakaknya itu.

tersenyum

malu

dengan

pertanyaan

Okey, kalau macam tu Syikin pergilah bagitau kat mak yang Syikin nak kahwin dengan Aidil tu, akak tak kisah, cadang Aisya sambil menarik tangan Syikin untuk berjumpa dengan Puan Suhaila di dapur. Namun, langkah Aisya seolah-olah mati. Tidak sanggup untuk memusnahkan harapan Puan Suhaila yang menginginkan dia berkahwin dengan Aidil. Syikin kehairanan. Mak tak kisah Aisya, asalkan kita tak malukan keluarga pak long, sampuk Puan Suhaila dengan tiba-tiba. Aisya dan Syikin serentak menoleh ke arah Puan Suhaila. Mak.... Panggil Syikin inginkan kepastian. Puan Suhaila mengangguk. Syikin menjerit kegembiraan. Tidak dapat dibayangkan bagaimana perasaannya ketika itu. Syikin segera mendakap Puan Suhaila yang masih tercegat di muka pintu diikuti dengan Aisya. Terima kasih mak kerana memahami Aisya, bisik hati kecil Aisya sambil tersenyum memandang Syikin dan Puan Suhaila yang masih lagi berpelukan.

BENARLAH apa yang diperkatakan oleh Syikin kepada Aisya pagi tadi. Rupa-rupanya, Syikin dan Aidil sudah lama memendam perasaan sejak pertemuan mereka di kenduri kahwin anak mak lang suatu ketika dahulu.

73

Hatimu Milikku

Aidil seakan membantah apabila pak long ingin menjodohkannya dengan Aisya. Aidil cuba menolak tetapi atas desakan pak long, dia terpaksa akur dengan arahan tersebut. Namun, dia bersyukur kepada Allah kerana Aisya menolak lamaran pak long dan diterima baik oleh Syikin. Kegembiraan jelas terpancar di wajah Syikin selepas mak long menyarungkan sebentuk cincin di jari manisnya menandakan dia sudah ditunangkan dengan Aidil. Terlihat Puan Suhaila menitiskan air mata gembira. Juga Syikin yang sama-sama menitiskan air mata kegembiraan. Syikin masih lagi berbual dan bergambar bersama Aidil dan keluarga pak long. Diajak juga Aisya bergambar tetapi ditolak lembut oleh Aisya. Menyedari akan kesedihan di wajah Aisya, Puan Suhaila menghampiri Aisya lalu memeluknya. Aisya membalas pelukan Puan Suhaila sambil cuba untuk tidak menitiskan air mata. Dia tidak mahu Puan Suhaila menyedari akan kesedihan yang dialaminya ketika ini. Kenapa ni nak? tanya Puan Suhaila apabila menyedari perubahan di wajah Aisya. Aisya sekadar menggeleng. Masih jelas di mata Aisya sewaktu dia bernikah dengan Tengku Azizul. Dia menangis, bukan menangis kegembiraan, tetapi menangis kerana arwah Ahmad Nordin dan Puan Suhaila membuang dia jauh dari keluarga. Amat memilukan dan terkilan di hati, apabila ayahnya rebah akibat serangan jantung dan meninggal dunia di malam majlis pernikahannya. Hari yang sepatutnya diraikan dengan gembira, bertukar sebaliknya. Kejadian yang dia sendiri tidak menduga akan berlaku pada

74

Eliza AB

malam itu. Umpatan dan hinaan orang sekeliling, menambahkan derita di hati. Perkahwinan yang sepatutnya menjadi kenangan manis bagi setiap pasangan bertukar menjadi kenangan pahit dalam hidupnya. Ya Allah! Kenapa aku masih mengingatinya? Sudah lama perkara itu berlaku. HambaMu ini memohon ketenangan dan kedamaian di hati. Buangkanlah perasaan amarahku, buangkanlah perasaan benciku dan buangkanlah perasaan geramku terhadap insan-insan yang pernah menyakiti aku suatu masa dahulu. Aku reda dan ikhlas menerimanya. Ya Allah! HambaMu ini memohon agar dijauhkan dengan hasutan iblis dan syaitan yang senantiasa mencuba untuk menyesatkan umat-umatMu. HambaMu ini memohon agar dipermudahkan segala urusan dan memohon kekuatan diri untuk menghadapi apa jua cabaran dan dugaan yang Kau turunkan padaku. Sesungguhnya hanya padaMu jua tempat aku memohon dan mengadu. Amin amin ya rabballalamin. Doa Aisya di dalam hati.

APESAL dengan you ni Tengku Hariz? Kalau you tak happy keluar dengan I, buat apa you berjanji nak keluar dengan I? Kalau macam ni sikap you, baik you hantarkan I balik. Sharifah Aleeya geram dan bingkas bangun untuk beredar dari situ. Sakit hatinya melihatkan muka monyok Tengku Hariz itu. Leeya! panggil Tengku Hariz apabila tersedar Sharifah Aleeya sudah melangkah pergi meninggalkannya di situ keseorangan. Seketika tadi dia termenung mengingatkan seseorang. Im sorry Leeya. I ada masalah sikit, jelas Tengku

75

Hatimu Milikku

Hariz dengan jujur sambil menggenggam tangan Sharifah Aleeya. Masalah? Apa masalah you? You ingat I percaya dengan kata-kata you ni? Tengku Hariz ada masalah. Huh! ejek Sharifah Aleeya dan melepaskan genggaman tangan Tengku Hariz. Sharifah Aleeya segera masuk ke dalam kereta dengan wajah yang kelat bercampur marah dan geram. Makan malam romantik yang diimpikan sedari petang tadi, musnah begitu sahaja akibat sikap dingin Tengku Hariz itu. Tengku Hariz menumpukan sepenuh perhatian terhadap pemanduan. Dia sudah malas memujuk rayu Sharifah Aleeya. Bagi Tengku Hariz, memujuk dan merayu akan menjatuhkan egonya sebagai seorang lelaki. Dia juga perlu menjaga air muka dan maruah agar tidak mudah dipijak-pijak oleh orang lain. Tetapi entah mengapa dia teringatkan Aisya dengan tiba-tiba. Tindakan nekadnya mencium Aisya di hadapan Menara Holding pada malam itu menggusarkan hati. Adakah dia bersalah terhadap Aisya kerana memperlakukan Aisya sebegitu? Dia benar-benar dihimpit kekesalan dan rasa bersalah terhadap Aisya. Ah! Buat apa aku fikirkan dia? Bukan dapat duit pun, getusnya di dalam hati. Tapi, kenapa aku buat dia macam tu? Apa salah dia pada aku? Kata suara hatinya yang lagi satu memintanya untuk berfikir secara rasional. Hariz! jerit Sharifah Aleeya mematikan lamunannya. Dia menekan brek secara tiba-tiba dan menyebabkan Sharifah Aleeya terdorong ke hadapan. Ruparupanya Tengku Hariz nyaris melanggar sebuah kereta yang berhenti di hadapan kerana lampu isyarat berwarna merah.

76

Eliza AB

Hey, you dah gila ke? Kalau you nak mati, you mati sorang la jangan libatkan I. I nak hidup lagi! tengking Sharifah Aleeya dan segera keluar dari perut kereta. Lima minit kemudian terlihat sebuah teksi berhenti di hadapan Sharifah Aleeya untuk membawanya pulang. Tak guna! Tengku Hariz memukul stereng keretanya. Kenapa aku fikirkan perempuan tak guna tu? sambungnya dengan nada yang marah bercampur geram. Dia menyambung semula perjalanan ke rumahnya apabila lampu isyarat bertukar hijau. Tengku Hariz menghumbankan badannya ke atas katil setibanya di bilik. Dia melihat jam di dinding, hampir ke angka dua pagi. Dia mendail nombor telefon Sharifah Aleeya dan cuba untuk memujuk tetapi talian sudah dimatikan oleh Sharifah Aleeya sebelum sempat dia bersuara. Ah! Suka hati kaulah Aleeya, tak kuasa aku nak layan kau. Banyak benda lain lagi aku nak fikir daripada fikirkan kau. Perempuan memang menyusahkan! Dia bingkas bangun mencapai tuala dan menuju ke bilik air untuk membersihkan diri. Selesai mandi, Tengku Hariz mencapai lap-top dan menyambung kerja yang tertangguh petang tadi akibat desakan Sharifah Aleeya untuk makan malam bersama. Dia perlu menyiapkan satu kertas kerja untuk dibentangkan dalam mesyuarat lembaga esok pagi. Kertas kerja yang menyenaraikan belanjawan projek, kontraktor dan pembekal yang telah dilantik oleh Menara Holding bagi menguruskan projek pasar raya di Perak. Walaupun projek pasar raya itu sudah dipersetujui oleh Ahli Lembaga Berjaya Holding, dia perlu meyakinkan lagi mereka semua dengan kertas kerja yang dibuatnya itu. Melalui kertas

77

Hatimu Milikku

kerja itulah dia akan dinilai pengurusannya selama ini.

dari

segi

keupayaan

Kenapa dia tak datang? Dah dua minggu dia tak datang ke pejabat selepas kejadian malam tu. Akukah yang bersalah? Aku telah memalukan dia? Dia benar-benar maksudkan untuk berhenti kerja ke? Berlegar-legar persoalan tersebut di kotak fikiran Tengku Hariz sehingga mematikan tumpuannya terhadap kerja yang masih lagi berbaki. Aduh! Kenapa hati aku terasa rindu padanya? Rindu melihat kepolosan wajahnya. Rindu mendengar suaranya yang sayup bagaikan menggetar jiwa dan sanubariku. Rindu akan keharuman wangiannya, bisik hati Tengku Hariz. Ah! Kenapa dia yang aku rindui? Sepatutnya aku gembira kerana misi aku untuk membuatkan dia berhenti sudah berjaya, tepis hati Tengku Hariz dengan tegas. Ego lelakinya mengatasi hati dan perasaan. Kemudian, dia menyambung semula kerjanya sehinggalah dia terlelap di situ.

AISYA melontarkan pandangan ke luar jendela. Fikirannya melayang entah ke mana. Selama dua minggu dia berada di kampung cuba menenteramkan jiwa dan perasaan yang bergelodak disebabkan Tengku Hariz. Perbuatan Tengku Hariz menciumnya malam itu terlalu sukar untuk dilupakan. Ciuman yang sepatutnya dikhaskan buat lelaki yang bakal dicintainya telah dinodai oleh Tengku Hariz. Dia berasa jijik dan hina sekali pada waktu itu. Perbuatan Tengku Hariz tidak mungkin akan dimaafkan. Dia punya harga diri dan maruah. Aisya melepaskan keluhan. Kenapa otaknya ligat memikirkan peristiwa itu? Kenapa ciuman Tengku Hariz membuatkan naluri perempuannya bergetar? Kenapa ciuman

78

Eliza AB

Tengku Hariz membuatkan dia sukar melelapkan mata setiap malam? Kenapa ciuman Tengku Hariz membahagiakan dirinya? Apakah dia sudah jatuh cinta dengan Tengku Hariz? Adakah pintu hatinya yang sudah lama tertutup akan terbuka semula? Jika tidak, kenapa wajah Tengku Hariz sentiasa mengisi ruangan matanya selama dua minggu ini? Kenapa dia merindui Tengku Hariz? Malah kerinduan itu semakin hari semakin mencengkam dirinya. Ah! Kenapa dia yang perlu aku ingatkan? Aku benci dengan perasaan ini. Aku benci dengan situasi sekarang ini, bentak hatinya. Woi mak cik, bila kau balik? sergah Nadia mengejutkan Aisya yang sedang khusyuk melayan perasaan. Kus semangat! Terkejut aku dibuatnya. Nasib baiklah aku tak ada sakit jantung, kalau tidak kat IJN dah aku sekarang ni, marah Aisya sambil mengurut dadanya. Matanya menjeling ke arah Nadia. Nadia tersengih. Aisya di hadapan dipandang penuh kasih. Sukar untuk menafikan betapa sayangnya dia terhadap Aisya. Susah senang sentiasa bersama. Segala pahit manis sudah tertulis dalam diari hidup mereka berdua. Bila kau sampai? tanya Nadia sambil duduk di birai katil menghadap Aisya yang masih lagi membuang pandang ke luar jendela. Petang tadi. So, bila Syikin kahwin? Berita pertunangan Syikin sudah diberitahu oleh Aisya pagi tadi. Sungguh dia terkejut dengan berita itu. Aisya yang dipinang, tetapi adiknya pula yang terima. Dah terbalik dunia ni kut, bisik hati Nadia sambil menggeleng-gelengkan kepala.

79

Hatimu Milikku

Aisya menghampiri katil dan duduk bersebelahan Nadia. Kalau ikut perancangan mak aku, dia orang bertunang enam bulan aje. Kalau tak ada apa-apa, maybe dalam bulan Oktober ni mereka kahwin, jawab Aisya sambil berbaring di atas katil. Matanya tertancap ke arah kipas yang sedang ligat berputar seperti putaran hidupnya. Nadia turut berbaring di sebelah Aisya. Entah mengapa perasaan kurang enak melihatkan wajah muram Aisya. Seperti ada perkara yang sedang mengganggu fikiran Aisya waktu ini. Aku nak berhenti kerja, Nadia. Aku dah tak tahan kerja kat situ lagi. Semua yang aku buat, serba tak kena di mata dia. Dia berdendam dengan aku, Nadia. Tanpa disuruh, Aisya meluahkan perasaan yang telah lama terbuku di dalam hati. Nadia terkejut mendengarnya. Daripada berbaring, dia duduk bersila memandang Aisya. Benarkah apa yang diperkatakan oleh Aisya sebentar tadi? Aisya nak berhenti! Tapi siapa dia yang dimaksudkan oleh Aisya? Adakah Tengku Hariz? Setahu Nadia hanya Tengku Hariz sahaja yang selalu memberi masalah kepada Aisya. Aku tahu dia berdendam dengan aku disebabkan insiden di restoran dulu. Tapi, perkara tu dah lama, kenapa dia masih nak mengungkit dengan menyakiti hati aku? luah Aisya lagi. Kali ini dia nekad dengan keputusannya. Dia tidak mahu hatinya terluka lagi disebabkan dendam Tengku Hariz. Dia akan mengotakan katanya dengan berhenti kerja di syarikat itu. Dan dia yakin, itulah yang dimahukan oleh Tengku Hariz selama ini.

80

Eliza AB

Segala teka-teki Nadia sudah terjawab. Ternyata dia yang dimaksudkan oleh Aisya adalah Tengku Hariz. Lelaki yang telah menolak Aisya di restoran dahulu. Lelaki yang telah membuatkan Aisya bekerja hingga ke pukul satu pagi. Lelaki yang telah memperbodohkan Aisya pada hari pertama Aisya bekerja di Menara Holding. Lelaki yang telah mencium Aisya tanpa kerelaan Aisya. Opsss! Perkara sensitif. Aisya tak perlu tahu tentang ini, bisik hati Nadia sambil tersenyum nakal. Masih terbayang-bayang di ruangan mata perbuatan Tengku Hariz terhadap Aisya pada malam itu. Yang kau tersenyum-senyum macam kerang busuk ni kenapa? tegur Aisya yang sudah pun duduk bersila di hadapan Nadia. Sedari tadi dia melihat gelagat Nadia yang tersenyum-senyum nakal itu. Mana boleh bagitau kau. Esok, kau nak aku hantarkan ke atau kau nak naik teksi? dalih Nadia. Tidak mahu Aisya bertanyakan kenapa dia tersenyum macam kerang busuk tadi. Emmm kau tolong hantarkan aku ajelah. Jimat sikit duit aku esok, balas Aisya dan tersengih. Okey, no problem. Hujung bulan kau bayar lump sum duit minyak kereta aku tu, ujar Nadia dan segera turun dari katil. Dia menapak keluar dari bilik Aisya menuju ke biliknya. Badan yang terasa penat sedari pagi tadi minta direhatkan. Yes, boss! Jerit Aisya sambil memberi tabik hormat kepada Nadia. Nadia menggelengkan kepala. Gelagat Aisya mencuit hati. Hatinya gembira melihat perubahan Aisya. Moga Aisya akan sentiasa ceria dan bahagia dengan kehidupannya sekarang, doa Nadia buat Aisya.

81

Hatimu Milikku

Bab 6
ETUL ke ni? ulang Nadia inginkan kepastian setibanya mereka di hadapan bangunan Menara Holding. Hatinya masih raguragu dengan keputusan Aisya untuk berhenti kerja di Menara Holding. Dia fikir Aisya sekadar bermain-main, tetapi tanggapannya meleset sama sekali. Aisya benar-benar maksudkan akan kata-katanya itu. Alah Nadia, kau janganlah risau. Tahulah aku bagaimana nak uruskannya, balas Aisya ingin menenteramkan jiwa Nadia yang sedang berperang. Sudah dua minggu dia tidak hadir bekerja. Hari ini dia perlu menyelesaikan peletakan jawatannya di hadapan Tengku Hariz. Kalau ada apa-apa nanti jangan lupa call aku. Susah-susah sangat, kau kerja kat tempat akulah. Kat situ pun ada jawatan kosong, cadang Nadia. Aisya hanya tersenyum melihat kekalutan Nadia. Dia mengerti akan keprihatinan dan sikap ambil berat Nadia

82

Eliza AB

itu. Selepas apa yang menimpa dirinya enam tahun yang lepas, Nadia begitu fobia untuk berkenalan dengan lelaki. Tetapi, Nadia tidak sepatutnya turut sama terheret dengan masalahnya. Nadia punya hak untuk hidup bahagia seperti orang lain. Adham Ikmal, lelaki yang disukai oleh Nadia ketika di universiti dahulu ditolaknya keras-keras kerana dikhuatiri akan kecewa sepertimana kecewanya Aisya terhadap insan bernama lelaki. Adham Ikmal dalam diam menyimpan perasaan terhadap Nadia. Begitu juga dengan Nadia. Adham Ikmal merupakan rakan karib Tengku Azizul. Disebabkan itu Nadia menolak keras Adham Ikmal kerana dia beranggapan Adham Ikmal bersubahat dengan Tengku Azizul untuk menghancurkan hidup Aisya. Namun, Adham Ikmal tiada kena-mengena dengan insiden yang terjadi di antara Aisya dan Tengku Azizul. Adham Ikmal bersungguh-sungguh menafikannya agar Nadia menerima cintanya. Namun, Nadia berkeras tidak mahu menerima cinta Adham Ikmal. Akhirnya Adham Ikmal membawa diri ke luar negara kerana kecewa dengan sikap Nadia itu. Eh, Aisya? Aisya pergi mana? Dua minggu tak datang kerja, tegur Nurul tatkala Aisya melintas di hadapan mejanya. Aisya hanya tersenyum manis. Orang tanya betul-betul dia senyum pulak, gerutu Nurul dan bingkas bangun menuju ke meja Aisya. Maafkan Aisya kak, bos ada? suara Aisya tatkala menyedari perubahan di wajah Nurul. Nurul hanya menganggukkan kepala. Dia menuju ke mejanya semula apabila tidak dilayan oleh Aisya.

83

Hatimu Milikku

Aisya menarik nafas dan melepaskannya perlahan. Sebentar lagi dia perlu berhadapan dengan seorang lelaki yang egois dan bongkak serta sombong dengan gelaran, pangkat dan darjat yang dimiliki. Ah! Apa la sangat dengan gelaran dan pangkat? Bukannya boleh dibawa mati pun, tanam pun tak boleh, ngomel hatinya sambil tersenyum sinis. Dia segera masuk ke dalam bilik Tengku Hariz sesudah mendapat kebenaran. Ada apa Nurul? Kan saya dah bagitau tadi yang saya tak nak diganggu, kata Tengku Hariz yang sedang khusyuk menyemak laporan tanpa menyedari Aisya yang masuk ke dalam biliknya, bukan Nurul. Maafkan saya jika saya mengganggu Tengku ketika ini. Saya cuma nak serahkan surat peletakan jawatan saya seperti yang saya janjikan sebelum ini, jawab Aisya dengan yakin sambil menghulurkan surat peletakan jawatan di hadapan Tengku Hariz. Tengku Hariz terkedu seketika. Suara inilah yang aku rindukan. Wangian inilah yang aku dambakan. Aisya! Jerit hatinya. Dia mengangkat muka dan terlihat susuk tubuh Aisya sedang berdiri di hadapannya. Hatinya berbunga riang seperti meraikan satu kemenangan selepas dia menderita selama dua minggu akibat pemergian Aisya. Kali ini dia tidak akan melepaskan Aisya pergi lagi. Saya minta diri dulu, pinta Aisya dan segera melangkah untuk keluar dari bilik yang amat menyesakkan nafasnya selama ini. Nanti dulu! panggil Tengku Hariz mematikan langkah Aisya.

