Anda di halaman 1dari 8

Tugasan harian - Soalan 1 Mutakhir ini , isu rasuah di kalangan pemain bola sepak semakin menjadi-jadi.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah akan berbincang dengan Polis Diraja Malaysia bagi mencari jalan penyelesaian memerangi gejala rasuah dalam kalangan pemain bola sepak ini. Sebenarnya, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya rasuah dan nilai-nilai murni yang harus dipupuk oleh pemain bola sepak supaya tidak terlibat dalam gejala rasuah.

Antara faktor berlakunya rasuah dalam kalangan pemain bola sepak ialah kerana mereka mendapat gaji yang rendah dan mempunyai masalah kekurangan wang. Pemain bola sepak haruslah mengamalkan nilai rasional. Mereka hendaklah berfikir berdasarkan alsan dan bukti yang nyata sebelum membuat keputusan untuk menerima rasuah. Mereka seharusnya berfikir tentang kesan negatif gejala rasuah. Tambahan pula, pemain bola sepak perlu mengambil tindakan berdasarkan pertimbangan yang wajar. Sebagai contoh, pemain bola sepak perlu tahu bahawa gelaja rasuah hanya memdatangkan masalah dan tiada kebaikannya

Selain it, berlakunya rasuah dalam kalangan pemain bola sepak ialah sikap pemain bola sepak yang tamak dan keinginan untuk menang dalam pertandingan. Pemain bola sepak seharusnya mengamalkan nilai mematuhi peraturan dan undangundang. Pemain bola sepak haruslah menerima dan mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan apabila menyertai pertandingan bola sepak. Mereka seharusnya berusaha dengan pasukan masing-masing dan menang dengan mematuhi peraturan yang adil. Selain itu, pasukan bola sepak harus mematuhi segala undang-undang tanpa mengira sesiapa dan di mana seseorang itu berada. Pertandingan bola sepak mestilah adil dan saksama sebarang kerja kerja menipu haruslah dihindari oleh pemain bola sepak.

Akhir sekali, masalah ini adalah disebabkan oleh kurang didikan agama dan moral dalam kalangan pemain bola sepak. Mereka mestilah memupuk nilai harga diri. Pemain bola sepak harus mempunyai keyakinan untuk memuliakan maruah diri dengan tidak melibatkan diri dalam aktiviti yang tidak sihat, misalnya gejala rasuah. Kegiatan yang tidak bermoral ini akan menjatuhkan maruah diri dan haruslah dielakkan. Sehubungan dengan itu, pemain bola sepak harus menjaga maruah diri dalam kehidupan agar tidak menjatuhkan imej pasukan bola sepak. Misalnya, pemain bola sepak haruslah aktif apabila latihan diadakan supaya dapat

menang pertandingan dengan adil dan bukan melalui gejala rasuah yang mampu menjatuhkan maruah diri dan pasukan. Kesimpulannya, gejala rasuah merupakan sesuatu aktiviti yang tidak bermoral. Semua pihak perlulah berganding bahu dan mengambil langakah yang drastik bagi menghapuskan gejala rasuah bukan sahaja dalam kalangan pemain bola sepak, malah dalam kalangan masyarakat. Jika pemain bola sepak negara berakhlak mulia dan memenangi pertandingan dengan adil, barulah nama Negara and benar benar diikhtibarkan dan disanjung di persada dunia.

Tugasan harian - Soalan 2

Baru-baru ini, terdapat banyak kes-kes tentang masalah bekalan air paip yang berbau busuk di sekitar Wilayah Persekutuan dan beberapa daerah lain, termasuk daerah Petaling Jaya, Klang Subang, Hulu Selangor, Ulu Selangor, Kuala Selangor, dan Sabak Bernam. Masalah ini telah berlaku selama sepuluh hari berturut-turut. Bekalan air paip yang berbau busuk ini telah menyebabkan penduduk di daerah-daerah tersebut tidak berani menggunakan air tersebut. Terdapat pelbagai punca berlakunya masalah ini dan kalangan masyarakat harus memupuk beberapa buah nilai murni bagi mengelakkan berlakunya masalah ini.

