Anda di halaman 1dari 1

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN KOMPUTER

Pada zaman sekarang yang morden, kebanyakan daripada semuaorang memiliki sebuah komputer di rumah masing-masing. Terdapat pelbagai jenis komputer di dunia ini. Komputer telah banyak berjasa kepada semua kerana ia boleh mengurangkan kerja-kerja semua yang akan mengambil lebih masa dan tenaga tanpa kehadirannya. Komputer adalah sumber yang sangat penting di setengah kerja-kerja manusia. Contoh yang kita dapat memikirkan ialah menyimpan sijil kelahiran manusia, pengenalan peribadi (IC) dan yang lain-lain. Ini semua telah disimpan dengan betul dengan pertolongan komputer. Komputer juga boleh menolong manusia dalam segi kerja-kerja pejabat atau sekolah dan juga boleh mengecilkan kerja keras seseorang itu seperti memberi persembahan. Sebagai seorang pelajar, kita sering menggunakan komputer untuk membuat kerja sekolah seperti sekarang. Guru-guru di sekolah juga telah bermula menyuruh murid-muridnya menggunakan komputer bagi kerja-kerja yang tertentu. Guru subjek yang lain juga sebegitu. Kebanyakan guru menggalakkan muridmurid mereka untuk membuat sebuah persembahan dengan kegunaan komputer. Sekarang, internet sudah menjelma. Dengan menggunakan komputer dan internet, semua dapat memhabiskan kerja-kerja kami dengan masa yang lebih singkat. kita boleh berbicara dengan guru dan rakan-rakan saya melalui komputer dan internet.Ada juga yang menggunakan komputer untuk membuang masa dengan bermain permainan komputer. Semua benda pasti ada keburukannya. Oleh itu, komputer juga boleh menyebabkan keburukan kepada penggunaannya. Salah satu contohnya adalah di waktu seseorang remaja sedang membuat kerja sekolah di biliknya. Semasa membuat kerja sekolah, remaja itu boleh terganggu oleh kehadiran komputer di depan matanya. Fikirannya akan sering memikirkan benda-benda yang lebih menyeronokkan daripada kerja sekolahnya seperti permainan komputer. Disebabkan itu, jika iman remaja itu tidak kuat, dia akan berhenti membuat kerja sekolah lalu meneruskan bermain komputernya. Pada pendapat saya, pelajar perlu mengetahui tentang kegunaan komputer kerana dengan pengetahuan tersebut, pelajar akan tahu bila masanya untuk menggunakan komputer dan sebaliknya. Kerja-kerja seseorang pelajar akan tidak terhabis.

Anda mungkin juga menyukai