84

Eliza AB

Tengku Hariz bangun dan menghampiri Aisya. Aisya cuba mengawal perasaannya. Jantungnya berdegup dengan kencang tatkala Tengku Hariz merenung tajam ke arahnya. Apa lagi yang dia nak ni? Kan ke aku dah bagi surat resign, tak cukup lagi ke? Geram betul aku dengan mamat nilah, gerutu hatinya. Awak ingat sesuka hati awak aje nak berhenti dari syarikat ni. Awak tak baca ke surat yang awak sign sebelum awak bersetuju terima jawatan ni dulu, sambung Tengku Hariz diikuti dengan ketawa sinisnya. Ketawa ni yang buat aku menyampah dengan kau Tengku Hariz, balas Aisya di dalam hati. Dia cuba mengingati setiap syarat-syarat yang tertulis dalam surat persetujuan menerima jawatan semula. Berkerut-kerut dahinya. Sumpah dia tidak mengingati langsung akan syarat-syarat tersebut. Lupa? soal Tengku Hariz seolah-olah dapat membaca fikiran Aisya ketika itu. Dalam tempoh percubaan dalam jawatan, manamana pihak boleh menamatkan perkhidmatan selepas memberi tiga puluh hari notis ataupun membayar pampasan gaji bersamaannya sebagai ganti notis kepada pihak yang satu lagi. Jika gagal, pihak syarikat berhak mengambil tindakan undang-undang ke atas pekerja tersebut, kata Tengku Hariz dengan selambanya. Kecut perut Aisya mendengar setiap butir kata yang dilemparkan oleh Tengku Hariz itu. Air liur berkali-kali ditelan. Tidak terfikir dek akal segala kemungkinan yang bakal dihadapi sekiranya dia meletakkan jawatan tanpa sebarang notis ataupun sebulan notis. Matilah aku kalau dia ambil tindakan undang-

85

Hatimu Milikku

undang. Mana aku nak cari duit bayar kos peguam dan lainlain, fikirnya sendirian. Tengku Hariz hanya memerhati gelagat Aisya yang sedang gelabah dan gelisah itu. Hatinya benar-benar terusik dengan keadaan itu. Huh! Yang last tu aku tokok tambah aje. Saja nak uji minah ni, takut ke tak? Bisik hati kecil Tengku Hariz sambil tersenyum sinis. Baiklah Tengku Hariz. Saya akan beri notis sebulan kepada Tengku. Maaf kerana tidak menghadirkan diri selama dua minggu ke pejabat kerana ada urusan keluarga di kampung, jelas Aisya. Dia mencapai semula surat peletakan jawatan di atas meja dan keluar dari bilik itu. Tengku Hariz yang tersentak dengan penjelasan Aisya hanya memerhatikan kelibat itu hilang dari pandangan mata. Tengku Hariz menjatuhkan diri ke kerusi. Fikirannya terus memikirkan Aisya. Bagaimana cara untuk menghalang Aisya dari meletakkan jawatan? Bagaimana cara untuk meyakinkan Aisya agar setia bekerja di syarikatnya? Dia amat memerlukan orang seperti Aisya. Tidak dinafikan laporan yang disediakan oleh Aisya lebih baik daripada laporan yang disediakannya. Laporan yang lengkap mengikut format kementerian yang disediakan oleh Aisya itu membuatkan egonya tercabar. Maka disebabkan itu jugalah dia berkasar dan menengking Aisya ketika itu dan meminta Aisya membuat semula laporan tersebut walaupun pada dasarnya laporan itu layak diajukan kepada kementerian. Tengku Hariz membetulkan kedudukan apabila terlihat kelibat Aisya masuk semula ke dalam biliknya. Maaf Tengku. Ini notis sebulan saya dan ini laporan yang Tengku minta saya siapkan hari tu. Maaf saya lupa nak

86

Eliza AB

pesan pada Nurul agar berikan laporan ini kepada Tengku, jelas Aisya dan segera beredar dari situ selepas meletakkan surat dan laporan di atas meja Tengku Hariz. Baiklah. Saya akan go through notis dan laporan awak kemudian. Suara Tengku Hariz dalam nada yang sebak. Aduh! Bukan ini yang nak aku katakan padanya. Jangan berhenti Aisya! Aku akan merinduimu, hatinya meronta. Bukankah ini yang aku mahukan? Bukankah ini matlamat aku yang sebenarnya? Matlamat membuatkan Aisya berhenti kerja. Tetapi kenapa aku terasa sedih? Sedih memikirkan dia akan meninggalkan syarikat ini. Sedih memikirkan dia akan meninggalkanku. Aku amat memerlukannya. Aku akan merinduinya kelak. Kenapa dengan perasaanku ini? Apakah aku sudah jatuh cinta dengannya? Keluhan berat terlepas dari bibir Tengku Hariz.

HEY Aisya! tegur seseorang dari arah belakang memberhentikan suapan nasi ke dalam mulut Aisya. Aisya menoleh dan terlihat kelibat Amirul sedang berdiri sambil tersenyum di belakangnya. Hey Amirul! Amirul buat apa kat sini? Bila Amirul balik dari UK? tanya Aisya dengan riak terkejut. Dia menyambung semula suapan tanpa menghiraukan kehadiran Amirul. Perutnya yang terasa lapar membuatkan dirinya alpa buat sementara. Amirul melabuhkan duduk berhadapan Aisya. Wajah Aisya ditatap mesra. Betapa rindunya dia pada wajah itu.

87

Hatimu Milikku

Sorang aje ke? tanya Amirul tanpa menghiraukan pertanyaan Aisya sebentar tadi. Aisya hanya menganggukkan kepala. Husband or boyfriend? sambung Amirul seakanakan tidak percaya dengan anggukan Aisya. Mana mungkin gadis secantik Aisya tidak mempunyai teman untuk menemaninya makan ketika ini. Bila balik Malaysia? tanya Aisya mematikan soalan Amirul. Sengaja tidak mahu menjawab pertanyaan Amirul kerana Amirul tidak ada hak untuk mengetahuinya. Amirul Haqeem Bin Zulkifli, rakan sekuliah Aisya ketika di United Kingdom dahulu. Aisya menamatkan pengajian di peringkat ijazah, manakala Amirul menyambung pengajian di peringkat sarjana. Kepulangan Aisya ke Malaysia memberi kesan yang mendalam ke atas Amirul kerana sudah lama Amirul memendam perasaan terhadap Aisya. Namun, kedinginan Aisya membuatkan dia tidak berani untuk meluahkan perasaannya ketika di UK dahulu walaupun dia yakin yang Aisya sudah mengetahui akan perasaannya itu. Hey mengelamun pulak, tegur Aisya mematikan lamunan Amirul. Bila balik Malaysia? ulang Aisya soalan yang sama. Aisya membersihkan tangan dan mencapai sehelai tisu lalu mengesat mulutnya. Setia menunggu jawapan daripada Amirul. Minggu lepas. Aisya sihat? Aisya kerja kat mana sekarang? balas Amirul pula. Aisya sihat. Alhamdulillah. Sekarang Aisya bekerja sebagai Project Executive kat Menara Holding, balas Aisya.

88

Eliza AB

Matanya melilau melihat keadaan restoran itu. Takut untuk bertentang mata dengan Amirul. Selama ini, Amirul memendam perasaan terhadapnya. Secara tidak sengaja dia telah terbaca diari milik Amirul ketika diari itu tertinggal sewaktu mereka sama-sama menelaah buku di perpustakaan. Amirul telah meluahkan perasaannya di dalam diari itu. Sejak Aisya mengetahuinya, Aisya cuba mengelakkan diri daripada terlalu kerap berjumpa dengan Amirul. Dia tidak mahu memberi apa-apa harapan kepada Amirul. Tidak mahu mengecewakan hati dan perasaan insan sebaik Amirul. Wow! Menara Holding! Syarikat besar dan terkenal di Kuala Lumpur. Untung Aisya dapat bekerja di syarikat sebesar itu. Amirul kagum berserta ketawa kecil. Untung? Untungkah aku bekerja di syarikat itu? Untungkah aku bekerja di bawah seorang bos yang egois, bongkak dan berlagak seperti Tengku Hariz itu? Untungkah aku? Ulang Aisya di dalam hati. Aisya tersenyum melihat gelagat Amirul yang masih lagi berbicara mengenai Menara Holding. Kalau diikutkan hati, mahu sahaja dia meninggalkan Amirul yang masih mengagumi kredibiliti Tengku Hariz menguruskan syarikat sebesar itu. Sakit hatinya apabila mendengar nama Tengku Hariz dijulang-julang oleh Amirul. Uwek!!! Naik meluat aku mendengarnya, kutuk Aisya di dalam hati. Tengku nak minum apa? tanya seorang pelayan. Dia menyerahkan buku menu kepada Tengku Hariz. Tengku Hariz mencapai buku menu itu dan melihatnya sepintas lalu. Macam biasalah, jawab Tengku Hariz. Dia memulangkan buku menu kepada pelayan tersebut. Malas

89

Hatimu Milikku

untuk memikirkan makanan apa yang hendak dimakannya ketika itu. Pelayan itu mengangguk. Mengerti permintaan Tengku Hariz dan segera beredar dari situ setelah meletakkan segelas air kosong di hadapan Tengku Hariz. Tengku Hariz melilau melihat sekeliling restoran. Dia gemar makan di restoran itu kerana suasana di situ begitu mendamaikan. Hiasan dalaman yang unik dan antik di dalam restoran itu membuatkan seseorang terasa tenang apabila menikmati hidangan di restoran itu. Ditambah dengan pancutan air terjun mini di hadapan pintu masuk, menarik minat untuk berkunjung ke restoran itu. Sedang asyik dia memerhatikan sekeliling restoran, matanya tertumpu ke arah sebuah meja yang terletak tidak jauh dari meja yang sedang didudukinya. Dia mengamati dari jauh susuk tubuh yang sedang leka berbicara dengan seorang lelaki. Bergelak ketawa dan bertepuk tampar di antara satu sama lain membuatkan dia berasa cemburi dengan situasi itu. Kenapa aku dan Sharifah Aleeya tidak seperti pasangan itu? Asal berjumpa sahaja, bergaduh. Asal berjumpa sahaja, bergaduh. Huh! Bosan! Keluhnya sambil meneguk air dari dalam gelas. Aisya! Terpacul nama itu dari mulutnya apabila terlihat pasangan itu berdiri dan menuju ke kaunter untuk membuat pembayaran. Siapa lelaki itu? Suami dia ke? Kekasih dia ke? Soalnya di dalam hati inginkan kepastian. Hatinya tidak tenteram ketika itu selagi dia tidak mendapat jawapan pada setiap persoalan yang terbuku di dalam hati.

90

Eliza AB

HARIZ! panggil Puan Sharifah Rohana mematikan ingatan Tengku Hariz terhadap peristiwa tengah hari tadi. Ada apa ma? tanya Tengku Hariz terkejut. Dia mencapai buku di atas meja dan menyelak helaian demi helaian buku tersebut. Puan Sharifah Rohana menghampiri Tengku Hariz yang sedang berpura-pura membaca. Seperti ada perkara yang sedang mengusutkan fikiran anaknya itu. Riz ada telefon abang? soal Puan Sharifah Rohana seraya duduk di birai katil. Ada ma, semalam. Abang kirim salam pada mama dan papa, jawab Tengku Hariz dan segera bangun lalu duduk bersebelahan dengan Puan Sharifah Rohana di birai katil. Kenapa ni ma, ada yang tak kena ke? sambung Tengku Hariz apabila menyedari perubahan di wajah Puan Sharifah Rohana. Puan Sharifah Rohana hanya menggeleng. Habis tu apa dia ma? Kali ini suara Tengku Hariz agak keras. Mendesak Puan Sharifah Rohana supaya bersuara dan meluahkan apa yang terpendam di dalam hati. Riz boleh tolong mama? suara Puan Sharifah Rohana terketar-ketar. Tolong? Tolong apa? soal Tengku Hariz. Puan Sharifah Rohana bingkas bangun dan menuju ke jendela. Pandangannya dihalakan ke luar jendela sambil melepaskan keluhan panjang. Tengku Hariz kehairanan melihat gelagat Puan Sharifah Rohana. Bingkas dia bangun dan menuju ke arah Puan Sharifah Rohana yang masih termenung. Seakan ada sesuatu yang sedang mengganggu fikiran Puan Sharifah

91

Hatimu Milikku

Rohana ketika ini. Tengku Hariz setia menanti Puan Sharifah Rohana meluahkan isi hati yang terpendam. Mama bersalah pada abang Riz. Mama dah musnahkan kebahagiaan dia, luah Puan Sharifah Rohana diikuti dengan keluhan panjang untuk kesekian kalinya. Tengku Hariz mengangkat keningnya. memahami luahan isi hati Puan Sharifah Rohana. Tidak

Ma, mama cakap apa ni? soal Tengku Hariz sambil memeluk erat Puan Sharifah Rohana. Cuba menenteramkan jiwa mamanya yang sedang berserabut ketika ini. Tak ada apa-apalah Riz. Mama keluar dulu. Dalih Puan Sharifah Rohana dan segera beredar dari situ. Belum masanya untuk menceritakan perkara sebenar kepada Tengku Hariz. Tengku Hariz mengekori kelibat Puan Sharifah Rohana dengan ekor matanya sahaja. Sesekali terlihat kerutan di dahi Puan Sharifah Rohana. Jarang sekali mamanya bersikap seperti tadi. Mesti ada perkara yang sedang mengganggu fikiran mama, ulas hatinya. Dia mencapai laptop dan menyambung kerjanya yang sedikit tertangguh di pejabat siang tadi.

PUAN SHARIFAH ROHANA berteleku di atas sejadah. Sudah lama dia tidak menghadap Allah, memohon keampunan dan keberkatan dari-Nya. Tanggungjawabnya sebagai seorang Islam diabaikan begitu sahaja semenjak dia berkahwin dengan Tengku Azman. Dia semakin menjauhi tikar sejadah dan juga telekung selepas dia melibatkan diri dalam dunia perniagaan kosmetik. Kekangan masa membuatkan dia hidup seperti

92

Eliza AB

orang yang tiada pegangan hidup, malah Tengku Azman juga tidak pernah menegur dan mengajarnya tentang ilmu agama kerana Tengku Azman sama sepertinya. Ya Allah! Terlalu kerdil hambaMu ini memohon keampunan dariMu. Tidaklah layak hambaMu ini untuk meminta dan memohon kerana sudah lama hamba tidak memohon dan menghadap padaMu. Sesungguhnya hambaMu ini terasa hina dan menyesal dengan apa yang pernah hamba lakukan selama ini, pinta dan rayu Puan Sharifah Rohana. Sejurus kemudian air matanya mengalir deras membasahi pipi, menginsafi dan menyesali akan perbuatannya selama ini. Seusai solat, Puan Sharifah Rohana mencapai sebungkus beg plastik yang diletakkan di atas meja solek. Dia mengeluarkan isi yang terdapat di dalam beg plastik dan membaca setiap ayat yang tertera di atas paket plastik kecil yang berada di tapak tangan, lima bungkus paket kesemuanya. Sebiji selepas makan, bisiknya diikuti dengan keluhan kecil. Pertemuan dengan Doktor Borhan petang tadi terimbau di ingatan semula. Ana, I dah periksa rekod perubatan you dan I juga sudah membuat pemeriksaan lanjut ke atas tubuh you, jelas Doktor Borhan dengan serius membuatkan Puan Sharifah Rohana tidak senang duduk dan gelisah. Doktor Borhan merupakan doktor peribadi keluarga Tengku Azman dan setiap masalah kesihatan keluarganya diajukan kepada beliau. I harap you sedia mendengarnya Ana. Doktor Borhan menarik nafas dan melepaskannya. Puan Sharifah Rohana setia mendengar.

93

Hatimu Milikku

You menghidap barah otak tahap ketiga. I cadangkan you jalani pembedahan kecil untuk mengeluarkan sebahagian ketumbuhan yang ada dalam otak you, sambung Doktor Borhan dengan nada yang sayu dan sebak. Matanya tepat memandang wajah Puan Sharifah Rohana. Puan Sharifah Rohana tergamam mendengarnya. Bagaikan hendak tercabut tangkai jantungnya apabila mendengar baris-baris ayat yang diluahkan oleh Doktor Borhan sebentar tadi. Air mata laju gugur membasahi pipinya. Doktor Borhan bangun dan menghampiri Puan Sharifah Rohana. Dia cuba menenteramkan Puan Sharifah Rohana dari terus-terusan menangis. Jururawat yang berada di dalam bilik itu turut sama mengusap lembut bahu Puan Sharifah Rohana. Han, kalau I tak jalani pembedahan tu, chances untuk I hidup berapa lama Han? soal Puan Sharifah Rohana terketar-ketar sambil menahan esakannya. Doktor Borhan kembali duduk dan mencapai fail peribadi Puan Sharifah Rohana. Ana, you jangan mudah berputus asa. You ada harapan untuk sembuh asalkan you menjalani pembedahan tu, nasihat Doktor Borhan sambil menulis sesuatu di dalam fail tersebut. Puan Sharifah Rohana membisu seketika. Tiada apa lagi yang boleh dikatakan ketika itu hanyalah melepaskan keluhan mengenangkan hari-hari yang bakal mendatang. Han, I minta pada you, tolong rahsiakannya dari family I, terutamanya Azman. Pinta Puan Sharifah Rohana sebelum meninggalkan ruangan itu untuk ke farmasi, mengambil ubat.

94

Eliza AB

Doktor Borhan mengangguk tanda faham. Puan Sharifah Rohana mengesat air matanya yang masih setia membasahi pipi. Hatinya kini reda dan ikhlas menerima segala ketentuan yang telah ditakdirkan buat dirinya. Tiada apa yang boleh dilakukannya lagi hanyalah sujud mengadap Ilahi, memohon keampunan di atas kesilapannya dahulu. Di mana aku nak cari dia? Aku banyak bersalah pada dia. Ya Allah, berilah aku kesempatan untuk memohon ampun dan maaf daripada dia sebelum aku menutup mata menghadapMu selama-lamanya. Sayu dan sebak di dalam dada memohon doa kepada Allah.

