Anda di halaman 1dari 2

DISEDIAKAN OLEH : SITI NOOR FARHANIS BINTI IDRIS Syukur ke hadrat Illahi kerana akhirnya saya dan rakan

setugas saya dapat menyiapkan tugasan yang diberikan tepat pada waktunya. Seribu langkah bermula dengan langkah pertama. Langkah pertama yang kami ambil setelah mendapat tugasan ini ialah mendapat penerangan secara terperinci daripada pensayarah pembimbing iaitu Dr Murad bin Salleh. Seterusnya kami membahagikan tugas seadil-adilnya bagi menyiapkan tugasan yang diberi. Pelbagai rintangan yang terpaksa kami lalui terutamanya dalam menguruskan waktu kami supaya dapat menyiapkan tugasan pada waktu yang ditetapkan. Hal ini ekoran daripada kami terpaksa melibatkan diri dalam sambutan kemerdekaan di Stadium Bukit Jalil selama dua minggu. Setelah pulang daripada aktiviti tersebut, kami pulang ke kampung masing-masing untuk berhari raya. Masa yang ada untuk kami sanagt singkat dan padat. Justeru, kami membahagikan tugas secara adil dan saksama. Kami terpaksa bekerja keras dan lebih berbanding kumpulan lain kerana salah seorang daripada ahli kumpulan kami ditimpa musibah. Namun begitu kami cuba untuk melakukan segala kerja dengan sebaik mungkin dan seiring dengan kumpulan lain walau pun terpaksa mengerah keringat lebih. Bak kata pepatah berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, besenang-senang kemudian. Saya memperoleh pelbagai ilmu dalam menyiapkan tugasan ini, terutamanya mengenai perihal ucapan. Saya banyak bekerja dalam menyiapkan paparan dalam bentuk power point, manakala rakan setugas bertindak menyiapkan tugasan dalam bentuk microsoft word. Oleh sebab itu saya terpaksa bersabar dalam menyiapkan tugasan ini dengan penuh ketelitian ekoran terpaksa memilih maklumat yang benarbenar penting untuk dimuatkan ke dalam paparan. Secara tidak langsung, saya dapat membina kesabaran dalam diri, sejajar dengan agama Islam yang menyeru umatnya bersabar kerana sabar itu adalah sebahagian daripada iman. Sepanjang menyiapkan tugasan, saya menyedari bahawa hubungan saya dan rakan setugas menjadi lebih akrab ekoran selalu meluangkan masa bersama bagi

menyiapkan tugasan. Pepatah Islam ada menyatakan erat silaturahim, ukhuwah terjalin. Malahan saya juga dapat berkongsi ilmu dengannya dengan berkongsi pendapat dan idea mengenai tugasan dan tentang isu semasa semasa rehat setelah penat bertungkus-lumus menyiapkan kerja masing-masing. Selain itu, saya juga memahami bahawa sikap bertolak ansur sangat penting sesama ahli kumpulan agar segala pekerjaan menjadi mudah dan lancar. Saya menyedari hal ini apabila kami mampu menyiapkan tugasan tepat pada waktu dengan sesempurna yang mungkin walaupun hanya berdua tanpa rakan kami yang sakit. Pada awalnya memang tidak dapat dinafikan bahawa kami merasakan sangat berat untuk menyiapkan tugasan, namun segalanya menjadi senang apabila pembahagian tugas dilakukan tanpa sebarang keluhan daripada mana-mana pihak. Saya turut menyedari bahawa ekoran daripada sikap bertolak ansur antara kami menimbulkan rasa hormat antara kami. Hal ini lebih jelas apabila masing-masing mampu menyiapkan tugasan yang telah dibahagikan pada awal mendapat tugasan. Kami sememangnya saling melengkapi ekoran daripada masing-masing mempunyai kelebihan dan kelemahan yang tersendiri. Maka dapatlah saya simpulkan bahawa banyak ilmu yang saya peroleh sepanjang menyipakan tugasan ini, sama ada secara langsung mahupun secara tidak langsung. Saya sangat berharap agar segala ilmu yang diperoleh ini mampu membimbing saya untuk menjadi seorang guru yang berdedikasi, berilmu pengetahuan, dan mampu membina jati diri pelajarnya agar manjadi seorang insan yang berguna bukan sahaja di dunia, malah juga di akhirat kelak.