Anda di halaman 1dari 11

PENGENALAN:

Mesin ringkas adalah peralatan mekanikal, yang memudahkan kita mengangkat atau menggerakkan beban, dengan mengubah arah pergerajkan atau meningkatkan nilai atau jarak daya yang dikenakan pada beban. Dalam ayat yang lebih mudah, mesin ringkas adalah alat yang membuatkan kerja kita menjadi senang, Mesin ringkas menggunakan satu daya yang dikenakan untuk melakukan kerja ke atas satu beban. Beberapa mesin ringkas apabila digabungkan bersama untuk membentuk mesin kompleks, akan mengurangkan daya yang diperlukan untuk melakukan kerja ke atas beban, seperti mengangkat atau menarik beban. Mesin ringkas boleh dikelaskan kepada beberapa kategori iaitu tuas,takal,roda dan gandar ,satah condong, baji, skru dan skru. Mesin kompleks pula ialah dua atau lebih mesin ringkas yang berfungsi bersama membentuk mesin bergabung atau mesin kompleks. Antara kelebihan melakukan kerja dengan bantuan mesin ialah kehidupan harian menjadi lebih mudah dan membantu melaksana kerja dengan lebih senang . Selain itu, mesin ringkas juga membantu menyelesaikan kerja lebih cepat dan dapat menjimatkan masa. Contoh contoh mesin kompleks ialah # Basikal (bicycle) # Kereta sorong (wheelbarrow) # Gunting (scissors) # Pemukul telur (egg beater) # Pengasah pensil (pencil sharpener) # Joran pancing (fishing rod) # Kren (Crane) # Jam mekanikal (Mechanical watch) # Penebuk lubang tangan(Hand drill)

PCK 1

KERJA DAN MESIN Untuk membina mesin ringkas dan kompleks. Bagaimana membina mesin ringkas dan mesin kompleks Satah condong, beban, takal dan bongkah kayu.

Hasil pembelajaran : Masalah Radas dan bahan : :

Aktiviti 1 : Membina mesin ringkas dan mesin kompleks (satah condong)

Pengenalpastian masalah: Bagaimanakah jarak satah condong mempengaruhi daya yang digunakan untuk menolak beban melalui satah condong? Hipotesis : Semakin bertambah panjang satah condong, semakin berkurang daya yang diperlukan untuk menolak beban.

Prosedur :

1. Dua satah condong didirikan seperti rajah di bawah:

Beban yang sama telah ditolak ke atas kedua-dua satah condong. Yang manakah lebih mudah?

Apabila panjang satah condong itu digandakan, anda telah meningkatkan kelebihan mekanikal.

Keputusan Aktiviti 1:

Panjang satah condong 0.5m 1m

Tahap kesukaran menolak beban Lebih sukar Lebih mudah

Berdasarkan eksperimen 1, satah condong yang lebih panjang menggunakan daya yang lebih kurang untuk menolak beban berbanding menggunakan satah yang mempunyai jarak yang pendek. Hal ini kerana satah condong yang panjang memberikan kelebihan mekanikal yang tinggi berbanding satah yang pendek. Oleh itu, kurang daya diperlukan unuk menolak beban pada satah condong yang panjang.

Kesimpulan: Semakin bertambah panjang satah condong, semakin berkurang daya yang diperlukan untuk menolak beban. Hipotesis diterima.

Aktiviti 2 : Membina mesin ringkas dan mesin kompleks (takal)

Pengenalpastian masalah: Bagaimanakah bilangan takal yang digunakan dalam satu set mempengaruhi daya yang digunakan untuk mengangkat beban? Hipotesis :

Semakin banyak bilangan takal yang digunakan dalam satu set, semakin sedikit daya yang digunakan untuk mengangkat beban.

Prosedur :

1. 4 set takal dibina dengan beban yang sama diletakkan seperti rajah di bawah.

Keputusan Aktiviti 2 :

1 (Paling Mudah) D

2 (Mudah) C

3 (Sukar) B

4 (Paling Sukar) A

Paling sedikit daya Kurang daya yang banyak daya yang digunakan digunakan digunakan

Sangat

banyak

daya digunakan

Set takal yang manakah yang memerlukan sedikit daya untuk mengangkat beban tersebut? Terangkan.

Bagi eksperimen 2 pula, takal D merupakan takal yang paling mudah untuk mengangkat beban berbanding takal A,B dan C. Hal ini kerana takal D menggunakan dua takal iaitu takal bergabung yang menyebabkan daya yang diperlukan untuk mengangkat beban adalah lebih kecil berbanding takal A dan B yang menggunakan 1 takal sahaja. Set takal D lebih mudah untuk mengangkat beban berbanding set takal C walaupun kedua-duanya mempunyai dua takal kerana daya dan sesaran yang bertindak pada takal D adalah berserenjang antara satu sama lain. Oleh itu, kerja sifar diselesaikan oleh daya. W = 0. Oleh itu, susunan takal yang paling mudah ialah D>C>B>A.

Kesimpulan : Semakin banyak bilangan takal yang digunakan dalam satu set, semakin sedikit daya yang digunakan untuk mengangkat beban. Hipotesis diterima.

AKTIVITI 3

Situasi: Pada satu petang, Ali hendak mengambil air di perigi dengan menggunakan timba. Dia menghadapi masalah hendak mengangkat timba tersebut kerana tangan kanannya sakit. Kemudian Ali memikirkan cara untuk mengangkat timba tersebut dengan mudah tanpa menggunakan banyak tenaga.