KAU biar betul Aisya? Kau masih ada selera lagi nak menghadap bos kau tu selepas apa yang dia buat pada kau? tanya Nadia inginkan kepastian. Berkerut-kerut dia memandang Aisya. Aisya bingkas duduk bersebelahan Nadia. Ya, betul juga. Kalau kau tiba-tiba berhenti tanpa beri sebarang notis kau boleh didakwa tau. Semua company macam tu, sambung Nadia sambil menguatkan volume televisyen. Eh! Betul ke? Aku rasa company aku tak ada pulak macam tu... sampai kena tindakan undang-undang, Nadia berteka-teki di dalam hati. Pedulikanlah! Aku tahu, Nadia. Kau janganlah risau. Tahulah aku macam mana nak uruskannya. Kau ni risau sangatlah, kata Aisya sambil mencapai remote dan menukar siaran lain. Hey, janganlah tukar channel. Aku tengah

95

Hatimu Milikku

khusyuk tengok cerita tu, marah Nadia dan merampas semula remote dari tangan Aisya. Lepas sebulan, aku jadi isteri kaulah ya Nadia, perli Aisya dan tersengih-sengih. Sengaja mengganggu tumpuan Nadia yang sedari tadi khusyuk menghadap televisyen. Yalah lepas sebulan aku kan jadi penganggur terhormat merangkap isteri kau. Kau kenalah sara aku, bagi duit kat aku tiap-tiap bulan betul tak? gurau Aisya dan bingkas bangun menuju ke biliknya sambil ketawa. Isy! Aisya ni memang nak kena. Ada ke nak suruh aku sara dia! Eee geli aku, gerutu Nadia sendirian sambil matanya memandang tepat ke arah Aisya yang sudah hilang di sebalik pintu bilik. Aisya duduk termangu di birai katil. Fikirannya tertumpu kepada Amirul. Pertemuan dengan Amirul di restoran tengah hari tadi membuatkan dia mengingati semula akan kisah suka duka ketika berada di UK dahulu. Dia mengimbau semula pertemuan pertamanya dengan Amirul. Terbayang di ingatan bagaimana Amirul hampir dipukul kerana cuba mempertahankannya daripada dikacau oleh sekumpulan Negro. Dia yang berjalan pulang ke asrama lewat malam selepas membeli makanan, telah terlanggar seorang lelaki berbangsa Negro di sebuah kafe. Dia memohon maaf tetapi tidak diendahkan oleh lelaki Negro tersebut. Malah dia hampir dipukul oleh lelaki tersebut dan mujur ketika itu Amirul datang membantunya. Tidak dapat menahan kemarahan, lelaki Negro itu mengajak rakan-rakannya datang membantu untuk membelasah Amirul. Nasib mereka baik ketika itu kerana sebuah kereta peronda polis secara kebetulan melalui

96

Eliza AB

kawasan itu dan dengan langkah seribu, dia dan Amirul berlari sekuat hati untuk melepaskan diri dari kumpulan Negro tersebut. Amirul yang hanya berselipar ketika itu, terpaksa berlari berkaki ayam kerana seliparnya tiba-tiba terputus sewaktu berlari. Awak kena belanja saya selipar ni, canda Amirul sambil meletakkan seliparnya di atas telapak tangan Aisya. Aisya mengerutkan dahinya. Kemudian, ketawanya pecah melihatkan keadaan Amirul. Amirul melemparkan senyuman. Kemudian, dia turut sama melepaskan ketawanya. Sejak itu, ikatan persahabatan mereka menjadi akrab. Ke mana sahaja bersama bagaikan sepasang kekasih sehinggakan rakan serumah Aisya, Monica bertanyakan tentang perhubungannya dengan Amirul. Dia menafikan sekeras-kerasnya yang dia tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan Amirul. Hatinya masih lagi tertutup buat insan yang bernama lelaki. Dia tidak mahu pisang berbuah dua kali. Disebabkan lelaki, dia merantau ke negara orang. Membawa hatinya yang terluka dan masih berdarah di atas kenangan lalu. Disebabkan itu jugalah, dia tidak mahu mempunyai apa-apa perasaan terhadap Amirul. Baginya, Amirul adalah sahabat dunia dan akhirat. Maafkan Aisya, ucapnya pada suatu hari sambil menghulurkan semula diari milik Amirul. Amirul terkejut, namun dia cuba menyembunyikan riak terkejutnya di hadapan Aisya. untuk

Alamak! Macam mana aku boleh tertinggal ni? Mesti Aisya dah tahu luahan isi hati aku padanya, bicara hati Amirul sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Aisya tersenyum melihat keadaan Amirul yang

97

Hatimu Milikku

gelabah dan kerisauan. Dia dapat membaca apa yang sedang Amirul fikirkan. Errr Ai sya. Ada getaran di sebalik suara Amirul. Amirul. Its okay Amirul. Aisya tak baca diari Amirul. Lagipun berdosa, kan kalau kita baca tanpa kebenaran tuannya. Aisya memotong kata-kata Amirul. Aisya dapat mengagak akan apa yang bakal diluahkan oleh Amirul nanti. Dia khuatir jawapan yang bakal diberikan kepada Amirul akan mengecewakan Amirul dan meretakkan persahabatan mereka yang telah lama terjalin. Amirul mengangguk tanda faham. Dia mengerti akan jawapan Aisya itu walaupun dia belum berkesempatan untuk meluahkannya. Bermula dari itu, Aisya cuba sedaya upaya untuk tidak terlalu rapat dengan Amirul dan tindakannya itu disedari oleh Amirul. Dia tidak mahu memberi harapan tinggi kepada Amirul kerana hatinya belum bersedia untuk mencintai dan dicintai. Biarlah masa yang menentukan segala-galanya kerana dia yakin suatu hari nanti, akan ada insan yang bernama lelaki yang bisa menggetarkan tangkai hatinya itu. Dia sentiasa berdoa dan memohon kepada Allah agar tidak membenci mahupun menjauhkan diri daripada insan yang bernama lelaki. Sedang khusyuk Aisya berkhayal, tanpa disedari, Nadia sedang tercegat di sisi pintu bilik sambil berpeluk tubuh dan tersenyum. Tersenyum melihat gelagat Aisya yang berguling ke kiri dan ke kanan sambil fikiran Aisya melayang entah ke mana. Dia juga dapat melihat ada riak gembira di wajah Aisya yang selama ini dirindui selepas peristiwa hitam itu.

98

Eliza AB

Aku harap kau akan sentiasa tersenyum dan gembira, Aisya! Doanya di dalam hati dan selepas itu menutup semula pintu bilik Aisya dan melangkah perlahan ke biliknya untuk beradu. Hanya pada Allah sahaja Nadia bermohon agar Aisya yang dikenalinya suatu ketika dahulu akan kembali kuat dan tabah dalam menghadapi dugaan hidup.

99

Hatimu Milikku

Bab 7
Tengku Hariz menyelak satu per satu helaian kertas laporan yang disediakan oleh Aisya tanpa mempedulikan soalan dan kehadiran Aisya di dalam bilik itu. Kenapa Tengku panggil saya? ulang Aisya apabila menyedari tiada tindak balas daripada Tengku Hariz. Eee geramnya aku! Bentaknya di dalam hati. Tengku Hariz mengangkat mukanya apabila terdengar dengusan kecil daripada Aisya. Ternyata Aisya sedang cuba menahan kemarahan. Seperti dirinya juga, turut sama menahan kemarahan selepas apa yang dilihatnya di restoran seminggu yang lalu. Aisya bersama dengan seorang lelaki! Kenyataan yang tidak dapat diterima. Ah! Kenapa aku tiba-tiba cemburu dengan lelaki itu? Kenapa aku berperasaan begini sedangkan baru sebulan dia bekerja di sini? Aku baru saja mengenalinya, tetapi seolah-olah aku sudah lama mengenalinya. Aduh! Adakah

DA apa Tengku? soal Aisya setibanya dia di dalam bilik Tengku Hariz.

100

Eliza AB

aku sudah jatuh cinta padanya? Teka hati Tengku Hariz. Ah! Tak mungkin aku boleh jatuh cinta pada perempuan seperti dia, tepis hatinya keras. Cuba menafikan dengan apa yang dirasakannya terhadap Aisya. Tengku panggil saya kenapa? Jika tiada apa-apa, saya minta diri dulu. Suara Aisya menepis lamunan Tengku Hariz. Terkebil-kebil dia melihat Aisya. Seketika tadi hatinya sedang berbunga riang tatkala memikirkan tentang Aisya. Aisya mengatur langkah untuk segera keluar dari bilik itu. Bilik yang amat menyesakkan nafasnya selama dia bekerja di situ. Nanti dulu! panggil Tengku Hariz mematikan langkah Aisya. Aisya melepaskan keluhan kecil sambil memandang Tengku Hariz yang masih berlegar-legar di hadapannya. Dia kurang selesa tatkala Tengku Hariz memandang tajam ke arahnya serta memerhatikannya dari atas ke bawah. Apa masalah dengan awak ni, Aisya? Awak marahkan saya? suara Tengku Hariz ingin merungkai sikap dingin Aisya terhadapnya selama ini. Huh! Aku yang bermasalah bermasalah? Kutuk Aisya di dalam hati. atau dia yang

Masalah? Masalah apa? Aisya memulangkan soalan kepada Tengku Hariz. Tengku Hariz cuba berlagak tenang di hadapan Aisya. Dia tidak mahu dianggap lemah apabila berhadapan dengan perempuan yang telah berjaya mencuri hatinya yang selama ini telah dipagari kemas. Awak Tengku, saya ada banyak kerja yang perlu

101

Hatimu Milikku

disiapkan. Nanti Tengku juga yang marah saya kalau saya tak siapkan kerja tu cepat, potong Aisya dan segera berlalu pergi meninggalkan Tengku Hariz yang terkulat-kulat. Tengku Hariz tergamam dengan tindakan Aisya. Matanya mengekori kelibat Aisya hingga hilang di sebalik pintu bilik itu. Isy! Menyusahkan betullah dia tu. Buang masa betul pergi jumpa dia. Meluat betul aku. Nasib baik kau bos aku, kalau tak nahas kau aku kerjakan! Kutuk Aisya dari dalam benak hati yang sedari tadi ditahan-tahan. Aisya, apa yang Aisya bebelkan tu? sapa Nurul dengan tiba-tiba apabila terlihat mulut Aisya terkumat-kamit seperti menyumpah seseorang. Eh, mana ada kak... bidas Aisya spontan. Ala, macamlah akak tak nampak. Bos nak ngurat Aisya, kan? gurau Nurul sambil menyiku lengan Aisya. Aisya mengerling ke arah Nurul. Apa salahnya Aisya. Bos tukan kaya, handsome, baik dan lain-lain lagi menjadi idaman semua wanita di Kuala Lumpur ni termasuklah akak. Kalau akak belum kahwin, dah lama dah akak ngurat bos tu tau, sambung Nurul diselangi dengan gelak tawanya yang bersahaja. What? Handsome? Baik? Kaya? Wuek!!! Nak termuntah aku mendengarnya. Aku tak pandang la semua tu. Lagipun dia bukan taste aku, nafi Aisya di dalam hati, menidakkan kenyataan Nurul sebentar tadi. Woit! Menung pulak budak ni. Jom kita keluar makan! sergah Nurul mematikan penafian Aisya. Dia mengerling jam di tangan, ternyata jarum sudah pun menghampiri ke angka satu petang.

102

Eliza AB

Takpelah kak, saya ada bawa bekal. Tolak Aisya lembut. Nurul hanya mengangguk dan meninggalkan Aisya yang masih lagi menghadap komputer sambil tangannya laju menaip di papan kekunci.

AISYA khusyuk menikmati makanan yang dimasaknya pagi tadi. Dia juga membekalkan Nadia bekalan yang sama walaupun dikutuk hebat oleh rakan baiknya itu. Dia tersenyum sendiri mengingati peristiwa pagi tadi. Semahu-mahunya Nadia cuba menolak kerana menganggap perbuatan itu seperti kebudakbudakan dan memalukan. Tetapi setelah dipujuk dan dirayu, barulah Nadia bersetuju untuk membawa bekalan itu. Kenapa tak keluar makan? tegur seseorang menghalau lamunan Aisya. Riak di wajah berubah sertamerta apabila terpandangkan Tengku Hariz. Selera makannya terhenti dengan tiba-tiba. Malas. Hanya sepatah ayat yang keluar dari mulut Aisya. Tengku Hariz mengangkat keningnya, tidak suka dengan layanan Aisya terhadapnya. Emmm awak masak ke? Boleh saya rasa? ujar Tengku Hariz lagi. Sekadar mengambil hati Aisya. Matanya tertancap ke bekas makanan Aisya. Eh. mamat ni! Apesal baik sangat dengan aku ni? Buang tebiat apa? Suka hati mak bapak dia aje nak rasa masakan aku, bebel Aisya di dalam hati sambil matanya memandang ke arah lain. Tengku Hariz menyedari akan kedinginan Aisya.

103

Hatimu Milikku

Dia tergelak kecil kerana tidak tahan melihat gelagat Aisya yang cuba melarikan pandangan dari memandang ke arahnya sedari tadi lagi. Aisya mengerutkan dahinya apabila terdengar ketawa kecil Tengku Hariz. Pandangannya dikalihkan ke wajah Tengku Hariz. Kemudian, dia melarikan pandangan apabila secara tidak sengaja bertemu mata dengan Tengku Hariz. Jantungnya berdegup kencang disebabkan situasi sebentar tadi. Hai Aisya! tegur seseorang mematikan tingkah mereka berdua. Eh Amirul, Amirul buat apa kat sini? tanya Aisya terkejut seraya bangun dan menghampiri Amirul yang sedang berdiri di pintu utama. Tengku Hariz terkejut dengan kehadiran lelaki itu. Dia cuba untuk mengingati wajah lelaki itu. Jika dia tidak silap, dia pernah terserempak dengan lelaki itu sebelum ini. Kebetulan Amirul ada meeting berhampiran dengan bangunan ni tadi. So, Amirul singgah la kejap kat sini. Nasib baik Aisya ada, takut jugak tadi kalau-kalau Aisya keluar pergi makan. Aisya dah makan ya, Amirul baru nak ajak Aisya lunch, jelas Amirul sambil matanya tertancap ke bekas makanan Aisya yang masih berbaki apabila dia tiba di meja Aisya. Errr memang Aisya dah makan. Tapi, tak apalah Aisya temankan Amirul makan. Jom! balas Aisya dan menarik lengan Amirul agar segera beredar dari ruangan itu. Amirul menuruti langkah Aisya. Sempat juga dia melemparkan senyuman buat Tengku Hariz yang dari tadi diam membisu.

104

Eliza AB

Tengku Hariz mengetap bibir, menahan marah dan geram dengan tindakan Aisya. Kenapa Aisya begitu mesra dengan lelaki itu? Kenapa Aisya bersikap dingin dengannya? Apa hubungan mereka berdua?

THANKS, ucap Aisya sambil meneguk segelas limau ais. Thanks? For what? ulang Amirul kehairanan. Aisya hanya tersenyum. Aisya! desak Amirul. Sebab Amirul larikan Aisya dari orang gila tu tadi, ujar Aisya spontan disertai dengan ketawa kecil. Geli hati melihat raut wajah Tengku Hariz sebentar tadi. Kelat!!! Orang gila? ulang Amirul kurang faham. Siapa yang Aisya maksudkan? Dahlah tak payah difikirkan sangat. Anggap aje perkara tadi tak pernah terjadi, okey? sambung Aisya. Cuba menghilangkan rasa sangsi Amirul. Amirul semakin tidak mengerti akan sikap dan perangai Aisya, berubah-ubah mengikut musim. Sekejap sejuk sekejap panas sekejap musim bunga pula dan sekejap musim luruh sama seperti hatinya juga. Ya, memang tidak dinafikan Aisya sebegitu orangnya. Tetapi, cuma pada masa-masa tertentu sahaja Aisya akan berkelakuan sebegitu. Amirul masih ingat lagi ketika di UK dahulu, Aisya berperangai seperti tadi apabila seorang junior cuba meluahkan perasaan kepada Aisya. Aisya yang ingin lari dari situasi itu telah meminta Amirul menyamar menjadi teman lelaki Aisya. Berharap junior itu kecewa dan tidak mengganggu Aisya lagi.

105

Hatimu Milikku

Tetapi, siapa lelaki tadi? Yang sama-sama berada di sisi Aisya. Bos dia atau kekasihnya? Persoalan itu dimatikan oleh Amirul begitu sahaja dan menumpukan semula perhatian kepada pemanduan. Dia ingin menepis segala kemungkinan terhadap lelaki itu tadi. Untuk menyedapkan hati sendiri, dia beranggapan lelaki tadi adalah bos Aisya. Ah! Mustahil Aisya tidak akan terpikat dengan ketampanan lelaki itu tadi. Pandangan dan lirikan mata lelaki itu terhadap Aisya, sudah pun memberitahu bahawa lelaki itu punya perasaan terhadap Aisya. Aisya cuba untuk menafikannya. Aisya! Kenapa hatimu sekeras batu kelikir? Ya Allah, lembutkanlah hatinya... bisik Amirul di dalam hati diikuti dengan sebuah keluhan berat.

AISYA, cepat! Bos cari tu. Kalut Nurul bersuara tatkala melihat kelibat Aisya masuk ke dalam pejabat. Aisya memandang jam di tangan, masih berbaki sepuluh minit waktu rehatnya. Aduh! Apa masalah dengan dia tu? Tak habishabislah nak menyusahkan orang, rungut Aisya sambil mengurut perlahan bahunya yang terasa sakit. Isy! Tak baik tau cakap macam tu. Dia kan bos kita, tegur Nurul. Aisya mencebikkan bibir. Tidak bersetuju dengan kata-kata Nurul. Lantas dia duduk dan mengemas mejanya yang agak berselerak. Eh, budak ni! Kan ke bos panggil Aisya... kenapa tak pergi lagi? tekan Nurul lebih berupa arahan. Aisya bermuka selamba. Tidak mengendahkan

106

Eliza AB

arahan Nurul. Malah dia meneruskan kerja mengemas mejanya. Nurul di sisi tidak diendahkan. Nurul mengerutkan dahinya. Semakin mengenali Aisya, semakin pelik dia melihat perangai Aisya. Arahan Tengku Hariz tidak diendahkan. Belum pernah ada sesiapa pun yang berani membantah perintah atau arahan Tengku Hariz melainkan Aisya. Berani betul budak Aisya ni. Nurul kagum sendirian. Dah pukul dua, kan? suara Aisya tiba-tiba. Nurul mengangguk. Masa untuk bekerja, baru boleh jumpa bos. Perli Aisya dan melangkah ke bilik Tengku Hariz. Nurul tertawa kecil. Barulah dia faham kenapa Aisya tidak berganjak dari meja sedari tadi. Betul juga tindakan Aisya, hanya satu jam sahaja waktu rehat mereka dan semolek-moleknya dipergunakan waktu itu dengan betul dan bijak. Aku pun harus setegas Aisya. Bisik Nurul dan menyambung semula kerja yang tertangguh sebelum waktu rehat tadi.

PERASAAN marahnya bagaikan gunung berapi yang menunggu masa untuk meledakkan lavanya. Entah mengapa dia berasa cemburu dengan kemesraan yang ditunjukkan oleh Aisya terhadap lelaki itu. Dia mundar-mandir di dalam bilik sejak tadi. Segala yang dilakukan menjadi serba tak kena disebabkan Aisya. Dia melirik jam di tangan, dua lima minit petang, namun kelibat Aisya tidak juga muncul-muncul. Apakah Nurul tidak menyampaikan pesanannya? Adakah

107

Hatimu Milikku

Aisya masih belum pulang dari berjumpa dengan lelaki tadi? Arghhh!!! Kenapa dengan aku ni? Jeritnya di dalam hati. Cuba menghalau perasaannya terhadap Aisya. Ada apa Tengku panggil saya? suara Aisya tibatiba. Tengku Hariz terkejut. Malah teguran Aisya itu telah membuatkan dia hampir terjatuh akibat terlanggar kaki sofa yang berada di situ. Terbeliak mata Aisya melihat keadaan Tengku Hariz itu. Dia hampir tergelak namun ditahannya agar tidak terhambur keluar. Kenapa lambat? soal Tengku Hariz keras. Cuba berlagak selamba dengan kejadian yang hampir memalukan dirinya sebentar tadi. Mukanya memerah disebabkan insiden yang tidak sengaja itu tadi. Lambat? Maksud Tengku? Aisya tidak mengerti akan soalan Tengku Hariz itu. Tengku Hariz menarik nafas dan melepaskannya. Dia membetulkan keadaan dirinya dan berjalan menghampiri Aisya. Aisya setia menunggu. Dia memandang tepat wajah Tengku Hariz yang masih lagi menahan malu. Jelas kelihatan rona merah di pipi Tengku Hariz. Oh! Maksud Tengku, pesanan yang Tengku tinggalkan pada Nurul sebentar tadi, begitu? sambung Aisya pura-pura. Pada dasarnya, dia sudah mengagak pertanyaan Tengku Hariz tadi. Tengku Hariz mengangguk seraya bersuara dengan tegas. Saya pantang kalau staf saya ingkar dengan arahan saya. Awak melampaui batasan awak sebagai staf saya.

