Anda di halaman 1dari 21

TEORI KAJIAN MASYARAKAT Perspektif Teori

Teori berasal daripada perkataan Yunani iaitu therio yang membawa maksud pemandangan. Definisi ini membayangkan bahawa teori berasaskan kepada konsepsi seseorang yang kemudiannya mengemukakannya dalam bentuk satu pandangan. Definisi ini juga memahamkan kepada kita sifat teori yang relatif kepada pelbagai pendapat. Definisi teori berbeza-beza berdasarkan pandangan yang berbeza-beza dalam kalangan ahli teori. Menurut Kerlinger (1986), teori ialah satu set prinsip dan definisi yan saling berkait serta menerangkan sesuatu fenomena secara sistematis. Tujuan teori itu mengandungi beberapa konsep yang mempunyai kaitan sesama sendiri dan teori itu sendiri memberikan pengertian kepada kita bagaimana sesuatu fenomena itu terjadi. Teori penting untuk kita menginterpretasikan sesuatu fenomena sosial. Pada kebiasaannya teori berkait rapat dengan ramalan atau jangkaan mengenai sesuatu fenomena. Jangkaan tidak berdasarkan anganan atau pemikiran kosong tetapi berasaskan fakta-fakta hasil daripada kajian. Bagi ahli sosiologi, teori-teori yang mereka lahirkan adalah berdasarkan pemikiran mengenai masyarakat yang menjadi objek dan subjek dalam kajian. Ringkasnya pusat kepada pemikiran teori sosial adalah masyarakat.

Teori Fungsionalisme
Fungsi dalam sosiologi dapat dikelaskan sebagai tujuan atau tugas tertentu bagi setiap anggota masyarakat kepada sistem dalam masyarakatnya dan akibat yang dihasilkan terhadap orang lain. Teori fungsionalisme mula diperkenalkan oleh Auguste Comte, Herbert Spencer dan Emile Durkheim. Pandangan tokoh-tokoh awal telah menjadi ikutan tokoh-tokoh terkemudian seperti Talcott Parsons dan Robert K. Merton. Teori ini mengkaji fungsi perlakuan sosial atau institusi dalam kegiatan-kegiatan yang memberikan sumbangan kepada sebuah masyarakat seperti sebuah institusi keluargaan. Dalam teori ini, masyarakat dianggap seperti anggota tubuh badan manusia yang

mempunyai pelbagai fungsi dan peranan masing-masing. Ia juga dianggap sebagai bahagian-bahagian dalam sesebuah masyarakat dan akan memberikan sumbangan kepada masyarakat dan keperluan sendiri. Teori fungsionalisme mendapat nama terutamanya kerana ia melihat struktur dan fungsi dalam masyarakat. Ia menjelaskan mengenai organisasi sosial dan menerangkan bagaimana sesuatu organisasi dikekalkan. Teori ini juga menurut Auguste Comte menganalogikan masyarakat dengan organisma yang menyatakan masyarakat dianggap sebagai satu organisma hidup seperti organ-organ yang saling bergantung antara satu sama lain. Herbert Spencer pula melihat persamaan antara masyarakat dan organisma. Masyarakat diibaratkan seperti organisma yang mempunyai bahagian dan setiap bahagian masyarakat dikenali sebagai struktur. Jika dibandingkan antara tubuh manusia dengan masyarakat, tubuh manusia mempunyai bahagian-bahagian seperti tangan kanan, tangan kiri, kaki kanan, kaki kiri dan sebagainya manakala masyarakat mempunyai bahagian-bahagian seperti ekonomi, politik, agama, pendidikan dan sebagainya. Setiap bahagian mempunyai tugas atau peranan masing-masing untuk memastikan keseimbangan dalam keberlangsungan masyarakat. Jika sesuatu bahagian berubah, maka ia akan memberi kesan kapada keseluruhan masyarakat. Seterusnya, kajian dilakukan untuk melihat bagaimana bahagian atau struktur masyarakat berfungsi. Menurut teori ini, struktur-struktur sosial akan menentukan kelancaran perjalanan dan keharmonian masyarakat. Brinkerhoff dan White (1989) dalam Amir Hasan Dawi (2009) merumuskan tiga andaian utama ahli-ahli fungsionalisme iaitu stabiliti, harmoni dan evolusi. Stabiliti merupakan kriteria penilaian utama untuk menentukan sejauh mana sesebuah masyarakat dapat dikekalkan. Harmoni pula merupakan pengukuran bagi menentukan bagaimana sesebuah bahagian masyarakat saling bekerjasama bagi mencapai tujuannya manakala evolusi menggambarkan perubahan-perubahan yang berlaku dalam struktur masyarakat ke arah pembaharuan. Proses evolusi juga akan melenyapkan segala apa yang ada pada struktur yang tidak lagi diperlukan oleh masyarakat. Ini jelas menyatakan bahawa teori ini menekankan kepentingan persefahaman anggota-anggota masyarakat untuk mencapai keharmonian dan kestabilan masyarakat berkenaan. Sebelum bertindak mengikut pemikiran ahli fungsionalisme, kita perlu mengenal pasti struktur-struktur sosial. Setelah itu dikesan pula peranan-peranan yang dimainkan oleh 2

