Anda di halaman 1dari 14

PJM3114 Pendidikan Jasmani Suaian

Tajuk 8

STRATEGI, KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN

Sinopsis Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi strategi, kaedah dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani Suaian. Modul ini juga dibekalkan dengan soalan latihan dan senarai bahan rujukan.

Hasil Pembelajaran

Setelah selesai membaca modul ini, diharap anda dapat: 1. menginterpretasi bahan kurikulum dengan strategi, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran. 2. menjelaskan perbandingan antara strategi, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran. 3. merancang pengajaran dan pembelajaran dengan mengaplikasikan strategi, kaedah dan teknik

Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

Pengajaran dan Pembelajaran

Strategi

Kaedah

Teknik

67

PJM3114 Pendidikan Jasmani Suaian

KANDUNGAN

Strategi, Kaedah dan Teknik yang Bersesuaian Dalam Pendidikan Jasmani Suaian Strategi, kaedah dan teknik pengajaran adalah perkara yang perlu dititik beratkan sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran. Pemilihan strategi, kaedah dan teknik yang tepat akan membantu guru untuk mencapai objektif pembelajaran. Terdapat pelbagai jenis strategi, kaedah dan teknik dalam penyampaian isi pembelajaran. 8.0 PENGENALAN Pendidikan Jasmani Suaian telah dipraktiskan dalam sesi persekolahan biasa sejak permulaan pemerintahan kerajaan yang diperakui oleh Kongres pada tahun 1975 yang memberi peluang kepada murid sebagai laluan untuk menerima pendidikan umum. The Education for All Handicapped Children Act merupakan sebuah organisasi pendidikan untuk kanak-kanak atau individu khas. Tetapi dikenali sekarang sebagai Disember 2004. Untuk lebih 30 tahun, guru atau tenaga pengajar Pendidikan Jasmani Suaian bertanggungjawab sebagai pendidik yang kritikal dalam membantu pembinaan dan perkembangan murid-murid kurang upaya. Guru Pendidikan Jasmani Suaian perlu menyesuaikan sistem pengajaran dan pembelajaran untuk individu yang mengalami kecacatan atau kurang upaya dalam sebuah sekolah yang mempunyai murid-murid yang normal. Kecacatan atau ketidak upayaan mereka terdiri daripada pelbagai jenis. Individu terbabit mungkin mempunyai masalah yang melibatkan kecacatan fizikal, mental ataupun masalah kesihatan. Antara masalah atau kecacatan yang dialami oleh mereka ialah autisme, buta, pekak, bisu, gangguan emosi, keterencatan akal, pelbagai masalah ketidaksempurnaan fizikal (kudung, tidak sempurna sifat anggota badan), masalah 68 organisasi tersebut lebih Individuals with Disabilities Education Act (IDEA) sejak

PJM3114 Pendidikan Jasmani Suaian

sistem saraf, masalah pertumbuhan otot, ketidaksempurnaan postur badan dan lainlain. 8.1 STRATEGI, KAEDAH DAN TEKNIK YANG BERSESUAIAN DALAM

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN Strategi, kaedah dan teknik pengajaran adalah perkara yang perlu dititik beratkan sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran. Pemilihan strategi, kaedah dan teknik yang tepat akan membantu guru untuk mencapai objektif pembelajaran. Terdapat pelbagai jenis strategi, kaedah dan teknik dalam penyampaian isi pembelajaran.

kaedah z y x

strategi teknik

Rajah 1

8.1.1 Strategi Strategi merangkumi kesemua aspek termasuklah teknik, kaedah dan pendekatan. Strategi adalah suatu bentuk operasi yang digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dan juga merupakan aktiviti pengurusan yang telah dirancang untuk mencapai hasil pembelajaran yang telah ditetapkan guru. Strategi juga dianggap sebagai kebijaksanaan memilih sesuatu pendekatan dan kecekapan dalam merancang teknik dan kaedah. Terdapat tiga jenis strategi dalam penyampaian pengajaran dan pembelajaran iaitu :

69

PJM3114 Pendidikan Jasmani Suaian

8.1.1.1

Strategi Berpusatkan Guru Strategi pemusatan guru memperlihatkan guru sebagai individu

yang memainkan peranan utama dalam menguasai dan mengawal segala bentuk aktiviti yang dijalankan. Sesi pengajaran dan pembelajaran berbentuk kuliah iaitu guru banyak memberi penerangan dan murid hanya mendengar setiap penerangan dengan teliti. Ciri- ciri strategi pemusatan guru ialah : Guru sebagai penyampai maklumat dan murid berperanan Kepimpinan guru bersifat autokratik. Murid tidak berpeluang menyampaikan pendapat mereka. Guru banyak bertindak mengawal dan memberi arahan Komunikasi antara murid dan guru adalah sehala Strategi pengajaran dan pembelajaran lebih mengutamakan Penyebaran ilmu pengetahuan lebih diutamakan daripada Pembelajaran murid banyak berbentuk mengingat dan Interaksi antara murid adalah pasif dan pergaulan sosial Kebolehan dan minat murid tidak diambil berat Murid menjadi kurang kreatif dan tidak diberi peluang untuk

sebagai penonton sahaja.

