Anda di halaman 1dari 20

PENILAIAN IMPAK ALAM SEKITAR (EIA) Hamidi Ismail

PENGENALAN

Pembangunan ekonomi Dunia yang seiring dengan kesemarakan populasi manusia telah menambahkan tekanan terhadap kelestarian ekosistem alam sekitar. Pengalaman dua dekad yang lepas membuktikan proses pembangunan meninggalkan kesan sampingan negatif terhadap komponan utama alam sekitar seperti air, udara dan tanih. Sekiranya wujud pertimbangan alam sekitar di dalam perancangan projek pembangunan, ia seringkali dilihat sebagai sesuatu yang tidak berfaedah malah menyebabkan pertambahan dalam kos projek berkenaan. Bagaimanapun penggerak projek seharusnya sedar apabila berlakunya kemerosotan atau bencana terhadap alam sekitar, impaknya bukan sekadar terhadap persekitaran malahan dirasai bersama oleh komuniti masyarakat. Pembangunan yang mengabaikan alam sekitar terpaksa dibayar dengan kehilangan harta mahupun nyawa komuniti itu sendiri.

Kajian Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) merupakan suatu alat perancangan untuk mengelakkan berlakunya degradasi kualiti persekitaran dan meminimakan kerugian masyarakat. Sebenarnya, belum terdapat satu takrifan rasmi secara global mengenai EIA. Cuma asas kefahaman EIA dari satu negara ke satu negara tidaklah jauh berbeza (Yusuf & Sammy 1990). Contoh-contoh berikut menggambarkan perbezaan tersebut: an activity designed to identify and predict the impact on the biogeophysical environment and on mans health and well-being of legislative proposals, policies, programmes, projects and operational procedures, and interpret and communicate information about the impacts to identify, predict and describe in appropriate terms the pros and cons (penalties and benefits) of a proposed development. To be useful, the assessment needs to be communicated in terms understandable by the community and decisionmakers and pros and cons should be identified on the basis of criteria relevant to the countries affected an assessment of all relevant environmental and resulting social effects which would result from a project assessment consisits in establishing quantitative values for selected parameters which indicate the quality if the environment before, during and after the action

(i)

(ii)

(iii) (iv)

Definisi-definisi yang dinyatakan di atas memberi suatu gambaran yang luas tentang objektif EIA tetapi memberi konsep-konsep yang berbeza mengenai EIA. Skop EIA hanya diberi dalam definisi (i) sahaja. Manakala Jabatan Alam Sekitar mendefinisikan EIA seperti berikut, EIA adalah untuk mengenal pasti, meramal, menilai dan memberi maklumat mengenai kesan-kesan kepada alam sekitar bagi sesuatu cadangan projek dan mengemukakan langkah-langkah tebatan projek berkenaan diluluskan dan dilaksanakan.

MATLAMAT EIA

EIA dikehendaki mengikut Seksyen 34A, Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 (Pindaan 1985). EIA direka bentuk bagi membantu menghindarkan perbelanjaan yang tinggi dalam pelaksanaan projek-projek pembangunan. Adalah diharapkan apabila EIA disepadukan ke dalam sistem perancangan dan implementasi pembangunan yang sedia ada, ia akan memberikan maklumat penting ke arah membuat keputusan yang bijak dan adil.

Pada peringkat awal, projek pembangunan (sekitar awal 1960-an) dinilai secara kasar dan seringkali berasaskan kepada Technical Feasibility Studies dan Cost Benefit Analysis (CBA). Namun penggunaan teknik ini hanya mengutamakan penilaian kebendaaan tanpa mengambil kira kos sosial. Kini persoalan-persoalan asas seperti berikut dikemukakan untuk memperolehi gambaran yang lebih luas.

(i) (ii) (iii) (iv) (v)

Adakah projek pembangunan tersebut diperlukan? Apakah alternatif yang boleh memberi pulangan faedah yang sama? Apakah kajian EIA yang berkaitan? Apakah keselamatan awam berbanding dengan penggunaan teknologi berbahaya? Apakah status pemeliharaan alam sekitar dijamin di kawasan yang mempunyai signifikan ekologi dan nilai-nilai landskap?

(vi)

Apakah status pemeliharaan alam sekitar dijamin di kawasan yang mempunyai signifikan ekologi dan nilai-nilai landskap?

EIA dapat dianggap peralatan asas penilaian bagi projek-projek pembangunan. EIA dapat memainkan peranan penting dalam membentuk polisi dan perancangan yang baik. Matlamat EIA ialah untuk mengenal pasti masalah-masalah yang bakal wujud dari segi alam sekitar, sosial dan kesejahteraan akibat projek pembangunan.

SKOP EIA

Penggunaan EIA perlu diberi keutamaan semasa menilai semua kegiatan yang melibatkan kesan ke atas alam sekitar. Skop EIA perlu melibatkan polisi, perancangan, program dan projek pembangunan. Proses mencapai keputusan dalam organisasi kerajaan boleh membantutkan pemeliharaan alam sekitar. Sebagai contoh pemberian subsidi kepada nelayan. Manakala saiz projek secara individu mungkin nampak kecil tetapi secara keseluruhan ia mungkin menjadi satu mega projek, seperti projek perumahan.