struktur-struktur berkenaan untuk memastikan sejauh mana sesuatu struktur berfungsi dan berhubung dengan struktur-stuktur yang lain mengikut peraturan-peraturan untuk mencapai keseimbangan dalam sistem sosial. Untuk melihat kesan struktur sosial, Merton (1957) dalam Amir Hasan Dawi (2009) telah membezakan antara apa yang dikenali sebagai fungsi ketara dan fungsi tersembunyi. Fungsi ketara adalah sesuatu yang diketahui dan dikehendaki dalam aktiviti sosial tertentu manakala fungsi tersembunyi merupakan sesuatu yang tidak disedari atau tidak dijangkakan. Fungsi tersembunyi adalah akibat yang tidak dikehendaki atau pun kesan sampingan dan kadang-kadang tidak dikenali apakah puncanya. Contohnya mengintip ialah fungsi yang ketara tetapi ia juga mempunyai fungsi yang tersembunyi yang tidak disengajakan kerana apabila sesuatu pihak tahu akan kelebihan pihak lain, ia tidak akan mencabar sebarangan kerana takut akan kekuatan pihak musuh. Selain itu, Merton juga membezakan antara fungsi dan disfungsi. Fungsi bermaksud kesan-kesan positif daripada struktur sosial. Ia juga bermaksud tugas atau keadaan yang menyebabkan proses pengadaptasian dan penyelarasan kepada suatu sistem berlaku. Sesuatu sistem itu dapat kekal apabila setiap orang menjalankan tugas masing-masing. Disfungsi pula merupakan kesan negatif yang wujud daripada struktur sosial yang diamalkan iaitu keruntuhan dan keterbalikan sesuatu sistem. Ia juga merangkumi aspek-aspek aktiviti sosial yang cenderung untuk menghasilkan perubahan kerana ia mengancam ikatan sosial. Untuk melihat sejauh mana struktur berfungsi atau tidak, di sini kita melihat gerakuasa sosial dari segi ekonomi iaitu perbandaran, dari segi pendidikan iaitu pertumbuhan sains dan revolusi politik.

Perbandaran

Sebahagian besar penduduk di luar bandar akan berpindah ke bandar akibat daripada revolusi perindustrian yang telah berlaku di negara-negara Eropah. Malaysia juga tidak terkecuali daripada isu migrasi ini. Ramai penduduk dari luar bandar dan pedalaman yang berpindah ke kawasan bandar kerana peluang pekerjaan yang banyak dan mudah untuk diperoleh. Namun disebabkan oleh proses migrasi ini maka wujud kesan negatif lebih banyak daripada kesan positif. Jika dilihat di kawasan bandar, masalah seperti kesesakan, jenayah, kebisingan dan masalah lalu lintas terjadi akibat daripada proses migrasi. Jika kita lihat pengertian teori fungsionalisme, mana-mana bahagian yang tidak memberi sumbangan atau merosakkan dalam sesebuah kawasan itu dikatakan tidak berfungsi. Oleh itu, jika kita lihat kepada gerakuasa sosial perbandaran, ia lebih banyak mendatangkan kesan negatif dan kelemahan dalam satu sistem sosial. Walaupun proses migrasi dalam perbandaran ini boleh mewujudkan kesan positif, namun kesan negatif yang lebih ketara dan banyak ini akan merosakkan dan memusnahkan sistem di kawasan bandar tersebut. Menurut Robert K. Merton, tidak semua struktur atau bentuk masyarakat dan budaya berfungsi secara positif. Beliau mengemukakan konsep net balance atau baki keseimbangan apabila fungsi positif bagi asatu-satu aspek sosial itu dibandingkan dengan fungsi negatifnya. Beliau juga menyatakan adakala kesan negatif lebih berat daripada kesan positif. Oleh itu, migrasi ini dapat dilihat sebagai sesuatu yang tidak berfungsi dalam gerakuasa perbandaran mengikut teori fungsionalisme.

Pertumbuhan Sains
Negara maju yang sedang giat membangun adalah negara yang mempunyai kelengkapan sains dan teknologi yang tinggi. Semua jenis pertumbuhan sains penting bagi memastikan kelangsungan kepada penyelidikan dan pembangunan untuk terus berlangsung bagi menuju ke arah negara maju. Golongan yang mempunyai pengetahuan sains akan dipandang tinggi dan martabatnya akan dijulang tinggi. Kemajuan dalam bidang ini juga dianggap salah satu perbezaan antara negara membangun dan negara kurang maju. Jika dilihat dalam sektor pendidikan yang mana banyak mengangkat golongan dari berpendidikan sains. Ini kerana keperluan golongan

ini penting kerana kerjaya dalam bidang ini sukar dan hanya pakar sahaja yang mampu. Malaysia pula kekurangan sumber yang mahir dalam bidang yang sukar. Jika suatu masa dahulu peralatan yang digunakan adalah berdasarkan alam sekitar namun sejak wujudnya sains dan teknologi, pelbagai jenis peralatan canggih dan mempunyai fungsi yang dapat memudahkan masyarakat seperti mesin rumput, mesin basuh dan sebagainya. Tidak terkecuali juga pelbagai perubatan yang mampu merawat pelbagai penyakit berbahaya seperti aids, kanser mahupun penyakit lain yang tidak ditemui penawarnya sebelum ini. Pertumbuhan dalam bidang sains dan teknologi ini telah memberi banyak sumbangan kepada masyarakat dan negara. Selain itu, pertumbuhan dalam bidang sains juga mampu memberi kestabilan dalam masyarakat dan mampu menghubungkan sistem dalam negara yang mempunyai sifat kebergantungan antara satu dengan yang lain seperti yang dinyatakan dalam teori ini.