108

Eliza AB

Aisya hanya mendengar tanpa berkata apa-apa. Dia hanya menunggu masa untuk membalas kata-kata Tengku Hariz. Macam bagus sangat, cebik Aisya di dalam hati. Awak faham Aisya? sambung Tengku Hariz lagi melihatkan reaksi bersahaja Aisya. Tengku dah habis cakap? tanya Aisya seakan-akan mengejek. Tengku Hariz mengangkat keningnya, hairan dengan pertanyaan Aisya. Belum ada mana-mana pekerja bawahan yang berani menentang dan melawan arahannya melainkan Aisya. Kalau Tengku dah habis cakap, saya keluar dulu. Bila hati Tengku dah sejuk, baru panggil saya semula, okey? sambung Aisya selamba dan menuju ke muka pintu bilik. Aisya malas hendak bertekak dengan Tengku Hariz disebabkan perkara yang tidak masuk dek akal. Bagi Aisya tidak begitu penting untuk dia menjelaskan akan kelewatannya itu. Belum sempat tangannya memulas tombol pintu, lengannya sudah direntap oleh Tengku Hariz dari arah belakang. Kalau awak nak bermesra dengan lelaki lain, bukan dalam waktu kerja awak. Awak boleh buat selepas waktu kerja, luah Tengku Hariz dari dalam hati yang sekian lama ditahan-tahan. Berkerut dahi Aisya mendengarnya. Wajah Tengku Hariz ditatap curiga. Excuse me Tengku Hariz. For your information, saya lewat bukan disebabkan bermesra dengan lelaki, berdating dengan lelaki. Saya sengaja lewat kerana waktu

109

Hatimu Milikku

kerja saya bermula pukul dua. Jangan persoalkan waktu kerja orang lain jika diri sendiri pun tak betul. Kenapa perkara kecil saja Tengku nak perbesar-besarkan? Be professional Tengku! Jangan campuradukkan urusan peribadi dengan kerja. Kalau Tengku masih tak berpuas hati dengan saya, saya boleh letak jawatan sekarang, marah Aisya. Sakit hatinya apabila Tengku Hariz mempersoalkan waktu kerjanya. Dia juga tidak suka orang lain mencampuri urusan peribadinya. Aisya menoleh semula ke arah Tengku Hariz yang masih membisu seribu kata sebelum memulas tombol pintu. Lagi satu Tengku, suka hati sayalah nak bermesra ke, nak berdating ke, nak bercium ke atau apa-apa aje. Lagipun apa hak Tengku nak menegur saya? Tengku bukan siapa-siapa dengan saya. Jadi tolong jangan campuri urusan peribadi saya! Aisya keluar dari bilik itu dengan senyuman sinis buat Tengku Hariz. Tengku Hariz menyandarkan badannya sambil kedua-dua belah tangan diletakkan di belakang kerusi. Matanya tertancap ke siling di dalam bilik itu. Dia benarbenar terasa dengan kata-kata Aisya sebentar tadi. Salah dia juga kerana mencampuradukkan hal kerja dan juga peribadi. Silap dia juga kerana mempersoalkannya. Wajah Aisya datang silih berganti di ruangan mata. Dia diselubungi rasa bersalah dengan tuduhan melulunya terhadap Aisya. Entah mengapa dia tidak dapat menahan kemarahan apabila mengingati semula akan kemesraan Aisya bersama lelaki tersebut. Ah! Kenapa dengan aku ni? Peduli apa aku kalau dia nak bermesra ke apa ke, bukan ada kena-mengena dengan aku pun, marahnya di dalam hati.

110

Eliza AB

APA masalah dengan dia tu? Suka sangat cari pasal dan menyusahkan aku. Tanya yang bukan-bukan. Apa dia fikir dia bos, dia boleh buat sesuka hati dengan aku, marah Aisya di dalam hati pada malam itu. Dia tidak mengerti dengan sikap Tengku Hariz. Ada ketika Tengku Hariz terlalu baik dengannya dan ada ketika Tengku Hariz bersikap dingin dan marah-marah dengannya. Nak menopause kut mamat sengal tu. Dia ketawa tiba-tiba. Apa yang kau gelakkan tu? soal Nadia dengan tiba-tiba. Aisya mematikan ketawanya. Nadia berjalan menghampiri Aisya yang masih lagi khusyuk menghadap lap-top. Kau ingatkan pakwe kau ya, sambung Nadia lagi sambil mengangkat keningnya menunggu jawapan daripada Aisya. Pakwe? Siapa? Mana ada? dalih Aisya. Nadia tertawa kecil mendengar jawapan Aisya. Aku teka aje. Eh Aisya, malam tu dia buat apa kat kau hah? Aisya terkejut dengan pertanyaan Nadia itu. Sekilas dia berpaling ke arah Nadia yang sudah pun duduk di birai katil. Opsss soalan maut. Tertanya la pulak, aduh! jerit Nadia sambil menutup mulutnya dengan kedua-dua belah tangan. Macam mana pulak aku boleh tertanya ni? Habislah aku! Bisik Nadia di dalam hati. Bingkas dia bangun dan cuba berjalan keluar dari bilik Aisya. Nadia! panggil Aisya mematikan langkahnya. Aisya bangun dan menghampiri Nadia yang masih lagi dengan riak cemas di wajahnya.

111

Hatimu Milikku

Kau nampak? tanya Aisya dengan nada terketarketar. Nampak? Nampak apa? Aku tak faham. Nadia sengaja mengelak menjawab pertanyaan Aisya itu. Kau jangan nak dalih la Nadia. Aku tahu kau nampak apa yang berlaku pada malam tukan, sangkal Aisya dengan dalih yang dibuat-buat oleh Nadia. Aku aku. Terhenti kata-kata Nadia apabila telefon bimbit Aisya berbunyi. Aisya mencari-cari telefon bimbitnya. Setelah berjumpa, dia terus menjawab panggilan tersebut. Melihatkan Aisya yang sedang khusyuk menjawab panggilan, Nadia cuba memboloskan diri dari dalam bilik Aisya dengan melangkah perlahan-lahan agar tidak disedari oleh Aisya. Kus semangat! Hampir terkantoi tadi, luah Nadia sambil mengurut dadanya supaya bertenang. Dia sengaja tidak mahu mengungkit peristiwa malam itu di depan Aisya kerana dikhuatiri menambahkan kelukaan dan kesakitan di hati Aisya. Tapi, kan handsome jugak Tengku Hariz tu. Kalau aku, tak payah dipaksa-paksa, aku rela kalau dia nak kiss aku. Kih kih kih ketawa Nadia sambil tersenyumsenyum mengimbas kembali peristiwa malam itu. Tak, belum tidur lagi mak. Kenapa mak? soal Aisya kepada Puan Suhaila yang berada di hujung talian. Aisya boleh balik kampung tak? Mak ada hal nak bincangkan dengan Aisya, jawab Puan Suhaila. Ada apa ni mak? Serius aje bunyinya. Mak ada masalah ke? soal Aisya kembali apabila mendengar suara

112

Eliza AB

Puan Suhaila yang serak-serak basah seakan-akan menahan esakan tangisan. Aisya balik ya nak, mak tunggu. Balas Puan Suhaila dan mematikan talian telefon. Aisya kalut. Hatinya berdebar-debar dan tidak keruan dengan permintaan Puan Suhaila yang memintanya pulang ke kampung dengan segera. Mungkinkah Puan Suhaila akan mendesak dia berkahwin seperti yang terjadi sebulan yang lepas? Ah! Tidak mungkin. Siapa lagi yang mak nak jodohkan dengan aku ni, fikirnya sendiri.

113

Hatimu Milikku

Bab 8
ERMINTAAN Puan Suhaila benar-benar membuatkan Aisya rasa bersalah. Seperti diluah mati mak, ditelan mati bapak. Tidak menyangka bahawa Puan Suhaila sanggup membuat permintaan sebegitu kepadanya. Disebabkan ingin membalas jasa lelaki yang telah menabur budi kepada keluarganya itu, dia dipaksa menerima lamaran lelaki itu. Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. Pepatah Melayu yang dahulunya tidak dipedulikan kini benar-benar diguna pakai semula. Ingin rasanya dia menjerit, agar dapat membuang segala bebanan masalah yang dihadapi ketika itu. Tidak mak. Aisya tak setuju! bangkangnya sekuat hati akan permintaan Puan Suhaila itu. Puan Suhaila mati akal untuk berkata-kata lagi. Dia tahu, hati Aisya sekeras kerikil sama sepertinya sewaktu dia berkeras ingin mengahwini Ahmad Nordin, ayah Aisya. Mana tumpahnya kuah jika tidak ke nasi. Aisya mengikut jejak langkahnya sekarang.

114

Eliza AB

Aisya... mak faham keadaan Aisya. Tapi, kali ini saja mak minta. Mak harap Aisya faham, rayu Puan Suhaila sambil mengusap lembut bahu Aisya. Dia mahu melihat kebahagiaan Aisya sebelum dia menghadap Ilahi. Mak, jangan jadikan Aisya mangsa semata-mata untuk membalas semua jasa baik yang telah dia berikan kepada kita sekeluarga. Aisya rayu dan pohon pada mak tolong fahami Aisya. Dan kali ini Aisya merayu kepada Puan Suhaila agar mengerti akan permintaannya itu. Aisya, mak. Puan Suhaila tidak dapat meneruskan kata-katanya apabila Aisya melentokkan kepalanya di bahu Puan Suhaila. Puan Suhaila berasa sebak dan sayu. Mak... Aisya faham kesulitan yang mak hadapi sekarang ini. Tapi, Aisya nak mak juga faham kesulitan yang Aisya alami selama ini. Perkahwinan Aisya yang lepas membuatkan Aisya takut untuk menghadapinya lagi. Kenangan-kenangan lepas membuatkan Aisya benar-benar terluka dan sekali gus menutup pintu hati Aisya agar tiada sesiapa pun boleh menerokai dan menodainya lagi. Mak luah Aisya sambil menatap wajah Puan Suhaila dengan penuh kasih sayang. Puan Suhaila membalas tatapan anaknya itu dengan perasaan yang sebak dan sayu. Hatinya sedih tatkala mengingati semula kejadian yang pernah ditempuhi oleh Aisya enam tahun yang lepas. Puan Suhaila mengangguk faham dan segera memeluk erat Aisya yang masih lagi menanti jawapannya. Aisya hanya tersenyum hambar. Aisya! panggil seseorang membawa Aisya ke alam realiti. Dihalau jauh-jauh akan lamunannya sebentar tadi.

115

Hatimu Milikku

Awak ni pekak ke apa? Berkali-kali saya panggil, awak buat tak tahu aje. Kalau nak kerja, buat cara nak kerja. Kalau tak nak, awak boleh berhenti! tegur Tengku Hariz dengan nada yang marah. Aisya hanya menundukkan kepalanya. Mana fail yang saya minta awak semak hari tu? sambung Tengku Hariz sambil tangannya dihulurkan kepada Aisya. Aisya mengangkat muka. Kemudian dia menepuk dahinya sendiri, seolah-olah sedang mengingati sesuatu. Ya Allah! Maafkan saya Tengku, fail tu tertinggal kat rumah. Saya terlupa nak bawanya sekali pagi tadi. Lancar sahaja Aisya menjelaskannya tanpa memikirkan habuan yang bakal diterima sebentar lagi. What? Are you crazy? Awak tahu tak yang saya nak gunakan fail tu dalam mesyuarat petang nanti. Siapa yang beri kebenaran pada awak untuk membawanya balik ke rumah? Fail tu private and confidential! tengking Tengku Hariz. Aisya tersentak. Bunyi nafas Tengku Hariz yang berombak-ombak akibat menahan kemarahan menerpa halwa telinganya. Ma maafkan sa saya Tengku. Saya tak sengaja. Tersekat-sekat Aisya meluahkannya. Stupid! sambung Tengku Hariz dan segera menuju ke bilik dengan perasaan marah yang meluap-luap. Aisya hanya memerhati kelibat Tengku Hariz hilang dari pandangan mata. Kenapa dengan Aisya ni? Aisya tahu, kan segala benda yang berkenaan dengan company tak dibenarkan

116

Eliza AB

dibawa keluar dari pejabat. Kenapa Aisya degil sangat ni? tegur Nurul dengan nada sinis selepas kelibat Tengku Hariz hilang di sebalik pintu. Aisya tidak pasti sama ada Nurul bersimpati ataupun sengaja menyakitkan hatinya. Kan bos dah ma rah. Hey Aisya, nak ke mana tu? tanya Nurul. Matanya tertumpu ke arah Aisya yang sudah berlalu pergi meninggalkan pejabat membawa diri entah ke mana. Tengku Hariz melemparkan blazer ke arah kerusi. Dia menarik tali leher agar sedikit longgar sambil mendengus kasar. Hatinya benar-benar marah di atas tindakan Aisya yang membawa balik fail penting ke rumah. Dia memerlukan fail itu untuk membuat persediaan mesyuarat pada petang ini. Ya, memang dia ada mengarahkan Aisya supaya memperbetulkan beberapa kesilapan yang terdapat di dalam fail itu, tapi itu tidak bermakna dia dibenarkan membawa fail tersebut balik ke rumah. Ah! Sengaja nak cari pasal betullah pompuan tu, marah Tengku Hariz di dalam hati. Aisya! jerit Tengku Hariz dari dalam bilik. Nurul yang terdengar akan jeritan Tengku Hariz segera menerpa masuk ke dalam bilik itu. Aisya mana? soal Tengku Hariz terkejut dengan kemunculan Nurul. Maaf Tengku, saya tak pasti Aisya ke mana. Tapi, selepas Tengku menegurnya Aisya terus keluar dari pejabat, jelas Nurul terketar-ketar seperti menahan ketakutan. Keluar? Apa maksud awak keluar? Dia ingat ofis ni

117

Hatimu Milikku

mak bapak dia yang punya ke, sesuka hati dia nak masuk dan keluar, marah Tengku Hariz. Dia mencapai blazernya semula dan beredar dari situ. Bertujuan untuk mengejar Aisya. Nurul hanya tunduk membisu. Matanya melilau memerhati keadaan sekeliling bilik itu. Bersepahnya! Terdetik ayat itu dari lubuk hatinya. Dia menekan interkom dan memanggil cleaner untuk membersihkan bilik Tengku Hariz.

AISYA kalut sambil matanya melirik jam di tangan. Lagi dua jam waktu bermesyuarat akan bermula. Sempat ke aku nak ambil fail tu balik? Ah! Harapharap sempatlah hendaknya. Mana teksi ni? keluhnya sendirian. Perasaannya disaluti rasa bersalah. Dia memarahi dirinya sendiri akibat kealpaan dan kecuaiannya hari ini. Kemarahan Tengku Hariz merupakan jawapan yang terbaik bagi setiap kesilapan dan kesalahannya itu. Awak nak ke mana? tegur Tengku Hariz dengan tiba-tiba membuatkan Aisya terkejut. Kus semangat! Nasib baiklah aku tak ada penyakit jantung, kalau ada masuk IJNlah aku. Tak reti bagi salam apa mamat ni, marahnya di dalam hati. Aisya tidak mempedulikan Tengku Hariz, malah dia terintai-intai kelibat sebuah teksi untuk ditahan. Tengku Hariz memerhatikan sahaja gelagat Aisya itu. Mari! arah Tengku Hariz keras. Aisya membatu. Tidak ada selera untuk memandang Tengku Hariz. Arahan Tengku Hariz dibiarkan berlalu sepi.

118

Eliza AB

Tak kuasa aku nak layannya, cebik hati Aisya. Tengku Hariz rasa tercabar dengan sikap Aisya yang degil dan keras hati itu. Lantas dia menarik tangan dan membawa Aisya ke tempat parkir kereta yang berada tidak jauh dari tempat mereka berdiri. Apa masalah Tengku ni? marah Aisya sambil matanya bulat memandang Tengku Hariz. Sakit hatinya diperlakukan sebegitu oleh Tengku Hariz. Dia menarik tangannya dari pegangan Tengku Hariz. Tengku Hariz memberhentikan langkahnya. Dia cuba bersabar dengan perangai dan sikap dingin Aisya. Kalau diikutkan hati, mahu sahaja dia menampar Aisya. Tetapi apakan dayanya untuk berbuat begitu. Aisya telah berjaya mencuri hatinya. Mungkin Aisya pemilik kunci hatinya itu. Boleh tak awak jangan bersikap dingin dengan saya? gumam Tengku Hariz sambil menggenggam erat tangan Aisya. Eh! Bila masa pulak aku dingin dengan dia ni? Dia yang dingin dan suka marah-marahkan aku disebabkan perkara kecil. Siapa dingin siapa ni? Kutuk Aisya di dalam hati. Awak nak ambil balik fail tukan? Mari saya hantarkan awak, jangan berdegil! tegas Tengku Hariz. Dia membuka pintu kereta, memberi isyarat masuk kepada Aisya. Gentleman juga Tengku Hariz ni walaupun dalam keadaan yang marah. Aisya terpaksa akur. Ada benarnya kata-kata Tengku Hariz itu. Jika dia masih menunggu teksi, entah bila dia akan sampai ke rumah memandangkan masa berbaki satu jam empat puluh lima minit lagi. Tengku Hariz menumpukan sepenuh perhatian

119

Hatimu Milikku

kepada pemanduan. Sesekali dia melirik ke arah Aisya yang masih tunduk membisu sejak mereka berdua bersama di dalam kereta. Sesekali dilemparkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak mahu bertentang mata mahupun berbual-bual dengan Tengku Hariz. Hanya bunyian dari corong radio sahaja peneman kesunyian mereka berdua.

AISYA menghulurkan fail yang diambilnya dari rumah kepada Tengku Hariz. Tengku Hariz mencapainya lalu diletakkan di belakang tempat duduk yang tidak berpenghuni. Sepanjang perjalanan pergi dan balik, Aisya banyak membisu daripada berkata-kata. Panjang yang ditanya oleh Tengku Hariz, sepatah yang dijawab oleh Aisya. Tengku Hariz menyedari akan kedinginan sikap Aisya terhadapnya. Sorry! ucap Tengku Hariz tiba-tiba mematikan kesunyian di antara mereka berdua. Aisya masih lagi membisu. Kata-kata Tengku Hariz tidak diendahkan. Bagi Aisya, kata-kata Tengku Hariz hanya sekadar untuk menyembunyikan perlakuannya yang sebenar. Mana mungkin lelaki seego Tengku Hariz akan melafazkan kata-kata maaf kepada orang yang tidak sama taraf dengannya. Jangan percaya sangat Aisya! Aisya mengingatkan dirinya sendiri. Saya juga nak minta maaf dengan apa yang telah saya lakukan pada awak malam tu, sambung Tengku Hariz lagi. Aisya memandang tepat wajah Tengku Hariz yang masih lagi khusyuk dengan pemanduan. Dahinya berkerut

120

Eliza AB

seribu. Betul ke ikhlas? Atau saja aje nak ambil hati aku? Blahlah! Awak meragui keikhlasan saya ke, Aisya? soal Tengku Hariz apabila menyedari akan kerutan di dahi Aisya. Aisya tergamam. Alamak! Macam mana dia boleh baca fikiran aku ni? Mesti dia pasang bomoh, kalau tak takkan dia boleh baca apa yang aku fikirkan. Entah-entah, benda tu ikut dia sekali kut? Aisya, jangan pandang belakang! Jeritnya di dalam hati. Aisya! panggil Tengku Hariz apabila tiada tindak balas daripada gadis itu. Aisya tersentak dari lamunannya. Its okay, Tengku. Saya dah lali dengan semua tu. Tengku tak perlu risau. Selepas ni, hidup Tengku akan aman dan damai tanpa gangguan emosi disebabkan saya lagi, ulas Aisya berbasa-basi. Tengku Hariz memberhentikan keretanya dengan tiba-tiba. Tindakannya itu membuatkan kereta yang berada di belakang turut sama menekan brek secara mengejut. Astaghfirullahalazim!!! Kus semangat! Bawa kereta elok-elok tak boleh ke? Nasib baik tak accident, marah Aisya sambil mengurut-urut dadanya yang lari kencang dengan tiba-tiba. Saya tak cukup amalan lagi nak bawa ke sana, sambung Aisya sambil menjeling tajam ke arah Tengku Hariz yang masih lagi berlagak selamba. What do you mean, Aisya? soal Tengku Hariz dan membalas jelingan Aisya. Jantung Aisya berdegup kencang melihatkan jelingan Tengku Hariz. Dia berpura-pura tidak mendengar

121

Hatimu Milikku

akan pertanyaan Tengku Hariz walaupun dia sudah menyediakan jawapannya. Apa Tengku dah lupa notis berhenti saya? Hari nikan hari terakhir saya bekerja dengan Tengku, jawab Aisya dan membetulkan rambutnya yang agak berserabut. Tengku Hariz menyambung semula pemanduannya. Lidah bagaikan kelu untuk berkata-kata. Dia hampir terlupa dengan notis peletakan jawatan Aisya. Dia juga terlupa dengan niatnya yang sebenar terhadap Aisya. Tiba-tiba datang akal bijaknya ke dalam kotak fikiran. Akal yang membolehkan Aisya terus bekerja di syarikatnya. Dia mengerling jam di tangan dan tersenyum lebar. Eh, Tengku! Kita nak ke mana ni? soal Aisya apabila menyedari Tengku Hariz tidak membelok ke arah jalan menuju ke Menara Holding. Saya nak bawa awak ke suatu tempat. Awak duduk diam dan jangan banyak tanya, faham! arah Tengku Hariz spontan sambil menoleh ke arah Aisya. Dia tersenyum melihat gelagat Aisya yang cemas dan gelisah. Titik-titik peluh mulai membasahi dahi Aisya. Dont worry Aisya. Saya bukan seperti yang awak fikirkan. Sambung Tengku Hariz seperti mengerti dengan apa yang difikirkan oleh Aisya waktu itu. Aduh! Dia tahu aje apa yang aku fikirkan. Malu aku. Oh! Lupa la pulak yang dia pakai benda. Hesy! Jangan tegur Aisya, jangan tegur, ngomel Aisya di dalam hati sambil membetulkan posisi duduknya. Tengku Hariz sekadar tersenyum. Dia berharap rancangannya berjaya untuk membuatkan Aisya bekerja lebih lama di syarikatnya itu.