EIA membolehkan penjanaan dan memberi maklumat mengenai masalah alam sekitar akibat pelaksanaan projek pembinaan. Sekiranya EIA perlu efektif, ia perlu dikaitkan dengan proses decision-making untuk menyusun strategi secara optima, agar kesan ke atas alam sekitar dapat diminimakan. Rumusan EIA perlu mengambil kira kajian-kajian berkaitan dengan sosial dan ekonomi serta mempunyai objektif-objektif saintifik. Ini dapat dicapai melalui cara berikut: (i) (ii) Panduan dan standard minima dalam kandungan EIA. Pengawasan oleh badan yang tidak mempunyai kepentingan dalam projek pembangunan. (iii) (iv) Perundingan dengan organisasi yang relevan. Penerbitan dan peruntukan supaya orang awam dapat menyatakan pendirian.

Penyertaan awam perlu mendapat sokongan dan dorongan. Usaha perlu dilakukan untuk memperolehi pendapat serta memberi maklumat kepada golongan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan projek pembangunan. Pada peringkat awal proses yang melibatkan orang awam mungkin mengambil masa dan menelan kos yang tinggi, tetapi penyertaan awam mungkin mengurangkan masalah secara menyeluruh.

PROSEDUR EIA DI MALAYSIA

Prosedur EIA yang diamalkan di Malaysia ini terdiri daripada tiga peringkat utama. Rajah 1 menggariskan huraian prosedur tersebut.

Penilaian Awal adalah peringkat pertama dalam prosedur EIA apabila penilaian dibuat ke atas kesan-kesan yang berpotensi timbul daripada sesuatu aktiviti yang ditetapkan. Kajian ini harus dimulakan di peringkat kajian prakemungkinan pembangunan sesuatu aktiviti. Di peringkat ini pilihan-pilihan projek dikenal pasti dan kesan-kesan ketara yang tertinggal dilaporkan. Laporan awal EIA ini disemak dan diluluskan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS). Lebih kurang 93 peratus daripada laporan EIA yang dikemukakan kepada JAS sejak 1 April 1988 ialah laporan penilaian awal.

Penilaian Terperinci dibuat hanya bagi projek-projek yang telah dikenal pasti melalui laporan penilaian awal, meninggalkan kesan-kesan ketara ke atas alam sekitar dan memerlukan kajian yang lebih mendalam. Kajian terperinci ini harus diteruskan di peringkat kajian kemungkinan, dan laporannya dikemukakan untuk kelulusan Ketua Pengarah Kualiti Alam Sekeliling sebelum kelulusan muktamad dibuat oleh pihak yang meluluskan projek. Kajian terperinci EIA dibuat berdasarkan Bidang Rujukan yang disemak oleh Jawantankuasa Panel Pengulas yang dilantik oleh Ketua Pengarah Kualiti Alam Sekeliling. Laporan EIA ini seterusnya disemak oleh Jawatankuasa Panel Pengulas tersebut dan dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Kualiti Alam Sekeliling.

Rajah 1 Carta Aliran Bagi Prosedur Penilaian Kesan kepada Alam Sekeliling di Malaysia
Penggerak Projek

Tidak

Penilaian Terperinci Penilaian Tertakluk Di Bawah PeraturanPeraturan, Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 Aktiviti yang Ditetapkan Perlu Maklumat Lanjut dari Penggerak Projek Perlu Maklumat Lanjut dari Penggerak Projek Tidak Tidak Laporan Diterima? Penilaian Terperinci Diperlukan Dokumen Ulang kaji Penilaian Terperinci Ya Laporan Diterima

Penilaian Awal

Ulang kaji Laporan (JAS)

Ulang kaji Laporan (Panel Penilai)

Pihak Berkuasa Meluluskan Projek

Ya

Tidak TAMAT Projek Diluluskan ? Ya

Ya

Ya Pelaksanaan Projek Projek Diteruskan? Pengawasan Alam Sekitar Pengawasan Audit Alam Sekitar Tidak Plan Penamatan Projek

Alam
Audit Alam Sekitar Sekitar

Pindaan Pelan Penamatan Projek

Pindaan SyaratSyarat Ya Tamat

Tidak

Sumber: Jabatan Alam Sekitar, 1994

Semakan Laporan EIA dibuat oleh Jabatan Alam Sekitar bagi laporan awal, dan oleh Jawatankuasa Panel Pengulas bagi laporan terperinci. Ulasan-ulasan mengenai laporan ini dikemukakan kepada pihak berkuasa meluluskan projek untuk membuat keputusan muktamad terhadap projek. Mengikut Piagam Pelanggan Jabatan Alam Sekitar, tempoh mengkaji laporan EIA dan mengeluarkan keputusan ialah tiga bulan. Jabatan Alam Sekitar menyimpan senarai pakar-pakar untuk dilantik menganggotai Panel Pengulas yang ditubuhkan. Pemilihan pakarpakar ini bergantung kepada bentuk kesan alam sekitar yang akan dikaji. Perkara-perkara lain yang penting dalam prosedur EIA adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.

