Anda di halaman 1dari 26

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER JAN 2012



HBQE1103
ULUM AL-QURAN
TUTOR : MISRI BIN BORHAN

NAMA : SARINA BINTI MUSA
NO. MATRIKULASI : 771111125304001
NO. KAD PENGENALAN : 771111-12-5304
NO. TELEFON : 0135507394
E-MEL : engqdekoay@gmail.com
PUSAT PEMBELAJARAN : KENINGAU LEARNING CENTRE




ISU KANDUNGAN

1. MUQADDIMAH

2. MUHKAM DAN MUTASYABIH


3. KEPERLUAN ZAMAN TERHADAP METHOD SALAFI DAN
PERKEMBANGAN KHALAFI

4. SOROTAN KAJIAN ( PANDANGAN GOLONGAN SALAF
DAN KHALAF DALAM MENTAKWILKAN AYAT-AYAT
MUTASYABIHAT)


5. KESIMPULAN

6. BIBLIOGRAFI







MUQADDIMAH







MUQADDIMAH
Al-Quran diturunkan menjadi rahmat kepada sekelian alam.Ianya juga menjadi panduan dan
rujukan untuk sekalian umat Islam. Al-Quran adalah kitab yang syumul yang diwahyukan
kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad saw yang di dalamnya meliputi semua perkara
yang mengandungi perkara-perkara yang berkaitan dengan keimanan, pelbagai bidang keilmuan,
kisah-kisah yang mengandungi pengajaran, falsafah-falsafah, hukum-hukum syariah meliputi
kehidupan individu mahupun dalam kehidupan sosial dan bermasyarakat.
Semua persoalan yang berkaitan dengan kehidupan sebagai manusia diterangkan didalam al-
quran secara Tafshil ( terperinci ) seperti perkahwinan, pembahagian harta, kehidupan
bermasyarakat.Manakala sebahagian lagi diterangkan secara mujmal ( umum ) yang perlu
dijelaskan dan diperincikan melalui hadis-hadis nabi saw dan ada yang diserahkan kepada kaum
muslimin sendiri untuk memperincikannya berdasarkan keperluan masyarakat manusia, keadaan,
masa dan tempat.
Manakala di dalam al-quran juga terdapat ayat-ayat yang dikenali sebagai ayat muhkam dan
mutasyabihat. Dan daripadanya akan membawa kita ke arah perbincangan yang lebih lanjut dan
mendalam. Sesungguhnya di dalam al-quran itu tidak terdapat satu ayat ataupun makna yang
bertentangan diantara satu sama lain. Tidak ada istilah paradox mahupun kontradiksi yang
terdapat di dalamnya.Kesemuanya adalah berpaksikan kebenaran, ayat-ayatnya saling
menyokong dan membenarkan di antara satu sama lain. Sesungguhnya dengan membaca dan
meneliti al-quran banyak yang ilmu yang akan kita perolehi daripada sebagaimana firman Allah
dalam surah al-Baqarah :121 :-
4g~-.- N_E4uO>-47 =U4-^-
+O4^OUu-4C E-EO gOg>4Eg>
Elj^q 4pONLg`uNC gO) }4`4
O'4C gO) Elj^q N-
4p+OOC^- ^g
121. orang-orang Yang Kami berikan Kitab kepada mereka, sedang mereka membacanya
Dengan sebenar-benar bacaan (tidak mengubah dan memutarkan maksudnya), mereka itulah
orang-orang Yang beriman kepadanya; dan sesiapa Yang mengingkarinya maka mereka itulah
orang-orang Yang rugi.






