122

Eliza AB

TAHNIAH Cik Aisya! Saya tugaskan awak kendalikan projek ini, ucap Tengku Razlan sambil menghulurkan tangan untuk berjabat. Aisya membalasnya senyuman manis. berserta dengan sebuah

Kenapa Tengku tak bentangkan sendiri proposal tu? Kenapa saya? bisik Aisya ke telinga Tengku Hariz. Rasa gementar masih lagi bersisa. Awak yang betulkan proposal tu, sudah tentulah awak tahu akan isi kandungannya. Saya kan tak sempat nak bacanya? Kalau saya yang terangkan, dibuatnya tunggang terbalik, siapa yang susah? Saya juga sebab tak dapat projek tu. Lagipun, siapa suruh awak bawa balik fail tu? Kan dah kena paksa dengan saya, bebel Tengku Hariz diikuti dengan gelak tawanya yang kecil. Aisya tertunduk malu. Memang diakui akan kesalahannya itu, tetapi itu tidak bermakna dia punya hak untuk bersuara di dalam mesyuarat itu tadi. Kecut perut apabila Tengku Hariz memintanya membentangkan kertas cadangan yang dibaiki semalam di hadapan semua Ahli Lembaga Tunjang Holding. Kalau ya pun nak suruh saya bentangkan, bagitaulah awal-awal bolehlah saya pakai elok-elok sikit. Tengoklah keadaan saya ni, serabut. Kan? Aisya membelek dirinya di hadapan Tengku Hariz tanpa segan-silu. Tengku Hariz memerhatikan penampilan Aisya dari atas ke bawah. Hatinya tercuit seketika dengan tingkah laku manja Aisya. Bagi Tengku Hariz tidak ada cacat celanya Aisya di matanya. Walau apapun yang dipakaikan oleh Aisya, dia masih lagi tampak cantik dan manis. Awak pakai macam ni pun dah cantik Aisya, saya

123

Hatimu Milikku

suka, puji Tengku Hariz sambil tersenyum memandang Aisya. Senyuman yang menggetarkan hati Aisya waktu itu, manis dan menggoda. Dengan tiba-tiba dada Aisya berdegup kencang, mukanya terasa panas. Alamak! Apesal pulak dengan jantung aku ni? Tetiba pantas aje degupnya. Takkanlah dia baru senyum, aku dah cair kut. Ah, sudah! Kena pergi check jantung ni. Manalah tau, kan ada wayar yang tercabut dalam jantung aku ni. Silap hari bulan masuk IJN pulak aku. Tengku Hariz yang sedari tadi leka memerhatikan Aisya, tergelak kecil melihat rona merah yang jelas terpamer di pipi Aisya. Entah mengapa begitu spontan dia mengeluarkan kata-kata itu sebentar tadi. Ah, sudah! Kacau ni! Jeritnya di dalam hati. Hariz Aisya panggil Tengku Razlan dari arah belakang. Tengku Hariz dan Aisya menoleh ke belakang. Kenalkan Project Manager saya Amirul Haqeem Bin Zulkifli. Amirul akan bekerjasama dengan Cik Aisya mengendalikan projek di Sabak Bernam tu. So, saya harap kamu berdua dapat bekerjasama dengan baik, jelas Tengku Razlan. Amirul melemparkan senyuman kepada Aisya. Tidak disangka sama sekali yang dia bakal bekerjasama dengan Aisya, rakan baiknya semasa di UK dahulu. Hatinya berbunga mekar. Mungkin dengan cara ini, dia berpeluang mendekati Aisya dengan lebih rapat lagi. Tetapi tidak bagi Tengku Hariz. Ini merupakan cabaran baginya untuk merebut hati Aisya. Berbuallah ya, saya minta diri dulu, sambung Tengku Razlan dan menghilang di sebalik pintu.

124

Eliza AB

Aisya hanya tersenyum, begitu juga Tengku Hariz dan Amirul. Nice meeting you Cik Aisya. Hope kita dapat bekerjasama dengan baik, kata Amirul sambil menghulurkan tangan untuk berjabat dan dibalas oleh Aisya. Tengku Hariz yang berada di sisi Aisya dikerlingnya. Mamat ni, macam pernah aku nampak. Tapi, kat mana ya? Soal Amirul di dalam hati sambil dahinya berkerut cuba mengingati wajah lelaki yang berada di sebelah Aisya. Ni. Amirul memberi isyarat kepada Aisya. Oh ya, lupa Aisya nak kenalkan. Amirul, kenalkan ni Tengku Hariz Iskandar Tengku Azman, bos merangkap boyfriend Aisya, pintas Tengku Hariz selamba sambil menghulurkan tangan untuk berjabat. Aisya terkejut. Matanya melirik tajam ke arah Tengku Hariz yang bermuka selamba itu. Terpamer riak terkejut di wajah Amirul selepas Tengku Hariz memperkenalkan dirinya. Aisya pelik. Eh, sejak bila pulak mamat sengal ni jadi boyfriend aku? Angin tak ada, ribut tak ada, sesuka hati mak bapak dia aje kata dia tu boyfriend aku. Jatuhlah saham aku depan Amirul ni, gerutu Aisya di dalam hati sambil mencebik ke arah Tengku Hariz. Tengku Hariz yang menyedari akan perubahan di wajah Aisya, sengaja merapatkan badannya agar bersentuhan bahu dengan Aisya. Tangan Aisya digenggam erat. Hampir terjerit Aisya dibuatnya dengan tindakan berani Tengku Hariz itu.

125

Hatimu Milikku

Ni dah lebih ni. Kang ada yang makan penampar aku ni, marahnya di dalam hati. Errr Amirul, jom kita ke sana! Aisya ada benda nak tanya Amirul. Aisya melepaskan genggaman Tengku Hariz dan menarik tangan Amirul untuk beredar dari situ. Amirul hanya menuruti langkah Aisya yang membawanya ke suatu sudut yang agak jauh dari pandangan orang. Sorry Amirul. Tengku Hariz tu bos Aisya dan bukannya boyfriend Aisya. Suka hati dia aje nak kata dia tu boyfriend Aisya. Buang tebiat apa, perasan betul! marah Aisya sambil menjeling tajam ke arah Tengku Hariz yang sedang berbual bersama beberapa kenalannya. Tengku Hariz yang menyedari akan jelingan Aisya, terus mengenyitkan mata dan menghadiahkan senyuman yang manis kepadanya. Eee geramnya. Perasaan betul la dia tu, gerutu Aisya geram dan marah. Amirul tersenyum melihat Aisya. Dia hairan dan pelik, kenapa Aisya perlu menjelaskan perkara itu sedangkan mereka berdua hanyalah bersahabat baik. Hey Aisya, come on la. Amirul tak kata apa-apa pun, kan? ulas Amirul sambil menepuk-nepuk perlahan tangan Aisya. Cuba menenteramkan perasaan Aisya yang masih berkocak akibat menahan kemarahan terhadap Tengku Hariz. Aisya cuma tak nak Amirul fikir yang bukanbukan, itu aje. Aisya menarik tangannya yang sedari tadi dipegang oleh Amirul. Eh, kejap. Apesal pulak aku nak jelaskannya pada

126

Eliza AB

Amirul? Bukannya aku ada apa-apa dengan dia pun. Kalutlah kau ni Aisya! Desisnya di dalam hati. Its okay Aisya! Dont worry about it, pujuk Amirul dengan sebuah senyuman terukir di bibir. Aisya mengangguk tanda faham. Hatinya lega mendengar penjelasan Amirul. Dia tidak mahu Amirul salah faham. Sebentar tadi dia rasa sangat bersalah melihat cara pandangan Amirul. Tidak menyangka Tengku Hariz akan memperkenalkan diri sebagai bos merangkap teman lelaki istimewanya di hadapan Amirul. Bagi Amirul, sudah tentulah dia terkejut. Dengan tiba-tiba sahaja Aisya sudah mempunyai teman lelaki istimewa sedangkan selama dia mengenali Aisya, Aisya sukar didekati dan hati Aisya bagaikan tertutup rapat untuk menerima cinta seorang lelaki. Seketika itu, Amirul teringat di mana dia berjumpa dengan Tengku Hariz. Ya, di pejabat Aisya sewaktu dia singgah di pejabat itu untuk mengajak Aisya makan tengah hari bersama. Ketika itu, Aisya cuba melarikan diri daripada Tengku Hariz yang seakan mengganggu emosinya dan jelas juga di wajah Aisya akan ketidaksenangan apabila berhadapan dengan Tengku Hariz. Tetapi, hari ini amat berbeza. Aisya tersenyum manis apabila berdiri bersebelahan dengan Tengku Hariz. Mungkinkah Aisya sudah jatuh cinta dengan Tengku Hariz? Kemungkinan yang harus ditepis oleh Amirul ketika ini. Tak pasti, uncle. Abang tak bagitau pun pada Riz bila dia nak balik ke Malaysia. Mungkin dia dah selesa tinggal kat sana, tutur Tengku Hariz. Sesekali matanya melirik ke arah Aisya dan Amirul yang masih lagi berbual mesra di hujung sudut bilik itu. Ada perasaan cemburu di benaknya.

127

Hatimu Milikku

Tak mengapalah Riz. Nanti uncle bincangkan dengan papa Riz, jawab Tengku Razlan sebak. Entah mengapa dengan tiba-tiba Tengku Razlan bertanyakan pada Tengku Hariz soal abangnya. Mungkin Tengku Razlan ingin membincangkan soal perkahwinan abangnya dengan Tengku Hanis Suraya. Kalau diikutkan sudah hampir setahun setengah abangnya bertunang dengan Tengku Hanis Suraya. Sudah tentulah Tengku Hanis Suraya ingin mempercepatkan perkahwinan mereka. Siapa yang tidak bosan kalau ditunangkan lama-lama. Aku sendiri pun bosan, getusnya di dalam hati. Kalau macam tu, Riz balik dulu uncle. Thanks sebab bagi projek tu pada company Riz. Insya-Allah, Riz akan buat yang terbaik untuk projek ini. Azamnya di hadapan Tengku Razlan. Tengku Razlan mengangguk sambil menepuk mesra bahu Tengku Hariz. Mari Aisya, saya hantarkan awak balik! Suara Tengku Hariz tiba-tiba mematikan perbualan Aisya dan Amirul. Eh, tak mengapalah Tengku. Nanti I hantarkan Aisya balik, pelawa Amirul. Pandangannya beralih kepada Aisya yang masih lagi diam membisu. I datang dengan dia tadi, jadi I la yang kena hantar dia balik, bentak Tengku Hariz keras dan tegas. Aisya yang sudah tidak senang duduk memandang sekilas ke wajah bosnya, tegang menahan kemarahan. Seminit kemudian, Tengku Hariz berlalu pergi dari situ. Tak mengapalah Amirul. Tadi Aisya datang dengan

128

Eliza AB

bos. So, ada baiknya Aisya balik dengan bos. Maafkan Aisya, Aisya balik dulu. Aisya berlari-lari anak mengejar Tengku Hariz yang sudah pun berjalan meninggalkannya di belakang. Terkocoh-kocoh Aisya mengejar langkah Tengku Hariz kerana dikhuatiri akan dimarahi oleh Tengku Hariz kelak. Amirul memerhati dari jauh sehingga kelibat Aisya hilang dari pandangan mata. Hatinya marah dengan tindakan Tengku Hariz yang memaksa Aisya. Apa hak dia untuk memaksa Aisya pada perkara yang Aisya sendiri tidak suka dan benci. Cepat sikit! jerit Tengku Hariz dari tempat letak kereta. Aisya mempercepatkan langkahnya. Tengku Hariz yang memerhatikan Aisya dari jauh mendengus keras. Dia menghidupkan enjin kereta dan menunggu Aisya dari dalam kereta. Aisya segera memboloskan diri ke dalam kereta. Seminit kemudian, kereta meluncur laju membelah jalan raya yang penuh sesak setiap hari. Aisya melemparkan pandangan ke luar tingkap. Masing-masing melayan perasaan yang terbuku di dalam hati. Entah mengapa berat mulut Aisya untuk berkata-kata sewaktu dia bersama Tengku Hariz, tidak seperti dia bersama Amirul, ada saja perkara yang hendak dibualkan. Ya, ya aku tahu Amirul tu dah lama kenal sedangkan bos, baru dua bulan kenal. Mestilah ada perbezaannya. Apalah kau ni Aisya, benda simple pun kau nak fikirkan. Mesra nampak, ujar Tengku Hariz tiba-tiba memecahkan kesunyian. Mesra? ulang Aisya sambil matanya dikecilkan.

129

Hatimu Milikku

Oh! Saya dengan Encik Amirul, begitu? sambung Aisya sambil menoleh ke arah Tengku Hariz. Wajah Tengku Hariz diperhatikan. Emmm handsome jugak mamat perasan ni. Cukup sempurna di mata sesiapa yang memandangnya, bisik hati Aisya. Tengku Hariz tidak selesa diperhatikan begitu. Pantas jari telunjuknya menukar siaran di radio. Gugup! Saya dengan Encik Amirul dah lama kenal, sejak kami belajar bersama di UK lagi. Dia banyak bantu saya buat assignment dan belajar. Bila saya ada masalah, dialah tempat untuk saya meluahkan perasaan. Dia seorang yang baik, kacak, segak, bijak dan beriman. Kalau nak dijadikan calon suami, memang layak sangatlah sebab serba-serbinya dia tahu. Lancar betul mulut Aisya bercerita mengenai Amirul kepada Tengku Hariz, namun Tengku Hariz amat tidak menyenanginya. Baik? Kacak? Segak? Bijak? Eh, semua tu aku adalah, malah aku lagi bagus daripada dia tu. Tapi cuma satu aje yang aku tak setanding dia, iman. Ya, iman. Sejak dari kecil lagi, papa dan mama aku tidak pernah mengajar aku soal agama. Mujurlah ada Mak Kiah yang mengajar aku mengaji dan bersolat, suara Tengku Hariz di dalam hati sambil pandangannya dilepaskan terus ke hadapan. Lagi satu, kan Tengku, Encik Amirul tu dah lama sukakan saya. Entah sebab apa ntah dia boleh suka kat saya, pelik, kan? sambung Aisya sambil meletakkan jarinya di bawah bibir seperti orang yang sedang berfikir. Comel! Nak kata saya ni cantik, tak adalah la pulak. Cantik lagi kucing Parsi saya yang kat rumah tu. Kaya, lagilah apalah yang ada kat saya? Yang ada basikal buruk kat kampung tu, satu-satunya harta peninggalan arwah abah

130

Eliza AB

saya. Dan yang ni saya memang sure gilalah, semua lelaki takut mendengarnya malah ada yang akan kata selisih malaikat empat puluh empat saya nikan, jan. Katakatanya terhenti apabila terdengar gelak kecil Tengku Hariz. Alamak! Apesal aku ni jujur sangat dengan dia ni? Tak pasal-pasal nanti dia tahu siapa aku. Parah ni, gerutu hati Aisya geram sambil menepuk dahinya sendiri. Tengku Hariz tergelak kecil dengan perlakuan Aisya sebentar tadi. Awak apa? tanya Tengku Hariz sambil mengerling sekilas ke arah Aisya. Aisya membisu seketika. Mulutnya terasa terkunci untuk berkata-kata. Dia tidak mahu sesiapa pun tahu akan statusnya itu, janda. Ya, janda. Status yang sudah enam tahun dipegangnya. Dia bukan malu untuk mengakuinya, cuma dia tidak suka orang memandang rendah kepadanya disebabkan status itu. Eh, okey apa janda bukan senang nak dapat gelaran janda meletup, glamor gitu, bisik hatinya dan tersenyum panjang. Awak apa, Aisya? soal Tengku Hariz lagi mematikan lamunan Aisya. Aisya tersengih. Eh, tak ada apa-apalah Tengku. Lama lagi ke nak sampai? soal Aisya pula. Ingin mengelak dari menjawab soalan yang diajukan oleh Tengku Hariz itu. Kita balik ofis dulu, lepas tu saya hantar awak balik. Putus Tengku Hariz sambil membelok kereta di simpang masuk ke bangunan Menara Holding. Aisya mengangguk dan hanya tersenyum.

131

Hatimu Milikku

AISYA melepaskan keluhan kecil sambil langkahnya dihala ke tempat lif. Entah mengapa dia boleh bersikap jujur di hadapan Tengku Hariz tetapi tidak dengan Amirul. Entah mengapa juga dia dengan selamba bercerita mengenai Amirul dan juga dirinya. Entah mengapa jugalah dia teruja sangat nak bercerita panjang lebar dengan si mamat perasan bagus yang digelarnya sejak dia mula bekerja di syarikat Menara Holding. Aduh! Kenapalah aku ni jujur sangat? Nasib baik aku pandai cover line bila dia tanya tadi, kalau tak macam mana aku nak mengelak dari jawab soalan dia tu, bisik Aisya dengan nada yang kesal. Kenapa dengan aku ni? rintihnya lagi. Tengku Hariz mengekori Aisya dari belakang. Dia menyedari akan perubahan wajah Aisya sedari turun kereta sehinggalah memasuki lif. Riak gelisah jelas terpamer di wajah Aisya. Dahi Aisya sentiasa berkerut seperti ada perkara yang sedang mengganggu fikirannya ketika itu. Adakah semua itu disebabkan Amirul? Benarkah apa yang dikatakan oleh Aisya sebentar tadi mengenai Amirul, perasaan Amirul terhadap Aisya? Jika benar, kenapa Aisya tidak menerima cinta Amirul? Bukankah tadi dia memuji-muji lelaki itu. Baik la, kacak la, segak la dan bla bla bla. Geli isi perut aku mendengarnya, ejek Tengku Hariz di dalam hati. Aisya Aisya, apa yang kau cuba rahsiakan dari aku? Cuba kau luahkan, aku sedia mendengarnya. Fuyooo, jiwang karat pulak aku ni, bisik hati Tengku Hariz sambil tersenyum. Alamak! Time nilah dia nak rosak! marah Tengku Hariz sekali gus mematikan lamunannya tadi. Pantas dia mengeluarkan telefon bimbit dari dalam poket seluar sleknya.