Revolusi Politik
Revolusi politik terjadi disebabkan pelbagai perkara yang tercetus disebabkan rasa ketidakpuasan hati masyarakat kepada pemerintahan sedia ada contohnya di Perancis (1979). Revolusi Perancis 1789 merupakan titik tolak di mana ia merupakan satu sejarah penting sebagai garis pemisah antara peraturan lama dengan peraturan baru. Revolusi sebegini membawa banyak kepada kesan positif namun kebanyakkan penyelidik lebih melihat kearah negatif sesuatu yang berlaku dalam perubahan tersebut. Dari segi pemerintahan mereka agak kucar kacir disebabkan keadaan pemerintah yang ganas. Selain kejahatan, pemerintahan yang berlaku adalah tertumpu kepada keganasan dan bukanlah perundingan. Dapat dilihat funsi pemerintah tidak berjalan lancar. Walaubagaimanapun, masyarakat yang ada tidak pernah berhenti mencari jalan untuk mengembalikan keamanan. Pihak kerajaan mereka mendakwa kebebasan politik bukan hanya tanggapan dan bukan hakikat. Untuk merampas kuasa politik perlulah menggunakan dan menyebarkan fahaman libralisme. Mereka menganggap apabila libralisme menggantikan akidah, kesannya orang ramai tidak dapat menggunakan

kebebasan itu dengan cara sederhana dan ia pasti menimbulkan peperangan antara kelas. Cara golongan ini yang melayan rakyat seperti tidak berguna menunjukkan mereka memandang rendah akan fungsi yang ada dalam kalangan masyarakat. Namun begitu selepas ianya dijalankan, peranan masyarakat dilihat melalui bakat dan kemampuan yang ada pada dirinya sendiri bukan lagi pada hak dan kuasa serta keistimewaannya. Jika dilihat dalam struktur politik di Malaysia juga berubah dari dahulu sehingga kini. Suatu ketika dahulu struktur adalah berkonsepkan raja yang mempunyai kuasa penuh dalam pemerintahan namun berbeza dengan sekarang yang lebih kearah sistem demokrasi yang memberi peluang kepada rakyat bagi memilih pemerintah yang dikehendaki. Sistem beraja dilihat tidak relevan masa kini kerana Malaysia telah menjadi salah sebuah Negara maju yang mempunyai banyak negeri dalam lingkungannya. Cara bagi mengawal juga kurang efektif bagi memastikan bahawa kawasan mereka dan masyarakat berpuas hati ke atas keputusan yang dilakukan. Apabila struktur demokrasi sekarang ini dibentuk dapat dilihat bahawa pentadbiran lebih lancar kerana terdapat pengkhususan kerja yang telah termaktub dalam portfolio setiap pemimpin yang dipilih. Sistem demokrasi adalah satu cara terbaik bagi mencari pemimpin pilihan rakyat yang tidak memihak mana-mana dan mampu menjalankan tugas.

Rajah 1 : Huraian Teori Fungsionalisme mengenai perubahan sosial Masyarakat Masyarakat dianalogikan seperti organisma biologi 6

Organ-organ masyarakat dikenali sebagai struktur Setiap struktur mempunyai fungsi Perubahan secara evolusi berlaku apabila Berlaku disfungsi pada struktur Peringkat perubahan makro: Teologikal metafizikal positif Ciri-ciri tradisional fakta sosial non-material ikatan sosial kukuh : agama unsur ketuhanan kurang masalah sosial statik Ciri-ciri moden fakta sosial material ikatan sosial longgar: pembahagian tugas unsur keduniaan banyak masalah sosial dinamik

Kesimpulannya, teori fungsionalisme menekankan konsep saling bergantung antara satu dengan yang lain. Masyarakat adalah teratur dan beroperasi atas dasar persetujuan saling bekerjasama bagi memenuhi kehendak masyarakat secara keseluruhan. Setiap bahagian mempunyai fungsi dan peranan tersendiri yang dimainkan demi mengekalkan kestabilan seluruh sistem. Teori fungsionalisme mengkaji terhadap perubahanperubahan sosial dalam sesebuah struktur masyarakat. Seperti yang telah diterangkan sebelum ini bahawa Merton (1957) melihat kesan struktur sosial kepada dua iaitu fungsi ketara dan fungsi tersembunyi. Merton juga membezakan antara fungsi dan tidak berfungsi. Oleh itu jelaslah bahawa persefahaman dalam kalangan anggota masyarakat adalah penting bagi mencapai kestabilan masyarakat dan setiap perlakuan masyarakat akan memberikan kesan terhadap struktur sesebuah masyarakat. Setiap bahagian dalam sistem masyarakat juga mempunyai fungsi masing-masing dan jika sesuatu bahagian itu tidak berfungsi maka akan dipisahkan untuk memastikan kestabilan dan kelangsungan sistem tersebut.

Teori Konflik
Dalam membincangkan teori konflik ini pelbagai pendapat yang diberikan oleh tokohtokoh terdahulu misalnya mengikut pendapat George Simmel adalah konflik sebagai 7