MUHKAM DAN MUTASYBIHAT













MUHKAM DAN MUTASYABIH
DEFINISI
MUHKAM :-
Perkataan muhkam berasal dari perkataan bahasa arab.Dari segi etimologi atau bahasa perkataan
muhkam berasal dari perkataan ihkam yang membawa pelbagai maksud. Menurut Al-
Zarqaini perkataan ini membawa pelbagai konotasi namun ianya menjurus kepada satu
pengertian iaitu al-Manu yang bermaksud mencegah.Ini memberi erti bahawa ayat-ayat al-
Quran itu disusun dengan begitu rapi dan kukuh, tidak ada sebarang kecacatan untuk dikritik
walau dari sudut manapun.Susunannya begitu kukuh dan tepat.
Mankala dari segi terminologi ataupun istilah muhkam bererti ayat-ayat yang jelas maknanya,
dan tidak memerlukan sokongan dan penerangan dari ayat-ayat lain untuk menerangkan tentang
ayat-ayat tersebut.
MUTASYABIHAT :-
Mutasyabihat berasal dari kata tasyabuh dari segi bahasa bermaksud keserupaan dan kesamaan
yang boleh menyebabkan kesamaran antara dua perkara.Manakala dari segi terminologi atau
istilah mutasyabih bererti ayat-ayat yang tidak jelas maksudnya dan mempunyai takwil yang
berbeza atau mempunyai makna yang tersembunyi,memerlukan penerangan yang lebih jelas atau
hanya Allah saja yang mengetahuinya.
PEMBAHAGIAN AYAT AL-QURAN
Dalam membicarakan mengenai al-quran, perlulah difahami bahawa ayat-ayat al-quran
terbahagi kepada 3 kategori iaitu :-
1. Keseluruhan ayat al-Quran adalah muhkam berdasarkan dalil dibawah ini :

O.- _ RU4-g ;eE;Oq
+O+-4C-47 ;eU_ }g`
up-. 1EO OO)lE= ^
1. Alif, Laam, Raa'. Al-Quran sebuah Kitab Yang tersusun ayat-ayatNya Dengan tetap
teguh, kemudian dijelaskan pula kandungannya satu persatu. (Susunan dan penjelasan
itu) adalah dari sisi Allah Yang Maha Bijaksana, lagi Maha mendalam pengetahuanNya.
al-Ikhmah ( muhkamat ) yang dinyatakan disini membawa maksud indah dan rapi sama ada dari
segi lafaz dan maknanya, gaya bahasa yang indah dan uslubnya. Perkhabaran yang terkandung
didalamnya sarat dengan kebenaran, tidak terdapat unsur pendustaan, ayatnya tidak
bertentangan dan saling melengkapi di antara satu sama lain.Mengandungi hukum-hukum yang
penuh nilai keadilan dan kesaksamaan.Penuh hikmah dan kebijaksanaan serta bebas dari
sebarang kepalsuan.
2. Keseluruhan ayat al-Quran adalah Mutasyabih berdasarkan dalil di bawah :
+.- 4EO4^ =}=O;O g+CgO4^-
4:4-g 4_):4=4G` 4O)+1E`
OOg4=^> +OuLg` 1OUN_ 4g~-.-
]O4=^C g44O -)->
-1OUN_ _+OU~4 _O)
@O^gO *.- _ ElgO OE- *.-
Ogg4 gO) }4` +7.4=EC _ }4`4
)U;_NC +.- E +O ;}g` 1E-
^g@
23. Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan Iaitu Kitab suci Al-Quran Yang
bersamaan isi kandungannya antara satu Dengan Yang lain (tentang benarnya dan
indahnya), Yang berulang-ulang (keterangannya, Dengan berbagai cara); Yang (oleh
kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang Yang takut kepada Tuhan
mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram
hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah. Kitab suci itulah hidayah petunjuk Allah;
Allah memberi hidayah petunjuk Dengan Al-Quran itu kepada sesiapa Yang dikehendakiNya
(menurut undang-undang peraturanNya); dan (ingatlah) sesiapa Yang disesatkan Allah
(disebabkan pilihannya Yang salah), maka tidak ada sesiapa pun Yang dapat memberi
hidayah petunjuk kepadaNya.
3. Sebahagian ayat al-Quran bersifat muhkam dan sebahagian lagi adalah mutasyabih
berdasarkan dalil dibawah :
4O- -Og~-.- 44O^ El^OU4N
=U4-^- +OuLg` e4C-47
7eE^4O` O}- Oq U4-^-
NOE=q4 eE_)l4=4N` W E`
4g~-.- O) )_)OU~ [uuCEe
4pON):441 4` 4O4l4=> +OuLg`
47.4g-- gO4Lu-g^-
47.4g--4 g)-Cj> 4`4
NUu4C N-Cj> ) +.-
4pONCcO-4 O) Ug^-
4pO7O4C EL4`-47 gO) 7
;}g)` gLgN 4L)4O 4`4
NO-OO4C ) W-O7q U4:^-
^_
Dia lah Yang menurunkan kepadamu (Wahai Muhammad) Kitab suci Al-Quran. sebahagian
besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat "Muhkamaat" (yang tetap, tegas dan nyata maknanya
serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran. dan Yang
lain lagi ialah ayat-ayat "Mutasyaabihaat" (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). oleh
sebab itu (timbulah faham Yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) - adapun
orang-orang Yang ada Dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu
menurut apa Yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari
Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut Yang disukainya). padahal tidak ada Yang
mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya Yang sebenar) melainkan Allah. dan orang-orang
Yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya Dalam ilmu-ilmu ugama, berkata:" Kami
beriman kepadaNya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami" dan tiadalah Yang
mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang Yang berfikiran.

