Anda di halaman 1dari 5

PPIK 2

Memerhati kesan Haba terhadap Penebat haba dan Konduktor Haba

Anda dibekalkan dengan 1 kg blok aluminium dan 1 kg air dalam bikar . 1. Reka bentuk satu penyiasatan untuk membuktikan bahawa aluminium adalah konduktor haba yang baik manakala air adalah penebat haba yang baik 2. Apakah bahan yang mempunyai kapsiti yang lebih tinggi? Bincangkan.

1. Reka bentuk satu penyiasatan untuk membuktikan bahawa aluminium adalah konduktor haba yang baik manakala air adalah penebat haba yang baik

EKSPERIMEN: TUJUAN: Menyiasat kebolehan aluminium sebagai konduktor haba yang baik manakala air sebagai penebat haba yang baik.

BAHAN :a) 1 kg blok aluminium b) 1 kg air dalam bikar

RADAS: a) Penunu Bunsen b) Tungku Kaki Tiga c) termometer d) jam randik PROSEDUR: a) 2 set tungku kaki tiga disediakan. Setiap satunya diletakkan dengan 1 kg blok aluminium dan 1kg air yang disi ke dalam bikar. b) Kedua-dua bahan tersebut dipanaskan sehingga lima minit. c) Selepas 5 minit, perubahan suhu kedua-dua bahan direkodkan.

KEPUTUSAN :
Catatan Materials Bahan

Suhu awal (C)

Suhu akhir(selepas minit) (C) 5

Perbezaan Suhu (C)

kg

blok 27

60

33

aluminium

1 kg air

28

47

19

KESIMPULAN: Hasil daripada keputusan eksperimen diatas, dapat dibuktikan bahawa aluminium adalah konduktor haba manakala air bertindak sebagai penebat haba yang baik.

Apakah bahan yang mempunyai kapsiti yang lebih tinggi? Bincangkan . Air.mempunyai kapasiti yang lebih tinggi. Hal ini kerana air boleh menyimpan lebih banyak haba berbanding aluminium. Ini dapat dibuktikan melalui kadar masa

pemanasan air dan aluminium iaitu peningkatan suhu air lebih lambat dibandingkan dengan alminium.

Di akhir aktiviti ini, jawab soalan berikut: 1) Apakah yang telah anda pelajari daripada dua aktiviti ini? Melalui aktiviti ini, saya telah mempelajari tentang bahan konduktor dan penebat. Kedua-dua bahan ini mempunyai perbezaan dari segi kapasiti muatan haba. Bahan yang menunjukan peningkatan haba yang rendah merupakan penebat haba yang baik iaitu air. Manakala bahan yang menunjukan penigkatan haba yang cepat iaitu aluminium merupakan konduktor haba yang baik.

2) Bahagian manakah dalam kurikulum sains sekolah rendah yang melibatkan tajuk ini? Kurikulum yang terlibat adalah kurikulum Sains Tahun 5 yang bertemakan menyiasat alam bahan dan dalam bidang pembelajaran ciri-ciri bahan.

3) Bincangkan bagaimana anda menggunakan aktiviti ini semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Guru dapat menjalankan eksperimen untuk mengetahui konduktor dan penebat haba. Guru juga dapat menjalankan aktiviti perbincangan di dalam kumpulan di mana murid-murid akan berbincang mengenai konduktor dan penebat dan seterusnya guru akan membetulkan pengetahuan sedia ada murid yang silap jika sekiranya ada. Guru juga dapat membuat aktiviti mengumpulkan maklumat daripada sumber buku atau internet tentang konduktor dan penebat haba ini.

4) Apakah peranan anda sebagai guru bagi aktiviti ini? Guru akan bertindak sebagai fasilitator aktiviti ini dimana guru akan merangsang pemikiran murid untuk mengenalpasti konduktor dan penebat haba yang baik. Guru juga akan bertindak sebagai pemerhati bagi memastikan

semua murid melibatkan diri sepenuhnya dalam aktiviti yang dijalankan. Guru juga menjadi seorang yang memberi penerangan kepada murid-murid apabila idea yang diberikan oleh murid adalah salah daripada teori yang sepatutnya.