Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
(N + O)
(M + O)
HAKCIPTA
E-buku ini diterbitkan, dijual dan disebarkan menerusi laman web www.mytarikhlahir.com sahaja. Sekiranya anda berjumpa banner di beberapa website lain, mereka hanyalah ejen-ejen pemasaran ebuku ini. Tidak dibenarkan mengeluar ulang atau menyalin mana - mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan e-buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa jua cara sekalipun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat keizinan bertulis daripada pihak pemilik iaitu Rozzani Baharuddin dan Ricobistari Sdn Bhd. E-buku ini terlindung dengan Hak Cipta Terpelihara daripada pihak penulis dan penerbit dibawah Akta Hak Cipta 1987 dan mana-mana undang-undang Harta Intelek yang berkaitan di negara Malaysia. Dengan kata lain, semua Hakcipta dan Trademark adalah hak pemilik.
2
Hak Cipta Terpelihara @ 2009 www.mytarikhlahir.com
PENAFIAN
E-buku ini dihasilkan untuk membantu dan menyalurkan maklumat berdasarkan pandangan, pengetahuan dan pengalaman penulis didalam mengaplikasikan kaedah metafizik atau lebih dikenali sebagai Rahsia Tarikh Lahir. E-buku ini diniagakan dengan memahami penulis dan penerbit tidak terlibat dengan khidmat profesional yang terkandung di dalam e-buku ini. Pengguna perlu mendapatkan khidmat nasihat daripada ahli professional sekiranya perlu. E-Buku ini adalah hasil dari bacaan dan rujukan penulis melalui pelbagai buku, bahan-bahan dari seminar yang dihadiri, carian Internet dan pengalaman yang telah dilalui sendiri oleh penulis. Sekiranya terdapat sebarang persamaan dalam teks dan perkataan dengan sebarang buku, e-buku atau workshop orang lain, ianya adalah secara kebetulan dengan hasrat untuk membuatkan pembaca lebih faham akan apa yang ingin diketengahkan. Tidak boleh dianggap sebagai meniru atau plagiat. Tanggungjawab hak cipta tidak ada kena mengena dengan maklumat yang terkandung di dalam e-buku ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Pihak penerbit dan penulis tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kesilapan ataupun maklumat yang tidak lengkap walaupun langkah berjaga - jaga telah diambil. Pihak penerbit dan penulis juga tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang maklumat yang disalahgunakan, risiko kerugian, kehilangan liabiliti sama ada secara langsung atau tidak langsung sepanjang penggunaan dan aplikasi isi kandungan e-buku ini. Tiada jaminan bahawa setiap pengguna akan mendapat manafaat sepenuhnya menerusi isi kandungan yang diberikan ini kerana ia bergantung kepada usaha, usaha, usaha dan usaha yang dilaksanakan oleh setiap individu.
3
Hak Cipta Terpelihara @ 2009 www.mytarikhlahir.com
PENDAHULUAN
Assalamualaikum wbt dan salam hormat dari saya. Terimakasih di atas pembelian e-buku yang istimewa ini. Tahniah kerana telah mengambil langkah pertama untuk memajukan diri anda ke arah mencapai satu kehidupan yang penuh dengan kejayaan dan kekayaan. Manafaatkan lah dengan sepenuhnya ebuku ini dalam merencanakan kehidupan kita semua. Insyaallah, dengan pertolongan Allah swt kita akan Berjaya di dunia dan akhirat. Pernahkah anda berfikir dan menyoal diri anda dengan soalan-soalan berikut: Saya ingin mengenali dan memahami diri dan keluarga, tetapi macam mana? Apakah kekuatan dan kelemahan saya yang sebenarnya ? Saya mahu jadi KAYA, tetapi bagaimana ? Adakah saya sudah ditakdirkan miskin dan susah ? Macam mana nak tahu perniagaan yang sesuai dengan saya ? Anda sudah lakukan macam-macam cara, tetapi hasilnya ZERO? Bagi pelajar, apakah kursus yang sesuai dengan peribadi saya ? Bagi ibubapa yang pening kepala dengan perangai anak-anak pula selalu tertanya apahal perangai anak ini sebegini dan sebegitu ? Ahhh! Bosanlah asyik-asyik jadi begini ? Apahal pulak boss selalu aje memuji minah atau mamat tu ? Takde orang lain ke ? Jangan risau. Jangan sedih. Jangan kecewa. Hidup kena diteruskan. Perjuangan masih belum selesai. Ebuku ini adalah turutan dari Laporan Asas Tarikh Kelahiran yang boleh didapati secara percuma di http://www.misteritarikhlahir.com Jika anda belum memilikinya, sila muat turunkan ebuku tersebut. Memang pada satu tahap dalam kehidupan, kita tidak puas dengan apa yang kita ada. Bukan bermakna kita tidak bersyukur atas apa yang kita miliki. Tetapi, kita ingin mendapatkan yang terbaik untuk kehidupan kita, samada ingin kaya, menambahkan kekayaan, kerjaya yang baik, Berjaya dalam pelajaran ataupun mempunyai kesihatan yang terbaik. 4