Berdasarkan tafsiran ayat diatas, jelas menunjukkan kepada kita bahawa ayat-ayat al-quran
sebahagiannya merupakan ayat muhkam manakala sebahagian daripadanya merupakan ayat-ayat
mutasyabihat. Namun sering kali menjadi perbahasan dan perdebatan ialah dalam mentakwilkan
ayat-ayat yang berbentuk mutasybihat berdasarkan tafsiran ayat 7 surah al-Imran. Oleh kerana
adanya pemahaman yang berbeza terhadap kedudukan waqaf dan ibtida, maka wujudnya tafsiran
berbeza diantara golongan salaf dan khalaf. Diantara pendapat tersebut ialah :-
i. Pendapat Pertama :-
Sebahagian besar ulama Salaf yang terdiri dari sebahagian para sahabat seperti Ubay
bin Kaab dan Aisyah r.a berpendapat bahawa ayat-ayat mutasyabihat itu tidak dapat
diketahui maknanya selain oleh Allah swt. Pendapat mereka berdasarkan ayat 7
surah al-Imran dengan mewaqafkan pada perkataan:
+.- ) -Cj>Uu4C4`4
...... dan tidak mengetahui takwilnya kecuali Allah.
Serta perkataan
Ug^-O) pONCcO-4
Dan orang-orang yang mendalami ilmunya
Mereka sependapat bahawa ayat diatas jelas menunjukkan bahawa hanya Allah sahaja yang
mengetahui takwilan ayat-ayat mutasyabihat . Dari Aisyah R.a, rasulullah saw bersabda yang
maksudnya:-
Apabila kamu melihat orang-orang yang mengikuti ayat-ayat mutasyabihat, maka mereka itu
adalah orang-orang yang disebut oleh Allah Peringatkan mereka.

ii. Pendapat kedua :-

Ibn.Abbas, Mujahid, Ad-Dahhak, Imam Nawawi, Ibn Al-Hajib dan jumhur sahabat
berpendapat bahawa takwil ayat-ayat mutasyabihat dapat diketahui oleh orang-orang
yang dalam ilmunya .Sebagaimana dalam ayat 7 surah al-Imran yang menyebut
tentang ( Ar-Rasikhuun Fil Ilmi )Ibn Abbas berkata :

Saya termasuk orang-orang yang dalam ilmunya, saya mengetahui tawilnya ( ayat
mutasyabihat )