pencapaian objektif pengajaran guru penyuburan nilai murni atau perkembangan emosi menghafaz tetapi kurang upaya untuk membuat interprestasi murid terbatas.

menjana idea 8.1.1.2 Strategi Berpusatkan Murid

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, lebih banyak masa diperuntukkan kepada pembelajaran dalam strategi ini. Antara ciri bagi strategi pemusatan murid ialah :

70

PJM3114 Pendidikan Jasmani Suaian

Guru

merupakan

pemimpin

yang

membimbing

murid

menjalankan aktiviti pembelajaran Komunikasi yang berlangsung adalah komunikasi dua hala Kepimpinan adalah berbentuk demokratik di mana murid Strategi pengajaran dan pembelajaran mengutamakan

digalakkan untuk memberikan pendapat objektif pencapaian murid di mana perkembangan yang seimbang sepertimana yang dinyatakan dalam aspek JERIS dapat dihasilkan Ujian penilaian berbentuk formatif digunakan untuk mengkaji kelemahan murid dan memastikan ujian kemahiran yang guru lakukan berjaya atau tidak pelajar 8.1.1.3 Murid bersikap lebih kreatif dan inisiatif. Sebagai panduan kepada guru untuk merancang pengajaran Mengutamakan kaedah kumpulan dan penglibatan penuh dan pembelajaran yang lebih baik pada masa akan datang

Strategi Berpusatkan Bahan ini menggunakan bahan sebagai medium utama untuk

Strategi

penyampaian isi pengajaran dan pembelajaran. Bahan-bahan tersebut terbahagi kepada dua iaitu bahan pengajaran yang disediakan oleh guru (powerpoint, carta, gambar rajah) dan bahan pembelajaran yang digunakan oleh murid ( buku teks, lembaran kerja, peralatan sukan, radas dan sebagainya). Ciri-ciri bahan yang digunakan adalah seperti berikut : Guru dan murid menggunakan bahan sepenuhnya untuk Melibatkan interaksi antara murid dengan bahan Murid dan guru perlu cekpa menggunakan bahan secara Strategi ini menekankan keseruhan aspek iaitu aspek fizikal,

mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran

maksimum untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. kognitif dan afektif 71

PJM3114 Pendidikan Jasmani Suaian

Pengajaran guru bertumpu kepada pengajaran bermakna Sifat-sifat sosial yang positif dapat dipupuk melalui kaedah Strategi ini mementingkan pengajaran dan pembelajaran

dan berkesan kumpulan yang bermakna melalui pengalaman sebenar. 8.1.2 Kaedah Kaedah ialah satu prosedur yang membolehkan pelaksanaan pengajaran dijalankan secara teratur, kemas dan sistematik serta suatu bentuk langkah pengajaran yang tersusun rapi. Kesemuanya adalah bertujuan untuk mencapai objektif pembelajaran yang telah dirancang. Guru perlu menyusun langkah pengajaran secara teratur, mempunyai kesinambungan dan perlu melakukannya mengikut peraturan agar objektif pembelajaran yang spesifik dapat diperolehi dalam jangka masa yang pendek. Contoh-contoh kaedah yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah : Kaedah inkuiri penemuan Kaedah Induktif Kaedah Deduktif Kaedah Penyiasatan Kaedah Penyelesaian Masalah Kaedah Kumpulan Kaedah Sumbangsaran Kaedah Demonstrasi Kaedah Lawatan Kaedah Belajar Cara Belajar dan lain-lain

8.1.3 Teknik 72

PJM3114 Pendidikan Jasmani Suaian

Teknik merupakan muslihat yang digunakan guru untuk menyampaikan bahan dan isi pengajaran kepada murid secara optimum. Teknik merupakan unitunit kecil yang terkandung dalam kaedah. Teknik juga adalah suatu kemahiran yang digunakan guru untuk pengelolaan dan perlaksanaan kaedah pengajaran serta cara guru untuk menjalankan pelbagai langkah dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu membahagikan masa dengan betul untuk menjalankan setiap teknik yang dipilh. Contoh-contoh teknik yang digunakan oleh guru dalam sesi pengajaran dan pembelajaran ialah : Teknik Syarahan Teknik Kuiz Teknik Bercerita Teknik Main Peranan Teknik Simulasi Teknik Sosio-drama Teknik Permainan Teknik Ajuk Hafaz Teknik Soal Jawab dan lain-lain Jasmani Suaian, guru atau tenaga pengajar perlu