sesuatu yang semulajadi dalam kehidupan sosial sesuatu masyarakat. Konflik baginya adalah penting dalam pembentukan kelompak dan memanjangkan jangka hayat kehidupan kelompak. Lewis Caser pula telah mengembangkan idea Simmel dalam mengatakan konflik boleh berfungsi dalam kelompok. Beliau juga mengatakan konflik mempercepatkan proses kesetiaan dan keharmonian sesama anggota dan bertindak seperti alat yang menyatukan anggota dalam kelompok. Seterusnya mengikut Dahrendorf pula, konflik mempunyai dua fungsi iaitu positif dan negatif iaitu memberi sumbangan kepada integrasi sistem sosial dan membawa perubahan. Selain itu menurut pendapat Randall Collins pula berbeza dengan ahli konflik lain kerana memandang konflik dari sudut mikro. Dalam hal ini beliau percaya keseluruhan struktur masyarakat boleh difahami akibat daripada kelompok yang berkonflik . Daripada pendapat-pendapat yang dikeluarkan ini terdapat beberapa perspektif konflik iaitu: Perspektif ini mempercayai bahawa masyarakat merupakan satu gelanggang berlakunya pergelutan antara kelas sosial yang berlainan bagi mendapatkan sumber-sumber ekonomi. Konflik sentiasa wujud dalam masyarakat, dan masyarakat sentiasa di dalam keadaan berubah. Konflik yang dimaksudkan ini membawa erti ketegangan, pemusnahan, persaingan dan perihal tidak bersetuju tentang matlamat dan nilai. Konflik ialah proses terus-menerus dan merupakan hakikat kehidupan masyarakat yang tidak dapat dielakkan. Ini kerana kuasa yang berada pada satu kelompok akan dikenakan terhadap kelompok lain. Perspektif ini menegaskan bahawa mereka yang berkuasa dapat memaksa persetujuan daripada orang yang tidak berkuasa. Perspektif konflik ini bukan menyatakan bahawa konflik sosial itu merosakkan masyarakat. Sebaliknya, konflik dapat membawa akibat positif. Sebagai contoh, konflik dapat menyatukan kelompok dalam usaha mencapai kepentingan mereka bersama, dan konflik antara kelompok yang bersaingan tentang sesuatu masalah social akan menyebabkan perubahan positif. Perubahan ini mungkin tidak berlaku jika tiada konflik. Dengan cara ini pergerakan social seperti pembebasan wanita menjadi satu punca perubahan yang penting.

Secara keseluruhan tentang teori konflik ini sebenarnya telah diasaskan oleh seorang ahli sains sosial dan ahli ekonomi yang berasal dari Jerman iaitu Karl Marx dan kemudiannya diikuti oleh Weber. Antara karyanya yang terkenal mengenai teori konflik ini ialah The Communist Menifesto . Pandangan teori konflik ini mengutamakan kaedah determinisme di mana ada kuasa yang meramalkan sesuatu. Dalam hal ini, konflik bukanlah bermaksud dalam keadaan yang ganas sebaliknya berlaku dalam bentuk perjuangan parti-parti, persaingan dalam institusi keagamaan dan sebagainya. Konflik adalah sesuatu yang semulajadi dalam masyarakat di mana sesuatu konflik yang berlaku boleh mempercepatkan proses kesetiaan dan keharmonian dalam sesuatu kelompok sosial. Di samping itu juga, terdapat tiga andaian penting dalam teori ini iaitu dialektik, determinisme dan aktivisme sosial. Konsep dialektik bermaksud evolusi bukan merupakan proses utama kepada perubahan sosial tetapi sebab utama yang menghasikan perubahan sosial adalah konflik. Determinisme ekonomi pula bermaksud asas perubahan sosial adalah ditentukan oleh pesaingan-pesaingan ekonomi. Manakala aktivisme sosial pula bermaksud tugas utama analisis sosial adalah kritikan. Teori konflik terbahagi kepada dua iaitu aliran Marx dan aliran Weber. t .

a) Teori Konflik Aliran Marx


Pandangan teori konflik aliran Marx adalah berasaskan tafsiran-tafsiran sosiologikal terdapat karya-karya Marx. Mengikut pandangan pengikut teori aliran Marx, mereka berpandangan bahawa teori bukanlah semata-mata sebagai satu cara menganalisis sturktur masyarakat tetapi lebih kepada cara bagaimana sesuatu reformasi sosial berlaku

dalam masyarakat. Menurut konsep sejarah materialisme Marx mempunyai tiga elemen penting iaitu merupakan satu teori atau kaedah ilmiah, merupakan satu ajaran politik dan satu pegangan hidup seakan agama (Fatimah Daud ,1992 ). Teori konflik aliran Marx beranggapan asas kepada pembentukan sesebuah masyarakat adalah disebabkan oleh faktor-faktor ekonomi seperti tanah, modal, industri dan perdagangan. Asas kepada perubahan sesebuah struktur masyarakat adalah disebabkan oleh faktor-faktor berkaitan dengan pengeluaran ekonomi. Namun begitu terdapat juga faktor lain seperti agama, institusi politik, kekeluargaan dan pendidikan pula menjadi superstruktur masyarakat. Sebarang perubahan yang berlaku pada superstruktur masyarakat hanya akan berlaku jika terdapat perubahan pada asasnya, sebagai contoh masyarakat kapitalis terbentuk kerana pertentangan antara tuan tanah aristocrat dengan kelas baru di mana kekayaan kelas baru adalah berasaskan kepada keluaran industri dan perdagangan. Menurut Marx, kelas baru yang menguasai faktor-faktor pengeluaran ini dipanggil Borjuis. Golongan Borjuis yang menguasai perdagangan dan perindustrian menggunakan mereka yang tidak berharta menjadi buruh dan digelar sebagai golongan proletariat atau kelas pekerja. Huraian teori konflik aliran Marx mengenai perubahan sosial dapat dilihat melalui rajah di bawah.

Rajah 2: Huraian Teori Konflik Aliran Marx.