KEPERLUAN ZAMAN TERHADAP METHOD SALAFI
DAN PERKEMBANGAN METHOD KHALAFI










KEPERLUAN ZAMAN TERHADAP METHOD SALAFI DAN KHALAFI
Dalam membincangkan ayat-ayat yang berkaitan dengan ayat-ayat mutasyabih, kita seringkali
akan terjumpa dengan golongan yang dikenali sebagai golongan salaf dan khalaf. Persoalannya
siapakan yang dimaksudkan dengan golongan salaf? Manakala siapa pula yang dimaksudkan
dengan golongan khalaf?
Diriwayatkan oleh imam imam Thabrani , Rasulullah saw bersabda :
Demi tuhan yang memegang jiwa muhammad di tanganNya, akan berpecah umatku sebanyak
73 firqah, salah satunya akan memasuki syurga dan yang lainnya akan memasuki
neraka.Bertanya para sahabat: Siapakah golongan yang tidak memasuki neraka itu ya
Rasulullah ? Nabi menjawab : Ahlusunnah wal Jammah.
Terdapat dua generasi yang sangat terkenal didalam sejarah perkembangan Ahli Sunnah Wal
Jamaah.Golongan pertama dikenali sebagai sebagai golongan salaf manakala golongan kedua
dikenali sebagai golongan Khalaf.
GOLONGAN SALAF
Dari segi etimologi perkataan salaf bermaksud golongan atau kaum terdahulu terdiri daripada
nenek moyang ataupun sesiapa sahaja yang mendahului kita termasuk ibu bapa dan kaum
kerabat kita. Manakala dari segi terminologi ataupun istilah salaf bermaksud golongan yang
hidup bersama Rasulullah saw, para sahabat , Tabiin dan tabi tabiin dan para pengikut mereka
yang diantaranya terdiri daripada para ahli hadis, imam-imam yang hidup pada 3 kurun pertama
hijrah ataupun 300 hijrah. . Golongan ini juga dikenali dengan golongan Salafussoleh yang
pengetahuan dan pemahaman mereka lebih mendalam tentang perkara yang berkaitan dengan
aqidah,ibadah, jihad dan perjuangan dan segala bentuk amalan yang lengkap mencakupi segala
aspek kehidupan seorang muslim sebagaimana yang digariskan oleh junjungan besar Nabi
Muhammad saw.Sabda Nabi saw :


Sebaik-baik manusia adalah pada kurunku ini(para sahabat)kemudian yang
setelahnya(Tabi`in),kemudian yang setelahnya( Tabi`tabi`in).

( HR Bukhari no: 3322, 3458, Muslim no: 4601 )

Namun perlu ditekankan disini, bahawa bukan bermakna semua muslimin yang berada di era
awal Islam atau zaman sahabat, tabiin dan tabi tabiin dikategorikan dalam golongan salaf.
Terdapat juga dikalangan mereka yang mempunyai aliran yang berbeza dengan ahli salaf.
Banyak terdapat aliran-aliran yang muncul pada ketika itu, ada diantara aliran-aliran tersebut
yang berbeza manhaj dan metodologinya diantaranya ialah aliran muktazilah yang dipelopori
oleh Abu Huzaifah Wasil bin Ata, aliran Jabariah yang diasaskan oleh Jahm bin Safwan dan
pelbagai lagi aliran yang muncul dan saling bertentangan diantara satu sama lain, dan golongan
seumpama ini masih ramai pengikutnya hingga ke saat ini.

METHODOLOGI SALAF

Dari segi methodologi atau manhaj, golongan salaf meletakkan al-Quran dan sunnah sebagai
rujukan utama. Memahami dan mengisbatkan kebenarannya dan seterusnya menyebarkan akidah
Islam menerusi al-Quran dan as sunnah. Mereka tidak menggunakan pendekatan yang menjurus
kepada perbincangan akal atau logik akal dan sebagainya. Apa yang paling jelas dilihat,
golongan salaf mengambil sikap tafwid yakni menyerahkan kepada Allah akan maksud ayat-
ayat mutasyabihat.Namun yang demikian ahli salaf tidak menafikan peranan akal sebagai satu
kurniaan yang paling tinggi daripada Allah terhadap manusia, Cuma dalam hal tersebut mereka
menegaskan bahawa penilaian akal juga adakalanya tersasar dari landasan, dan dalam hal-hal
tertentu kemampuan akal tidak terjangkau dan sangat terbatas untuk menilai dan mentafsir
perkara-perkara yang berhubung kait dengan kebesaran dan keagungan Allah.

