Anda di halaman 1dari 14

KERTAS CADANGAN PENUBUHAN "KELAB KEMBARA" SEBAGAI AKTIVITI KOKURIKULUM di SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN TUN DR.

ISMAIL JAYA. oleh 1) Siti Fatimah Binti Megat Fauzi 2) Jawahir Binti Jamid 3) Namirah Binti Ahmad Bakary 4) Norhidayu Binti Mohd Zaini 5) Ros Zaihan Binti Rosli 6) Syafinas Bt Razali TAJUK Kelab Kembara. PENGENALAN Kelab Kembara adalah usaha terancang pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail Jaya untuk melibatkan pelajar mengisi masa lapang mereka dengan perkara yang berfaedah di samping memenuhi hobi mereka. Aktiviti-aktiviti Kelab Kembara ini, membolehkan penglibatan aktif pelajar bagi menimbulkan rasa semangat berkumpulan, kemahiran, rasa cinta pada flora dan fauna serta mengelakkan diri daripada terjebak kepada kegiatan negatif. Rasional Kegiatan Kokurikulum sekolah adalah bertujuan untuk memberi pendidikan mental, fizikal dan rohani kepada murid-murid secara tidak formal. Pengalaman melalui kegiatan Kokurikulum bertambah berkesan jika murid-murid terlibat secara aktif dan dapat melihat faedahnya untuk masa depan mereka.

Untuk tujuan-tujuan tersebut maka penubuhan "Kelab Kembara" dicadangkan. Anggota-anggota "Kelab Kembara" akan didedahkan dengan cabaran-cabaran yang harus mereka tempuhi sekaligus membantu usaha kerajaan dalam membina generasi muda yang cekal menghadapi dugaan masa kini. Melalui cabaran-cabaran tersebut anggota kelab dapat menguji ketahanan diri terhadap dunia luar yang bakal dihadapi dan menjdikan diri mereka kenal kepada jati diri.

TUJUAN Tujuan dicadangkan menubuhkan "Kelab Kembara" di sekolah ini adalah untuk: 1. Memupuk dan mencungkil bakat yang ada dalam aktiviti-aktiviti berbentuk rekreasi dan eksplorasi. 2. 3. Mengajar pelajar untuk cinta dan menikmati lora dan fauna. Menjadikan pelajar seorang yang bijak dalam selok belok alam semula jadi serta mendapat informasi daripada aktiviti yang dijalankan. 4. Mempunyai kecekalan terhadap sesuatu perkara yang bakal atau terjadi pada diri. 5. Menjadikan pelajar sebagai seorang insan yang matang serta bersedia untuk memimpin dalam organisasi. 6. Menjadikan pelajar tidak tersisih daripada masyarakat dengan kerjasama yang dilakukan diantara mereka. 7. 8. Menjadikan pelajar berani bersuara untuk kebaikan pada masa akan datang. Memberi pelajar pengalaman untuk dibawa bersama didalam masyarakat apabila mereka telah tamat pengajian kelah. 9. Memberikan pelajar ketahanan untuk menolak segala gejala negatif supaya tidak tersesat dalam hidup.

PENYERTAAN ANGGOTA KELAB KEMBARA Murid-murid yang ingin menjadi anggota "Kelab Kembara" perlu mempunyai beberapa sifat berikut: 1. Sihat tubuh badan. Tidak mempunyai penyakit kronik. 2. Pencapaian akademik yang baik. 3. Mempunyai rasa cintakan alam semulajadi . 4. Bersikap bekerjasama. 5. Berani dan lasak.

1. OBJEKTIF AM

Guru-guru dan murid-murid akan:

Mengetahui dan memahami ciri-ciri dan nilai-nilai kepimpinan yang diperlukan untuk memimpin, mengurus dan mengoperasikan kelab atau persatuan di sekolah.

Mengetahui dan memahami kaedah, stategi dan prinsip pengurusan kelab atau persatuan secara berkesan.

Mengetahui dan memahami kaedah dan stategi memimpin dan memotivasikan ahli-ahli kelab atau persatuan yang dipimpin

Mempunyai pengetahuan dan kemahiran merancang, mengelola, menyelia dan menilai aktiviti dan kegiatan kelab atau persatuan yang dipimpin.

Mempunyai keyakinan diri sebagai pemimpin yang berwibawa, berketrampilan dan berwawasan.

Untuk membantu usaha membina generasi muda yang cekal menghadapi cabaran masa kini. Menguji ketahanan diri terhadap dunia luar yang bakal dihadapi. Menguji kefahaman mereka tentang semangat patriotisme. Menjadikan diri mereka kenal kepada jati diri. Menjadikan mereka mempunyai semangat serta menghayati perpaduan.

2. OBJEKTIF KHUSUS Menjelaskan matlamat dan tujuan penubuhan kelab atau persatuan di sekolah dalam konteks kependidikan dan kepimpinan

Menjelaskan kaedah dan tatacara penubuhan kelab atau persatuan.

Menjelaskan kaedah dan tatacara pentadbiran dan pengurusan kelab atau persatuan

Menjelaskan kaedah dan tatacara pengurusan dan pengelolaan aktiviti dan kegiatan kelab atau persatuan di sekolah berdasarkan perancangan dan undangundang.

Membentang dan menjelaskan ciri-ciri dan nilai-nilai asas kepimpinan.

Menjelaskan tanggungjawab dan peranan murid-murid sebagai warganegara berdasarkan Rukun Negara, perlembagaan negara dan Wawasan 2020.

MATLAMAT.

Untuk membantu usaha membina generasi muda yang cekal menghadapi cabaran masa kini. Menguji ketahanan diri terhadap dunia luar yang bakal dihadapi. Menguji kefahaman mereka tentang semangat patriotisme. Menjadikan diri mereka kenal kepada jati diri. Menjadikan mereka mempunyai semangat serta menghayati perpaduan.