Masyarakat Perubahan masyarakat adalah berasaskan prinsip dialektik materialisme

10

Sejarah masyarakat adalah dipenuhi oleh konflik dan pertentangan untuk menguasai ekonomi Peringkat perubahan makro: Perhambaan Ciri-Ciri feudalisme yang kapitalisme sosiolisme komunisme

Kapitalisme

tidak Ciri-ciri Sosialisme yang dikehendaki - Kesaksamaan - Hak milik dikuasai bersama - Kesejahteraan Sosial -Tiada penindasan kerana tiada pihak dominan -Tiada stratifikasi dan tiada kelas sosial -Dominasi golongan massa proletariat

diingini - Ketidaksamaan - Hak milik dikuasai oleh individu - Konflik sosial - Penindasan berleluasa terhadap masa -Stratifikasi dan kelas sosial yang nyata - Dominasi golongan minoriti Borjuis

b) Teori Konflik Aliran Weber


Tokoh yang membawa aliran teori konflik ini ialah Max Weber. Namun begitu aliran ini masih lagi berasaskan teori konflik Marx serta terdapat persamaan pandangan Marx dan Weber ialah kedua-duanya menganggap kelas sosial adalah faktor penting dalam menentukan kedudukan individu dalam masyarakat. Di samping itu, Weber telah menghujahkan bahawa perubahan sosial masyarakat bukanlah hanya disebabkan oleh faktor konflik kelas sosial yang berpunca daripada faktor ekonomi semata-mata tetapi turut berpunca daripada pelbagai faktor. Perkembangan kapitalisme di barat bukanlah

11

disebabkan faktor pengeluaran sahaja tetapi disebabkan oleh faktor keagamaan ( Weber 1958 ). Dalam proses menganalisis, Weber mengelaskan tiga dimensi konsep iaitu kelas, status dan parti. Konsep kelas Weber mirip dengan konsep Marx kerana ianya dihubungkan dengan ekonomi pasaran. Sebaliknya Weber tidak bersetuju dengan Marx yang mengatakan kuasa berpunya daripada hubungan ekonomi semata-mata, tetapi turut dipengaruhi oleh faktor lain iaitu status dan parti. Status merupakan penghormatan sosial, status ini terdapat dalam kumpulan-kumpulan sosial yang mempunyai prestij dan kehormatan sosial yang tersendiri. Status bukan hanya dimiliki melalui kekayaan, kuasa dan kelas sosial tetapi ditentukan oleh amalan atau gaya hidup. Terdapat juga yang mencapai status berdasarkan pekerjaan. Parti merupakan struktur yang berjuang untuk mendapatkan kekuasaan atau dominasi. Kuasa merupakan bentuk kepimpinan di mana seseorang dapat menyebabkan dan boleh memaksa orang lain melakukan apa yang dikehendaki walaupun itu mungkin bukan kemahuan orang lain. Ringkasnya, kelas wujud dalam hubungan ekonomi, status wujud dalam hubungan sosial dan parti wujud dalam hubungan politik. Berdasarkan konsep-konsep yang telah dijelaskan, Weber menyatakan konflik dan perjuangan antara kelas atau di dalam kelas yang sama bukan disebabkan oleh faktor ekonomi, namun disebabkan mereka memperjuangkan status masing-masing supaya dianggap tinggi oleh masyarakat. Kesimpulannya, teori konflik ini telah menjelaskan bahawa kelompok individu tidak lepas daripada bersaing antara satu sama lain. Teori ini juga mengusulkan perspektifperspektif yang berguna kepada ekonomi, politik dan institusi-institusi lain yang besar. Di samping itu juga membenarkan kita mengkaji atau memeriksa sistem-sistem social yang kecil seperti individu, keluarga, unit kerja, organisasi keagamaan dan sebagainya dengan menfokuskan ke atas hubungan kuasa, konflik dan perubahan di dalam strukturstruktur ini. Jadi salah satu kebaikan teori konflik ini ialah ia dapat membawa perubahan dalam masyarakat.

12

Teori Interaksionisme Simbolik


Teori interaksionisme yang dikaitkan dengan George Herbert Mead (1969) merupakan pengkajian sosiologi yang bersifat mikro. Ia membincangkan peranan individu dalam sesuatu sistem sosial. Teori ini mengkaji bagaimana seseorang menginterpretasikan dan bertindak menurut kemahuan masing-masing dalam masyarakat. Individu bergerak untuk bertindak berdasarkan makna yang diberikan pada orang, benda dan peristiwa. Makna-makna ini diciptakan dalam bahasa yang digunakan untuk berkomunikasi dengan orang lain mahupun dirinya sendiri, atau fikiran peribadinya. Bahasa memungkinkan individu mengembangkan perasaan mengenai diri berinteraksi dengan orang lain dalam sebuah komuniti. Ahli-ahli interaksionisme mentafsir makna-makna perlakuan atau aksi individu dan memperjelaskan makna-makna perlakuan manusia yang subjektif. Mereka melihat bagaimana makna-makna yang subjektif dikongsi bersama oleh anggota masyarakat. Teori ini mempunyai dua asas pemerhatian penting iaitu: 1. mengkaji makna simbolik atau makna yang tersirat secara subjektif 2. melihat bagaimana makna yang simbolik itu digunakan dalam interaksi manusia dan untuk

Raph LaRossa dan Donald C.Reitzes (1993) telah mempelajari Teori Interaksi Simbolik yang berhubungan dengan keluarga, iaitu mengatakan bahawa terdapat 7 pendekatan berdasarkan interaksi simbolik dan pendekatan-pendekatan ini memperlihatkan 3 tema iaitu: 1. Pentingnya makna bagi tingkah laku manusia Penjelasan: Teori Interaksionisme Simbolik berpegang bahawa individu membentuk makna melalui proses komunikasi kerana makna tidak bersifat interinsik terhadap apa pun. Dipermudahkan konstruksi interpretif di antara orang-orang untuk menciptakan makna. Bahkan, tujuan dari interaksi, menurut Interaksionisme Simbolik adalah untuk

13

menciptakan makna yang sama. Ini penting kerana tanpanya makna yang sama berkomunikasi akan menjadi sangat sulit. 2. Pentingnya konsep diri Penjelasan: persepsi yang relatif stabil yang dipercayai orang untuk mengenal dirinya sendiri. 3. Hubungan antara individu dan masyarakat Penjelasan: tema ni berkaitan dengan hubungan antara kebebasan individu dan batasan sosial. Mead dan Blummer mengambil posisi di tengah untuk pertanyaan ini. Mereka mencuba untuk menjelaskan dengan baik mengenai keteraturan dan perubahan dalam proses sosial.