Pendidikan

menggabungkan ketiga-tiga strategi iatu pemusatan guru, pemusatan murid dan pemusatan bahan. Guru perlu membahagikan slot pengajaran dengan cuba menggunakan ketiga-tiga strategi dalm sesi pengajaran dan pembelajaran. Guru tidak boleh hanya memberi arahan dan bercakap sepanjang waktu kerana golongan kurang upaya ini tidak boleh menerima arahan terlalu banyak dan secara berterusan. Prosedur penggunaan strategi pengajaran dapat dilihat melalui rajah di bawah:

STRATEGI
Guru menyampaikan isi pengajaran

KAEDAH DAN TEKNIK 73

PJM3114 Pendidikan Jasmani Suaian

(berpusatkan guru)

penerangan / demonstrasi

(berpusatkan guru + berpusatkan murid )

Guru memberi arahan kepada murid untuk membentuk kumpulan

kumpulan / simulasi

(berpusatkan murid)

Murid melakukan aktiviti ikut arahan yang diberikan

penyelesaian masalah / latih tubi / permainan

(berpusatkan murid + berpusatkan bahan)

Murid menggunakan bahan yang disediakan guru

permainan / latih tubi

(berpusatkan guru + berpusatkan murid )

Berbincang dan rumusan

perbincangan / penyoalan

Jadual di bawah menunjukkan hasil kajian Ahli Pengkaji Barat tentang strategi, kaedah dan teknik yang sesuai digunakan untuk kanak-kanak kurang upaya.

Strategi / Kaedah / Teknik Mengeraskan Diri (Freez Up): Berhenti bercakap Mata memandang guru

Penyumbang / Pencipta Wayne Herninko Norwood School Bethesda, MD

Maklum Balas -

74

PJM3114 Pendidikan Jasmani Suaian

Mulut tutup Mata dan telinga dibuka Bergerak dalam Keadaan Terkawal ( Move Under Control ) : Tidak berlari di luar kawasan Tidak berlari dan menganggu rakan lain Ambil Peralatan (Get Equipments) : Ambil peralatan yang disediakan seorang demi seorang (tidak berebut) Ambil Secara Sopan (tunjukkan demonstrasi) Ambil Secara Berhati-hati Memberi isyarat, respon (Reminder for Any Cue) : Soal Murid : Apakah yang awak cari?

Memberi pujian: Tahniah, awak boleh lakukannya! Membantu murid yang tidak mampu melakukan aktiviti Mengingatkan murid tentang tugasan dan kemahiran yang dipelajari

75

PJM3114 Pendidikan Jasmani Suaian

1) Pakai pakaian dan kasut yang bersesuaian 2) Hormat diri sendiri dan diri orang lain 3) Bergerak secara berhati-hati 4) Gunakan peralatan dengan cermat 1) Cuba bersungguhsungguh

Larry Satchwell

Steve Arnold

Westridge 2) Bersikap baik antara Elementary satu sama lain Lake Oswego, OR 1) Dengar dan lakukan 2) Tidak menganggu rakan lain 3) Berhatu-hati 4) Berhenti apabila wisel dibunyikan 5) Menghormati antara satu sama lain R.E.S.P.E.C.T. R - Right To Learn ( belajar dengan betul) E Effort (kesungguhan) S - Safety (keselamatan) P Purpose (perlaksanaan) E Enthusiasm (minat dan rasa ingin tahu) C Challenge (cabaran) T - Trust/Team Building Nancy Gordon Rob Matthews Pleasant Valley School Peoria, IL

Selama 23 tahun mengajar Pendidikan Jasmani Suaian, beliau mendapati kelas dapat dikawal melalui dua perkara utama ini

Beliau menyatakan yang idea dan strategi ini diambil daripada buku yang bertajuk A Book Purchased At A Convention. Beliau menyukai cara ini kerana ianya ringkas dan bersesuaian..

