Anda di halaman 1dari 2

Muhammad Faizal b.

Shafie, Pelajar PPISMP TESL 4 Semester 3 (2011), IPGM Kampus Dato Razali Ismail, 21030 Kuala Terengganu, Terengganu.

Cik Salma bt. Abdul Razak, Pensyarah Penasihat (Tutor), Kelas PPISMP TESL 4 Semester 3 (2011), IPGM Kampus Dato Razali Ismail, 21030 Kuala Terengganu, Terengganu. Cik, SURAT TUNJUK SEBAB GAGAL HADIR KE KULIAH Adalah dengan hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. Sehubungan dengan itu izinkan saya untuk memperjelas sebab ketidakhadiran saya bagi mengikuti sesi kuliah pada hari Khamis, 25 Ogos 2011. 3. Untuk makluman, pada hari berkenaan, saya berada di rumah saya di Tanah Merah, Kelantan. Saya terpaksa pulang sehari lebih awal iaitu pada Rabu, 24 September 2011 kerana ketiadaan tiket bagi perjalanan dari Kuala Terengganu ke Tanah Merah pada 25 atau 26 September 2011. 4. Akhir sekali, saya memohon maaf mengenai perkara di atas dan berjanji ianya tidak akan berulang lagi. Sesungguhnya, segala kesulitan yang berlaku amatlah saya kesali. Sekian, terima kasih. Saya yang benar, .............................. (Muhammad Faizal b. Shafie) 04 September 2011