132

Eliza AB

Dengan berpandukan cahaya lampu dari telefon bimbit, Tengku Hariz menghala ke sudut tepi lif untuk menekan butang loceng kecemasan. Abah, Aisya takut! Aisya takut! Aisya sudah terduduk sambil memeluk kedua-dua belah kakinya. Air mata tidak sempat diseka, lalu membasahi pipi akibat ketakutan yang amat sangat. Badannya menggigil kesejukan, menahan ketakutan sepertimana sewaktu dia terkurung di dalam bilik stor semalaman di sekolah suatu ketika dahulu. Mujurlah kawan baiknya Jamilah memberitahu arwah Ahmad Nordin akan kehilangannya di sekolah. Arwah segera datang ke sekolah mencarinya. Ketika ditemui, dia hampir pengsan akibat kekurangan udara dan arwah juga yang membawanya ke hospital. Tidak putus-putus arwah memanggil dan menyebut namanya sambil mengusap pipinya ketika itu. Pelukan erat arwah menggamit kerinduannya ketika ini. Aisya! panggil Tengku Hariz. Telefon bimbit dihalakan ke arah Aisya. Dilihatnya pipi Aisya lencun disebabkan air mata yang tidak putus-putus mengalir. Tengku Hariz segera mendapatkan Aisya. Jangan tinggalkan Aisya, Aisya takut! rayu Aisya sambil memeluk Tengku Hariz. Tengku Hariz tergamam seketika. Dengan perlahanlahan dia membalas pelukan Aisya sambil tangannya menyeka air mata Aisya yang tidak jemu-jemu membasahi pipinya. Tidak Aisya, Hariz takkan tinggalkan Aisya buat selama-lamanya. Percayalah. Suara Tengku Hariz lembut memujuk Aisya yang masih lagi dalam ketakutan. Aisya mengemaskan lagi pelukannya. Dia dapat merasakan seolah-olah arwah abahnya berada dalam

133

Hatimu Milikku

dakapannya itu. Selesa dan tenang. Semangatnya pulih, segala ketakutan dibuang jauh-jauh. Ya Allah! Maafkan saya Tengku. Saya tak sengaja, ujar Aisya teketar-ketar. Dia melepaskan pelukan dari tubuh sasa Tengku Hariz apabila menyedari lampu lif sudah berfungsi. Bingkas dia bangun dan membetulkan keadaannya yang sedikit kusut. Air mata yang berbaki di kelopak mata diseka dengan hujung jari. Tengku Hariz segera bangun. Dia memasukkan semula telefon bimbit ke dalam poket seluar sleknya. Dia cuba berlagak biasa tetapi matanya tidak dapat mengelak dari memandang wajah Aisya yang redup dan tenang. Saya. Terasa merona merah mukanya waktu itu. Aduh! Macam mana aku nak cakap ni? Apesal la aku boleh terpeluk dia pulak tadi? Nasib baik tak ada orang, kalau ada malunya aku! Gerutu Aisya di dalam hati sambil cuba melemparkan senyuman kepada Tengku Hariz. Senyuman yang dipaksapaksa. Its okay Aisya. I dont mind if you want to hug me again, bisik Tengku Hariz ke telinga Aisya dan melangkah keluar dari dalam perut lif selepas pintu lif terbuka. Bagaikan halilintar memanah telinga Aisya waktu itu. Eh! Bukan panah jantung ke? Ah, gasaklah! Jantung ke telinga ke, sama aje bagi aku di waktu darurat ni. Apesal pulak dengan jantung aku ni? Memang kena masuk IJN ni. Mesti ada skru yang dah longgar dalam jantung aku ni. Asyik berdegup kencang aje, guraunya di dalam hati. Aleeya! Terpacul nama itu sebaik sahaja Tengku Hariz menguak pintu biliknya. You buat apa kat sini? soal Tengku Hariz seraya

134

Eliza AB

membuka blazer dan dihumbankan ke atas sofa. Dia melabuhkan duduk ke kerusi empuknya. You tak suka ke I datang sini? soal Sharifah Aleeya sambil menjeling ke arah Tengku Hariz. Eh, mana ada. Bila masa pulak I tak suka you datang sini, suka apa. Cuma, apa sebab you datang ke sini, itu soalan I sebenarnya, dalih Tengku Hariz. Dia menyandarkan kepala ke kerusi. Matanya dipejamkan. Sharifah Aleeya melangkah menghampiri kerusi Tengku Hariz. Majalah yang dibaca sedari tadi, diletakkan di atas meja Tengku Hariz. Riz, papa ajak you sekeluarga makan kat rumah malam ni. Dia nak bincangkan hal pertunangan kita, ujar Sharifah Aleeya sambil tangannya memicit kepala Tengku Hariz. Tengku Hariz segera membuka matanya, terkejut dengan apa yang diperkatakan oleh Sharifah Aleeya. Dengan pantas dia menepis tangan Sharifah Aleeya dan bingkas bangun lalu menuju ke sofa. Sharifah Aleeya tersentak dengan perlakuan Tengku Hariz itu. Namun dia tetap mengekori Tengku Hariz menuju ke sofa dan melabuhkan duduk di situ. Riz, you dengar tak apa yang I kata tadi? rengek Sharifah Aleeya manja sambil tangannya memaut erat lengan Tengku Hariz. Tengku Hariz diam membatu. Otaknya ketika itu tidak dapat berfungsi dengan betul, mati dengan tiba-tiba. Jika boleh dibelah, mahu sahaja dia membelah otaknya untuk membuang segala memori mengenai Sharifah Aleeya dan digantikan dengan Aisya Lyana Sofea, insan yang semakin mendapat tempat di hatinya.

135

Hatimu Milikku

Ehem! Sharifah Aleeya berdeham. Bunyi itu membawa Tengku Hariz ke alam realiti. Sekilas dia menoleh ke arah Sharifah Aleeya yang setia menanti jawapannya. Insya-Allah, I akan bagitau papa, jawab Tengku Hariz dan memejamkan matanya semula. Dia membiarkan lengannya dipaut erat oleh Sharifah Aleeya. Tidak ada mood untuk bergaduh mahupun berbalah dengan Sharifah Aleeya. Masuk! arah Tengku Hariz tatkala terdengar pintu biliknya diketuk. Maafkan saya kalau mengganggu. Saya nak serahkan briefcase Tengku yang tertinggal di luar tadi. Kalau tidak ada apa-apa lagi, saya minta diri dulu. Teratur sekali ayat yang keluar dari mulut Aisya. Dia cuba menahan diri agar tidak cepat melatah dengan apa yang dilihatnya itu. Tengku Hariz membuka mata. Wajah Aisya terbias di ruangan mata. Lantas dia melepaskan pegangan Sharifah Aleeya dan menuju ke arah Aisya yang sedang menantikan arahannya. Sekali lagi Sharifah Aleeya tersentak dengan perlakuan Tengku Hariz. Malu apabila diperlakukan sebegitu, lebih-lebih lagi di hadapan pekerja bawahan Tengku Hariz. Terasa tegang di wajahnya menahan marah dan geram. Malunya beb!!! Thanks. Awak balik dengan apa? tanya Tengku Hariz sambil menyambut briefcase dari tangan Aisya. Teksi. Spontan Aisya menjawab. Dia cuba berlagak tenang walaupun ketika itu dia tidak tenang langsung. Cemburu! Ah, tak mungkin aku cemburu. Bukan ada perasaan apa-apa pun kat mamat ni. Aisya berperang dengan hatinya sendiri.

136

Eliza AB

Saya hantarkan, pelawa Tengku Hariz sekali gus mengejutkan Sharifah Aleeya. Sedari tadi dia hanya menjadi pemerhati di antara Tengku Hariz dan pekerja bawahan itu. Mukanya merah menahan kemarahan yang amat sangat. Eh, tak apalah Tengku. Saya boleh balik sendiri. Kalau tak ada apa-apa lagi, saya minta diri dulu, tutur Aisya dan segera beredar dari bilik yang menyesakkan nafasnya sedari dulu lagi. Tengku Hariz memerhati Aisya sehinggalah kelibat itu hilang di sebalik pintu bilik. Dia melepaskan keluhan kecil. Ingatannya ligat memikirkan Aisya. Sejak bila pulak you baik sangat dengan pekerja ni? Siap nak tolong hantarkan balik lagi tu, perli Sharifah Aleeya diikuti dengan jelingan tajam ke arah Tengku Hariz. Dahlah, jom kita balik! Putus Tengku Hariz. Malas hendak bertekak dengan Sharifah Aleeya dalam keadaan yang resah dan gelisah memikirkan perasaannya terhadap Aisya. Sharifah Aleeya mencebikkan bibir. Dia menuruti langkah Tengku Hariz yang sudah pun jauh meninggalkannya. Dalam masa yang sama, Sharifah Aleeya cuba mengingati wajah pekerja bawahan Tengku Hariz. Seolah-olah dia mengenali wajah gadis itu. Ah! Buat apa aku fikirkan minah tu? Buat sakit kepala aje. Desis Sharifah Aleeya.

137

Hatimu Milikku

Bab 9
ANGLO dua tingkat yang tersergam indah di Damansara Utama sudah mulai terangbenderang disirami lampu-lampu yang berwarna-warni sejak matahari menyembunyikan diri di bumi Allah. Banglo yang dimiliki oleh Syed Mukriz itu riuh-rendah dengan gelak ketawa yang sedari tadi sengaja dikuatkan agar orangorang di sekeliling menganggap betapa gembiranya mereka sekeluarga ketika itu. Kegembiraan juga jelas terbayang di wajah Tengku Azman yang tidak putus-putus memuji kecekapan Syed Mukriz mengendalikan perniagaan turun-temurun keluarga itu. Seusai makan, Tengku Hariz memohon diri untuk beredar ke luar laman untuk menghirup udara nyaman yang segar daripada menghirup udara di dalam rumah yang amat menyesakkan nafasnya selama ini. Tengku Hariz memandang ke arah langit yang dipenuhi dengan bintang-bintang yang bergemerlapan. Entah mengapa pada hari itu, hatinya berlawanan dengan akal fikiran. Kalau diikutkan, dia malas

138

Eliza AB

mengikut papanya bertandang ke rumah Syed Mukriz memandangkan badannya terasa amat penat. Namun, kerana kasihnya terhadap Puan Sharifah Rohana, maka dia mengalah dan akhirnya dia membawa haluannya sendiri. Yalah dah namanya tak ikhlas, semua yang dibuat serba tak kena, kan? Entah mengapa ketika ini fikirannya tertumpu kepada Aisya. Wajah Aisya yang redup dan tenang berlegarlegar di ruangan mata. Sengaja dia memekakkan telinga tatkala Aisya menyentuh soal peletakan jawatan siang tadi. Aisya sedaya upaya mengingatkannya akan notis peletakan jawatan yang telah diberikan sebulan lalu. Bukankah sepatutnya dia bergembira dengan keputusan Aisya itu? Selama ini Aisya banyak mendatangkan kemarahannya. Jika tidak, mana mungkin dia tergamak mencium Aisya pada malam itu gara-gara egonya dicabar oleh Aisya. Tengku Hariz melepaskan keluhan kecil. Dia menyesal dengan apa yang telah dilakukan terhadap Aisya pada malam itu. Ya Allah! Kenapa aku asyik memikirkannya? Kenapa hatiku sayu apabila melihatnya? Wajahnya yang tenang dan redup menggetarkan naluri lelakiku. Ya Allah! Bantulah aku, rintih hatinya sendirian. Sayang, kenapa ni? tegur Sharifah Aleeya menepis lamunan Tengku Hariz yang panjang. Tengku Hariz kembali ke alam realiti. Come on la sayang! You macam tak suka aje bertunang dengan I, sambung Sharifah Aleeya lagi. Dia menghenyak punggungnya bersebelahan Tengku Hariz. Bukan macam tu Leeya, cuma I belum bersedia untuk bertunang mahupun berkahwin, luah Tengku Hariz sambil meraup wajahnya yang sudah pun dibasahi sedikit peluh.

139

Hatimu Milikku

Sharifah Aleeya ketawa sinis. Seakan mengejek kata-kata Tengku Hariz itu. Ha ha ha you buat lawak apa ni Tengku Hariz Iskandar Bin Tengku Azman? Hey, sejak bila pulak you belum bersedia ni? Dulu you yang beria-ia nak kita bertunang dan berkahwin secepat mungkin, tapi sekarang dont playplay with me Tengku Hariz Iskandar! I dah banyak buang masa untuk you. Apa you ingat you tu hebat sangat ke sampai I nak terhegeh-hegeh dengan you. I setuju pun disebabkan papa I, tapi I admit yang I memang cintakan you, tapi bukan sepenuh hati I. Sinis sungguh kata-kata yang dilontarkan oleh Sharifah Aleeya kepada Tengku Hariz. Tengku Hariz tersentak mendengar kata-kata Sharifah Aleeya itu. Dia merenung tajam wajah Sharifah Aleeya. Apa lagi, tentulah marah dan geram. Nafasnya sudah mula berombak kencang. Jika diikutkan hati, mahu sahaja dia menampar muka Sharifah Aleeya tika itu. Hey Leeya, you. Belum sempat Tengku Hariz meneruskan kata-katanya, Syed Mukriz dan Tengku Azman tiba-tiba menghampiri mereka berdua. Tengku Hariz dan Sharifah Aleeya memberikan sebuah senyuman yang manis kepada kedua-dua papa mereka walaupun pada masa itu masing-masing berperang dengan hati dan perasaan sendiri. Hariz, Aleeya kami dah sepakat dan bersetuju, dua bulan lagi kamu berdua akan ditunangkan, beritahu Tengku Azman sambil memeluk bahu rakan baik perniagaannya, Syed Mukriz. Bagaikan hendak gugur jantung Tengku Hariz mendengarnya. Mukanya berubah sebaik sahaja mendengar penjelasan Tengku Azman. Dia menoleh sekilas wajah

140

Eliza AB

Sharifah Aleeya yang tidak menunjukkan riak terkejut, kecewa mahupun gembira. So, congratulations my daughter. Happy? ucap Syed Mukriz sambil memeluk erat anak perempuannya itu. Sharifah Aleeya membalas pelukan Syed Mukriz. Matanya tidak berganjak dari memandang Tengku Hariz yang masih dalam keadaan gelisah. Tengku Hariz membalas pandangan Sharifah Aleeya dengan perasaan yang marah dan geram. Happy papa. Thanks and I love you papa, balas Sharifah Aleeya dan melepaskan rangkulan Syed Mukriz. Matanya masih menjamah muka Tengku Hariz. How about you Tengku Hariz? Are you happy with our engagement? Soal Sharifah Aleeya dengan nada memerli. Sengaja membakar hati dan perasaan Tengku Hariz. Tengku Hariz tidak mampu untuk berkata. Hatinya sakit dengan persoalan yang ditujukan oleh Sharifah Aleeya itu. Namun, dia hanya mengangguk apabila mata Tengku Azman dan Syed Mukriz bertembung dengan matanya. Baru puas hati aku, Hariz! Getus Sharifah Aleeya dalam hati dan beredar meninggalkan Syed Mukriz dan Tengku Azman yang masih lagi berbual-bual. Apa yang Sharifah Aleeya rancangkan?

TENGKU HARIZ menyandarkan kepala ke kerusi dengan mata yang terpejam. Seusai solat isyak tadi, dia terus memerapkan diri di dalam bilik. Malas hendak menyertai keluarganya berbual-bual. Hatinya sakit apabila Tengku Azman menetapkan perkahwinannya dengan Sharifah Aleeya. Selama ini, dia tidak

141

Hatimu Milikku

pernah terfikir untuk bertunang mahupun berkahwin dengan Sharifah Aleeya. Dia juga tidak pernah menyintai Sharifah Aleeya. Perbuatannya terhadap Sharifah Aleeya selama ini hanyalah semata-mata untuk mengaburi mata kedua-dua orang tua mereka. Dia juga tidak mahu menghampakan hati Tengku Azman. Sebagai seorang anak, nak tak nak, dia terpaksa akur dengan permintaan Tengku Azman itu. Dia pernah mencuba untuk menyintai dan menyayangi Sharifah Aleeya, namun hatinya seakan tertutup buat perempuan itu. Sejak abangnya membawa diri serta menyambung pelajaran ke luar negara, Tengku Hariz bekerja keras untuk memajukan Menara Holding dan juga Berjaya Holding. Segala bebanan diletakkan di bahunya seorang. Namun sebagai anak, dia terpaksa akur dengan tuntutan Tengku Azman kerana tidak mahu dianggap anak yang derhaka. Abangnya pernah menjalinkan hubungan cinta dengan Sharifah Aleeya selama tiga tahun. Disebabkan keakraban kedua-dua keluarga, mereka bercadang untuk menjodohkan abangnya dengan Sharifah Aleeya. Tetapi, takdir Allah telah lama tertulis dalam hidup abangnya. Abangnya dituduh merogol dan dipaksa berkahwin dengan perempuan yang dirogolnya. Untuk tidak memalukan keluarga, Tengku Azman bersetuju untuk mengahwinkan abangnya dengan perempuan itu agar perempuan itu tidak membuat laporan polis terhadap abangnya. Disebabkan itu juga, Sharifah Aleeya berasa tertekan gara-gara berpisah dengan abangnya. Begitu utuh cinta Sharifah Aleeya terhadap abangnya. Keluarga Sharifah Aleeya tidak putus-putus memberi sokongan moral kepada Sharifah Aleeya termasuklah keluarganya agar terus bangun dan membina hidup baharu. Lebih parah apabila dia mendapat tahu bahawa

142

Eliza AB

abangnya hidup menderita disebabkan isterinya yang curang, mata duitan dan mempunyai skandal dengan lelaki lain. Perempuan itu berniat untuk menjerat abangnya agar mengahwini dirinya yang konon-kononnya sedang mengandungkan anak abangnya. Ah, perempuan tak guna! Disebabkan kau, abang aku meninggalkan keluarga dan sehingga sekarang abang aku masih tidak mahu pulang ke Malaysia. Kalau aku jumpa kau perempuan, tahulah kau apa yang aku nak buat nanti, azamnya di dalam hati sambil menggenggam kedua-dua belah tangannya dengan kuat. Kak Anis, tolong Riz pujuk abang balik. Mama rindukan abang, kak. Mama tak sihat kebelakangan ni. Tolong ya Kak Anis, rayu Tengku Hariz enam bulan yang lepas ketika Puan Sharifah Rohana mengalami demam yang kuat disebabkan terlalu merindui abangnya itu. Riz, Kak Anis dah cuba. Tapi abang Riz tu masih berdegil, tak nak balik. Riz jangan risau. Kak Anis janji, Kak Anis akan bawa abang Riz balik, janji Tengku Hanis Suraya kepada Tengku Hariz. Sekurang-kurangnya dapat melegakan hati Tengku Hariz yang tertekan dengan sikap abangnya yang terlalu mementingkan diri sendiri. Terima kasih, Kak Anis. Riz doakan kebahagiaan Kak Anis dan abang, ucap Tengku Hariz ikhlas dan mematikan talian telefon. Kau kejam abang kau kejam! Tergamak kau tinggalkan aku sorang-sorang menggalas semua bebanan ini. Siapa perempuan tu? Aku takkan lepaskan dia, abang. Dia yang menyebabkan abang jadi begini. Aku benci perempuan tu, marah Tengku Hariz di dalam hati sambil menekan-nekan kepalanya dalam keadaan yang geram dan marah.

143

Hatimu Milikku

Hariz! panggil Puan Sharifah Rohana mematikan lamunan Tengku Hariz yang panjang. Tengku Hariz menoleh ke arah pintu yang sedikit terbuka akibat dikuak oleh Puan Sharifah Rohana. Kenapa dengan anak mama ni? Tegang semacam aje muka tu? sambung Puan Sharifah Rohana dan menghampiri Tengku Hariz yang sedang duduk di kerusi kerjanya. Tengku Hariz membetulkan duduknya. Dia memandang wajah Puan Sharifah Rohana yang sedang ralit memerhatinya dari tadi. Tak ada apa-apa, ma. Riz cuma teringatkan abang. Riz rindu kat abang, luah Tengku Hariz seraya bangun dan membawa Puan Sharifah Rohana duduk di birai katil. Puan Sharifah Rohana menuruti langkah Tengku Hariz. Lama dia memandang wajah anaknya itu, saling tak tumpah iras wajahnya. Tengku Hariz kurang menyenangi pandangan mamanya, lantas dia berdeham dan menyentakkan mamanya yang sedang mengelamun. Abang marahkan mama, Riz. Mama reda kalau abang tak nak balik ke Malaysia buat selama-lamanya. Semua itu salah mama Riz. Lemah Puan Sharifah Rohana menuturkan kata-kata. Tengku Hariz mengerutkan dahinya. Tidak memahami akan apa yang diperkatakan oleh Puan Sharifah Rohana itu. Maksud mama? Emmm Hariz setuju ditunangkan dengan Aleeya? soal Puan Sharifah Rohana cuba menangkis persoalan Tengku Hariz, sengaja mengubah topik perbualan.