Hak Cipta Terpelihara @ 2009 www.mytarikhlahir.com
Misteri Tarikh Kelahiran Kini Terbongkar Kalau dulu saya berbelanja beribu-ribu ringgit untuk mengetahui rahsia diri, anda tak perlu begitu. Anda tidak perlu berbelanja sebanyak itu. Anda juga tak perlu menghadiri workshop yang sematasemata akan menghabiskan wang ratusan atau ribuan ringgit. Semuanya mengenai diri anda ada di e-buku ini. Anda mungkin tidak bersetuju dengan analisa-analisa karektor yang akan diberikan nanti. Anda mungkin kata tak adalah, tak betullah, dan lain-lain lagi. Itu semua terpulanglah pada anda. Anda tidak dipaksa untuk percaya. Tetapi, secara averagenya, ketepatan huraian yang diberikan adalah antara 85% ke 95%. Ada yang kata 98%. Usah malu nak memulakan sesuatu, walaupun sudah berumur. Kaedah yang digunakan ini patut diketahui oleh semua orang, tak kira umur, agama, bangsa, kaya, miskin, susah, senang, yang bekerja ataupun yang masih belajar. Jom. Kita mulakan. Sekian. Terimakasih. Dari Meja : Rozzani Baharuddin aka Abanglong Admin www.mytarikhlahir.com www.kodjutawan.com
5
Hak Cipta Terpelihara @ 2009 www.mytarikhlahir.com
PERINGATAN
Kaedah yang digunakan dalam ebuku ini adalah hasil dari kajian yang dilakukan sejak beribu-ribu tahun dahulu. Kaedah ini mengenal pasti corak sesuatu kejadian yang berlaku dan watak seseorang. Bukan hanya kajian keatas beratus manusia, tetapi berbilion manusia. Kaedah ini dinamakan metafizik. Kaedah yang digunakan ini adalah satu panduan untuk memahami karektor, sifat positif, negatif dan potensi setiap individu bagi membuat strategi dan perancangan peningkatan diri sendiri, keluarga dan rakan taulan. Ianya telah dipermudahkan untuk kita gunakan dalam kehidupan seharian atau karier atau perniagaan kita. Bukan menilik nasib yang HARAM di sisi Islam, tetapi memahami apakah yang terkandung di dalam ketetapan hidup supaya boleh merangka strategi dan tindakan untuk aktiviti pembetulan, pencegahan, penambahbaikian dan peningkatan kehidupan kita. Bukan meramal nasib yang juga HARAM, tetapi membantu manusia merangka satu jadual perjalanan hidup yang lebih berkesan, demi mencapai kepuasan dalam kehidupan di dunia dan akhirat. Saya telah bertanya kepada ahli agama, mereka menyatakan kalau ingin mengetahui dan mengaplikasikan apa yang diketahui, ia dibenarkan. Tetapi, jangan terlaku taksub dan menyandarkan 100 % harapan padanya, tanpa membuat sesuatu. Itu dah masuk dalam kategori haram. Usaha mesti ada, sesuai dengan firman Allah swt, bermaksud lebih kurang, Allah tidak akan mengubah keadaan seseorang itu, jika dia tidak berusaha mengubah keadaan diri sendiri
6
Hak Cipta Terpelihara @ 2009 www.mytarikhlahir.com
TEORI PYTHAGORAS
Apa Itu Numerologi? Ianya adalah satu kajian yang berkaitan dengan nombor dan simbol. Pada asasnya ianya adalah satu kajian tentang misteri yang tersembunyi di sebalik nombor yang boleh memberi maklumat tentang peribadi seseorang, tempat dan sesuatu perkara. Ianya digunakan untuk menentukan sifat seseorang, kekuatan dan kelebihan dan cabaran yang mesti dilalui. Ianya juga berkaitan dengan keperluan dalaman seseorang, reaksi emosi dan cara seseorang itu berinteraksi dengan orang lain. Kajian yang melibatkan Numerologi telah bermula kira-kira 10,000 tahun yang lampau dan ianya diamalkan di zaman Egypt dan Babylon. Di zaman Cina purba, melalui kajian buku I Ching terdapat satu penemuan berkaitan dengan corak nombor dalam setiap tahap Qi. Corak nombor ini boleh menggabungkan keharmonian alam. Teori dan formula kemudiannya dikenalpasti dan di kira. Ini telah menjadi asas kepada cara menilai dan memahami persekitaran. Kira-kira 2600 tahun dahulu di Greece, Pythagoras iaitu Bapa Matematik menulis yang nombor meletakkan satu had kepada sesuatu, ianya berkaitan dengan alam sekeliling dan semua konsep boleh diluahkan melalui nombor. Beliau menerangkan tentang kualiti dan hubungan setiap 9 nombor. Beliau adalah bapa kepada Numerologi Moden.
Bagaimana Numerologi Berfungsi Kesemua yang terdapat di alam semesta bergerak mengikut frekuensi masingmasing. Sekiranya kita dapat tahu tahap pergerakan dan kelajuan setiap objek di alam semesta,kita boleh mengetahui kualiti dan tenaga yang terdapat didalamnya. Dengan mempraktikkan prinsip Numerologi danmenggunakan tarikh kelahiran sebagai data asas, kita boleh menentukan tahap frekuensi bagi setiap orang. Analisis Numerologi tentang pengiraan frekuensi memberi maklumat tentang sifat dan kelakuan seseorang.