Cara ini adalah yang terbaik dan mudah untuk diingati dan diaplikasi

76

PJM3114 Pendidikan Jasmani Suaian

(kepercayaan / semangat berkumpulan) A - Act Safely (bertindak mengikut keselamatan) B - Be Prepared And Be Positive (bersedia dan bersikap positif) Kent Kuelper Spring Hill Elementary School Selama 18 tahun beliau menggunakan cara ini, Kaedah A,B,C,D merupakan yang terbaik dan menjadikan beliau seorang guru yang bagus

Anchorage C Cooperate (kerjasama) School District D - Do Your Best (lakukan yang terbaik) Have Fun - Work Hard Learn Anchorage, Alaska

1) Jadi pendengar yang baik 2) Mengikut segala arahan 3) Layan orang lain dengan rasa hormat 4) Gunakan peralatan dengan betul 5) Sering melakukan yang terbaik 6) melakukan aktiviti dengan penuh keseronokan

Mark Searles Momet Elementary School Plattsburgh, NY

Beliau menerangkan setiap peraturan dengan teliti kepada murid. Contohnya : Pendengar yang baik bermaksud mulut diam, mata dan telinga buka, tangan diam, angkat tangan jika hendak bercakap

Tetapi, perlu diingatkan, setiap murid mempunyai kecacatan dan masalah yang berbeza. Guru boleh menentukan arahan mengikut keseuaian tahap kecacatan dan ketidak upayaan murid dengan memberi arahan secara individu. Kaedah 5 C yang boleh digunakan guru ialah : 1. Clarity (kejelasan) Guru perlu memberi arahan kepada murid dengan jelas agar mereka bertindak mengikut arahan dan tidak tersalah anggap dengan setiap arahan yang diberi. Murid-murid kurang upaya agak sukar untuk

77

PJM3114 Pendidikan Jasmani Suaian

memahami arahan. Maka, guru perlu menyatakan arahan berulang kali agar mereka belajar untuk menerima dan memahami arahan.Contonya guru perlu memberi arahan tentang peraturan menjaga tingkah laku dengan baik.

2. Consequences ( sebab dan akibat) Guru perlu bersedia dengan sebarang jangkaan tingkah laku murid. Guru perlu menetapkan tindakan yang perlu dilakukan terhadap murid. Contohnya, terdapat murid yang tidak boleh mengikut arahan yang diberi oleh guru atau tidak mampu melakukan aktiviti yang dijalankan maka guru perlu membimbing dan membantu murid tersebut.

3. Consistency (konsistensi) Murid yang mampu mengawal tingkah laku dengan baik, mendengar arahan, dan bersikap secara terkawal di dalam kelas boleh dijadikan contoh dan diberi pengharagaan. Guru perlu membuatkan mereka rasa dihargai atas kesungguhan yang mereka tunjukkan. 4. Caring (ambil berat) murid istimewa sememangnya memerlukan perhatian yang lebih dari orang lain. Maka, guru perlu bersabar dan cuba memberikan perhatian kepada mereka keran mereka memerlukan kawalan keselatan yang tinggi untuk mengelakkan sebarang kecederaan 5. Change (mengubah) walaupun guru telah merancang kaedah yang digemari, guru perlu bersikap kreatif dengan mengubah dan mempelbagaikan kaedah, strategi dan teknik pengajaran agar muri-murid tidak mudah berasa jemu.

78

PJM3114 Pendidikan Jasmani Suaian

TUGASAN TERARAH

Bagi meningkatkan pengetahuan, anda disaran agar mendapatkan dan mengumpulkan maklumat tambahan dari bahan bacaan dan bahan multimedia yang berkaitan strategi, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran di samping rakaman proses pengajaran Pendidikan Jasmani Suaian di sekolah.

LAMAN WEB http://en.wikipedia.org/wiki/Adapted http://www.apens.org/whatisape.html http://www.sharingsuccess.org/code/eptw/pdf_profiles/adaptivephysical.pdf http://www.specialchildren.about.com/od/specialeducation/g/APE.htm http://www.pecentral.org/adapted/adaptedsites.html

PORTFOLIO Dokumen atau tugasan perlu disimpan dalam portfolio dan diserahkan kepada pensyarah dalam bentuk soft dan hard copy.

RUJUKAN

Arthur S. Daniels & Evelyn A.Davies (2002). Adapted Physical Education (5th ed.). San Francisco, CA: Harper and Row Publishers. Gallahue, D.L. & Donnelly, F.C. (2003). Developmental Physical Education For All Children (4th ed.). Champaign, IL: Human Kinetics. Kelly, L.E.& Melograno, V.J. (2004). Developing The Phisical Education Curriculum: An Aqchievement-based Approach. Champaign, IL: Human Kinetics. Mosston, M. & Ashworth, S. (2002). Teaching physical education (5th ed.). San Francisco, CA: Benjamin Cummings.

79

PJM3114 Pendidikan Jasmani Suaian

80