SIKAP GOLONGAN SALAF DALAM MEMAHAMI AJARAN ISLAM
Antara faktor yang mendorong golongan salaf menerima tanpa mempersoalkan ajaran yang
dibawa oleh Nabi Muhammad ialah mereka dikurniakan kejernihan hati oleh Allah dalam
memberi sepenuh kepercayaan terhadap ajaran yang dibawa oleh Rasulullah saw .Menghayati
dan mengamalkan cara hidup Islam sebagaimana yang digariskan oleh al-Quran dan
Assunnah.Mereka beriman dengan perkara-perkara ghaib yang berkaitan dengan ketuhanan,
kenabian dan juga berkaitan dengan keimanan tanpa banyak tanggapan dan persoalan.
Mereka juga sangat berkeyakinan dengan kenabian Nabi tanpa sebarang pertikaian tentang
semua ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw apatah lagi perkara yang bersangkut paut
dengan soal aqidah.Mereka yakin akal manusia tidak berkemampuan untuk menilai atau
mentafsirkan perkara yang berkaitan dengan aqidah dan perkara ghaib yang lainnya. Namun
mereka tidak menafikan bahawa dengan kejernihan hati dan akal yang dikurniakan seseorang itu
juga diberi kemampuan untuk memberi takwilan terhadap perkara-perkara yang berhubung
dengan aqidah dan keimanan sebagaimana telah dipraktikkan oleh golongan khalaf. Metodologi
golongan Salaf berlanjutan hingga lahirnya golongan ulama-ulama yang terkenal dan terus
memperjuangkan aqidah Islam berpandukan al-quran dan Sunnah.

Kelahiran ulama-ulama ini menyerikan lagi perkembangan keilmuan dalam Islam dan seterusnya
melanjutkan lagi manhaj golongan Salaf pada awal era kemunculan Islam, antara ulama-ulama
yang telah muncul pada ketika itu ialah Imam Malik bin Anas ( w.179 H ), Imam Ahmad Bin
Hanbal ( w.241H ) dan mempunyai pengikut masing-masing.