Syor-syor daripada laporan EIA dikemukakan kepada pihak berkuasa meluluskan untuk projek berkaitan. Bagi laporan EIA terperinci, satu dokumen dikeluarkan oleh panel ad hoc yang mengandungi: (i) (ii) komen-komen mengenai laporan EIA terperinci, syor-syor kepada penggerak projek dan pihak berkuasa meluluskan projek termasuklah syarat-syarat kelulusan projek; dan (iii) syor-syor untuk pengawasan dan audit alam sekitar.

Pihak Berkuasa Meluluskan Projek ialah agensi kerajaan yang mempunyai kuasa membuat keputusan sama ada sesuatu projek dilaksanakan atau tidak. Agensi-agensi ini termasuklah: (i) Jawatankuasa Perancangan Pembangunan Negara (JPPN), bagi projek-projek yang dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan, (ii) Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) bagi projek-projek yang dibiayai oleh Kerajaan Negeri, (iii) Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Lembaga Kemajuan Wilayah (LKW) untuk kelulusan perancangan di dalam kawasan masing-masing, dan (iv) Kementerian Perdagangan dan Perindustrian atau MIDA, bagi projek-projek perindustrian.

KONSEP PERANCANGAN PROJEK BERSEPADU

Prosedur EIA di Malaysia direka bentuk mengikut konsep perancangan projek bersepadu yang ditunjukkan dalam Rajah 2. Ciri-ciri penting termasuklah: (i) Pada mulanya di peringkat projek dikenal pasti, dan keperluan menjalankan kajian EIA ditetapkan. (ii) Jika projek memerlukan Penilaian Awal, kajian EIA dibuat serentak dengan kajian prakemungkinan bagi cadangan projek. (iii) Jika memerlukan Penilaian Terperinci, kajian hendaklah dikendalikan di peringkat kajian kemungkinan projek. (iv) Laporan-laporan penilaian awal dan penilaian terperinci dikaji serentak dengan laporan pra-kemungkinan dan kemungkinan masing-masing sebelum keputusan akhir terhadap projek dibuat. (v) Semasa pembinaan dan operasi projek, pengawasan alam sekitar hendaklah dijalankan.
Rajah 2 Konsep Perancangan Projek Bersepadu

Masa (tidak mengikut skil)


Laporan PERANCANGAN PROJEK DARI SEGI TEKNIKAL EKONOMI & PENGECAMAN PROJEK PENILAIAN PROJEK KAJIAN PRA-KEMUNGKINAN PENILAIAN SEMULA PROJEK KAJIAN KEMUNGKINAN PENILAIAN SEMULA PROJEK Rekabentuk Pengendalian dan Penyelenggaraan PELAKSANAAN PROJEK Pembinaan Terbengkalai Laporan Laporan

PERANCANGAN PROJEK DARI SEGI ALAM SEKITAR TERPILIH UNTUK EIA Laporan PENILAIAN AWAL PENILAIAN TERPERINCI Laporan MENGULAS (PANEL) AUDIT DAN PENGAWASAN ALAM SEKITAR

Sumber: Jabatan Alam Sekitar Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar, 1994.

PEMPROSESAN LAPORAN EIA DAN KELULUSAN LAPORAN EIA STRUKTUR ORGANISASI Bermula dari 1 Januari 1994 semua laporan Penilaian Awal EIA diproses dan diluluskan oleh Pejabat Negeri Alam Sekitar kecuali bagi negeri Kedah dan Perlis. Laporan EIA bagi projek di 8

Kedah dan Perlis, dan kes-kes yang tidak tertakluk kepada mana-mana negeri seperti kes-kes dalam kawasan EEZ dan juga yang melibatkan lebih daripada satu negeri masih lagi diproses dan diluluskan oleh Ibu Pejabat Jabatan Alam Sekitar. Bagi Laporan Terperinci EIA, semua kes diproses di Ibu Pejabat.

(a)

Penilaian awal EIA

Rajah 3a menerangkan struktur organisasi prosedur memproses dan meluluskan Laporan Penilaian Awal EIA oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri. Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri mengetuai organisasi di peringkat negeri dan bertanggungjawab untuk meluluskan atau tidak laporan EIA. Mesyuarat Jawatankuasa Sehenti (One-Stop Agency) dengan jabatan/agensi lain yang berkaitan diadakan apabila perlu. Ulasan dan verifikasi juga diperolehi daripada mereka bagi kes-kes tertentu. Pengarah dibantu oleh Pegawai Kawalan dan Penolong Pegawai Kawalan yang memproses laporan EIA.
Rajah 3a Struktur Organisasi Bagi Memproses Laporan Penilaian Awal EIA dan Prosedur Kelulusan oleh Pejabat Alam Sekitar Negeri
Pengarah JAS negeri Orang Awam Pegawai Kawalan Alam Sekitar Agensi/JK Serenti

J/K Teknik EIA Pegawai Memproses

Sumber: Jabatan Alam Sekitar Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar, 1994.