7
Hak Cipta Terpelihara @ 2009 www.mytarikhlahir.com
Pengiraan Mengikut pengiraan asas matematik yang digunakan dalam Numerologi, kesemua nombor dijumlahkan untuk mendapatkan satu angka. Contoh: 1. 16 ialah 1 + 6 = 7 2. 1977 ialah 1 + 9 + 7 + 7 = 24 dan 2 + 4 = 6 latihan dan pengiraan Numerologi melibatkan penjumlahan nombor kepada satu angka. Kita menggunakan cara Numerologi Greek / Barat TETAPI analisis simboliknya tidak digunakan.
8
Hak Cipta Terpelihara @ 2009 www.mytarikhlahir.com
Dengan tarikh lahir, bulan dan tahun seseorang itu dilahirkan dan dengan penggunaan metodologi pengenalan diri serta menjumlahkan kesemua nombor kepada satu angka (Kaedah Pengiraan Greek) seseorang boleh memperolehi kesemua nombor yang terdapat di dalam gambarajah seperti di bawah. Ini saya panggil piramid nombor. Tarikh Lahir : 13 April 1943
4 8 6
1 8 7
= 3
3 6
9 6
9
Hak Cipta Terpelihara @ 2009 www.mytarikhlahir.com
Elemen
Nombor
Bentuk
Warna
Logam
1, 6
Air
2, 7
Api
3, 8
Kayu
4, 9
Hijau
Tanah
10
Hak Cipta Terpelihara @ 2009 www.mytarikhlahir.com
ELEMEN SOKONGAN
Secara semulajadi, Kayu dibakar untuk menghasilkan Api. Apabila Api telah padam, maka ia akan menghasilkan abu. Setelah abu terkumpul maka ia akan menjadi Tanah. Semakin masa berlalu, tekanan di dalam bumi akan menghasilkan bijih. Dengan terhasilnya bijih, maka kita akan mendapat Logam. Apabila Logam dileburkan maka ia akan cair seperti Air. Apabila kita menyiram Air ke tanaman, maka pokok akan tumbuh. Pokok adalah Kayu. Sebagai contoh; Jika anda individu yang mempunyai elemen Logam, maka Tanah adalah sokongan terbaik untuk anda.
11
Hak Cipta Terpelihara @ 2009 www.mytarikhlahir.com
ELEMEN KAWALAN
Logam mengawal Kayu. Logam boleh dijadikan kapak. Kapak digunakan untuk membelah dan membentuk Kayu. Kayu mengawal Tanah. Pokok tumbuh daripada Tanah. Akar pokok tertanam jauh di dalam Tanah. Ini bermakna Kayu mengawal Tanah. Tanah mengawal Air. Tanah mengelakkan banjir dengan menyekat aliran Air. Air mengawal Api. Air dapat memadamkan Api.Api mengawal Logam. Api melebur dan membentukkan Logam kepada peralatan daripada Logam. Sebagai contoh; jika anda individu yang mempunyai elemen Logam, maka anda boleh mengawal individu yang mempunyai elemen Kayu. Jadi bagaimana jika kita ingin memilih pasangan hidup? Memilih pekerja? Ya! Pilihlah elemen yang boleh kita kawal. AWAS! Jangan terpilih Queen Control ataupun King Control
12
Hak Cipta Terpelihara @ 2009 www.mytarikhlahir.com
MARI MENGIRA
Tarikh A B Bulan C D Tahun E F G H
(N + O)
(M + O)
Nota: O adalah Kod Asas Anda R adalah Kod Jutawan Anda, iaitu adakah banyak wang, banyak harta ataupun banyak bersedekah.