GOLONGAN KHALAF
Golongan khalaf merupakan orang-orang yang hidup selepas kurun ketiga hijrah ataupun
selepas 300 tahun hijrah yang keimanan dan ketakwaan mereka kepada Allah swt sangat
mendalam namun mengambil pendekatan mentakwil ( memberi makna dan tafsiran yang
bersesuaian dengan kebesaran dan keagungan Allah) terhadap ayat-ayat mutasyabihat.Pendapat
dan pandangan mereka berdasarkan ayat 7 surah al Imran.
Selepas Hijrah Nabi saw Ke Madinah syiar Islam semakin berkembang dari masa ke
semasa.Selepas berakhirnya zaman Salaf , Islam semakin tersebar ke serata alam dan disitu telah
muncul unsur-unsur falsafah ketuhanan Yunani, kepercayaan Batiniah dan Tasawuf falsafi
tersebar dan mendapat tempat dalam masyarakat Islam ( Abdul Shukor : 1998 ). Untuk
menangani kecelaruan dan kefahaman umat Islam dari diracuni oleh unsur-unsur tersebut,
golongan khalaf telah mengambil satu pendekatan baru yakni pendekatan yang lebih berkesan
dan mudah difahami oleh akal manusia, sesuai dengan situasi semasa, golongan Khalaf telah
mengambil pendekatan dalam mentafsirkan ayat Mutasyabihat iaitu :-
i. Beriman dengan kebenaran Al-Quran
ii. Mentanzihkan Allah daripada sebarang persamaan dan penyerupaan dengan makhluk
iii. Mentakwilkan pengertian ayat Mutasyabihat dengan pengertian yang sesuai dengan
Allah dan dapat difahami dengan akal.
Pendekatan yang telah dikemukakan oleh golongan Khalaf adalah bertujuan untuk menjamin
kefahaman umat Islam agar tetap mantap dan subur disamping mampu menangani
penyelewangan yang timbul dalam masyarakat Islam.( Abdul Shukor & Samsul Bahri:1997)
Kesimpulannya istilah salaf dan khalaf bukanlah membawa maksud adanya perbezaan manhaj
tetapi sebenarnya lebih menjurus kepada perubahan tempoh masa. Golongan khalaf merupakan
penerus manhaj ataupun kesinambungan golongan salaf dan bukan membawa satu ajaran,
method atau manhaj yang baru atau berlainan dengan golongan salaf. Aqidah,manhaj fiqh dan
akhlak golongan khalaf masih kekal utuh dan sejati sebagai seorang muslim sebagaimana yang
dibawa dan diamalkan oleh golongan salaf. Sabda Rasulullah saw :
Maksudnya :
Ilmu ini akan dipikul oleh setiap khalaf ( orang yang kemudian ) dari kalangan yang adil
daripadanya, yang menafikan tahrif ( penyelewangan ) pelampau, kepincangan golongan
pembuat kebatilan dan takwilan orang-orang yang jahat.
( Hadis diriwayatkan secara mursal dalam sebahagian riwayat ( Misykat Al-Mashabih ) dan
disambung secara sanadnya kepada sahabat Rasulullah saw oleh imam Al-Alaie, As-Safarini
mengatakan ianya sahih dalam kitan Al-Qaul Al-Ali m/s:227)
Kebanyakan golongan Khalaf menjadikan empat mazhab utama yakni Mazhab Syafie, mazhab
Maliki, mazhab Hanafi dan Mazhab Hanbali sebagai sumber rujukan dalam kaedah Fekah.








SOROTAN KAJIAN
( PANDANGAN GOLONGAN SALAF DAN KHALAF DALAM MENTAKWILKAN
AYAT-AYAT MUTASYABIHAT)













PANDANGAN GOLONGAN SALAF DAN KHALAF DALAM MENTAKWILKAN
AYAT-AYAT MUTASYABIHAT.

Sebagaimana yang telah dijelaskan lebih awal, perbezaan paling ketara diantara golongan salaf
dan khalaf adalah dalam mentakwilkan ayat-ayat al-quran yang berkaitan dengan ayat-ayat
Mutasyabihat.Menurut Al- Zarqani, ayat-ayat mutasyabihat terbahagi kepada 3 kategori iaitu :
i. Ayat-ayat Al-quran yang maksudnya tidak dapat difahami oleh manusia, iaitu
perkara-perkara yang berkaitan dengan zat Allah dan sifat-sifatnya, perkara-perkara
ghaib contohnya tentang hari akhirat. Sebagaimana firman Allah dalam surah Al-
Anam 6: 59 :


+E4gN4 Eg>E4`
U^O4^- .E_Uu4C )
4O-
59. dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan Segala Yang ghaib, tiada
sesiapa Yang mengetahuiNya melainkan Dia lah sahaja


ii. Ayat-ayat al-quran yang boleh difahami maksudnya melalui penelitian dan kajian,
Contohnya ayat-ayat yang timbul kesamaran diantaranya kerana ringkas,panjang,
berurutan dan sebagainya. Contohnya Surah An Nisa 4 : 3 :-

up)4 u7+^= W-O7CO^> O)
_O44-4O^- W-O^ 4`
=C 7 =}g)` g7.=Og)4-
3. dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim
(apabila kamu berkahwin Dengan mereka), maka berkahwinlah Dengan sesiapa
Yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain)

iii. Ayat-ayat mutasybihat yang maksudnya hanya diketahui oleh ulama tertentu dan
tidak diketahui oleh ulama lainnya. Sebagimana doa Nabi Muhammad Saw kepada
Ibnu Abbas.