Rajah 3b menunjukkan strukutur organisasi prosedur memproses dan meluluskan Laporan Penilaian Awal EIA bagi kes yang dikendalikan oleh Ibu Pejabat Jabatan Alam Sekitar. Pengarah Bahagian Pencegahan dibantu oleh Ketua Penolong Pengarah (EIA) dan Pegawai-Pegawai Kawalan (Kanan) yang mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa dalaman yang menilai laporan awal. Jawatankuasa ini mengadakan mesyuarat jawatankuasa serenti dengan jabatan/agensi lain yang berkaitan apabila perlu. Ulasan dan verifikasi juga diperolehi daripada

mereka bagi kes-kes tertentu. Ahli jawantankuasa Teknik EIA akan membuat perakuan atau syor kepada Pengarah Bahagian Pencegahan bagi membuat keputusan mengenai laporan awal.
Rajah 3b Struktur Organisasi Bagi Memproses Laporan Penilaian Awal EIA dan Prosedur Kelulusan Bagi Kes yang Dikendalikan oleh Ibu Pejabat Jabatan Alam Sekitar
Ketua Pengarah Kualiti Alam Sekeliling

Orang Awam

Pengarah Bahagian Pecahan

Agensi/JK Sehenti

Ketua Penolong Pengarah / PK Kanan Pengerusi J/K Teknik EIA

Pegawai yang Memproses

Sumber: Jabatan Alam Sekitar Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar, 1994

Rajah 3c pula menunjukkan struktur organisasi prosedur pemprosesan dan kelulusan bagi laporan EIA Terperinci. Organisasi diketuai oleh Ketua Pengarah Kualiti Alam Sekeliling yang bertanggungjawab untuk memberi kelulusan atau menolak laporan EIA. Ketua Pengarah dibantu oleh Pengarah Bahagian Pencegahan, Ketua di Seksyen Penilaian dan pegawai-pegawai yang memproses laporan EIA berkenaan. Fungsi-fungsi Pengarah, Bahagian Pencegahan termasuklah mempengerusi mesyuarat Jawatankuasa Teknik EIA. Jawatankuasa Teknik EIA adalah satu jawatankuasa dalaman yang menilai Laporan Awal.

Setelah menerima Laporan Awal EIA, pegawai yang memproses laporan akan menyediakan dokumen ulasan untuk dibentangkan di dalam Jawatankuasa Teknik EIA. Ahli Jawatankuasa Teknik EIA kemudiannya akan memberi perakuan dan mengesyorkan kepada Ketua Pengarah Kualiti Alam Sekeliling bagi membuat keputusan mengenai laporan awal. Ahli Jawatankuasa Teknik juga boleh mengesyorkan kepada Ketua Pengarah meminta penggerak projek untuk mengemukakan Laporan Terperinci EIA.

10

Pengerusi Jawatankuasa teknik EIA yang dibantu oleh Ketua Seksyen Penilaian juga berfungsi sebagai setiausaha bagi panel pengulas ad-hoc yang dibentuk khas bagi EIA Terperinci. Pengerusi bagi panel ini ialah Ketua Pengarah Kualiti Alam Sekeliling. Tugas utama panel EIA Terperinci ialah memberi ulasan secara kritikal bagi Laporan Terperinci EIA dan mengesyorkan cadangan kepada pihak berkuasa yang meluluskan projek berkenaan. Panel EIA Terperinci ini dibentuk khas untuk projek tertentu. Panel terdiri daripada pakar-pakar dalam bidang berkenaan dari berbagai organisasi seperti universiti dan organisasi bukan kerajaan. Laporan Terperinci EIA dipamerkan di pejabat-pejabat Jabatan Alam Sekitar dan di perpustakaan-perpustakaan universiti dan awam untuk diperiksa oleh orang ramai. Orang ramai dimaklumkan melalui media massa tentang di mana dan bagaimana Laporan Terperinci EIA boleh dirujuk untuk ulasan dan komen.

Seksyen EIA terdiri daripada pegawai-pegawai yang memproses Laporan EIA dan dibantu oleh Penolong Pegawai Kawalan. Pegawai-pegawai ini adalah terlatih dalam berbagai bidang termasuklah Kejuruteraan Alam Sekitar, Kejuruteraan Pertanian, Kejuruteraan Kimia, Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Mekanikal, Sains Alam Sekitar, Biologi, Kimia, Ekologi, Fizik, Ekonomi dan Sosiologi.

(b)

Klasifikasi projek perancangan projek)

mengikut masa

penghantaran

laporan

EIA

(pusingan

Untuk menyepadukan dimensi alam sekitar dalam perancangan projek atau reka bentuk proses, masa penyerahan laporan EIA kepada Jabatan Alam Sekitar adalah mustahak. Perancangan masa yang sesuai untuk penyerahan laporan EIA adalah perlu supaya pusingan perancangan projek tidak tergendala. Penggerak projek digalakkan untuk menyerahkan laporan EIA sebaik-baiknya di peringkat awal, semasa mengenal pasti projek supaya cadangan-cadangan ke atas perubahan alam sekitar atau modifikasi kepada pelan projek dapat digabungkan. Sebaliknya jika laporan EIA diserahkan pada hujung pusingan perancangan projek, ini akan mengurangkan nilai EIA, dan berkemungkinan menambah kos membaik pulih alam sekitar dan melambatkan pelaksanaan projek.