13
Hak Cipta Terpelihara @ 2009 www.mytarikhlahir.com
Jom kita mulakan mengira. Kita ambil contoh tarikh lahir bersamaan 20 Mei 1965: 0 0 5 1 9 6 5
2 7 3
1 3 1
3 4
4 8
5 =
3 Kod Asas : 1
Contoh lain: 0 8 8
8 April 1988 0 4 4 1 1 9 7 8 8
3 9
8 2 9 5 6 6 = 6
7 1
Kod Asas
15
Hak Cipta Terpelihara @ 2009 www.mytarikhlahir.com
16
Hak Cipta Terpelihara @ 2009 www.mytarikhlahir.com
Golongan terkenal yang mempunyai nombor 3: Anwar Ibrahim (bekas TPM) , Wayne Rooney (bintang bolasepak Manchester United), Christiano Ronaldo (bintang bolasepak Manchester United), Robinho (bintang bolasepak Brazil dan Manchester City), Alan Alda (selebriti Hollywood), Bill Cosby (selebriti Hollywood)
17
Hak Cipta Terpelihara @ 2009 www.mytarikhlahir.com
18
Hak Cipta Terpelihara @ 2009 www.mytarikhlahir.com
19
Hak Cipta Terpelihara @ 2009 www.mytarikhlahir.com
20
Hak Cipta Terpelihara @ 2009 www.mytarikhlahir.com
21
Hak Cipta Terpelihara @ 2009 www.mytarikhlahir.com
22
Hak Cipta Terpelihara @ 2009 www.mytarikhlahir.com
23
Hak Cipta Terpelihara @ 2009 www.mytarikhlahir.com
2 dan 7
Air
3 dan 8
Api
4 dan 9
Kayu
Tanah
24
Hak Cipta Terpelihara @ 2009 www.mytarikhlahir.com
Misteri Tarikh Kelahiran Kini Terbongkar Elemen Logam Perniagaan PALING SESUAI Pendidikan, Perubatan, Perkayuan, Pertanian, Percetakan, Kertas, Tekstil, Fabrik, Hospital, Farmasi, Muzik, Penulisan, Penerbitan, Pelukis, Buku, Grafik & Rekaan, Seni & Kebudayaan, Fesyen, Perabut, Perpustakaan, Pertukangan, Perhutanan, Kilang Papan Perniagaan TIDAK SESUAI Masakan, Makanan, Restoran, Kantin, Media, Majalah,Hiburan, Telekomunikasi, Penerbangan, Penjenamaan, Perhubungan Awam, Pengiklanan, Kosmetik dan Kecantikan, Loji Penjana Kuasa, Bahan Api, Elektronik, Lampu dan Laser, Fesyen, Gedung Serbaneka, Hiasan Dalaman, Pereka, Penulis, Ahli Psikologi, Komputer, Industri Minyak dan Gas, Kargo Hartanah, Arkitek, Pembinaan, Kontraktor, Perundingan,Ceramik dan Tembikar, Perlombongan, Politik, Kuari, Barangan Antik, Broker Saham dan Sekuriti, Perakaunan, Pekebun, Peladang
Air
Api
Masakan, Makanan, Restoran, Kantin, Media, Majalah,Hiburan, Telekomunikasi, Penerbangan, Penjenamaan, Perhubungan Awam, Pengiklanan, Kosmetik dan Kecantikan, Loji Penjana Kuasa, Bahan Api, Elektronik, Lampu dan Laser, Fesyen, Gedung Serbaneka, Hiasan Dalaman, Pereka, Penulis, Ahli Psikologi, Komputer, Industri Minyak dan Gas, Kargo Institusi Kewangan, Perbankan, Teknologi Maklumat, Industri Teknologi Tinggi, Perkakasan Elektrik, Peguam, Perundangan, Keselamatan, Askar, Polis, Otomotif, Kejuruteraan, Pengangkutan, Peralatan Jentera, Barang Kemas
Perkhidmatan Pelanggan, Air dan Minuman, Komunikasi, Ahli Falsafah, Wartawan, Diplomat, Perdagangan, Jurujual, Gerai dan Kafe, Barangan Pengguna, Logistik, Perhotelan, Agensi Pelancungan, Jualan, Perkapalan, Makanan Laut, Agensi 25
Misteri Tarikh Kelahiran Kini Terbongkar Insuran, Pengurup Wang, Internet Masakan, Makanan, Restoran, Kantin, Media, Majalah,Hiburan, Telekomunikasi, Penerbangan, Penjenamaan, Perhubungan Awam, Pengiklanan, Kosmetik dan Kecantikan, Loji Penjana Kuasa, Bahan Api, Elektronik, Lampu dan Laser, Fesyen, Gedung Serbaneka, Hiasan Dalaman, Pereka, Penulis, Ahli Psikologi, Komputer, Industri Minyak dan Gas, Kargo Pendidikan, Perubatan, Perkayuan, Pertanian, Percetakan, Kertas, Tekstil, Fabrik, Hospital, Farmasi, Muzik, Penulisan, Penerbitan, Pelukis, Buku, Grafik & Rekaan, Seni & Kebudayaan, Fesyen, Perabut, Perpustakaan, Pertukangan, Perhutanan, Kilang Papan
Kayu
Hartanah, Arkitek, Pembinaan, Kontraktor, Perundingan,Ceramik dan Tembikar, Perlombongan, Politik, Kuari, Barangan Antik, Broker Saham dan Sekuriti, Perakaunan, Pekebun, Peladang
Tanah
Perkhidmatan Pelanggan, Air dan Minuman, Komunikasi, Ahli Falsafah, Wartawan, Diplomat, Perdagangan, Jurujual, Gerai dan Kafe, Barangan Pengguna, Logistik, Perhotelan, Agensi Pelancungan, Jualan, Perkapalan, Makanan Laut, Agensi Insuran, Pengurup Wang, Internet
26
Hak Cipta Terpelihara @ 2009 www.mytarikhlahir.com
Berdikari, menarik pengkhianat, membuat sesuatu dengan tidak tekun. Berlaku perpisahan sementara dalam keluarga. Boleh menjadi orang tengah. Bagus dalam perhubungan awam. Suka bercakap, menarik pengkhianat tanpa disedari. Cakap terus terang, seorang yang lurus. Bagus dalam percakapan dan memang seorang salesman. Seorang penyanyi yang bagus sekiranya ingin berbuat demikian. Baran berapi, sangat tidak penyabar. Individu yang selalu sibuk. Seorang yang agresif, bergerak pantas. Perancang yang baik, teratur tetapi kekurang dari segi perlaksanaan. Kekurangan sesuatu pada peringkat akhir perancangan. Merancang sendirian. Tidak boleh tinggalkan perancangan kepada orang lain. Perlu rancang sendiri. Percaya kepada prinsip diri sendiri. Banyak mengembara. Biasanya disebabkan oleh tugas. Kerja sendirian untuk mencapai kejayaan dan kekayaan, mampu menarik penyokong. Moden dan rupa yang bergaya. Perlu mencari wang sendiri dan tidak bergantung kepada orang lain. Boleh memimpin dan menarik penyokong, berakhir dengan tekanan. Mengembara ke luar negara. Berkahwin dengan pasangan yang lebih muda atau pasangan yang sangat tua. Mencari kawan sendiri. Sibuk ke sana sini, banyak tekanan. Tidak boleh duduk diam. Lebih banyak memberi berbanding menerima. Mempunyai pemikiran sentiasa bekerja dan berkerjaya Terlibat dengan perniagaan atau kerjaya yang memerlukan seseorang individu bekerja bersendirian. Kejayaan bergantung kepada diri sendiri.