7 pendekatan berdasarkan Teori Interaksionisme Simbolik iaitu:

a.Manusia bertindak terhadap orang lain berdasarkan makna yang diberikan orang lain pada mereka Penjelasan: tingkah laku sebagai suatu rangkai pemikiran dan tingkah laku yang dilakukan secara sedar antara rangsangan dan respon yang berkaitan dengan rangsangan tersebut. Interaksi simbolik tertarik mencari makna dengan mempelajari penjelasan psikologis dan sosiologis mengenai tingkah laku. b. Makna diciptakan dalam interaksi antara manusia Penjelasan: Mead menekankan dasar intersubjektif dari makna. Makna menurut Mead, hanya ketika orang-orang memiliki interpretasi sama mengenai simbol yang mereka tukarkan dalam interaksi. Blumer (1969) yang mengembangkan teori interaksionisme simbolik memberikan tiga huraian mengenai konsep makna iaitu: 1. kepentingan memahami makna-makna simbolik mengikut konteks

penggunaannya 2. makna yang simbolik berguna semasa interaksi di mana makna-makna berkenaan menyebabkan hubungan bertambah mesra

14

3. makna adalah sesuatu yang boleh dirundingkan iaitu kita tidak semestinya menerima sesuatu makna yang dikemukakan oleh pihak lain tetapi kita berperanan memberi makna yang sesuai kepada sesuatu perkara.

c. Makna dimodifikasi melalui proses interpretif Penjelasan: Blummer menyatakan bahawa proses interpretif ini memiliki dua langkah: Pertama, pelaku menentukan benda-benda yang mempunyai makna. Blummer berpendapat bahawa bahagian dari proses ini berbeza dari pendekatan psikologis dan terdiri dari atas orang yang terlibat di dalam komunikasi dengan dirinya sendiri. Langkah kedua melibatkan si pelaku untuk memilih dan melakukan tarnsformasi makna di dalam konteks di mana mereka berada (budaya yang serupa).

d. Individu-individu mengembangkan konsep diri melalui interaksi dengan orang lain Penjelasan: ini menyatakan bahawa kita membangun perasaan akan diri(sense of self) tidak selamanya melalui kontak dengan orang lain. Orang-orang tidak terlahir dengan konsep diri; mereka belajar tentang dirinya sendiri sebagai individu. Alicia cast(2003)mempelajari penggunaan kekuasaan pada pasangan yang sudah menikah, dan hasil yang dia dapati menyokong interaksi simbolik ini, ia menyatakan bahawa konteks sosial dan interaksi adalah suatu yang penting ketika menyelidiki tentang diri. e. Konsep diri memberikan sesuatu motif penting untuk bertingkah laku Penjelasan: pemikiran bahawa keyakinan, nilai, perasaan, penilaian-penilaian mengenai diri menpengaruhi tingkah laku adalah sebuah prinsip pada interaksi simbolik. Mead berpendapat bahawa kerana manusia memiliki diri, mereka memiliki mekanisme untuk berinterkasi dengan dirinya sendiri. Penting juga untuk diingat bahawa Mead melihat diri sebagai proses, bukan struktur. Memiliki diri memaksa orang untuk membina tindakan dan responnya, daripada sekadar mengekspresikannya. Misalnya, jika anda merasa yakin kemampuan dalam pelajaran teori komunikasi, mungkin anda akan mendapat hasil dengan baik dalam pelajaran itu. Bahkan, mungkin pula anda akan merasa percaya diri di dalam semua mata pelajaran lain. Proses ini sering kali dikatakan sebagai jangkaan pemenuhan diri (self-fulfilling prophecy), atau pengharapan akan diri

15

yang menyebabkan seseorang untuk bertingkah laku sedemikian rupa sehingga harapannya wujud.

f. Orang dan kelompok-kelompok dipengaruhi oleh proses budaya dan sosial Penjelasan: ini mengakui bahawa norma-norma sosial membatasi tingkah laku individu

g. Struktur sosial dihasilkan melalui interaksi sosial Penjelasan: ini menegah pendekatan yang diambil oleh interaksi simbolik sebelumnya. Interaksi simbolik mempertanyakan pandangan bahawa struktur sosial tidak berubah serta mengakui bahawa individu dapat memodifikasi situasi sosial. Contohnya, mengenai ketika pekerja memakai pakaian yang lebih kasual dibandingkan dengan pakaian pejabat yang telah disepakati secara sosial. Dengan kata lain, teori interaksi simbolik percaya bahawa manusia adalah pembuat pilihan. Oleh itu, teori interaksionisme simbolik ini dikatakan melihat bagaimana individu membentuk dan dibentuk oleh interaksinya dengan orang lain. Ia memberi penekanan tentang peranan aktif seseorang individu dalam perhubungan sosial.