Maksudnya : Ya tuhanku, jadikanlah dia seorang yang faham akan agama, dan
ajarkanlah kepadanya takwil.
Berikut didatangkan beberapa contoh ayat-ayat mutasyabihat yang sering dibincangkan oleh
golongan Salaf dan Khalaf :-
i. Ayat-ayat mutasyabih yang merujuk tentang Asma Allah dan sifat-sifatnya :-

Surah Taha : 5
}EuOO- O>4N +OE^-
O4O4-c- ^)
5. Iaitu (Allah) Ar-Rahman, Yang bersemayam di atas Arasy.

Surah Al-Qashash : 88
4 7v;> E74` *.- _)
4OE=-47 O 4O) ) 4O- _ O7
7/E* NlgE- ) +OE_;_4 _
N. +'+4^- gO^O)4
4pONE_O> ^gg
88. dan janganlah Engkau menyembah Tuhan Yang lain bersama-sama Allah. tiada
Tuhan melainkan dia. tiap-tiap sesuatu akan binasa melainkan zat Allah. bagiNyalah
Kuasa memutuskan Segala hukum, dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan
(untuk dihitung amal masing-masing dan menerima balasan).



Surah Al-Fath : 10
Ep) -g~-.- El4^ON)C4:NC
E^^) ]ON)C4lNC -.- 4C
*.- -O jguC _ .
10. Sesungguhnya orang-orang Yang memberi pengakuan taat setia kepadamu
(Wahai Muhammad - untuk berjuang menentang musuh), mereka Hanyasanya
memberikan pengakuan taat setia kepada Allah; Allah mengawasi keadaan mereka
memberikan taat setia itu (untuk membalasnya)..
Surah Al-Fajr : 22
47.~E}4 ElG4O lUE^-4 E=
E= ^gg
22. dan (perintah) Tuhanmu pun datang, sedang malaikat berbaris-baris (siap sedia
menjalankan perintah),

Pendapat golongan Salaf terhadap ayat -ayat mutasyabihat di atas ialah :-
Mereka berpendapat bahawa mereka beriman dengan ayat-ayat tersebut sebagaimana zahirnya
ayat tersebut dan menyerahkan kepada Allah akan maksudnya. Mereka mentsabitkan tangan,
mata, bersemayam,kursy, murka dan lain-lain dengan makna yang tidak dapat dikesan dan
semuanya dikembalikan kepada Allah swt. Sebagaimana sabda Nabi saw :-
Berfikirlah kamu tentang kejadian Allah. Jangan kamu berfikir tentang zat Allah.
Sesungguhnya kamu tidak akan mencapainya.
Menurut Al-Iraqi Hadis ini telah diriwayatkan oleh Abu Nuaim, dalam kitab Al-Hilyah
dengan isnad yang dhaif dan juga oleh Al-Asbahani dalam kitab at-Targhib wa At-Tarhib dengan
isnad yang lebih sahih darinya.

Secara umumnya golongan Salaf menafikan persamaan ( keserupaan ) diantara Allah dengan
makhluk. Sebagimana firman Allah dalam surah Al-Ikhlas:4:-
4 }74C N-. -O lEO ^j
4. "Dan tidak ada sesiapapun Yang serupa denganNya".
Berbeza dengan golongon khalaf, mereka mengambil pendekatan berbeza dengan golongan salaf
dalam mentakwilkan ayat-ayat mutasyabihat tersebut. Mereka berpendapat bahawa makna-
makna lafaz ayat tersebut bukanlah dikehendaki secara zahir tetapi ia adalah majaz ( kiasan )
yang tidak ada halangan untuk mentakwilkannya.
Mereka telah mentakwilkan tangan dengan makna kekuasaan, wajah dengan makna zat, dan
begitulah seterusnya. Namun begitu mereka tidak mengambarkan sifat- sifat Allah tersebut
seumpama makhluk, semua diserah dan dikembalikan kepada Allah. Sebagaimana Abul Faraj
bin Al-Jauzi Al- Hanbali menyatakan dalam kitabnya menolak syubhat persamaan. Contohnya
ayat Al-Quran yang bermaksud Dan kekallah wajah tuhanmu Para ulama tafsir
maksudkannya : Kekallah Tuhan kamu.
Kesimpulannya golongan salaf berpegang kepada apa yang zahir tanpa mentafsir dan mentakwil
ayat-ayat yang berkaitan dengan ayat Mutasyabihat manakala golongan khalaf pula
mentakwilkan mengikut makna yang sesuai dengan kesucian Allah yang tidak ada tolok
bandingnya berbanding dengan makhluk ciptaannya.