12
13
14
15
16
17
18
19
27
Hak Cipta Terpelihara @ 2009 www.mytarikhlahir.com
Kombinasi Nombor 21
Huraian Mengarah, melukakan perasaan orang lain tanpa disedari. Bercakap dengan penuh kuasa.
22 Hati lembut dan peramah. Tidak boleh menyimpan rahsia. Sekiranya individu ini seorang lelaki, dia bersifat seperti perempuan. Sekiranya individu ini seorang perempuan, sangat berterus terang tetapi bukan bercakap sebarangan. Sentiasa mengambil dan tidak memberi. Baran berapi, melukakan perasaan orang lain tanpa disedari. Mudah dihasut. Seorang individu yang bercakap dengan bijaksana, penyampai yang fantastik. Komunikasi yang baik. Sangat baik dalam penyampaian perniagaan. Bercakap dengan penuh yakin, mudah menarik perhatian orang lain, seorang yang bercakap dengan berprinsip. Ucapannya menarik halangan. Seorang yang punya cara tersendiri untuk berjaya, boleh menarik kekayaan. Suka bercakap mengenai wang. Seorang yang mempunyai karisma untuk menarik penyokong. Sangat berkarisma. Jika lelaki, mudah menarik perhatian perempuan. Sekiranya perempuan, menarik perhatian lelaki, dan berkemungkinan menjadi perempuan simpanan, jika tidak berhati-hati Seorang individu yang sentiasa sibuk dan banyak cakap, sesuai untuk jualan. Seorang yang suka bercakap mengenai perniagaan.
23
24
25
26
27
28 29
28
Hak Cipta Terpelihara @ 2009 www.mytarikhlahir.com
Kombinasi Nombor 31 32
Huraian Emosional, menarik pengkhianat, melalui kitaran tanpa matlamat. Seorang yang perlu didesak banyak kali sebelum sesuatu perkara boleh diselesaikan. Ucapan yang berapi hingga menimbulkan kebencian, cakap cepat, seorang yang bercakap tanpa memikirkan kesan akibat. Sangat emosional, sangat agresif dan tidak penyabar. Wang datang dan pergi dengan cepat. Semulajadi kejiwaan (spiritual). Sikap yang lucu. Bercakap dengan diri sendiri. Tidak mengendalikan sesuatu perkara. Perancang yang cepat, boleh menarik perhatian penyokong. Berfikir denga pantas, tindakan yang pantas terhadap situasi. Boleh memberi tindakbalas yang cepat. Emosional, sukar diramal, perasaan dan mood sentiasa bertukar, senang marah. Seorang yang mempunyai mata untuk pelaburan yang mudah membawa kejayaan. Terburu-buru dengan duit. Seorang yang menyebabkan penyokong pergi. Agresif terhadap penyokong. Sangat emosional, sentiasa sibuk. Permulaan yang sukar dalam kehidupan. Jarang berada di rumah atau pejabat. Sibuk mencari peluang perniagaan tetapi kena berhati-hati supaya tidak berakhir dengan sia-sia.
33
34
35 36 37
38
39
29
Hak Cipta Terpelihara @ 2009 www.mytarikhlahir.com
Kombinasi Nombor 41
Huraian
Perancangan sentiasa diganggu pengkhianat. Merancang sesuatu kerja yang perlu diselesaikan, secara bersendirian. Idea kerap dicuri. Setiap perancangan kebiasaanya tidak akan diberitahu kepada orang lain. Perancang dan penyampai yang baik, akan membawa kejayaan dikemudian hari. Wang datang daripada penyampaian perniagaan. Perancang yang cepat dan mempu menyiapkan kerja dalam jangka masa yang singkat. Banyak yang memberi pertolongan kepada beliau. Seorang yang sentiasa merancang tetapi tidak membawa ke manamana. Sangat pintar. Hanya membuat sesuatu perkara apabila memberi faedah terhadapnya. Seorang yang manja. Perancang yang percaya dengan prinsipnya sendiri, membawa kejayaan. Kebiasaannya melakukan sesuatu perkara dengan motif. Sentiasa merancang untuk keuntungan tetapi kerap sangat, perlu bekerja sendirian untuk mencapai matlamat. Perancang yang baik di mana boleh menarik penyokong. Sentiasa merancang untuk orang lain tetapi berakhir dengan banyak perbalahan yang remehtemeh. Perancang yang sibuk, sentiasa berada dalam tekanan. Kebiasaannya perancangan tidak menjadi, jika tidak berhati-hati Seorang yang strategik dan sentiasa merancang untuk kejayaan.