11

Rajah 3c Struktur Organisasi Bagi Memproses Laporan EIA Terperinci dan Prosedur Kelulusan Ketua Pengarah Kualiti Alam Sekeliling Orang Awam Pengarah Bahagian Pencegahan (Jabatan Alam Sekitar) Pengerusi Jawatankuasa Teknik EIA Panel/pengulas

Ketua Seksyen EIA Setiausaha Kepada Panel Ulasan EIA

Seksyen Penilaian Kejuruteraan Kejuruteraan Pertanian Kejuruteraan Kimia Kejuruteraan Alam Sekitar Kejuruteraan Elektrik Kejuruteraan Mekanikal Sains Biologi Kimia Ekologi Pengajian Alam Sekitar Ekologi / Ekonomi Ekonomi Sosiologi

Pegawai yang Memproses Laporan mengikut Kategori Projek

Sumber: Jabatan Alam Sekitar Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar, 1994 .

12

Sebagai panduan kepada penggerak projek, satu sistem klasifikasi untuk laporan EIA telah disediakan mengikut masa penghantaran seperti yang tertera di dalam Jadual 1. Pengambilan masa penghantaran laporan EIA bersesuaian dengan peringkat pusingan perancangan projek yang telah dibahagikan kepada sembilan pengkelasan. Sembilan pengkelasan disusun dari sangat cemerlang sehingga gagal. Sebagai tambahan, isu-isu alam sekitar yang berkaitan, dan keperluan untuk kelulusan projek dikenal pasti untuk peringkat-peringkat perancangan projek. Sebagai contoh, penghantaran laporan EIA di peringkat kenal pasti projek atau mencari teknologi dikelaskan sebagai kelas 1 iaitu sangat cemerlang manakala laporan yang disediakan di akhir pembinaan atau pelaksanaan projek adalah di bawah kelas 8 dan dikira sebagai lemah.

Laporan EIA yang diserahkan di peringkat awal semasa mengenal pasti projek, akan memberi peluang kepada perancang projek untuk mengesan isu-isu alam sekitar dan mencari penyelesaian masalah sebelum projek dilaksanakan. Apabila kesan buruk yang ketara kepada alam sekitar dikenal pasti, alternatif yang sesuai dengan alam sekitar perlu dicari. Usaha ini patut diulang sehinggalah satu penyelesaian yang boleh diterima diperolehi.

(c)

Perundingan

Walaupun tidak ada keperluan untuk melapor dan penggerak projek adalah tidak diwajibkan untuk berunding dengan Jabatan Alam Sekitar tentang cadangannya sebelum menyerahkan laporan EIA adalah praktikal dan berguna sekiranya berbuat demikian. Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan-jabatan lain yang berkaitan selalunya mempunyai maklumat berguna yang tertentu, data kualiti alam sekitar, maklumat masalah tempatan dan juga aspek-aspek projek yang perlu ditekankan di dalam laporan EIA. Adalah baik bagi mereka yang berkenaan sekiranya pihak berkuasa yang meluluskan projek boleh memberi nasihat dan pandangan kepada penggerak projek sebaik sahaja sesuatu projek dicadangkan untuk menyemak dan menentukan dengan Jabatan Alam Sekitar sama ada EIA diperlukan. Dengan membuat begini isu perancangan masa dan kelewatan dapat dielakkan.

13

AKTIVITI-AKTIVITI YANG TERTAKLUK KEPADA EIA

Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti yang ditetapkan) (Penilaian Kesan kepada Alam Sekeliling) 1987 yang dibuat di bawah seksyen 34A, Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 (Pindaan) 1985 menetapkan aktiviti-aktiviti yang tertakluk kepada EIA. Terdapat 19 kategori aktiviti termasuklah perkara-perkara yang berkaitan dengan: pertanian, lapangan terbang, pengairan dan saliran, tebus guna tanah, perikanan, perhutanan, perumahan, industri, infrastruktur, pelabuhan, perlombongan, petroleum, penjanaan dan pemancaran kuasa, kuari, keretapi, pengangkutan, pemajuan rekreasi dan peranginan, pengolahan dan pelupusan buangan, dan bekalan air. Aktiviti yang berkaitan dengan 19 kategori ditakrifkan mengikut saiz projek (sebagai keluasan) atau kuantum (quantum) dan terdapat juga aktiviti-aktiviti lain yang tidak ditakrifkan mengikut mana-mana unit ukuran.

Bagi membantu penggerak projek atau pihak berkuasa meluluskan projek membuat keputusan sama ada cadangan projek tertakluk kepada Akta atau sebaliknya, tiga contoh senarai semak telah disediakan seperti berikut: (i) (ii) (iii) Aktiviti ditakrif mengikut kuantum (Jadual 2a); Aktiviti ditakrif mengikut saiz projek (Jadual 2b); dan Aktiviti yang tidak ditentukan mengikut unit ukuran (Jadual 2c).

AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974, (PINDAAN 1985) SEKSYEN 34a

Akta Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 1985, Pindaan pada Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 memasukkan seksyen 34A mengehendaki sesiapa yang ingin menjalankan sebarang aktiviti yang ditetapkan hendaklah mengemukakan laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling kepada Ketua Pengarah Kualiti Alam Sekeliling untuk dipertimbangkan. Pindaan kepada akta ini telah diwartakan pada 9 Januari 1986 dan seksyen 34A berbunyi seperti berikut: (i) Menteri, selepas berunding dengan majlis boleh dengan perintah menetapkan apaapa aktiviti yang mungkin mempunyai kesan yang bererti pada alam sekeliling sebagai aktiviti yang ditetapkan.

14

(ii)

Sesiapa yang bermaksud hendak menjalankan apa-apa aktiviti yang ditetapkan hendaklah, sebelum apa-apa kelulusan bagi menjalankan aktiviti itu diberikan diberikan oleh pihak berkuasa meluluskan yang relevan, mengemukakan suatu laporan kepada Ketua Pengarah. Laporan itu hendaklah menurut garis panduan yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah den hendaklah mengandungi suatu penilaian mengenai kesan kepada alam sekeliling yang akan atau yang mungkin akan berlaku akibat aktiviti itu dan langkah-langkah yang dicadangkan akan diambil untuk mencegah, mengurangkan atau mengawal kesan-kesan yang merugikan kepada alam sekeliling.

(iii)

Jika Ketua Pengarah, apabila meneliti laporan dan selepas membuat siasatan yang difikirkannya perlu, berpendapat bahawa laporan itu memenuhi kehendakkehendak subseksyen (2) dan bahawa langkah-langkah yang akan diambil untuk mencegah, mengurangkan atau mengawal kesan-kesan yang merugikan kepada alam sekitar adalah mencukupi, ia hendaklah meluluskan laporan itu, dengan atau syarat-syarat yang dilampirkan kepadanya, dan hendaklah memberitahu sewajarnya orang yang bermaksud hendak menjalankan aktiviti yang ditetapkan itu dan pihak berkuasa meluluskan yang relevan.

(v)

Jika Ketua Pengarah, apabila meneliti laporan dan selepas membuat siasatan yang difikirkannya perlu, berpendapat bahawa laporan itu tidak memenuhi kehendakkehendak subseksyen (2) atau bahawa langkah-langkah yang akan diambil untuk mencegah, mengurangkan atau mengawal kesan-kesan yang merugikan kepada alam sekitara dalah tidak mencukupi, dia tidak boleh meluluskan laporan itu dan hendaklah memberikan sebab-sebabnya dan hendaklah memberitahu sewajarnya orang yang bermaksud menjalankan aktiviti yang ditetapkan itu dan pihak berkuasa yang meluluskan yang relevan.

Dengan syarat bahawa jika laporan itu tidak diluluskan ia tidaklah menghalang orang itu daripada menyemak dan mengemukakan semula laporan yang telah disemak itu kepada Ketua Pengarah bagi kelulusannya.

15

(i)

Ketua Pengarah boleh jika difikirkannya perlu mengehendaki lebih daripada satu laporan dikemukakan kepadanya bagi kelulusannya.

(ii)

Sesiapa yang bermaksud hendak menjalankan sesuatu aktiviti yang ditetapkan tidak boleh menjalankan aktiviti itu sehingga laporan yang dikehendaki dikemukakan di bawah seksyen ini kepada Ketua Pengarah telah dikemukakan dan diluluskan.

(iii)

Jika Ketua Pengarah meluluskan laporan itu, orang yang menjalankan aktiviti yang ditetapkan itu, dalam proses menjalankan aktiviti itu, hendaklah memberikan bukti yang cukup bahawa syarat-syarat yang dilampirkan kepada laporan itu (jika ada) sedang dipatuhi dan bahawa langkah-langkah yang dicadangkan diambil untuk mencegah, mengurangkan atau mengawal kesankesan yang merugikan kepada alam sekeliling sedang digabungkan ke dalam reka bentuk, pembinaan dan pengendalian aktiviti yang ditetapkan itu.

(iv)

Seseorang yang melanggar seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh dikenakan denda tidak lebih daripada 10 ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada dua tahun atau kedua-duanya dan denda tambahan satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari kesalahan itu diteruskan selepas disampaikan kepadanya suatu notis yang diberi oleh Ketua Pengarah mengehendakinya mematuhi tindakan yang dinyatakan di dalamnya itu.
Jadual 1 Pengkelasan Projek-Projek Mengikut Masa Penyerahan Laporan EIA (Pusingan Perancangan Projek)

PUSINGAN PERANCANGAN PROJEK Pengenalpastian projek

PENGKE LASAN PROJEK 0

ISU EIA

PUSINGAN PERANCANGAN ALAM SEKITAR Peninjauan ke atas projek- projek bercirikan alam sekitar

KELULUSAN PROJEK

Adakah bercirikan sekitar?

projek alam

Kelulusan sendiri atau Memorandum Persefahaman

Mendapatkan teknologi dan lesen

Adakah teknologi termaju dan bersih?