Antara punca berlakunya bekalan air paip yang berbau busuk ialah sikap masyarakat yang kurang mempunyai kesedaran tentang masalah-masalah yang telah berlaku di sekitar mereka dan tidak peduli tentang masalah tersebut telah menyumbang kepada berlakunya bekalan air paip yang berbau busuk. Masyarakat seharusnya mengamalkan nilai kesederhanaan. Masyarakat haruslah bersikap tidak keterlaluan dalam mengambil tindakan dalam aktiviti seharian. Masyarakat tidak harus bersikap keterlaluan sehingga membuang sampah sarap ke dalam sungai. Di samping itu, masyarakat perlu mengambil tindakan tanpa mengabaikan kepentingan diri sendiri dan orang lain dalam melakukan aktiviti seharian terutamanya dalam menguruskan sampah. Pembuangan sampah ke dalam sungai telah menyebabkan bekalan air yang busuk yang menjejaskan kualiti hidup semua penduduk di sekitar Kuala Lumpur dan beberapa daerah yang lain.

Seterusnya, pembuangan bahan buangan dan sisa toksik ke dalam sungai daripada kawasan perindustian merupakan salah satu punca masalah ini berlaku. Masyarakat haruslah mengamalkan nilai bertanggungjawab. Masyarakat perlu sanggup memikul sesuatu tugas atau kewajipan untuk menjaga kebersihan air. Masyarakat terutamanya kalangan pekerja kilang harus memikul tugas sebagai penghuni alam yang diamanah oleh Tuhan yang telah mencipta alam ini. Serentetan dengan itu, masyarakat perlu melaksanakan tugas dan kewajipan dengan sempurna bagi mengelakkan pencemaran air. Contohnya, masyarakat harus melaksanakan tugas sebagai penghuni alam dengan sempurna dengan menguruskan alam dan sisa buangan dengan cara yang mesra alam.

Akhirnya, punca berlakunya bekalan air paip yang berbau busuk ialah pembuangan sampah sarap ke dalam sungai yang merupakan punca air bagi bekalan air paip di

Selangor dan Kuala Lumpur. Masyarakat harus mengamalkan nilai menyayangi dan menghargai alam sekitar. Masyarakat harus memelihara alam sekeliling dengan memelihara kebersihan air sungai. Masyarakat perlu menguruskan sampah sarap dengan cara yang baik. Selain itu, masyaraskat haruslah memulihara alam sekeliling supaya tidak mengalami masalah tersebut. Masyarakat boleh mengutip sampah yang telah dibuang ke dalam sungai bagi menjamin sungai bersih.

Natijahnya, semua pihak haruslah berganding bahu bagi menyelesaikan masalah ini sebelum nasi menjadi bubur. Tidak dinafikan bahawa masalah ini merupakan pencetus utamanya pelbagain masalah berkait bagi penduduk negeri Selangor dan Kuala Lumpur. Masyarakat haruslah bersyukur dan melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan baik, iaitu menguruskan bumi dengan baik. Sungai merupakan anugerah Tuhan kepada manusia yang tidak tertanding nilainya, jadi wajiblah manusia menghargai amanah Tuhan dan menjaga sungai den sebaikbaiknya.

Tugasan Harian - Soalan 3

Sejak kebelakangan ini, banyak kes-kes kematian kanak-kanak telah berlaku di Negara kita.Misalnya, dua ornag kanak-kanak telah meninggal dunia di sebuah pusat jagaan kanak-kanak di Taman Permata, Ulu Klang, Selangor. Tragedi ini telah membuka mata terhadap soal penguatkuasaan undang-undang dan peraturan serta kepekaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Masalah ini berlaku kerana pemilik pusat asuhan kanak-kanak tersebut tidak mengamalkan nilai-nilai murni. Seharusnya, para pemilik pusat asuhan kanak-kanak perlu mengamalkan beberapa nilai supaya masalah seperti ini tidak berulang kembali pada masa depan.

Antara nilai murni yang harus diamalkan oleh para pemilik pusat asuhan kanakkanak ialah nilai melindungi hak kanak-kanak. Para pemilik pusat asuhan kanakkanak haruslah membela dan melindungi kanak-kanak yang dijaga kerana perkara ini merupakan matlamat dan objektif pembukaan pusat asuhan kanak-kanak. Para pemilik pusat asuhan kanak-kanak harus menjaga kanak-kanak tersebut supaya proses membersar mereka tidak tertunggak. Selain itu, para pemilik pusat asuhan kanak-kanak perlu memberi naungan kepada mereka. Contohnya, para pemilik pusat asuhan kanak-kanak memastikan kanak-kanak yang dijaga mendapat kesemua keperluan asas yang diperlukan untuk hidup.