42
43
44
45 46 47
48 49
30
Hak Cipta Terpelihara @ 2009 www.mytarikhlahir.com
Kombinasi Nombor 51 52
Huraian Seorang lelaki yang berprinsip, sangat pentingkan diri sendiri. Sentiasa mengembara (atas urusan kerja). Semulajadi degil, bercakap dengan prinsip yang kuat. Berdepan dengan halangan apabila dia hendak mula berkatakata mengenai sesuatu perkara. Emosi dan tidak penyabar. Dihasut dengan cepat disebabkan sesuatu halangan. Rancang dengan berprinsip tetapi akan membawa kejayaan. Merancang untuk berjaya tanpa memikirkan kesan akibat. Sangat degil dan emosional, yang boleh membawa kemusnahan sendiri. Pentingkan diri sendiri, kolot, tiada idea. Mengambil kesempatan. Seorang pemberi maklumat. Kebiasaannya seorang yang jahat. Percaya prinsip sendiri dalam memperolehi wang. Sangat berhatihati mengenai kewangan; kedekut. Mempunyai peluang untuk berurusan dengan pegawai tinggi kerajaan, individu kaya. Individu ini boleh memberi halangan kepada penyokongnya. Individu yang emosional yang sentiasa sibuk setiap masa. Individu yang kreatif. Halangan dalam perniagaan. Pemikiran yang kolot.
53 54
55
56
57 58 59
31
Hak Cipta Terpelihara @ 2009 www.mytarikhlahir.com
Kombinasi Nombor 61
Huraian Membelanjakan wang untuk menghiburkan rakan-rakan. Juga selalu belanja wang untuk diri sendiri. Individu ini juga menyimpan semua wang untuk dirinya. Wang diperolehi melalui cara jualan (bercakap) atau berorientasikakn perkhidmatan. Seorang yang tidak berpegang pada kata-kata. Individu ini merupakan seorang yang suka bercakap mengenai wang. Suka berbelanja besar, melabur dengan terburu-buru tetapi bagaimananpun membawa kejayaan. Suka melabur. Wang dibelanjakan dengan perancangan yang berhatihati. Wang akan dibelanjakan atau dilaburkan dalam pendidikan. Kedekut, tetapi wang dibelanjakan dengan bijaksana. Juga, mudah ditipu, jika tidak berhati-hati. Bakhil. Wang diperolehi tetapi dengan cara roller coaster (atas dan bawah); susah untuk menyimpan wang tunai. Cakap besar, mudah marah, tiada siapa yang boleh menjadi lebih baik daripadanya. Suka menjadi lain daripada yang lain. Berfikiran mengenai wang. Anda akan membelanjakan wang untuk menghiburkan orang berpengaruh. Individu ini mempunyai kecenderungan untuk membantu rakan / penyokongnya dari segi kewangan. Pelaburan yang tiada pulangan, sibuk ke sana sini untuk kehidupan. Tidak boleh menyimpan wang. Wang diperolehi dalam jangka masa yang panjang. Kebiasaannya, pelaburan akan berjaya. Suka mengambil risiko.
62
63 64 65
66
67
68
69
32
Hak Cipta Terpelihara @ 2009 www.mytarikhlahir.com
Kombinasi Nombor 71
Huraian Kawan anda akan menipu anda, penyokong akan membelakangi anda. Menarik pengkhianat. Penyokong akan memberi nasihat. Sifat yang peramah. Menarik perhatian perempuan. Sekiranya perempuan, akan menarik perhatian lelaki, kemungkinan perempuan simpanan.
72
73 74 75
Penyokong anda akan datang dan pergi dengan mudah. Anda akan berjumpa ramai penasihat yang akan memberikan katakata nasihat yang bijaksana. Rakan / penyokong anda akan membelakangi anda; disabotaj oleh penyokong anda. Rakan akan menjadi halangan dalam kehidupan individu ini. Penyokong anda akan memberikan modal untuk melabur ataupun pembantu. Penyokong akan meminta wang daripada anda atau membantu dari segi kewangan.
76
77
Anda seorang yang bertuah. Semua halangan dapat diatasi; ramai penyokong wanita. Cenderung untuk mengambil kesempatan atas penyokong. Mempunyai kepimpinan tetapi gaya dictator. Menarik perhatian daripada jantina berlainan. Penyokong anda akan memberi banyak tekanan, tetapi membawa kejayaan. Penyokong anda akan membantu untuk mencapai kejayaan; penyokong menjadi rakan perniagaan.