Penilaian terhadap teknologi yang bercirikan alam sekitar

Urusan perniagaan, pemindahan teknologi dan persetujuan lesen Persetujuan Jabatan Alam Sekitar

PraKemungkinan/ Keputusan Tapak

Adakah cadangan tapak projek paling kurang sensitif

Kajian garis dasar dan penyerahan laporan penilaian awal

16

kepada alam sekitar? Kemungkinan / Reka bentuk Projek 3 Adakah reka bentuk projek menggabung semua kawalan pencemaran yang perlu dan lain-lain langkah kawalan alam sekitar? Analisis lanjutan kos faedah dan penyerahan laporan EIA yang lengkap atau terperinci Laporan EIA yang diluluskan oleh Ketua Pengarah Kualiti Alam Sekeliling, sebelum kelulusan tukar syarat tanah atau pertukaran hak milik, kurniaan atau sewaan oleh Kerajaan Negeri, dan pemberian lesen oleh Agensi Kerajaan berkaitan Kelulusan belanjawan

Kontrak

Adakah spesifikasi alam sekitar dan perlindungan yang mencukupi dimasukkan dalam kontrak dokumen dan perjanjian? Adakah reka bentuk memenuhi semua spesifikasi?

Reka Terperinci

bentuk

Penyerahan pelan-pelan mengenai kawalan pencemaran dan lain-lain langkah-langkah tebatan alam sekitar

Kebenaran Bertulis oleh Ketua Pengarah Kualiti Alam Sekeliling

Panggilan Tender

Adakah peruntukan belanjawan yang mencukupi disediakan untuk kawalan alam sekitar dan langkah-langkah tebatan lain diambil kira dalam penyiapan dan pemberian tender? Adakah pembangunan projek dan pembinaan diselia dengan rapi? Pengawasan Sekitar

Pembangunan Pembinaan

dan

Alam

Kelulusan dari pejabat tanah, sumber-sumber, keselamatana,kesihat an, alam sekitar dan pihak berkuasa tempatan Kelulusan oleh pihak berkuasa tempatan mengenai keselamatan, kesihatan, alam sekitar

Pelaksanaan

Adakah projek menepati semua piawaian dan syarat yang ditetapkan?

Penerusan pengawasan dan pengauditan projek

17

Operasi dan penyelenggaraan

Adakah projek mematuhi sepenuhnya standardstandard yang ditetapkan sepanjang masa? Adakah terdapat kesan tertinggal alam sekitar yang ketara?

Pengawasan punca dan ambien alam sekitar

Projek Terbengkalai/ Tamat Usia Projek

Penerusan pengawasan alam sekitar

Kelulusan dari Pihak Berkuasa Kerajaan Pusat, Negeri dan Alam Sekitar yang berkaitan

Petunjuk:

1 Sangat Cemerlang 2 Cemerlang 3 Kepujian Tinggi 4 Kepujian 5 Kepujian Biasa 6 Kepujian Rendah 7 Lulus 8 Lemah 9 Gagal Sumber: Jabatan Alam Sekitar Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar, 1994.

Jadual 2a Ringkasan Aktiviti Tertakluk kepada Penilaian Kesan kepada Alam Sekeliling (Aktiviti ditakrif mengikut Kuantum) Kuantum 60000 5000 4500 Unit Tong Tan metrik Meter padu/ hari Tan metrik/ hari Keluarga Tan metrik/ hari Tan metrik/ hari Tan metrik/ hari Tan metrik/ hari Tan metrik/ hari Tan metrik/ hari Tan metrik/ hari Megawatts Aktiviti Pembinaan depot keluaran bagi penstoran petrol, gas dan diesel Tempat membina kapal Pemajuan air dalam tanah bagi bekalan air perindustrian, pertanian atau kawasan Bandar Industri besi dan besi waja menggunakan besi sekerap Program-program pertanian yang memerlukan penempatan semula Industri kimia Industri kapur menggunakan relau putar Industri besi dan besi waja menggunakan bijih besi Industri bukan besi selain daripada Aluminium dan Kuprum Industri pengeluaran kapur menggunakan relau tegak Industri kertas dan pulpa

200 100 100 100 100 50 50 50 30 10

Industri simen Pembinaan stesen janakuasa stim yang menggunakan bahan api fosil Sumber: Jabatan Alam Sekitar Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar, 1994.

