Anda di halaman 1dari 4

Pada 28 Seprtember 2010, satu Pesta Sains telah diadakan di S.K. IPG KDRI.

Pesta sains ini adalah selaras dengan tugasan kerja kursus berasaskan ilmu kami. Tujuan pesta sains ini adalah untuk menilai kesan pengajaran secara discrepant events dalam menarik perhatian pelajar. Bagi menjalankan aktiviti ini, guru pelatih telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Sebelum pesta sains ini dijalankan, kami telah membuat kajian bagi memahami konsep sebenar discrepant events. Kami juga membuat pemilihan bagi aktiviti pesta sains yang bersesuaian dengan discrepant events. Pada hari pesta berkenaan, guru pelatih telah membina beberapa buah booth di dewan terbuka S.K IPG KDRI. Setiap kumpulan mendapat satu booth dan mereka dibenarkan menggunakan booth mereka untuk menjalankan aktiviti discrepant events. Antara kelebihan aktiviti ini adalah guru pelatih dapat menilai kelebihan dan kelemahan amali discrepant events yang dipilih. Guru pelatih juga dapat merasai pengalaman melaksanakan kativiti discrepant events dalam situasi sebenar. Ini sekaligus melatih guru pelatih untuk bersdia bagi menghadapi suasana alam

pendidikan yang sebenar. Selain daripada itu, para guru pelatih dan pelajar juga dapat melibatkan diri dalam aktiviti secara aktif. Amali discrepant events yang dijalankan juga adalah menarik dan berjaya menarik minat pelajar. Seperti juga aktiviti-aktiviti lain, terdapat beberapa kelemahan yang telah kami kenalpasti dalam aktiviti Pesta Sains ini. Salah satu daripadanya adalah kawalam]n murid. Kami mendapati bahawa para pelajar amat aktif dan teruja melakukan aktiviti. Namun begitu, ia menjadi masalah apabila pelajar mula bertindak di luar kawalan. Ini menjadikan keadaan agak sukar dikawal sehinggakan kami terpaksa bertegas dengan pelajar. Kami mementingkan kawalan pelajar kerana kami menggunakan pelbagai radas dan peralatan sains yang berbahaya seperti penunu, kelalang kaca dan sebagainya. Selain dari itu, kami agak ditekan dari segi masa kerana S.K. IPG KDRI mengadakan jamuan hari raya untuk pelajarnya. Kami perlu menjalankan aktiviti dengan cepat supaya pelajar dapat menghadiri jamuan raya itu.

Beberapa cadangan telah diutarakan bagi mengatasi masalah ini. Antaranya adalah mewujudkan beberapa peraturan di setiap booth. Ini bagi memastikan para pelajar tidak melakukan sebarang tindakan yang boleh mengakibatkan kemalangan. Jika ada peluang untuk menjalankan aktiviti dan kajian seperti ini lagi, kami memohon agar waktu dipanjangkan sedikit agar kami dapat menjalankan aktiviti tersebut dengan tenang tanpa perasaan bimbang akan masa yang tidak mencukupi. Sebagai penutup, secara keseluruhannya, aktiviti ini telah memberi kesan yang positif kepada pelajar S.K. IPG KDRI. Aktiviti ini telah memberikan kami suntikan semangat dan lebih bermotivasi untuk menghadapi alam pendidikan akan datang serta lebih yakin untuk berdepan dengan murid-murid serta masalah-masalah yang dihadapi. Oleh yang demikian, aktiviti ini sepatutnya boleh dijalankan dengan lebih kerap supaya dapat membina jati diri guru yang lebih kukuh serta berkualiti.

Disediakan oleh,

______________________ (WAHIDAH ABD MANAN) SETIAUSAHA, PISMP SAINS/PJ/BI AMBILAN JANUARI 2010