144

Eliza AB

Tengku Hariz melepaskan keluhan yang panjang. Dia bingkas bangun dan menuju ke luar balkoni untuk melepaskan tekanan yang sedang menghimpitnya ketika ini. Puan Sharifah Rohana turut sama ke balkoni. Dia dapat mengagak kekusutan yang dialami oleh Tengku Hariz di waktu ini. Maafkan mama jika soalan mama tadi tu Tak, ma. Riz tension sikit. Riz sebenarnya tak tahu nak buat apa lagi. Riz tak boleh nak bangkang kata papa. Papa terlampau mengharapkan Riz. Kadang-kadang harapan papa tu buatkan Riz rasa tertekan sangat-sangat. Riz terpaksa berperang dengan perasaan Riz sendiri. Antara kata hati dengan arahan, siapa yang boleh melawan arahan walaupun hati Riz ini amat sukar untuk menerimanya, luah Tengku Hariz dengan nada sebak. Puan Sharifah Rohana memeluk erat Tengku Hariz sambil menepuk lembut bahu anaknya itu. Dia tahu, Tengku Hariz sedang mengalami tekanan yang hebat disebabkan keputusan yang dibuat oleh Tengku Azman. Mahu atau tidak, arahan mesti dipatuhi. Siapalah dia untuk melawan mahupun membantah kata-kata suaminya itu. Mama tahu, Riz. Riz berhak mencari kebahagiaan Riz sendiri. Jangan disebabkan permintaan papa yang melampau itu, Riz terpaksa mengorbankan kebahagiaan Riz sendiri. Mama sokong Riz. Riz jangan risau ya, jelas Puan Sharifah Rohana sambil menyeka air mata yang hampir gugur. Dia tidak mahu kesilapan yang lalu turut sama berlaku ke atas Tengku Hariz. Akibatnya, kini dia kehilangan anak sulungnya itu. Thanks ma, thanks kerana memahami Riz. Riz sayangkan mama. Lafaz Tengku Hariz sambil mengucup pipi mamanya yang semakin dimakan usia itu.

145

Hatimu Milikku

Puan Sharifah Rohana hanya tersenyum. Di kala ini, fikirannya terbang melayang mengingati anaknya yang berada jauh dari pangkuannya. Akibat dari perbuatan pentingkan diri sendiri, perasaan anaknya tidak diambil kira. Maka sebab itulah, dia dibenci oleh anaknya sendiri.

AISYA menyeka air mata yang sudah pun gugur ketika mendengar lagu Ukiran Jiwa nyanyian Awie di corong radio. Lirik lagu tersebut amat menyentuh hatinya. Seakan-akan kisah hidupnya dituliskan dalam lirik tersebut. Woi, jiwang karat pulak minah ni malam-malam. Kau apa hal? tegur Nadia dengan tiba-tiba dari balik pintu bilik. Aisya menyapu air mata yang masih bersisa di pipi. Tak boleh ke aku nak jiwang sikit? Kau ni kacau daun betullah, hilang feel aku tadi, marah Aisya sambil mencapai lap-top dan berbaring di atas katil. Nadia menghampiri Aisya dan turut sama berbaring di sebelah Aisya sambil memerhatikan Aisya yang sedang khusyuk menghadap lap-topnya. Apesal kau tenung aku macam tu? Ada yang tak kena ke dengan muka aku ni? Tau kau terpegun dengan kecantikan aku ni, kata Aisya dan kemudian dia ketawa. Nadia mencebikkan bibirnya, mengejek kata-kata Aisya itu. Tetapi, Nadia akui akan kecantikan Aisya. Aisya memang menjadi kegilaan lelaki ketika mereka menuntut di universiti dahulu. Bukan saja senior dan junior, malah ada juga pensyarah-pensyarah di universiti itu yang turut sama terpikat dengan kecantikan Aisya.

146

Eliza AB

Wek! Nak termuntah aku dengarnya. Angkat sampah masuk bakul sendiri la Cik Aisya oi, perli Nadia sambil melirik tajam ke arah Aisya yang masih memberi tumpuan terhadap kerjanya. Aisya hanya tersenyum dan tersengih. Eh Aisya, bukan ke hari ni last day kau kat Menara Holding tu? Apesal kau buat kerja-kerja ni lagi? soal Nadia yang sudah pun duduk menghadap Aisya. Aisya mengeluh kecil. Dia turut sama duduk menghadap Nadia. Tu la yang jadi masalah pada aku sekarang ni. Kalau ikutkan, memang hari ni last day aku kat Menara Holding tu, tapi dia dia. Aisya tidak mampu untuk meneruskan kata-katanya. Dia dia siapa? soal Nadia seperti orang bodoh sedangkan dia tahu siapa yang dimaksudkan oleh Aisya itu. Aisya menarik nafasnya dalam-dalam. Bos akulah, siapa lagi? Ada ke dia suruh aku bentangkan proposal yang aku edit semalam kat depan Ahli Lembaga Tunjang Holding. Menggigil aku dibuatnya, macam nak tercabut bulu kaki aku ni menahan ketakutan. Yalah, semua yang hadir Tan Sri-Tan Sri Datuk-Datuk kalau silap sikit, bos aku yang malu nanti, terang Aisya dengan jelas dan nyata di hadapan Nadia. Nadia terlopong. Konon-kononnya kagum dengan apa yang diceritakan oleh Aisya itu. Tapi Nadia, alhamdulillah kami dapat projek tu, sambung Aisya yang sudah pun menutup lap-topnya dan diletakkan di atas meja study. Oh, really? Alhamdulillah. Habis tu kau dah

147

Hatimu Milikku

bagitau bos kau tak yang kau last day kat company dia? soal Nadia semula sambil membetulkan kedudukannya. Aisya menguak rambutnya yang hampir menutupi mata dan berbaring semula. Nadia menuruti tingkah laku Aisya. Aku dah cakap kat dia yang aku last day hari ni. Tapi, dia buat-buat tak dengar buat bodoh lagi adalah. Pastu ada ke dia suruh aku masuk kerja awal esok. Buang tebiat apa bos aku tu. Tapi, kan Nadia macam sayang pulak aku nak tinggalkan kerja aku tu, jelas Aisya sambil mengerling ke arah Nadia yang sedang berbaring di sisinya. Kau sayang nak tinggalkan kerja tu ke atau kau sayang nak tinggalkan bos kau yang handsome tu? Nadia serkap jarang. Jarinya memintal-mintal rambut Aisya yang ikal mayang. Merepeklah kau ni Nadia. Bos aku tu dah ada awek la, cantik lagi tu. Sama-sama padan, macam pinang dibelah dua orang tua-tua kata, bidas Aisya menyangkal dakwaan Nadia. Nadia mencebikkan pengakuan polos Aisya itu. bibir selepas mendengar

Ala, selagi belum kahwin kau ada peluang nak pikat bos kau tu la. Nak dengan tak nak aje sekarang ni, kata Nadia sambil memandang tepat wajah kawannya itu. Aisya cuba mengawal riak wajahnya yang gusar dari diketahui oleh Nadia. Kau tu aje yang tak nak bagi peluang pada diri kau sendiri, Aisya. Cuba kau buka pintu hati kau tu untuk insan yang bernama lelaki. Aku yakin jika kau membukanya, kau pasti akan berjumpa dengan pemilik kunci hati kau yang

148

Eliza AB

sebenarnya. Aisya, aku nak tengok kau bahagia. Sampai bila kau nak hidup dibayangi dengan kenangan silam? Past is past. Jadikan ia sebagai kenangan pahit dalam hidup kau. Nama Tengku Azizul sudah lama padam dalam kamus hati kau. Kini kau perlu gantikannya dengan nama yang lain. Aku rindukan Aisya Lyana Sofea Ahmad Nordin. Aku rindu dengan gelak tawanya. Aku rindu dengan gurauannya. Aku rindu dengan senyumannya. Setiap hari aku berdoa agar kau bertemu kebahagiaan dengan insan yang dapat memberi kesemua yang aku katakan tadi, luah Nadia panjang lebar sambil menyeka air mata yang hampir gugur membasahi pipinya yang putih dan gebu itu. Selama ini Nadia menginginkan Aisya bahagia walaupun jauh di sudut hati, dia terluka dengan sikap dingin, muram dan sedih Aisya selepas pulang dari melanjutkan pelajaran di UK. Maafkan aku, Nadia di atas sikap aku selama ini. Bukan niat aku untuk melukakan hati kau, bukan niat aku juga untuk menidakkan kata hati aku yang inginkan kebahagiaan dan bukan niat aku juga untuk menolak segala kebahagiaan yang kadangkalanya aku sendiri nampak di depan mata aku. Aku terlalu takut, Nadia. Takut dengan bayang-bayang aku sendiri. Aku tak nak pisang berbuah dua kali. Cukuplah dengan apa yang aku alami selama ini. Jiwa dan batin aku terseksa akibat kegagalan perkahwinan aku yang lepas. Aku tak nak mengharap atau berharap pada sesiapa pun. Aku Nadia meletakkan jarinya di bibir Aisya. Aku faham Aisya, aku faham. Maafkan aku dengan kata-kata aku tadi. Aku tak memahami isi hati kau yang sebenarnya. Aku tersalah langkah, ingin membuat kau bahagia tapi sebaliknya dalam kebahagiaan itu ada dukanya. Jika bukan kerana aku, kau tidak akan terjebak dengan permainan Tengku Azizul dan

149

Hatimu Milikku

kawan-kawannya. Aku terlalu pentingkan diri sendiri masa tu Aisya, maafkan aku. Air mata Nadia mengalir dengan derasnya. Dia berasa bersalah yang amat sangat ke atas apa yang berlaku terhadap Aisya. Jika masa boleh diputar semula, ingin sahaja dia mengelak akan kejadian itu agar Aisya tidak menanggung penderitaan di atas kesilapannya selama ini.

150

Eliza AB

Bab 10
OME ON Aisya, kita pergi sekejap aje pastu kita balik la, ajak Nadia separuh merayu. Berharap agar Aisya mengikutnya menonton wayang pada petang itu. Nadia, kau pergi sajalah dengan Adham. Aku nak siapkan assignment aku yang berlambak ni, tolak Aisya lembut. Dia perlu menyiapkan assignment itu memandangkan tarikh akhirnya cuma tinggal seminggu sahaja lagi. Nadia menghampiri Aisya yang masih lagi ralit menaip sesuatu di depan lap-topnya. Pantas dia mencapai mouse dan menekan butang save dan menyimpan maklumat yang sedang ditaip oleh Aisya ke dalam satu fail. Kemudian lap-top Aisya sudah pun dimatikan oleh Nadia. Apa ni Nadia? Aku belum siap lagilah assign. Belum sempat Aisya menghabiskan kata-katanya, Nadia sudah pun menarik tangannya supaya beredar dari bilik itu. Aisya terpaksa akur walaupun ketika itu hatinya marah dan geram dengan tindakan Nadia itu.

151

Hatimu Milikku

Aku janji takkan lama, Aisya. Percayalah pada aku okey? janji Nadia sambil tangannya melambai-lambai ke arah Adham Ikmal yang setia menunggu di luar pagar kolej. Kau ni memang menyusahkan akulah. Sekejap aje tau. Tapi kalau kau lambat, aku balik sendiri okey! ugut Aisya sambil menunjukkan jari kelingkingnya kepada Nadia sebagai tanda janji di antara mereka berdua. Ya, ya aku janji. Kecoh betul la kau ni Aisya! getus Nadia sambil memaut jari kelingking Aisya dan kemudian itu dia berlari anak menuju ke arah Adham Ikmal. Sorry lambat. Dah lama tunggu? soal Nadia setibanya mereka berdua di hadapan Adham Ikmal. Adham Ikmal hanya tersenyum dan menggeleng. So, kita nak pergi tengok kat mana? Sambung Nadia sambil tangannya memaut lengan Adham Ikmal. Senyuman tidak lekang dari bibirnya. Aisya bosan memerhatikan tingkah laku gedik kawan baiknya itu. Bagi Aisya, Nadia akan bersikap gedik apabila berhadapan dengan lelaki yang disukainya dalam diam. Walaupun Nadia tidak pernah meluahkan perasaannya terhadap Adham Ikmal, tetapi tingkah laku Nadia sudah menjelaskan betapa Nadia amat menyukai dan menyintai Adham Ikmal. Begitu juga dengan Adham Ikmal. Dalam diam Adham Ikmal juga menyimpan perasaan yang sama terhadap Nadia.

KERETA meluncur laju menuju ke Mid Valley Megamall. Aisya lebih selesa mendiamkan diri daripada

152

Eliza AB

berbual-bual dengan Adham Ikmal dan Nadia. Fikirannya jauh melayang teringatkan assignment yang masih belum disiapkan. Entah mengapa dia boleh berlembut dengan Nadia. Mengikut segala kemahuan Nadia. Tidak pernah membantah kemahuan Nadia. Bagi Aisya, Nadia adalah segala-galanya. Semenjak berkawan dengan Nadia, hanya pada Nadia sahajalah tempatnya meluahkan perasaan. Susah dan senang, mereka sentiasa bersama. Adham Ikmal memarkirkan kereta di petak yang baru dikosongkan. Setelah mengunci kereta, mereka segera melangkah ke tingkat atas untuk membeli tiket. Aisya hanya mengekori dari belakang. Sungguh dia tidak suka akan keadaan itu. Tidak suka berada di antara pasangan yang sedang bercinta. Rimas dan bosan apabila berada dalam keadaan begitu. Setelah membeli tiket, mereka menuju ke sebuah restoran yang terletak di tingkat atas untuk mengalas perut sebelum menonton wayang. Sedang mereka sibuk melayan makanan masing-masing, mereka dikejutkan dengan kehadiran seseorang yang Aisya sendiri tidak menduganya. Tengku Azizul! Apa dia buat kat sini? Desis hati Aisya. Sorry Adham, aku lambat. Jalan jam la, beritahu Tengku Azizul seraya duduk bersebelahan Aisya. Kehadiran Tengku Azizul yang tidak diduga membuatkan Aisya rasa ingin segera beredar dari situ. Tetapi memandangkan kesungguhan Nadia mengajaknya menonton bersama, digagahkan juga dirinya untuk terus berada di situ. Its okay Azizul. Wayang kita start pukul empat petang, balas Adham Ikmal sambil tersenyum kepada Nadia. Nadia mengerutkan dahi sambil memandang tepat muka Adham Ikmal, inginkan penjelasan.

153

Hatimu Milikku

Adham Ikmal yang tidak selesa dengan pandangan Nadia lantas bersuara. Sorry, lupa nak inform you all berdua tadi yang Azizul nak join sekali tengok wayang. Nadia menoleh sekilas ke arah Aisya yang masih lagi tunduk meneguk air dari dalam gelas. Dia perasan akan perubahan wajah Aisya. Hatinya tidak tenteram melihat kemuraman Aisya. Dia benar-benar dipagut rasa bersalah. Awak apa khabar Aisya? soal Tengku Azizul yang sedari tadi memerhatikan Aisya yang kurang selesa dengan kehadirannya di situ. Aisya mengangkat muka dan hanya mengangguk. Dia kurang selesa akan kehadiran Tengku Azizul, lelaki yang telah memalukan dia di khalayak ramai disebabkan dia dituduh kerana memberi surat cinta kepada Tengku Azizul. Bagi Aisya, kesemua perempuan yang tergila-gilakan Tengku Azizul adalah perempuan yang paling bodoh pernah dia jumpa. Eh! Termasuklah dia sekali sebab dalam diam dia pun tergila-gilakan Tengku Azizul. Siapa tak nak kalau dapat boyfriend handsome macam Tengku Azizul ni. Awak macam tak suka aje saya datang, ujar Tengku Azizul apabila menyedari wajah Aisya yang berubah mendung dengan tiba-tiba. Eh, tak adalah. Bukan saya yang tak suka, ntahntah awak tu yang tak suka berjalan dengan kita orang. Yalah awak kan terkenal kat kampus. Menangis awek-awek awak nanti bila mereka tahu atau nampak yang awak berjalan dengan kita orang, sanggah Aisya dalam nada menyindir. Tengku Azizul tersentak dengan kata-kata Aisya. Riak wajahnya berubah tegang. Perubahan pada wajah Tengku Azizul disedari oleh Adham Ikmal.

154

Eliza AB

Eh, dahlah. Jom kita masuk, ajak Adham Ikmal mematikan tenungan Tengku Azizul terhadap Aisya sedari tadi. Bingkas dia bangun dari duduknya. Haahlah, dah nak pukul empat ni. Jom kita masuk, sokong Nadia sambil menarik lengan Aisya agar bangun dan beredar dari situ. Nadia juga perasan akan perubahan wajah Tengku Azizul di kala itu. Mereka menyusuri deretan kedai-kedai sebelum ke panggung wayang. Masing-masing melayan perasaan sendiri. Nadia masih memaut lengan Aisya. Tengku Azizul masih berwajah tegang manakala Aisya pula hanya berlagak selamba. Aisya, yang kau pergi hentam dia apesal? Kang bergaduh pulak. Korang berdua nikan tak boleh bersama, ada aje yang nak digaduhkan. Kalau korang bergaduh, habislah plan aku nak tengok wayang dengan Adham. Dah lama aku impikannya, tau. Kau jangan buat-buat tak faham ya Aisya, tegas Nadia sambil matanya melirik ke arah Aisya. Sedari tadi dia memerhatikan Aisya yang menjeling tajam ke arah Tengku Azizul, masih tidak berpuas hati dengan kehadiran Tengku Azizul. Habis tu, buat apa bawa aku sekali kalau kau teringin sangat nak dating dengan dia? Tak pasal-pasal aku kena menghadap muka mamat perasan bagus tu! bentak Aisya dan melangkah laju menuju ke ladies. Nadia setia mengekori langkah Aisya. Okey okey aku minta maaf. Memang aku yang bersalah dalam hal ni. Tapi, bab Tengku Azizul aku tak ada kena-mengena. Aku sendiri tak tahu kenapa Adham ajak dia sekali sama, bela Nadia sambil menguak rambutnya ke belakang.

155

Hatimu Milikku

Aisya menjeling geram ke arah Nadia. Hatinya benar-benar sakit dengan kenyataan kawan baiknya itu. Terasa dirinya menjadi halangan Nadia dan Adham berdating gara-gara sikapnya yang tidak menyenangi akan kehadiran Tengku Azizul. Dahlah Aisya, dia orang dah tunggu kat luar tu, jom! ajak Nadia sambil menarik tangan Aisya. Aisya terpaksa akur walaupun dalam masa yang sama, hatinya memberontak hebat. Kalau kau bukan kawan baik aku Nadia, dah lama aku blah! Marah Aisya namun masih mengekori Nadia dari belakang. Nadia hanya tersenyum melihat gelagat Aisya yang difikirkan seperti keanak-anakan itu.

SELESAI menonton, Aisya pantas menarik tangan Nadia untuk berbicara. Dia menolak cadangan Adham Ikmal untuk turut serta berjalan-jalan di shopping complex Mid Valley itu. Dia berharap agar Nadia turut sama mengikutnya balik ke kolej kerana memikirkan assignment yang belum disiapkan lagi. Tetapi dia hampa kerana Nadia berkeras untuk mengikut Adham Ikmal berjalan-jalan. Aisya memohon untuk balik ke kolej sahaja. Belum sempat kakinya melangkah pergi, Tengku Azizul tiba-tiba bersuara. Saya hantarkan awak balik, Aisya. Aisya menoleh ke arah Tengku Azizul dengan seribu pertanyaan di kepala. Matanya terkebil-kebil mendengar pelawaan Tengku Azizul yang ingin menghantarnya pulang ke kolej.