Pengenalpastian masalah: Bagaimanakah bilangan takal yang digunakan dalam satu set mempengaruhi daya yang digunakan untuk mengangkat beban? Hipotesis: Semakin banyak bilangan takal yang digunakan dalam satu set, semakin sedikit daya yang digunakan untuk mengangkat beban. Bahan: Sebuah baldi , takal, penyangkut baju, tali, dua buah kerusi, sebatang penyapu Prosedur 1) Dua set takal yang digunakan untuk mengangkat beban telah dibina. Baldi akan menjadi beban di dalam eksperimen ini. 2) Sediakan radas dan bahan seperti rajah berikut.

Rajah 1

Rajah 2 3) Pemerhatian direkodkan. Keputusan yang diperolehi dimasukkan ke dalam jadual. KEPUTUSAN : Set takal 1 Pemerhatian Beban bergerak ke atas, daya bergerak ke bawah Arah gerakan daya berubah Jarak pergerakan beban adalah sama dengan jarak pergerakan daya 2 Terdiri daripada takal tetap dan takal bergerak Arah gerakan daya berubah Jarak daya bergerak lebih jauh berbanding beban Paling kurang daya Daya untuk mengangkat beban Lebih banyak daya

Perbincangan Menerusi aktiviti yang dilakukan, didapati bahawa bilangan takal yang digunakan dalam satu set mempengaruhi daya yang digunakan untuk mengangkat beban. Semakin banyak bilangan takal yang digunakan dalam satu set, semakin sedikit daya yang digunakan untuk mengangkat beban.

Penyelesaian masalah Melalui eksperimen ini,satu mesin ringkas dibentuk menggunakan sistem takal yang menggabungkan takal dan tali. Berdasarkan situasi yang dikemukakan, Ali boleh

menaikkan timba dengan mudah sekiranya Ali menambahkan bilangan takal dalam system takal tersebut. Sistem takal ini lebih dikenali sebagai takal bergabung. Takal bergabung memudahkan kerja yang dilakukan kerana daya yang diperlukan untuk mengangkat beban adalah kurang daripada separuh berat beban.

Penambahbaikan mesin ringkas Untuk menambahkan keberkesanan mesin ringkas, kita perlulah : a) Menambahkan bilangan takal b) Menambahkan panjang tali

Kesimpulan Semakin banyak bilangan takal yang digunakan dalam satu set, semakin sedikit daya yang digunakan untuk mengangkat beban. Hipotesis diterima

PERBINCANGAN:

1. Apakah yang telah dipelajari daripada aktiviti ini? Melalui aktiviti ini, saya mempelajari bahawa: a) Mesin ringkas adalah peralatan mekanikal yang memudahkan kita

mengangkat atau menggerakkan beban, dengan mengubah arah pergerakan atau meningkatkan nilai atau jarak daya yang dikenakan pada beban b) Satah condong ialah mesin ringkas yang mempunyai permukaan rata yang lebih tinggi pada satu bahagian. Satah condong membantu kita menaikkan dan menurunkan sesuatu objek serta memudahkan kita untuk mengalihkan objek dari tempat yang rendah ke tempat yang lebih tinggi. c) Satah condong tidak mempunyai bahagian yang bergerak. Ia mengurangkan daya yang diperlukan untuk menggerakkan objek dari satu ketinggian ke ketinggian yang lain. Ia menjauhkan jarak yang dilalui oleh sesuatu objek. d) Takal ialah mesin ringkas yang terdiri daripada roda yang mempunyai alur, mengelilingi bulatannya di antara bibir roda tersebut. e) Takal mengubah arah daya, membuatkan ia lebih mudah untuk mengangkat objek ke paras yang lebih tinggi. f) Takal membantu kita mengangkat beban yang berat dan boleh memudahkan kerja yang dilakukan. Dalam kegunaan harian, sistem takal membantu untuk mengangkat sesuatu beban ke tempat yang lebih tinggi.

2. Bahagian mana dalam sains kurikulum yang mengajar topik ini? a) KBSR Darjah 6 ( Menyiasat Dunia Teknologi) Mesin ringkas.

3. Bincangkan bagaimana kita boleh menggunakan aktiviti ini dalam pengajaran dan pembelajaran? b) Saya akan menggunakan bahan maujud atau bahan konkrit pada fasa orientasi. Sebagai contoh, mesin ringkas akan ditunjukkan kepada murid dan seterusnya guru akan memberikan penerangan tentang mesin ringkas tersebut. c) Tayangan video boleh ditunjukkan kepada murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh, tayangan video tentang penggunaan takal dan satah condong dipertontonkan di dalam kelas. d) Kaedah simulasi dan demonstrasi boleh digunakan agar murid-murid lebih memahami dengan lebih mendalam. Sebagai contoh, guru membuat demonstrasi tentang penggunaan tuas. e) Kaedah perbincangan dilakukan di dalam kelas untuk membolehkan murid-murid berkongsi dan mengembangkan idea masing-masing.

4. Apakah peranan guru dalam aktiviti ini? a) Sebagai pembimbing, fasilitator dan pemehati.

KESIMPULAN:

Hipotesis diterima.

1. Semakin bertambah panjang satah condong, semakin berkurang daya yang diperlukan untuk menolak beban.

2. Semakin bertambah bilangan takal yang digunakan, semakin bilangan daya yang diperlukan untuk mengangkat beban.

berkurang