78 79
33
Hak Cipta Terpelihara @ 2009 www.mytarikhlahir.com
Kombinasi Nombor 81
Huraian Seorang yang rajin dan sentiasa risau tetapi tidak dapat dilihat keputusannya; sibuk dan sentiasa dalam tertekan. Berfikiran karier. Sentiasa memberi daripada menerima. Tekanan daripada keluarga sejak zaman kanakkanak; sibuk bercakap tanpa memikirkan sebarang matlamat. Arahan individu ini kebiasaannya kepada orang pekak; dimana berakhir dengan melakukannya sendiri. Suka meembuat kerja dengan cepat tetapi sentiasa berhadapan dengan halangan. Emosional dan tidak penyabar; senang marah. Sentiasa tidak ada di rumah atau pejabat. Sentiasa keluar berjalanjalan. Tertekan dalam membuat perancangan tetapi tidak ada penyelesaian di kemudian hari; bergerak dalam kitaran. Banyak idea tetapi kekurangan dari segi perlaksanaan. Sentiasa tercaricari untuk pembaharuan / kemajuan. Mudah bosan dalam perniagaan. Apa sahaja yang anda lakukan akan menemui halangan; tertekan dan emosi berada dalam keadaan terdesak. Individu yang kreatif tetapi kerap mencipta halangan kepada diri sendiri. Perlu kerja keras dan banyak merantau untuk kehidupan. Banyak idea kreatif. Banyak ke sana sini sebelum wang sampai ke tangan individu ini. Kerja keras akan dihargai tetapi penyokong memberi tekanan. Sangat sibuk; emosional dan sentiasa berada dalam keadaan tertekan, Tiada fokus, Banyak tekanan. Perniagaan nampak baik tetapi pada permulaan sahaja; melalui kitaran tanpa sebarang kemajuan.
82
83
84
85
86
87 88 89
34
Hak Cipta Terpelihara @ 2009 www.mytarikhlahir.com
Kombinasi Nombor
Huraian
91
Anda akan menjadi satusatunya pemilik perniagaan; semuanya perlu dilakukan oleh anda sendiri. Sentiasa berseorangan. Anda mempunyai kelebihan menyakinkan orang; suka bercakap tentang perniagaan. Memerlukan kelebihan menyakinkan orang untuk mencapai kejayaan. Semua perniagaan anda adalah jenis jangka pendek. Bergerak dalam kitaran mencari perniagaan yang sesuai. Sentiasa merancang perniagaan anda untuk berjaya. Mempunyai pengetahuan tetapi tidak ada matlamat yang jelas dalam pemikiran. Perniagaan anda akan berhadapan dengan halangan dan kemungkinan akan gagal. Anda adalah kunci kepada kegagalan untuk berjaya; sentiasa memikirkan tentang diri sendiri berbanding orang lain. Perniagaan anda akan menghasilkan pulangan yang baik. Perniagaan anda menarik ramai rakan kongsi dan pekerja yang cekap. Individu yang berkarisma. Perniagaan anda akan mempunyai ramai pelanggan / penyokong. Kerja anda tidak menghasilkan keputusan yang baik. Ianya banyak menghabiskakn masa anda ke sana sini. Banyak idea perniagaan menghasilkan peluangpeluang perniagaan dan kejayaan. Bagus dalam perhubungan awam. Memiliki sifat tamak. Sangat kesunyian.
92 93
94
95
96 97 98
99
35
Hak Cipta Terpelihara @ 2009 www.mytarikhlahir.com
1 1
=
5 9
1 2 2 4 6 6
= 6
Kombinasi yang ada: 1-2, 7-2, 2-2, 2-7, 2-1, 6-3, 4-9, 6-6
36
Hak Cipta Terpelihara @ 2009 www.mytarikhlahir.com
Strategi ini adalah menggunakan kekuatan Minda kita. Minda adalah pemberian dari Allah swt yang tidak ternilai harganya. Minda terdiri dari minda sedar dan minda separa sedar. Secara purata, kebanyakan kita hanya menggunakan 20 % dari keupayaan minda kita. Jadi, gunakanlah minda kita dengan sepenuhnya. Cara menggunakan strategi ini adalah dengan memikir dan berimaginasi sesuatu yang anda impikan. Ianya dicadangkan dilakukan sewaktu anda sedang berbaring untuk tidur dan sewaktu anda bangun tidur di waktu pagi. Dalam keadaan tidur, minda separa sedar kita mengambil alih minda kita. Ia akan mengarahkan minda sedar kita untuk melakukan apa yang kita fikir dan berimaginasi tadi. Apa yang anda imaginasikan perlu mempunyai apa yang anda mahu, bila anda mahukan (timeline) dan deskripsi apa yang anda mahukan. Buatlah begitu selama 21 hari hingga 30 hari berturut-turut tanpa henti. Insyaallah, apa yang anda mahukan/impikan akan tercapai. Contoh-contoh imaginasi: Pada 31hb Disember 2009, aku akan mempunyai wang simpanan sebanyak RM 1 juta, memiliki rumah banglo 2 tingkat dan mempunyai 6 bilik dan punya kereta BMW 323i berwarna hitam. Ataupun, Aku seorang usahawan dan jutawan. Wang mengalir kepadaku tanpa henti. Dalam masa 3 bulan dari sekarang, aku mempunyai wang tunai RM 500 k Anda boleh memikir dan mengimaginasikan apa yang anda mahukan, tetapi kena lakukan setiap hari. Jika ketinggalan sehari, kena ulang semula. Ini cara anda melatih minda anda untuk sesuatu yang diimpikan. Juga, ajar minda anda memikirkan hanya perkara yang positif. Jangan ajar minda kita perkara-perkara yang negatif. Praktikkan selalu, dan insyaallah, impian anda akan menjadi kenyataan. Inilah salah satu rahsia unggul kejayaan seseorang Jutawan.
