Anda di halaman 1dari 2

Copy and paste to create a document GST: Malaysia mesti berstatus berpendapatan tinggi

Mohamad Iqbal, UIAM, Ibnu Khaldun dalam Mukaddimah telah menyebut berkenaan dengan pengenalan cukai t erhadap barang-barang di kota yang dikenakan oleh pemerintah sebagai sumber pend apatan dalam negara. Dengan mengaitkan pernyataan ini, sesungguhnya terdapat per samaan peristiwa yang ditulis oleh ilmuwan terkemuka ini yang berlaku secara lum rahnya dalam sejarah peradaban dengan konteks semasa hari ini. Usaha kerajaan untuk memperkenalkan Good and Service Tax (GST) atau Value Added Tax (VAT) merupakan salah satu usaha untuk menjana pendapatan negara dengan lebi h teratur dan efektif. Konsep ini telah diperkenalkan oleh Dr Wilhem von Siemens , seorang ahli industri Jerman pada tahun 1918. Perancis merupakan negara yang p ertama melaksanakan GST pada tahun 1954. Sehingga kini, sebanyak 146 negara tela h melaksanakan GST. Selain itu, semua negara di Asean telah melaksanakan GST kecuali Malaysia, Brune i, dan Myanmar . Menariknya, Indonesia dan Filipina lebih awal memperkenalkan GS T pada tahun 80-an, lebih awal berbanding Singapura pada tahun 1994. Pengenalan GST melalui pengurusan yang baik akan memberi impak yang besar kepada pendapatan negara melalui peningkatan kadar pematuhan cukai. Namun, dalam konteks semasa, apakah GST relevan untuk dilaksanakan sekarang? Menjawab persoalan ini, terdapat tiga pernyataan masalah yang harus diteliti. Pertama, adakah ekonomi Malaysia dan pengguna bersedia untuk menerima pelaksanaa n GST? Kedua, bilakah masa yang sesuai untuk kerajaan melaksanakan GST? Ketiga, adakah GST akan menyebabkan kenaikan harga barang dan inflasi: antara persepsi d an realiti. Ketiga-tiga permasalahan ini harus diperhalusi dalam usaha untuk men gimplimentasikan GST secara menyeluruh, malah kajian yang mendalam dan terperinc i harus dilakukan supaya pelaksanaannya mencapai objektif yang disasarkan. Merujuk kepada permasalahan yang pertama, adakah ekonomi Malaysia dan pengguna b ersedia untuk menerima pelaksanaan GST, Emran dan Stiglitz (2005) mencadangkan b ahawa menggantikan VAT bagi cukai yang lebih luas mungkin untuk mengurangkan dan bukannya memperbaiki kebajikan kerana negara-negara membangun seperti Malaysia mempunyai sektor tidak formal yang besar. Mereka juga berhujah bahawa masalah u tama dengan kesusasteraan yang menyokong penggunaan VAT di negara-negara membang un adalah ia mengabaikan bahawa negara-negara ini mempunyai sektor tidak formal yang besar. Manakala permasalahan kedua pula menyentuh mengenai masa yang sesuai untuk keraj aan melaksanakan GST, perkara asas yang perlu diselesaikan terlebih dahulu terma suklah penyediaan suatu sistem yang terancang serta reformasi sikap dalam pengur usan ekonomi dan politik dalam usaha untuk mengurangkan kadar penyelewengan dan rasuah dalam negara yang akan membawa kepada kegagalan pelaksanaan. Begitu juga, dalam tempoh sekarang, tahap ketersampaian maklumat yang lemah menyebabkan kega galan masyarakat untuk memahami GST secara komprehensif membawa kepada kegagalan pelaksanaan kerana ketidakfahaman. Permasalahan ketiga pula mengenai adakah GST akan menyebabkan kenaikan harga bar ang dan inflasi, secara realitinya, menurut Singh (2007), pengenalan GST boleh m embawa peningkatan satu masa dalam kos sara hidup,kebarangkalian membawa kepada inflasi yang tidak tinggi. GST boleh membawa kepada peningkatan dalam harga peng guna pada peringkat awal pelaksanaan, tetapi GST tidak akan mempunyai kesan yang besar ke atas inflasi. James danZheshi (2004) menegaskan bahawa apabila VAT dip erkenalkan di China pada tahun 1994, ia tidak menyebabkan inflasi apa-apa. Berba nding dengan pembaharuan cukai pada tahun 1994, perubahan yang dicadangkan VAT jauh kurangkompleks. Adakah Cukai Perkhidmatan dan Barangan akan menjejaskan golongan miskin dan sede rhana? Implementasi Cukai Perkhidmatan dan Barangan akan memberikan kesan kepada golongan miskin dan sederhana di Malaysia. Negara-negara yang lebih membangun s eperti Singapura mampu menyerap cukai ini kerana pendapatan yang lebih tinggi. C ukai Perkhidmatan sudah digunapakai di negara-negara seperti Britain, India, Hon g Kong, Jepun dan Singapura, namun, ini bukan sebab untuk penguatkuasaannya di M

alaysia. Status ekonomi dan cara bagaimana negara-negara tersebut memperoleh pen dapatan berbeza dari Malaysia. Tiga pernyataan masalah ini merupakan suatu perkara yang memerlukan kepada tinda kan penyelesaian dalam merealisasikan GST sebagai instrumen yang merangsang pend apatan negara. Antara penyelesaian yang harus difikirkan dan digerakkan adalah m eningkatkan kesedaran dan kefahaman rakyat berkenaan kepentingan dan pelaksanaan GST, menubuhkan badan bebas dan berkecuali untuk mengkaji kesan menyeluruh terh adap rakyat apabila GST dilaksanakan dan mengkaji tahap penerimaan rakyat pelaks anaan GST dari sudut kesediaan dan kebolehpercayaan. Tahap penyampaian maklumat seiiring dengan pembebasan unsur-unsur negatif dalam pentadbiran dengan penghasilan pengurusan yang telus dan efektif akan mewujudkan kerjasama yang erat antara kerajaan dengan rakyat, kerana rakyat selaku penduku ng suara demokrasi yang meletakkan kepercayaan yang penuh terhadap kerajaan untu k menguruskan wang yang disalurkan melalui cukai kepada kerajaan apabila melihat pengurusan yang telus dan efektif. Sekurang-kurangnya mereka dapat menilai wang yang disalurkan itu membawa kehidupan mereka yang lebih baik. Secara keseluruhan, sistem GST dianggap berkesan kerana ia boleh meningkatkan ju mlah hasil kerajaan. Walau bagaimanapun, pelaksanaannya memerlukan satu sistem y ang dirancang memandangkan tanpanya sistem GST yang komprehensif tidak akan terc apai. Malaysia mestilah terlebih dahulu mencapai status berpendapatan tinggi atau hi come seperti yang di war-warkan oleh YAB Perdana Menteri. Meningkatkan kadar cukai tanpa meningkatkan pendapatan rakyat boleh membebankan rakyat. Oleh hal yang demikian, kami berharap Kerajaan Malaysia akan memperkenalkan lan gkah-langkah khas untuk membantu golongan berpendapatan rendah untuk mengurangka n kesan buruk GST ke atas mereka. Selain itu, kerajaan seharusnya memanfaatkan semua saluran dana dan memastikan n ilai maksimum diekstrak daripada aset kerajaan sebelum melakukan sebarang percub aan untuk menaikkan cukai tambahan kepada rakyat.

Anda mungkin juga menyukai