18

Jadual 2b Ringkasan Aktiviti tertakluk kepada Penilaian Kesan kepada Alam Sekeliling (Aktiviti ditakrif mengikut saiz projek) Aktiviti Skim pengairan Skim-skim kemajuan tanah untuk menjadikan tanah hutan tanah pengeluaran pertanian 500 Hektar Pembangunan estet pertanian yang melibatkan perubahan jenis-jenis kegunaan pertanian 500 Hektar Pembalakan 400 Hektar Skim-skim ampangan dan kuasa hidroelektrik 250 Hektar Perlombongan bahan galian di kawasan-kawasan baru 200 Hektar Pembinaan ampangan-ampangan dan tasik-tasik buatan manusia dan pembesaran bukan semula jadi tasik-tasik 200 Hektar Pembinaan ampangan-ampangan dan kolam takungan air 100 Keluarga Program pertanian yang memerlukan penempatan semula 100 Hektar Saliran kawasan paya, kawasan hidupan liar atau hutan dara 80 Bilik Pembinaan kemudahan-kemudahan tempat peranginan atau hotel-hotel di kawasan pantai 50 Hektar Penebus gunaan kawasan pantai 50 Hektar Projek-projek akuakultur berasaskan penggunaan tanah beserta dengan pembersihan hutan paya laut 50 Hektar Pengubahan penggunaan tanah hutan bukit kepada kegunaan tanah lain 50 Hektar Pengubahan penggunaan kawasan hutan paya laut bagi kegunaan perindustrian, perumahan atau pertanian 50 Hektar Pemajuan perumahan 50 Hektar Pembangunan estet perindustrian bagi industriindustri sederhana dan berat 50 Hektar Pengorekan pasir 50 Hektar Pemajuan tempat peranginan atau hotel di kawasan bukit 50 Kilometer Pembinaan talian paip 50 Hektar Skim-skim ampangan dan kuasa hidroelektrikdengan ampangan-ampangan yang ketinggiannya melebihi 15 meter 40 Kilometer Pembinaan lapangan terbang Sumber: Jabatan Alam Sekitar Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar, 1994. Saiz Projek 5000 500 Unit Hektar Hektar

19

Jadual 2c Aktiviti Tertakluk kepada Penilaian Kesan kepada Alam Sekeliling (aktiviti tidak ditentukan mengikut unit ukuran) Aktiviti yang ditetapkan L. TERBANG PERIKANAN Aktiviti Pembinaan landasan kapal terbang di dalam taman-taman negeri dan negara Pembinaan labuhan-labuhan perdaratan ikan Peluasan labuhan yang melibatkan pertambahan sebanyak 50% atau lebih dalam keupayaan pendaratan ikan setahun Pembalakan atau pengubahan penggunaan tanah hutan kepada kegunaan tanah lain di dalam kawasan tadahan kolam-kolam takungan air yang digunakan bagi bekalan air perbandaran, pengairan atau penjanaan kuasa hidro atau di dalam kawasan bersempadan dengan taman-taman negeri dan taman-taman laut negara. Pembersihan kawasan hutan paya laut di pulau-pulau bersebelahan dengan tamantaman laut negara Petrokimia semua saiz Pembinaan hospital dengan alur keluar dalam kawasan permukaan pantai yang digunakan bagi tujuan rekreasi Pembinaan lebuh raya bandar Pembinaan lebuh raya nasional Pembinaan bandar-bandar baru Pembinaan pelabuhan-pelabuhan Peluasan pelabuhan yang melibatkan 50% atau lebih dalam pengendalian setahun Pemprosesan bijih, termasuk pemekatan aluminium, kuprum, emas dan tantalum Pemajuan medan minyak dan gas Pembinaan kemudahan-kemudahan bagi pengasingan pemprosesan, pengendalian dan penstoran minyak dan gas Pembinaan kilang- kilang penapis minyak Pembinaan stesen-stesen janakuasa kitar padu Pembinaan stesen janakuasa yang menggunakan bahan api nuclear Cadangan pengkuarian agregat, batu kapur, silika, kuarzit, batu pasir, marmar dan bangunan untuk hiasan yang termasuk dalam lingkungan 3 kilometer dari kawasan kediaman, perniagaan atau perindustrian yang sedia wujud atau mana-mana kawasan yang berkenaan dengannya telah ada diberi lessen, permit, atau kelulusan bagi pemajuan kediaman, perniagaan, atau perindustrian. Pembinaan laluan-laluan baru Pembinaan landasan-landasan cabang Pembinaan projek- projek Pengangkutan Laju Masa Pemajuan kemudahan pelancongan atau rekreasi dalam kawasan taman-taman negara Pemajuan kemudahan-kemudahan pelancongan atau rekreasi di pulau-pulau dalam perairan sekeliling yang telah diwartakan sebagai taman-taman laut negara Pembinaan loji penunuan Pembinaan loji pulih guna (luar tapak) Pembinaan loji pengolahan air buangan (luar tapak) Pembinaan kemudahan penimbusan tanah selamat Pembinaan kemudahan penstoran (luar tapak) Pembinaan penunu Pembinaan loji kompos Pembinaan loji pulih guna/guna semula Pembinaan kemudahan-kemudahan penimbusan tanah buangan pepejal Pembinaan loji pengolahan air buangan Pembinaan alur- keluar laut

PERHUTANAN

INDUSTRI INFRASTRUKTUR

PELABUHAN PERLOMBONGAN PETROLEUM

PENJANAAN DAN PEMANCARAN KUASA KUARI

KERETAPI PENGANGKUTAN PEMAJUAN REKREASI DAN PERANGINAN PENGOLAHAN DAN PELUPUSAN BUANGAN (Buangan toksik dan berbahaya) (Buangan Pepejal Perbandaran)

(Kemudahan Perbandaran)

20

Anda mungkin juga menyukai