Seterusnya, para pemilik pusat asuhan kanak-kanak harus mengamalkan nilai kasih sayang. Para pemilik pusat asuhan kanak-kanak harus mempunyai kepekaan terhadap kanak-kanak jagaan supaya kanak-kanak tidak mempunyai sebarang kecederaan dari segi mental atau fizikal. Para pemilik pusat asuhan kanak-kanak seharusnya peka terhadap kehidupan seharian kanak-kanak jagaan. Serentetan dengan itu, para pemilik pusat asuhan kanak-kanak harus mempunyai perasaan cinta yang mendalam dan berkekalan terhadap kanak-kanak jagaan. Para pemilik pusat asuhan kanak-kanak hendaklah menjaga kanak-kanak jagaan dengan penuh kasih dan sayang dan melayani mereka seperti anak sendiri.

Akhir sekali, para pemilik pusat asuhan kanak-kanak perlu mengamalkan nilai bertanggungjawab. Para pemilik pusat asuhan kanak-kanak perlu mempunyai kesanggupan memikul sesuatu tugas atau kewajipan agar dapat kemalangan yang

tidak diingini dapat dielakkan. Kanak-kanak haruslah dijaga dengan baik kerana perkara ini merupakan tugas seseorang pemilik pusat asuhan kanak-kanak. Tambahan pula, para pemilik pusat asuhan kanak-kanak harus melaksanakan tugas dan kewajipan dengan sempurna untuk menjayakan pusat asuhan kanak-kanak masing-masing. Sebagai contoh, makanan serta minuman yang berkhasiat serta bercukupan haruslah dibekalkan kepada kanak-kanak jagaan dengan adil

Tugasan harian Soalan 6 Menurut statistik, kegiatan pelacuran membabitkan golongan wanita tempatan dikesan meningkat hampir 70 peratus iaitu daripada 1060 orang pada tahun 2010 kepada 1801 orang pada tahun lalu, 2011. Kajian mendapati faktor kesempitan hidup dan keinginan untuk meraih pendapatan tinggi dengan cara mudah merupakan punca utama yang menyumbang kepada kegiatan pelacuran yang membabitkan wanita tempatan ini. Sebenarnya, golongan wanita boleh mengelakkan diri mereka daripada terjebak dengan kes pelacuran dengan mengamalkan beberapa nilai murni. Antara nilai yang harus diamalkan oleh golongan wanita supaya tidak terjebak dalam kes tersebut ialah nilai kepercayaan kepada Tuhan. Golongan wanita haruslah mempunyai keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam yang telah mencipta manusia dan juga dirinya sendiri. Dengan ini, golongan wanita harus berasa syukur dan bangga untuk menjadi seorang manusia di dunia ini dan tidak melakukan aktiviti yang tidak sihat. Selain itu, golongan wanita perlu mematuhi segala suruhanNya bagi mengelakkan diri daripada terlibat dalam kes pelacuran. Setiap agama mengajar panganutnya agar tidak melakukan aktiviti yang tidak baik, dan golongan wanita haruslah mematuhi suruhan pegangan agama masing-masing. Seperkara lagi, golongan wanita perlu mengamalkan nilai harga diri. Golongan wanita perlu mempunyai keyakinan untuk memuliakan maruah diri dalam keluarga dengan tidak melibatkan diri dalam aktiviti yang tidak sihat, misalnya kegiatan pelacuran. Sebagai contoh, golongan wanita harus melakukan aktiviti yang dapat meningkatkan imej diri sendiri dan keluarga dan tidak menjatuhkan maruah diri. Tambahan pula, golongan wanita perlu menjaga maruah diri dalam kehidupan agar tidak menjatuhkan imej keluarga. Golongan wanita wajar melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti yang berfaedah dan tidak melakukan aktiviti yang mampu menjatuhkan maruah diri seperti pelacuran. Akhir sekali, golongan wanita haruslah mengamalkan nilai rasional. Golongan wanita harus mempunyai kebolehan untuk berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata sebelum melakukan aktiviti yang hendak dilakukan walaupun mengalami kesempitan hidup. Contohnya, golongan wanita perlu berfikir tentang kebaikan dan keburukan melakukan sesuatu aktiviti yang tidak baik seperti pelacuran sebelum mengambil tindakan. Sehubungan dengan itu, golongan wanita perlu mengambil tindakan yang wajar berdasarkan analisis kesan membuat tindakan tersebut. Misalnya, golongan wanita hendak membuat keputusan sebelum terjebak dalam kegiatan pelacuran walaupun mengalami kesempitan hidup. Natijahnya, masalah ini merupakan duri dalam daging kepada masyarakat dalam era globalisasi ini. Semua pihak harus berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk menangani masalah ini. Golongan wanita juga boleh menyumbang kepada pembangunan negara, jantina bukan penghalang untuk membangunkan negara.

Oleh yang demikian, golongan wanita harus melaksanakan tanggungjawab mereka sama ada dalam keluarga atau masyarakat.

Anda mungkin juga menyukai