JUSTIFIKASI

Dalam rangka menyokong kepada usaha kerajaan melahirkan pelajar yang berkualiti, cemerlang, gemilang dan terbilang, pihak sekolah mendapati asas pengukuhan jatidiri dan kemahiran keinsanan adalah aspek yang perlu dibangunkan secara bersepadu di samping kecemerlangan akademik dan kemahiran teknikal. Dalam membangunkan jatidiri insan khususnya pelajar muslim, di mana solat dan masjid adalah elemen yang sangat penting, sementara aktiviti khidmat masyarakat pula adalah penyumbang kepada kepedulian sosial dan kemahiran keinsanan di kalangan pelajar. Atas asas-asas tersebut, pihak sekolah ingin menubuhkan Kelab Kembara Sekolah, sebuah program kembara melibatkan 3 masjid di 3 daerah dalam negeri Pahang yang diisi dengan aktiviti-aktiviti kerohanian, keilmuan dan kemasyarakatan.

JAWATANKUASA PENAJA KELAB KEMBARA

Jawatankuasa "Kelab Kembara" akan terdiri daripada: Penasihat Pengerusi Naib Pengerusi Setiausaha Bendahari Ketua Kumpulan : Puan Mainurul Seadah Bt Meor Ibrahim : Noor Najia Bte Lodz : Tun Muhamad Azam B. Mohd Redzuan : Noor Zamatul Shima Binti Ahmad : Zainab Hannan Bt Ramli : 1) Nurul Husna Binti Zulkifli 2) Noor Aziati Binti Daud 3) Mohd Naim B Abd Majid @ Abd Aziz 4) Muhamad Norhafizie B. Ma. Hasan 5) Nirayanti Binti Amir

PELAN TEKTIKAL KELAB KEMBARA SMK TTDI JAYA

Bulan

Minggu/ Tarikh

Aktiviti

Catatan/ Tindakan

Januari

Minggu 2 Minggu 4

Pendaftaran Kelab / Persatuan

Pengetua / GuruBesar / GPK KOKO / Guru Penasihat

Minggu 2

Pendaftaran Ahli

Februari

Minggu 4

Suai Kenal Antara Ahli Pengakap

Minggu 2

Penyusunan Organisasi

Minggu 4 Mac Minggu 2

Tanggungjawab Ahli

Dasar Berpengakap

Minggu 4 April Minggu 2

Peraturan dan Undang-Undang

Bendara

Minggu 4

Pemakaian Lencana

Mei

Minggu 2

Lagu Kebangsaan

Minggu 4

Lagu Negeri

Jun

Minggu 2

Simpulan dan Ikatan

Minggu 4

Pengurusan

Julai

Minggu 2

Perjumpaan Pek/Terup

Minggu 4

Istiadat Perlantikan

Ogos

Minggu 2

Kemahiran Berpengakap

Minggu 4

Mesyuarat Agung

September

Minggu 2

Pertolongan Cemas

Minggu 4

Membaca Peta

Okotber

Minggu 2

Pengembaraan

Minggu 4

Kawad Kaki

November

Perkhemahan Perdana Hari Kokurikulum

Kelab Kembara, Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tun Dr. Ismail

Jalan Sastera U2/1, Seksyen U2, 40150 Shah Alam, Selangor.


No. Tel : 03-7847 1096

No. Fax : 03-7847 1145


Ruj kami Tarikh Pengetua, Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tun Dr. Ismail : SKSI 05/01/01(01) : 01 Januari 2013

Jalan Sastera U2/1, Seksyen U2, 40150 Shah Alam, Selangor.


Tuan , PERMOHONAN PENUBUHAN KELAB KEMBARA Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa saya Noor Zamatul Shima Binti Ahmad berdasarkan Peraturan (4) dalam Warta Kerajaan bertarikh 21 Mei 1998,P.U. (A) 196, yang berkait dengan Seksyen 130, Akta Pendidikan 1996 dengan ini memohon untuk menubuhkan Kelab Kembara, Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tun Dr. Ismail, Shah Alam mulai 1 Januari 2013. 2. Sehubungan itu , bersama-sama ini dikemukakan maklumat-maklumat berikut: 2.1 2.2 2.3 Draf Perlembagaan. Draf Aktiviti Asas. Senarai Nama Jawatankuasa Penaja.

Kerjasama dan jasa baik tuan bagi meluluskan perkara diatas terlebih dahulu diucapkan terima kasih

Sekian.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA BERSAMA MENINGKATKAN KUALITI PENDIDIKAN

Saya yang menurut perintah, (Noor Zamatul Shima Binti Ahmad) Guru Penasihat, Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tun Dr. Ismail Jaya

Jalan Sastera U2/1, Seksyen U2, 40150 Shah Alam, Selangor.

PENUTUP Pelan strategik Kelab Kembara Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tun Dr. Ismail Jaya, Shah Alam ini, telah dirancang dengan begiru teliti dan mendalan dalam usaha memberikan input semaksima mungkin kepada ahli-ahli kelab yang ada bagi menambah dan meningkatkan ilmu dan kemahiran dalam bidang yang diceburi khususnya melibatkan aktiviti-aktiviti yang mencabar dan memerlukan kekuatan jasmani dan emosi. Adalah diharapkan agar segala perancangan yang telah disusun atur bagi segala program dan aktiviti kelab dapat dilaksanakan dalam mengembangkan potensi para pelajar untuk melahirkan pelajar cemerlang, gemilang dan terbilang agar dapat memberikan sumbangan kepada agama, bangsa dan negara.

Anda mungkin juga menyukai