37
Hak Cipta Terpelihara @ 2009 www.mytarikhlahir.com
#2
IBADAH SEHARIAN
Amalkan perkara-perkara berikut untuk kesejahteraan hidup dan kemurahan rezeki: 1) 2) Jangan lupa untuk menunaikan solat 5 kali sehari tu. Ianya adalah tiang agama kita. Amalkan membaca surah Al Waqiah setiap malam. Rasulullah swt pernah bersabda Barangsiapa yang membaca surah Al Waqiah pada setiap malam, maka dia tidak akan mengalami kesempitan hidup. Lagi cantekk, kalau membaca juga surah Al Mulk yang banyak fadilatnya. Sayyidina Ali berkata, Barang siapa yang membaca surah Al Mulk, maka pada hari Kiamat berada pada naungan sayap malaikat dan dia berparas elok seperti paras Nabi Yusof a.s. Amalkan sembahyang tahajjud pada malam hari, jika ada kelapangan. Amalkan sembahyang dhuha setiap pagi. Boleh sembahyang selepas pukul 8.30 pagi. Jangan lupa bersedekah kepada yang memerlukan. What You Gives You Get Back. Jangan lupa bayar zakat. Ini akan membersihkan pendapatan dan menambahkan lagi pendapatan anda, insyaallah. Jangan lokek untuk membantu sesama kita. Ada firman berkata, jika kita membantu sahabat kita untuk mendapatkan yang dihajatinya, kita akan dapat apa yang kita impikan. Insyaallah.
3)
4) 5) 6) 7) 8)
38
Hak Cipta Terpelihara @ 2009 www.mytarikhlahir.com
PENUTUP
Saya telah berkongsi pengetahuan dan pengalaman yang saya miliki. Segala apa yang baik adalah dari Allah swt. Segala yang buruk adalah dari kelemahan diri saya sendiri. Fahamilah apa yang terkandung dalam e-buku ini. Praktikkan segala apa yang telah anda pelajari. Jika tidak faham, ulangilah banyak kali, sehingga faham. Kita semua bertanggungjawab di atas apa yang kita dan keluarga kita alami dan tempuhi di dunia ini. Hanya kitalah yang boleh mengubah kehidupan kita dan keluarga kita dari apa yang ada sekarang kepada sebuah kehidupan yang lebih bermanafaat disamping mencapai satu kepuasan dalam kehidupan kita. Tidak semestinya bila kaya, kita puas. Tidak semestinya bila kita sihat walafiat, kita puas. Kayu pengukurnya ada pada kita. Terpulanglah pada anda sendiri untuk mengaplikasikan apa yang anda dapat dari e-buku ini ataupun melupakan terus apa yang dipelajari. Semuanya tertakluk pada diri anda. Bukan mak, ayah anda. Bukan sahabat anda. Bukan saudara mara anda. Bukan boss anda. Bukan ketua kampung anda. Bukan guru anda. Bukan saya. Sebaliknya diri anda sendiri. Anda sendiri bertanggungjawab atas diri sendiri. Buatlah yang TERBAIK. Gagal sebelum ini bukan bererti gagal selamanya. Jangan give-up. Ayuh, bangkitlah untuk mendapatkan satu kehidupan yang cemerlang dan gemilang. Ungkaikanlah rahsia tarikh lahir anda dan praktik kan strategi yang telah diberikan untuk mencapai matlamat anda. Akhir kata, saya mendoakan kita semua akan sentiasa sihat walafiat untuk terus menjalani kehidupan yang bermakna disamping berusaha kuta untuk mencapai
Salam hormat dari saya. Wassallam. Rozzani Baharuddin aka Abanglong Admin www.mytarikhlahir.com
39
Hak Cipta Terpelihara @ 2009 www.mytarikhlahir.com
Misteri Tarikh Kelahiran Kini Terbongkar Notis: 1) Jika anda ingin menghubungi saya, boleh sms/telefon saya di 012-3758489 atau emel saya di mytarikhlahir@yahoo.com 2) Anda juga boleh mengikuti pengajaran saya di blog-blog berikut: http://rozzani.com, (blog personal development) http://metafizik4.wordpress.com (blog rahsia tarikh lahir) http://blog.kodjutawan.com (blog Lebuhraya Baru Kebebasan Kewangan) 3) Jika anda mempunyai komen yang positif atau negatif, sila hubungi saya melalui emel. Insyaallah, saya akan perbaiki lagi usaha saya. 4) Jika anda ingin memberi testimoni tentang ebuku ini, sila hantarkan nama penuh, foto dan alamat laman web anda kepada emel saya. Saya akan masukkan ke laman web jualan saya dan anda akan mendapat trafik percuma.
40
Hak Cipta Terpelihara @ 2009 www.mytarikhlahir.com