Makna-makna simbolik diperolehi daripada bentuk-bentuk simbol tertentu seperti: 1. perkataan 2. perlakuan 3. objek 4. bahasa Perkataan yang digunakan sebagai simbol adalah mewakili objek-objek fizikal, perasaan, nilai dan idea. Perlakuan pula meliputi perbuatan termasuklah yang berdasarkan permikiran dan niat seseorang. Objek adalah perkara nyata yang dapat dilihat. Bahasa pula adalah simbol lisan untuk berhubung. Menurut Mead, bahasa membolehkan manusia menjadi makhluk sedar kendiri atau kita menyedari bahawa diri kita adalah seorang individu. Penggunaan simbol-simbol merupakan perkara penting 16

dalam proses mengenali diri ini. Simbol merupakan sesuatu yang wujud sebagai wakil kepada sesuatu perkara lain sama ada yang diwakili itu wujud dalam bentuk nyata atau abstrak. Sebagai contoh, perkataan 'pokok' merupakan simbol yang mewakili objek pokok. Kita boleh fikir dan gambarkan mengenai pokok walaupun ketika itu pokok tidak wujud di depan mata kita. Pemikiran simbolik membebaskan kita daripada hanya terhad kepada perkara-perkara yang kita boleh lihat, dengar, hidu dan rasa sahaja. Ahli interaksionisme simbolik selalunya berfokus kepada hubungan bersemuka dalam konteks kehidupan seharian. Setiap hari manusia terlibat dalam pergaulan dengan orang lain. Hubungan antara sesama manusia ini melibatkan simbol. Signifikannya kehidupan manusia adalah dipenuhi oleh simbol-simbol. Simbol-simbol menyebabkan kita dapat mempelajari tentang diri kita dan dapat melihat diri kita dari luar. Contoh paling mudah ialah simbol 'saya' merujuk kepada objek yang dipanggil oleh orang lain sebagai 'awak' merupakan tahap permulaan kesedaran kendiri. Secara jelasnya, kita dapat melihat diri kita sebagaimana orang lain melihat kita. Semua interaksi antara individu manusia melibatkan suatu pertukaran simbol. Ketika kita berinteraksi dengan orang lain, kita akan mencari petunjuk mengenai tingkah laku apakah yang sesuai dalam konteks itu dan mengenai bagaimana menginterpretasikan apa yang dimaksudkan oleh orang lain. Interaksionisme simbolik mengarahkan perhatian kita pada interaksi antara individu, dan bagaimana ia biasa digunakan untuk memahami apa yang orang lain katakan dan lakukan kepada kita sebagai individu. Mead mendefinasikan fikiran (mind) sebagai kemampuan untuk menggunakan simbol yang mempunyai makna sosial yang sama, dan Mead percaya bahawa manusia harus mengembangkan fikiran melalui interaksi dengan orang lain.Bayi tidak dapat benarbenar berinteraksi dengan orang lainnya sampai ia mempelajari bahasa(language), atau sebuah sistem simbol verbal dan nonverbal yang diatur dalam pola-pola untuk mengekspresikan pemikiran dan perasaan dan dimiliki bersama. Bahasa tergantung pada apa yang disebut oleh Mead sebagai simbol signifikan(significant symbol), atau simbol-simbol yang memberi makna yang sama bagi banyak banyak orang. Ketika ia mulai mempelajari bahasa, bayi tersebut melakukan pertukaran makan atau simbolsimbol signifikan dan dapat mengantisipasi respon orang lain terhadap simbol-simbol 17

yang dia gunakan. Hal ini menurut Mead, adalah bagaimana suatu kesedaran berkembang. Dengan menggunakan bahasa dan berinteraksi dengan orang lain, kita mengembangkan apa yang dikatakan oleh Mead sebagai fikiran, dan ini membuat kita mampu menciptakan 'setting interior' bagi masyarakat yang kita lihat beroperasi di luar diri kita. Jadi, fikiran dapat digambarkan sebagai cara menginternalisasi masyarakat. Akan tetapi, fikiran tidak hanya tergantung pada masyarakat. Mead menyatakan bahawa keduanya mempunyai hubungan timbal balik. Fikiran merefleksikan dan menciptakan dunia sosial. Ketika seseorang mempelajari bahasa, ia belajar berbagai norma sosial dan aturan budaya yang mengikatnya. Selain itu, ia juga mempelajari cara-cara untuk membentuk dan mengubah dunia sosial itu melalui interaksi.

Berhubung dengan konsep fikiran adalah pemikiran (thought), yang dinyatakan oleh Mead sebagai percakapan di dalam diri sendiri. Mead berpegang bahawa tanpa rangsangan sosial dan interaksi dengan orang lain, orang tidak akan mampu mengadakan pembicaraan dalam dirinya sendiri atau mempertahankan pemikirannya. Menurut Mead, salah satu aktiviti penting yang diselesaikan oleh seseorang individu melalui pemikiran adalah 'role taking' atau kemampuan secara sombolik menempatkan dirinya sendiri dalam diri khayalan dari orang lain. Proses ini juga disebut pengambilan perspektif kerana keadaan ini mensyaratkan bahawa seseorang menghentikan perspektifnya sendiri terhadap sesuatu pengalaman dan sebaliknya membayangkannya dari perspektif orang lain. Mead menyatakan bahawa 'role taking' adalah satu tindakan simbolik yang dapat membantu menjelaskan perasaan kita mengenai diri dan orang lain. Mead mendefinisikan diri (self) sebagai kemampuan untuk merefleksikan diri kita sendiri dari perspektif orang lain. Kita dapat melihat Mead tidak percaya bahawa diri berasal dari pemikiran sendiri yang sederhana. Bagi Mead, diri berkembang dari 'role taking' yang khusus maksudnya iaitu membayangkan bagaimana kita dilihat oleh orang lain. Dengan meminjam konsep yang berasal dari seorang sosiologis Charles Cooley (1912), Mead menyatakan bahawa ia sebagai cermin diri atau kemampuan kita untuk melihat diri kita sendiri dari pandangan orang lain. 18