156

Eliza AB

Eh, tak apalah. Buat apa susah-susahkan diri hantar saya? Nanti cemburu pulak awek-awek awak tu bila nampak awak turunkan saya depan kolej nanti, tolak Aisya dengan nada yang tegas. Dia lebih rela balik sendiri daripada menumpang kereta lelaki itu. Tengku Azizul mengangkat keningnya dan memandang tajam ke arah Aisya. Terasa pelawaannya sebentar tadi diperlekehkan oleh Aisya. Terasa dirinya dimalukan di hadapan Adham Ikmal dan Nadia. Belum pernah ada perempuan yang berani menolak pelawaannya memandangkan dia digilai ramai di kampus. Aisya, apa salahnya kalau Azizul tolong hantarkan awak balik? Lagipun awak tentu nak siapkan assignment awak cepat, kan? Kalau awak tunggu public transport, entah pukul berapa awak akan sampai ke kolej nanti, cadang Adham Ikmal apabila menyedari akan tenungan Tengku Azizul terhadap Aisya. Tenungan yang sukar untuk ditafsirkan. Aisya menjeling ke arah Tengku Azizul. Jelas riak kepuasan di wajah itu. Kepuasan kerana dia dipersalahkan gara-gara menolak pelawaan lelaki itu tadi. Senyuman sinis terbias di bibir Tengku Azizul. Meluatnya melihatkan senyuman itu. Kemudian, dia menoleh ke arah Nadia untuk mendapatkan pembelaan. Yalah Aisya, betul tu. Tadi, kan kau kata nak siapkan assignment. Apa salahnya kalau Tengku Azizul tolong hantarkan kau ke kolej. Cepat sikit sampainya, sokong Nadia sambil menoleh ke arah Adham Ikmal. Adham Ikmal tersenyum mendengar kata-kata sokongan daripada perempuan yang sudah lama bertakhta di dalam hatinya itu.

157

Hatimu Milikku

Berdesing telinga Aisya mendengarnya. Hatinya bagaikan disiat-siat dengan pisau belati selepas mendengar kata-kata Nadia. Benarlah cinta itu memang buta. Setiap apa yang diperkatakan oleh Adham Ikmal, jarang sekali Nadia membantah mahupun menolak, tetapi disokong membuta tuli tanpa melihat kesannya ke atas dirinya mahupun orang lain. Rasa simpati yang dipamerkan kepada Nadia sebentar tadi tidak memberi apa-apa kesan malah dirinya dijadikan bahan sindiran. Mahu tidak mahu, Aisya mengekori Tengku Azizul ke tempat parkir kereta. Walaupun ketika itu hatinya memberontak namun, dia terpaksa akur dengan tuntutan Nadia yang menginginkan dia selamat tiba di kolej. Apakah jaminan dia akan selamat jika dia bersama dengan insan yang paling dia menyampah dalam dunia ini? Mamat perasan bagus gelaran yang diberikan oleh Aisya kepada Tengku Azizul. Peristiwa dia bertengkar dengan Tengku Azizul di hadapan perpustakaan seminggu yang lalu kembali berputar di fikirannya ketika itu. Hey, pompuan! Ambil balik surat cinta hapak kau ni. Geli aku membacanya! jerkah Tengku Azizul tiba-tiba. Dia melemparkan sehelai surat ke muka Aisya. Aisya terkedu. Sungguh terkejut dengan jerkahan Tengku Azizul itu. Lantas dia mencapai surat tersebut dan membacanya. Tengku Azizul hanya memerhati di samping Helmi yang tersenyum sinis melihat Aisya. Aisya kau ke yang tulis surat ni? tanya Nadia. Kau gila, Nadia. Tak kuasa aku nak bagi surat cinta kat dia. Apa hebat sangat ke dia ni sampai aku terhegehhegeh nak bagi dia surat. Come on la Nadia, takkan kau tak

158

Eliza AB

kenal dengan aku, bidas Aisya keras. Dia melipat semula surat tersebut dan menjamah wajah tegang Tengku Azizul. Kalau setakat muka kau ni berlambak aku boleh cari kat Chow Kit tu la, sindir Tengku Azizul dan tertawa sinis. Helmi tersengih. Kau jangan ingat aku akan suka pompuan macam kau ni. Tak sedar diri, ada hati nak tackle aku. Sedarlah diri tu sikit, rupa pun dah macam minah Indon aku tengok, sambung Tengku Azizul. Kemudian itu dia ketawa terbahakbahak. Kalau dah macam rupa minah Indon, kau amiklah dia jadi orang gaji kat rumah kau tu Azizul, tambah Helmi yang sedari tadi membisu. Semakin galak Tengku Azizul dan Helmi ketawa. Menyirap darah Aisya mendengar sindiran Tengku Azizul dan kata-kata Helmi itu. Pantas tangannya naik dan satu tamparan hinggap di pipi Tengku Azizul. Berpasangpasang mata yang memerhati gelagat mereka sedari tadi, tidak diendahkan oleh Aisya. Apa yang pasti, dia benar-benar terasa dengan kata-kata Tengku Azizul dan Helmi itu. Nadia terkejut dengan tindakan Aisya yang menampar Tengku Azizul. Dia turut merasa bahang kemarahan Aisya ketika itu. Lantas dia menarik lengan Aisya agar beredar dari situ. Dikhuatiri akan memudaratkan lagi keadaan. Namun Aisya mengeraskan badannya. Kau ingat muka kau tu handsome sangat ke? Kucing kat rumah aku lagi handsome dan cutelah dari kau. Daripada aku suka kat kau, ada baiknya aku suka kat kucing-

159

Hatimu Milikku

kucing tu, dapat jugak pahala daripada kau buat tambah dosa aje! tempelak Aisya dengan tegas. Kemudian, dia meninggalkan terpinga-pinga dan malu keseorangan. Tengku Azizul

Nadia mengekori dari belakang. Sempat dia menoleh ke belakang dan terlihat Helmi sedang menenangkan Tengku Azizul. Termenung jauh nampak, tegur Tengku Azizul mematikan lamunan Aisya sekali gus mengembalikannya ke alam realiti. Aisya menoleh sekilas dan tersenyum hambar. Aisya, saya minta maaf pasal insiden di depan library minggu lepas. Saya tak berniat nak memarahi awak. Saya Its okay. Saya tak amik port pun pasal tu. Lagipun bukannya dapat apa pun kalau isu ni diperbesarkan lagi. Tak luak mana pun... sindir Aisya. Tengku Azizul rasa tersindir dengan kata-kata Aisya. Dia mengerling ke arah Aisya yang sedari tadi memandang keluar tingkap. Terasa ucapan maaf yang keluar dari bibirnya tidak memberi kesan yang mendalam kepada Aisya. Angkuh benar kau Aisya. Siap kau... kejap lagi, kau tahulah langit tu tinggi atau rendah. Berani kau malukan aku depan orang ramai. Berani kau memperlekehkan aku. Berani kau tampar aku hari tu. Kau benar-benar mencabar ego aku Aisya, marah Tengku Azizul di dalam hati. Seperti ada yang membuatkan Tengku Azizul tidak berpuas hati dengan Aisya selama ini. Eh, awak nak ke mana ni? Kita tak janji nak ke mana-mana, kan? suara Aisya tiba-tiba apabila menyedari Tengku Azizul membelok ke simpang jalan yang asing baginya.

160

Eliza AB

Tengku Azizul hanya tersenyum sinis tanpa menghiraukan kata-kata Aisya. Azizul, awak nak bawa saya ke mana ni? tanya Aisya dalam nada yang cemas. Dia tidak senang duduk apatah lagi melihat riak wajah Tengku Azizul yang bersahaja. Please Azizul, saya nak balik... rayu Aisya sambil memegang lengan Tengku Azizul. Tengku Azizul memberhentikan keretanya di hadapan sebuah banglo dua tingkat yang tidak berpenghuni. Dia memandang ke arah Aisya yang sudah cemas ketika itu. Dia mendengus geram. Please Azizul, saya nak balik. Saya. Terketarketar Aisya menuturkan kata-kata. Namun ianya tidak memberi kesan kepada lelaki yang sedang memandangnya dengan pandangan yang bengis dan marah. Seperti singa menunggu masa untuk menerkam mangsanya. Balik? ulang Tengku Azizul mengejek. Kau ingat aku suka sangatlah nak tumpangkan kau balik? Kau sendiri yang perlekehkan aku bila aku volunteer nak hantar kau balik tadi, sekarang kau nak rayu aku pulak. Hey, apa jenis pompuanlah kau ni? Kau ingat kau tu lawa sangat ke? Porah!!! sambung Tengku Azizul garang dengan nada suaranya yang meninggi. Aisya tersentak apabila disergah sebegitu. Air mata sudah mula membasahi pipinya yang putih lagi gebu. Mukanya ditundukkan. Dia gerun memandang wajah Tengku Azizul. Saya minta maaf atas kata-kata saya tadi. Saya tak berniat untuk memperlekehkan awak depan Adham dan Nadia. Saya minta maaf. Sayu kedengaran suara Aisya memohon maaf diselangi dengan esakan tangisannya.

161

Hatimu Milikku

Kau ingat dengan perkataan maaf boleh ubah kesemuanya? Kau jangan ingat aku dah lupa dengan apa yang kau katakan pada aku minggu lepas. Kau tampar dan malukan aku depan orang ramai. Kau jatuhkan maruah aku depan mereka semua sampai aku rasa seperti mereka mengejek-ejek aku dari belakang, kau tahu tak! tengking Tengku Azizul mengejutkan Aisya yang masih lagi menahan esakan. Dadanya berombak kencang. Ya Allah! Tak terlintas pun di fikiran saya nak memalukan serta menjatuhkan maruah awak di khalayak ramai. Apa yang saya katakan hari tu adalah lahir dari dalam hati saya. Jika kata-kata itu berbekas di dalam hati awak, saya minta maaf sangat-sangat. Tolong... saya nak balik! Rayu Aisya seraya membuka pintu kereta untuk keluar dari situ. Belum sempat dia keluar dari perut kereta, Tengku Azizul sudah pun menariknya semula ke dalam kereta. Apa ni Azizul? Lepaskan saya lepaskan saya!!!! Aisya meronta-ronta. Namun rontaan itu tidak membawa sebarang makna kepada Tengku Azizul yang ketika itu seperti dirasuk syaitan. Mahkota yang selama ini dijaga rapi akhirnya diragut oleh lelaki yang menyimpan dendam terhadapnya disebabkan kesilapan yang kecil. Pepatah ada menyatakan terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya dan sekarang Aisya menerima padah di atas kata-kata yang dihamburkan kepada Tengku Azizul walaupun pada mulanya dia tidak berniat untuk berbuat begitu.

LEPASKAN aku! Lepaskan aku! jerit Aisya mengejutkan Nadia yang sedang lena di sebelah. Astaghfirullahalazim! Aisya... mengucap Aisya,

162

Eliza AB

mengucap, panggil Nadia sambil mengoncang-goncang badan Aisya. Aisya membuka matanya. Pantas dia memeluk erat Nadia. Maafkan aku, Aisya. Aku bersalah pada kau. Jika bukan kerana aku, kau takkan terima hukuman ini. Ya Allah, aku bersalah pada kawan baikku sendiri. Aku terlalu ikutkan nafsu. Maafkan aku ya Allah, doa Nadia di dalam hati sambil memandang sayu ke wajah Aisya yang kembali lena setelah ditenteramkannya sebentar tadi. Peristiwa silam menggamit dirinya semula. Dah lama ke kau balik Aisya? tanya Nadia sebaik sahaja memasuki bilik. Dia melabuhkan duduknya di birai katil. Senyuman manis masih bergayut di bibir. Riang di hati hanya Tuhan sahaja yang tahu. Adalah dalam satu jam, ujar Aisya perlahan. Keluhan perlahan dilepaskan. Kau happy hari ni Nadia? sambung Aisya. Wajah bahagia Nadia ditenung penuh kasih. Nadia tersenyum mendengar soalan yang diajukan oleh Aisya itu. Bingkas dia bangun dan duduk bersebelahan Aisya yang masih lagi tidak berkelip memandangnya. Mestilah aku happy sebab dapat keluar dengan lelaki pujaan aku, lelaki yang aku suka... balas Nadia dengan senyuman yang tidak lekang dari bibirnya. Aisya mengangguk dan tersenyum hambar. Dia turut sama gembira melihat kegembiraan yang dikecapi oleh kawan baiknya ketika ini. Dia rela berkorban asalkan Nadia dapat bersama-sama dengan lelaki pujaannya, Adham Ikmal. Pengorbanan sehingga menyebabkan kesuciannya diragut oleh lelaki durjana seperti Tengku Azizul. Mujurlah dia tiba

163

Hatimu Milikku

di kolej terlebih dahulu daripada Nadia. Jika tidak, bagaimana hendak menyembunyikan keadaannya yang berserabut ketika itu daripada Nadia? Dan tidak mustahil Nadia akan bertanya padanya jika melihat keadaannya itu. Sesampai sahaja di bilik tadi, Aisya terus menuju ke bilik air. Ditilik dan dibelek keadaannya di hadapan cermin. Kesan kotoran yang ditinggalkan oleh Tengku Azizul amat menjijikkan. Dia menggosok kasar badannya agar kesan itu tanggal dari badannya. Namun semuanya hanya sia-sia. Kesan jijik itu tetap akan melekat di badannya sampai bila-bila. Lantas dia membuka shower dan menangis sepuas hatinya. Kau pergi mana dengan Azizul tadi? tanya Nadia mematikan lamunan Aisya. Serta-merta Aisya menoleh ke arah Nadia. Tak pergi mana-mana pun. Dia terus hantar aku balik, jawab Aisya. Cuba menyembunyikan kebenaran. Ha kan aku dah cakap tadi. Azizul tu boleh dipercayai. Tengok, dia hantar kau balik dengan selamat, puji Nadia terhadap Tengku Azizul. Tersentap Aisya mendengarnya. Terasa hiba di hatinya kala itu. Dirasakan matanya mulai berkaca. Pantas dia mengerdipkan matanya agar air mata tidak gugur membasahi pipi. Aku doakan kau bahagia, Nadia. Hanya itu yang mampu diucapkan oleh Aisya. Cuba untuk mengalih topik perbualan. Tidak mahu terus membincangkan tentang Tengku Azizul lagi. Jika dibincang, hatinya akan bertambah sakit. Hatinya akan sedih dan tidak mustahil air matanya akan merembes keluar. Mestilah kau kena doakan aku bahagia sebab kau kawan baik aku. Aku pun doakan kebahagiaan kau Aisya, jawab Nadia sambil memeluk erat Aisya.

164

Eliza AB

Aku nak ke bilik Hani kejap. Nak siapkan assignment aku yang tertangguh tadi. Jelas Aisya dan menapak keluar bilik. Dia perlu beredar dari situ untuk menyembunyikan perasaannya. Tidak mahu Nadia mengesyaki yang bukan-bukan melihatkan keadaannya yang lemah dan tidak bersemangat itu. Nadia mengangguk. Ekor matanya sahaja yang menghantar langkah Aisya hingga hilang dari balik pintu bilik mereka. Fikirannya mengimbau semula peristiwa petang tadi. Berjalan bersama dengan lelaki idamannya sudah lama diimpikan sejak dia mula mengenali Adham Ikmal. Jantungnya sentiasa berdegup kencang apabila terpandang mahupun berhadapan dengan Adham Ikmal. Nadia tersenyum sendirian. Tidak mungkin dia akan melupakan hari bersejarah ini dalam hidupnya. Dan Aisya juga tidak akan melupakan hari di mana maruahnya telah diragut oleh Tengku Azizul.

165

No. ISBN:- 978-967-0448-03-9 Jumlah muka surat:- 1,088 Harga Runcit:- S/M: RM36, S/S: RM39 Harga Ahli:- S/M: RM32, S/S: RM35 Sinopsis:Abang tahu, abang bersalah dengan Aisya. Tapi, tolonglah kali ini abang benar-benar minta maaf dan abang nak rujuk semula dengan Aisya. Abang masih sayangkan Aisya. Tengku Azizul Iskandar Tengku Azman. Jika Tengku nak membenci saya bencilah. Saya reda dan ikhlas menerimanya. Tapi, tolong jangan benci anak ini, dia tidak bersalah. Aisya Lyana Sofea Ahmad Nordin. Kau tu aje yang tak nak bagi peluang pada diri kau sendiri, Aisya. Cuba kau buka pintu hati kau tu untuk insan yang bernama lelaki. Aku yakin jika kau membukanya, kau pasti akan berjumpa dengan pemilik kunci hati kau yang sebenarnya. Nadia.

Ya, memang I berdendam dengan you, Azizul. You dah jatuhkan maruah I. You batalkan perkahwinan kita semata-mata kerana Aisya Lyana Sofea. Beberapa bulan I menanggung malu dan hampir gila disebabkan you, Azizul. Dan hari ini I puas sebab I dapat membalas dendam terhadap you sekeluarga! Sharifah Aleeya Syed Mukriz. Esok aku nak kau ikut aku ke pejabat peguam. Aku akan bagi apa yang kau nak. Dan selepas itu, aku takkan ambil peduli pasal kau lagi, nak mampus ke nak hidup ke itu kau punya pasal. Aku takkan masuk campur dalam urusan kau. Begitu juga dengan kau. Takkan masuk campur dalam urusan aku. Jangan sesekali kau menuntut cerai dari aku dan kau jangan nak bermimpi yang aku akan ceraikan kau. Aku nak hidup kau terseksa, Aisya Lyana Sofea Ahmad Nordin. Ini pembalasan setiap apa yang telah kau lakukan selama ini dan ini juga syarat yang aku kenakan pada kau pompuan! Tengku Hariz Iskandar Tengku Azman. Kehadiran Tengku Hariz Iskandar dalam hidup Aisya Lyana Sofea memberi seribu pengertian buat dirinya. Pintu hati yang telah lama tertutup, perlahan-lahan dibuka buat lelaki itu. Begitu juga dengan Tengku Hariz Iskandar turut sama merasai apa yang dirasai oleh Aisya Lyana Sofea. Dalam situasi yang tidak diduga, mereka berdua diijabkabulkan sebagai suami isteri di atas kehendak dan kerelaan hati masing-masing. Langit tidak selalunya cerah, mendung tidak selalunya hujan. Kasih yang diharap ruparupanya racun yang berbisa. Tengku Hariz Iskandar punya tujuan tersendiri. Aisya Lyana Sofea hidup dalam kepurapuraan. Dendam dan benci melebarkan jurang di antara

mereka berdua di samping syarat yang menjeruk hati. Rahsia yang selama ini disimpan kemas terbongkar juga. Namun segala-galanya sudah terlambat buat Tengku Hariz Iskandar. Aisya Lyana Sofea menghilang membawa hatinya yang terluka. Membawa bersama derita yang tidak mudah untuk dilupakan seumur hidupnya. Adakah Tengku Hariz Iskandar dapat menerima kenyataan bahawa dia akan kehilangan Aisya Lyana Sofea buat selama-lamanya? Adakah sinar kebahagiaan buat Aisya Lyana Sofea? Bagaimana pula dengan kehadiran Tengku Azizul Iskandar, Amirul, Iqbal dan Fahem Daniel? Adakah kehadiran mereka memberi cabaran buat Tengku Hariz Iskandar untuk menagih kasih semula daripada Aisya Lyana Sofea? Siapa pula Sharifah Aleeya, Fatin Nabilla dan Marlisa? Seratus kali kau benci padaku, seribu kali kusuka padamu. Seratus kali kau marah padaku, seribu kali kusabar dengan sikapmu. Seratus kali kau sayang padaku, seribu kali aku cinta kepadamu. Seratus kali kau setia padaku, seribu tahun akan kutunggu. Hatimu milikku dan hatiku milikmu. Aisya Lyana Sofea Ahmad Nordin. Betapa hebatnya cintamu, Memberiku sejuta pilu, Betapa agungnya asmaramu, Membuat kuterpaku. Untuk mengetahui kisah selanjutnya, dapatkan HATIMU MILIKKU di rangkaian kedai buku Popular, MPH dan kedai-kedai buku berhampiran anda.

Anda juga boleh membeli secara pos atau online dengan kami. Untuk pembelian secara online, sila layari laman web kami di:- www.kakinovel.com. Untuk pembelian secara pos, tuliskan nama, alamat lengkap, no. telefon, tajuk novel yang ingin dilanggan, jumlah naskhah yang dibeli di atas sekeping kertas. Poskan dengan wang pos atau money order (atas nama:- KAKI NOVEL ENTERPRISE) ke alamat berikut:Kaki Novel Enterprise No. 31-1, Jalan Wangsa Delima 12, DWangsa, 53300 Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Tel:- 03-4149 0096 Faks:- 03-4149 1196