KESIMPULAN













KESIMPULAN
Sesungguhnya kurniaan Al-Quran kepada kita sebagai umat Islam merupakan satu nikmat yang
tidak ada tolok bandingnya.Melaluinya ayat-ayat yang terkandung di dalamnya terutama sekali
ayat yang berkaitan dengan ayat-ayat mutasyabihat menguji kemampuan akal serta memberi
penjelasan kepada kita bahawa akal yang dikurniakan oleh Allah kepada manusia sangat-sangat
terbatas kemampuannya.
Melalui ayat-ayat mutasyabihat juga menjelaskan bahawa zat-zat Allah tidak sama dengan
makhluk serta kutukan terhadap mereka yang cuba memperkotak-katik ayat-ayat
tersebut.Manakala pendapat golongan salaf dan khalaf boleh digunapakai dalam mentakwilkan
ayat-ayat mutasyabihat kerana dari kedua kita dapati adanya titik persamaan yakni mereka
bersepakat bahawa yang Allah Maha suci dari persamaan dengan makhluk.Semoga melaluinya
kita selaku orang awam dihindari dari melakukan syubhat tasybih ( membandingkan Allah
dengan sesuatu). Wallahu alam bis sawab.













BIBLIOGRAFI














BIBLIOGRAFI
Al-Quranul Karim
Al-Quran dan Terjemahannya.(2011)
Kuala Lumpur : Pustaka Darul Iman
Ahmad Hatta, Dr.(2009)Tafsir Quran Perkata
Jakarta : Maghfirah Pustaka
Ahmad Kamarudin Ibrahim,Ismail Mat Ludin, Khairil Anuar Ahmad.(2011)HBEQ1103Ulum Al-
Quran.
Selangor:Open University Malaysia
Muhammad Ali al-Hasan, Dr (2007).Pengantar Ilmu-Ilmu Al-Quran
Bogor : Pustaka Thariqul Izzah
Syeikh Hasanaon Muhammad Makhluf,Dr.(2006).Kamus Al-Quran
Selangor : Percetakan Putrajaya Sdn.Bhd
http://addeen.proboards.com/index.cgi?board=salafussoleh&action=display&thread=15
http://mujahideen-islam.blogspot.com/2009/02/pemurnian-terhadap-fahaman-salaf-dan.html
http://www.bicaraaddin.com/v1/Isu-Semasa/istilah-salaf-dan-khalaf.html
http://shuhmy.multiply.com/journal/item/308/Menelusuri_aqidah_salaf_dan_khalaf_dan_yang_
mengaku_salafi?&show_interstitial=1&u=%2Fjournal%2Fitem
http://www.hafizfirdaus.com/ebook/KenalAlQuran/Bab%205.html
http://ustadzaris.com/apa-yang-dimaksud-ayat-muhkam-dan-mutasyabih
http://bangyudi.wordpress.com/2008/09/08/sifat-sifat-allah-swt-ayat-ayat-muhkam-dan-ayat-
ayat-mutasyabih/
http://www.musliminvolgograd.com/bentuk-bentuk-ayat-mutasyabih-dalam-al-
qurahttp://prosesberfikir.blogspot.com/2010/02/muhkam-dan-mutasyabih.htmln/