Cooley (1972) menyatakan 3 prinsip perkembangan yang dikaitkan dengan cermin diri iaitu: 1) kita membayangkan bagaimana kita terlihat di mata orang lain 2) kita membayangkan penilaian mereka mengenai penampilan kita 3) kita berasa disakiti atau bangga berdasarkan perasaan peribadi kita. Ketika Mead berteori mengenai diri, ia membuat pemerhatian bahawa bahasa seseorang mempunyai kemampuan untuk menjadi subjek dan objek bagi dirinya sendiri. Sebagai subjek, kita bertindak dan sebagai objek, kita mengamati diri kita sendiri bertindak. Mead juga berpendapat bahawa interaksi mempunyai peranan di dalam sebuah struktur sosial masyarakat. Individu-individu lahir dalam konteks sosial yang sudah ada. Mead mendefinisikan masyarakat (society) sebagai jaringan hubungan sosial yang diciptakan oleh manusia. Individu-individu yang terlibat dalam masyarakat berhubungan secara aktif dan sukarela. Oleh itu masyarakat menggambarkan perhubungan beberapa peringkat tingkah laku yang terus disesuaikan oleh individu-individu. Masyarakat, kerana terdiri dari individu-individu, Mead menyatakan dua bahagian penting masyarakat yang mempengaruhi pemikiran dan diri. Pemikiran Mead mengenai orang lain secara khusus merujuk kepada individu-individu dalam masyarakat yang signifikan bagi kita. Orang lain secara umum merujuk kepada cara pandang dari sebuah kelompok sosial atau budaya sebagai suatu keseluruhan. Perkara ini diberikan oleh masyarakat kepada kita dan sikap dari orang lain secara umum adalah sikap dari keseluruhan komuniti (Mead, 1934). Orang lain secara umum memberikan informasi mengenai peranan, aturan dan sikap yang dimiliki bersama oleh komuniti. Orang lain secara umum juga memberikan kita perasaan mengenai bagaimana orang lain bereaksi kepada kita dan harapan sosial secara umum. Oleh itu, teori interaksionisme mementingkan proses interaksi sosial manusia. Sekiranya kita tidak bersosial, kita tidak akan berkelakuan seperti makhluk manusia biasa. Kita mungkin dianggap tidak waras atau tidak siuman. Istilah memahami interaksi menjadi sebuah label untuk sebuah pendekatan yang relatif khusus pada ilmu dari kehidupan klompok manusia dan tingkah laku manusia. Terdapat ramai ilmuwan yang telah menggunakan pendekatan tersebut dan memberi sumbangan intelektual, antaranya George Herbert Mead, John Dewey, W.I Thomas, Robert 19

E.Park, William James, Charles Horton Cooley, Florian Znaniceki, James Mark Baldwin, Robert Redfield dan Louis Wirth. Secara keseluruhannya, menurut Ritzer (1992), terdapat beberapa prinsip asas teori interaksi simbolik seperti berikut: 1. Manusia adalah tidak sama dengan binatang kerana manusia mempunyai berfikir. 2. Keupayaan berfikir manusia adalah dibentuk oelh interaksi sosial. 3. Dalam interaksi sosial manusia mempelajari makna-makna dan simbol-simbol yang membolehkan mereka mengamalkan keupayaan berfikir yang ada pada mereka. 4. Makna-makna berinteraksi. 5. Manusia berkeupayaan untuk mengubahsuai makna-makna dan simbol-simbol yang mereka gunakan dalam aksi dan interaksi berdasarkan interpretasi mereka terhadap sesuatu situasi. 6. Manusia berkeupayaan membuat modifikasi dan alterasi antaranya kerana kebolehan mereka berinteraksi dengan diri sendiri. Kebolehan ini membolehkan mereka menjangkakan kemungkinan-kemungkinan kesan tindakan, membuat penilaian kebaikan dan keburukan dan akhirnya menentukan tindakan atau aksi yang sesuai. 7. Jalinan aksi dan interaksi akan membentuk kumpulan dan masyarakat. dan simbol-simbol membolehkan manusi beraksi dan

Berdasarkan perbincangan yang umum tentang tiga perspektif utama disiplin sosiologi dalam melihat masyarakat maka dapatlah dilihat perbandingannya berdasarkan rajah berikut: Rajah 3: Perbandingan Teori Dalam Sosiologi Fungsionalisme Sudut perspektif Sifat masyarakat Konflik Simbolik Interactionisme Mikro yang Individu yang

Makro Makro Struktur sosial yang Kelompak

20

berhubung kait dan berfungsi bersamasama untuk mewujudkan masyarakat yang bersatu.

Ciri-ciri interaksi

Fokus pengkajian

Peringkat analisa Kebaikan

sentiasa bersaing atas sesuatu tujuan masing-masing berebut untuk memperolehi kuasa sumbersumber yang dapat mengukuhkan kedudukan seseorang itu. Consensus / Kekangan, kuasa kefahaman dan nilai dan konflik. yang dikongsi bersama. Kestabilan sosial dan Perubahan sosial penyusunan sosial dan dan konflik. penjagaan masyarakat. Struktur sosial Struktur sosial Menunjukkan masyarakat sebagai kumpulan yang saling bantu melengkapkan supaya mencapai kestabilan. Punyai kemampuan tujuan mengendalikan faktor sejarah dan juga institusi dan perubahan sosial. Melihat dari konflik. Sukar untuk mengendali kesedaran sosial, integrasi dan kestabilan.

berinteraksi, berkomunikasi antara masyarakat sosial dan kelompok

Makna berkenaan simbol-simbol yang dikongsi. Pembangunan diri dan adaptasi individu di dalam masyarakat. Interaksi antara individu Menggambarkan manusia sebagai makhluk yang aktif dan mempunyai kapasiti untuk memikirkan dan menentukan kehidupan sosialnya. Sukar untuk mengendali masalah yang melibatkan organisasi yang besar.

Kelemahan

Sukar untuk mengendali sejarah dan proses perubahan sosial. Tidak melihat dari sudut politik. Sumber: Vander Zanden, 1988

21